This track is lit! Suka sangat dengan lirik lagu Perasaan yang dikarang sendiri oleh Zynakal. I guess it was based on his past? Sebab dia kata sumpah aku mengerti perasaan dibenci.
Music arrangement pun nice, menambahkan element drama dan 'deep' feeling tu. Btw, love the poster and hopefully official MV nanti some kind dark and mysterious macam tema official lyric video ni sebab lagu ni pun lebih terarah kepada mental health i.e depression.
Lepas viral dengan lagu Cute, Harith relase satu lagi single pop berjudul Tak Tahu. Collaboration masih lagi dengan Loca B dan MFMF tapi kali ni Loca datang dengan pakej suami dia, Tuju. Arrangement music lebih kurang je dengan lagu Cute (Stop Lah Being So Cute).
Lirik dikarang oleh MFMF dengan Harith Zazman sendiri, part yang rap tu Tuju lah kan, siapa lagi. Yang bestnya dengan lagu ni, bukan pada musik sahaja tapi pada music video dia sebab ada keluarga kecil Tuju dengan Loca buat special apperance. Yes, the baby bump and Yusof!
Untuk actress, masih lagi menampilkan girlfriend Harith, Lina Ghakashah so chemistry diorang berdua memang comel sangat sebab masing-masing selesa depan kamera. Another strong plus untuk MV ialah visual dia memang eye pleasing sangat. Tak payah view yang gah pun, cukup Petron sebagai latar pun dah nampak cantik dan bermakna. Congrats to the team!
Yang belum tengok MV ni boleh tengok dekat Youtube and this song available jugak dekat Spotify :)
LIRIK LAGU TAK TAHU
Penyanyi : Harith Zazman feat TUJULOCA, MFMF.
Lirik : Harith Zazman feat TUJULOCA, MFMF.
Komposer : MFMF
Studio : Faithful Music
[Verse]
Kau umpama bidadari
Yang aku cari
Tanpa dirimu jiwaku mati
[Pre-Chorus]
Jangan biarkan aku, aku perlukan kamu
Tanpa kamu disitu, aku tak akan tahu
[Chorus]
Hu hu hu hu hu
Aku tak akan tahu
Hu hu hu hu hu
Aku tak akan tahu
[Verse 2]
Suara mu ingin ku dengar selalu
Kerna kau lah nada ku dalam lagu
[Pre-Chorus]
[Chorus]
[Verse 3 - TUJULOCA]
Selit rambut ku ke belakang telinga
Hingga jari kau berkedut dan rambut ku berubah warna
Lately nama pengarah Adrian The melonjak naik dengan kejayaan movie Paskal dan Wira. 1 Oktober lepas, Adrian Teh come up dengan movie komedi pula dengan barisan pelakon kegemaran dia sebab pelakon Paskal dengan Wira je ramai dalam movie Pasal Kau ni.
Story dia simple je actually bila Jane (Janna Nick) jatuh hati dengan si buncit Aiman (Hairul Azreen) yang bekerja di Hotel Bayu Bay. Tapi disebabkan karakter Jane yang kasar macam lelaki, Aiman tak pernah anggap Jane lebih dari seorang kawan walaupun Jane dah layan Aiman special dari orang lain. Parjo (Amerul Affendi) dengan Josh (Henley Hii) dah puas tolong Jane tapi semua rancangan mereka gagal.
Sampai lah satu hari bila trio Sofia (Sophia Barakbah), Maria (Sugeeta Chandran) dan Emelia (Anna Jobling) datang ke hotel untuk bercuti. Bagai pucuk dicita ulam mendatang, Aiman yang suka dengan Sofia tak bertepuk sebelah tangan tapi kehadiran Tengku (Josiah Hogan) musnahkan angan-angan Aiman.
MC (Theebaan G) dengan Wak (Taufiq Hanafi) pula cuba menyiasat siapa sebenarnya lelaki misteri (Ropie Cecupak) yang suka berkeliaran di hotel mereka sebab boss mereka, En. Maznan (Namron) taknak lelaki tersebut mengganggu impian dia untuk mendapatkan 5 star dari Tengku.
Kisah cinta dan konsep kisah di hotel ni datang dari kisah benar Hairul Azreen sendiri tapi 30% je lah yang sama. Yang lain tu diubah suai ikut template komedi yang mana rip-off dari movie Paskal. Paskal, Pasal Kau kan sama bunyinya tu. So kalau tak tengok movie Paskal lagi memang tak boleh nak pickup lah beberapa scene dalam movie ni macam scene MC dengan Wak sembang pasal jenis senjata, scene Parjo, MC dengan Yop (Hafizul Kamal) bergaduh dekat theme park ataupun scene Josh suruh Aiman pulak meniarap.
Kalau sebelum ni macam susah betul nak terima lakonan Hairul Azreen tapi kali ni walaupun watak dia banyak menyembang dan tak ada langsung fight stunt, dia mampu deliver dengan baik. Chemistry dengan Janna pun not bad. Lakonan Namron pun mantap. Menjadi betul scene dia sebagai gay. Berdekah scene dia cuba nak flirt dengan Parjo.
Suka tengok band hotel tu sebab comel. Dalam Paskal diorang macho habis, muka ketat je tapi dalam movie ni nyanyi lagu jiwang leleh sokmo. Suka lagu Belaian Jiwa yang bercampur dengan bait lirik Mandarin. Lagi best kalau ditambah lagi lagu untuk diorang nyanyi or perform. Not sure kalau Henri yang nyanyi sendiri ataupun dub je.
Visual dalam mvie ni memang cantik dan movie Adrian Teh dah memang mantap bab visual editing cuma jadi persoalan bila Adrian tukar dua scene kepada animasi. Kenapa? Untuk tutup kelemahan stunt Sofia ke? Sedangkan boleh je ambil body double. Dialog pun agak lemah sebab try hard sangat. Kadang-kadang cringe tapi sebab movie ni genre santai so tak lah terkesan sangat cuma second half tu jadi draggy dan hambar lah.
Hotel Bayu Bay tu shoot dekat Hard Rock Hotel Desaru Coast dengan Westin Hotel so bila tengok movie ni jadi excited lah bila semua lokasi penggambaran Pasal Kau tu I tahu sebab buat company trip dekat sana. Sayangnya masa RRM ada company trip, diorang dah wrap shoot dah. Sempat jumpa Fify Azmi dengan Josiah Hogan je masa tu. Tak tahu pulak tengah shooting.
All in all, congrats Adrian Teh, Hairul Azreen dan team Pasal Kau sebab berjaya buktikan yang acting range diorang tak limited dengan aksi sahaja. Yang belum tengok lagi dan perlukan movie ringan dan santai, boleh tengok movie Pasal Kau ni dekat Netflix!
1. Team Production +0.8, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +1, 6. Genre +0.6, 7. Themes +0.8, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +0.4, 10. Personal Thought +0.3 = 7/10