Movie Review : Veere Di Wedding
Saturday 4 August 2018
Director : Shashanka Ghosh
Writer : Nidhi Mehra, Mehul Suri
Cast : Kareena Kapoor, Sonam
Kapoor Ahuja, Swara Bhaskar, Shikha Talsania, Sumeet Vyas, Vishwas Kini, Ishwak
Singh, Edward Sonnenblick, Anjum Rajabali, Neena Gupta, Ayesha Raza, Vivek
Mushran, Vivek Mushran, Alka Kaushal
Production Company : Balaji
Motion Pictures, Anil Kapoor Films & Communication Network, Saffron
Broadcast & Media
Genre : Comedy/Drama
Running Time : 125 minutes
Release Date : 1st
June 2018
Trailer :
VDW mengisahkan kehidupan 4
sekawan, Kalandi (Kareena Kapoor Khan), Avni (Sonam Kapoor Ahuja), Shakshi Soni
(Shwara Bhaskar) dan juga Meera Singh (Shikha Talsania) bertemu kembali setelah
10 tahun berhubung melalui Skype dan jalani kehidupan masing-masing yang huru-hara.
Watak utama, Kalandi yang takut dengan perkahwinan kerana rumahtangga ibu
bapanya yang berantakan akhirnya setuju untuk berkahwin dengan kekasih hatinya,
Rishabh selepas 3 tahun tinggal bersama.
Dalam sibuk dengan persiapan
perkahwinan bersama bakal ibu mertuanya, Kalandi masih lagi ragu-ragu sama ada
dia perlu teruskan perkahwinan tersebut ataupun tak. Dalam masa yang sama, Avni
cuba untuk merapatkan hubungannya dengan Nirmal, lelaki anak mak yang
dikenalinya di dating apps online kerana fed-up dengan bebelan maknya yang mahukan menantu dan cucu.
Shakshi pula lari dari suaminya
dan ingin bercerai selepas 6 bulan berkahwin dalam satu majlis grand sehingga
habis 50 juta rupees untuk perbelanjaan perkahwinan. Gara-gara stress dengan
perangai suaminya, dia bertukar menjadi
kaki arak dan hisap weed untuk hilangkan stress makcik-makcik bawang.
Sementara Meera pula ada krisis
keluarga bila dia dihalau keluar dari rumah bila dia memilih untuk berkahwin
dengan John dan bukannya dengan pilihan keluarga. Walaupun sudah mempunyai
anak, dia masih lagi merahsiakan dari pengetahuan keluarga kerana paranoid
anaknya akan dikutuk. At the same time, Meera cuba untuk turunkan berat yang
naik mendadak selepas beranak.
Since shooting lagi VDW team dah
tekankan yang movie ni bukan a chick flick walaupun major plot berkenaan Kalandi berkahwin dengan Rishabh ditambah dengan kisah Avni yang mencari jodoh. Movie ni lebih tekankan tentang dilemma wanita yang dah
berkerjaya dan pandangan-pandangan serong yang dilontarkan oleh masyarakat. Its
feminist, yes but lack of emotional depth. Walaupun some dialogues are powerful
tapi tak cukup kuat lagi untuk hadirkan rasa huru-hara dan serabut tu.
Walaupun movie ni agak modern
dengan bahasa, cara hidup especially pakcik Kalandi yang gay tapi dia tak
keluar dari norma masyarakat India yang masih lagi hidup bersama parents,
arranged marriage, ritual pemujaan yang somehow mengarut and old school pada
pandangan modernize children. I love how Shashanka Ghosh made all character
wild but still respect and tolerate the folks. Selalunya kalau movie modern
macamni memang langgar je semua.
One thing I really amazed with
Rhea Kapoor haruslah wardrobe dia! Dari awal movie sampai habis memang happy
sangat tengok semua outfit each character walaupun ada pakaian yang berulang
but still looks amazing! Even pakai tshirt pun boleh nampak cool and swag, what
a charmer Rhea! Fantastic job she did in this movie. Brownie points for Sonam’s
earrings. Everything looks extravagant plus with stunning visual especially at
Phuket and Kalandi's wedding ceremony.
Music background pun main peranan
jugak bila masuk lagu Tareefan dengan Bhangra De Sajda untuk certain scenes
untuk kuatkan lagi feels tu. Lagu Veere serlahkan lagi chemistry 4 sekawan
dalam lensa kamera walhal masing-masing baru start rapat dekat set except Sonam
dengan Swara yang dah banyak kali berlakon sekali.
As a senior, Kareena can pull off Kalandi’s character with ease, same goes to Swara just like in her Anarkali of Aarah. Fashionista like Avni is too easy for Sonam Kapoor but I’m gonna go gif hunting for her appearance since there’s too many cute expressions she did onscreen. Aww goshhh she’s so cute! Applause for Shikha for her stellar performance in VDW walaupun baru tapi dia berjaya tonjolkan watak Meera and hasn’t been overshade by any star leads.
Tak recommend untuk semua yang
tak mampu terima urban and wild lifestyle dalam VDW but for me it’s a brave
effort from the team to change the stigma of the society.
1. Team Production +1, 2. Visual
+1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8.
Editing +0.7, 9. Social Message +0.8, 10. Personal Thought +0.7 = 8.8/10
Misteri Lagu Sally Sendiri Terbongkar
Friday 3 August 2018
My young age memang famous dengan band Indonesia, celik mata
sebelum pergi sekolah layan dulu lagu Peterpan, Nidji, Letto, Dewa 19 dan
seangkatannya dengan roommate. Balik sekolah pun sama juga. Waktu prep, habis
prep, sebelum tidur, masa lepak. Duduk asrama bukannya banyak hiburan sangat
pun tambah pula zaman tu internet pun tengah slow lagi.
Sembang pasal lagu, ada lagu Peterpan dari album Hari Yang
Cerah tajuk Sally Sendiri memang simple sangat lirik dia, cuma 3 rangkap yang
diulang sampai 3 minit lebih. Sebelum sembang jauh, layan dulu lirik dan lagu
dia okay.
Biar Sally mencariku
Biarkan dia terbang jauh
Dalam hatinya hanya satu
Jauh hatinya hanya ku
Katakan ku takkan datang
Pastikan ku takkan kembali
Lalu biarkan dia menangis
Lalu biarkan dia pergi
Sally kau selalu sendiri
Sampai kapanpun sendiri
Hingga kau lelah menanti
Hingga kau lelah menangis
Dalam MV nampak Sally tu mencari Ariel ke sana kemari dia
berlari cari Ariel tapi Ariel taknak berjumpa dengan dia dah. Bila baca lirik
pun tak tahu apa lah dosa si Sally ni sampai Ariel decide untuk taknak jumpa
dia dah dengan harapan Sally move on sendiri bila dah penat menangis dan
tunggu.
Murung jugak kalau jadi si Sally ni, besar sangat ke dosa
dia dengan Ariel sebab dalam MV tak ada pun tunjuk Sally curang dengan lelaki
lain. Lirik pun tak bagitahu apa salah Sally sampai Ariel buat macam tu tapi
Ariel tahu dalam hati Sally cuma ada dia seorang je. Jadi apa salah Sally
sampai kena hidup sendiri?
Finally after years, I broke the code.
Memang patut Ariel tinggalkan Sally dan berharap Sally move
on sendiri.
Memang patut Ariel dan Sally tak boleh bersama walaupun
Sally cinta mati dengan Ariel.
Rupanya……..
Sally tu ialah Abang Salleh. Yang Upin Ipin tu uolls.
Kecewa ditinggalkan Ariel lari balik ke Malaysia ubah
penampilan dan habiskan masa dengan karier dia hihu.
Wasn't my story and all credit to her blog wkwkwkwkwk
Blog Performance July 2018
Wednesday 1 August 2018
Tak sangka dah habis dah pun bulan Julai walaupun rasa terseksa sikit bila penat dengan kerja sampai lemau rasa nak blog but still curi masa hadap juga supaya cecah target. Tak sangka juga blog jadi sumber kebahagiaan untuk bulan Julai ni bila mampu capai target.
1) PV
All time PV dah cecah 100k bila daily PV maintain 1k setiap hari untuk bulan Julai ni. Walaupun tak rajin blogwalking sebab tak ada banyak masa tapi banyak juga entri yang menyumbang nak pula entri The Hantus dan beberapa drama review. Syok tengok live stats berapa pembaca yang ada di blog. Kalau dulu sorang je which means myself only tapi sekarang ada mencecah 10 orang pada satu masa. Sebelum ni tengok dekat blog orang lain, sekarang dah merasa sendiri dah.
Happy juga tengok monthly PV bila cecah 30k sedangkan target nak maintain 20k je. Bulan Ogos nak try pergi 40k pulak.
Happy juga tengok monthly PV bila cecah 30k sedangkan target nak maintain 20k je. Bulan Ogos nak try pergi 40k pulak.
2) Post
Like I've said earlier, Movie Review : The Hantus penyumbang utama PV mencanak bulan ni sampai masuk dalam Popular Post terus pecah rekod meroket sampai 2k terus. Bulan Julai meriah juga Popular Post bila ada 5 entri yang cecah 1k PV, jauh beza dengan performance bulan Jun cuma ada satu je entri cecah 1k
3) Keywords
Walaupun The Hantus mendominasi tapi keywords masih lagi meriah dengan lirik lagu Sumandak Sabah dan beberapa drama Melayu yang ditayangkan sekarang ni. Tengah tunggu drama Jangan Benci Cintaku habis tayang je sebab dah ramai yang request nak review. Happy jugak tercapai impian sebab bulan lepas nak tengok keywords yang relate dengan tanaman, tup tup bulan Julai dah ada.
4) Bilangan Entri
Bulan Julai sama je macam Jun, itupun sebab banyak segmen dan giveaway. Ogos ni nak naikkan balik sampai cecah 60 lebih. Banyak entri lagi banyak lah yang datang kan? Tapi penyakit malas tu rajin juga menjengah sekarang ni. Bahan ada je tapi malas ya tuhannnn. Target nak update 3 entri pun kelaut Antartika dah.
5) Ranking Alexa
Tak mampu nak maintain belas ribu bila dia buat perangai naik balik cecah puluh ribu padahal statistik blog tunjuk peningkatan kemain kebabom. Perati kecik besar kecik besar je Alexa ni.
6) Audience
Kalau bulan Jun cecah 11k, bulan Julai naik sampai 21k untuk Malaysia sahaja mungkin sebab penangan drama dan movie Melayu. Singapore pun jauh melompat dari ranking ke-6 naik tangga keempat, dari 300 cecah hampir seribu.
Tak tau nak target apa dah untuk bulan Ogos ni sebab dah start kerja baru takut tak mampu nak jaga performance blog je. Nak improve cara penulisan target sekarang ni dan juga penulisan review sebab yang membaca dah makin ramai. Kalau dulu for fun sekarang nak olah bagi cantik lah sikit karang orang bosan pula baca bahasa ala kadar je ye dok?
Terima kasih yang membaca, yang rajin bertandang, yang balas kunjungan dengan ikhlas, esok lusa kita terjah awak semua punya pulak ye. Yang mana tak berkesempatan tu, ampun ye.
Subscribe to:
Posts
(
Atom
)