Drama Review | Taish
Sunday 1 November 2020
Director : Bejoy Nambiar
Writer : Kartik R. Iyer, Anjali Nair, Bejoy Nambiar, Gunjit Chopra
Cast : Pulkit Samrat, Jim Sarbh, Kriti Kharbanda, Harshvardhan Rane, Saurabh Sachdeva, Sanjeeda Sheikh, Ankur Rathee, Zoa Morani, Abhimanyu Singh, Viraf Patel
Genre : Crime / Drama / Thriller
Running Episodes : 6 episodes
Release Date : 29 October 2020
Production Company : EaseMyTrip, Getaway Pictures Presentation, Soham Rockstar Entertainment
Distributor : Zee5
Trailer :
Masa team production release stills dari web series ni dah rasa excited dah sebab ada Pulkit, Kriti, Jim dengan Harshvardhan Rane. Dah lama tak tengok Harsh berlakon. The cast is great but the story of Taish (Anger)? Kisah bermula dengan konflik kecil antara pasangan cinta Rohan Kalra (Jim Sarbh) dan Arfa (Kriti Kharbanda) bila keluarga Rohan ada wedding ceremony untuk Krish (Ankur Rathee) dan Mahi (Zoa Morani).
Rohan warganegara India manakala Arfa pula lahir di Pakistan tapi disebabkan kawan baik Rohan, Sunny Lalwani (Pulkit Samrat) pujuk parents Rohan untuk terima, then it is settled walaupun awalnya sarat dengan judgement. Masa party somehow Rohan collapsed sebab ternampak Kuljinder Brar (Abhimanyu Singh) datang menyembang dengan ayah dia. Trauma masa kecil datang balik sebab dia pernah kena cabul.
Berang dengan rahsia tu, Sunny pergi balas dendam dan belasah sampai Kuljinder cedera parah. Akibat dari perbuatan dia, Krish dibunuh pada hari perkahwinan oleh Pali (Harshvardhan Rane). 2 tahun Rohan bawa diri dan hidup bersendirian tanpa Arfa. Pali pula habiskan masa dalam penjara selama 2 tahun untuk kesalahan dia. Sunny masih tak tenang dan nak bunuh Pali dalam penjara tapi Rohan sempat halang bila Shozi (Viraf Patel) bagitahu plan bodoh tu.
Episod awal drama ni dah syok dah bila tengok kemelut dua keluarga ni tapi dia mula menyakitkan hati bila watak Sunny tak sudah-sudah buat benda bangang. Tak ada sebab pun kenapa Sunny kena mengamuk sampai macam tu sekali walhal Rohan dah stabil dah. Perlu ke satu London bagitahu Sunny yang keluarga Kuljinder tu pembunuh tanpa belas? Sebab dia habis semua orang trauma. Dekat episod 5 tu kalau director tak buat scene antara Rohan dengan Arfa lagi bagus dan gantikan dengan flashback antara Sunny dengan Krish. At least kita tahu yang Sunny sayang Krish macam adik dia sendiri and we can feel connected with the pain.
Sama jugak dengan watak Pali. Ego dia tercalar ke abang dia kena belasah sebab kesalahan dia sendiri? Betul la cakap Sukhi (Saurabh Sachdeva), perlu ke nak besarkan hal ni? Dendam diorang dah terbalas dah pun. Pali boleh hidup bahagia dengan Jahaan (Sanjeeda Sheikh). Tapi dia tetap jadi bangang dan biarkan Jahaan hidup merana.
However, I do appreciate Narambir’s creativity bila dia bermain dengan plot masa bila beberapa hari bersilih ganti dengan masa sekarang supaya penonton rasa nak tahu apa yang sebenarnya terjadi antara dua keluarga ni. Bersilih ganti juga dengan dua mood yang berbeza antara dua keluarga. Dua-dua ada wedding tapi dengan mood dan penerimaan berbeza. Penulis buat keputusan yang bijak untuk letak rahsia dalam casual conversation antara watak-watak yang wujud so kita rasa tertarik untuk tahu apa jadi seterusnya. Music score dari Gaurav Godkhindi dan Govind Vasantha menghidupkan mood especially lagu Roshni Si dan Shehnaiyan Wajan Do.
Brownie points untuk Golpika Gulwadi sebab sediakan pakaian yang cantik-cantik untuk majlis perkahwinan Krish dan Mahi. Even daily wardrobe semua watak pun stylish and trendy. Props pun mainkan peranan untuk tinggalkan impak pada penceritaan. Dengan hasil editing Harashvir Oberoi, semua scene nampak cantik dan memukau. Happy shots, sadness, anger and every other feelings was well portrayed and delivered.
Lakonan semua pelakon adalah kekuatan drama Taish baik leading cast mahupun supporting cast walaupun perjalanan episod-episod akhir agak messed up. Semua pelakon yang masuk ke industri dengan bakat lakonan masing-masing. Chemistry setiap pasangan buatkan semua perhubungan nampak realistik dengan konflik yang mereka alami. Rasanya Harshvardhan Rane dan Pulkit Samrat boleh tebus balik perjalanan karier mereka yang hilang dengan web series ni. They leave such a great impact in every scene they're in.
Walaupun watak Krish muncul sekejap je tapi lakonan Ankur Rathee bagus dan mencuri tumpuan. I was hoping some flashback sebab nak tengok dia lagi tapi sayangnya tak ada. Watak-watak perempuan dalam series ni agak terhad sedangkan boleh dikembangkan lagi daripada setakat jadi damsel in distress.
Rasanya web series Taish takkan ada sequel sebab dua keluarga ni pun dah musnah but I do enjoy the experience wathing them in a great screenplay and remarkable talent.
1. Team Production +0.5, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +1, 6. Genre +0.4, 7. Themes +0.6, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +0.6, 10. Personal Thought +0.2 = 7/10