15 Pelakon Wanita Bollywood Yang Cantik Semulajadi
Sunday 22 July 2018
Baca komen kekecewaan sebab
pelakon kegemaran ataupun pelakon yang dikenali ada buat plastik surgery dan
suntik sana sini tapi tak semua pun yang cantik plastic, ada jugak yang cantik
semulajadi dan masih lagi mengamalkan gaya hidup sihat untuk kekal cantik.
1. Twinkle Khanna
Anak kepada pelakon terkenal
Rajesh Khanna ni mempunyai gene cantik dan figura fizikal yang perfect sebagai
model dan pelakon. Terkenal dengan sifat kedekutnya dan mengamalkan gaya hidup
sihat bersama suaminya, Akshay Kumar menyebabkan dia jauh dari sebarang
suntikan atau pembedahan plastik.
2. Sonali Bendre
Kecantikan model dan pelakon Sonali Bendre ni pernah menjadi
kegilaan ramai pada era 90-an dan masih kekal sehingga sekarang dengan senyuman dan
renungan mata yang cantik. Disebabkan kulit yang sensitif, Sonali jarang mengenakan solekan yang tebal dan mengamalkan makan walnuts setiap hari untuk kulit cantik.
3. Tabu
Pelakon berbakat besar Tabassum Fatima Hashmi atau nama komersial, Tabu merupakan kacukan Turki dan India. Bertubuh tinggi lampai dan bentuk muka panjang serta senyuman yang cantik antara daya penariknya. Rahsia kecantikan wajah kekal cantik berseri dan nampak muda? Vaseline!
4. Vidya Balan
Walaupun pernah ditinggalkan Shahid Kapoor kerana badan yang semakin berisi dan antara pelakon wanita yang bersaiz besar di Bollywood tapi Vidya tak pernah kisah dengan kecaman dan kritikan. Seksi dengan gaya tersendiri tanpa sebarang suntikan atau pembedahan, Vidya sentiasa nampak memukau di layar perak dan juga alam realiti.
5. Dia Mirza
Tak perlukan solekan tebal, suntikan ataupun pembedahan, kecantikan semulajadi Dia membuatkan ramai yang jatuh hati walaupun sudah berusia 37 tahun dan pernah memenangi Miss Beautiful Smile dan Miss Asia Pacific pada tahun 2000.
6. Genelia D’Souza
Walaupun bergelar ibu kepada dua orang anak tapi keserian wajah tak pernah surut tanpa mengenakan solekan yang tebal di wajahnya. Berbeza dengan wanita lain, untuk pipinya nampak merah, Genelia akan cubit pipinya beberapa kali supaya nampak natural dan tidak mengenakan sebarang blusher untuk mengelakkan kulit muka rosak. Exfoliate, cleansing, moisturize antara tips kekal cantik dan segar.
7. Alia Bhatt
Anak kepada pengarah terkenal,
Mahesh Bhatt dan pelakon cantik, Sonia Radzan yang bertubuh genit dan comel tak
perlukan sebarang penambahbaikan kepada mana-mana bahagian wajah ataupun
fizikal badannya. Alia sering menggayakan outfit yang sesuai dengan saiz petite especially summer looks!
8. Shraddha Kapoor
Siapa sangka anak kepada pelakon
antagonis terkenal di Bollywood, Shakti Kapoor mempunyai anak gadis secantik
Shraddha. Walaupun pernah dikritik sebagai kurus kering, tak cukup makan tapi
dia dilahirkan dengan kecantikan semulajadi dan senyuman yang menjadi igauan
para penonton.
9. Ileana D’Cruz
Onscreen mahupun offscreen,
Ileana sering kelihatan cantik dengan solekan nipis ataupun tebal untuk
kariernya. Antara rutin kecantikan Ileana ialah mengamalkan diet sihat, air
yang mencukupi dan kurangkan penggunaan produk. Pantang larangnya ialah tidur
tanpa mencuci makeup terlebih dahulu.
10. Yami Gautam
Walaupun jarang mendapat
perhatian dari pengarah untuk menjadi bintang utama tapi kecantikan
semulajadinya tak dapat ditandingi oleh mana-mana heroin terkenal. Bukan
setakat cantik malah peribadinya yang lemah-lembut dan sopan buatkan Yami disenangi ramai.
11. Parineeti Chopra
Berbeza dengan kakak sepupunya,
Priyanka Chopra, Pari memilih untuk menurunkan berat badan dan kekal cantik
dengan mengamalkan diet seimbang dan yoga walaupun memakan masa yang lama dan terpaksa menolak beberapa tawaran berlakon.
12. Jacqueline Fernandez
Ratu Cantik Sri Lanka yang berdarah
kacukan Sri Lanka dan Malaysia ni dianugerahkan dengan senyuman cantik dan
bentuk badan superstar tanpa memerlukan sebarang suntikan ataupun pembedahan.
Jac juga merupakan duta fitness terkenal di India selain Bipasha Basu.
13. Sonam Kapoor
Anak sulung Anil Kapoor dan juga
bekas model terkenal, Sunita Kapoor mempunyai raut wajah klasik India. Walaupun
pernah bersaiz besar suatu ketika dahulu tapi tampil dengan imej yang slim fit
untuk debut di Bollywood bersama Ranbir Kapoor dalam movie Saawariya. Selain pelakon,
Sonam juga merupakan duta kepada beberapa produk dan fashion icon terkenal di
Btown.
14. Sonakshi Sinha
Pernah dikecam netizen kerana
bersaiz besar dan mukanya yang matang membuatkan Sona memilih untuk mengurangkan
berat dengan bersenam dengan bantuan dari mentornya, Salman Khan sehingga
berjaya membuang 30kg dan kelihatan cantik menawan.
15. Tripti Dimri
Tripti debut di Bollywood dengan movie Laila Majnu arahan Imtiaz Ali. Kecantikan dia sesuai dengan watak Laila yang dipuja oleh penduduk Kashmir hinggakan Qaisy hilang kewarasan dan bertukar Majnu. Lepas meningkat nama dalam movie Bulbbul, Tripti sign contract di bawah Dharma Cornerstone Agency.