Lirik Lagu Hello Hello - Marsha Milan Londoh

Sunday 23 August 2020

First time dengar lagu ni dekar blog Tiara dah suka dah sebab beat catchy dengan lirik repetitive memang senang sangat lah melekat dalam kepala. Suara Marsha pun lain kali ni. Mungkin sebab dia banyak guna not biasa. Selalunya high note. Dua-dua pun sedap! 


Lagu ciptaan Audi Mok ni dah lama pun siap tapi sebab Covid-19 terpaksa la Marsha hold dulu tup tup dah jadi OST. So dari OST la ramai yang tahu lagu Hello Hello ni. Tak tahu lah Marsha nak buat dance cover ke tak untuk MV nanti. Yang belum dengar boleh klik dekat sini ataupun search je dekat Spotify 



LIRIK LAGU HELLO HELLO

Artis : Marsha Milan
Komposer : Audi Mok
Lirik : Audi Mok
Studio : Monkey Bone

Hello Hello

Dia buatku merasa diriku sempurna 
Bahagia bila adanya 
Tiap kali jumpa 
Seperti ku lihatnya hari pertama 

Bila dia kata 
Goodbye I’ll see you later
Ku rasa 
Rasa rindu rasa perlu 
Rasa mau nya selalu 

Hello hello 
Gembiranya aku  bila denganmu 
Tak mau jauh, jauh darimu 
Hello hello 
Tepesonanya aku pada dirimu 
Senangnya ada, ada kamu 
Hello, hello 
Ku maumu 
Don’t say goodbye 

Dia tiba tanpa duga 
Hilang semua hampa 
Jatuh cinta padanya 
Tak pernah ku sangka 
Dia ku nantikan sekian lama 

Bila dia kata 
Goodbye I’ll see you later
Ku rasa 
Rasa rindu rasa perlu 
Rasa mau nya selalu 

Hello hello 
Gembiranya aku  bila denganmu 
Tak mau jauh, ku darimu 
Hello hello 
Tepesonanya aku pada dirimu 
Senangnya ada, ada kamu 

Bahagia aku, bahagia bersamamu 
Ku mau kamu, selalu oh 
Ku jatuh cinta, jatuh cinta padamu 
Ku mau kamu, selalu oh oh oh 

Drama Review : It's Okay to Not Be Okay

Saturday 22 August 2020


Director : Park Shin-woo
Writer : Jo Yong
Cast :  Kim Soo-hyun, Seo Ye-ji, Oh Jung-se, Park Kyu-young, Lee Eol, Choi Hee-jin
Genre : Drama / Romance
Running Episodes : 13 episodes
Release Date : 20 June 2020 – 9 August 2020
Production Company : Story TV, Gold Medalist
Distributor : tvN, Netflix
Trailer : 


Drama genre terbitan Story TV dan Gold Medalist production house yang ditayangkan di tvN dan Netflix mengisahkan tentang Moon Gang-tae (Kim Soo-hyun), pekerja health community yang selalu berpindah randah demi menjaga keselamatan abang dia, Moon Sang-tae (Oh Jung-se) gara-gara trauma dengan rama-rama. Bukan senang menjaga seorang yang autism dan mempunyai sejarah trauma selepas menjadi saksi utama pembunuhan ibu mereka berdua (Choi Hee-jin).


Takdir pertemukan Gang-tae dengan childhood crush dia, Ko Moon-young (Seo Ye-ji) yang juga penulis kesukaan Sang-tae. Moon-young berpindah ke bandar selepas berjaya selamatkan diri dari ayah dia, Ko Dae-hwan (Lee Eol) yang cuba bunuh dia selepas ibu Moon-young hilang entah ke mana. Ko Dae-hwan taknak Moon-young bertukar menjadi psiko/monster seperti isteri dia. Lepas 20 tahun, Nam Ju-ri (Park Kyu-young) dari OK Psychiatric Hospital cuba dapatkan consent dari Moon-young untuk Dae-hwan tapi ditolak mentah-mentah.


Dalam masa yang sama Ju-ri cuba pujuk Gang-tae balik ke Seojin dan tinggal di rumah dia. Moon-young yang jatuh suka dengan Gang-tae turut balik ke Cursed Castle di Seojin dan buka kelas di OK Psychiatric Hospital bercerita tentang hasil nukilan dia. Tapi tepat ataupun tidak keputusan Moon-young untuk kembali ke Cursed Castle bila dia dihantui kisah silam dia didera oleh ibu dia sendiri kemudian dipaksa mati oleh bapa dia sendiri?


Excited tunggu drama ni habis sebab nak marathon punya pasal since drama ni berkisarkan tentang masalah psikologi yang dialami oleh leading stars. Gang-tae dengan habit suka pendam perasaan dan Moon-young pula dengan trauma didera oleh ibu dia.

Masing-masing ada habit yang timbulkan kesan pada perangai masing-masing. Bila bercinta, nampak la karakter masing-masing berubah ke arah yang lebih positif dan sememangnya mengharapkan happy ending dari drama ni. Somehow it gives courage untuk yang ada mental health problem supaya boleh rawat diri dengan terapi atau ubah lifestyle. 

‘To make the people around me happy, I have to be happy first. So being selfish isn’t necessarily a bad thing. If it’s too hard, just think about your own happiness.” – Naam Ju-ri


Jujur cakap episod awal drama ni agak membosankan lah tapi bila dah masuk part merungkai misteri pembunuhan dan gangguan yang Ko Dae-hwan alami di OK Psychiatric Hospital, baru la rasa syok sikit nak layan. Pairing Kim Soo-hyun dengan Seo Ye-ji macam tak kena bila chemistry tu tak ada. Macam lagi sesuai kalau ambil IU berlakon. 


Wardrobe heroin stylish, trendy dan gorgeous but often wonder kenapa pinggang dia kecil sangat. In real life dia suka makan tapi tak naik berat. Untuk drama ni dia terpaksa makan lagi banyak supaya naik 2kg. Untungnya, dah la cantik semulajadi, body cantik pulak tu. Nasib baik dalam drama ni tak tunjuk scene makanan banyak sangat. Kalau tak, lagi stress jadinya. Scene tidur la paling tak masuk dek akal sebab dia still pakai makeup dan rambut terletak cantik. Mungkin requirement jadi heroin drama ni kena sentiasa nampak cantik.

Transformasi Fashion Ko Mun Yeong dalam Its Okay to Not Be Okay

MetroBeautyWatch: The 'New Ko Mun-Yeong' Hairstyles on It's Okay ...

Korean drama reviews | South China Morning Post | South China ...

Visual dan sinematografi drama It's Okay to Not Be Okay memang  terbaik. Creative team pilih untuk shooting dekat café sebab dekorasi vintage dan cantik. Macam Cursed Castle tu shoot dekat Sanida Café tapi tak semua lah sebab tengok dekat Behind The Scene video, mostly shoot dekat set dengan backdrop hijau. VFX diorang terbaik lah. OK Psychiatric Hospital tu pulak dekat Secret Blue Bakery Café tapi macam familiar je konsep café tu sebab sama dengan Doldam Hospital dalam franchise drama Romantic Doctor, Teacher Kim.



Overall drama ni fun to watch dan banyak sangat life lessons yang boleh diambil lagipun romantic scene tak banyak sangat macam romance drama yang lain. Since watak Sang-tae ada autism, banyak la tips dan fakta yang diselitkan mengenai autism serta jenis-jenis penyakit mental yang lain. Cuma ada several plot dan scene yang sengaja dimasukkan untuk panjangkan drama memandangkan satu episod berdurasi satu jam. Ada orang mungkin suka but for me elok kalau dipendekkan selama 40 minit sahaja. Recommended to watch. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +0.8, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.8 = 9/10
Hi semua! 

Sebelum ni dah pernah up tutorial untuk AR Post dari Pos Malaysia dengan function dan kelebihan dia. Kalau belum tahu, boleh baca dekat SINI

So kali ni nak update pasal Registered Post dari Pos Malaysia pula sebab muncul keywords beza registered post dengan AR post. 


Jawapannya tak banyak beza pun. Sama juga macam AR Post, di envelope tu kena ada sticker khas berwarna hitam (dulu warna merah) yang perlu dilekat di bahagian kanan atas envelope. Dekat mana nak dapat sticker ni? Of course boleh dibeli di kaunter Pos Malaysia dengan harga RM3.80 seunit. 


Berbeza dengan harga AR card dan sticker cuma RM2.80 dan kad kuning tersebut akan dipulangkan selepas dapat jawapan dari si penerima. Bila hantar dokumen menggunakan Registered Post, kita boleh tahu status dengan masukkan tracking serial number di laman web Pos Malaysia. 

Okay untuk isi form di sticker tu mudah sahaja dengan isi nama pengirim, no telefon pengirim, nama penerima dan juga nombor telefon penerima. 


Kemudian tarik sticker serial number tu dan tampal salinan (Office use only) di borang Registered Post. Borang untuk pos berdaftar ni boleh request dekat email since ada yang dah ubah format asal bila I letak dekat drive. 


Tampal sticker tu dekat dalam box 'Bayaran Pos Termasuk bayaran Pendaftaran' sebab sticker tu tanda kita dah bayar. Submit form ni dekat kaunter pejabat pos then staf akan cop tanda terima. Form yang dah kena cop tu nanti simpan la sebagai bukti kita dah hantar dokumen tersebut. Sticker (Customer Copy) tu simpan la dalam file you guys untuk rujukan akan datang. 

Oh ya kalau berat envelope tu tak melebihi 20 gram, tak perlu letak setem. Cukup letak sticker registered post tu je. Kalau lebih, kena letak la setem ikut berat envelope atau parcel. 

Boleh rujuk dekat gambar ni kalau tak tahu nak letak berapa setem.


So dah nampak ke perbezaan AR Post dengan Registered Post? Kalau I memang prefer AR Post sebab kita dapat bukti penerima terima surat tu sebab penerima akan sign dekat kad tu. Kalau dia reject ataupun tak sampai, posmen akan datang inform. Harga pun lebih murah dari Registered Post. Tapi bestnya Registered Post ni tak perlu isi banyak benda macam AR Post. 

Semoga entry ni bermanfaat dan bantu yang clueless dekat luar sana. Anything just let me know dekat ruangan komen ataupun boleh contact I dekat semua medium yang ada dekat Blogger Profile tu okay? No worries and have a nice day ahead :)

Merdeka Giveaway By Eknsofi


Tag 3 orang rakan blogger : 

1. Aienieka
2. Kak Sha
3. Diana Rashid

Klik banner untuk join :)

Farewell & Birthday Party RRM Oasis

Wednesday 19 August 2020

Selalunya kalau chambee dah habis 9 bulan chambering dekat Ram Reza & Muhammad firm, memang akan ada farewell party ataupun makan-makan dekat luar untuk celebrate and appreciate everything they have done for firm. 


Tapi dek kerana Covid-19 pandemic, tak sempat nak buat farewell party Hilmi padahal kitorang dah plan macam-macam dah masa tu haha

Since Danish dah nak habis chambering minggu ni, Alia ajak buat makan-makan dekat luar. Tapi disebabkan makan dekat kedai agak renyah sebab kitorang ramai so better lah buat dekat office je. Nak main game ke nak menyembang ke apa semua senang. 

Alang-alang dah buat farewell party dan semua dah setuju untuk potluck, last minute masuk sekali lah buat birthday party untuk Mr. Kai sebab birthday dia Jumaat ni. Dah tengah bulan ni, berjimat is the only option we have. Walaupun Mr. Kai suruh kitorang celebrate lagi sekali birthday dia Jumaat ni sebab dia taknak share kek pffttt


Sepatutnya flow event dia lebih kurang chambee bagi speech lepastu makan-makan then main game. Tapi sebab ada yang takde, ada yang terpaksa join lambat sebab meeting and most importantly managing partner ada sekali so event bertukar jadi perkongsian ilmu untuk ongoing cases...

Was Hilmi planning to save those pizzas before turning cold? 
I know mata Alia dekat kek....


Bila buat potluck ni tak ada isu orang tu tak makan yang ni ataupun tak makan yang tu. Bawak je fav masing-masing hah letak lah dekat meja. Semua benda boleh makan. 


Brownies from Amy

Creampuff from Amy
 
KFC dari gabungan semua yang tak tahu nak bawa apa on that day

Domino's pizza from Danish

Tauhu begedil and Risole from Aina
Famous kek batik from Ain


Dim Sum from Ms Fisah
Hujung-hujung perkongsian ilmu tu dah boleh makan-makan sebab masing-masing dah lapar. Even our managing partner kena bergerak sebab ada meeting lepas Maghrib. Bila masing-masing dah kenyang, game pun hilang entah ke mana. Tahu-tahu makanan dah banyak habis dah then ada yang dah nak balik sebab dah nak ccah jam 8. 



Walaupun majlis tak lah berjalan seperti yang dirancang, hopefully memasing kenyang makan tanpa episod perut terkejut sebab banyak sangat variasi makanan. Terima kasih Hilmi for being such a colleague since tarikh masuk Ram Reza & Muhammad lebih kurang je. 9 bulan rasa macam sekejap je tapi banyak benda kita belajar, hadap dan bergosip hshshshs. All the best for your future and career at new firm and for Mr. Kai, happy birthday! 

Oh lupa, Danish...... hmm see you when I see you... selamat bercuti sebelum officially masuk sebagai orang baru di Ram Reza & Muhammad dengan pikulan tanggungjawab yang baru haha