Good Virtues & Co. Multiple Hair Serum

Saturday 14 November 2020

Tahun lepas Good Virtues & Co. keluarkan hair serum untuk kuatkan lagi haircare products diorang dan banyak jugak lah positive reviews lepas pakai serum ni bila terbukti boleh rawat rambut yang gugur dan rambut yang rosak. 

The reason why I've bought this apart from the good reviews is due to the selling price. Murah sangat sebab harga RM17.90 untuk 100ml je dan boleh beli dekat drugstore. Botol dia pun nampak cantik dengan signature pattern dari Good Virtues & Co. Produk GVC ni semua cantik-cantik, kalau ikutkan hati memang beli simpan dekat shelf bukan sebab nak guna tapi sebab nak tatap kecantikan dia gitteww. 


What it claims:

1. Helps in multiple ways to restore shine and softness to your hair. 

2. Nourishes with Organic Habbatus Sauda Oil (Organic Black Seed Oil) and Vitamin E, helping to seal split ends and tame unruly frizzy hair for instant smoothness, silkiness and manageability. 

3. Infused with the purifying goodness of Organic Habbatus Sauda Oil (Organic Black Seed Oil) which is recognised for its rich, natural nutrients, minerals and antioxidants that repair, restore and rejuvenate.

4. Free from Mineral Oil, SLES, ALES, Parabens, synthetic colourants, and are not tested on animals. 

5. Use 100% non-animal derived ingredients in our products.


Apa yang I suka dengan Multiple Hair Serum dari Good Virtue & Co ni selain dari cantik, haruslah sebab dia murah. Walaupun 100ml dan botol dia nampak kecil je tapi tahan lama jugak tau, standard lah dalam 3 bulan macam tu so jimat sangat lah. 

Cap dia pun jenis pump so memudahkan untuk kita apply dekat rambut lepas mandi ataupun sebelum tidur. 


Tapi yang tak bestnya, dia tak boleh lock macam L'oreal Extraordinary Hair Serum so bila nak travel agak susah jugak lah sebab tak secure. Serum dia jenis pekat and kinda sticky bila apply dekat tangan sementara nak tunggu dia meresap ke kulit. Agak tak selesa dekat situ sebab kena tunggu sebelum buat kerja/routine lain. Walaupun botol dia cantik tapi tak syok jugak sebab tak tahu banyak mana lagi tinggal dekat dalam tu. Cantik tapi tak praktikal.

The big no actually bau dia sebab I tak berapa suka dengan bau Habbatus Sauda sebab dia jenis menyengat. Some people mungkin suka dengan bau ni but not for me. That's why beli sekali je hair serum ni tapi untuk yang suka dengan bau Habbatus Sauda dan nak cari hair serum murah dan bagus, you can try this one. 

Movie Review | Ek Hasina Thi (2004)

Thursday 12 November 2020

Director : Sriram Raghavan

Writer : Sriram Raghavan, Pooja Ladha Surti

Cast : Urmila Matondkar, Saif Ali Khan, Aditya Srivastava, Seema Biswas, Pratima Kazmi, Gopal K Singh, Murali Sharma

Production Company : R. R. Movie Makers

Distributor : R. R. Movie Makers

Genre : Crime / Thriller

Running Time : 137 minutes

Release Date : 16 January 2004

Trailer :

Dah lama cari movie Ek Hasina Thin i sebab antara movie terbaik dalam koleksi Urmila Matondkar dan Saif Ali Khan. Movie ni pernah ditayangkan di New York Asian Film Festival walaupun ada beberapa claim yang mengatakan director Sriram Raghavan ambil idea dari jalan cerita movie-movie lain. Personally for me, bukan jalan cerita jadi ukuran tapi lakonan pelakon utama yang menjadi kekuatan movie genre crime thriller di bawah produksi R. R. Movie Makers.

Kisah bermula dengan pertemuan Karan (Saif Ali Khan) dengan Sarika (Urmila Matondkar) di Mumbai. Kita tahu yang Karan ni someone yang fishy dan suspicious sebab dia selalu datang dan hilang. Tingkah laku dia pun agak creepy but somehow dia manage untuk dapat kepercayaan Sarika dan jatuh cinta. Sarika percaya Karan busy handle business dia di luar negeri sebab Karan selalu outstation. Ada depan mata pun asyik on call je so susah la dia nak korek apa-apa maklumat. Lagipun zaman tu kita type nama pun belum tentu nak keluar apa-apa personal details. 

Satu hari Karan minta tolong tumpangkan rumah Sarika untuk kawan dia bernama Abijit (Gopal K Singh). Nanti dia akan datang ambil katanya. Abijit minta diri untuk keluar sementara tunggu Karan datang. Tak lama kemudian Sarika nampak dalam berita yang Abijit ditembak mati oleh polis dalam cubaan dia membunuh seorang ahli perniagaan. Karan advice Sarika supaya buang luggage Abijit tapi belum sempat Sarika buat apa-apa, pihak polis dah datang sebab jiran dia buat aduan ternampak Abijit.

Karan pujuk Sarika supaya jangan bagitahu apa-apa tentang dia dan lawyer Kamlesh Mathur (Aditya Srivastava) akan datang untuk bantu Sarika. Malangnya Sarika terlampau takut dan naïf untuk faham permainan Karan. Dia dipenjara 7 tahun lepas mengaku dia bersalah. Dalam penjara dia berjumpa dengan Pramila (Pratima Kazmi), isteri ketua kongsi gelap. Banyak benda dia belajar dalam penjara sampai dia dah tekad untuk balas dendam terhadap Karan dan akan pastikan Karan mati dalam keadaan yang tersiksa. Berjaya atau tak plan Sarika tu kena tengok movie ni dekat Netflix. 

Tahun 2004 mungkin ramai yang tak sangka Saif Ali Khan mampu jadi watak antagonis dalam masa yang sama, a charmer seperti yang digambarkan dalam watak Karan sebab Saif Ali Khan terkenal dengan imej romeo dalam movie Kal Ho Naa Ho dan Hum Tum yang mana dia menang Pelakon Lelaki Terbaik di National Award. 

Rasanya memang kebolehan Sriram Raghavan untuk tukar hero romeo kepada watak dark macam yang dia buat kepada Varun Dhawan lepas famous dengan movie Student Of The Year, Mein Tera Hero dan Badrinath Ki Dulhania kepada watak Raghu dalam Badlapur ataupun Ayushmann Khurrana yang manis dengan senyuman dan gitar dia dalam Vicky Donor, Bewakoofiyaan ataupun Bareilly Ki Barfi kepada musician licik dalam Andhadhun

Suka sangat tengok lakonan Urmila dalam movie ni, the arc of her character is outstanding and remarkable! Dari seorang yang naïf kepada seorang yang ganas dan mampu membunuh tanpa belas. Tapi dendam dia cuma pada mereka yang jahat pada dia. Kalau awal movie boleh nampak dia menjerit takut dengan tikus tapi dek kerana nasib malang dia dipenjarakan dalam sel yang kotor dan penuh tikus dah ubah karakter dia. Scene Sarika pandang tikus dengan pandangan kosong tu pun dah sarat dengan pelbagai emosi. 

No wonder lah movie ni boleh hits di box office dan dapat banyak pujian walaupun Ek Hasina Thi adalah movie debut kepada Sriram Raghavan sebagai pengarah. Tanpa marketing dan bajet besar untuk music score dan visual menarik pun, movie ni masih menjadi pilihan selepas 16 tahun dan pada tahun yang mendatang. Recommended!

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10

 Tahukah anda, asid folik bukan hanya diambil ketika hamil, teetapi vitamin ini juga perlu diamalkan oleh wanita yang belum dan tidak mengandung.

Klik gambar untuk baca lebih banyak artikel kesihatan.

Asid folik ialah sejenis Vitamin B yang penting untuk tumbesaran bayi ketika mengandung. Bayi memerlukan asid folik bagi tujuan tumbesaran. Pengambilan asid folik juga boleh mengelakkan bayi daripada mengalami kecacatan pada otak dan juga tulang belakang (kecacatan tiub neural). Jika anda pernah mengandung, maka anda pasti sudah tidak asing lagi dengan asid folik.

Namun, tahukah anda bahawa pengambilan asid folik tidak terhad kepada wanita mengandung sahaja? Malah, lelaki juga perlukan asid folik! 

Bagi wanita mengandung, pengambilan asid folik adalah penting untuk kedua-dua ibu dan juga bayi dalam kandungan. Wanita yang ingin mengandung perlu ambil asid folik sebanyak 400 mg selama sekurang-kurangnya 12 minggu pertama kehamilan.

Saya belum mengandung, perlukah saya ambil asid folik?

Sebenarnya, semua wanita disarankan mengambil asid folik walaupun tidak bercadang untuk mengandung dalam masa terdekat!

Kesedaran dalam pengambilan asid folik bagi kalangan wanita muda masih lagi rendah. Menurut sebuah kajian yang dijalankan di Korea terhadap wanita berusia 19 – 45 tahun, 7 daripada 10 wanita tahu dan pernah dengar mengenai asid folik. Namun, hanya 2 orang sahaja yang faham tentang fungsi sebenar asid folik untuk melawan kecacatan janin semasa mengandung.

Walaupun mereka faham tentang kebaikan asid folik, hanya 1 dari 10 wanita sahaja yang benar-benar mengamalkan pemakanan suplemen asid folik secara konsisten. Wanita yang berumur 19 – 24 tahun yang belum berkahwin juga mempunyai kesedaran yang lebih rendah mengenai asid folik. Golongan ini jarang mengambil supplemen asid folik, mungkin kerana kurang kesedaran terhadap kepentingan vitamin ini.

Selain itu, pengambilan asid folik juga terbukti untuk mengurangkan risiko sakit jantung, strok dan juga sebahagian jenis kanser.

Bila saya perlu ambil asid folik?


Wanita perlu mengambil suplemen asid folik atau makan makanan yang kaya dengan asid folik bermula dari sekarang hinggalah 12 minggu pertama kehamilan. CDC juga menggalakkan wanita untuk mengambil asid folik sebelum dan semasa kehamilan supaya kecacatan pada otak dan tulang belakang bayi dapat dielakkan.

Dos yang disarankan ialah sebanyak 400 mg kepada semua wanita yang boleh mengandung. Sebanyak 40% daripada kehamilan di seluruh dunia adalah tidak dirancang. Oleh itu, pengambilan awal asid folik akan membantu para ibu untuk mencapai tahap folat yang mencukupi untuk tumbesaran bayi.

Tambah lagi, kecacatan tulang belakang dan otak bayi boleh berlaku seawal 3 – 4 minggu kehamilan iaitu sebelum kebanyakan wanita tahu bahawa dia sedang mengandung. Sebab itulah penting untuk wanita mengambil asid folik walaupun masih belum mengandung!

Jika anda tidak pernah mengambil asid folik sebelum hamil, maka anda disarankan untuk segera makan suplemen ini setelah anda tahu anda hamil. Dos untuk wanita hamil ialah sebanyak 500 – 600 mg, mengikut situasi dan juga keadaan ibu ketika mengandung.

Walau bagaimanapun, kami sarankan untuk para ibu mengandung mendapatkan konsultasi daripada doktor kerana keperluan setiap ibu mungkin berbeza-beza mengikut situasi.

Bagaimana saya boleh dapatkan amaun asid folik yang mencukupi?


Ada 3 cara untuk anda mendapatkan asid folik yang mencukupi bagi keperluan tubuh badan anda : 

1. Makan makanan yang kaya dengan asid folik

  • Makanan seperti sayur-sayuran yang berdaun gelap (sawi dan bayam)
  • Brokoli, kubis, kubis bunga, asparagus
  • Buah-buahan seperti buah oren, nanas, pisang dan betik

2. Ambil suplemen yang mengandungi 400 mg asid folik.

3. Makan makanan yang diperkaya dengan asid folik seperti nasi, pasta ataupun roti yang diperkaya dengan asid folik.

Jika anda sedang mengandung, adalah agak mustahil untuk anda mendapatkan asid folik yang mencukupi hanya daripada diet anda. Oleh itu, anda haruslah mengambil suplemen untuk memenuhi keperluan asid folik anda setiap hari.

Kesimpulan

Pengambilan asid folik adalah penting bagi semua wanita. Walaupun anda belum mengandung atau tidak berkahwin, asid folik ada banyak kebaikan lain seperti mengurangkan risiko sakit jantung dan kanser.

Selain itu, pengambilan asid folik ketika mengandung juga dapat mempengaruhi kecerdasan anak. Jika diambil secara konsisten sewaktu mengandung, asid folik mampu meningkatkan keupayaan anak menguasai bahasa. 

Pengambilan asid folik secara berkala juga dapat meningkatkan kesuburan wanita. Penting untuk wanita zaman sekarang faham akan kepentingan mengambil asid folik pada usia muda. Oleh itu, kesedaran perlulah dipupuk seawal usia remaja lagi.

Jangan tunggu sehingga anda mengandung baru mahu mengambil suplemen asid folik. Lebih baik sediakan payung sebelum hujan ya!