Movie Review : 404 Error Not Found (2011)
Saturday 7 November 2020
Director : Prawaal Raman
Writer : Prawaal Raman
Cast : Imaad Shah, Nishikant Kamat, Rajvvir Aroraa, Tisca Chopra, Satish Kaushik, Ruchir Raj
Production Company : Pixion, Adlabs
Distributor : Imagik Motion Pictures
Genre : Psychological / Thriller
Running Time : 118 minutes
Release Date : 20 May 2011
Trailer :
Banyak kali ternampak discussion untuk movie ni lately so bila jumpa tu rasa nak tengok pulak. Dulu tak rasa nak tengok sebab poster dia macam movie lawak hambar macam tu rupanya tak pun. Movie ni lebih kepada psychological thriller ataupun genre horror sebab bertemakan hantu atau roh yang tak tenteram.
Professor Anirudh (Nishikant Kamath) tak percaya dengan kewujudan hantu atau roh ni dan berkongsi pendapat yang sama dengan pelajar baru dia, Abhimanyu (Rajvvir Aroraa). Abhi pula stress dengan sekumpulan senior yang diketuai oleh Chris (Imaad Shah) bila setiap hari akan diganggu dan dibuli. Abhi rasa dia patut keluar dari bilik dia lepas dia bagitahu dengan Dekan dan warden (Satish Kaushik) berkenaan hal buli yang makin melampau. Dia request untuk duduk di bilik 404 yang dah dikunci selama 3 tahun selepas Gaurav (Ruchir Raj) bunuh diri gara-gara depressed selalu dibuli senior.
Awalnya Abhi tak peduli pun dengan hantu atau khabar angin tentang bilik 404, tapi lepas beberapa kali diganggu oleh roh Gaurav, dia mula percaya kehadiran hantu. Prof Anirudh pula sentiasa ambil tahu tentang Abhi sebab dia risau pelajar bijak akan ikut jejak langkah Gaurav. Isteri dia, Dr. Meera (Tisca Chopra) pun cuba untuk bantu Abhi bila keadaan dia makin teruk dan suka bercakap seorang diri. Menyembang dengan Gaurav katanya. Chris dah mula menyesal dengan tindakan dia.
Dari awal movie 404 Error Not Found ni lagi director dah messed up dengan minda kita untuk percaya dengan kehadiran hantu ataupun tegaskan yang Abhi cuma berhalusinasi. Sebab dalam kelas Prof Anirudh, dia bagitahu tentang kes-kes masalah mental yang dia jumpa dan sedang rawat. Dekat situ dah nampak perdebatan tentang kewujudan Gaurav.
Pergerakan kamera dari Savita Singh pula ceritakan sebaliknya bila shot diambil seolah-olah Gaurav yang memerhati setiap pergerakan Abhimanyu. Ditambah pula dengan reflection pada cermin, pintu kaca atau bayang-bayang. Scene pula bersilih ganti dengan kamera CCTV untuk naikkan mood seram dan misteri.
Up until now I still tak pasti Gaurav wujud ataupun tak sebab director drop hint tentang unfinished business tapi kita tak didedahkan apa unfinished business Gaurav. Boleh jadi unfinished business dia ada kaitan dengan Prof Anirudh ataupun Gaurav cuba untuk bagi amaran pada Abhi supaya tak end up sama macam dia? Tapi kalau dia cuba bagi amaran, setiap apa yang Abhi tahu tentang Gaurav adalah hasil dari pembacaan dan research Abhi tentang kisah hidup Gaurav dan juga dari personal diary Gaurav.
Masuk second half director dah singkap dark secret Prof Anirudh dan Dr. Meera tahu keadaan suami dia. Masa scene anak dia nak pergi bilik air tu macam pelik jugak kenapa dia macam takut sekali rupanya ada tragedi. Scene Dr. Meera jumpa Chris untuk korek projek rahsia dia dengan Prof. Anirudh pun dah cuba buktikan yang ending adalah plot twist terbesar untuk movie ni. I seriously cannot expose the details tapi bila you guys tengok mungkin akan berfikir semua possibilities yang ada dan cuba cari balik dekat scene mana yang terlepas pandang untuk sebarang hint atau klu.
Pace movie ni agak slow ditambah pula banyak scene dengan heavy info dan dialog but still bearable to watch sebab lakonan masing-masing bagus. Punya lah curious nak tahu apa jadi next scene sampai tak sedar movie dah dekat hujung dah. Movie ni release tahun 2011 tapi masih relevan sampai sekarang. One of underrated gem ever produced in Bollywood.
1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.8, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10