Kalau cari lagu ni dengan kuku gila mungkin tak jumpa sebab lagu diaa ku ku gila haha. First time dengar lagu ni dekat radio terus suka sebab catchy beat dengan chorus unik dan comel lah. Sesuai sangat dengan vocal range Aziz Harun.
Chica ni bermaksud wanita dalam bahasa Sepanyol so lagu ni memang sesuai sangat lah untuk fans Aziz Harun. Untuk siapkan lagu ni, Aziz Harun guna studio dekat rumah sebab covid-19 jadi agak susah la dia nak record dekat studio semua. Worth the effort sebab lagu Chica ni best!
Yang belum dengar boleh tengok MV dekat bawah
LIRIK LAGU CHICA
Artis : Aziz Harun
Komposer : Aziz Harun
Lirik : Aziz Harun
Studio : Faithful Music
Apa yang telah ku lakukan
Ku coba tapi ku tak tahan
Mereka kata kita tak serasi
But for me you’re still the one & only
Girl girl girl
Mahu hanya kamu
Dah berkali-kali mencuba
Melupakan mu tidak
Terhanyut dibuai
Ku dikhayal terus membisu
Chica, ku ku gila
Menanti jawapan mu sampai bila
Ku bukan dewa sayang
Berikanlah ruang tuk meragut hatimu
Chica, ku ku gila
Separuh nyawa ku menagih cinta
Ku bukan dewa sayang
Katakanlah kau lah cinta ku
Chica!!!
Mereka kata kita tak serasi
But for me you’re still the one & only
Girl girl girl
Mahu hanya kamu
Dah berkali-kali mencuba
Melupakan mu tidak
Terhanyut dibuai
Ku dikhayal terus membisu
Chica, ku ku gila
Menanti jawapan mu sampai bila
Ku bukan dewa sayang
Berikanlah ruang tuk meragut hatimu
Chica, ku ku gila
Separuh nyawa ku menagih cinta
Ku bukan dewa sayang
Katakanlah kau lah cinta ku
Chica!!!
Tak ku puas mencinta tuk semalam saja
Benarkan rasa ini selamanya
Oh oh oh Chica
Chica, ku ku gila
Menanti jawapan mu sampai bila
Ku bukan dewa sayang
Berikanlah ruang tuk meragut hatimu
Chica, aku gila
Separuh nyawa ku menagih cinta
Ku bukan dewa sayang
Katakanlah kau lah cinta ku
Chica!!!
Movie Review : Blood Money
Thursday 27 August 2020
Director : Vishal Mahadkar
Writer : Upendra Sidhye
Cast : Kunal Khemu, Amrita Puri, Teeshay Shah, Puja Gupta, Manish Chaudhary, Mia Evonne Uyeda
Production Company : Vishesh Films
Distributor : Vishesh Films, Viacom 18 Motion Pictures
Genre : Crime
Running Time : 109 minutes
Release Date : 30 March 2012
Trailer :
Kunal Kadam (Kunal Khemu) dengan Aarzoo Kadam (Amrita Puri) sampai ke Cape Town, South Africa dengan harapan hidup mereka berdua suami isteri akan berubah. Dari bekerja di sebagai penjual biasa, Kunal dapat tawaran bekerja sebagai sales executive di Trinity Diamonds. Kawan Kunal, Sean (Teeshay) dan isteri dia, Nandini (Puja Gupta)yang banyak membantu.
Baru pertama kali join business deal, Kunal dah mampu crack business deal bernilai 30 juta walhal nilai asal ialah 25 juta. Disebabkan skills dia, Kunal diberi komisyen tinggi. Hasil dari kerja dia, Kunal hadiahkan Arzoo rantai leher berlian. Dari situ dia mula jadi tamak dan workaholic lepas dinaikkan pangkat oleh boss dia, Dharmesh Zaveri (Manish Chaudhary)hingga abaikan Arzoo.
Sebelum ni Arzoo dah risau bila kemewahan yang mereka berdua dapat ni cuma hiasan di sebalik perkara jahat yang mendatang sama macam kisah Hansel dan Gretel yang terpedaya dengan helah licik witch. Tapi Kunal anggap Arzoo cuma bersangka buruk dan paranoid. Makin lama hidup mereka berdua mula kelihatan seperti sangkaan Arzoo.
Rosa (Mia Evonne Uyeda) pula makin galak mengacau Kunal baik di pejabat ataupun selepas waktu kerja. Adik Dharmesh, Dinesh Zaveri (Sandeep Sikand) yang bekerja sebagai sales manager pula makin menyampah dengan Kunal dan berniat untuk bagitahu Arzoo tentang affair Kunal dengan Rosa. Dalam masa yang sama, Inspektor Bobby Kapadia (Karan Mehra) mengintip gerak-geri Kunal sebab dia syak Trinity Diamonds ada kegiatan-kegiatan haram yang melibatkan dadah dan senjata api.
Template movie Blood Money lebih kurang sama dengan movie-movie lain terbitan Mahesh Bhatt bila berkisarkan tentang kegiatan haram dan watak hero yang stuck antara jenayah dan prinsip kehidupan. Scene Nandini nasihatkan Arzoo tentang jerat kemewahan yang dia ada tu agak padu jugak lah. Bila kita dah terbiasa dengan benda bagus, boleh ke kita hidup dalam keadaan serba-serbi kekurangan? Sama juga dengan scene Dharmesh tanya Kunal dia nak tahu kebenaran ataupun enjoy nikmat yang ada depan mata dia.
Masa tengok movie ni agak menyampah jugak lah dengan watak Arzoo sebab terlampau mengharapkan Kunal sedangkan dia ada duit dekat tangan. Macam-macam dia boleh buat daripada duduk terperap dekat rumah dan menangis. Walaupun Kunal abaikan dia, tapi memang betul la Kunal keluar bekerja untuk dia hidup selesa. Tapi tu lah, movie ni tahun 2012 so masa tu tak strong lagi independent lifestyle ni walaupun lagu Miss Independent Ne-Yo dah keluar tahun 2008.
Visual quite okayish sebab tak banyak pun outdoor shooting since most of the time dekat dalam office je ataupun dekat rumah Kunal dan Arzoo. Sayang lah shooting sampai Cape Town tapi tak banyak view cantik. Menyampah bila Nigam Bomzan banyak kali ambil shot dari bawah. Tak ada apa yang menarik pun dari angle tu. Music album Blood Money not bad lah sebab ada juga lagu yang best. Masa album ni keluar pun banyak juga positive reviews.
Jalan cerita Blood Money ni not bad lah sebab ada plot twist tapi thrill tu tak ada. Sepatutnya masa scene dekat Italian restaurant tu, masukkan la scene Dharmesh ugut nak bunuh Kunal sebab dia dah tahu rahsia company. Baru la nampak dia stuck dengan life dia. Kenapa nak tunjuk watak dia berprinsip jujur sedangkan dia pilih untuk hidup mewah walaupun tahu kemewahan dia bersyarat?
Overall movie ni mehhh for me
1. Team Production +0.4, 2. Visual +0.4, 3. Audio +0.6, 4. Storyline +0.4, 5. Casting +0.7, 6. Genre +0.4, 7. Themes +0.7, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +0.3, 10. Personal Thought +0 = 4.5/10
Minggu lepas hantar laptop office pergi repair so sementara tunggu siap tu lepak kejap dekat San Francisco Coffee Oasis Square Ara Damansara sebab budak chambee dekat office suka sangat beli kopi dekat sini. Sedap katanya. Kitorang yang dah setahun dekat Oasis ni tak pernah try lagi kopi dekat sini.
Masa pergi tu lupa pulak nak tanya flavor apa best dekat San Francisco Coffee ni. Dah la first time lepastu tak pernah tahu recommendation beverages dekat sini. Sudahnya ambil Iced Coffee Mocha dengan Iced Chocolate. Lepastu tambah Chocolate Muffin dia sebab nampak sedap.
Since dekat cafe ni tak ramai orang so tak lah lama pun nak menunggu. Tempat duduk pun senang je nak dapat. Boleh pilih nak duduk luar ataupun dalam. Since masa tu tengah panas, memang tak lah kitorang nak duduk luar.
First time experience rasa kopi San Francisco Coffee ni agak hambar lah. Kopi dia sama macam Gloria Jeans, pekat sangat. Mocha dari Starbucks je I boleh terima. Tapi mungkin sebab tak tahu nak modify lagi kot. Idk lah
Chocolate muffin dia pun biasa je. Starbucks punya lagi sedap lah haha I dah boleh faham lah kenapa dekat sini tak ramai orang.
Kelebihan dia satu je lah, kalau bayar guna Maybank debit card boleh dapat diskaun 15%. Syok kan? Tapi sebab tak sedap hmm takpe lah sebab dekat Starbucks ada RM3 cashback kalau guna T&G e-wallet hshshshs kbai
Berumur 21 tahun, graduan Diploma Vokal dan Seni Suara, Fakulti Muzik UiTM Shah Alam ini juga pernah memenangi pingat emas dalam pertandingan ‘Choral Music’ mewakili kumpulan koir Universiti Teknologi MARA, UiTM Chamber Choir (UCC) di Jerman dan Poland tahun 2019.
Pernah meraih 900 ribu tontonan di YouTube untuk persembahnnya yang memakai nama ‘Go-Go Smasher’ di pentas I Can See Your Voice musim pertama, Dian Hashim, tidak pernah berputus asa untuk mencuba nasib dalam bidang nyanyian sejak berumur 4 tahun lagi.
Penglibatan Dian Hashim atau nama penuhnya Nordiana Shalieza Binti Che Hashim dalam industri muzik tanah air telah menarik minat Ketua Pegawai Eksekutif KRU Music Sdn Bhd, Dato’ Norman Abdul Halim untuk menawarkan kontrak kepada beliau sebagai artis rakaman KRU Music. Menurut Dato’ Norman Abdul Halim selaku Ketua Pegawai Eksekutif KRU Music Sdn Bhd, "Single "Aku Wanita" dapat menonjolkan kelainan dan keunikan suara Dian."
Semasa dalam proses pembikinan lagu dan perbincangan mengenai genre yang sesuai buat beliau, pihak KRU Music mendapat kata sepakat untuk mengetengahkan lagu catchy dan trendy yang lebih bersesuaian dengan peribadi Dian. Mempunyai vocal range yang unik, Aku Wanita diharapkan berjaya menempa nama dipersada industri muzik tanahair sebaris dengan penyanyi- penyanyi yang sudah berjaya.”
“Syukur kepada Allah SWT kerana berkat usaha dan doa saya selama ini menjadi kenyataan. Saya sangat berterima kasih kepada KRU Music kerana memberikan peluang dan mengetengahkan lagi bakat nyanyian saya ini dengan menerbitkan single pertama berjudul Aku Wanita yang dilancarkan pada 24 Ogos. Saya berharap kehadiran saya ini juga dapat mewarnai industri hiburan tempatan dan mendapat sambutan yang positif.” - Dian Hashim
‘Aku Wanita’ hasil nukilan Rayyan Rayhan (Komposer & Lirik) dan diterbitkan oleh KRU Music merupakan sebuah lagu berentak catchy sesuai dengan perwatakan Dian. Bait-bait lirik lagu ini mengisahkan tentang wanita yang meneruskan perjuangan dalam percintaan dan tidak mudah terpedaya dengan kata-kata manis seorang lelaki. Maksud lagu ini boleh dilihat dan dihayati dengan lebih mendalam menerusi video muzik yang boleh ditonton menerusi saluran YouTube KRU Music.
Lagu Aku Wanita boleh dimuat turun di iTunes dan dijadikan sebagai panggilan nada dering menerusi semua syarikat telekomunikasi tempatan. Selain itu, lagu ini turut boleh didengari melalui platform penstriman (Spotify, Deezer, KKBOX, YouTube, Joox, Apple Music dan TikTok) bermula 24 Ogos. Ikuti media sosial KRU Music di Instagram, Facebook, Twitter dan TikTok untuk mengetahui perkembangan terkini mengenai KRU Music.
LIRIK LAGU AKU WANITA
Penyanyi : Dian Hashim
Komposer : RayyanRayhan
Lirik : RayyanRayhan
Label : KRU Music
Harus aku berkata
Kepadamu wahai lelaki
Manis bibirmu dan tutur kata
Ingat! Perempuan bukannya sama
Cinta bukan biasa
Jangan kamu main dengan kata-kata
Sememangnya itu hanya delusi
Yang ingin membuat hatiku di curi
Aku memang wanita yang tahu
Menilai isi hatimu
Dan bukannya semudah kau sangka
Ku berikan jiwa
Memang aku wanita yang suka
Memilih hal cinta
Jika ku rasa..owhh..Jika kau dapat aku
Kaulah yang istimewa
Waktu akan terhenti
Bila suaramu manis melekat dihati
Saat itu, bila kau ucap ‘I love you’
Kan ku ukir namamu di hatiku
Jujur dalam ikatan cinta ini
Jangan jangan mainkan hatiku
Kerna bila ku jatuh cinta
Ku simpanmu akhir hayatku
Aku memang wanita yang tahu
Menilai isi hatimu
Dan bukannya semudah kau sangka
Ku berikan jiwa
Aku memang wanita yang tahu
Menilai isi hatimu
Dan bukannya semudah kau sangka
Ku berikan jiwa
Memang aku wanita yang suka
Memilih hal cinta
Jika ku rasa..owhh..Jika kau dapat aku
Kaulah yang istimewa
Jika ku rasa..owhh..Jika kau dapat aku
Kaulah yang istimewa
KRU Music
KRU Music Sdn Bhd adalah sebuah label muzik independen tempatan yang ditubuhkan pada 1996. KRU Music terkenal dengan genre muzik pop dance, Hip Hop dan R&B dengan barisan artis yang tersohor di Malaysia, Singapura dan Brunei.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi :- Suzana Sukaimi
Label Manager
Email : suzana.sukaimi@krumusic.com
Tel : 012 913 6024
Ace Talents
Ace Talents adalah sebuah syarikat perhubungan awam yang aktif dalam pengurusan dan pemasaran artis.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi :- Azuein Sariono
Pengurus Artis
Email : azueinsariono@gmail.com
Tel : +60189886747
Subscribe to:
Posts
(
Atom
)