Book Review : Bau Semangat Anak Muda

Sunday 26 August 2018



Penulis : Nami Cobb Nobbler
Penerbit : Lejen Press
Helaian : 161 mukasurat/ 24 bab
Genre : Teenlit/Falsafah/Satira Cinta
Tarikh Cetakan : Cetakan Pertama – Disember 2012
                        Cetakan Kedua – Februari 2013
Harga : RM 7

Sinopsis: 


Review : 

Dah lama cari novel ni sebab dah lama follow Teh Tarik Gelas Besar so ada la certain novel Nami yang dah beli tapi hilang sebab orang pinjam haihhh.

Okay back to the review, cerita Nizam dari kecil yang jumpa sinar kehidupan dengan Band Paku Tekan tapi terpisah bila ahli band berpecah dan pindah dari Cheras Perdana. I’m not quite familiar dengan Cheras Perdana so bila penulis sembang tu lagi banyak oh ye ke daripada angguk since it’s a new general knowledge for me.

Sekejap je nak ambil masa baca buku ni sebab jalan cerita yang best and relate with my childhood. Suka sangat part kenapa orang dewasa suka buli budak kecik? We wonder for the same thing actually. Orang tua yang suka buat keputusan tanpa bincang dulu dengan anak-anak. Simpan duit dalam tabung nak beli apa kita nak tapi sudahnya duit dibaham orang lain. A loner at school so boleh faham macam mana perasaan bila ada geng tu.

Episod Nazmi finally ada band sendiri episode yang agak menarik untuk dibaca, macam mana setiap member ada perangai tersendiri tapi sebagai manusia bernama Nazmi dia chill je lepak dengan semua. Suka sangat dengan watak Lam sebab pemikiran dia yang agak radikal. Tapi betul kata Hafiz tu sampai bila nak riot? Dua ideologi berbeza dalam cerita ni yang menghidupkan plot. Best kalau debat antara Hafiz dengan Lam tu diperbanyakkan lagi.

Bab Luq dengan Kopi O Air Tawar macam boleh guess hidup siapa but still enjoy baca walaupun tak banyak sangat bab Luq ni. And I really love the ending, can you imagine I pun happy sangat bila hajat Nizam dari kecil dah tercapai. Cuma potong mood bila tak tahu what’ll happened next and dah habis. Eh tak puas lah baca buku nipis macamni!

1. Author +1, 2. Accuracy +0.5, 3. Writing Style +1, 4.Plot +1, 5. Character +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.8, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 9.3= 10

Cabaran 25 Hari Blogging : Kenangan Zaman Kanak-Kanak

Saturday 25 August 2018


My childhood tak lah berapa nak best pun kalau dibandingkan dengan orang lain sebab habiskan masa dengan stay dalam rumah je tapi ada jugak lah aktiviti nak dibuat dalam rumah tu pun. 

1. Layan movie Hindustan 

Ini antara faktor kenapa boleh gila dengan Bollywood. Dulu bila mak mengandung memang ayah akan hantar balik kampung sebab alahan teruk. But me and my sister will stay at home. Sebelum ayah pergi kerja dia akan belikan makanan lepastu letak satu kotak tape Hindustan yang dia sewa dekat Speedy. Memang menari sakan lah bila lagu keluar lepastu berangan jadi heroin. 

2. Bina Kubu

Rumah zaman dulu memang wajib ada kusyen kotak. Bila kotak mula la otak ni ligat berfikir design kubu macam mana nak buat untuk berlindung. Kadang tu sampai tertidur dekat dalam kubu walaupun panas sebab dah penat main. Kalau tak bina kubu, susun kusyen sampai tinggi jadi menara. Pernah sekali jatuh tersembam dari menara tu boleh tahan jugak lah benjol dekat kepala. 

3. Jadi Cikgu

Salah satu cita-cita dari kecik nak jadi cikgu sebab tengok cikgu rotan orang tu best main piap sana piap sini je. Happy jugak kalau dapat tanda kertas anak murid sebesar muka surat lepastu tulis komen dengan pen merah. Fuhhh terserlah kuasa veto dekat situ tapi sejak rotan kena ban ni hilang terus nawaitu tambah pulak bila mengajar orang ni penat nak pulak kalau jumpa anak murid banyak songeh. 

4. Tulis Lirik Lagu

Hah yang ni bukan cipta lirik lagu baru tau, yang ni salin lirik lagu sambil telinga dengar dekat radio. Buku lirik lagu dulu kemain tebal jugak lah. Bila bawak pergi sekolah sana sini nak pinjam sebab nak salin balik. Pernah jugak mak ambik bakar buku lirik lagu tu sebab geram buat benda sia-sia. 

Ada lagi yang lain tapi jarang lah dibuat dan tak ingat sangat dah pun tapi not bad jugak lah duduk terperap dalam rumah sebab banyak benda boleh buat. How about you guys?

Movie Review : Basmati Blues

Tuesday 21 August 2018

Related image

Director : Danny Baron
Writer : Danny Baron, Jeff Dorchen
Cast : Brie Larson, Scott Bakula, Donald Sutherland, Tyne Daly, Utkarsh Ambudkar, Lakshmi Manchu
Production Company : Red Baron Films, Considered Entertainment
Distributor : Shout! Studios
Genre : Musical/Romantic/Comedy/ Drama
Running Time : 105 minutes
Release Date : 5 October, 2017 (American Film Festival), 9 February, 2018 (United States)
Trailer :



I seriously didn't know this is a musical movie! Masa layan trailer tak terserlah sangat pun musical tu bila layan movie bersepah lagu dia. Lagu lagi banyak dari isi cerita. Tak tahu siapa target audience movie ni, mungkin kanak-kanak sebab jalan cerita santai je but yeah, this movie is good to watch.

Menceritakan tentang Linda (Brie Larson), saintis yang membuat kajian tentang penanaman padi yang mempunyai lebih banyak protein dan tidak menggunakan benih untuk ditanam dan dinamakan Rice Nine. Disebabkan kejayaan Linda dan ayahnya, Eric (Scott Bakula) mencipta formula baru penanaman padi yang boleh menghasilkan lebih banyak khasiat dan bermutu tinggi, bos syarikatnya, Mr. Gurgoun (Donald Sutherland) menghantar Linda ke India untuk test market dan mendapatkan kepercayaan petani untuk membeli beras Mogil.

Related image

Linda yang tak suka bersosial dan lebih suka terperap di makmal terpaksa jalani kehidupan baru dan berjumpa dengan rakyat India yang berbeza budaya dengan Amerika. Di India, Linda bertemu dengan Rajit (Utkarsh Ambudkar), graduan universiti dari bidang biologi tapi gagal menghabiskan pengajiannya kerana kekangan dana.

Mempunyai minat yang sama, Linda jatuh cinta dengan Rajit tapi cinta mereka terhalang bila Rajit dapat tahu muslihat sebenar syarikat Mogil yang bakal menghancurkan pendapatan penduduk kampungnya. Tambah pula bila Patel kecewa dan try sabotaj Rajit bila Linda friendzonekan dia,

Related image

Jalan cerita walaupun santai tapi not bad lah sebab ada info pasal padi dan ritual rakyat India masa musim menuai and they show the beautiful culture and lifestyle of rural folks in India. Cuma agak kecewa lah bila major conversation dalam English walaupun sesama Indian. Ada beberapa scene je yang Indian converse in Hindi. Lagu pun memang totally in English, tak ada langsung selitkan verse Hindi. Tapi lagu dia fun jugak lah nak layan.

Cinematoghraphy dia cantik sangat terutamanya dalam lagu Love Don't Knock At My Door dengan bintang penuh dekat langit fuhhhh eye feast!


Not sure Linda guna suara asal ataupun tak, kalau suara asal memang sedap lah suara dia nyanyi semua lagu. Sama lah dengan Rajit & Patel. Lakonan memasing okay je baik leading cast mahupun extra, sesuai lah dengan movie ringan macam ni, tak ada intense moment yang perlukan talent besar pun. For me, it's a one time watch movie. Nak tengok pun okay, tak tengok pun okay. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.4, 5. Casting +1, 6. Genre +0.8, 7. Themes +0.6, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.4 = 7.9/10

Cabaran 25 Hari Blogging : My Gadget

Sunday 19 August 2018


Gadget ialah peranti mudah alih yang boleh dibawa ke mana saja untuk memudahkan urusan pengguna. So what's my collection? I don't have much tapi tanpa beberapa benda ni memang boleh syahdu juga kehidupan. 

1. Laptop

Yang ni bila tak ada, memang tak boleh nak tahu dunia dekat luar macam mana. Tak boleh nak update blog, tak boleh nak check email or anything related lah dan yang paling penting tak boleh nak tengok movie :(

2. Smartphone

Buat masa sekarang ada dua smartphone, satu Huawei untuk kegunaan peribadi dan satu lagi iPhone untuk kegunaan urusan kerja. Not a fan of iPhone sebab renyah lagipun dah terbiasa dengan Android dari zaman smartphone wujud. Terkial jugak lah nak guna iPhone ni so mostly memang guna untuk jawab call atau whatsapp je. In case you're wondering why own an iPhone, its from my company. 

3. Mi Band Smart Bracelet

I've mentioned about this from my previous post since its a present from my partner to keep track my daily fitness activity. Hari-hari pakai untuk keep track berapa langkah sehari dengan berapa banyak kalori terbakar. Sejak dah stop jogging & running ni memang hambar lah angka tu. Nak cecah 5k which is my daily steps goal pun tak lepas dah. Habis kuat pun 3k je. 

Okay itu je rasanya yang ada setakat ni. Tak berniat nak tambah pun sebab tak penting. Yang ada ni pun untuk kegunaan wajib je. You guys pulak macam mana? Share lah kat sini  :) 
Tarikh 18.08.2018 antara tarikh yang cantik buat semua pasangan yang bakal mendirikan rumahtangga, sama juga untuk Priyanka Chopra & kekasih hatinya, Nick Jonas yang mengadakan majlis pertunangan mengikut tradisi India. Menggunakan simbol NP untuk Nick & Priyanka, majlis dihadiri oleh rakan artis, keluarga dan pihak media. 



Priyanka dan Nick Jonas pertama kali bertemu di Met Gala 2017 kemudian makin rapat dan terdapat beberapa rumours yang mengatakan mereka bercinta dan selalu berjumpa. Walaupun netizen mempertikaikan jarak usia mereka sebanyak 11 tahun tapi tak menganggu pasangan ini untuk ke peringkat seterusnya. 


Nick menjemput Priyanka ke perkahwinan sepupunya di Atlantic City, New Jersey pada Jun lepas. By that time pun ramai yang dah boleh teka yang Nick betul-betul serious dengan Priyanka sebab bawa gadis ke majlis keluarga is a serious big deal. 

Image result for pc and nick cousin wedding

Dua minggu  selepas majlis tu, Priyanka membawa Nick ke India ke majlis pertunangan dan majlis perkahwinan anak lelaki Mukesh Ambani di Mumbai sekaligus membawa Nick berjumpa dengan Madhu Chopra, ibu Priyanka. Both seen vacation at Goa. 


Nick melamar Priyanka dengan cincin berlian 3 karat dari Tiffany & Co bernilai $200,000. Khabarnya Tiffany hanya dibuka untuk Nick Jonas untuk hari tersebut supaya Nick dapat memilih cincin yang sesuai untuk PC. Just like she promised in Koffee With Karan, 'World will know when there’s a ring on the finger' bila bercakap mengenai bila akan tamatkan status bujang.


Hari Sabtu, upacara pooja diadakan untuk mendapatkan restu dari Tuhan dan juga keluarga. Majlis ni dihadiri oleh Madhu Chopra, abang Priyanka Sidharth Chopra, adik sepupu Parineeti Chopra dan kedua ibubapa Nick, Denise dan Kevin Jonas berpakaian tradisi India. Sebanyak 200 bilik hotel ditempah di hotel 5 bintang di Mumbai, India untuk majlis pertunangan Nick & PC.





Engagement attire yang dipakai oleh PC direka oleh pereka fesyen terkenal di India, Abu Sandeep Jaani Khosla. Well, look at the details. 


Parineeti Chopra yang rapat dengan PC dari kecil memuat naik ucapan untuk Mimi Didi selepas selesai majlis pooja.  


Priyanka & Nick juga memuat naik gambar dengan caption mengesahkan hubungan percintaan mereka berdua. 


Antara rakan artis yang turut sama meraikan dan meninggalkan komen di laman Instagram Nick-Priyanka. Joe Jonas yang tidak dapat hadir juga memuatnaik status di Twitter meraikan hubungan pasangan sensasi Hollywood-Bollywood ni. 



Lepas upacara pooja, engagement party diadakan untuk rakan artis dan pihak media. Antara rakan selebriti yang hadir ialah Alia Bhatt, adik Salman Khan, Arpita Sharma dan juga suaminya Aayush Sharma mewakili keluarga mereka. 

Madhu Chopra & Denise Jonas






Congrats for your engagement Priyank & Nick, after all she's been through in her dark years, finally she's seen with beautiful glow and brightest smile on her face! Can't wait for the Wedding Of The Year hamari Desi Girl aur Pardesi Babu ❤🌸