Drama Review : Pengantin 100 Hari
Saturday 28 July 2018
Pengarah : Amor Rizan
Penulis Skrip : Sharifah
Abu Salem
Pelakon : Aiman Hakim
Redza, Aishah Azman, Amelia Henderson, Zila Bakarin, Edika Yusof, Dato’ Rahim
Razali, Jasmine Suraya, Fazreen Rafi, Ieka Zulkifli, Azhan Amir, Shariza
Mahmud, Hafiyah Hafiz, Fanna Azizan, Yusri Salleh, Faiz Izzat
Genre : Drama/Cinta
Jumlah Episod : 13 Episod
Tarikh Tayangan : 25
Jun 2018
Syarikat Produksi : Suhan
Movies & Trading
Penyiaran : TV3 Slot Samarinda
OST : Sulit – Aman Aziz
Trailer : N/A
Drama Pengantin 100 Hari yang
diadaptasikan dari novel tajuk yang sama hasil karya ditayangkan di TV3 Jun
lepas. Mengisahkan tentang Amar (Aiman Hakim Redza) jatuh cinta pada Sofia (Aishah
Azman) dan berkahwin selepas mendapat persetujuan dua belah keluarga tapi
sayangnya Yasmin (Zila Bakarin) mempunyai agenda lain untuk mengembangkan
syarikatnya bersama Dato’ Fahmi (Dato’ Rahim Razali) . Gagal rancangannya untuk megahwinkan Amar bersama
Erina (Amelia Henderson), dia menipu Sofia akan mengadakan majlis resepsi di hotel ternama dengan jemputan
terhad.
Sofia pelik bila keluarganya
belum mendapat kad jemputan untuk majlis resepsi tersebut tapi mendapat tahu
majlis resepsi tersebut adalah majlis akad nikah Amar bersama Erina. Amar yang
dibelasah dua orang lelaki misteri disalah anggap sengaja menghilangkan diri
untuk mengelak dari menjawab persoalan Sofia lantas ambil keputusan untuk
tinggalkan rumah dan membawa bersama barang kemas dan juga geran butik yang
pernah dihadiahkan oleh Yasmin.
Selesai majlis akad nikah, abang
Sofia, Iqbal (Fazreen Rafi) menumbuk Amar kerana menganiaya adik dan
keluarganya. Dato' Fahmi yang terkejut dengan berita ni membatalkan perjanjian bersama
Yasmin untuk menggabungkan syarikat mereka lantas membuang Erina dari
keluarganya kerana memilih untuk setia bersama Amar.
Amar melayan Erina acuh tidak
acuh kerana baginya, Erina punca Sofia lari walhal Erina juga mangsa keadaan
yang dicipta oleh Yasmin. Bila Erina gagal memujuk atuknya untuk bergabung
dengan Yasmin, Yasmin melayan Erina dengan teruk walaupun dia sayang Erina
sebagai anak angkat dan juga menantu tapi berubah rasa sayang bila Erina tak
punya apa-apa.
Erina meminta 100 hari untuk
hidup bersama Amar dan menjaga makan minumnya selepas Amar kemalangan dilanggar
van semasa mencari Sofia. Selepas 100 hari, Erina akan terima apa saja
keputusan Amar sama ada untuk ceraikan atau memilih untuk hidup bersama kerana
bagi dia perkahwinan perlu berdasarkan cinta dan Erina tahu kenyataan Amar
mencintai Sofia.
Amar pula ambil keputusan
untuk ceraikan kedua-dua isterinya kerana masalah kesihatan yang dialami dan
tak akan mampu memberikan zuriat baik kepada Sofia mahupun Erina. Yasmin pula
semakin runsing dengan pembatalan penggabungan syarikat malah syarikatnya
semakin merudum bila suaminya, Rusdi (Edika Yusof) berhenti dan berkerja di syarikat lain
kerana bercinta dengan Sherry. Lagi parah bila syarikatnya muflis lantas dibeli
oleh Dato’ Fahmi yang dah lama intai peluang.
Dalam ramai watak yang ada ni,
paling kesian dekat si Erina lah sebab ditipu oleh Yasmin tentang perkahwinan
padahal Yasmin guna Erina untuk bergabung syarikat je. Dah lah dibenci Amar,
dibuang keluarga, dihina pulak oleh Yasmin tapi dial ah paling matang dan sabar
dalam semua masalah yang jadi dalam drama ni walhal dia paling muda antara
semua watak.
For me, Amar dengan Sofia
masing-masing bertindak melulu lepastu paksa semua orang ikut keputusan
diorang. Masing-masing rasa masing-masing ada hak untuk tentukan hidup orang
lain. Kalau dari Amar faham juga kenapa dia jadi macam tu sebab satu keturunan
dengan mak dia tapi Sofia ni entah ikut siapa sebab parents dia jenis lembut,
husnuzon dan redho je. Mungkin sebab berjodoh dengan Amar kot so jodoh cerminan
diri kita ye dak?
Betul juga cakap Farah (Jasmine Suraya), kawan
baik Sofia bilamana dia tak boleh salahkan Amar ceraikan dia. Puas Amar cari
sampai accident, risau sampai serabai, pujuk nak explain tapi Sofia taknak
jumpa dan sembunyi di rumah Farah buat semua orang risau sampai mak dia
meninggal. Benda boleh settle kot kalau berbincang. Boleh je hidup harmoni
berpoligami sebab Erina bukan sejenis dengan Izreen. Ehhhh
Paling suka scene Dato’ Fahmi terkejut
Erina pilih untuk stay dengan Amar lepas akad nikah walaupun tahu Amar dah ada
isteri. Style gila Dato’ cakap ‘What?’. Reaction Dato' sama dengan my reaction
throughout this drama. Terhibur jugak dengan perangai Yasmin bila dia suka
melawan cakap suami dia. Betul cakap Yasmin bila Sofia lari tinggalkan Amar,
tak pernah kisah pun Amar dekat hospital padahal lama Amar masuk wad. Mak mana
tak bengang tengok orang yang kata cinta sangat dengan anak dia tapi bila anak
dia sakit hilang entah ke mana. Kalau bukan mata duitan, kenapa ambil semua
harta yang Yasmin bagi?
Tak payah nak bede’ah la kata nak
mulakan hidup baru, Sofia tu takkan lah tak ada kelayakan nak kerja sendiri?
Kalau dia duduk dengan parents dia, jaga mak dia yang sakit pun elok daripada
hilang buat mak dia tak tidur malam mengigau meracau mimpikan dia. Kata benci
tapi harta dia ambik pulak. Lepastu happy buka butik walhal butik Yasmin.
Memang patut lah Yasmin menyampah. Taknak Yasmin tahu dia dekat mana tapi buka butik dia. At least cerdik lah sikit jual butik tu, hasil jualan tu buka butik dekat tempat lain.
Berbulan jugak lah Sofia terperap
dalam rumah Farah tak buat apa pun. Erina yang kena buang keluarga, tak ada
yang support dia, penat jaga Amar pun boleh bangkit lepas kena cerai. Siap plan
lagi apa nak buat in future kalau Dato’ Fahmi tak terima dia, cari kerja lain dan
hidup happy.
Walaupun tak suka banyak benda
dengan drama ni tapi have fun jugak lah tengok sebab ada Erina. Ingat tak penat
ke hadap Aiman yang kayu, nasib ada Zila Bakarin atau Erina almost in every
scene sebab kalau dia seorang memang gagal betul. Scene nangis pun macam scene
air dari siling jatuh setitik dekat mata. Ayah dia pulak dok hah tak
habis-habis. Oh god.
Soundtrack drama ni kena lah dengan konflik Amar yang tension nak selesaikan drama mak dia cipta lepastu kusut sendiri. Thanks to Poplook outfits sebab cantik dan padan dengan Erina yang vogue and stylish. Sofia tak payah lah sebab dia punya wardrobe mostly t-shirt je sebab terperap dekat rumah dan menangis. Tapi puji lah duduk rumah tak pakai makeup, sakit pun muka memang nampak pucat.
Oh selain Amelia Henderson, watak yang hiburkan mata dan hati ialah Jasmine Suraya. Minat betul dengan dia lepas tengok drama Hero Seorang Cinderella. Bila entah dia nak jadi heroin. Geram je tengok karakter dia. Dah la cantik comel, stylish lepastu pandai berlakon pulak tu. Hopefully lepasni boleh tengok Jasmine atau Amelia jadi heroine because they deserve that role.
1. Team Production +0.7, 2. Visual +1, 3. Audio +0.9, 4.
Storyline +0.4, 5. Casting +0.5, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.5, 9.
Social Message +0.4, 10. Personal Thought +0.3 = 6.7/10