Movie Review : Beyond The Clouds
Friday, 26 April 2019
Director : Majid Majidi
Writer : Mehran Kashani, Majid Majidi
Cast : Ishaan Khatter, Malavika Mohanan, Goutam Ghose, Amruta Santosh Thakur
Production Company : Zee Studios, Namah Pictures
Distributor : Zee Studios
Genre : Drama
Running Time : 120 minutes
Release Date : November 20, 2017 (IFFI), April 20, 2018
(India)
Trailer :
Sebelum ni dah pernah review
movie Dhadak, kali ni review pasal movie debut Ishaan Khatter, adik kepada
Shahid Kapoor. Ni beria tengok sebab kawan Twitter banyak kali remind tengok
movie BTC ni sebab dia kata best sangat Ishaan berlakon. Congrats to Ishaan for his Filmfare Debut Best Actor award last year. He totally deserves the award.
Kalau dalam Dhadhak watak Ishaan
sebagai si romeo yang jatuh cinta tapi dalam movie BTC watak Ishaan sebagai Aamir,
penjual dadah di bandar Mumbai. Hidup merempat dan pastikan bisnes selamat dari
polis. Silap langkah bila dia ugut bos besar untuk bayar payment dia on time.
Sudahnya tempat diorang proses dadah kena terjah dengan polis.
Aamir sempat lari dan berjaya sembunyikan
diri dalam longgokan kain di tempat kakak dia, Taara (Malavika Mohanan) bekerja.
Taara minta bantuan Akshi (Goutam Ghose)sembunyikan dadah yang Aamir bawa. Esoknya
bila Taara minta balik dadah tu dengan Akshi, lain pula yang jadi bila Akshi
cuba nak rogol dia. Nak selamatkan diri, Taara pukul kepala Akshi dengan batu
sampai Akshi cedera teruk dan ditahan di ICU.
Bangun dari tidur, Aamir terus
pergi ke tempat kerja Taara tapi Taara dah dibawa ke balai. Aamir yang masih
belum dapat hadam apa yang jadi berlari kejar trak polis sampai ke penjara.
Bila dia dapat tahu Akshi cuba rogol Taara, dia cuba selamatkan Akshi sebab nak
Akshi mengaku jenayah yang dia buat dekat polis.
Taara cuba sesuaikan diri di
penjara sementara tunggu Aamir cari duit untuk ikat jamin tapi dia taknak Aamir
guna duit hasil jual dadah sebab dia taknak Aamir kena tangkap dengan polis.
Aamir dah buntu sebab stok dah habis, tak tahu mana nak cari duit ikat jamin so
dia terpaksa jaga Akshi di hospital. Bila Akshi dah sedar dan dipindahkan ke
wad biasa, Akshi tak dapat bercakap dan lumpuh satu badan. Makin stress Aamir
dan Taara menunggu hari.
Beberapa hari kemudian keluarga
Akshi datang ke hospital. Aamir dapat idea untuk lacurkan anak perempuan Akshi
sebab duit jual perempuan agak lumayan.
Jalan cerita BTC agak kompleks
bila manusia terikat dengan pelbagai macam ujian kehidupan. You simply cannot
blame Aamir for what he did sebab surrounding dia pun memang ajar untuk buat
apa sahaja asalkan dapat survive untuk hidup. Tak ada pilihan untuk fikir moral
kehidupan yang mana salah atau betul. Scene Aamir stress bila dia tak mampu nak
ikat jamin Taara sampai mengamuk dekat keluarga Akshi tu paling kesian.
The way Ishaan expressed that
anger was an impactful performance. There’s no way manusia tu boleh bertenang
bila tersepit dalam situasi Aamir-Taara. Agak terkesan dengan scene tu bila
director cuba sampaikan yang kita dah cuba yang terbaik untuk selamatkan orang
yang tersayang tapi tak mampu sebab halangan tu lagi besar. The least we can do
is just accept the fate and destiny. Sebagai manusia kita tak mampu nak ubah
dah takdir tu.
Cuma yang menjadi pertanyaan
lepas tengok movie ni, masih lagi tak dapat nak pastikan Aamir stress sebab nak
Taara keluar dari penjara atas dasar sayang ataupun sebab Taara je tahu dekat
mana dadah tu dia sorok. Walaupun performance semua pelakon bagus tapi jalan
cerita dia agak lemah nak pula bila kita dah boleh agak apa akan jadi selepas
tu.
1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4.
Storyline +0.7, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.6, 9.
Social Message +1, 10. Personal Thought +0.8 = 9.1/10