Movie Review : I Still Believe

Sunday 12 April 2020


Director : Andrew Erwin, Jon Erwin
Writer : Jon Erwin, Jon Gunn, Madeline Carrol
Cast : KJ Apa, Britt Robertson, Melissa Roxburgh, Nathan Parsons, Shania Twain, Gary Sinise
Production Company : Kingdom Story Company, Kevin Downes Productions, Erwin Brothers Entertainment
Distributor : Lionsgate
Genre : Biopic / Musical / Romance
Running Time : 116 minutes
Release Date : March 7, 2020 (ArcLight Hollywood), March 13, 2020 (United States)
Trailer :


Diadaptasikan dari autobiografi Jeremy Camp dengan tajuk yang sama, I Still Believe mengisahkan tentang kisah cinta antara Jeremy Camp dan mendiang isterinya, Melissa yang meninggal disebabkan kanser ovari. 


Jeremy Camp (KJ Apa) starts his freshmen year di kolej jauh dari kawasan rumah dia di Indiana. First day dekat sana, dia nampak konsert The Kry oleh Jean-Luc (Nathan Parsons), penyanyi idola dia dan antara salah satu sebab utama kenapa dia nak masuk study dekat kolej tu. Single tracks Jean-Luc mostly genre contemporary dan bersifat ketuhanan. 


Tak sia-sia dia curi-curi masuk sebab dia berjumpa in person dengan Jean-Luc dan dapat peluang untuk berdiri tepi stage dan ternampak Melissa Henning (Britt Robertson) enjoy layan performance Jean-Luc. Dari saat tu dia dah jatuh cinta pandang pertama. Dia cuba approach Melissa lepas habis konsert and got to know her name. 


Lepas beberapa pertemuan yang secara kebetulan ataupun dirancang, both of them jatuh cinta tapi malam Christmas, Melissa masuk hospital sebab tumor dalam perut dia makin membesar dan kena buat surgery untuk buang. Since then Jeremy tekad untuk kahwin dengan Melissa dan cuba bahagiakan isteri dia sampai saat terakhir. 


Lepas tengok trailer dah tahu dah pun apa akan jadi dekat ending sebab tahap kanser Melissa dah agak teruk. But still nak tengok jugak sebab KJ Apa handsome plus rating tinggi and I need some beautiful romance genre movie. Serious tak menyesal langsung pilih movie ni walaupun menangis tengok ending. 


Lakonan KJ Apa sebagai Jeremy Camp looks convincing and he did justice for that role. Dari dia mula jatuh cinta, dia kembangkan career music dia, patah hati, berkahwin, jadi suami yang setia dan berkabung atas kematian Melissa. He proved he’s a perfect cast as Jeremy Camp. Scene dia menyanyi dalam movie ni memang dia menyanyi sendiri and it’s his first time. Boleh kata dia all out lah untuk jayakan watak Jeremy Camp. Chemistry dia dengan Brit pun nampak cantik sangat. 


Dalam movie ni ada Shania Twain berlakon sebagai mak Jeremy tapi sayang lah dia tak membantu sangat pun. Tak ada scene dia menyanyi walhal dia penyanyi sebenar IRL even scene emotional antara dia dengan Jeremy pun tak berapa menjadi. 

Visual teams definitely did wonder with breathtaking cinematography and visual effects. Shot diorang ambil pun cantik untuk scene romantic especially during their wedding. 




Totally in love with I Still Believe soundtrack! Suka dengan lagu Find Me In The River masa Jeremy nyanyi dekat bonfire di pantai dengan Melissa. What a soulful lyric and voice! 


Since movie ni berkonsepkan personal faith, dialog yang dilontarkan agak strong tambah bila Melissa cuba cari kenapa dia diberi ujian yang berat dari Tuhan. Bila Jeremy persoalkan takdir hidup dia dekat ayah dia, Tom Camp (Gary Sinise). 

'God is so infinitely vast, and this is His painting. We paint with brushes, He paints with a billion stars and a trillion galaxies. And He knows my name. And He has a destiny just for me. And I'm gonna figure it out, someday' – Melissa

Walaupun movie ni berbeza agama dengan kita tapi persoalan-persoalan yang timbul masa manusia diuji ada jawapannya dalam movie ni. It just a nice and heartwarming movie berkaitan kehidupan dan  percintaan. Dekat hujung movie boleh tengok Jeremy Camp dan Melissa Henning yang sebenar. 

When you're ready, pick up your guitar - Melissa
1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.8, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.9, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 9.7/10
Entry sebelum ni baru je happy firm akan buka balik but turns out it's not happening... nope...

Image


Menyampah pulak dengan kerajaan baru ni. Meeting sampai malam katanya tapi keluar instruction tak jelas. Jangan la buat macam ni, Kejap bagi kebenaran, kejap tarik balik. Dah la firm bukan under SMEs, e-review berjalan tapi duit tak masuk. How to survive meh?

Image

Even KKM tegur business sekian sekian diminta jangan beroperasi tapi tweet tu KKM delete. Diorang tak consult dulu ke dengan KKM? Caca marba buat kerja. Lagi satu hal, panas hati jugak bila kita tak dibenarkan balik tapi menteri got VIP access? Wow?

Image

Menteri Pertahanan kata takkan layan golongan kayangan berbeza dari orang lain, jadi ni apa? 

Semalam wujud lagi satu kluster baru tapi tak pasti kluster apa. 

Image

Amerika pulak dah jadi negara paling tinggi kes kematian dengan angka 20,000 lebih dan Itali dengan 19,000 lebih kematian. Malaysia still terkawal dengan 1.6% dan kadar kesembuhan 44%. 

Movie Review : I Saw The Devil

Saturday 11 April 2020


Director : Kim Jee-woon
Writer : Park Hoon-jung
Cast : Lee Byung-hun, Choi Min-sik, Jeon Gook-hwan, Kim Yoon-seo, Choi Moo-sung, Oh San-ha
Production Company : Peppermint & Company
Distributor : Softbank Ventures Korea, Showbox/Mediaplex (South Korea), Magnet Releasing (US & Canada)
Genre : Dark Crime / Thriller / Horror
Running Time : 141 minutes
Release Date : 12 August 2010 (South Korea), 21 January 2011 (Sundance), 4 March 2011 (US & Canada)
Trailer :


After so long finally I can watch this psycho thriller movie yang agak famous di Twitter dan Korea. Movie ni dah banyak menang award di pelbagai film festival dan award events di Korea. Mengisahkan tentang pembunuh psiko, Kyung-chul (Choi Min-sik) yang bekerja sebagai pemandu van sekolah dan bunuh mangsa dia dengan kejam. 


Joo-yun (Oh San-ha) call tunang dia, Kim Soo-hyun (Lee Byung-hun) bagitahu yang kereta dia problem tersangkut dalam salji. Soo-hyun yang bekerja di National Intelligence Service (NIS)tengah on duty so tak dapat bantu Joo-yun dan advice supaya tunggu tow truck datang instead of biarkan stranger yang tolong. Tapi malangnya stranger tersebut pembunuh psiko dan serang Joo-yun sehingga pengsan lepas dihentak beberapa kali. 


Joo-yun dalam keadaan separa sedar merayu supaya dilepaskan sebab dia tengah mengandung tapi dia ditetak tanpa belas. Badan dia dilapah dan dibuang merata tempat. Keesokannya bila budak yang bermain di kawasan lalang terjumpa telinga Joo-yun, pihak polis mulakan pencarian. 


Squad Chief Jang (Jeon Gook-hwan), ayah kepada Joo-yun bagi 3 suspek yang membunuh anak dia pada Soo-hyun sebab dia tahu Soo-hyun takkan tenang selagi tak balas dendam. Satu persatu Soo-hyun jejak dan berjumpa dengan Kyung-chul yang memang ada dalam list suspek. Dia terjumpa cincin Joo-yun dalam saliran air di rumah Kyung-chul dan plan untuk attack Kyung-chul. 


Lepas serang, dia akan bebaskan Kyung-chul sepertimana pemburu lepaskan buruan dia kemudian tangkap lagi dan serang lagi. Kyung-chul pula tak ada tanda nak insaf ataupun takut, dengan sakit yang dia dapat pun dia tetap membunuh dan merogol lagi. Orang macam ni elok mati je lah. 

Adik Joo-yun (Kim Yoon-seo) call Soo-hyun suruh dia stop bahayakan diri balas dendam atas kematian kakak dia. Tapi Soo-hyun tetap dengan pendirian dia untuk serang-lepas Kyung-chul. Pihak polis pun dah tahu tindakan Soo-hyun tapi tetap jugak lambat buat kerja. 


To be honest I’m not really a fan of I Saw The Devil sebab ada beberapa sexual scene yang sengaja director letak entah untuk apa sebab tak menambah impak kepada jalan cerita pun. And it’s painfully long to watch. 

Plus plot kejar-mengejar antara dua watak utama agak penat untuk ditonton tambah pula bila tindakan Soo-hyun sudahnya tak membuahkan hasil apa-apa pun. Dekat ending dia tak achieve apa pun dengan misi balas dendam dia. 


Jadi geram sangat sebab kita expect Soo-hyun akan selamatkan watak-watak lain daripada dibunuh tapi tak, dia buat kita hadap beberapa scene yang kejam. Untuk first half memang fun nak tengok tapi bila masuk second half dah mula hilang minat and I tak puas hati dengan cara Soo-hyun. Alang-alang dah jadi kejam tu seksa la teruk lagi. 


Walaupun I tak suka dengan plot movie ni tapi action stunt Soo-hyun kemas dan cantik. Brutal and gore scene memang puas la tengok untuk fans movie genre dark crime macam ni. Visual dengan music score memang on point. Scene Kyung-chul bunuh mangsa-mangsa dia dan scene Soo-hyun koyak mulut psycho lain (Choi Moo-sung) agak menggerunkan. Lepas layan movie ni memang bertambah rasa takut dengan stranger. Who knows we might bump into psycho killers?


Tak recommend sangat lah movie ni untuk yang bukan peminat dark crime or thriller dan tak recommend sebab ending dia tak memuaskan. But if you guys want to experience the gore and horror yourself, feels free to watch. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.8, 9. Social Message +0, 10. Personal Thought +0 = 7.4/10

Movie Review : The Body


Director : Jeethu Joseph
Writer : Oriol Paulo
Cast : Emraan Hashmi, Rishi Kapoor, Sobhita Dhulipala, Vedhika
Production Company : Azure Entertainment, Viacom18 Motion Pictures
Genre : Thriller / Mystery
Running Time : 102 minutes
Release Date : 13 December 2019
Trailer :


Kisah bermula bila SP Jairaj Rawal (Rishi Kapoor) dapat panggilan dari rumah mayat inform dia mayat Maya Varma (Sobhita Dhulipala), seorang ahli perniagaan terkenal hilang selepas sehari disahkan meninggal dunia. Pengawal keselamatan dalam ketakutan yang amat sangat dek kerana ternampak hantu Maya dalam lif, minta dibenarkan pulang ke rumah tapi SP Jairaj bertegas semua patut stay hingga kes ni selesai.

Dalam masa yang sama suami Maya, Ajay Puri (Emraan Hashmi) berkabung atas kematian isteri dia. Shaina, adik Ajay temankan dia dan entertain guess yang datang untuk ucap takziah. Tak lama lepastu Ajay buat keputusan untuk jumpa Ritu (Vedhika), pelajar dalam kelas kimia dan juga merangkap kekasih gelap untuk tenangkan hati yang tengah kusut.


Masa tu juga la dia dapat call dari SP Jairaj untuk inform mayat Maya hilang dan diminta datang ke rumah mayat tersebut. SP Jairaj cuba tekankan tentang musuh-musuh Maya since dia ahli perniagaan, tak mustahil ada yang jaki sampai nak bunuh dan sorokkan mayat. Tapi Ajay beria denied dan mengamuk. Ajay call Ritu request supaya find out siapa sebenarnya SP Jairaj sebab personal contact dia tak ada polis ataupun detektif.


SP Jairaj syak Ajay yang bunuh isteri dia sebab dia tak kisah langsung dengan motif pembunuhan tapi mengamuk bila mayat Maya hilang. Walaupun junior dia bagitahu yang dia terbawa-bawa dengan emosi dalam kes ni, SP Jairaj tahu ada something yang tak kena dengan tingkah laku Ajay.

Sementara SP Jairaj tengah discuss tentang kes kehilangan mayat Maya, Ajay pula dihantui kenangan bersama Maya bila ternampak red dress Maya dalam loker di bilik tu dan juga barang-barang personal Maya yang lain. Ajay ternampak botol kecil TH16 dari lab dia. Dengan pantas dia cuba sorokkan supaya pihak polis tak tahu. Tapi kantoi bila SP Jairaj check badan Ajay secara paksa bila handphone Maya hilang.


Jalan cerita The Body ada sedikit berbeza dari The Vanished, movie Korea tahun 2018 which also a remake movie of The Body from Spain, 2012. Pace movie The Body agak slow sampai terpaksa ubah video setting ke 1.8x. Lagipun dah tahu jalan cerita macam mana so thrill and twist tu masih lagi teringat. 


Lakonan Rishi sebagai pegawai polis yang annoying dan emosi untuk kes ni nampak meyakinkan lah watak dia. Movie ni banyak habiskan masa dekat rumah mayat kemudian ending laju je habis. Kalau dalam movie The Vanished dia banyak thriller scene yang buat kita curious macam mana mayat tu hilang. Dan twist dia cantik di hujung cerita.


Kalau dikembangkan lagi watak Maya dan betapa bitchy dia terhadap Ajay mungkin rasa kesian pada Ajay tu bertambah macam dalam movie The Vanished. Tapi dalam movie The Body tak nampak langsung pun perangai bitchy Maya sampai Ajay perlu curang dengan Ritu dan bunuh Maya. Kalau ikut time plot, both of them baru kahwin 3 bulan tapi cepatnya Ajay curang dengan Ritu just because kusut kena buli dengan Maya? Lemah.


Jadi sakit hati dengan watak Ajay bila tengok dia curang dengan Ritu dan bahagia dengan kemewahan Maya. Dasar loser. Vedhika tak deliver banyak mana pun dalam movie ni, just a flower pot role.


Set location dalam movie ni cantik-cantik belaka especially masa scene Maya dengan Ajay kahwin dan pergi honeymoon. Music score not bad lah tapi lagi best kalau tempo semua lagu tu laju sikit.





Lepas banyak industry yang remake movie The Body Spain ni, patutnya The Body boleh deliver lebih bagus sebab material dah ada tapi sayang lah movie ni jadi lagi teruk dari yang lain. It just a foolish attempt and wasteful. 

1. Team Production +0.5, 2. Visual +1, 3. Audio +0.4, 4. Storyline +0.3, 5. Casting +0.5, 6. Genre +0.4, 7. Themes +1, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +0.6, 10. Personal Thought +0 = 5.2/10
Semalam awal pagi lagi dah keluar pergi ATM lepastu beli barang dapur. Sekali beli memang tak beli banyak sebab barang pun tak ada sangat tapi just enough for both of us survive dalam 2 minggu. Lagipun sayur bukannya boleh tahan lama sangat. 

Kalau keluar memang beli sayur hijau untuk first week then sayur yang tahan lama sikit macam kacang buncis, kobis bunga, kobis, terung dan bendi untuk second week. Thank God minggu ni jumpa bendi sebab sebelum ni stok habis. Jumpa keli jugak yeayyy! 


Stress jugak la sejak RMO ni makan ayam je. Kedai Makngah pulak tak bukak langsung even for delivery. Menangis makan ikan keli semalam. Kalau I boleh pergi NSK boleh la beli siakap, ikan sardin, bawal hitam, udang, sotong semua tapi tu lah, Super Seven Kampung People je mampu :(

Seksanya dekat sini harga agak mahal compared to NSK. Sebab tu berpada jugak bila membeli sebab sini banyak kedai runcit. NSK pula pasar borong so beza banyak la dekat situ. Nasib baik ayam dalam harga kawalan so takde la nampak harga ayam naik merepek sangat. 

Anyway perutusan khas PM semalam dah lanjutkan RMO. Dah boleh agak dah pun sebab tambah 2 kluster baru sejak minggu lepas. Zon merah pun makin bertambah. Yang peliknya KKM dah stop tunjuk pending cases. Dah boleh agak lah pending case makin banyak sebenarnya tapi taknak cause panic. Mustahil la kluster bertambah, zon merah bertambah, kawasan PKPD bertambah tapi pending case berkurang. 

Image

Image

Ada beberapa sektor yang akan kembali beroperasi Isnin depan which include my firm as well. Selepas pihak atasan berbincang, waktu bekerja macam biasa tapi maksimum 2 pekerja sahaja dalam satu office. 

Rasanya cukup hari ke-30, I will stop update this personal rant sebab dah kerja balik kan. Plus haritu rajin nak buat sebab expect 14 hari je tapi makin melarat pulak. Dan laratan ni dijangkan akan berakhir sampai raya haaaa kau.....