Makan Tengahari di Kedai Nasi Papa, Ara Damansara

Monday, 10 February 2025


Dah lama nak makan tengahari dekat Kedai Nasi Papa tapi setiap kali lalu depan restoran ni mesti beratur panjang sampai ke tangga. Bila nampak ramai macam tu terus cancel niat nak makan sebab takut masuk office lambat pulak nanti. 

Jumaat tu, pergi lunch dengan geng Syariah sebab yang lain nak qada tidur dekat surau. Plan asal nak makan nasi ayam geprek tapi kedai akak tu tutup pulak. Lajak sikit ke depan nampak Kedai Nasi Papa ni lengang sikit. Mungkin sebab yang lelaki pergi Solat Jumaat. 

Bila sampai dekat sini baru tahu yang dia letak tong nasi dekat depan tangga, so no wonder lah selalu panjang beratur sampai ke tangga padahal tak ramai mana pun T.T


Tak ramai pun, banyak lauk dah habis masa kitorang sampai. Maybe dekat area sini banyak pejabat yang keluar lunch jam 12 tengahari. Tak tahu nak pilih apa masa ni sebab banyak lauk dah hujung bekas dah. Nasib baik staff restoran ni top-up ayam goreng berempah. 

Siput sedut yang kalah race

Masa tu makan nasi putih lauk ayam goreng berempah, sayur kacang panjang dengan hati ayam. Order teh ais secawan. Order semua dalam RM11 lebih. Terkejut jugak lah sebab murah. Lauk dia semua sedap, kena dengan tekak. Jarang makan ayam goreng berempah sebab banyak kedai suka goreng garing tapi Kedai Nasi Papa goreng ayam sampai masak je, isi dekat dalam pun lembut. Rempah dia tak hangit pun. Air je lah kureng sebab ceroi. 


Second time ajak colleagues satu department pulak lunch dekat sini sebab dah tahu makanan dia sedap pastu murah. Kitorang keluar awal sikit dalam 12.30 tengahari macam tu sebab takut lauk habis. Keluar setengah jam awal tapi lauk dia tetap dah hujung waktu jugak 😭😭😭



Lauk sikit pun okay lah sebab benda sedap, okay je nak makan mana-mana lauk pun. Daging salai masak lemak dia pun satu senduk RM3 je. Kalau makan dekat Oasis Square Ara Damansara ni mana nak dapat harga macam ni. I tak ingat second time makan dekat sini ambil lauk apa tapi yang pastinya second time makan pun tetap sedap dan murah. 

Lepas ni boleh lah makan dekat Kedai Nasi Papa tapi kena keluar awal jam 12 tengahari lah kot. Tapi kalau keluar awal takut penuh pulak sebab meja makan dekat restoran ni tak banyak. Mungkin tapau is the best option?

Movie Review | Baby John (2024)

Sunday, 9 February 2025


Director: Kalees
Writers: Atlee, Kalees, Sumit Arora
Cast: Varun Dhawan, Keerthy Suresh, Wamiqa Gabbi, Jackie Shroff
Production Companies: Jio Studios, Cine1 Studios, Vipin Agnihotri Films, A for Apple Studios
Distributors: PVR Inox Pictures, Pen Marudhar
Genre: Action / Drama
Running Time: 161 minutes
Release Date: 25 December 2024
Trailer:


John D’ Silva (Varun Dhawan) menyara anak perempuannya, Khushi dengan membuka sebuah bakery di sebuah kawasan di pinggir bandar di Kerala. Kehidupan mereka serba sederhana dengan kehadiran seekor anjing bernama Tiger. Jackie (Rajpal Yadav) membantu John di bakery dan tinggal bersama mereka. 

Satu hari John dan Khushi tumpangkan Tara (Wamiqa Gabbi), guru kelas Khushi ke bandar. Di sana van John dilanggar oleh Boss (Jaffer Sadiq). Selepas kemalangan kecil tersebut, Tara minta John turunkan dia di balai polis berdekatan. Rupanya seorang gadis remaja yang diculik oleh Boss minta bantuan Tara. 


John cuba sebaik mungkin untuk tidak terlibat dalam kes tersebut lalu pulang ke rumah. Malangnya Boss dan konco-konconya menyerang dan mengugut akan mencederakan Khushi. Kesemua mereka dibunuh serta-merta oleh John. Mayat mereka dibuang ke sungai. Tara yang menyaksikan kejadian tersebut mencari tahu siapa John yang sebenarnya. 

Naskhah Baby John merupakan remake dari filem Tamil berjudul Their (2016) arahan Atlee. Filem aksi drama yang menggunakan Varun Dhawan sebagai pelakon utama memberi ruang kepada Kalees untuk debut sebagai pengarah di Bollywood sementara Atlee selesa sebagai penulis dan produser. 


Memandangkan I tak berapa gemar dengan style masala yang dibawa oleh Atlee mahupun Kalees, rasanya dah tak perlu tengok pun filem asal, Their sebab Baby John pun tak menarik. Olahan sutradara Kalees tak jauh beza pun dengan Atlee yang suka berlebihan dalam semua perkara. Awal tu I rasa macam bearable lah sebab Jawaan (2023) tak lah over sangat, rupanya tidak. 

Stunt dalam filem Baby John berlebihan dan brutal macam babak DSP Satya Verma (Varun Dhawan) bakar Ashwin (Armaan Khera) hidup-hidup atau babak dia bunuh penjenayah macam orang hilang akal. Kalau bukan sebab dia polis, Satya boleh jadi pembunuh upahan yang kejam. 


Geleng kepala tengok dia bunuh pegawai polis dan sangkut dekat kipas. Penjara dengan mahkamah bahagian jenayah boleh goyang kaki kalau DSP Satya yang buat kerja sebab tak ada penjenayah yang hidup kecuali Nanaji (Jackie Shroff) yang rela tidur dekat penjara dari diikat jamin. 

Happy tengok Rajpal Yadav dapat watak yang serius sebagai Jackie, keluar dari imej kelakar dan komedi yang dia bawa sepanjang karier dia. Tapi senasib lah dia dengan Wamiqa sebab pengarah beria tunjuk kedua-dua watak ni sisi cool dan gagah tapi bila berlawan tetap kalah sebab hero wajib datang selamatkan mereka berdua. 


Sinematografi filem Baby John menggunakan khidmat Kiran Koushik dan visual adalah antara department yang lemah. Pening kepala tengok kamera bergegar bila ada fighting scene. Bukan terkesan dari pergaduhan pun tapi sengaja dibikin gegar untuk tunjukkan crazy and mad tu. Babak DSP Satya dengan Nanaji berpusing-pusing tu sampai I sekali jadi pening. Unnecessary red lighting to show anger scene. 



Sepanjang 161 minit filem Baby John ni I happy bila tengok lagu Pikley Pom sebab Varun dengan Zara Zyanna comel sangat sebagai anak-beranak. Babak DSP Satya berjumpa Dr. Meera (Keerthy Suresh) pertama kali pun comel sebab romance memang forte Varun. Chemistry diorang awwdorable untuk ditonton tapi sakit jantung bila Nanaji datang. 

Tengok dekat hujung filem macam akan ada sequel atau universe di bawah production Atlee ni tapi kalau ada mungkin tak rasa nak tengok sebab stress. Hopefully movie romantic Varun, Sunny Sanskari Ki Tulsi Kumari akan naikkan nama dia balik lepas gagal dengan Citadel Hunny Bunny dan Baby John. 

1. Team Production +0.3, 2. Visual +0.4, 3. Audio +0.5, 4. Storyline +0.3, 5. Casting +1, 6. Genre +0.5, 7. Themes +0.4, 8. Editing +0.3, 9. Social Message +0.2, 10. Personal Thought +0.3 = 4.2/10

Astro Hangatkan Debaran ‘Curang Tanpa Niat’ dengan Tayangan Istimewa Menjelang Episod Kemuncaknya | Acara ini dihadiri oleh barisan pelakon, produksi, para peminat dan rakan media

Meneruskan kejayaan slot MegaDrama di Astro, ‘Curang Tanpa Niat’ berjaya mengalihkan tumpuan para penonton daripada drama fenomenal sebelumnya, ‘Andai Tiada Dia’, kepada kisahnya yang mendalam. Dengan jalan cerita yang hebat dan realistik, drama ini mencetuskan perbualan hangat dalam kalangan peminat dan pencinta drama, sekaligus menjadi topik perbincangan di pelbagai platform media sosial menerusi isu-isu yang diketengahkan.

Kehebatan barisan pelakon seperti Shukri Yahaya, Mira Filzah, Sharifah Sakinah dan lain-lain berjaya menghidupkan watak dengan penuh penghayatan, sehingga meraih jumlah tontonan mencecah 1.6 juta, menjadikannya antara drama Melayu terbaik terbitan Astro.

Susulan kejayaan drama ini, Astro telah menganjurkan sebuah tayangan istimewa bersama barisan pelakon, para peminat dan rakan-rakan media yang berlangsung di Hotel Le Méridien, Putrajaya, pada 6 Februari 2025. Para hadirin diraikan dengan tayangan episod ke-28, iaitu episod terbaharunya serta sesi temu bual ekslusif dan ramah mesra bersama barisan pelakon yang hadir.

‘Curang Tanpa Niat’ boleh disaksikan di Astro Ria (saluran 104) pada setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 10 malam. Strim menerusi On Demand di Astro Ultra/Ulti Box, Astro GO dan sooka. Pakej Astro One kini tersedia dari RM49.99. Tingkatkan pengalaman penstriman anda dengan menambah Astro Fibre 500Mbps bersama Pakej Entertainment hanya dengan RM139.99/bulan. Untuk melanggan atau menaik taraf ke Astro One, layari www.astro.com.my atau WhatsApp ke 03 9543 3838.

******************

Info Siaran: Setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam

Platform Televisyen: Astro Ria, (saluran 104)

Platform Digital: On Demand, Astro GO dan sooka

Pengarah: Eyra Rahman

Produksi: iFame (iFabulous Art Media & Event)

Genre: Melodrama, Khianat, Cinta dan Keluarga

Bilangan Episod: 32 episod

Pelakon Utama: 

1. Shukri Yahaya sebagai Eshaal

2. Mira Filzah sebagai Elina

3. Sharifah Sakinah sebagai Astrid

Sinopsis Drama: Kisah pergelutan seorang isteri bernama Elina (Mira Filzah) dalam mengharungi ketidaksetiaan dan kecurangan suaminya, Eshaal (Shukri Yahaya) di tempat kerja.

Sinopsis Episod 28:

Elina terkejut menerima kunjungan Iskandar di pejabatnya. Dia pelik bila Iskandar mengajukan soalan seolah-olah dia sengaja hendak mengaitkan Astrid ke dalam masalah yang dilakukan oleh Eshaal sebelum ini.

Lirik Lagu Laut - Midnight Serenade


Sebelum ni tak berapa sangat dengan lagu Laut dari band Midnight Serenade yang dianggotai oleh Ian (Iqbaal Ramadhan), Ray (Devano Danendra), Saka (Dul Jaelani) dan Dika (Randy Nidji) dalam filem Perayaan Mati Rasa (2025) tapi lepas layan full movie, makin bermakna lagu Laut ni. 

Sama dengan watak Ian yang tenggelam dalam Zona Abisal, zon terpaling dalam di lautan, lagu Laut juga menggambarkan perasaan yang sama. 


LIRIK LAGU LAUT
Penyanyi: Midnight Serenade 
Komposer: Dul Jaelani
Lirik : Dul Jaelani
Label: Sinemaku Records

Pernahkah kau merasa
Hidup sendiri di muka bumi ini?
Mereka hanya menghakimi
Hilang semua rasa untuk memahami

Aku berpaling
ke dasar palung
Kapalku miring,

Dia jauh
Dia jauh, jauh, dariku
Karam terjatuh, luruh, tak lagi utuh

Dia jauh, jauh, dariku
Dia jauh, jauh, jauh
Terasa sulit menjalani ini
Terikat mati, tenggelam lagi
Dia jauh, jauh, dariku
Karam terjatuh, luruh, tak lagi utuh

Dia jauh, jauh, dariku
Dia jauh, jauh, jauh
Semakin jauh
Bayanganku
Memikirkanmu
Oh, dia jauh
Semakin jauh,
jauh..

Dia jauh, jauh, dariku
Dia jauh, jauh, dariku
Dia jauh, jauh, dariku
Dia jauh

Ketahui Sebelum Membeli, Inilah 7 Skin Mobile Legends Paling Menarik yang Perlu Anda Miliki

Thursday, 6 February 2025

Mobile Legends ialah salah satu permainan mudah alih yang paling popular dengan komuniti besar di seluruh dunia. Selain gameplay yang menarik, salah satu tarikan utama Mobile Legends ialah koleksi skin yang tersedia untuk pelbagai hero.

Skin ini bukan sahaja memberikan penampilan yang lebih menarik tetapi juga menambah kesan visual khas yang menjadikan permainan lebih mengasyikkan. Bagi peminat tegar permainan ini, memiliki skin yang menarik merupakan satu kebanggaan. Namun, sebelum membeli skin impian anda, pastikan anda tahu skin mana yang patut dimiliki.

Jika anda ingin menambah koleksi skin dengan mudah, jangan lupa lakukan top up ML di platform dipercayai seperti Lapakgaming. Bersama platform ini, anda boleh mendapatkan diamond dengan cepat dan selamat.

7 Skin Mobile Legends Paling Menarik yang Perlu Anda Miliki

Berikut adalah senarai tujuh skin Mobile Legends paling menarik yang wajib anda miliki.

1. Argus – Dark Draconic

Skin Dark Draconic untuk Argus adalah antara skin paling epik yang pernah dilancarkan oleh Mobile Legends. Dengan reka bentuk perisai gelap yang menyerupai naga, skin ini memberikan aura yang sangat kuat dan menggerunkan. Kesan visual seperti serangan dengan sayap naga yang menyala menambahkan lagi kehebatan Argus dalam setiap pertarungan.

Skin ini sesuai untuk pemain yang mahu kelihatan dominan di medan pertempuran. Selain memberikan kesan visual yang memukau, Dark Draconic juga menampilkan bunyi khas ketika Argus menggunakan kemahirannya. Gabungan reka bentuk, animasi, dan bunyi menjadikan skin ini antara yang paling diminati pemain Mobile Legends.

2. Gusion – Cosmic Gleam

Gusion terkenal sebagai salah satu hero assassin terbaik dalam Mobile Legends, dan skin Cosmic Gleam menjadikannya lebih memukau. Dengan tema futuristik berwarna ungu dan biru neon, skin ini memberikan rupa moden dan bergaya. Kesan kemahiran yang menyerupai semburan cahaya kosmik menjadikan setiap serangan Gusion lebih tajam dan mematikan.

Jika anda menyukai gaya bermain pantas dan agresif, Cosmic Gleam adalah pilihan yang tepat. Skin ini bukan sahaja meningkatkan penampilan, tetapi juga memberikan pengalaman bermain yang berbeza dengan animasi yang sangat lancar.

3. Miya – Modena Butterfly

Miya adalah hero marksman yang ikonik dalam Mobile Legends. Skin Modena Butterfly memberikan sentuhan elegan dengan reka bentuk yang diinspirasikan oleh kupu-kupu. Warna-warna cerah dan kesan serangan menyerupai kilauan sayap kupu-kupu menjadikan skin ini sangat menarik di medan pertempuran. Untuk peminat Miya, skin ini adalah satu kemestian. Selain reka bentuknya yang cantik, animasi kemahiran yang diperbaharui menjadikan permainan lebih menyeronokkan.

4. Alucard – Obsidian Blade

Sebagai salah satu hero fighter yang paling popular, Alucard mempunyai pelbagai skin yang menarik, tetapi Obsidian Blade adalah yang paling menonjol. Dengan perisai hitam berkilauan dan pedang besar yang memancarkan aura gelap, skin ini memberikan kesan misteri dan berbahaya.

Kesan visual ketika Alucard melancarkan serangan sangat menakjubkan, terutama ketika menggunakan ultimate skill. Skin ini sangat sesuai untuk pemain yang ingin mendominasi permainan dengan gaya.

5. Lesley – Angelic Agent

Lesley adalah marksman yang terkenal dengan kebolehannya sebagai penembak tepat. Skin Angelic Agent memberikan perubahan luar biasa dengan gabungan elemen futuristik dan angelik. Kesan visual berwarna emas pada serangan menjadikan skin ini kelihatan sangat premium. Jika anda seorang peminat Lesley, skin ini pasti meningkatkan keyakinan anda ketika bermain.

6. Ling – Night Shade

Skin Night Shade untuk Ling ialah salah satu skin epic yang direka dengan sangat teliti. Dengan tema gelap yang dipadukan dengan elemen magis, skin ini memberikan rupa yang memukau. Kesan visual setiap serangan Ling menyerupai bayangan misteri, menjadikannya sangat menarik. Pemain yang gemar hero assassin pasti akan terpesona dengan kombinasi kehebatan Ling dan skin Night Shade ini.

7. Lunox – Dawn Revelation

Lunox ialah hero mage dengan keupayaan unik mengawal kekuatan cahaya dan kegelapan. Skin Dawn Revelation memberikan reka bentuk yang sangat menakjubkan dengan warna emas dan putih yang melambangkan kekuatan ilahi. Kesan visual setiap kemahiran Lunox sangat memikat. Skin ini sesuai untuk pemain yang ingin menyerlahkan keindahan dan kekuatan ketika bermain.

Mobile Legends sentiasa memperkenalkan skin-skin menarik yang menjadikan permainan lebih seronok. Tujuh skin di atas adalah pilihan terbaik untuk meningkatkan pengalaman bermain anda. Dengan skin yang menarik, anda bukan sahaja kelihatan lebih bergaya di medan perang, tetapi juga lebih yakin semasa bermain.

Jangan lupa, untuk mendapatkan skin idaman, pastikan anda mempunyai diamond yang mencukupi. Anda boleh melakukan top-up ML dengan mudah dan selamat melalui Lapakgaming. Jadi, apa tunggu lagi? Lengkapkan koleksi skin anda sekarang dan tunjukkan gaya anda di arena Mobile Legends!

Movie Review | Perayaan Mati Rasa (2025)


Pengarah: Umay Shahab
Penulis Skrip: Junisyah Aurelita, Santy Diliana, Rezy Junio, Umay Shahab
Pelakon: Iqbaal Ramadhan, Umay Shahab, Dwi Sasono, Unique Priscilla, Devano Danendra, Randy Danistha, Abdul Qodir Jaelani, Priscilla Jamail, Tj Ruth, Lukman Sardi, Vonny Anggraini, Donny Alamsyah, Sadha Triyudha
Syarikat Produksi: Sinemaku Pictures, Legacy Pictures
Pengedar: 
Genre: Drama
Durasi Tayangan: 125 minit
Tarikh Tayangan: 29 Januari 2025 (Indonesia), 06 Februari 2025 (Malaysia)
Trailer:


Ian Antono (Iqbaal Ramadhan) merupakan anak sulung dalam keluarga dan menjadi pengganti tanggungjawab dalam kebanyakan hal apabila ayahnya, Kapten Satya Antono (Dwi Sasono) bekerja di laut sebagai kapten kapal untuk Eastern Shipping Company. Ibunya, Dini Antono (Unique Priscilla) mempunyai sakit jantung dan pernah mendapat serangan sebelum ini jadi Iqbal dan adiknya, Uta Antono (Umay Shahab) sentiasa dalam keadaan berjaga-jaga. 

Sejak keluarganya jarang hadir ke performance penting gig Ian, dia mula menjauhkan diri dan banyak meluangkan masa bersama ahli band Midnight Serenade yang lain – Ray (Devano Danendra), Dika (Randy Danistha) dan Saka (Dul Jaelani). Ian semakin terasa hati bila Uta mendapat anugerah Podcaster Terbaik dan membanggakan orang tuanya sedangkan Ian masih mencari tempat dalam bidang musik. 


Dua-beradik yang dahulunya akrab semakin merenggang sehinggalah Dini terkena serangan jantung kali kedua dan dalam masa yang sama, Satya juga disahkan meninggal dunia oleh ESC setelah kapal mereka karam akibat taufan di Lautan Jepun. Kerana tak mahu ibu mereka terkena serangan ketiga akibat kejutan berita yang besar, Ian, Uta dan Dinda (Priscilla Jamail) cuba sorokkan berita kematian Satya dari Dini. 

Filem Perayaan Mati Rasa merupakan naskhah ketiga arahan Umay Shahab selepas Kukira Kau Rumah (2022) dan Ketika Berhenti di Sini (2023). Berbanding dua naskhah sebelumnya, Perayaan Mati Rasa terlihat lebih berkualiti dan mempunyai jalan cerita yang bagus juga sarat dengan emosi, selayaknya untuk genre drama. 


Umay tak fokus sangat pada backstory Ian sebagai anak sulung yang terpaksa mengisi kekosongan Satya dalam menjaga keluarga. Cukup dengan meletakkan babak-babak penting yang triggered kemurungan Ian supaya penonton faham kenapa watak dia sering menjauhkan diri. Beberapa peristiwa penting yang terjadi juga akan dijelaskan oleh monolog Ian yang berkaitan dengan 4 zon kedalaman laut – Zona Abisal, Zona Batial, Zona Neritik dan Zona Litoral. 

Kreativiti Umay mengaitkan perasaan manusia dengan alam semulajadi adalah sesuatu yang I kagum sebab flow tu smooth sama macam apa yang Umay pernah buat dalam filem Ketika Berhenti Di Sini tentang 4 kompas Mandala. Penggunaan aplikasi AI juga dimasukkan bila Ian menggunakan aplikasi mengubah suara sebagai Satya untuk tenangkan Dini. 


Filem Perayaan Mati Rasa menjadi ilham kepada Umay selepas lagu single Perayaan Mati Rasa, dendangan Natania Karin dan Umay Shahab menjadi popular pada tahun 2023. Skripnya pula berkisar tentang hubungan kekeluargaan Umay sendiri yang semakin renggang dan kosong selepas adiknya melanjutkan pelajaran di universiti. Sebagai pengarah dan penulis, Umay did a great job for this movie. Sebagai pelakon memang tak ada masalah sebab dia memang masuk ke industri hiburan sebagai pelakon. 

Lakonan Iqbaal Ramadhan menjadi kekuatan filem Perayaan Mati Rasa bila watak Ian lebih banyak berekspresi dengan bahasa badan. Awalnya Iqbaal kata dia tak mampu nak faham watak Ian sebab dia bukan anak sulung tapi dia berjaya deliver apa yang Umay nak. Nampak macam egois at some part tapi ada sebabnya juga lah kenapa dia jadi macam tu. 


But no worries sebab bukan point of view Ian seorang saja yang dimasukkan sebab manusia tetap ada khilafnya. Suka dengan watak Dinda yang sentiasa ada buat Ian dan Uta, jadi penenang bila adik-beradik ni bergaduh. Comel lah bila Dinda selalu temankan Dini pergi beli benang untuk mengait sampai dia sendiri adapt hobby tu. Dia perlukan Dini sebab hilang ibu sejak kecil, Dini pula perlukan Dinda sebab tak ada anak perempuan. Dinda nampak je diam tapi setiap kali bercakap, nampak bijak. 

Masa tengok filem Perayaan Mati Rasa semalam, satu hall menangis sebab sedih tapi empangan pecah teruk bila watak Dini marah Ian dengan Uta sebab tipu tentang Satya. Betul lah apa dia kata, kesian dekat roh Satya tertunggu-tunggu doa dari keluarga, tunggu doa dari isteri tercinta tapi tertangguh lama. Nak marah dekat anak-anak pun tak boleh sebab keadaan yang buatkan Ian dengan Uta buat tindakan macam tu. 


At first I macam skeptikal lah sebab genre drama akan bosan tapi kehadiran Midnight Serenade menghiburkan jadi boleh faham lah kenapa Ian suka melepak dengan band dia. Semua lagu Midnight Serenade best but my personal favorite is Sampai Jumpa dan Laut. Lagu-lagu Midnight Serenade dalam filem tak sama dekat Spotify sebab watak Ian cuma guitarist bukan vocalist. 



Filem Perayaan Mati Rasa adalah contoh naskhah bergenre drama yang tak perlu dibikin slow tempo supaya wujudnya suasana melo sebaliknya penuhkan durasi filem dengan penceritaan untuk kembangkan watak-watak utama bersama konflik mereka. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10

Drama Review | Don't Come Home (2024)

Wednesday, 5 February 2025

Director: Woottidanai Intarakaset 
Writers: Aummaraporn Phandintong, Woottidanai Intarakaset
Cast: Woranuch Bhirombhakdi, Cindy Bishop, Pitchapa Phanthumchinda, Ploypaphas Fonkaewsiwaporn, Alina Marie Chang
Production Company: 
Distributor: Netflix
Genre: Drama / Mystery
Episodes: 6 episodes (40 - 49 minutes per episode)
Release Date: 31 October 2024
Trailer: 


Drama Thailand Don’t Come Home tayangan rasmi Netflix membuka kisah dua beranak, Varee (Woranuch Bhirombhakdi) bersama anak perempuannya, Min (Ploypaphas Fonkaewsiwaporn) melarikan diri ke rumah pusaka keluarga yang terletak di kawasan luar bandar. 

Varee yang tertidur di dalam kereta di tepi jalan dikejutkan oleh pegawai polis kerana kawasan tersebut pernah berlaku sebuah kemalangan ngeri. Varee kemudiannya segera menuju ke rumah pusaka yang usang setelah 30 tahun. Kedatangannya disambut oleh Natee (Sahatchai Chumrum), penjaga dan tukang kebun di situ. 

Natee tak banyak bercakap dan sebelah matanya telah buta akibat pergelutan 30 tahun lepas hingga menyebabkan ibu Varee, Panida (Cindy Bishop) berpindah ke kawasan bandar. Min berasa tidak selesa di rumah tersebut kerana sunyi, gelap dan berhantu. Min sentiasa diganggu oleh Lembaga hitam yang berada di sebuah jam besar. Varee tak ambil peduli kerana mereka berdua diancam bahaya dan rumah pusaka tersebut satu-satunya tempat untuk mereka berdua berlindung buat sementara waktu. 

Akibat perbuatan Varee yang mengendahkan ketakutan anaknya, Min telah hilang. Dia segera membuat laporan dan Fah (Pitchapa Phanthumchinda) yang tengah sarat mengandung ditugaskan untuk misi mencari Min. Fah mengumpulkan anggota polis dan orang-orang kampung yang sukarela menawarkan diri untuk membantu namun usaha mereka gagal setelah seharian mencari Min. 

Fah cuba siasat latar belakang Varee kerana kesan lebam yang banyak di bahagian muka dan badan Varee. Dia syak Varee menjadi mangsa keganasan rumah tangga tapi sebaliknya pula yang dia jumpa. Tak ada sesiapa pun yang boleh mengesahkan identiti Min maka Fah mula meragui laporan yang dibuat oleh Varee. 

Naskhah Don’t Come Home arahan dan penulisan Woottidanai Intarakaset menggabungkan genre seram dan science fiction dalam 6 episod penceritaan. Misteri yang dimasukkan bukan sesuatu yang sukar untuk diselesaikan sebab ada banyak hint diberi oleh pengarah dari awal lagi. Kenapa Varee dan Min lari dari rumah tengah malam buta, Fah mengandungkan anak siapa atau ke mana Min menghilang. 

Walaupun misteri dia senang, tetap seronok nak layan kisah dua susur masa yang berbeza menggunakan beberapa watak yang sama. Penulis tak masukkan banyak watak dan sub-plot supaya fokus penonton tak lari jauh. Kalau lari dari latar tempat utama sekejap pun, penulis akan tarik balik pergi ke rumah pusaka milik keluarga Varee. Seram dan saspen yang dimasukkan tak kurang hebatnya dengan visual dan latar musik yang mengerikan. Duduk dalam rumah tu dalam masa satu jam pun tak sanggup tapi orang yang terdesak macam Varee saja sanggup. 

Lakonan Ploypaphas Fonkaewsiwaporn sebagai Min antara kekuatan drama misteri Don’t Come Home bila dia mampu provide range of emotion yang meluas dalam kebanyakan babak. Bila dia terancam, kita pun rasa takut dan risau sebab dia yang paling banyak kena ganggu dalam rumah pusaka tu. Masuk dekat Episod 4, drama Don't Come Home diambil alih oleh Cindy Bishop yang terdesak selepas tragedi malang menimpa keluarganya. 

Tapi drama yang tengah popular di Netflix ni tetap ada yang tak seronoknya bila watak utama, Varee suka buat keputusan yang lemah. Kalaupun dia tak percayakan hantu tapi dia macam tak ambil peduli sangat dengan tahap keselamatan rumah tu. Banyak kali dia letak Min dalam posisi berbahaya sedangkan dia tahu, sedar dan mampu untuk cegah. Rasa puas hati bila Inspektor Fah perli dia pasal hal jaga anak bila Varee pertikai kredibiliti dia. 

For me drama Don’t Come Home menarik lah kalau dilayan secara santai sebab geram bila Varee tak dapat pick-up lagi bila berjumpa dengan Natee. Semakin drama tu bergerak ke episod-episod hujung, makin nampak kedangkalan Varee. Bila tengok sampai habis akan timbul persoalan besar tentang Varee tapi mungkin penulis nak guna konsep yang kewujudan dia adalah karma kepada Panida sebab tu kedua-dua watak ni hidup dalam musibah sampai ke akhir hayat. 

1. Team Production +0.7, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +0.8, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.8 = 8.6/10

ASTRO SHAW UMUM KERJASAMA GLOBAL UNTUK FILEM ‘MOJO’  & KETUAI PEMASARAN DAN PENGEDARAN DI MALAYSIA | ‘Gabungan Pelakon Popular Malaysia & Indonesia seperti Mimi Lana & Adipati Dolken’ 

Penerbit filem terkemuka Malaysia, Astro Shaw, terus mengukuhkan kedudukan di persada industri perfileman antarabangsa dengan mengumumkan kerjasama strategik bersama Sympatico – label produksi di bawah Double Vision, serta Argo Films dari UK yang diterajui oleh penerbit terkenal Richard Johns, dan Mocha Chai Laboratories, bagi penerbitan filem romantik komedi terbaru bertajuk Mojo.

Astro Shaw bertindak sebagai penerbit bersama serta memimpin strategi pemasaran dan pengedaran di Malaysia untuk tayangan pawagam tahun ini. Dalam pada itu, Mojo bakal menembusi pasaran antarabangsa menerusi pengedaran oleh syarikat berpangkalan di UK, SC Films International.

Filem Mojo menyaksikan gabungan tenaga kreatif serta pelakon dari Malaysia dan Indonesia. Naskhah ini diarahkan oleh Min Lim, yang sebelum ini mengarahkan siri Kopitiam versi reboot, manakala penulisan skrip diketuai oleh satu-satunya penulis dari Asia yang terpilih dalam Episodic Labs Cohort 2024 anjuran Film Independent, Honey Ahmad (Motif, Saladin, Walinong Sari) bersama penulis lain seperti Zahir Omar (Fly By Night, The Bridge), dan penulis terkenal Chi-Ren Choong (The Bridge, Liar). Sementara itu, Michelle Chang (Venus on Mars, Wonderland) dari Mocha Chai Laboratories bertindak sebagai penerbit bersama Richard Johns (Shadow of the Vampire, The Liability).

Watak utama, Adi, dilakonkan oleh pelakon Indonesia yang terkenal menerusi filem Sang Kiai dan Posesif, Adipati Dolken, bergandingan dengan pelakon hebat Malaysia, Mimi Lana. Bintang lain yang turut menjayakan filem ini ialah Wan Hanafi Su, Namron, Aziz M. Osman, Dato’ A. Tamimi Serigar, Tony Eusoff, Gambit Saifullah dan Farah Ahmad.

Sesi penggambaran bermula Januari lalu di Perlis dan menerima sokongan padu daripada kerajaan negeri Perlis. 

Menurut pengarah filem Mojo, Min Lim, “Barisan pelakon dan kru rasa amat teruja menjayakan projek ini dan kini sedang menjalani sesi penggambaran di Perlis. Setelah perancangan yang panjang, akhirnya impian ini menjadi kenyataan dengan sokongan luar biasa daripada individu dan pihak yang percaya pada projek ini.

Saya amat gembira apabila Astro Shaw turut serta dalam penghasilan filem ini. Sebagai penerbit bersama dan pengedar, komitmen mereka dalam menyokong produksi tempatan seperti Sympatico benar-benar memberi makna besar dalam merealisasikan visi kami iaitu menghasilkan sebuah karya yang autentik dan unik. 

Kami tidak sabar untuk mempersembahkan filem romantik komedi ini ke layar perak pada penghujung tahun ini dan berharap gabungan bakat luar biasa, latar yang memukau, serta nilai emosi dalam kisah ini akan menghiburkan penonton. Kami mengharapkan Mojo mampu menyerlahkan keunikan penceritaan serta keupayaan produksi Asia Tenggara di persada antarabangsa.”


Semantara itu, Ketua Astro Shaw, Raja Jastina Raja Arshad berkata, “Astro Shaw pernah bekerjasama dengan pengarah Min Lim menerusi beberapa naskhah sebelum ini dan salah satunya adalah siri premium Astro Originals, Liar. Pengalaman dan hubungan baik ini membuatkan kami tidak teragak-agak untuk bersetuju terlibat dalam filem Mojo. Tambah pula kerjasama ini menyaksikan kali pertama kami bergabung usaha dalam menghasilkan filem, di samping mengangkat latar dari salah satu negeri yang jarang diketangahkan di layar perak iaitu Perlis. Dengan gabungan skrip yang memikat, barisan pelakon berbakat, serta sinergi luar biasa antara tenaga kreatif dari Malaysia, Indonesia, dan UK, kami yakin Mojo memiliki potensi besar. Tambahan pula, dengan penglibatan pasukan hebat antarabangsa yang dibawakan oleh Sympatico, kami teruja untuk melihat projek ini melangkah lebih jauh dan mencipta impak di pentas global.”


Mojo mengisahkan Adi yang bekerja di Moo Magic Farms berjaya melonjakkan jualan syarikat ternakan tersebut dengan menjadikan seekor lembu unik, Mojo, sebagai bintang media sosial. Dalam pada itu, syarikat ternakan tersebut giat mengambil alih ladang tenusu kecil di luar bandar demi keuntungan. Namun hanya satu perusahaan di Kampung Semerah Padi yang diusahakan oleh petani, Atan bersama anak perempuannya, Ayu menolak dan tidak mahu menjual tanah mereka. Keadaan menjadi huru-hara apabila Atan menculik Mojo untuk dijadikan tebusan. Demi mendapatkan Mojo semula, Adi menyusup ke Kampung Semerah Padi dan menyamar untuk memujuk penduduk kampung menjual tanah mereka. Dalam kekalutan, Adi mula jatuh cinta dengan Ayu dan menikmati kehidupan sederhana di kampung. Adi berdepan dilema terbesar dalam hidupnya sama ada memilih kejayaan yang diimpikan, atau mengikuti kata hatinya yang akhirnya menemukan apa yang benar-benar berharga?

********************************

MENGENAI ASTRO SHAW
Astro Shaw adalah syarikat produksi filem Malaysia yang menghasilkan filem untuk pasaran tempatan dan nusantara. Astro Shaw secara aktif mengedarkan filemnya di luar pasaran domestik, menjadikannya dikenali di ruang serantau dan global. Sejak penubuhannya pada tahun 1996, Astro Shaw telah menghasilkan lebih daripada 100 filem dalam pelbagai genre dan bahasa. Beberapa tajuk terkenal termasuk Polis Evo, Hantu Kak Limah, Abang Long Fadil 2, Paskal, Dukun, dan The Garden of Evening Mists. Filem trilogi Polis Evo telah meraih lebih RM100 juta dalam kutipan box office, sementara Sheriff juga mencatatkan sejarah sebagai filem aksi nombor satu negara sepanjang zaman dengan kutipan box office sebanyak RM64 juta.

Astro Shaw turut meluaskan jangkauan kreatifnya melalui Astro Originals, siri drama premium yang mengangkat naratif Malaysia dengan nilai kualiti produksi tinggi dan memberikan impak kepada penonton tempatan serta antarabangsa. Dengan penceritaan berani, Astro Originals telah memperkenalkan siri popular seperti Project: Anchor SPM, Project: High Council, dan One Cent Thief. Siri-siri ini bukan sahaja mencetuskan perbualan budaya, malah menaikkan penanda aras kandungan Malaysia di platform global.

MENGENAI DOUBLE VISION
Double Vision, produksi di bawah kumpulan Vision New Media, dengan pengalaman lebih daripada 35 tahun dalam penerbitan filem, drama, sitkom, telefilem, rancangan realiti/permainan, program majalah, dokumentari, program kanak-kanak, serta rancangan hiburan.

Dengan kredibiliti sebagai produksi dan pasca-produksi, Double Vision menawarkan perkhidmatan kreatif, produksi, dan pasca-produksi secara menyeluruh, termasuk keupayaan untuk melokalkan kandungan melalui alih suara dan sarikata dalam lebih daripada tujuh bahasa Asia.

Sebagai rakan kerjasama kepada media gergasi di Asia dan antarabangsa seperti Astro, HBO Asia, STAR, Channel [V], Warner Brothers, Viu, Discovery Networks, NBC Universal, Scripps Networks, dan A&E, Double Vision juga mencipta sejarah sebagai rumah produksi Malaysia pertama yang menerima pencalonan International Emmy menerusi produksi bersama Malaysia-Filipina yang berjaya, Kahit Isang Saglit.

MENGENAI ARGO FILMS
Argo Films ialah syarikat baharu yang diasaskan oleh penerbit filem dan tv berprestij dari UK, Richard Johns. Projek pertama Argo ialah The Shepherd, sebuah filem yang disenarai pendek untuk Oscar 2024, dibintangi oleh John Travolta untuk Disney+, dengan penulis dan pengarah Softley serta penerbit bersama Alfonso Cuarón dan Bill Kenwright. Selain itu, Argo Films turut dalam fasa pembikinan berbayar untuk Biafra, sebuah projek yang dihasilkan bersama Yoruba Saxon milik David Oyelowo dan Fremantle. Misinya adalah untuk menghasilkan filem dan siri televisyen bercorak sinematik yang berkualiti, autentik, dan luar biasa untuk penonton global.

Richard Johns telah menghasilkan filem dan siri TV pemenang anugerah selama lebih 25 tahun. Antara karyanya termasuk filem Shadow of the Vampire, yang menerima dua pencalonan Anugerah Akademi (Oscar) serta dibintangi oleh John Malkovich dan Willem Dafoe, Like Minds yang menampilkan Eddie Redmayne dan Tom Sturridge, The Calcium Kid lakonan Orlando Bloom dan Billie Piper, serta The Liability yang dibintangi oleh Tim Roth dan Jack O’Connell.

Kini, beliau sedang memulakan produksi bagi Howl, sebuah filem baharu yang diterbitkan di bawah label Promethean Pictures, yang ditubuhkannya pada 2023 bersama E Elias Merhige. Filem ini turut mendapat sokongan daripada Jane Goodall dan Leonardo DiCaprio sebagai penerbit eksekutif.


MENGENAI MOCHA CHAI LABORATORIES
Mocha Chai Laboratories (MCL) ialah sebuah studio yang menyediakan perkhidmatan penghasilan kandungan, produksi, pascaproduksi, serta pengedaran filem di Apple TV+ Movies. MCL merupakan sebuah fasiliti bertaraf dunia yang telah memenangi anugerah, dengan teknologi Dolby Vision dan Atmos, serta bekerjasama dengan rakan kongsi seperti Apple, Disney+, MediaCorp, dan banyak lagi. Baru-baru ini, MCL melancarkan filem Wonderland, yang kini boleh distrim di Netflix. Selain itu, MCL sedang menerbitkan dua siri drama antarabangsa untuk platform global serta menjadi penerbit bersama bagi filem akan datang Mojo dan Sandbox (arahan James Thoo). Pada tahun 2023, MCL bekerjasama dengan CJ ENM HK untuk menerbitkan siri antarabangsa pertamanya, Venus on Mars, yang kini boleh distrim di Youku. MCL akan terus melabur dalam kandungan unik dan teknologi canggih, kerana syarikat ini percaya kepada gabungan seni dan sains dalam penceritaan.


Pengarah: Sunil Soraya
Penulis Skrip: Donna Rosamayna
Pelakon: Ariel Tatum, Raditya Dika, Lina Marpaung, Robby Purba, Rizma Simbolon, Ruth Riani Pasaribu, Dicky Pardosi, Simon Parulian Girsang, Raline Shah
Syarikat Produksi: Soraya Intercine Films
Pengedar: Netflix
Genre: Komedi / Drama
Durasi Tayangan: 122 minit
Tarikh Tayangan: 18 Julai 2024
Trailer:


Minar (Ariel Tatum) bertemu Sahat (Raditya Dika) di tahun 2012 dalam majlis reunion kemudiannya jatuh cinta. Selepas satu tahun bercinta secara jarak jauh, mereka ambil keputusan untuk berkahwin. Minar adalah anak tunggal dan yatim piatu sejak kecil. Ayah Minar meninggal ketika dia masih bayi, kemudian ibunya pula meninggal empat tahun kemudian. 

Melalui perkahwinan bersama Sahat lah dia mengenal keluarga yang besar dan penuh dengan drama. Abang Sahat bernama Monang (Robby Purba) menjadi playboy sejak kena brotherzone dengan sepupu sendiri. Kakak Sahat, Rumondang (Rizma Simbolon) pula mempunyai 5 orang anak kerana kesemua empat orang anaknya adalah perempuan. Nasib mereka baik dikurniakan juga anak lelaki sebagai penerus keturunan. 


Prinsip yang dipegang oleh ibu mertua Minar alias Inang (Lina Marpaung), perkahwinan itu ialah berobjektif untuk meneruskan dan menjaga keturunan. Untuk itu setiap pasangan perlu melahirkan anak lelaki seperti Inang yang melahirkan Monang dan Sahat. Minar pula menganggap perkahwinan untuk kehidupan yang harmoni untuk pasangan bercinta. Bagi dia tak perlu terburu-buru untuk mempunyai anak selepas berkahwin. Tambahan pula dia dan Sahat bercinta jarak jauh jadi fasa awal perkahwinan adalah fasa dating. 

‘Tak akan pernah cukup kata-kata untuk menggambarkan seperti apa inangku ini. Yang jelas, sejak hari pernikahanku, si Mak Tua, Nyonya Purba, alias nyokapnya si Sahat, telah menjelma menjadi Lord Voldermort-ku.’ 


Filem Catatan Harian Menantu Sinting arahan Sunil Soraya diadaptasikan dari novel dengan judul yang sama, karya nukilan Rosi L. Simamora yang diterbitkan pada tahun 2018. Novel tersebut merupakan Best-seller sejak diterbitkan. Tak hairan lah kenapa filem dia kelakar dan menghiburkan dengan tema yang mengangkat perang dingin antara mertua dan menantu. 

Risau juga bila filem Catatan Harian Menantu Sinting bermula dengan majlis perkahwinan Minar dan Sahat sebab takut jalan cerita di separuh masa kedua mula longgar. Rupanya tak pun sebab dekat perjalanan Minar bersama Sahat dan Inang menghiburkan dari awal hingga ke hujung bersama beberapa babak yang penuh emosi. Sekejap menyampah dengan Sahat, sekejap geram pula dengan Inang tapi yang pastinya keluarga ni bikin pusing. Berdekah teruk bila Inang suruh Sahat masuk kelas berenang untuk masalah kesuburan dia.


Sebagai generasi baru, of course lah I akan berpihak dengan Minar tambah pula filem ni dibikin menerusi point of view Minar sebagai wanita muda, moden dan bekerjaya. Senang sangat nak faham perasaan dan rasa Minar setiap kali Sahat buat keputusan membelakangi dia dan buatkan Minar tak selesa. Faham juga bila dia stress terpaksa duduk dengan mertua sedangkan mereka berdua lebih dari mampu untuk beli rumah sendiri. 

Orang kata lepas kahwin baru boleh nampak perangai sebenar pasangan kita macam mana, sama juga lah kesnya dengan Sahat. Nak pula sebelum ni LDR dan komunikasi Minar dan Sahat dalam talian saja. Bila dah tinggal bersama baru nampak suami dia tak bijak atur langkah, kebanyakan masanya menurut saja permintaan Inang. Sakit hati sangat masa Sahat ignore Minar masa dia nak bersalin tu. Nampak lah yang Sahat ni membesar dalam keadaan yang ditatang sebagai minyak sementara Minar berdikari. Nasib baik lah pengarah tebus balik rasa sakit hati tu dengan babak Inang dan Minar dekat dalam dewan bersalin. 


Filem Catatan Harian Menantu Sinting antara filem Indonesia yang menjadi medium untuk mengangkat tradisi masyarakat Batak selepas filem Ngeri-Ngeri Sedap (2022) dan Agak Laen (2024). Meriah juga tengok majlis perkahwinan dalam filem ni ditambah dengan sinematografi dari Yudi Datau yang menarik dan cantik. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10

Drama Review | The Trauma Code: Heroes on Call (2024)

Tuesday, 4 February 2025

Director: Lee Do-yoon
Writer: Choi Tae-kang
Cast: Ju Ji-hoon, Choo Young-woo, Ha Young, Yoon Kyung-ho, Jung Jae-kwang
Production Companies:  Studio N, Mays Entertainment
Distributor: Netflix
Genre: Medical / Comedy
Episodes: 8 episodes (47-55 minutes per episode)
Release Date: 24 January 2025
Trailer: 


Baek Kang-hyuk (Ju Ji-hoon) menyertai Trauma Team di Hankuk National University Hospital (HNUH) menggantikan doktor utama yang collapse kerana penat bekerja. Dr. Baek mempunyai pengalaman berkhidmat sebagai doktor pakar bedah di beberapa kawasan perang seperti Afghanistan, Syria dan lain-lain. Kelayakan dan kemahiran dia menjadi taruhan Menteri Kesihatan Kang Myeong-hui (Kim sun-young) yang sudah melaburkan sebanyak 10 billion won di hospital tersebut. 

Bagi Dr. Baek gaji yang tinggi bukan keutamaan sebaliknya menyelamatkan pesakit, jadi disebabkan passion yang sama ada pada Dr. Yang Jae-won, dia diambil sebagai protégé pertama Dr. Baek di HNUH. Jururawat Cheon Jang-mi pula menjadi pembantu utama untuk department tersebut. Dari Trauma Team, Dr. Baek upgrade kepada Trauma Center dan minta pihak atasan beri perhatian kepada jabatan mereka.


Kerana cara Dr. Baek yang komited menyelamatkan mangsa, penggunaan fasiliti di hospital semakin lama semakin meningkat terutamanya penggunaan helikopter dari 119 Air Rescue Unit. Setiap bulan perbelanjaan mereka semakin meningkat tanpa membawa masuk untung yang tinggi hingga menyebabkan ramai jabatan dan pihak atasan mula menyampah dengan kehadiran Dr. Baek. 

Naskhah Trauma Code: Heroes on Call arahan Lee Do-yoon original series dari Netflix mengangkat unit kecemasan dan konflik kewangan yang dialami oleh Trauma Center. Selalunya bila layan drama yang berkisar dunia perubatan, unit kecemasan adalah unit pertama yang akan membuat pemeriksaan terhadap pesakit sebelum dihantar ke jabatan pakar yang sesuai. 


Sama macam hospital yang lain, di HNUH pun menggunakan praktis, mana-mana doktor akan bergilir untuk bekerja di situ. Disebabkan naskhah Trauma Code: Heroes on Call menggunakan template komedi, nampak kelakar bila tengok Dr. Yang berlari satu hospital setiap kali dapat call untuk bertugas di Trauma Team. No wonder lah doktor yang sebelum ni collapse sebab penat sangat. Kalau jadi atlit lumba lari boleh menang semua doktor dekat Trauma Center ni.  

In real life, ada doktor yang meninggal sebab kerja lebih masa di unit kecemasan sebab drama terbitan Studio N dan Mays Entertainment diadaptasikan dari webtoon Trauma Center: Golden Hour karya Hansanleega dan Hongbichira. Webtoon tersebut pula mengabadikan pengalaman Professor Lee Guk-jong, pakar bedah trauma yang terkenal dengan penglibatan dia dalam bidang perubatan di Korea Selatan. 


Latar masa Trauma Code: Heroes on Call dalam tempoh tahun 2011 hingga 2015 sebab penggunaan helikopter untuk rawatan kecemasan yang belum meluas di negara tersebut sebab tu HNUH belum ada helipad. Sebab tu juga lah watak paramedik An Jung-heon (Hong Woo-jin) terkejut bila Dr. Baek kata nak tebuk kepala patient dalam helikopter. Smartphone yang digunakan oleh watak-watak utama juga adalah iPhone dan Samsung lama. 

Unik lah bila penulis masukkan konflik kewangan dalam drama ni sebagai kesedaran kepada Kerajaan yang bidang perubatan sangat memerlukan duit untuk bergerak. Masa dan duit sama-sama penting, nak harapkan passion doktor semata memang tak mampu nak pergi jauh. Glad to know drama Trauma Code: Heroes on Call trending dekat Malaysia supaya buka mata juga kepada pihak berkenaan bila ramai doktor dah mula penat sebab fasiliti dan peruntukan yang kurang. 


Selain dari jalan cerita yang kuat dan menghiburkan, lakonan watak-watak utama seperti Jung Ji-hoon dan Choo Young-woo antara bonus point drama Trauma Code: Heroes on Call selama 8 episod. Chemistry dan dinamik mereka berdua buatkan perjalanan karier sebagai doktor di Trauma Center nampak bertenaga walaupun hakikatnya kesian tak cukup tidur dan sentiasa berdepan dengan pilihan yang menakutkan. 

Sebelum ni Choo Young-woo pernah menang Best New Actor tapi drama dia tak lah dapat banyak perhatian pun. Lepas muncul dalam drama Trauma Code: Heroes on Call penuh muka dia dekat TikTok dan Reels sebab ramai yang buat edits reaction dia untuk semua benda. Expressions muka dia memang kelakar sebab selama ni jadi nerdy dan ikut semua cakap mentor dia, Dr. Han Yu-rim (Yoon Kyung-ho) tiba-tiba jadi orang penting sejak Dr. Baek muncul. Muka dia amaze dengan skills Dr. Baek langsung tak boleh sorok. 


Seronok tengok Kim sun-young dapat berlakon dalam watak korporat sebab selalu nampak dia jadi supporting character golongan marhaen atau jadi mak-mak. Bila berlakon jadi Menteri Kesihatan, lain macam aura dia padahal muncul tak banyak pun. Sama juga dengan watak Dr. Park Gyeong-won, anesthesiologists yang selalu membantu Dr. Baek semasa pembedahan penting. Watak dia tak ada banyak dialog pun tapi bila dia muncul terus rasa lega sebab kepakaran dia membantu Dr. Baek dengan Anus. 



Kudos to make-up and props team sebab semua babak di bilik bedah dan kemalangan semuanya nampak scary dan real. Bab ni memang Korea berada di barisan hadapan lah sebab tu seronok tengok medical drama diorang. Pengarah dah confirmkan Season 2 dan Season 3 untuk drama Trauma Code: Heroes on Call tapi bila nak keluar tu tak pasti. Yang pastinya, drama Trauma Code: Heroes on Call, drama terbaik untuk tahun 2024. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10