Book Review : Bau Semangat Anak Muda
Sunday 26 August 2018
Penulis : Nami Cobb Nobbler
Penerbit : Lejen Press
Helaian : 161 mukasurat/ 24 bab
Genre : Teenlit/Falsafah/Satira Cinta
Tarikh Cetakan : Cetakan Pertama –
Disember 2012
Cetakan Kedua – Februari 2013
Harga : RM 7
Sinopsis:
Review :
Dah lama cari novel ni sebab dah
lama follow Teh Tarik Gelas Besar so ada la certain novel Nami yang dah beli
tapi hilang sebab orang pinjam haihhh.
Okay back to the review, cerita
Nizam dari kecil yang jumpa sinar kehidupan dengan Band Paku Tekan tapi
terpisah bila ahli band berpecah dan pindah dari Cheras Perdana. I’m not quite
familiar dengan Cheras Perdana so bila penulis sembang tu lagi banyak oh ye ke
daripada angguk since it’s a new general knowledge for me.
Sekejap je nak ambil masa baca
buku ni sebab jalan cerita yang best and relate with my childhood. Suka sangat
part kenapa orang dewasa suka buli budak kecik? We wonder for the same thing
actually. Orang tua yang suka buat keputusan tanpa bincang dulu dengan
anak-anak. Simpan duit dalam tabung nak beli apa kita nak tapi sudahnya duit
dibaham orang lain. A loner at school so boleh faham macam mana perasaan bila
ada geng tu.
Episod Nazmi finally ada band
sendiri episode yang agak menarik untuk dibaca, macam mana setiap member ada
perangai tersendiri tapi sebagai manusia bernama Nazmi dia chill je lepak
dengan semua. Suka sangat dengan watak Lam sebab pemikiran dia yang agak
radikal. Tapi betul kata Hafiz tu sampai bila nak riot? Dua ideologi berbeza
dalam cerita ni yang menghidupkan plot. Best kalau debat antara Hafiz dengan
Lam tu diperbanyakkan lagi.
Bab Luq dengan Kopi O Air Tawar
macam boleh guess hidup siapa but still enjoy baca walaupun tak banyak sangat
bab Luq ni. And I really love the ending, can you imagine I pun happy sangat
bila hajat Nizam dari kecil dah tercapai. Cuma potong mood bila tak tahu what’ll
happened next and dah habis. Eh tak puas lah baca buku nipis macamni!
1. Author +1, 2. Accuracy +0.5, 3. Writing Style +1, 4.Plot
+1, 5. Character +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.8, 9. Social
Message +1, 10. Personal Thought +1 9.3= 10