Drama Review : The Gifted
Tuesday 18 August 2020
Director : Patha Thongpan, Dhammarong Sermrittirong, Waasuthep Ketpetch, Jarupat Kannula
Cast : Korapat Kirdpan, Wachirawit Ruangwiwat, Apichaya Thongkham, Chatchawit Techarukpong (Victor), Harit Cheewagaroon, Ramida Jiranorraphat, Atthaphan Phunsawat, Pattadon Janngeon, Napasorn Weerayuttvilai, Pumipat Paiboon, Wanchana Sawasdee
Genre : Sci-fi / Suspense / Mystery
Running Episodes : 13 episodes
Release Date : 5 August – 4 November 2018
Production Company : GMMTV, Parbdee Taweesuk
Distributor : One31, LINE TV, GMM 25
Trailer :
Trailer :
Kisah bermula dengan narration dari Pawaret "Pang" Sermrittirong (Korapat Kirdpan) yang menyampah dengan sistem sekolah membezakan layanan antara pelajar. Yang mendesak pelajar untuk achieve yang terbaik tapi tak pernah tanya apa yang pelajar tu nak dalam hidup dia. Pang pelajar kelas 8 tapi didesak oleh kawan baik dia, Nac (Pumipat Paiboon) untuk buat yang terbaik dalam ujian kelayakan supaya masuk dalam program The Gifted.
The Gifted adalah program rahsia Ritdha High School dan hanyar beberapa pelajar terpilih sahaja yang akan masuk. Pelajar-pelajar terpilih tersebut adalah pelajar-pelajar yang ada kuasa luar biasa berbeza dengan pelajar biasa. Dalam program ni kesemua pelajar istimewa akan diberikan layanan berbeza dengan beberapa access untuk guna kemudahan di sekolah. Ada medical checkup juga supaya kesihatan sentiasa terkawal.
Kesemua ni mereka perolehi dengan syarat setiap pelajar perlu gunakan ruang dan peluang untuk develop potential masing-masing dan belajar untuk kawal dan membantu pihak sekolah dan juga akan datang, kepada negara. Tak best lah kalau I bagitau apa kelebihan luar biasa setiap pelajar dalam program The Gifted sebab masing-masing ada kuasa yang berbeza cuma ada dua orang pelajar kembar yang tak didedahkan oleh director. Mungkin diorang simpan untuk Season 2 nanti.
Jalan cerita pun tak expose banyak sangat dan ada beberapa persoalan yang masih belum terjawab antaranya career semua pelajar under program The Gifted lepas habis belajar. Yang director tunjuk cuma Mr. Pom (Chatchawit Techarukpong (Victor)) yang kembali menjadi guru kepada program The Gifted di sekolah tu.
Dalam mereka semua cuba develop dan control kuasa masing-masing, terungkai pula beberapa misteri di sekolah menengah dan juga sisi sebenar Supot Chueamanee (Wanchana Sawasdee), pengetua sekolah. Dalam Season 1 kita belum nampak lagi apa yang dia dapat dari program The Gifted ataupun bagaimana bajet kewangan dari Kementerian Pelajaran Thailand bantu naikkan nama sekolah. Hopefully boleh tengok dalam season 2 nanti. Sebab dari side pengetua, program tu bagus je dan bajet yang dia minta tu relevan tapi berbeza pula perspektif Pang dan Wave (Wachirawit Ruangwiwat).
Since drama ni berkisar dan bertemakan kehidupan pelajar-pelajar sekolah yang baru nak membesar terutamanya dengan kuasa luar biasa, dialogue dia pun agak crappy for me. Tapi tak boleh nak expect banyak lah sebab ni cerita remaja so dialogues are justified from their perspectives. Some scenes pun I think agak tak relevan terutamanya bila pelajar The Gifted tak tahu apa kuasa Mr Pom sedangkan diorang tahu Mr Pom batch ketiga The Gifted. Of course lah kuasa dia bagus sebab dia dah well-developed dan pandai control kuasa dia. Duhhhh?
The best part of this drama is the visual. They make great transition, shots, cinematography, slo-mo and even visual effects. Thanks to Wongwattana Chunhavuttiyanon for making this drama super cool to watch. Dia tercalon dalam Nataraja Awards tahun lepas untuk hasil kerja dia. Atthaphan Phunsawat pula menang untuk kategori Best Fight Scene since action stunt dalam drama ni memang sharp dan cantik untuk episod 6 yang mengetengahkan kuasa luar biasa Mon (Napasorn Weerayuttvilai) dalam Martial Arts Club dia.
Semua episod The Gifted boleh ditonton di Youtube HD beserta English subtitles. Tapi kena bertabah sikit lah dengan iklan dia hahaha
1. Team Production +0.8, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +1, 6. Genre +0.7, 7. Themes +1, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +0.7, 10. Personal Thought +0.4 =7.6 /10