Ramadhan 2025 | Program Ihya' Ramadhan: Tadarus RRM

Friday, 4 April 2025


Ramadhan tahun ni berbeza sikit dengan Ramadhan sebelumnya sebab ada Program Ihya' Ramadhan di mana warga Ram Reza & Muhammad boleh join tadarus. Setiap seorang akan baca satu juzuk Al-Quran atau boleh share baca sampai complete 1 juzuk sebab staff RRM ramai. Program tadarus ni terbuka untuk Ram Reza & Muhammad HQ di Petaling Jaya, branch Penang dan Kuala Terengganu juga. 

Masa pengumuman tu dibuat di dalam group WhatsApp, ramai yang dah ambil juzuk belakang-belakang sebab banyak surah pendek-pendek. I tengah drive sebab nak pergi event so tak aware dengan plan diorang. Tapi I pilih juzuk 2 sebab sekarang memang tengah baca juzuk tu. Nasib baik ada program tadarus ni, kalau tak macam siput sedut je nak habiskan satu page. 



Pertengahan Ramadhan dah ramai yang habis baca juzuk masing-masing dan kebanyakannya yang pilih juzuk awal. Yang pilih juzuk hujung-hujung tu sunyi sepi, mungkin jenis pecut last minute. Bila dah keluar tarikh untuk Majlis Khatam Al-Quran baru masing-masing speed up untuk habiskan bacaan masing-masing. 

😦: Eh dah nak buat Majlis Khatam Al-Quran tapi juzuk 29 tu tak ada yang baca lagi. Tak ada yang nak ambik ke juzuk tu? 
😅: Eh, lawyer dekat RRM Penang dah baca dah. Dia buat 2 juzuk. 
😦: Ni yang xxx dah siap ke? Kenapa dia tick done tapi dalam kurungan surah An-Naba'? Dia baca surah tu sahaja ke?
😅: Alamak, nanti kena inform dia lah baca semua surah dalam juzuk tu. 



Lepas ni kalau ada lagi program tadarus di bulan Ramadhan, kena explain lah cara nak join tadarus sebab ada yang tak faham konsep dia macam mana. Nasib baik si xxx berjaya juga habiskan bacaan sebelum Majlis Khatam Al-Quran ni. Dalam entry Sampul Raya RRM ada bagitahu majlis fizikal cancel kan, sebab ikutkan nak buat dekat office tapi imamnya ada hal. Kalau boleh nak gabung majlis dengan RRM Penang tapi tak dapat so HQ buat online je malamnya. 


RRM Penang punya meriah lah sebab ada Majlis Khatam Al-Quran lepastu sesi pemberian duit raya kemudian iftar sama-sama dekat office. KalauHQ buat dekat office bolehlah buat content socmed tapi sebab tak ada screenshot je lah Google Meet majlis tu. Tak lah seronok sangat bila online ni sebab semua pun mute audio untuk elakkan audio huru-hara. Tapi apa pun Alhamdulillah dah selesai khatam al-Quran untuk sesi pertama Program Ihya' Ramadhan: Tadarus RRM. 


Adat di RRM bila masuk bulan Ramadhan, semua warga Ram Reza & Muhammad akan dapat sampul raya yang ditempah khas. Sepanjang 5 tahun kerja dekat RRM, sampul tahun ni yang terpaling cantik sekali. 

Makin cantik sampul makin bertambah sayang lah nak guna sebab material sampul nibukan guna kertas biasa. Selalunya bila dapat sampul duit RRM ni guna untuk family je masa raya nanti. Yang lebih kita simpan buat kenangan sebab setiap seorang akan dapat 10 sampul. Bukan I je buat perangai macam ni sebab yang lain pun sama jugak. Sayang lah sampul cantik tapi orang buang sebab nak duit dekat dalam tu je. 


Kalau ikutkan nak buat content dapat Sampul Raya RRM tapi idea tak boleh nak pergi jauh sebab material lain tak dapat so upload dekat sini je lah buat kenangan. I panggil Karimah dengan Liyana jadi model sampul raya sebab diorang pakai cantik untuk Majlis Tadarus tup tup cancel sebab nak proceed online je biar semua dapat join lepas Terawih nanti. 

😆: Ana, ambil gambar lagi sekali lah. Tadi tu macam tak confident pulak sebab tak pakai lipstick.

😅: Okay boleh je Karimah.

😆: Okay done.

😅: Ehhhh, kata tak confident sebab tak pakai lipstick, ni dah pakaikenapa pose tutup mulut pulak?

😆: Alamak, lupa pulak hahaha

Terima kasih kepada RRM yang bagi sampul raya cantik tahun ni. 

Ramadhan 2025 | KLCC Raya Launching Event

Thursday, 3 April 2025



Sama macam tahun-tahun sebelumnya, setiap kali ada launching raya, KLCC akan hantar jemputan untuk join program yang akan diadakan sepanjang Raya dan iftar bersama. Tahun ni KLCC buat event pada 14 Mac. Nasib baik lah Majlis Iftar RRM anjak ke tarikh lain, kalau tak dah kena bambu dengan HOD sebab dua tahun berturut-turut skip Majlis Iftar RRM tapi pergi iftar event media. 

Untuk event ni I minta nak balik awal sebab event KLCC start jam 5.00 petang tapi waktu balik jam 5.30 petang. Masa ni datang awal setengah jam untuk ganti balik working hour yang terpaksa dipotong. Tak rehat juga sebab nak keluar awal so kena siapkan semua kerja sebab esoknya dah weekend. Pukul 4 petang dah kemas-kemas dan siapkan kerja terakhir lepastu book Mobi untuk pergi ke LRT Lembah Subang.

Bila dah book Mobi awal, sampai lebih awal dekat tempat checkpoint, dapat la sembang dengan driver sementara tunggu penumpang lain sampai. Driver Mobi tu bagitahu yang perkhidmatan Mobi untuk 14 Mac tu adalah perkhidmatan terakhir sebab Kerajaan Negeri Selangor dah hentikan van Mobi. Tak tahu lah kenapa, mungkin sebab tak berbaloi walaupun membantu teruk dekat area Ara Damansara tu. Jauh beza sangat rate Mobi dengan rate Grab kalau nak pergi ke LRT Lembah Subang. 

I suka drop off dekat LRT Lembah Subang sebab tak stuck dalam jam macam LRT Ara Damansara. Nampak je dekat jaraknya tapi kalau bandingkan dengan masa, banyak buang masa lah nak ke LRT Ara Damansara. Sembang punya sembang tiba-tiba dia tanya raya mana lepastu dia tahu tak kahwin lagi, terus conversation jadi lain. 

Sepanjang perjalanan tu ajak jumpa lepas Raya even dah turun Mobi pun dia jerit dari van ajak jumpa. Sebelum naik LRT dapat call dari dia lepastu keluar notification dia bagitahu payment tak masuk padahal duit dah deduct dari T&G apps. Menyesal gila tak bayar guna cash masa tu. Nasib baik lah Mobi dah tamat service hari tu, kalau ada lagi mungkin kena harass lagi dengan driver T.T


Ingatkan dah masuk LRT dah boleh bertenang dah rupanya tidak. Koc yang I masuk tu busuk sangat dengan bau mulut orang. Tak tahu lah siapa yang pastinya, I tak mampu bertahan dengan bau sampai plan nak pergike koc sebelah tapi nasib baik lah jalan sikit ke seat hujung koc tu ada seat kosong. Bau pun tak sampai ke situ. Tak tahu lah macam mana yang duduk dekat area situ boleh tahan sebab bau dia kuat gila. Sampai ke KLCC jam 5 lebih kemudian join the queue tapi pelik kenapa tak bergerak. 

😕: Hi, sorry sir you tengah beratur untuk event ni ke?
😶: If you're invited to this event then you can register. If not, it is not open to public.


Aikkk? I tanya benda lain, dia jawab lain. Sudahnya I pergi je ke depan lepastu register. Dah masuk dalam nampak Kak Ruby tengah gubah bunga dekat Floral Workshop. Dah lama tak jumpa Kak Ruby, tak sangka rezeki dapat iftar sama-sama nanti. Memandangkan tangan I tak berseni, staff dekat situ bagi je bouquet yang dah siap. 





Tahun ni KLCC ambil inspirasi dari Maghribi untuk deko Raya. Kalau datang sini boleh bergambar dekat photobooth, gubah bunga dekat Floral Workshop lepastu masuk bergambar dekat ruang dalam istana biru. Tapi mungkin mencabar lah nak bergambar dekat dalam ni sebab ruang dia kecil je, kalau ramai yang masuk ternampak juga lah muka orang lain. Thank you Kak Ruby tolong ambilkan gambar. 

Keluar dari situ nampak pula Kak Nani, Kak Faz lepastu tegur PR KLCC yang memang dah kenal. Masa tengah menyembang tu photographer suruh jadi model dia. I tak confident pun sebab dah belemoih since dekat ruang tengah ni panas. Tapi bila Sherina hantar gambar eh cantik pulak kejadiannya. No wonder lah photographer tu puji beautiful banyak kali. Kalau dia puji sebab nak sedapkan hati, menjadi lah trick tu hshshs


Majlis bermula dengan ucapan aluan dari emcee iaitu abang Naz. Kalau tak silap, dua tahun lepas pun abang Naz yang jadi emcee juga untuk Raya Launching event ni. Dua kali jumpa pun dua kali tetap segan nak tegur padahal dia mesra je dengan semua orang. Tahun ni ada special event dari KLCC sebab ada kolaborasi bersama Astro. Setiap minggu akan ada persembahan dari artis Astro tapi untuk launching event ni ada performance Nyam Nyam Ketupat sahaja. Ada Wani Kyrie, Dinda Dania dengan Miss Alvy perform lagu raya dari Astro sebab Zizan ada schedule lain. 

Masa tengah khusyuk record performance Nyam Nyam Ketupat, I tak perasan ada lelaki dekat belakang. Bila undur setapak rasa macam dekat dengan something terus lajak ke depan. Since dia pun merakam jugak, I ke tepi lah sikit bagi ruang untuk dia tapi aneh betul dia berdiri rapat sangat walhal ada ruang banyak lagi dekat sebelah dia. Sumpah tak selesa masa tu sampai rasa lega gila dah habis performance. Rupanya lelaki tu orang luar curi-curi masuk dalam event sebab guard tak perasan. Dugaan gila hari tu T.T

Sebab dah rimas dekat situ, I join Kak Ruby pergi ke Restoran Chakri Palace untuk cari seat. Sebab naik awal sempat lah betulkan shawl yang dah merepek kejadiannya. Nasib baik anak tudung tak jatuh ke belakang masa tu. 



Menu yang disediakan oleh Chakri Palace semuanya sedap tapi tak mampu nak makan semua sebab banyak sangat. Tomyam campur dia not bad lah, sedap je tapi ceroi sikit dari tomyam yang I selalu makan. Ayam pandan tu tak sempat rasa sebab pinggan dah penuh lepastu know know finish makan dah. Lepas habis makan tu dapat sampul raya dari KLCC dengan goodies dari Royce dan YSL beauty products. 




Lepas habis makan dapat bergambar dekat ruang tengah lagi sekali sebelum balik rumah. Thank you KLCC jemput datang sini, thank you juga Royce dengan YSL untuk goodies! 


Meriah lagu raya Astro tahun ni, kena dengan tagline diorang - Meriah Lain Macam. Lepas mendonia dengan lagu Meriah Lain Macam dendangan Hael Husaini dan Nadeera, Astro release pula lagu Nyam Nyam Ketupat hasil gabungan suara Zizan Razak, Wani Kayrie, Dinda Dania & Miss Alvy. 

Lagu ni senang sangat nak melekat dekat kepala sebab guna perkataan yang berulang dengan rentak yang catchy dan fun. Budak-budak suka lah lagu macam ni, mungkin sebab tu views dah mencecah 2 juta di Youtube. 

Music video yang turut menampilkan talents Evertts Gomes, Jay Iskandar, Fitri Farok, Azqa Aziz, Myra Afrina dan A-Vys Chan pun cantik visualnya dengan warna yang terang dan ceria. Nas Muammar Zar (Nas-T) yang bakal muncul dengan filem Keluang Man buat kemunculan istimewa dalam music video Nyam Nyam Ketupat terbitan Rocketfuel Entertainments. 


LIRIK LAGU NYAM NYAM KETUPAT
Penyanyi: Zizan Razak, Wani Kayrie, Dinda Dania & Miss Alvy 
Komposer: Shazriq Azeman (World Peace Music), John Jeeves (Faithful Music) & Omar K (World Peace Music), Ariz & Zizan Razak
Lirik: Ariz, John Jeeves, Omar K, Shazriq Azeman, Zizan Razak
Keyboardist, Arranger & Producer : Omar K
Studio: Rocketfuel Entertainment 


Nyam nyam ketupat, nyam nyam ketupat
Nyam nyam ketupat, nyam
Nyam nyam ketupat, nyam nyam ketupat
Nyam nyam ketupat, nyam

Verse 1
Wani Kayrie:
Daun dilipat, anyamnya tepat
Isi yang manis bagai senyuman
Dinda:
Kemana tempat kita melawat,
Mari bermaaf dan bersalaman

Pre-Chorus
Alvy:
Puas berpuasa sepurnama
Menantikan hari yang mulia
Wani Kayrie:
Usahlah resah ukuran pinggang
Makanlah makan berpinggan-pinggan

CHORUS 1
Nyam nyam ketupat, nyam nyam ketupat
Nyam nyam ketupat, nyam 
(emm)
Nyam nyam ketupat, nyam nyam ketupat
Nyam nyam ketupat, nyam 
(Sedap)
Nyam nyam ketupat, nyam nyam ketupat
Nyam nyam ketupat, nyam 
(Nak lagi)
Nyam nyam ketupat, nyam nyam ketupat
Nyam nyam ketupat, nyam

Verse 2
Dinda:
Mercun dicucuh, anak dihempuk
Oh ibu tenang banyak bersabar
Wani Kayrie:
Pukul lah rendang, jadinya empuk
Lemang pula jangan biar terbakar

Pre-Chorus
Alvy:
Puas berpuasa sepurnama
Menantikan hari yang mulia
Wani Kayrie:
Usahlah resah ukuran pinggang
Dinda:
Makanlah makan berpinggan-pinggan

CHORUS 2
Nyam nyam ketupat, nyam nyam ketupat
Nyam nyam ketupat, nyam
(Nak yang ni)
Nyam nyam ketupat, nyam nyam ketupat
Nyam nyam ketupat, nyam
(Yang itu pun boleh)
Nyam nyam ketupat, nyam nyam ketupat
Nyam nyam ketupat, nyam 
(Sukanya)
Nyam nyam ketupat, nyam nyam ketupat
Nyam nyam ketupat, nyam

RAP (Zizan)
Malam semalam cucuh meriam
Mana la reti nak duduk diam
Cukup sebulan dah kena rantai
Mungkin ada yang geram nak mengilai
Ku toleh kiri, ku toleh kanan
Ketupat dibedal jadi sarapan
Ibu di dapur, belum berpupur
Mula la nanti kalut menggelupur
Eyy
Yang memandu jangan laju-laju
Kang ditahan abang baju biru
Konon nak saaaalam yang dirindu
Sekali auta jumpa bini baru
Tapi tadi bukan kisah aku
Raya aku masih macam dulu
Jangan ditanya di mana teman
Ini urusan Dia yang tentukan

Dinda:
Puas berpuasa sepurnama
Wani Kayrie:
Menantikan hari yang mulia
Dinda:
Usahlah resah ukuran pinggang
Alvy:
Makanlah makan berpinggan-pinggan

CHORUS 3
Nyam nyam ketupat, nyam nyam ketupat
Nyam nyam ketupat, nyam
 
(Sedap tak?)
Nyam nyam ketupat, nyam nyam ketupat
Nyam nyam ketupat, nyam
 
(Ha, makan, makan, makan)
Nyam nyam ketupat, nyam nyam ketupat
Nyam nyam ketupat, nyam
 
(Memang untuk awak pun)
Nyam nyam ketupat, nyam nyam ketupat
Nyam nyam ketupat, nyam
 
(Ambil, ambil, bawa balik)
Nyam nyam ketupat, nyam nyam ketupat
Nyam nyam ketupat, nyam
 
(Ha, ha, aku punya mana?)
Nyam nyam ketupat, nyam nyam ketupat
Nyam nyam ketupat, nyam
 
(Apa, dah habis?)
Nyam nyam ketupat, nyam nyam ketupat
Nyam nyam ketupat, nyam
 
(Hei hei, eee, geramnya aku)
Nyam nyam ketupat, nyam nyam ketupat
Nyam nyam ketupat, nyam
(Takkan makan je, duit takde ke?)

Richeese Factory Kuala Selangor


First time nak merasa ayam goreng dari Richeese Factory sebab ramai yang bagi review cakap sedap. Konsep ayam horeng dekat sini ada tahap kepedasan yang berbeza. Start dari level 0 sampailah level 5 tapi tak faham kenapa pilih set ayam Fire pun ada level 0. 

Dekat Richeese Factory Kuala Selangor ni ada dua tingkat kalau nak dine-in. Dekat level bawah nampak kecil je tapi naik ruang atas selesa je nak makan. Kitorang pilih take away sebab dalam perjalanan nak balik ke Subang. Singgah kejap sebab nak merasa ayam goreng kat sini padahal ada je dekat Kota Damansara hshshs

Dekat sini ada dua pilihan untuk order. Lepas dah order dekat kiosk baru nampak boleh order dekat kaunter. Lama jugak lah tunggu pesanan nak masuk dekat dalam sistem. Tak sangka pulak bila order dekat kiosk kena tunggu lama sebab dah biasa order dekat tempat lain terus masuk dalam sistem.



Dekat sini kena inform cashier dulu baru keluar number dekat skrin tu. Berkicap tunggu 15 minit kat situ padahal tak ramai orang pun. The service was quite slow, mungkin sebab raya tapi KFC tetap laju walaupun festive season. Yang kena risau bila tak boleh pilih ayam bahagian kita nak je. 



Ni lah rupa ayam dia untuk Combo Fire Chicken 5 pieces yang kitorang order tu. Tengok pada coating pun dah boleh agak yang dia salut sambal dekat kulit ayam. Tak seronok langsung bila dapat ayam bahagian drumstick bila beli banyak bahagian macam ni. Tapi okay lah sebab visual dia tak menarik selera untuk makan. 

Bau ayam Richeese Factory ni kuat dengan bau pijar cili bukannya bau wangi ayam atau coating. Bab bau ni KFC menang teruk lah sebab bau dia serupa guna pelaris, dah kenyang pun terliur juga nak makan ayam KFC. 



Untuk set combo ni ada 2 mash potatoes, ada 2 coleslaw juga tapi yang kitorang dapat semuanya mash potatoes. Rasa dia biasa je tapi better lah dari Marrybrown. Gravy dia rasa creamy macam sos carbonara Prego. Berbeza lah dengan gravy mash potato dari brand lain. Mungkin yang ni keunikan dia atau mungkin dia tak pandai buat mash potato. Ada dua kemungkinan yang tak perlu dirungkaikan sebab buang masa. 


Rasa ayam Richeese Factory sama macam yang kitorang expect lah, pedas dia pedas pijar dekat bahagian coating je. Bila makan isi tak ada rasa apa pun. Manis ayam pun tak ada. Kitorang ambil pedas tahap 3 kan, so 10 minit je rasa pijar dekat mulut, lidah dan tekak. Lepas minum air, slowly pedas tu menghilang. Kalau Level 5 mungkin sama level makan Maggi Tom Yumz Pedas Giler tu ataupun level Samyang. Ada satu ayam dah berbau macam on the way nak busuk T.T

Kitorang add-on cheesy fries berharga RM5 lebih tapi sedih nau fries dia. Cheese pun guna cheese murah. I expect rasa cheese dia berkualiti lah sikit sebab Richeese kan, nama brand pun ada cheese rupanya tidak. Bancuhan dia sama dengan cheese bancuh dekat penjaja biasa. 


Rasa kentang dia tawar, keras pulak tu padahal makan panas-panas. Fries terbaik mungkin Mekdi lah sebab lembut dan rasa masin sikit. Fries Richeese Factory ni bila sejuk sikit dah lemau. 

For drinks, I pilih Mango Tea dengan Yogurt Tea tapi rasa teh biasa je lah. Rasa mangga tu tak kuat mana pun, air yogurt tu pun ceroi. Rupa dah lah lebih kurang sama dengan Mango Tea. Lepas ni mungkin tak akan beli dah kot ayam dari Richeese Factory ni sebab harga tak setanding dengan kualiti. Nak kata fast food pun lambat juga service dia. Nak kata sedap pun tidak. Keunikan dia mungkin pada bahagian ayam yang besar sedikit dari KFC dan Mekdi. Apart from that, for me not worth it lah. 


Pengarah: Ginanti Rona  
Penulis Skrip: Lele Laila, Wakhid Nurrokhim, Ginanti Rona
Pelakon:  Derby Romero, Nayla D. Purnama, Callista Arum, Fatih Unru, Zenia Zein, Ninha Fitria Suseno, Azela Putri, Callista Mercy Christian
Syarikat Produksi: Rapi Films, Sky Media, Legacy Pictures, Rhaya Flicks 
Pengedar: GSC Movies, Netflix
Genre: Seram
Durasi Tayangan: 110 minit
Tarikh Tayangan: 10 Oktober 2024 (Indonesia), 26 Disember 2024 (Malaysia)
Trailer:


Rini (Callista Arum) merupakan pelajar sentiasa disisihkan oleh pelajar lain kerana mempunyai asma yang teruk. Setiap tahun SMA Pandega mengadakan aktiviti perkhemahan dan Rini beria ingin turut serta. Sebolehnya Rini tak mahu menjadi beban kepada pelajar lain dan cuba buktikan yang dia mampu sertai semua acara di sana nanti. 

Ahli jawatankuasa mencari tapak khemah yang selamat untuk mereka semua malangnya semua tapak sudah penuh kecuali Wana Alus. Heru (Derby Romero) merayu supaya Mbah Sonto (Landung Simatupang) adakan ritual meminta izin supaya pelajar tidak diganggu oleh makluk halus di situ. Setelah upacara selesai, Mbah sudah memberi pesan supaya jangan diganggu mana-mana azimat yang ditanam di kawasan tersebut untuk mengelakkan penunggu di sana marah dengan kehadiran mereka.

Briefing diadakan sebelum kesemua pelajar bergerak ke tapak khemah tersebut kerana ada kawasan yang tidak boleh dimasuki oleh sesiapa pun kerana berbahaya. Penduduk setempat memberi pesan supaya tidak mengganggu kawasan-kawasan yang dikatakan keras supaya kes kerasukan secara besar-besaran pada tahun 2004 tidak berulang lagi. 

‘Kami sama sekali tidak menyangka acara ini akan mengubah hidup kami semua.’ - Miko

Filem Kemah Terlarang: Kesurupan Massal arahan Ginanti Rona diadaptasikan dari sebuah novel karya Wakhid Nurrokhim yang menceritakan tentang kejadian seram yang berlaku di Yogyakarta pada tahun 2016. Dalam naskhah ini juga cerita tentang wahyu Makutharama, sebuah konsep kuno tentang kekuasaan dan kepimpinan dalam kebudayaan Jawa juga turut diceritakan setelah mengkaji naratif dari orang-orang asli yang menjadi saksi kejadian asal di kawasan tersebut. 

Production team Kemah Terlarang: Kesurupan Massal juga bertemu dengan beberapa mangsa yang terlibat dalam kejadian rasuk tersebut. Watak Miko (Fatih Unru) merupakan adaptasi ketua panitia khemah yang sebenar, sama juga dengan Callista yang banyak belajar tentang watak Rini yang diganggu oleh Roro Putri.

Filem Kemah Terlarang: Kesurupan Massal mempunyai jalan cerita yang sama dengan filem Jagad Alam Gaib: Sinden Gaib (2024) kerana watak utama dirasuki oleh watak mistik yang teraniaya. Tak ada salah dan silap pun yang dilakukan oleh Rini sepanjang berada di Wana Alus tapi kerana sifat tamak orang lain, jasad dia menjadi korban. Sama seperti Sinden Gaib, Rini juga dipilih kerana mempunyai peribadi yang baik dan semangat yang kuat. 

Alur penceritaan dari Lele Laila yang terkenal dengan filem Ivanna (2022), KKN di Desa Penari (2022) dan Badarawuhi di Desa Penari (2024) mempunyai jalan cerita yang ringkas dan mudah difahami. Elemen misteri dan seram dimasukkan dengan seimbang supaya cerita terlihat menarik sepanjang 110 minit. Pace penceritaan juga bergerak laju dan mengisi semua ruang dengan bagus tanpa ada persoalan yang muncul dari babak-babak penting. Dialog yang digunakan juga mengukuhkan penceritaan dan kedengaran realistik.

Pelik juga lah tengok filem Kemah Terlarang: Kesurupan Massal ni sebab kalau dekat sekolah-sekolah di Malaysia, bila ada aktiviti tahunan sekolah macam ni perlu ada beberapa guru pengiring. Berbeza dengan aktiviti SMA Pandega ni cuma diiring oleh pelajar senior sedangkan kawasan tu berbahaya dan ada kawasan yang berisiko tinggi berlaku kecederaan. Tengok cara senior handle pelajar dalam aktiviti khemah tu pun boleh nampak masing-masing tak ada banyak pengalaman uruskan acara. Tak hairan lah kalau keadaan mudah sangat jadi huru-hara sebab tak ada orang dewasa kecuali Mbah Sonto.

Apapun, sinematografi dan music latar berjaya menghidupkan suasana ngeri dan seram setiap kali mahkluk-makhluk halus munculkan diri untuk mengganggu pelajar-pelajar di situ. Lakonan dari barisan pelakon utama juga menjadi kekuatan filem Kemah Terlarang: Kesurupan Massal terbitan Rapi Films sampai kita rasa takut dan risau tengok keadaan mereka sepanjang di sana. Semua watak diberikan peluang untuk berkembang dalam ruang yang diberikan oleh pengarah. Ini filem kedua dapat tengok lakonan Derby Romero lepas filem Home Sweet Loan (2024), berbeza sangat dua watak yang dibawa walaupun cuma pelakon sampingan tapi menyerlah sebagai senior. 

Seronok tengok filem ni sebab dapat tahu sejarah Roro Putri dan Raden Mas Agung yang terkenal dalam masyarakat Jawa. Kostum yang digunakan pun cantik dengan bahasa Jawa yang pekat sekaligus mengangkat seni budaya masyarakat Jawa. Bila lah filem Malaysia nak keluarkan filem seram dari budaya setempat, jelak tengok filem seram komedi yang tak logik dan merepek. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10

Movie Review | Companion (2025)


Director: Drew Hancock
Writer: Drew Hancock
Cast: Sophie Thatcher, Jack Quaid, Lukas Gage, Megan Suri, Harvey Guillén, Rupert Friend
Production Companies: New Line Cinema, BoulderLight Pictures, Vertigo Entertainment
Distributor: Warner Bros. Pictures
Genre: Sci-fi / Thriller
Running Time: 97 minutes
Release Date: 31 January 2025
Trailer:


Filem bermula dengan flashback pertemuan Iris (Sophie Thatcher) dan teman lelakinya, Josh (Jack Quaid) di sebuah pasaraya. Di mata Iris, Josh adalah teman lelaki yang comel, baik hati dan penyayang. Mereka berdua dapat jemputan untuk bercuti di sebuah lakehouse kepunyaan Sergey (Rupert Friend), teman lelaki Kat (Megan Suri). 

Iris kurang selesa setiap kali bertemu dengan rakan-rakan Josh kerana mereka sering memandang rendah terutamanya Kat. Keesokan harinya Iris keluar bersendirian ke tasik untuk berenang sementara Josh berehat bersama Kat, Eli (Harvey Guillén) dan teman lelakinya, Patrick (Lukas Gage) di rumah. 
Malangnya Iris dicabul oleh Sergey di tasik lalu tanpa sengaja Iris terbunuh Sergey ketika ingin mempertahankan diri. Iris pulang ke rumah percutian tersebut dan terangkan kepada Josh dan yang lain. Josh minta Iris tidur sekaligus shut down system robotik Iris. 

Naskhah Companion arahan dan penulisan Drew Hancock mengangkat idea robot sebagai teman hidup di mana Iris sebagai watak utama. Bukan saja boleh menempah robot dengan tujuan menjadi pasangan hidup untuk memenuhi keperluan ‘biologi’ manusia, pemilik juga boleh menetapkan cara mereka bertemu, warna mata, suara, personaliti, karakter, kemahiran dan juga tahap kepintaran robot milik mereka. Josh tetapkan tahap kepintaran Iris pada tahap yang rendah. Tipikal lelaki sampah. 

Kalau tengok pada perspektif Iris, peribadi dan karakter Josh memang tampak sempurna tapi bila tengok dari perspektif penonton, memang menyampah tengok cara Josh layan Iris. No wonder lah tak ada manusia perempuan yang nak jadi pasangan hidup dia. Macam mana watak Kat judge Iris setiap kaliberjumpa, macam tu lah perasaan I yang tengok babak Josh dan Iris bila dapat tahu identiti asal Iris. Ni bukan spoiler sebab dalam trailer pun dah bagitahu tentang watak utama. 

‘You're right. I do know you. I know everything about you. I know you take almond milk in your coffee. I know you like your bedsheets untucked. I know your favorite hobbies are bar trivia, video games, and prattling on endlessly about everything the universe owes you. I know that you always need to be in control. I know that you have a below average sized penis. And I know that you think that having a few million dollars will disguise the fact that you are just a sad, bitter, weak human being.’ - Iris

Jalan penceritaan Companion bukan sesuatu yang segar dan unik sebab idea untuk mempunyai robot sebagai pasangan hidup dah pernah dipaparkan dalam siri Black Mirror. Nak kata tak best tak juga lah sebab lakonan Sophie Thatcher dan Lukas Gage bagus sebagai watak yang terpaksa berubah-ubah sifat dan karakter pada first half dan second half movie. 

Nak kata best sangat pun tak juga sebab banyak ruang diberikan pada watak antagonis yang kurang bijak. Boleh sangat kalau explore lebih sikit pada plan Kat dengan Josh. Kenapa Kat perlukan rancangan mereka menjadi, apa relationship Kat dengan Josh sebenarnya ataupun Empathix, syarikat yang menghasilkan robot ni. Pelik juga lah tak ada sistem sekuriti untuk lindungi pekerja bila robot menggila sedangkan dah banyak kes pelanggan buat hal. 

Walaupun genre utama adalah thriller tapi Drew Hancock menggunakan olahan santai dan komedi yang ternyata hambar. Dialog tak banyak yang kelakar pun ditambah pula watak Eli dimasukkan untuk tension relief tapi I tak suka watak gay so yeah, I don’t really get the joke. Sorry, not sorry. 

Sinematografi dari Eli Born mengukuhkan screenplay Companion dan menggunakan landskap alam semulajadi untuk mewujudkan suasana ngeri dan misteri. Colour grading untuk filem Companion bagi vibes awal millenium tapi penulis tak bagitahu latar masa sebenar untuk filem ni. Colour palette dan warna suram yang dimasukkan juga membantu mengukuhkan suasana kelam yang dialami Iris. Dia bagi vibe rom-com tapi sebenarnya satira kepada dunia cinta tipu-tipu. 

Filem Companion bagi happy ending tapi ada beberapa persoalan yang tak terjawab dan terlihat dangkal. 

1. Team Production +0.7, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +0.5, 6. Genre +0.5, 7. Themes +0.5, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +0.8, 10. Personal Thought +0.6 = 6.8/10

Pengarah: Robert Ronny 
Penulis Skrip: Ifan Ismail, Robert Ronny, Titien Wattimena
Pelakon:  Reza Rahadian, Sheila Dara Aisha, Bucek Depp, Jihane Almira 
Syarikat Produksi: Paragon Pictures
Pengedar: Netflix
Genre: Romantik 
Durasi Tayangan: 122 minit
Tarikh Tayangan: 14 Februari 2025
Trailer:


Reuben Wiraatmadja (Reza Rahadian) mempunyai masalah untuk beri komitmen dalam sesebuah perhubungan hingga menyebabkan dia menjadi seorang playboy. Ayahnya, Gunadi (Bucek Depp) merupakan pemilik syarikat penerbitan WinTV dan melantik Reuben menjadi produser kepada rancangan realiti The Most Beautiful Girl In The World di mana seorang jejaka akan memilih calon isteri pilihannya melalui peserta yang berjaya ke pusingan akhir. 

Kiara (Sheila Dara Aisha) jelik dengan perangai Reuben tapi terpaksa bertahan untuk mencapai impian menjadi seorang penerbit. Senior dia, Jim (Kevin Julio) adalah kawan baik Reuben dan cadangkan supaya Reuben bekerja dengan Kiara kerana reputasi Kiara bagus sepanjang bekerja di syarikat tersebut. 

Awalnya mereka tak sebulu tapi lama-kelamaan jadi rapat. Kiara membantu Reuben mencari calon isteri menerusi rancangan The Most Beautiful Girl In The World setelah Pak Gunadi meninggal dunia akibat serangan jantung. Reuben dikehendaki mencari calon isteri sekiranya dia ingin mewarisi kesemua harta milik orang tuanya. 

Naskhah romantik The Most Beautiful Girl In The World arahan Robert Ronny menggunakan tema percintaan rakan sekerja antara Reuben dan Kiara. Watak Reuben walaupun playboy tapi tidaklah menjengkelkan sebab dia mempunyai backstory yang kuat. Takut dengan komitmen terlahir dari trauma ditinggalkan oleh ibunya. 

Jalan cerita yang dikarang oleh barisan penulis Ifan Ismail, Robert Ronny dan Titien Wattimena bersifat santai dan mudah dijangka. Namun olahan Robert buatkan naskhah romantik ini mempunyai kekuatannya tersendiri. Filem santai dan sweet macam ni lah yang kita perlukan di malam Valentine’s Day kan? Tak perlu nak buat konflik heavy sangat sebab lonely pada Valentine’s Day pun dah sesuatu yang berat untuk dihadam. 

Filem The Most Beautiful Girl In The World merupakan kolaborasi ketiga antara Reza Rahadian dan Robert Ronny selepas Kapan Kawin (2015) dan Critical Eleven (2017) jadi tak hairanlah kalau Robert kenal benar dengan pelakon utama dia. Macam mana nak serlahkan ketampanan dan hidupkan watak Reuben sebagai produser sepanjang 122 minit. Robert pernah bekerja di syarikat penerbitan TV jadi dia ada material untuk wujudkan suasana dan scenario yang realistic dalam bidang pekerjaan tersebut. 

Memandangkan filem ni filem romantik dan santai, part Reuben dengan Kiara terperangkap dekat pulau tu boleh abaikan je lah logik dia sebab masing-masing nampak cantik dan kemas. Kalau kita dekat sana mungkin dah sememeh teruk. 

Chemistry Reza dan Sheila menyerlah dalam kebanyakan babak bersama mengukuhkan lagi penceritaan The Most Beautiful Girl In The World. Dalam filem ni, yang menjadi mangsa adalah watak Helen (Jihane Almira) bila terpilih sebagai pemenang untuk dijadokan calon isteri Reuben tapi sayangnya, dia terpaksa undur diri lepas Reuben dan Kiara jatuh cinta ketika terperangkap di pulau. 

Tak banyak pun yang Jihane boleh buat dalam watak sampingan yang tak diberikan ruang walaupun watak dia tak ada salah pun. But at least I nak tengok juga Reuben confront dengan Helen ataupun penulis bagi happy ending dekat dia. Buat dia bercinta dengan Jim ke. 

Filem The Most Beautiful Girl In The World lontarkan mesej kecantikan yang subjektif dengan lantang bila watak Reuben ingin mengubah budaya kerja WinTV yang hanya mengejar rating. Apa yang Reuben nak tu betul tapi kalau Pak Gunadi bekerja ikut cara Reuben, mungkin harta dia tak akan sebanyak itu. Kadang produser dah cuba hidangkan program yang bagus tapi selera penonton yang tentukan hala tuju sesebuah program. 

Anyway, a good watch for Reza Rahadian’s fans. I lah tu hiksss

1. Team Production +0.7, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +0.8, 6. Genre +0.5, 7. Themes +0.7, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.6 = 7.5/10

Movie Review | Dhoom Dhaam (2025)


Director: Rishab Seth
Writers: Aarsh Vora, Aditya Dhar
Cast: Yami Gautam Dhar, Pratik Gandhi, Eijaz Khan, Pavitra Sarkar, Babla Kochar
Production Companies: Jio Studios, B62 Studio Production
Distributor: Netflix
Genre: Comedy
Running Time: 108 minutes
Release Date: 14 February 2025
Trailer:


Veer Poddar (Pratik Gandhi) dan Koyal Chadda (Yami Gautam Dhar) dijodohkan melalui aturan keluarga. Mereka berdua sama-sama pemalu dan baik di mata keluarga tapi sebaliknya yang berlaku apabila masing-masing sudah berkahwin. 

Pada malam pertama di hotel, bilik mereka berdua diceroboh oleh dua orang lelaki asing (Eijaz Khan, Pavitra Sarkar) bertanyakan tentang Charlie. Awalnya Veer sangka pakcik Santish dia buat prank tapi bila mereka berdua mula keluarkan pistol, Koyal terpaksa bertindak. 

Koyal dan Veer sempat melarikan diri tapi tak lama kemudian diculik. Ketika bergelut untuk selamatkan diri, Inspektor Sanjay Ribeiro (Mukul Chadda) hubungi Veer dan maklumkan tentang Charlie. Sangkanya Charlie adalah orang yang dikehendaki rupanya USB yang mengandungi maklumat tentang jenayah rompakan duit yang berlaku di hadapan kedai elektronik milik Khushwant Kapoor (Kavin Dave), pakcik Koyal. 

Filem Dhoom Dhaam arahan Rishab Seth menggunakan genre komedi thriller dan pasangan muda yang baru mula mengenali pasangan masing-masing sebagai idea utama. Banyak kejutan yang mereka berdua dapat tahu tentang diri masing-masing. Dalam masa yang sama, banyak juga perkara yang mereka belajar dan bergantung sesama sendiri untuk selesaikan kes. 
Naskhah yang ditayangkan pada Valentine’s Day adalah karya penulisan Aditya Dhar, suami kepada Yami Gautam Dhar. Disebabkan kelebihan yang ada pada Aditya, watak Yami dapat ruang yang bagus untuk berkembang. Kalau sebelum ni, Yami cuma jadi pasu bunga atau watak heroin yang lemah tapi dalam filem Dhoom Dhaam, dia boleh tonjolkan banyak kebolehan sebagai anak perempuan yang rebel dengan kehendak keluarga dan masyarakat. 

Sayangnya bila satu watak menonjol dengan banyak, yang lagi satu pula terlindung. Bukan sebab lakonan tak bagus which surprisingly, filem ni boleh dihadam pun sebab lakonan bagus dari Yami dan Pratik Gandhi. Watak Veer tu sendiri yang kena tone down dengan penulis sampai kita yang tengok rasa kesian. Semua benda dia fobia semata untuk wujudkan elemen komedi pada watak male lead. 

I seronok tengok fresh pairing Bollywood macam Yami dan Pratik, both ada chemistry yang bagus. Rasa masuk dalam dunia Koyal dan Veer bila muncul moment yang convincing enough to watch them as new couple. Macam masa Veer pujuk Koyal supaya tak bercerai ataupun babak Koyal pujuk Veer untuk tengok bunga api. Sinematografi dari Siddharth Vasani berjaya menguatkan penceritaan walaupun berlatarkan sisi kota Mumbai yang biasa. 

Jio Studios dan B62 Studio Production buat keputusan yang tepat bila pilih untuk berikan hak tayangan filem Dhoom Dhaam kepada Netflix sebab filem ni tak lah kelakar atau menghiburkan sangat. Masuk dekat second half makin meleret dan hambar dengan perangai protagonis dan antagonis. 

Dialog yang dimasukkan pun tak menarik dan random. Babak Koyal lashed out dekat Veer pasal feminisme tu macam tibehhhh. Kalau feminist memang kena tunggang arak, berparti setiap malam ke macam mana? Pandangan feminisme dari penulis di Bollywood ni tak berbeza pun dari dulu padahal perjuangan feminisme lebih dari tu. 

Nasib baik lah filem Dhoom Dhaam ni shelved bila Fawad Khan kena balik ke Pakistan gara-gara Pulwama Attack. Kalau tak, confirm Katrina Kaif kena blame tak pandai pilih movie padahal skrip yang lemah. 

Anyway, I suka lagu How Are You yang digubah oleh Clinton Cerejodan Bianca Gomes (Shor Police). Screenplay dalam lagu ni tayang macam mana pasangan yang berkahwin kerana aturan keluarga berkenalan sebelum keliling api 7 kali di atas mandap. Lagu Haseeno pun fun. Silsila dari Arijit Singh dan Jonita Gandhi mewujudkan momen melo antara Veer dan Koyal. 



Wardrobe team dalam filem Dhoom Dhaam did their best. I suka tengok Pratik dalam sherwani suit masa sangeet. Yami nampak berseri masa pakai lehenga nude dekat butik. Wedding diorang simple tapi cantik. Kalau ada lagi project untuk Yami dan Pratik nanti, I harap romantic drama atau rom-com sebab diorang comel. 

1. Team Production +0.6, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +0.7, 6. Genre +0.4, 7. Themes +0.6, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +0.5, 10. Personal Thought +0.6 = 6.4/10

Blog Performance March 2025


Selamat Hari Raya Aidilfitri semua! 

Kalau dah namanya raya, memang tak sempat lah nak update blog padahal ada je bawak balik laptop ke Sabak. Sempat buka laptop dua kali je itupun untuk tengok drama Korea sambil lipat baju yang menimbun dekat rumah. Plan nak update blog cukupkan entri pun terkubur. Ada effort dah nak update guna mobile apps tapi setengah je la mampu lepastu dok kalut dengan benda lain terus hilang fokus lepastu lupa. Know know April dah. 

1. PV


Pageviews bulan Mac meningkat sikit dari bulan February 2025 dengan pertambahan 600,000 views sebab entry perencah sup daging Adabi naik secara tiba-tiba padahal KA ataupun Che Sayang takde pula guna produk tu. Mungkin ada tapi I terlepas pandang tapi entry tu tak pasti lah membantu yang mencari ke tak sebab tak sembang banyak pun dalam tu. 

Dari awal tahun dah perasan memang views naik mendadak sampai views bulanan jadi tinggi, jauh berbeza dengan tahun lepas. Bila sembang dengan blogger otai rupanya sebab ChatGPT crawl entry blog sebagai rujukan utama. Bila check balik memang kebanyakan entry ada dekat first page terutamanya entry movie review filem Indonesia dan filem Hindi. 

2. Posts


Kalau sebelum ni entry Lirik Lagu Nurcinta ada dekat Top 3 Popular Post, bulan lepas entry review Sky Force mencanak naik sampai 8 ribu views. Sebab review tu naik tinggi, audience dari negara India di tangga keempat lepas Malaysia, Indonesia dan Singapura. Tak pasti lah kenapa, nak kata ada cakap benda yang controversial pun tak juga dalam tu. I puji je filem tu best hshshs

Ada satu masa tu entry review filem Indonesia penuh dalam Popular Post even entry yang lama pun naik balik. Thanks to ChatGPT lah sebab naikkan balik Blogger yang orang ingat dah terkubur padahal tenggelam sebab Google prioritize produk Meta dulu. 

3. Bilangan Entri
Rasanya bilangan entri wajib dah boleh tukar kepada 30 entri sebulan sebab nak elakkan stress setiap kali update report card. Dah cuba cari masa pun tak mampu nak update sebab sekarang makin bertambah kerja. Sekarang dah kena appoint jadi Head of Social Media firm pulak padahal kerja Cosec pun tak terkejar nak siapkan. Event pun dah semakin rancak sampai ada yang kena tolak sebab jauh dari office atau rumah. 

Haritu sembang dengan Blogger Kak Fuzy, dia kata muda ni kena pulun tapi rasanya dah pulun dah sebelum ni. Selagi tak kahwin, kita pulun lah tang ni. Nanti dah kahwin, ada anak bagai semua benda ni kita tolak tepi. Bila nak kahwin tu jangan tanya sebab tak ada calon lagi hshshs kbai Selamat Hari Raya semua. Berhati-hati di jalan raya dan beraya. Terima kasih yang datang berkunjung ke sini, lots of love, xoxo!