PERDANA MENTERI MELANCARKAN PERASMIAN ‘ALAMANDA BERWAJAH BAHARU’ BERNILAI RM100 JUTA

Monday, 24 February 2025

PERDANA MENTERI MELANCARKAN PERASMIAN ‘ALAMANDA BERWAJAH BAHARU’ BERNILAI RM100 JUTA | Lebih besar, lebih baik dan lebih menarik – pusat beli-belah ikonik memperkenalkan Escape Putrajaya pertama di kawasan ini, serta pengalaman runcit dan gaya hidup yang dipertingkatkan!

Alamanda Shopping Centre, yang diuruskan oleh Suria KLCC Sdn Bhd, telah melancarkan penjenamaan semulanya yang berwajah baharu dengan pelaburan bernilai RM100 juta daripada Putrajaya Holdings Sdn Bhd.

Majlis ini telah dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang menekankan kepentingannya sebagai nadi utama dalam landskap runcit dan gaya hidup Putrajaya. Sebagai mercu tanda yang dihargai di Putrajaya, penjenamaan semula Alamanda menandakan langkah ke hadapan bagi bandar ini, mewujudkan hab yang lebih meriah untuk komuniti setempat dan pelawat.

Beliau turut menyebut tentang kerjasama antara Putrajaya Holdings dan kerajaan, yang telah memperkenalkan Kiosk Sentuhan Madani pertama di negara ini di Alamanda, membolehkan orang ramai melakukan transaksi digital dengan jabatan kerajaan terpilih di luar waktu operasi. Majlis ini turut dihadiri oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr. Zaliha Mustafa.

Penjenamaan semula ini, yang bermula pada 20 Jun 2023, menandakan perubahan besar pertama sejak penubuhan pusat beli-belah ini pada tahun 2004.

Pengalaman Baharu di Alamanda

Terletak di pusat transformasi ini ialah Escape Putrajaya yang serba baharu di Esplanade – taman pengembaraan luar seluas 151,548 kaki persegi yang dibangunkan dengan kerjasama Sim Leisure Group Ltd. Direka untuk menggabungkan elemen pengembaraan dan alam semula jadi, ia menjanjikan pengalaman yang mengujakan untuk setiap lapisan masyarakat.

Bagi meningkatkan lagi penawaran hiburan, Alamanda kini menampilkan 10 ruang pawagam TGV Cinemas yang mesra keluarga serta pusat boling U-Bowl X yang diperluas dengan 26 lorong, menawarkan lebih keseronokan kepada pengunjung.

Transformasi ini juga memperkenalkan peningkatan 27% dalam Kawasan Bersih Boleh Disewa (NLA) seluas 199,000 kaki persegi, termasuk Escape Putrajaya. Selari dengan tagline Alamanda, "Easy, Vibrant Shopping", pusat beli-belah ini menyambut kehadiran 29 kedai baharu, dengan lebih banyak lagi bakal dibuka!

Ruang Baharu yang Lebih Elegan dan Mesra Pengunjung

Susun atur baharu Alamanda direka untuk menyesuaikan pengalaman membeli-belah dan riadah dengan perubahan demografi Putrajaya. Pusat beli-belah ini kini tampil dengan rupa lebih moden, menampilkan lantai marmar yang elegan, balustrad kaca, dan pegangan tangan keluli tahan karat.

Selain itu, Plaza dan fasad baharu Alamanda kini disepadukan dengan landskap moden yang menghubungkan pengunjung dengan pengalaman runcit yang lebih menarik. Di bahagian luar, landskap seluas 60,000 kaki persegi menampilkan rumput menghijau yang menghadap tasik, tempat duduk binaan yang dihiasi spesies tumbuhan tempatan, serta dek yang diperbuat daripada bahan mampan.

Manakala, Esplanade baharu Alamanda dilengkapi kipas HVLS (High Volume Low Speed) untuk kawalan suhu yang optimum, memberikan pengalaman makan luar yang lebih selesa sambil menikmati suasana Escape Putrajaya.

Bagi memenuhi peningkatan jumlah pengunjung, aliran trafik parkir telah dioptimumkan, memastikan pengalaman membeli-belah yang lancar dan mudah untuk semua.

Aktiviti Pelancaran & Komitmen Alamanda kepada Komuniti

Bersempena dengan pelancaran ini, Pertandingan Mewarna ASEAN telah diadakan pada 22 dan 23 Februari, manakala Pertandingan Catur Pantas Alamanda berlangsung pada 23 Februari. Kedua-dua acara pelajar ini mencerminkan komitmen Alamanda terhadap keterlibatan komuniti, menyatukan ASEAN sambil menampilkan bakat muda.

Turut hadir dalam majlis pelancaran ialah Ketua Pegawai Eksekutif Putrajaya Holdings Sdn Bhd, Dato’ Ir. Ts. Izwan Hasli Mohd Ibrahim. Beliau berkata, "Lebih 30 tahun yang lalu, Putrajaya Holdings telah membayangkan dan membangunkan Putrajaya bukan sekadar dari segi infrastruktur, tetapi dengan mewujudkan ruang yang memperkayakan komuniti. Penjenamaan semula Alamanda adalah langkah tepat ke hadapan dalam pembangunan yang lebih berasaskan tujuan, yang bukan sahaja memacu pertumbuhan tetapi juga memberi manfaat jangka panjang kepada komuniti di Putrajaya dan seterusnya.”

Ketua Pegawai Eksekutif Suria KLCC Sdn Bhd, Francis Tan, turut berkongsi, "Alamanda Shopping Centre bukan sekadar ruang runcit; ia adalah mercu tanda komuniti di mana keluarga, rakan-rakan, dan jiran tetangga berkumpul. Penjenamaan semula ini menaik taraf Alamanda menjadi destinasi gaya hidup yang lebih meriah, menggabungkan elemen runcit moden, kulinari, dan hiburan dengan ruang yang direka khas untuk memenuhi keperluan pelbagai lapisan masyarakat Putrajaya. Dengan penambahan baharu ini, Alamanda kini bersedia menetapkan penanda aras baharu dalam dunia ‘retailtainment’.”

Kemudahan Digital dan Sokongan Kesedaran Kesihatan Mental

Sebagai sebahagian daripada penambahbaikan, pengunjung kini boleh mengucapkan selamat tinggal kepada baucar fizikal, kerana Alamanda memperkenalkan e-Voucher sebagai alternatif mesra alam. Akan datang di laman web Alamanda, e-Voucher ini adalah hadiah yang sempurna untuk apa jua acara.

Sementara itu, ”Alamanda Green Ribbon Pin” menyokong kesedaran kesihatan mental. Boleh didapati di kaunter Concierge, setiap pembelian pin ini akan menyumbang RM10 kepada NGO terpilih.

Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini, layari www.alamanda.com.my / www.facebook.com/AlamandaShoppingCentre

**************************************

Mengenai Alamanda Shopping Centre

Alamanda Shopping Centre, dimiliki oleh Putrajaya Holdings Sdn Bhd dan diuruskan oleh Suria KLCC Sdn Bhd, mempunyai keluasan lantai kasar 1,056,000 kaki persegi dengan keluasan boleh disewa bersih 921,443 kaki persegi. Dengan kira-kira 12 juta pengunjung setiap tahun, pusat beli- belah ini menawarkan pelbagai kemudahan termasuk dua bangunan parkir khas (3,000 petak parkir), kemudahan mesra OKU, dan surau. Direka sebagai syurga membeli-belah di tengah-tengah Putrajaya, Alamanda menyajikan pengalaman ‘Easy, Vibrant Shopping’.

Selain runcit, Alamanda juga merupakan pusat gaya hidup dan hiburan yang dinamik. Tarikan terbaru, Escape Putrajaya di Esplanade, adalah taman pengembaraan luar seluas 151,548 kaki persegi yang dibangunkan dengan kerjasama Sim Leisure Group Ltd. Direka untuk menggabungkan elemen pengembaraan dan alam semula jadi, taman ini menawarkan pengalaman yang mengujakan dengan tarikan seperti Zip Coaster, Flying Lemur, Banana Flip, Slingshot, Coco Climb, dan banyak lagi. Ia menjanjikan pengalaman yang tidak dapat dilupakan.

Bagi meningkatkan lagi pengalaman hiburan, Alamanda kini menampilkan 10 ruang pawagam TGV Cinemas yang mesra keluarga serta pusat boling U-Bowl X yang diperluas dengan 26 lorong, menawarkan lebih keseronokan kepada pengunjung. 

Dengan Centre Court yang luas di bawah siling berkubah kaca yang menakjubkan, Alamanda menjadi lokasi ideal untuk pelbagai acara, menarik minat pengunjung serta bakal penyewa. Reka bentuknya yang mesra keluarga turut dilengkapi travelator untuk memudahkan pergerakan stroller dan kerusi roda, akses runcit yang lancar, serta susun atur dua tingkat yang unik bagi memastikan aliran pengunjung yang lebih selesa.

Movie Review | Mission: Possible (2021)

Saturday, 22 February 2025


Director: Kim Hyung-joo
Writer: Kim Hyung-joo
Cast: Lee Sun-bin, Kim Young-kwang, Oh Dae-hwan, Kim Tae-hoon, Seo Hyun-chul, Choi Byung-mo
Production Company: Gnosis Company
Distributor: Merry Christmas Co. Ltd.
Genre: Action / Comedy
Running Time: minutes
Release Date: 17 February 2021
Trailer:


Selalunya kita tengok filem ejen perisik dengan misi-misi yang mustahil tapi dalam filem arahan Kim Hyung-joo terbitan Gnosis Company memaparkan kisah ejen perisik bernama Yoo Da-hee (Lee Sun-Bin) dihantar ke Korea Selatan untuk mati. Sebab tu tajuk dia Mission: Possible. 

Arahan ketua dia tak lah direct macam tu tapi tak ada pun yang peduli kalau misi perisikan dia gagal sebab memang dia jadi kambing hitam tanpa dia sedar. Di sana, Da-hee perlu bertemu dengan ejen perisik Korea dan Woo Soo-han (Kim Young-kwang) tanpa sengaja mengisi posisi tersebut. Soo-han mempunyai agensi perisikan sendiri yang sepatutnya memburu kes tapi sebaliknya dia diburu landlord gara-gara sewa tertunggak lama. 


Dengan mudah dia membantu Da-Hee kerana dia mempunyai kenalan yang boleh membantu dalam misi menghalang penjualan SI Chem, hasil bumi yang jarang dijumpai dan berbahaya yang diimport dari China. Tambahan pula, Soo-han terdesak memerlukan duit untuk membayar semua hutangnya. Mereka berdua pergi ke kelas tarian salsa untuk duplicate phone kepunyaan Park Du-sik, importer SI Chem ke Korea. 

Misi mereka gagal dan sebaik sahaja Du-sik mendapat panggilan, dia dibunuh. Soo-han cadangkan supaya berjumpa dengan rakannya yang bekerja sebagai bomoh untuk menjejak organisasi lain yang terlibat dengan SI Chem. Dari satu nama ke satu nama yang lainnya lalu membawa kepada organisasi besar yang agak mustahil untuk mereka berdua atasi.


Naskhah aksi komedi Mission: Possible diadaptasikan dari siri popular Mission: Impossible arahan Bruce Geller di US. Siri tu ada 7 season jadi tak pasti lah kalau Mission: Possible ni akan ada sekuel atau prekuel lepas pengarah dedahkan identiti sebenar watak utama. 

Kekuatan Mission: Possible terletak pada kekuatan lakonan Lee Sun-bin dan Kim Young-kwang sebagai ejen perisik baru dan juga penyiasat peribadi yang ditugaskan untuk kes-kes kecil seperti anjing hilang. Chemistry Sun-bin dan Young-kwang buatkan perbualan atau pergaduhan biasa terlihat kelakar walaupun ada beberapa babak yang cliché untuk filem komedi. 


Dulu pernah tengok lakonan Kim Young-kwang dalam filem On Your Wedding Day (2018) tapi dah lama sangat sampai terlupa kewujudan dia. Kadang-kadang male lead nampak macam Kwangsoo, kadang macam Jae-rim. 

Komedi yang dimasukkan menghiburkan dari awal filem hingga ke hujung sampai sakit perut tengok gelagat dua perisik berbeza negara ni. Ada lawak yang unexpected so it kinda caught you off guard ditambah dengan ekspresi muka masing-masing. Macam babak Da-hee terminum jus botol yang dah expired, reaction Soo-han lawak sebab dia macam pernah experience benda yang sama sebelum ni. Ada juga reference Red Velvet dalam filem Mission: Possible so untuk non-fans I memang tak faham apa simbolik atau impak kepada jalan cerita tapi tak lah banyak sangat sampai menganggu momentum tu. 


Stunt yang dimasukkan pun seronok untuk dilayan dari fighting wrecklessly dekat dapur hotel, close combat ataupun menggunakan senjata. Bila tahu siapa sebenarnya Soo-han, makin seronok tengok babak klimaks sebab watak dia memang pakar dengan close combats. Masa knife fighting tu mantap lah camera works dari Nam Hyeon-u sebab paparkan babak tu dengan cemerlang dan guna skills yang boleh enhance visuals supaya kita hook dengan babak pertarungan tersebut. 

Kim Young-kwang pula sesuai dengan karakter Soo-han sebab fizikal badan dia yang tegap dan sasa jadi nampak meyakinkan lah bila dia cuba ugut polis untuk lari keluar dari balai. Walaupun dekat first half dia cuba untuk berlakon pathetic tapi dah boleh agak ada backstory untuk watak utama. Sebab tu lah juga jalan cerita filem ni masuk dalam kategori cliché.  


Kalau belum layan filem Mission: Possible, boleh masuk dalam list sebab filem ni menghiburkan untuk tontonan santai di hari minggu. 

1. Team Production +0.7, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +0.8, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.8, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.7 = 8.8/10

ASTRO SHAW PERKENAL FILEM BERGENRE ‘BATTLE ROYALE’ PERTAMA DI MALAYSIA BERJUDUL ‘WANTUGO’

Friday, 21 February 2025

ASTRO SHAW PERKENAL FILEM BERGENRE ‘BATTLE ROYALE’ PERTAMA DI MALAYSIA BERJUDUL ‘WANTUGO’ | ‘Gandingan Pelakon Popular, Zul Ariffin, Sein Qudsi, Meerqeen, Elizabeth Tan, Sky Iskandar, Daiyan Trisha, Nia Atasha, Yusof Hashim & Arfie Shah’

Astro Shaw bakal mempersembahkan filem terbaru bertajuk WANTUGO dan dijangka menemui penonton penghujung tahun ini. Menariknya, Wantugo merupakan filem pertama Malaysia yang membawakan genre ‘Battle Royale’ dan membariskan deretan pelakon terkenal tanah air seperti, Zul Ariffin, Sein Qudsi, Meerqeen, Sky Iskandar, Daiyan Trisha, Elizabeth Tan, Nia Atasha, Yusof Hashim (Ucop), Arfie Shah dan ramai lagi. 

Genre ini mempersembahkan sekumpulan individu yang diletakkan dalam satu persekitaran dan dipaksa bertarung antara satu sama lain untuk kekal selamat.  

Filem ini diarahkan oleh Nurhanisham Muhammad atau dikenali sebagai Labu, yang terdahulu mengarahkan drama premium X-Change, dan skrip oleh Ashraf Modee Zain. Manakala filem ini diterbitkan Astro Shaw dan produksi oleh Infinitus Productions Sdn Bhd. 

Menurut Penerbit Eksekutif Wantugo merangkap Ketua Astro Shaw, Raja Jastina Raja Arshad berkata, “Wantugo ialah sebuah filem survival thriller yang penuh dengan teka-teki menguji psikologi dan moral, seterusnya mendorong ke situasi di mana setiap pilihan mungkin akan menjadi pilihan hidup yang terakhir. Ini adalah kali pertama Astro Shaw memperkenalkan filem tempatan dengan genre ‘Battle Royale’ kepada penonton Malaysia dan rasa amat teruja bekerjasama Infinitus Entertainment dan pengarah Nurhanisham Muhammad (Labu) dan penulis dari Astro Shaw iaitu Ashraf Modee Zain dalam menjayakan Wantugo. 

Bagi menambahkan lagi keterujaan kepada penonton, kami akan membawa pengalaman filem ini melangkaui layar, di mana penonton turut dapat merasai sebahagian daripada permainan dalam filem ini. Pelbagai inisiatif menarik untuk membawa filem ini dekat kepada penonton, jadi nantikan”. 

Wantugo mengisahkan Zak dan ‘The Clique’ tiba di sebuah taman tema yang terbiar dan telah berjumpa dengan ‘Game Master’ yang menerangkan kepada mereka tentang 3 pusingan permainan maut. Zak dan rakannya sedar yang permainan ini mengingatkan mereka tentang kejadian lalu yang melibatkan rakan kolej mereka Luqman. Keadaan menjadi tegang antara ‘The Clique’ apabila mereka saling menyalahkan satu sama lain.

Nantikan filem Wantugo yang akan temui penonton di pawagam pada penghujung tahun. Gunakan #Wantugo di platform media sosial dan ikuti perkembangan terkini filem Wantugo di akaun Facebook, Instagram, X, Tiktok Astro Shaw. 

Drama Review | Single’s Inferno Season 4 (2025)

Wednesday, 19 February 2025


Directors: Kim Jae-won, Kim Na-hyun
Writers: Ji Hyun-suk, Lee Jung-hwa
Presenters: Hong Jin-kyung, Lee Da-hee, Cho Kyu-hyun, Hanhae, Dex
Contestants: Lee Si-an, Chung You-jin, Kim Min-seol, Bae Ji-yeon, Kim Hye-jin, Kim A-rin, Park Hae-lin, Kim Tae-hwan, Kook Dong-ho, Tae-oh "Theo" Jang, Kim Jeong-su, Yuk Jun-seo, An Jong-hoon
Production Company: Sijak Company
Distributor: Netflix
Genre: Reality television, Dating show, Variety show
Running Episodes: 12 episodes (57–82 minutes per episode)
Release Date: 14 January 2025 – 11 February 2025
Trailer:


Bila masuk tahun baru, program yang menjadi perhatian ramai haruslah Single’s Inferno yang menjadi tempat mencari cinta (dibaca mencuci mata). Musim keempat kembali dengan barisan peserta yang cantik dan jejaka hot. Dalam musim 4, kebanyakan peserta perempuan lebih kurang sama muka sampaikan episod-episod awal susah nak beza yang mana satu. 

Anehnya musim keempat tak ada sesi bonding masa memasak sebab makanan disediakan oleh pihak production. Makanan pun boleh tahan sedap nak dibandingkan dengan tiga episod yang lepas. Dalam musim ni semua kekal cantik selama seminggu dekat Inferno padahal peserta dalam musim-musim lepas ada perubahan fizikal bila stuck di pulau tanpa handphone dan makanan sedap. 

Bila tak ada sesi memasak, tak banyak aktiviti yang boleh grow connection sesama peserta sampaikan jadi bosan tengok aktivti semua peserta ialah berbual. Dekat Inferno menyembang, pergi dekat Paradise menyembang lagi. 

Screentime dari pihak production pun bias sebab screentime lebih banyak dekat peserta paling popular – Lee Si-an. Dia memang lah cantik tapi kalau setiap episod nak tengok dia keliru nak pilih siapa, rasa menyampah pula nak dengar sebab tak ada depth langsung. Kalau pakai akal waras, dengan mudah dia dapat jawapan tapi dia tetap dengan kata hati yang mudah berbolak-balik. 

Bila ada peserta yang terlebih dapat screentime, haruslah ada yang terkurang macam You-jin dan Theo. Bias sangat bila production ambil shot You-jin naik buaian dari belakang sampai nampak macam dia naik hantu padahal bila Si-an main buaian, elok je ambil shot penuh dan murni. Tak pasti lah kalau Netflix atau produser ada favorite spot dekat Si-an atau memang sengaja nak naikkan populariti bekas K-pop idol ni tapi apa pun strategi diorang, it sucks sebab musim 4 jadi musim paling bosan dalam sejarah Single’s Inferno ditayangkan. 

Sama macam dalam Single’s Inferno Season 2 (2022), Dex suka dengan Bae Ji-yeon sebab paras rupa mirip dengan Sana TWICE. Masa dia jadi peserta, dia tertarik dengan Nadine yang cantik, tan skin dan bijak. Karakter Bae Ji-yeon tak lari jauh pun dari Nadine so nampak sweet lah bila Dex bagi perhatian lebih dekat peserta tu. Tak pasti lah dia betul-betul suka ataupun gimik semata but it just awwdorable to watch the parallel. Dalam interview, Theo ada bagitahu yang dia suka dengan Nadine dan kalau both of them serasi, entah-entah boleh bercinta dan sailang peluang Dex yang masih selesa keep options open. 
 
Sama macam kes You-jin juga bila Bae Ji-yeon terpaksa tidur seorang diri di kabin bila semua peserta yang lain pergi ke Paradise. Merepek lah production tak bawa Bae Ji-yeon ke pulau kedua sedangkan dia boleh guna masa yang ada tu dengan berkenalan bersama peserta-peserta lain. Kalau nak bagi treatment yang berbeza sebab warna kulit peserta then buat apa bagi peserta yang tak ikut standard Korean beauty join dating show ni? Tak faham. 

Sebelum ni dalam review Single’s Inferno Season 3 (2024), I ada cakap yang Ha-jeong akan gantikan tempat Dex di kerusi panelis tapi malangnya perkara tu tak berlaku. Tak pasti kenapa Ha-jeong bagi hint macam tu sampai semua orang membadut tak sudah. Panelis masih lagi sama dengan musim ketiga tapi diorang pun tak banyak dapat ulas sebab tak banyak aktiviti. 

But still, they did their job well. Kelakar masa Hong Jin-kyung bayangkan Cha Eun-woo, Byeon Woon-sok dengan Park Bo-gum cakap suka dia pada masa yang sama sampai tak tahu nak pilih mana satu. Masalahnya, pilihan Si-an tu 1 green flag dengan dua red flag jadi mana sama dengan 3 green flag datang confess.  Dalam musim ni Lee Da-hee tanpa sengaja bagitahu ideal type dia and I was like ehhh sama hshshs

My personal favorite couple dalam musim 4 ialah Wangsimi Couple sebab jadi contoh kepada bila masa tepat, akan berjumpa dengan jodoh di tempat yang tepat. Bayangkan bekerja dekat tempat sama, tinggal di kawasan yang sama tapi tak pernah berjumpa pun. Masuk dalam program Single’s Inferno baru tahu masing-masing dekat sangat selama ni. Walaupun jadi pilihan ramai sebab green flag tapi lelaki tu tak berubah hati pun dengan pilihan dia. 

Sama juga dengan Ahn Jong-hoon bila dia jatuh hati dengan peserta wanita yang cantik di mata dia. Tak payah ada banyak waktu bersama pun sebab ada assurance yang cukup kuat dan tak buat partner diorang insecure pun bila terpaksa spend time dengan peserta lain dekat Paradise. 

Seronok juga tengok brotherhood Tae-hwan, Theo dengan Dong-ho dalam musim ni sebab care with each other. Tapi macam tak faham juga kenapa Tae-hwan boleh geng dengan dua peserta ni sebab dia sejenis me, myself and I punya orang. 

Peserta perempuan macam A-rin, Ji-yeon, Hye-jin dan Min-seol pun sweet juga sebab back-up each other. Yang lain okay juga tapi these 4 tak lah beria nak sailang partner orang. Kalau ada okay lah, kalau tak ada tu sedih juga tapi chill je habiskan masa dekat Inferno. 

Masa tengok Episod 1, I menyampah dengan Hye-jin sebab dia macam bitchy tapi dia baik je sebenarnya. Lee Si-an yang nampak murni tapi uggghhh. Sesuai lah dengan peserta dia pilih di episod 12 tu sebab perangai sama. Menyampah juga tengok Hae-lin sebab bangga boleh buat lelaki susah nak buat pilihan. Of course program ni bergantung kepada kebolehan peserta sampai tempoh masa tamat tapi tak perlu lah nak sakit hati dengan pilihan orang. Ada kamera pun tak boleh sorok perangai busuk hati dan penyondol tu. Happy musim 4 dah habis so boleh look forward kepada program dating akan datang di Netflix. 

1. Team Production +0.6, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.4, 5. Casting +0.7, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.4, 9. Social Message +0.6, 10. Personal Thought +0.4 = 6.9/10

Masa balik Sabak Bernam haritu ternampak banner Pasar Karat Pak Ma'on dekat area Pengkalan Sabak. Start dari jam 12 tengah malam sampai 1.00 tengahari. Kitorang melencong kejap pergi sini sebelum pergi kenduri dekat Dewan Tun Razak sebab nak tengok apa ada dijual dekat Pasar Karat Pak Ma'on ni. 

Rasanya ni aktiviti baru dekat Pekan Sabak tapi start bila tu tak pasti la pulak. Area Pasar Karat Pak Ma'on ni dekat bahagian belakang Pasar Basah Sabak Bernam. Dah hujung waktu ni, ada banyak je parking dekat situ. Lepas park kereta ternampak pula Pasar Marjina. Macam menarik jugak sebab interior ala-ala zaman klasik Melayu. 

Tapi Pasar Marjina ni buka waktu malam minggu keempat setiap bulan. Sebulan sekali je wujudnya 😔, kalau ada rezeki lah cerita pasal Pasar Marjina tu. Kalau tak ada, tengok je lah dekat TikTok. 



Dekat sini ada banyak barang antik dan preloved dijual. Seronok tengok barang-barang lama masa zaman kecik dulu. Ada seterika arang, set teko tembaga, kasut boot kulit, bag kulit, barang perhiasan dan banyak lagi lah. 






I tertarik dengan dulang tembaga tu tapi harga dia menarik jugak 😅 







Telefon bimbit Nokia 3310 dah jadi barang antik dah sekarang. Tak tertanya pula berapa harga peniaga tu jual. Dekat Pasar Karat Pak Ma'on ni ada peniaga yang letak terus tanda harga, ada yang tak letak. 


Keris, pisau dan parang yang pakcik ni jual cantik belaka, masa dia buka sarung tunjuk bilah pilau tu, mata pisau tajam berkilat. Takut nak pegang sebab sejenis clumsy. Takut pula terluka jari ke apa. Pisau yang dia tunjuk masa tu saiz kecil tapi harga dah RM220, ada yang besar tu harga dia sampai RM800 lebih. Saya bukan target market pakcik 😅

👴: Dik nak beli pisau ke? Mari tengok mata dia ni
👩: Eh takpe takpe, saja tengok-tengok. 
👴: Ni nak pergi kenduri ke?
👩: Ha'ah ada kenduri dekat Dewan Tun Razak tu. 
👴: Oh ye ke... Kenduri kamu bila? Dah ada yang punya dah?
👲: Amboi jual minyak ke tu?







Masa kitorang pergi Pasar Karat Pak Ma'on ni ada satu group tengah rakam dan interview peniaga dekat sini. Ingatkan Ray ERA rupanya bukan dia. Lepas habis belek kitorang pergi ke kenduri sebab mak dah call tanya dekat mana. Masa cerita pasal Pasar Karat Pak Ma'on ni, mak bagitahu dia dah menyinggah dah masa beli ikan dekat pasar. Dia beli kayu tongkat dekat sini sebab nak guna masa hiking nanti. Kalau yang menyinggah ke Pekan Sabak, boleh lah singgah sini cuci mata. Mana tahu ada yang berkenan. 

‘Assalamualaikum RaRa 2025’ Anjuran Astro Menarik Lebih 10 Ribu Pengunjung di Negeri Sembilan, Kedah & Kelantan | Kehadiran Ramadan disambut ‘Meriah Lain Macam’ bersama barisan artis dan komuniti setempat

Astro, syarikat peneraju hiburan dan media terkemuka Malaysia, menyambut kehadiran bulan Ramadan dengan penganjuran ‘Assalamualaikum RaRa 2025’ di tiga buah lokasi iaitu Masjid Sri Sendayan (Negeri Sembilan), Masjid Murtadha Dakwah Centre MADAD (Kedah) dan Masjid Sultan Ismail Petra (Kelantan) dari 1 Februari hingga 14 Februari.

Acara ini dimeriahkan oleh lebih 10 ribu pengunjung di ketiga-tiga lokasi bersama barisan selebriti, personaliti radio, rakan media dan juga komuniti setempat untuk mengimarahkan persekitaran masjid serta menjalinkan ukhuwah sesama masyarakat.

Enam duta Ramadan Raya Astro pada tahun ini, termasuk duta Astro Oasis turut memeriahkan setiap lokasi dengan memperkenalkan lebih 70 kandungan baharu yang bakal ditayangkan di Astro sepanjang Ramadan ini menerusi platform televisyen, digital dan radio.

Dengan bertemakan ‘Meriah Lain Macam’ pada edisi Ramadan Raya pada tahun ini, Astro mengambil inisiatif untuk melakukan aktiviti yang mampu merapatkan ikatan persaudaraan sesama masyarakat Islam. Antara aktiviti yang telah berlangsung di setiap lokasi termasuk agihan makanan kepada komuniti setempat, sesi ramah mesra bersama barisan selebriti yang hadir, pertandingan mewarna, tulisan khat, memanah, cabutan bertuah serta persembahan-persembahan daripada penyanyi jemputan.

Jelajah ‘Assalamualaikum RaRa 2025’ telah berlangsung selama tiga hari iaitu di Negeri Sembilan, Kedah dan Kelantan dengan keunikan negeri maisng-masing. Antaranya:

Masjid Sri Sendayan (Negeri Sembilan)

Lokasi pertama jelajah ‘Assalamualaikum RaRa 2025’ menyaksikan hampir 3 ribu pengunjung hadir mengimarahkan masjid dengan pelbagai aktiviti berteraskan tradisi dan budaya. Acara ini menghimpunkan barisan selebriti popular termasuk Sherry Alhadad, Zizan Razak, Nadhir Nasar dan Meerqeen selaku duta Ramadan Raya Astro 2025, bersama Keanu Azman, Azqa Aziz dan Jay Iskandar dalam aktiviti merewang dan ‘Mantai Bersama-sama’ bersama para pengunjung.

Kemeriahan diteruskan dengan persembahan istimewa daripada Mawi dan kumpulan UNIC, yang menyajikan lagu-lagu bermakna berkonsepkan ketuhanan. Acara ini turut dimeriahkan dengan kehadiran Pengerusi Astro, Tunku Besar Seri Menanti, Tunku Ali Redhauddin Ibni Tuanku Muhriz, yang beramah mesra bersama pengunjung, menjadikan jelajah ini satu pengalaman bermakna dan penuh ukhuwah.

Murtadha Dakwah Centre (MADAD, Kedah)

Lokasi kedua jelajah ‘Assalamualaikum RaRa 2025’ membawa kemeriahan ke Kedah untuk ‘Berkongsi Rezeki’ bersama hampir 8 ribu pengunjung dan penduduk setempat. Kehadiran duta utama— Meerqeen, Mierul Aiman, dan Zizan Razak—bersama bintang baharu Hero Remaja 2024, Aiman

Ameer dan Jay Iskandar, menjadi tarikan utama dalam mempromosikan kandungan istimewa Astro sepanjang Ramadan sehingga dikunjungi para peminat daripada negeri-negeri sekitar seperti Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor dan Kuala Lumpur. Selain aktiviti agihan bubur lambuk kepada komuniti setempat, pengunjung turut dihiburkan dengan persembahan lagu-lagu berunsur kerohanian oleh Putera Muhammad dan Rabbani.

Acara ini turut menampilkan rakaman eksklusif ‘Tazkirah Malam Jumaat’, yang dihadiri oleh Alif Satar dan barisan pendakwah terkenal seperti Ustaz Fakhrul Radhi, Ustaz Syed Norhisyam Tuan Padang, Ustaz Rozie Rejab dan PU Amin. Selain itu, program ‘Assalamualaikum RaRa 2025’ di Kedah dimeriahkan oleh pengacara Anas Tahir dan Faizal Ismail, serta sesi ‘Meet & Greet’ bersama watak kegemaran kanak-kanak, Didi & Friends serta Omar & Hana. Jelajah ini bukan sahaja menghidupkan semangat Ramadan, tetapi juga mengeratkan ukhuwah dengan gabungan hiburan, keindahan Islam dan kemeriahan komuniti.

Masjid Sultan Ismail Petra (Kelantan)

Jelajah ini melabuhkan tirainya di Kelantan dengan aktiviti istimewa ‘Battle KAFA: Geng D.U.I.T Challenge’, yang mengangkat konsep kebersamaan dan keluarga. Pertandingan ini menguji kanak-kanak dengan soalan berkaitan Perkara Asas Fardhu Ain, termasuk ibadah, Al-Quran, sirah dan hafazan, di mana empat pasukan bersaing merebut gelaran juara KAFA Cup. Selain itu, pertandingan ini turut membawa pengunjung menyelami kisah menarik membawa pengunjung menyelami kisah menarik siri terbaharu Astro, Geng D.U.I.T, yang bakal ditayangkan sepanjang Ramadan ini.

Acara ini turut dimeriahkan dengan kehadiran duta Ramadan Raya Astro 2025 iaitu Zizan Razak, serta selebriti terkenal seperti Qasrina Karim, Aiman Ameer, Jay Iskandar, Azri Safix dan Mikael Noah. Alumni Gegar Vaganza 11, Fairuz Selamat, turut menyumbangkan persembahan istimewa di masjid, menjadikan program ini lebih bermakna bagi masyarakat setempat. Lokasi terakhir jelajah ‘Assalamualaikum RaRa 2025’ menyaksikan hampir 2 ribu pengunjung hadir memberi sokongan.

Inisiatif Astro Kasih

Sebagai sebahagian daripada komitmen tanggungjawab sosial korporatnya, Astro Kasih menyalurkan bantuan kepada komuniti yang memerlukan menerusi program kebajikannya. Sebanyak 300 pek prihatin yang mengandungi barangan keperluan asas seperti beras, minyak masak, gula, dan kurma diagihkan di tiga lokasi jelajah—Negeri Sembilan, Kedah, dan Kelantan—bagi meringankan beban golongan yang kurang berkemampuan, khususnya menjelang Ramadan.

Selain itu, dalam usaha menyokong pendidikan anak-anak daripada keluarga yang kurang berkemampuan, Astro Kasih turut menyumbangkan 300 beg sekolah kepada Yayasan Munarah menerusi program ‘Kembali ke Sekolah’, memberi peluang kepada mereka untuk memulakan sesi persekolahan dengan lebih semangat dan keyakinan.

Untuk makluman, bantuan masih boleh disumbangkan melalui akaun RHB Bank Berhad, Yayasan Astro Kasih di nombor 21412900254230 menjelang bulan Ramadan ini.

Tawaran Astro One

Sempena Ramadan dan Raya tahun ini, Astro One membawakan lebih banyak keriangan dengan kempen ‘Langgan dan Menang Macam-Macam’, menawarkan hadiah menarik bernilai sehingga RM200,000!

Dari 1 Februari hingga 26 April, para pelanggan yang melanggan Astro One di outlet terpilih di Seremban, Sungai Petani, dan Kota Bharu berpeluang memenangi pelbagai hadiah istimewa melalui mesin Gachapon, termasuk televisyen, telefon bimbit, baucar membeli-belah, perkakas dapur, kurma dan banyak lagi.

Pelanggan sedia ada juga boleh menyertai kempen ini dengan menaik taraf kepada pakej Astro One atau menambah Astro Fibre. Bermula 14 Februari, kempen ini diperluaskan ke seluruh negara melalui kedai Astro, kiosk premium, trak, gerai terpilih, dan dalam talian. Jangan lepaskan peluang untuk menyambut perayaan dengan lebih meriah bersama Astro One!