Director : Advait Chandan
Writer : Advait Chandan
Cast : Zaira Wasim, Meher Vij,
Raj Arjun, Aamir Khan, Tirth Sharma
Production Company : Aamir Khan
Productions
Distributor : Zee Studios, Warner
Bros. (worldwide), Huaxia Film Distribution, Peacock Mountain
Genre : Musical Drama
Running Time : 150 minutes
Release Date : 19 October 2017
Trailer :
Jarang Aamir Khan nak berlakon 2
movie dalam satu tahun tapi tahun lepas dia berlakon dalam Dangal lepastu
keluar pulak Secret superstar and both movies ada Zaira Wasim, boleh kata yang
Zaira ni protégé dia dalam Btown. Dia memang polish habis bakat Zaira sampai
nama Zaira popular di media sebab menang National Child Award for Exceptional
Achievement.. Movie SS ni juga tercalon dan memenangi dalam beberapa kategori
antaranya Best Director, Best Supporting Actress dan lain-lain.
Insia Malik (Zaira Wasim) berusia
15 tahun dan impikan untuk menjadi seorang penyanyi tapi kehidupannya antara
penghalang utama untuk dia capai impian tu. Ayah dia sejenis yang baran dan
kaki pukul, ibunya, Najma (Meher Vij) pula cuma seorang suri rumah yang tak mampu membaca.
Just like any rural area in
India, Insia pun menerima nasib yang sama bila kelahirannya tak disukai oleh
Malik (Meher Vij) dan dilayan seperti beban keluarga tapi adiknya Guddu ditatang bagai
minyak yang penuh kerana berjantina lelaki. Insia cuba menyanyi di Youtube
dengan identiti yang disembunyikan menggunakan gitar lama dan laptop yang
dibeli oleh ibunya secara curi-curi.
Lagu Main Kaun Hoon dengan Meri Pyaari Ammi mendapat perhatian dan pujian netizen dan selebriti terkenal. Dalam masa
yang sama, Shakti Kumar (Aamir Khan) mencari penyanyi untuk movie baru dia
selepas diboikot dengan Lembaga disebabkan perangainya dan beberapa kontroversi
lain. Dengan pujukan Chintan (Tirth Sharma), Insia cuba menghubungi Shakti Kumar selepas video
pujian dari Shakti.
Insia terima offer sebagai
penyanyi movie Shakti dengan syarat Shakti harus membantu Insia selepas habis sesi
recording. Dengan bantuan Chintan, Insia berjaya curi keluar dari sekolah dan
pergi Mumbai seorang diri kemudian berjumpa dengan Shakti. Bantuan yang Insia
perlukan dari Shakti bukan duit tapi bantu dia untuk berjumpa dengan lawyer
penceraian terhebat sebab dia dah geram tengok Malik pukul Najma dan nak
kahwinkan dia dengan pemuda Arab.
Tapi cubaan untuk buat parents
dia bercerai gagal bila Najma geram dapat tahu Insia pergi ke Mumbai seorang diri dan
ponteng sekolah. Disebabkan marah, Insia tuduh Najma penakut dan bodoh kerana
sanggup tinggal dengan lelaki yang layan dia dengan buruk tapi sebenarnya Najma
tak mahu anak-anak hidup merempat. Dia buta huruf dan dikahwinkan awal oleh keluarga,
pendapatan dia cuma dari wallet Malik.
Bila Insia faham perkara sebenar,
dia berhenti kejar impian dia dan terima apa saja keputusan Najma dan Malik
untuk hidup dan masa depan sebab pengorbanan Najma dah cukup besar dalam hidup
dia. Berjaya atau tidak Insia bawa Najma dan Guddu keluar dari kehidupan tu
ataupun bersyukur Malik masih menjaga dan memberi makan?
Walaupun movie dapat positive
review dari critics dan tercalon dalam banyak kategori tapi sakit hati juga
bila tengok beberapa scene yang tak berpijak di dunia nyata. Kadang boleh faham
juga marah Malik tu sebab berkerja dari pagi sampai tengah malam tapi bini
masak tak sedap. Baik makan dekat kedai je. Balik kerja penat tapi anak bini
kerja melangut tengok TV layan gossip artis, air segelas pun nak ditegur baru
terhegeh bagi.
Tu belum masuk part Insia tak
fokus belajar. Balik rumah main gitar, tengok TV layan gossip artis, layan lagu
hafal itu ini tapi bila exam je fail. Tu belum masuk part Insia kurang ajar dengan
cikgu tuisyen dia lagi. Gigih bergaduh dengan cikgu tak nak ambik test sebab
nak balik rumah nak curi newspaper ayah dia since ada column sembang pasal dia.
Hek eleh benda tu otw balik test kau boleh beli kot. Chintan ada duit kalau kau
miskin sangat.
Sembang pasal miskin, tak boleh
brain Insia campak laptop dari tingkat atas semata geram tengok mak dia kena
pukul dengan ayah. Again, letak diri dekat tempat Malik. Najma jual barang kemas
dia sebab nak beli laptop sedangkan dia tak mampu. Nak beli aiskrim untuk Guddu
pun tak mampu, boleh pulak belikan laptop untuk Insia. Motif? Tak cukup ke
dengan gitar yang Insia ada? Bukti yang Malik tak kejam sangat sampai sekat
kebebasan Insia. Dia tak bagi Insia keluar sebab nak exam besar, kena fokus
belajar tapi apa yang Insia buat? Pergi sekolah pun sanggup kena rotan dengan
cikgu sebab taknak belajar tapi gigih cari melodi untuk lagu baru dia. Nasib
lah lagu dia pergi jauh.
Menyampah tau tengok Insia gigih
ajak mak dia lari dari rumah sebab Malik layan kasar. Dia ingat senang nak
survive dekat luar tu? Dah la dia sembang negara India. Kalau Malaysia, boleh
terima lah jugak sebab muka lawa buat je video gedik dekat Insta pun dah boleh
dapat RM12k sebulan. Lakonan Zaira memang bagus tapi tak boleh nak terima jalan
cerita yang pandang dari sudut Insia yang cetek akal dan bergantung cuma pada
nasib badan semata. I don't support violence tapi cara penulis skrip ni nak gambarkan sengsaranya kehidupan Insia tu agak bias bila dia letakkan sepenuhnya kesalahan atas Malik?
Scene paling menyampah sekali
bila Shakti Kumar ejek nama Insia sebagai nama kampung dan tak komersial
padahal nama Insia tu maksudnya perempuan, but still Shakti tak suka. Insia
cuma diam padahal kemain kau nak pusing mata 360 darjah bila orang ambil seat
kau kat tepi tingkap. Bila orang ejek nama dan rendahkan martabat perempuan,
menikus je dekat belakang. Dan tak wujud pun satu scene Insia balas balik
sampai habis movie. Menyampah dan marah sebab yang lakonkan scene tu Aamir
Khan, because in real life pun dia layan perempuan macam sampah. Geram sebab dia
hasilkan movie yang boleh dia portray scene negatif tanpa dipandang serong. Dia
berlakon, dia edit dan dia terbitkan. Nice one! Tak hairan kalau ramai kritik
yang puji sebab dia salah seorang #TheKhans.
Tapi tak hairan pun kalau Insia diam bila orang rendahkan dia sebab dia pun layan Chintan teruk jugak, bila dia perlukan Chintan baru dia nak layan dengan baik. Supposedly dia faham apa kesan bila layan orang dengan kasar sebab dia tak suka Najma dan diri dia sendiri dilayan kasar dengan Malik jadi kenapa dia nak layan Chintan macam tu? Kenapa I brought up this issue sebab dia digambarkan sebagai karakter yang matang dan mampu untuk lead family dia. Bukan setakat Chintan, even Guddu dia layan teruk tapi dengan Shakti yang perangai buruk tu elok je layan baik. Pfftttt
Movie ni boleh kata tunjuk betapa berpengaruhnya zaman teknologi ni dengan Youtube, Twitter dan FB sebagai medium untuk berjaya tapi pelik bila dalam ramai budak sekolah Insia tak kenal suara Insia padahal dia menyanyi kemain letops lagi dalam train di awal movie. Gitar yang dia guna pun dia bawa sekali tapi takde sorang pun yang cam. Fail!
Not really recommend this movie
tapi suka tengok lakonan Zaira dan Meher Vij sebagai ibu dan anak. Chemistry
diorang berdua tu memang cantik nak pula kalau scene emosi memang rasa nak
peluk mak dekat rumah. Tambah dengan background lagu Meri Pyaari Ammi. Memang layak
sangat diorang berdua menang award untuk lakonan dalam movie ni.
1. Team Production +1, 2. Visual
+1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.4, 5. Casting +1, 6. Genre +0.5, 7. Themes +1,
8. Editing +0.4, 9. Social Message +0.3, 10. Personal Thought +0.2 = 6.8/10