Cabaran 25 Hari Blogging : Blog I Love

Thursday 16 August 2018


Untuk challenge hari ni nak sembang pasal blog yang suka baca. Nak pilih blog mana yang best tak mampu sebab kebanyakannya memang best pun dan akan dibaca setiap hari. Antara ciri-ciri blog yang best dibaca :

1. Blog ringan

Blog yang ringan ni bila line slow pun boleh buka dan baca dengan senang hati sebab tak perlu nak tunggu lama untuk dia habis loading. Content pun tak panjang berjela dalam satu perenggan, bila baca tak juling mata. 

2. Kuantiti Iklan Sedikit

Blog dan iklan memang berpisah tiada tapi kalau setiap ruang nak letak iklan boleh menangis juga nak baca. Header, sidebar, footer, dalam body content pun ada tambah lagi dengan yang pop-up amboi kau jah, nak shopping online berguni ke?

3. Chill and steady

Blog cenggini untuk blog yang relaks je tak lock right-click. Ye betul untuk elakkan orang curi isi blog kita tapi bila buat contest/segmen/giveaway memang renyah beno nak ambil banner. Masa yang boleh dijimatkan jadi panjang sebab nak kena buat kerja banyak step. Tak pun nak buka link yang dia attached dalam entri tu terpaksa back banyak kali. Kalau ingat agenda utama, ingat lah. Kalau tak, hmm lantak, alash lion.

Okay dah, itu je lah yang buat mood lari bila blogwalking. So kalau blog yang bebas dari 3 per ni, blog-blog yang disukai lah tu. 

Cabaran 25 Hari Blogging : Favourite Colour

Wednesday 15 August 2018


Hampir terlupa nak buat challenge untuk hari ni. So today we'll talk about my Fav Colour. 

Sepanjang 27 tahun hidup ni rasanya dah banyak kali bertukar warna kegemaran sampai satu tahap tu I decided that I'll love all colour unconditionally since semua warna mewarnai dunia kita. Semua warna main peranan supaya nampak ceria, cantik and made me fall in love. 

Though I love all colour, still ada juga yang bias sikit so I'll list down the most bias in my list. 

1. Merah

Image result for red wedding dress

Masa kecil dulu memang suka sangat warna merah sampai semua benda nak warna merah. Buka almari baju memang penuh dengan baju warna merah especially baju kurung lah. Every raya nak tema merah sampai lah I decided to stop sebab merah ni menggalakkan rasa marah. Dulu memang hot-tempered so nak cool down I kurangkan sikit demi sedikit. Tapi sekarang ni naik balik minat tu sebab partner suka warna merah so dari merah marah jadi merah cinta gittewww.

2. Ungu

Related image

Entah kenapa boleh tersangkut dengan warna ni sedangkan dulu tak minat sangat. The least fav pulak tu. Mungkin sebab pengaruh Hannah Montana kot plus untuk cool down, I need some therapy so suka beli barang yang remind me of lavender and have that scent. Sampai sekarang pun masih lagi beli walaupun dah banyak berubah kepada scent 'I Love You', sorry not sorry Idk kenapa post ni boleh berubah mood jiwang pulak. T.T

3. Teal

Image result for teal home decor

Sekarang ni tengah angau dengan warna teal sampai decide nak cat rumah warna teal. Ni gara-gara tengok home deco ala vintage banyak sangat lah ni sampai jatuh cinta. Warna dia macam warna biru tapi bercampur dengan warna hijau. Bila tengok rasa tenang yet firm and strong. Dia macam warna laut dalam. Nampak tenang tapi tetap garang dan boleh mengganas. 

4. Primrose
Related image

Sejak suka pakai lipstick ni, jatuh cinta betul dengan warna Primrose sebab tak la girlish sangat tapi tak garang sangat. Just nice je warna dia dekat mata I lah, tapi nak cari lipstick warna ni agak susah sikit sebab akan terlajak pergi warna fuschia ataupun warna watermelon. Warna ni cantik sebagai lipstick dan juga blusher and of course eyeshadow. Kalau malas tu hah tenyeh je 3 tempat ni , tak payah nak bawak banyak benda dalam satu bag. 

5. Gold

Image result for gold things

Dulu menyampah tau warna ni sebab menyinar sangat sampai bersilau mata yang tengok nak pulak kalau lepak kampung fuhhhh menyala dari jauh lagi. Sekarang ni syok tengok barang warna emas nampak mewah satu hal, nampak bersemangat satu hal. 

Sembang pasal warna fav tapi macam entry dropping hints berbakul. Wishes do come true aite?

Buah Jentik Hang

Semalam lepas balik dari kerja menyinggah dekat gerai makcik ni dekat tepi jalan sebab nak beli tempoyak, nak buat sambal goreng tempoyak bilis. Dari minggu lepas nak menyinggah asyik terbantut je hajatnya. 

Dah singgah situ, niat nak beli tempoyak tapi tergoda dengan buah dokong jugak sebab dah lama tak makan. Makcik ni pun jual murah je, ada yang RM2 sekilo, RM5 dengan RM6 sekilo ikut saiz. Tengah syok membelek tu ternampak satu bakul buah kecik cenonet ni. 


'Mak cik ni buah apa?'

'Ni buah jentik.'

'Hah? Buah jentik?'

'Buah ni orang utagha kenai la'

'Eh tapi kami pun orang utagha jugak, tak pernah nampak pun'

Mungkin sebab nampak muka peghak tu, makcik tu pun suruh lah rasa buah jentik dia jual. First time rasa memang sedap manis-manis masam, sudahnya angkat sekilo. Terkejut makcik tu bila cakap nak sekilo. 

Entah celah mana dapat nama jentik entah sebab tak payah jentik pun kalau nak kopek kulit, pegang pun dah boleh luruh sendiri kulit dia sebab rapuh. Suka tengok warna isi dia sebab meghelit cantik.

Dengan semut sekali masuk dalam gambar hihu

Buah jentik ni memang patut lah tak berapa nak kenal sebab dah masuk dalam list buah rare dah, susah nak jumpa tapi bila dah jumpa tak boleh berhenti makan. Tapi penat lah jugak nak makan sebab buah haluih, isi tak tera mana pun. 

Anyway, nice experience makan buah rare negeri sendiri. In future entah ada lagi ka dak buah ni nak bagi anak merasa, cehhhh sembang anak. K gerak lu. 

Movie Review : Secret Superstar

Image result for Secret Superstar

Director : Advait Chandan
Writer : Advait Chandan
Cast : Zaira Wasim, Meher Vij, Raj Arjun, Aamir Khan, Tirth Sharma
Production Company : Aamir Khan Productions
Distributor : Zee Studios, Warner Bros. (worldwide), Huaxia Film Distribution, Peacock Mountain
Genre : Musical Drama
Running Time : 150 minutes
Release Date : 19 October 2017
Trailer :


Jarang Aamir Khan nak berlakon 2 movie dalam satu tahun tapi tahun lepas dia berlakon dalam Dangal lepastu keluar pulak Secret superstar and both movies ada Zaira Wasim, boleh kata yang Zaira ni protégé dia dalam Btown. Dia memang polish habis bakat Zaira sampai nama Zaira popular di media sebab menang  National Child Award for Exceptional Achievement.. Movie SS ni juga tercalon dan memenangi dalam beberapa kategori antaranya Best Director, Best Supporting Actress dan lain-lain.

Insia Malik (Zaira Wasim) berusia 15 tahun dan impikan untuk menjadi seorang penyanyi tapi kehidupannya antara penghalang utama untuk dia capai impian tu. Ayah dia sejenis yang baran dan kaki pukul, ibunya, Najma (Meher Vij) pula cuma seorang suri rumah yang tak mampu membaca.


Just like any rural area in India, Insia pun menerima nasib yang sama bila kelahirannya tak disukai oleh Malik (Meher Vij) dan dilayan seperti beban keluarga tapi adiknya Guddu ditatang bagai minyak yang penuh kerana berjantina lelaki. Insia cuba menyanyi di Youtube dengan identiti yang disembunyikan menggunakan gitar lama dan laptop yang dibeli oleh ibunya secara curi-curi.

Lagu Main Kaun Hoon dengan Meri Pyaari Ammi mendapat perhatian dan pujian netizen dan selebriti terkenal. Dalam masa yang sama, Shakti Kumar (Aamir Khan) mencari penyanyi untuk movie baru dia selepas diboikot dengan Lembaga disebabkan perangainya dan beberapa kontroversi lain. Dengan pujukan Chintan (Tirth Sharma), Insia cuba menghubungi Shakti Kumar selepas video pujian dari Shakti.

Image result for Secret Superstar

Insia terima offer sebagai penyanyi movie Shakti dengan syarat Shakti harus membantu Insia selepas habis sesi recording. Dengan bantuan Chintan, Insia berjaya curi keluar dari sekolah dan pergi Mumbai seorang diri kemudian berjumpa dengan Shakti. Bantuan yang Insia perlukan dari Shakti bukan duit tapi bantu dia untuk berjumpa dengan lawyer penceraian terhebat sebab dia dah geram tengok Malik pukul Najma dan nak kahwinkan dia dengan pemuda Arab.

Tapi cubaan untuk buat parents dia bercerai gagal bila Najma geram dapat tahu Insia pergi ke Mumbai seorang diri dan ponteng sekolah. Disebabkan marah, Insia tuduh Najma penakut dan bodoh kerana sanggup tinggal dengan lelaki yang layan dia dengan buruk tapi sebenarnya Najma tak mahu anak-anak hidup merempat. Dia buta huruf dan dikahwinkan awal oleh keluarga, pendapatan dia cuma dari wallet Malik.


Bila Insia faham perkara sebenar, dia berhenti kejar impian dia dan terima apa saja keputusan Najma dan Malik untuk hidup dan masa depan sebab pengorbanan Najma dah cukup besar dalam hidup dia. Berjaya atau tidak Insia bawa Najma dan Guddu keluar dari kehidupan tu ataupun bersyukur Malik masih menjaga dan memberi makan?

Walaupun movie dapat positive review dari critics dan tercalon dalam banyak kategori tapi sakit hati juga bila tengok beberapa scene yang tak berpijak di dunia nyata. Kadang boleh faham juga marah Malik tu sebab berkerja dari pagi sampai tengah malam tapi bini masak tak sedap. Baik makan dekat kedai je. Balik kerja penat tapi anak bini kerja melangut tengok TV layan gossip artis, air segelas pun nak ditegur baru terhegeh bagi.

Image result for Secret Superstar

Tu belum masuk part Insia tak fokus belajar. Balik rumah main gitar, tengok TV layan gossip artis, layan lagu hafal itu ini tapi bila exam je fail. Tu belum masuk part Insia kurang ajar dengan cikgu tuisyen dia lagi. Gigih bergaduh dengan cikgu tak nak ambik test sebab nak balik rumah nak curi newspaper ayah dia since ada column sembang pasal dia. Hek eleh benda tu otw balik test kau boleh beli kot. Chintan ada duit kalau kau miskin sangat.

Sembang pasal miskin, tak boleh brain Insia campak laptop dari tingkat atas semata geram tengok mak dia kena pukul dengan ayah. Again, letak diri dekat tempat Malik. Najma jual barang kemas dia sebab nak beli laptop sedangkan dia tak mampu. Nak beli aiskrim untuk Guddu pun tak mampu, boleh pulak belikan laptop untuk Insia. Motif? Tak cukup ke dengan gitar yang Insia ada? Bukti yang Malik tak kejam sangat sampai sekat kebebasan Insia. Dia tak bagi Insia keluar sebab nak exam besar, kena fokus belajar tapi apa yang Insia buat? Pergi sekolah pun sanggup kena rotan dengan cikgu sebab taknak belajar tapi gigih cari melodi untuk lagu baru dia. Nasib lah lagu dia pergi jauh.


Menyampah tau tengok Insia gigih ajak mak dia lari dari rumah sebab Malik layan kasar. Dia ingat senang nak survive dekat luar tu? Dah la dia sembang negara India. Kalau Malaysia, boleh terima lah jugak sebab muka lawa buat je video gedik dekat Insta pun dah boleh dapat RM12k sebulan. Lakonan Zaira memang bagus tapi tak boleh nak terima jalan cerita yang pandang dari sudut Insia yang cetek akal dan bergantung cuma pada nasib badan semata. I don't support violence tapi cara penulis skrip ni nak gambarkan sengsaranya kehidupan Insia tu agak bias bila dia letakkan sepenuhnya kesalahan atas Malik?

Scene paling menyampah sekali bila Shakti Kumar ejek nama Insia sebagai nama kampung dan tak komersial padahal nama Insia tu maksudnya perempuan, but still Shakti tak suka. Insia cuma diam padahal kemain kau nak pusing mata 360 darjah bila orang ambil seat kau kat tepi tingkap. Bila orang ejek nama dan rendahkan martabat perempuan, menikus je dekat belakang. Dan tak wujud pun satu scene Insia balas balik sampai habis movie. Menyampah dan marah sebab yang lakonkan scene tu Aamir Khan, because in real life pun dia layan perempuan macam sampah. Geram sebab dia hasilkan movie yang boleh dia portray scene negatif tanpa dipandang serong. Dia berlakon, dia edit dan dia terbitkan. Nice one! Tak hairan kalau ramai kritik yang puji sebab dia salah seorang #TheKhans.


Tapi tak hairan pun kalau Insia diam bila orang rendahkan dia sebab dia pun layan Chintan teruk jugak, bila dia perlukan Chintan baru dia nak layan dengan baik. Supposedly dia faham apa kesan bila layan orang dengan kasar sebab dia tak suka Najma dan diri dia sendiri dilayan kasar dengan Malik jadi kenapa dia nak layan Chintan macam tu? Kenapa I brought up this issue sebab dia digambarkan sebagai karakter yang matang dan mampu untuk lead family dia. Bukan setakat Chintan, even Guddu dia layan teruk tapi dengan Shakti yang perangai buruk tu elok je layan baik. Pfftttt

Movie ni boleh kata tunjuk betapa berpengaruhnya zaman teknologi ni dengan Youtube, Twitter dan FB sebagai medium untuk berjaya tapi pelik bila dalam ramai budak sekolah Insia tak kenal suara Insia padahal dia menyanyi kemain letops lagi dalam train di awal movie. Gitar yang dia guna pun dia bawa sekali tapi takde sorang pun yang cam. Fail!


Not really recommend this movie tapi suka tengok lakonan Zaira dan Meher Vij sebagai ibu dan anak. Chemistry diorang berdua tu memang cantik nak pula kalau scene emosi memang rasa nak peluk mak dekat rumah. Tambah dengan background lagu Meri Pyaari Ammi. Memang layak sangat diorang berdua menang award untuk lakonan dalam movie ni.

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.4, 5. Casting +1, 6. Genre +0.5, 7. Themes +1, 8. Editing +0.4, 9. Social Message +0.3, 10. Personal Thought +0.2 = 6.8/10

Cabaran 25 Hari Blogging : 5 Lagu Cinta Kegemaran

Tuesday 14 August 2018




Bab lagu cinta ni fuhhhh haruslah lagu Hindustan champion, menusuk dalam hati sampai angau jadinya so I'll list 5 fav love songs for this year : 

1. Dhadak - Dhadak
Singers - Ajay Gogavale & Shreya Ghoshal



2. Selfish - Race 3
Singers : Atif Aslam, Iulia Vantur


3. O Sathi - Baaghi 2
Singer : Atif Aslam


4. Paniyon Sa - Sayatmeva Jayate
Singers: Atif Aslam, Tulsi Kumar


5. Naino Si Bandhi - Gold
Singer : Yasser Desai


Tahun 2018 tak banyak sangat lagu best, nasib minta 5 je, kalau banyak kena korek lagu tahun lepas sebab tahun lepas awwwww sikit.