Dah masuk bulan-bulan terakhir tahun 2020 ni makin meningkat pula kes covid-19 cuma berbezanya kali ni Kerajaan dah benarkan kita keluar bekerja dan dalam masa yang sama boleh makan dan bersukan secara bersyarat.
Ada yang marah dengan SOP baru tapi hakikatnya ekonomi tetap kena berjalan. Kasihan pada yang terjejas pendapatannya dek pandemik. Kes di Selangor, KL dengan Putrajaya lah paling tinggi setiap hari walaupun kes di negeri Sabah dah mula terkawal.
Bila kes tinggi ni faham-faham je lah permintaan untuk Personal Protective Equipment (PPE) suit pun makin tinggi sebab perlu ditukar secara kerap. Harga PPE suit pula bukannya murah sebab KKM guna PPE suit dari brand Tyvek Dupont 1422a sebab brand ni berkualiti tinggi.
Since my firm nak menderma kepada beberapa hospital awam yang memerlukan PPE, terjumpa company yang jual PPE suit dekat Shopee. Brand yang sama jugak dengan KKM guna tapi yang istimewanya PPE suit ni bila boleh dibasuh lepas dipakai. Dah jimat lah dekat situ sebab tak perlu beli berulang kali lepas guna.
Sebelum derma tu kitorang tengok sample yang company Intellect Base Technologies Sdn Bhd ni bagi sebab nak tahu selesa ataupun tak bila pakai PPE suit. Not bad lah sebab material dia ringan dan tak panas bila dipakai.
Di bahagian hujung tangan, kaki dan kepala ada getah supaya tutup ruang suit daripada bahan kimia ataupun benda-benda berbahaya. Tak lah ketat sangat sampai berbekas bila pakai. Just nice je terletak. Safe and secure.
PPE suit ni available dalam pelbagai saiz, dari saiz S sampai ke saiz XXXL. Masa tempah tu stock baru sampai so tak ada masalah nak pilih saiz yang diperlukan since stok PPE ni agak terhad. Masa PKPB ni pula pergerakan terhad so produktiviti pun terhad juga.
Tak menyesal beli PPE suit dari company Intellect Base Technologies Sdn Bhd ni sebab service pun bagus, delivery cepat dan paling penting tempahan sampai dalam keadaan baik. Lepas ni kalau nak derma memang akan beli dekat sini je sebab yakin dengan material dan service. Hopefully dapat membantu frontliner dengan sumbangan kecil ni.
Yang nak menderma atau beli PPE suit yang sama, boleh contact person in charge Intellect Base Technologies ni di 019-6335014.
Cast: Rajkummar Rao, Nushrratt Bharucha, Mohammed Zeeshan Ayyub, Saurabh Shukla, Ila Arun , Satish Kaushik, Garima Kaur
Production Company: T-Series Films, Luv Films, Ajay Devgn FFilms
Distributor: Amazon Prime Video
Genre: Sports / Comedy
Running Time: 136 minutes
Release Date: 13 November 2020
Trailer:
Bila berlatarkan kawasan luar bandar seperti Haryana, dah boleh agak dah jalan cerita dia macam mana sebab kedaifan kawasan tu mempengaruhi banyak faktor baik institusi sekolah mahupun pemikiran para ibu bapa dan masyarakat.
Mahinder Singh aka Montu (Rajkummar Rao) diambil bekerja sebagai guru PTI pun sebab dia tak mampu nak habiskan degree dalam jurusan undang-undang. Nasib baik dia selalu jadi wakil sekolah dalam bidang sukan jadi pengetua Usha (Ila Arun) boleh lah selit dia untuk subjek sukan. Memandangkan kebanyakan ibu bapa tak pentingkan sangat bidang sukan ni, Montu ambil kesempatan dengan curi tulang dan melepak dengan Shukla Ji (Saurabh Shukla), bekas pengetua sekolah tu.
Kehidupan Montu berubah bila Kementerian Pendidikan dah wajibkan semua murid ambil berat untuk subjek sukan dan mana-mana sekolah yang hantar wakil di mana-mana peringkat akan dapat upgrade facilities yang diperlukan.
Inder Mohan Singh (Mohammed Zeeshan Ayyub) pula dihantar sebagai guru PTI yang baru. Sebagai guru lama di situ, Montu perlu assist Singh untuk improve stamina murid dan aktif dalam sukan. Ego dia tercalar kerana tugasan tersebut dan rasa Pengetua Usha sengaja nak buang dia.
Sudahlah jawatan dia dah tergugat, murid-murid mula hilang rasa hormat sebab teknik yang Montu ajar tak sebagus Singh, guru Neelima (Nushrratt Bharucha) pula makin rapat dengan Singh. Montu dah hilang semangat tapi sebab nasihat ayah dia (Satish Kaushik), Montu usulkan idea untuk buat 3 pertandingan sukan antara team dia dan team Singh.
Jalan cerita Chhalaang agak predictable bila template dia from zero to hero dengan beberapa teknik yang pernah digunakan dalam movie-movie bergenre sukan yang lain. First half agak mehhh sebab kena tengok watak Montu yang negatif dan merosakkan diri dia dan juga prestasi murid-murid di bawah jagaan dia. Masuk second half baru la director pick up balik pace dengan letak scene murid-murid team Montu training dengan cara orang kampung.
Lakonan Rajkummar Rao sebagai Montu rasanya mudah je dia nak tapau sebab dia dah banyak kali bawa watak komedi dengan accent Haryana. Tak silap dalam movie Bareilly Ki Barfi (2017) lebih kurang je. Character arc dia bagi impak kepada perjalanan cerita and thanks to writer sebab tak ubah melampau sangat atau suntik semangat patriotism yang berlebihan.
Berbeza dengan Nushrratt bila watak dia tak dikembangkan sangat dan screentime dia pun agak limited. Ni bukan pertama kali Nushratt bekerja di bawah produksi Luv Ranjan, agak kecewa lah bila watak dia tak bagi impak pada penceritaan. Watak Singh lagi syok nak tengok sebab dia bagi kesan kepada emosi Montu.
Not much for visual and music score dari Hitesh Sonik. Ada dua lagu yang tak dimasukkan dalam movie sebaliknya dijadikan promo strategy je. Lagu romantic Teri Choriyaan dari Guru Randhawa pun tak bantu kisah cinta Montu dengan Neelu sebab lagu ni muncul sebab Montu berangan je. So tak nampak sangat chemistry pasangan ni walaupun fresh pairing. Nasib baik lagu Le Chhalaang best sebagai booster masa perlawanan sukan.
Prestasi movie Chhalaang agak mengecewakan lah nak pula baru lepas tengok web series Scam 1992 : The Harsha Mehta Story minggu lepas dan dinobatkan sebagai web series terbaik. Bukan tu je, Rajkummar Rao dan Harshad Mehta pernah bekerja dalam movie Shahid, Citylight dan Aligarh. Antara movie-movie terbaik dalam karier Raj juga dalam industry Bollywood. Mungkin genre comedy bukan kekuatan Harshad Mehta tapi untuk one-time watch bersama family kira not bad lah.
1. Team Production +0.7, 2. Visual +0.6, 3. Audio +0.5, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +0.7, 6. Genre +0.7, 7. Themes +1, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.4 = 6.7/10
Idea date untuk setiap festival ni dah selalu nampak dekat Twitter dah setiap kali raya menjelma haha so I konsep movie ni bukan la something new. Yang dekat Twitter tu tak tahu la pernah ada yang buat betul-betul ataupun tak but let’s just talk bout this idea in Holidate movie from Netflix.
Sloane (Emma Roberts) geram dengan ahli keluarga dia bila asyik tanya kenapa tak call Roadney jemput datang sekali untuk Christmas. Sloane tetap dengan alasan dia yang dia happy being single. Tapi tak boleh nak happy bila adik dia York (Jake Manley) propose Liz (Cynthy Wu) so that’s why lah family member dia macam menyampah nak layan drama dia everytime dia balik rumah. Dah la pergi mana-mana pun pakai pajama. Of course it looks just fine on her tapi siapa je yang terbeli dengan kata-kata dia ‘happy being single’. She’s a total mess!
Kebetulan masa dia nak trade balik hadiah Krismas dekat mall, dia terjumpa dengan Jackson (Luke Bracey) dekat kaunter pulangkan hadiah Krismas dari ex-girlfriend dia. Then diorang bonding kemudian come up dengan idea Holidate bila both of them akan berjumpa pada Public Holiday (New Year's Eve, Valentine's Day, St. Patrick's Day, Easter, Cinco de Mayo, Mother's Day, the Fourth of July, Labor Day, Halloween, Thanksgiving, Christmas), supaya tak terasa lonely atau kena bagi komitmen terhadap partner.
Of course awal tu everything according what they had planned then diorang jatuh cinta sebab serasi bersama. Tapi disebabkan Sloane takut dengan komitmen, dia buang Jackson macam tu je dari hidup dia. Walaupun Jackson try pujuk, dia tetap dengan pendirian dia.
Nothing much pun for this romantic comedy movie, dialog pun banyak diss movie romantic yang lain tapi buat benda yang sama jugak sudahnya. Funny moments pun tak menjadi sangat. Scene Sloane jumpa ex dia, Luc (Julien Marlon) yang tinggalkan dia sebab Felicity (Nicola Peltz) pun hambar. Though Emma and Luke share several cute and adorable moments together but nothing much they can offer.
Not sure kenapa Jackson je yang pergi ke rumah keluarga Sloane setiap kali cuti atau perayaan muncul. Tak dikembangkan langsung pun tentang kehidupan Jackson except his best friend, Neil (Andrew Bachelor) atau tempat kerja dia and pretty much of his lifestyle sebagai athlete. Ada la dia cakap parents dia dekat Australia tapi tak sambut Thanksgiving dengan Christmas ke?
I wish director kembangkan lagi watak Farooq (Manish Dayal) or make him as a compatible and hot competitor untuk Jackson. Watak Manish pun terhad sangat selain jadi holidate kepada Aunt Susan (Kristin Chenoweth). Watak Aunt Susan ni patutnya director atau penulis nak jadikan sebagai funny distraction in the family tapi idk looks gross and annoying to me sebab dia main tangkap muat je mana-mana lelaki dia jumpa.
Dalam movie ni ada watak Asian – Dr. Farooq dengan Liz tapi watak diorang menyedihkan. Looks kinda racist to me. Come on dah 2020 kot, takkan lah tak boleh nak keluar lagi dari template lama? Overall, for a light entertainment boleh la nak layan tapi I rasa syok lagi layan rom com movie Hindustan sebab cinematography best and music album lit habis. Kalau pelakon tak cukup meyakinkan, well at least music album diorang boleh jual kisah cinta. Anyway you guys can watch this at Netflix.
1. Team Production +0.4, 2. Visual +1, 3. Audio +0.6, 4. Storyline +0.3, 5. Casting +0.4, 6. Genre +0.4, 7. Themes +1, 8. Editing +0.4, 9. Social Message +0.2, 10. Personal Thought +0 = 4.7/10