10 Perbezaan New Blogger Dan Legacy Blogger. New Blogger Banyak Masalah

Saturday 8 August 2020

Sejak Mei lagi dah keluar notifikasi dari Blogger yang mereka akan berubah kepada interface baru dan pada Jun 2020, Legacy Blogger akan ditamatkan serta-merta. Tapi kecewa sangat bila interface baru menyusahkan pengguna dan lebih ramai yang prefer Legacy Blogger. 


Dan disebabkan ramai yang hantar feedback baik di Blogger mahupun di komuniti dan forum-forum lain, Blogger putuskan untuk lanjutkan lagi penggunaan Legacy Blogger sehingga interface baru sesuai digunakan oleh semua. 

Apa perbezaan yang membuatkan ramai menyampah? 

1. Template besar

Kalau dulu bila buka Blogger, semua benda kita boleh nampak tapi disebabkan saiz font dan beberapa section telah diubah menjadi lebih besar, tak banyak la boleh muat dalam satu screen. Of course la I prefer Legacy Blogger sebab boleh nampak banyak benda dalam satu masa. 

Legacy Blogger
Legacy Blogger

Interface baru : 



Katanya Blogger baru ni more mobile friendly tapi Blogger ni memang sesuai untuk destop user kot. Kenapa tak ubah interface yang mesra dua-dua device? 

2. Loading Lebih Lama

Bila saiz besar, mesti lah akan effect tempoh loading. I dah pernah try publish post guna New Blogger dan tak puas hati sebab kena ambil masa yang lama tunggu dia habis load semua comment atau entry. 

New Blogger
Legacy Blogger

I tak suka template jenis load more ni. Berat dan buang masa. Tak rajin satu hal nak scroll sampai tercabut roller dekat mouse tu. Legacy Blogger dah cantik dah bila dia letak pilihan 25, 50 atau 100 dalam satu page. Kemudian ada option Next and Previous.

3. Autosave


Bahaya sangat bila tak ada Autosave masa draft entry. Imagine masa tengah menaip tu blackout, tak ke masalah habis hilang semua yang dah taip tadi. Kalau terpangkah masa menaip. Hey, we have cats okay. 

Kalau masa tengah loading lepas tekan publish tu tapi sebenarnya tak publish pun macam mana? 

4. Terlampau Banyak Ikon


Beza paling ketara antara New Blogger dan Legacy Blogger, new interface ni guna banyak sangat ikon dan tak semua orang suka ikon. Dah nama pun writer, mesti la kita suka yang bertulis. Kalau kita suka ikon, baik kita jadi Emojer. 

5. Gambar


Bila guna New Blogger lepas upload gambar ada option + atau – je. Berbeza dengan Legacy Blogger bila kita ada 5 option sama ada small, medium, large, x-large ataupun original size. 


Dalam New Blogger tak ada pilihan tu. Kalau sebelum ni kita boleh set saiz gambar medium dan letak dua gambar sebelah-menyebelah, tapi new interface tak boleh. 

Ada blogger yang hadap masalah bila dah publish, gambar jadi blur. 

6. Edit HTML


Since new interface ni besar dan tak muat dalam satu screen, bila nak update new post, kita kena klik lebih sikit untuk Edit HTML. Untuk blogger dengan niche entertainment macam I, Edit HTML ni penting la sebab akan guna video-video dari free platform yang lain macam Youtube, Twitter, Facebook dan Instagram. Embedded code lebih senang daripada upload video.

7. Spacing


Satu hal bila update new post, masa menaip dia automatic akan jadi double spacing. Bila dah habis menaip kena highlight kemudian klik ikon Indent which is annoying sebab sebelum ni tak perlu pun. Tak tahu lah jadi dekat semua blogger ke tak sebab setiap kali dia auto switch ke New Blogger, akan ada problem baru. Sucks right?

8. Statistik 



Legacy Blogger ada 4 tab berbeza untuk tengok statistik blog be it daily, weekly, monthly or all time. 4 pilihan tu untuk kita tengok pageviews, posts, keywords dengan audience. Tapi dalam New Blogger Keywords dengan Audience tak ada. 


Which is nonsense lah sebab kita nak tahu keywords apa yang bawa reader ke blog kita. Well audience for obvious reason lah kita nak tengok pembaca datang dari negara mana. Merepek bila dihapuskan terus dari Blogger!

9. Label

Bila update entry dekat Legacy Blogger, semua label ada dalam satu box dan kita tinggal nak pilih je nak entry kita dalam label mana. Macam I tak suka guna banyak label so mudah la nak cari tapi makin lama akan makin bertambah label tu. 

Bila guna New Blogger masalah bila dia buat tick box untuk Label dan makan masa untuk pilih. Walaupun ada search box untuk Label tapi kelakarnya bila taip movie, bukan label movie yang keluar. Duhhh? 


Dari dulu sampai sekarang I dok tunggu bila Blogger nak letak option untuk blogger delete label dengan mudahnya. 

10. Colour Option

Legacy Blogger

New Blogger

Bila update entry baru dan nak ubah warna dekat tulisan, kita ada banyak pilihan untuk warna font. Tapi dalam New Blogger makin sikit and yes of course, besar betul icon dia. Rimas tengok! 

So far ni semua masalah yang I jumpa lepas 2 kali dipaksa guna New Blogger dan kali kedua dipaksa guna tu I tak boleh Revert to Legacy Blogger and yes I stress sebab I tak suka interface baru because for some obvious reasons. I’m not the only one yang kena macam ni. Bila buka forum blogger, ramai juga jadi macam ni. 

I tak faham apa perlunya tukar sesuatu yang dah memang bagus kepada something yang teruk? Dah tak ada kerja sangat ke? I’ve been using Blogger for 11 years since 2009. Bila kena hadap interface yang lebih teruk dari yang lama, what am I supposed to do kan? 

Of course I dah hantar feedback tapi dalam komuniti kata ada yang tak boleh submit pun. Bila ramai yang tak submit feedback, Blogger akan assume semua puas hati. So how?  Blogger nak pengguna dia bertukar ke Wordpress ke? For now, I just hope Blogger bagi option untuk guna Legacy Blogger sampai bila-bila. 

Movie Review : Battle Royale

Thursday 6 August 2020


Director : Kinji Fukasaku
Writer : Kenta Fukasaku
Cast : Tatsuya Fujiwara, Aki Maeda, Takeshi Kitano, Chiaki Kuriyama, Tarō Yamamoto, Masanobu Andō, Kou Shibasaki
Production Company : Battle Royale Production Committee
Distributor : Toei Company
Genre : Action / Thriller
Running Time : 113 minutes
Release Date : 16 December, 2000
Trailer :


Battle Royale ataupun Batoru Rowaiaru diadaptasikan dari novel karya Koushun Takami yang diterbitkan pada tahun 1999. Mengisahkan tentang sekumpulan pelajar sekolah dari kelas 3-B yang dipilih secara rambang oleh bekas guru kelas mereka, Kitano (Takeshi Kitano) untuk dibawa ke sebuah pulau. Mereka perlu bertarung sehingga mati sehingga lah muncul seorang sahaja juara untuk dihantar pulang. 

Idea gila ni datang dari Kerajaan Jepun untuk menangani masalah recession yang berlaku ketika itu. Tidak ada undang-undang atau criminal charges yang akan dilaksanakan terhadap mereka yang terlibat. Well, basically in my era it was called The Purge.


Bezanya dalam movie The Purge, kalau nak selamat stay dalam rumah dan ada masa yang cukup untuk prepare sama ada untuk pertahankan diri atau menyerang since it is an annual event. Malangnya untuk pelajar dalam movie Battle Royale ni mereka akan diberikan perkakas dan alatan mengikut nasib. Kalau dalam beg yang diberikan tu ada penutup periuk, maka penutup periuk la senjata yang akan digunakan sepanjang berada di pulau tu. Berdendam betul cikgu dia lepas kena tikam dekat paha dalam kelas.

Masing-masing dikawal oleh askar Japan Self Defense Forces dan bekas guru kelas dengan tracker yang dipakaikan di leher masing-masing. Kalau ada yang langgar peraturan, tracker tu akan meletup. Dalam masa 3 hari di pulau, semua pelajar kena bertarung hingga mati. Tapi ada je yang pilih untuk bunuh diri sebab tak sanggup membunuh.

If life is a game then why bother make Battle Royale????

Since konsep movie ni membunuh dan survival skills, memang tak sesuai lah untuk yang berhati lemah. Movie ni pun banyak kontroversi masa release sebab tak sesuai untuk tayangan umum dan pelakon kebanyakannya berusia 15 tahun. Beberapa negara ban movie ni untuk ditayangkan disebabkan terlampau ganas. 

Tak la ganas ataupun gore sangat even darah pun macam air sirap je tapi watak-watak dalam tu macam gelojoh. Semua la nak ditembaknya, semua nak dibunuhnya. Tak sempat nak suspense, watak tu dah mati dah. Ending pun macam kelakar. What’s the point of living kalau jadi gila? Ada yang berjaya tapi kena repeat balik tahun depan. Duhh?


Scene Kitano tanya pelajar dalam tu tahu tak pasal Battle Royale and I was like, dude it's an annual event. Masa awal movie boleh tengok berapa ramai reporter tunggu survivor keluar dari pulau puaka tu. Siap broadcast dekat TV lagi. Lagi kelakar siap ada website and mind you this is not dark web or such pfftt.

Ada scene hacker group found out yang tracker tu ada mic tapi ada banyak scene diorang menjerit, sembang pasal plan nak buat bom dan celebrate diorang berjaya cipta bom is too funny to even believe army force doesn't have clue what is happening.


Tapi plot movie ni memang kelakar dari awal pun sebab budak pertama yang dapat beg dalam kelas tu patutnya dah boleh bunuh half dari kelas tu sebab dia yang first keluar. Dia boleh shoot dekat depan pintu tu je. Tak payah buang masa go through 2 jam lebih. Dah la memasing tak pandai menembak. Kalau kena tembak pun tak pandai mati. Yang kena tembak sampai 10 peluru tak keluar darah banyak pun tapi yang kena tempias peluru beria berdarah sampai pengsan tak larat nak jalan. Haloh halohhhh


For visual cannot comment much about it sebab zaman 2000 so tak lah cantik sangat even props pun funny to me. Scene student jatuh dari tebing tu nampak sangat team production guna patung. VFX surely expensive so patung pun boleh. Music score okayish. 

Director Kinji Fukasaku bagitahu dalam interview yang dia dapat inspirasi untuk buat movie Battle Royale bila dia teringat pengalaman dia waktu Perang Dunia Kedua bila mereka guna mayat sebagai pelindung dan bersihkan kemudiannya untuk selamat. Dari situ dia mula faham limitation dalam persahabatan. So dalam movie ni boleh nampak watak mana yang betul-betul sayang kawan dan watak mana dengan mudahnya bunuh kawan semata untuk keluar dari pulau tu.


Untuk berlakon dalam movie Battle Royale, seramai 6,000 pelakon pergi untuk sesi uji bakat dan 800 yang terpilih di pusingan akhir perlu jalani latihan fizikal sampai la 42 orang sahaja yang layak. Dalam movie ni tak lah banyak sangat scene lari sana sini sebab bersilih ganti dengan scene menyorok, membunuh lepastu sembang pasal cinta. 15 I tell ya. So tak faham apa perlunya physical training? Plus movie genre action macam ni siapa yang pentingkan mutu lakonan? Kita nak tengok action but what was delivered is not something that I expected.


The one that hit me after watching this movie and also The Purge or whatever movie with the same concept with Battle Royale is this situation, this idea of surviving will happened in our real life. Just a matter of time. The question is when? 

1. Team Production +0.5, 2. Visual +0.7, 3. Audio +0.5, 4. Storyline +0.2, 5. Casting +0.3, 6. Genre +0.2, 7. Themes +0.4, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +0.3, 10. Personal Thought +0 = 3.4/10

Wordless Wednesday : Shilpa Shetty Saree Style

Wednesday 5 August 2020
































masalah endometriosis
Klik gambar untuk ke website Hello Doktor untuk lebih banyak artikel kesihatan

Penyakit endometriosis adalah masalah yang sering melanda kaum Hawa, dan ia juga berpotensi mengganggu sistem pembiakan seseorang wanita.

Namun, bagaimana pula halnya bagi si gadis yang belum berkahwin?

Sekiranya perkara ini menjadi suatu persoalan buat anda, teruskan membaca kerana artikel ini bakal mengupas isu tersebut.

Apa itu endometriosis?

wanita

Endometriosis adalah gangguan yang menyakitkan di mana tisu yang serupa dengan tisu yang biasanya melapisi bahagian dalam rahim wanita, endometrium tumbuh di luar rahim.

Endometriosis selalunya melibatkan ovari, tiub fallopio dan tisu yang melapisi pelvis wanita dan jarang bagi tisu endometrium boleh merebak di luar organ pelvis.

Dengan endometriosis, tisu seperti endometrium akan menebal, pecah dan berdarah pada setiap kitaran haid. Tetapi kerana tisu ini tidak mempunyai cara untuk keluar daripada badan, ia menjadi terperangkap.

Apabila endometriosis melibatkan ovari, sista yang disebut endometrioma mungkin boleh terbentuk.

Endometriosis boleh menyebabkan kesakitan yang kadang-kadang boleh menjadi agak kronik terutamanya semasa haid. Masalah kesuburan juga mungkin timbul. Namun jangan risau, kerana terdapat rawatan yang mampu membantu.

Tisu-tisu yang terperangkap di pelvis anda boleh menyebabkan:

  • Berlakunya kerengsaan
  • Pembentukan parut
  • Sakit yang teruk semasa haid anda
  • Mengalami masalah kesuburan
Endometriosis adalah keadaan ginekologi yang biasa, yang mempengaruhi sehingga 10 peratus wanita. Anda tidak keseorangan jika mengalami gangguan ini.

Gejala-gejala utama penyakit endometriosis

Walaupun para wanita banyak mengalami kekejangan semasa haid, namun mereka yang mengalami endometriosis biasanya menggambarkan kesakitan haid yang jauh lebih teruk daripada biasa.

Kesakitan juga boleh meningkat dari masa ke masa. Tanda-tanda dan gejala endometriosis yang sering terjadi termasuk:

  • Haid yang menyakitkan (senggugut): Kesakitan dan kekejangan pada pelvis mungkin bermula sebelum dan berlanjutan beberapa hari sehingga haid. Anda juga mungkin mengalami sakit bahagian belakang dan perut.

  • Sakit ketika melakukan persetubuhan: Kesakitan semasa atau selepas hubungan seks adalah kerap berlaku buat wanita dengan endometriosis.

  • Sakit dengan pergerakan usus atau ketika membuang air kecil: Anda kemungkinan besar mengalami gejala ini semasa haid.

  • Pendarahan haid yang berlebihan: Anda mungkin mengalami haid yang berat sekali.

  • Kemandulan. Kadang-kadang, penyakit endometriosis pertama kali didiagnosis pada mereka yang mencari rawatan untuk masalah kemandulan.
Antara tanda dan gejala lain ialah anda mungkin mengalami keletihan, cirit-birit, sembelit, kembung atau loya, terutamanya semasa haid.

Tahap kesakitan anda tidak semestinya merupakan petunjuk yang boleh dipercayai mengenai tahap keadaan masalah ini. Anda mungkin mengalami endometriosis ringan dengan kesakitan yang teruk, atau anda mungkin mengalami endometriosis yang kronik dengan kesakitan yang sedikit.

Endometriosis kadang-kadang disalah anggap sebagai masalah lain yang boleh menyebabkan sakit bahagian pelvis, seperti penyakit radang pelvis (PID) atau sista ovari. Ia juga mungkin dikelirukan dengan sindrom iritasi usus (IBS), keadaan yang menyebabkan serangan cirit-birit, sembelit dan kekejangan perut.

Apakah endometriosis boleh berlaku terhadap wanita belum berkahwin?

sakit perut ketika haid

Ya, masalah ini sememangnya boleh berlaku terhadap wanita belum berkahwin asalkan mereka sudah akil baligh, mana-mana wanita pun berisiko terhadap endometriosis.

Semasa kitaran haid, badan anda akan melapisi lapisan rahim dan ini membolehkan darah haid mengalir daripada rahim anda melalui bukaan kecil di serviks dan keluar melalui faraj anda.

Punca sebenar endometriosis masih tidak diketahui, dan terdapat beberapa teori mengenai penyebabnya, walaupun tidak ada satu pun teori yang terbukti secara saintifik.

Salah satu teori tertua adalah mengenai endometriosis berlaku kerana proses yang disebut menstruasi retrograde. Ini berlaku apabila darah haid mengalir kembali melalui tiub anda ke rongga pelvis dan bukannya keluar daripada badan anda melalui faraj.

Teori lain adalah bahawa hormon mengubah sel di luar rahim menjadi sel yang serupa dengan sel yang melapisi bahagian dalam rahim, yang dikenali sebagai sel endometrium. Ini juga mungkin berlaku kerana sel-sel di perut anda tumbuh dari sel-sel embrio, yang dapat berubah bentuk dan bertindak seperti sel-sel endometrium.

Sel-sel endometrium yang dipindahkan ini mungkin berada di dinding pelvis anda dan permukaan organ-organ pelvis anda, seperti pundi kencing, ovari, dan rektum anda. Mereka terus tumbuh, menebal, dan berdarah sepanjang kitaran haid anda sebagai tindak balas terhadap hormon kitaran haid.

Masalah endometriosis ini juga mungkin berkaitan dengan genetik atau toksin di persekitaran.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.