Movie Review | Guru-Guru Gokil (2020)

Saturday 31 October 2020

Pengarah :  Sammaria Simanjuntak

Penulis Skrip :  Rahabi Mandra, Dian Sastrowardoyo, Tanya Yuson

Pelakon : Gading Marten, Faradina Mufti, Boris Bokir, Dian Sastrowardoyo, Kevin Ardilova, Arswendi Nasution, Ibnu Jamil, Kiki Narendra

Genre :  Komedi / Drama

Durasi Tayangan :  101 minit

Tarikh Tayangan : 17 Ogos 2020

Syarikat Produksi :  Base Entertainment

Pengedar :  Netflix

Trailer :

Taat Pribadi (Gading Marten) tak suka dengan guru sekolah dan dia pun tak ada cita-cita untuk jadi seperti ayah dia, seorang guru yang disayangi oleh anak muridnya. Kerana bagi dia, ayah dia, Pak Purnama (Arswendi Nasution) cuma pentingkan murid di sekolah lebih daripada anak sendiri. Lalu dia ke kota untuk mencari kerja. Apa sahaja kerja dia akan buat. 

10 tahun berlalu dan dia masih lagi tak berjaya kumpul kemewahan yang diimpikan. Sudahnya dia pasrah dan pulang ke rumah ayah dia jugak. Dia cuba cari kerja di kampung pula dan terjumpa iklan untuk bekerja di atas cruise. Person in charge tu dah bagitahu yang Taat perlu keluarkan modal yang agak besar sebab perlukan duit untuk uniform, passport dan juga visa. 

Sementara dia mencari duit, dia dapat bekerja sebagai guru ganti di SMA Asri, sama sekolah dengan ayah dia dan yes of course, sekolah lama dia dulu. Dia mendaftar sebagai guru ganti selama sebulan. Sekolah tu agak daif. Guru Matematik, Cikgu Rahayu (Faradina Mufti) adalah orang yang sama in charge untuk bahagian pengurusan. Pernah juga jadi security guard. Taat diterima masuk sebagai guru Sejarah walhal sijil diploma dia palsu. 

Ayah dia dah pesan jangan buat malu keluarga tapi dia endahkan saja. Hari pertama dekat situ pun dah mula pinjam duit dengan Cikgu Gagah Perkasa (Ibnu Jamil). Pada hari gaji pula Taat cuba untuk mencuri duit pencen ayah dia yang disimpan bersama duit gaji semua guru di perpustakaan. Tapi duit tu dah terlebih dahulu dicuri oleh gangster anak buah Pak Le’ (Kiki Narendra). Taat, Cikgu Rahayu, Cikgu Manul (Boris Bokir) dan Cikgu Nirmala (Sastrowardoyo) cuba ambil kembali hak mereka setelah mereka dapat tahu polis pun bersekongkol dengan kejahatan Pak Le. 

Tak pasti lah kalau sekolah di luar bandar memang tak terjaga langsung infrastruktur sekolah sampaikan transaksi pembayaran gaji pun dibuat melalui tunai. Kalau ada pun kenapa semua duit disimpan di tempat yang senang diketahui? Jumlah tu agak besar sebab ada duit pencen juga. Duit yang dicuri tu pun macam tak logik lah tak digunakan langsung oleh Pak Le’ kalau diikutkan plot masa dalam movie ni dalam dua minggu lebih. Tak ada siapa pun yang cuba siasat macam mana pencuri tu boleh tahu lokasi sebenar duit tu disimpan dan pada hari dan waktu apa Cikgu Rahayu dengan Cikgu Gagah ambil duit dari bank. 

Nasib baik movie ni lebih terarah kepada genre komedi so kelompongan yang ada ni tak lah dititikberatkan sangat. Comic timing Gading Marten sebagai pelakon utama menjadi. First time rasanya tengok Dian Sastrowardoyo berlakon watak komedi sebab sebelum ni lebih kepada watak sendu sebabak dan terjaga penampilannya. First time untuk I lah sebab jarang tengok movie Indonesia. Untuk watak Cikgu Nirmala, Dian guna khidmat MUA untuk makeup effect supaya muka nampak berjerawat teruk gara-gara kehamilan. Berdekah scene dia membebel dalam kereta bila lelaki tu minta dia bagi laluan. 

Momentum movie ni ada masanya menaik kemudiannya menurun bersilih ganti dan ending dia agak draggy dengan unnecessary scene and drama. Boleh dipendekkan dan buang scene di mana watak Pak Le, Taat dengan Ipang (Kevin Ardilova) di bumbung. Patut dikembangkan lagi scene Taat confront ayah dia bila dia tuduh ayah dia tak pernah peduli dengan dia. Dekat situ mungkin script writer boleh tambah drama bila Pak Purnama jelaskan yang kerja guru ni tak mudah. 

Overall movie ni not bad lah sebagai light entertainment dengan tema yang mengangkat jasa guru yang sanggup berkorban untuk anak-anak murid walaupun cuma bekerja sebagai guru ganti. 

1. Team Production +0.7, 2. Visual +1, 3. Audio +0.5, 4. Storyline +0.4, 5. Casting +1, 6. Genre +0.6, 7. Themes +0.4, 8. Editing +0.4, 9. Social Message +0.3, 10. Personal Thought +0.2 = 5.5/10

Movie Review : Behen Hogi Teri!

Director : Ajay K Pannalal

Writer : Rajat Kumar Chouhan

Cast : Rajkummar Rao, Shruti Haasan, Herry Tangri, Gautam Gulati, Ninad Kamat, Gulshan Grover, Simona

Production Company : OddBall Motion Pictures

Distributor : AA Films

Genre : Romantic / Comedy

Running Time : 128 minutes

Release Date : 9 June 2017

Trailer :

Dah lama nak tengok movie ni sebab fresh pairing dan genre romantic comedy. Bila dah dapat tengok agak kecewa jugak lah sebab plot dia agak meleweh dan merepek. No wonder lah kenapa rating iMDB cuma 5.5/10 je. 

Berlatarbelakangkan Lucknow, Gattu (Rajkummar Rao) jatuh cinta dengan jiran dia yang cantik si Binny (Shruti Haasan). Tapi adat di India ni, kalau berjiran dan kenal dari kecik tu diorang dah anggap macam keluarga dah. Bila Rakhi memang mencicit lah yang lelaki ni pergi sembunyi dekat mana-mana supaya tak jadi abang dalam hidup perempuan di kawasan tu. Sama juga la dengan Gattu. 

Sebelum nenek Binny (Simona) meninggal, dia dah bagitahu dengan Binny supaya cari lelaki yang berani lafazkan cinta dia bukannya curi-curi call bagi mesej gedik. Lepas nenek meninggal, Gattu yang banyak tolong Binny dan buktikan yang dia sayangkan Binny. Bila mereka berdua dah mula bercinta, ayah Gattu, Hemchander Nautiyal (Darshan Jariwala) salah faham bila dia nampak Binny tunggang motor kawan baik Gattu, Bhura (Herry Tangri). 

Hemchander bagitahu abang Binny, Jaydesh (Ninad Kamat) dan dia buat keputusan untuk kahwinkan Binny sama hari dengan Ritu. Kebetulan Rahul (Gautam Gulati) yang tinggal di Perancis jatuh cinta dengan Binny. Mereka berdua kemudiannya bertunang dan akan berkahwin pada hari yang ditetapkan. 

Kalau ikutkan Rahul jauh lebih bagus dari Gattu yang pemalas, gagal dalam exam kolej, hidup harapkan duit parents, penakut dan suka bawa masalah. Tapi sebab pendirian Binny yang nak cari suami yang berani lafazkan cinta tu, dia butakan mata kemiskinan Gattu even nak belikan saree cantik pun tak mampu. Tak suka bila writer Rajat Kumar Chouhan buat watak Gattu tak sensitive langsung masa Binny kehilangan nenek dia. Tak pakai baju putih untuk berkabung lepastu sibuk nak mengorat Binny. 

Movie ni makin hilang arah bila keluarga Bhura pula suka Binny jadi menantu perempuan just because dia cantik. Dari salah faham jadi makin teruk bila Dhappi (Gulshan Grover) dapat tahu anak dia kena tampar dengan Jaydesh. Dia nak buktikan pada kejiranan tu yang tak ada orang boleh cari pasal dengan keluarga dia. Dan Gattu masih buntu macam mana nak selamatkan Binny dari dikahwinkan dengan Rahul atau Bhura. Binny pula makin menyampah dengan Gattu. 

Masa first half tu ada la scene yang kelakar supaya movie tak fall flat tapi second half dah mula menyampah nak tengok sebab lagi suka Binny kahwin dengan Rahul. At least dia hidup selesa, makin bijak dan tak dapat mertua yang toxic macam parents Gattu. Kalau pengarah cari pelakon yang tak bergantung dengan muka cantik semata, mungkin movie ni lagi menarik sebab lakonan Raj je yang banyak selamatkan movie Behen Hogi Teri ni. 

Nasib baik lah music album dia best. Dari awal movie sampai habis tak mengecewakan. Satu album memang syok layan lagu dia especially lagu Tere Hoke Rahoon nyanyian Arijit Singh,  Tenu Na Bol Pawaan nyanyian Yassir Dessai dan Teri Yaadon Mein gabungan suara Yash Narvekar dan Amit Dhanani. Lagu Jai Ma guna sepenuhnya musik Kala Chashma dari movie Baar Baar Dekho cuma lirik je ditukar.

 

Nak repeat lagi memang tak lah movie ni walaupun Rajkummar Rao nampak stylish dan handsome dalam movie ni, thanks to his stylist or wardrobe team for this! Tapi kalau nak repeat lagu dia banyak kali yes yes yesss! 

1. Team Production +0.4, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.2, 5. Casting +0.4, 6. Genre +0.2, 7. Themes +0.7, 8. Editing +0.4, 9. Social Message +0.2, 10. Personal Thought +0 = 4.5/10

Movie Review : Enola Holmes

Director : Harry Bradbeer

Writer : Jack Thorne

Cast : Millie Bobby Brown, Sam Claflin, Henry Cavill, Helena Bonham Carter, Louis Partridge, Burn Gorman, Fiona Shaw

Production Company : Legendary Pictures, PCMA Productions

Distributor : Netflix

Genre : Mystery / Action / Comedy

Running Time : 121 minutes

Release Date : 23 September, 2020

Trailer :

Diadaptasikan dari novel karya Nancy Springer berjudul The Enola Holmes Mysteries: The Case of the Missing Marquess yang mengisahkan tentang adik permpuan tunggal Sherlock Holmes, Enola Holmes (Millie Bobby Brown). Berbeza dengan Sherlock Holmes, Enola dibesarkan oleh ibu mereka, Eudoria Holmes (Helena Bonham Carter) sepenuhnya. 

Enola tak pergi ke sekolah sebab Eudoria dah provide education, seni lakonan, bermain pedang, tenis, martial art jiu-jitsu, seni lukisan dan juga chess kepada anak bongsunya. Abang sulung mereka, Mycroft Holmes ( Sam Claflin) tak suka dengan penampilan Enola dan berniat untuk hantar ke sekolah yang diuruskan oleh Miss Harrison (Fiona Shaw) untuk prep Enola menjadi seorang isteri yang sopan dan berdisiplin. Sherlock cuba halang Mycroft sebab dia nampak potential Enola lebih dari menjadi seorang isteri dan mempunyai genetik detektif sama seperti dia. 

Punca utama Mycroft dan Sherlock balik ke kampung adalah kerana Enola minta bantuan mencari Eudoria yang hilang secara tiba-tiba. Tapi lain pula yang jadi bila Mycroft sebagai penjaga sah Enola menyampah dengan keadaan rumah dan mula berkira-kira dengan duit yang dia kirim setiap bulan. Enola pula sakit hati dengan Sherlock sebab tak pernah kirim surat lepas pergi ke London. Sudahnya Enola buat keputusan untuk lari dan mencari Eudoria sendiri sebab dia jumpa beberapa petunjuk dan hint yang ditinggalkan oleh Eudoria. 

Dalam perjalanan dia terjumpa dengan Tewkesbury (Louis Partridge) tanpa sedar yang lelaki tersebut adalah Vicsount yang lari dari keluarga gara-gara ada percubaan membunuh. Enola berjumpa dengan kawan Eudoria, Edith (Susie Wokoma) tapi dapat tahu yang ibu dia ada plan untuk letupkan London. Sempat tak Enola gagalkan rancangan Eudoria dan selamatkan Tewkesbury tu kena tengok sendiri movie Netflix ni. 

Selalunya movie Netflix agak slow pace tapi movie ni bergerak laju dengan gelagat Enola cuba selesaikan semua masalah yang tengah berlaku. Of course kebanyakan masanya dia berjaya tapi ada masa dia gagal juga dan Sherlock tetap satu langkah di hadapan dari Enola. Watak Mycroft agak annoying dan menakutkan. Tak tahu lah dia dapat perangai tu dari siapa sebab karakter Sherlock dengan Enola lebih tenang, bijak dan licik macam Eudoria. Tapi kalau ikutkan series Sherlock, Mycroft sama bijak je dengan beradik dia cuma dia lebih gemar dalam dunia politik sebab tu dia bekerja dengan kerajaan. 

Teknik penceritaan Enola Holmes agak berbeza bila dia boleh bermonolog dengan penonton and that what makes this movie entertaining sebab gaya dia bercerita tu comel. Plot twist dia unpredictable walaupun first half movie ada certain scene kita boleh agak niat beberapa karakter tapi second half agak mencabar. 

Tak pasti kalau ada second installment untuk movie Enola Holmes ni sebab ada beberapa lagi persoalan yang belum terjawab antaranya Eudoria Holmes digambarkan sebagai terrorist yang bakal letupkan London dan adakah plan tu akan terbatal lepas apa yang Enola dan Tewkesbury buat ataupun dia nak plan benda lain pulak sebab dia menhilang lagi kemudiannya? 

Dapat tak Sherlock bagitahu Enola yang Mycroft setuju untuk pindahkan hak penjagaan Enola kepada Sherlock. Kalau Sherlock berjaya bagitahu, Enola akan berbaik ataupun maintain relationship sedia ada? Banyak lagi soalan dari movie ni yang belum terjawab so I really hope ada sequel di bawah kelolaan team produksi yang sama. Yang belum tengok, boleh layan dekat Netflix :)

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10