Movie Review | Plane (2023)

Tuesday, 4 February 2025


Director: Jean-François Richet
Writers: Charles Cumming, J. P. Davis
Cast: Gerard Butler, Mike Colter, Yoson An, Tony Goldwyn
Production Companies: MadRiver Pictures, Olive Hill Media, Di Bonaventura Pictures, G-BASE
Distributor: Lionsgate, Netflix
Genre: Action / Thriller 
Running Time: 107 minutes
Release Date: 13 January 2023
Trailer:


Plane bermula dengan babak rutin kebiasaan krew kabin sebelum penerbangan berlepas pada malam Krismas. Penerbangan yang menuju ke Honolulu melalui Tokyo, Jepun dikendalikan oleh Brodie Torrance (Gerard Butler) dibantu oleh Samuel Dele (Yoson An) bersama 3 orang pramugari diketuai oleh Bonnie Lane (Daniella Pineda). 

Pesawat mereka tak lah mempunyai ramai penumpang namun menjadi kenderaan untuk menerbangkan Louis Gaspare (Mike Colter), banduan berbahaya ke penjara. Bukan sesuatu masalah yang besar buat Kapten Brodie dan krew kabin yang lain sebab mereka mempunyai isu yang lebih besar kerana cuaca di Lautan China Selatan agak buruk. Walaupun dah suarakan kegusaran tersebut, David Scarsdale (Tony Goldwyn), airline crisis manager yakinkan mereka untuk teruskan juga penerbangan. 

Akibatnya Trailblazer Airlines Flight 119 dipanah petir dan menyebabkan pesawat dan sistem komunikasi gagal berfungsi. Walaupun berjaya mendarat dengan selamat hasil kepakaran Kapten Brodie, malangnya mereka berdepan dengan situasi yang berbahaya setelah masuk ke kawasan milik Datu Junmar (Evan Dane Taylor). 

Seluruh kawasan di Kepulauan Jojo, Filipina diisytiharkan kepunyaan pengganas Sulu di mana pihak polis atau tentera tidak akan masuk hanya untuk misi mencari dan menyelamat. Kapten Brodie arahkan Samuel untuk perbaiki enjin dan radio komunikasi sementara dia bersama Louise mencari bantuan di luar sebelum berdepan dengan situasi yang lebih buruk. Dia sendiri pun taky akin akan selamat bersama dengan Louise tapi apa lagi pilihan yang dia ada? 

Filem aksi thriller arahan Jean-François Richet menggunakan beberapa situasi yang buruk dalam filem Plane untuk meningkatkan elemen saspens pada separuh masa pertama. Bila watak Kapten Brodie ada sejarah pernah berkhidmat dalam Royal Air Force, dah boleh agak hala tuju filem ni, sama ada dia berjaya selamatkan penumpang atau dia akan berkorban untuk tampil sebagai hero. 

Seteruk mana pun situasi yang dialami oleh watak-watak utama dalam filem Plane hasil penulisan Charles Cumming dan J. P. Davis ni, babak-babak cliché filem aksi Hollywood tetap ada. Tapi not bad lah sebab aksi yang dipaparkan masih enjoyable. At first macam risau juga dengan watak Louise tapi tak sangka dinamik watak Louise dengan Brodie menjadi. 

Masa Kapten Brodie emosi tengok Datu Junmar dengan konco-konco dia culik semua penumpang, Louise halang dia dari buatkan keadaan lebih teruk. Lega teruk bila tengok berapa ramai Louise bunuh dalam satu bangunan supaya Brodie tak terganggu untuk selesaikan urusan dia. Penulis tak letak backstory untuk justify jenayah Louise pun supaya kita kesian dengan watak dia tapi fokus dengan kerjasama dua watak utama ni. 

Situasi dekat Kepulauan Jojo tu memang perlukan pembunuh kejam macam Louise untuk survive di situ. Tak hairanlah kenapa polis pengiring tak nak buka gari Louise biarpun kapal terbang tu akan terhempas dekat laut. Dia punya brutal bunuh orang tu lain macam. Brodie nak bunuh pengganas Sulu pun tarik nafas dalam dulu sebab tak biasa. 

Masuk dekat second half bergabung pula dengan geng tentera yang dihantar oleh Terry Hampton (Paul Ben-Victor) untuk selamatkan imej dan reputasi dia gara-gara keputusan bodoh yang dibuat oleh airline crisis manager. Function teruk lah geng tentera tu sebab tak buang masa langsung selamatkan semua penumpang dekat situ. Seronok tengok sniper buat kerja untuk bagi laluan dekat watak-watak lain. 

Kalau layan filem Plane untuk aksi memang akan puas hati lah sebab stunt yang dimasukkan tapi bila sembang bab jalan cerita, banyak benda boleh pertikai. Tak faham lah kenapa pramugari nak korbankan diri sendiri sebab ada penumpang tak dengar kata dalam keadaan genting macam tu. Ada juga beberapa babak yang merepek tapi sebab layan dekat Netflix so benda tu jadi kelakar. Masa Brodie lupa ID number dia tu facepalm moment lah sebab boleh lupa benda penting. Nak salahkan Carmen sepenuhnya pun tak boleh juga. 

Dalam filem Plane ni watak protagonisnya bukan Brodie tapi si pesawat tu sendiri. No wonder lah penulis letak tajuk Plane sebab function teruk. Dah kena panah petir, buat emergency landing rempuh segala pokok yang ada, sayap sebelah kanan dah ‘injured’, kena tembak, kena belasah pun tetap berjaya selesaikan misi. Mantul. 

1. Team Production +0.6, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +0.4, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +0.3, 10. Personal Thought +0.2 = 6.8/10

Blog Performance January 2025

Monday, 3 February 2025


Report card untuk tahun 2025 ni lambat sikit sebab tak sihat sepanjang Chinese New Year lepastu PC pulak rosak. Bertimpa-timpa dugaan hujung bulan Januari ni. Hari ni masuk office baru sempat nak update. 

1. PV

Dah lama pageviews bulanan mencecah angka 200,000 lebih. Last masa bulan Jun tahun 2023 T.T

Tak pasti macam mana boleh naik sebab rutin sama je setiap bulan tapi yang pastinya sekarang makin banyak review dah masuk first page balik dekat Google. Mungkin Google dah kembali pentingkan queries macam sebelum  ni dan bagi laluan kepada Blogger instead of products from Meta.

I harap bulan depan dan bulan yang mendatang pun boleh maintain lah angka ni sebab murung bila pv sendu. 

2. Posts


Penyumbang utama pageviews tinggi untuk bulan Januari masih lagi sama, berpunca dari entry Lirik Lagu NurCinta. Harap Amir Masdi boleh bawa balik trofi AJL tahun ni. I perasan juga senarai Best Bollywood Movies 2023 masuk dalam Popular Post sampai 1.06 ribu pageviews. Bila tengok keywords, ada yang mencari filem Bollywood baru. 


Bila Netflix masukkan filem best dekat streaming platform dia, ramai lah cari balik filem Hindustan and of course blog I yang menghidangkan review filem nustan pun muncul di carian juga. Boleh kata dekat Malaysia ni ramai yang langgan Netflix lah berbanding OTT platform yang lain. Baru je nak stop subscribe Netflix lepas kenaikan harga haritu since banyak movie tak syok Netflix beli. 

3. Keywords


Belek keyword dekat Blogger pun ada banyak pasal filem hindustan tapi bilangan tak banyak lah nak bandingkan trending keywords dekat Google Search Console. Bila belek trending queries banyak juga yang mencari sinopsis filem dekat blog ni. I perasan kalau orang buat review suka skip sinopsis ataupun sentuh sikit je padahal sinopsis antara elemen penting dalam review. So kalau nak naikkan views, tak kisah lah dekat blog ataupun social media account, cerita lah panjang sikit pasal sinopsis.

4. Bilangan Entri


Bulan lepas target nak dapatkan 60 entri lepastu all out update dekat cuti raya cina sekali tumbang pulak lepastu cpu pulak buat hal so redho je lah dengan apa yang ada. Try jugak update guna blogger apps dekat phone tapi cap ayam betul kejadiannya. Semoga dapatlah mengubah target dan kembali ke rutin lama untuk tahun 2025 ni. 

Terima kasih kepada yang berkunjung ke blog ni dan drop komen. I perasan semakin banyak unknown account yang drop comment dekat review. Thank you and have a nice lovely February ahead :)

Lirik Lagu Sampai Jumpa - Midnight Serenade

Friday, 31 January 2025


Dari bulan lepas nampak Iqbal selalu update tour Perayaan Mati Rasa rupanya tu tajuk filem. Dalam filem tu Iqbal ahli kumpulan Midnight Serenade. Lagu Sampai Jumpa is one of my favorite song from the band. 

LIRIK LAGU SAMPAI JUMPA 

Penyanyi: Midnight Serenade 
Komposer: Fadhlan Darari
Lirik : Umay Shahab 


Mungkin tak selalu benar
Meskipun ku lelah ku terus mencoba berenang
Mungkin... dunia pun gelap
Tak tahu apa yang ku mahu darimu

[Pre-chorus]
Kau rusak lagi 
Menangis sendiri
Belajar berdiri 
Namun penuh benci
Sampai di sini ku ucapkan ini

[Chorus]
Sampai jumpa.. kau yang tercinta
Andaikan kau jujur padaku
Ku bangga merelaikan logika
Sampai jumpa.. kau yang tercinta
Hati yang berdebar karnamu
Bertabur hatiku mengalir darahku penuh dusta

Mungkin penuh ketakutan
Selalu bicara tentang mimpi kita bersama
Mungkin... semua di kepala
Menolak semua meskipun nyatanya

[Chorus]
Sampai jumpa.. kau yang tercinta
Andaikan kau jujur padaku
Ku bangga merelaikan logika
Sampai jumpa.. kau yang tercinta
Hati yang berdebar karnamu
Bertabur hatiku mengalir darahku penuh dusta

[Bridge]
Aku.... mengaku salah
Semoga kau gembira 

[Chorus]
Sampai jumpa.. kau yang tercinta
Andaikan kau jujur padaku
Ku bangga merelaikan logika
Sampai jumpa.. kau yang tercinta
Hati yang berdebar karnamu
Bertabur hatiku mengalir darahku penuh dusta

Movie Review | Maharaja (2024)

Wednesday, 29 January 2025


Director: Nithilan Saminathan
Writers: Nithilan Saminathan, Raam Murali
Cast: Vijay Sethupathi, Anurag Kashyap, Mamta Mohandas, Natty Subramaniam
Production Companies: The Route, Think Studios, Passion Studios
Distributor: Netflix
Genre: Action / Thriller
Running Time: 140 minutes
Release Date: 14 June 2024
Trailer:


Tahun 2024 ada dua naskhah yang lebih kurang sama judulnya dan ditayangkan di Netflix. Satu naskhah Bollywood berjudul Maharaj (2024) dan satu lagi naskhah Kollywood berjudul Maharaja (2024). Bezanya satu huruf saja tapi kedua-duanya mempunyai impak yang kuat pada penceritaan masing-masing. I dah layan kedua-dua filem tapi lupa nak buat review Maharaja sebab I ingat I dah buat. 

Maharaja (Vijay Sethupathi) seorang lelaki yang pendiam dan bekerja sebagai tukang dandan rambut di Ramki Saloon di Chennai. Satu hari Maharaja pergi membeli patung sebagai buah tangan kepada keluarga yang dilawatinya. Ketika membuat pembayaran di kaunter, sebuah trak terbabas lalu menghentam rumah kenalannya. Insiden tersebut menyebabkan semua meninggal kecuali anak perempuannya, Jothi (Sachana Namidass) yang terlindung oleh sebuah tong sampah besi. 

Sejak dari peristiwa tersebut, Maharaja dan Jothi menamakan tong sampah tersebut Lakshmi. Setiap hari Jumaat mereka mencuci Lakshmi dan mengadakan upacara doa secara ringkas. Malangnya ketika Jyothi pergi ke lawatan sekolah, Maharaja diserang oleh sekumpulan perompak yang masuk ke rumahnya kemudian mencuri Lakshmi. Selepas tersedar dari pengsan dan membuat rawatan di hospital, Maharaja pergi ke balai polis untuk membuat laporan tentang kecurian tersebut. 

Inspektor S. Varadharajan (Natty Subramaniam) ditugaskan untuk menyiasat kehilangan Lakshmi selepas Maharaja robohkan sebahagian kecil balai polis. 

‘People get no justice in here even when their lives are in danger, and here you are, creating a ruckus over losing a dustbin.’ - Inspektor S. Varadharajan

Penceritaan Maharaja pada separuh masa pertama kebanyakannya fokus kepada pencarian Lakshmi di seluruh bandar tersebut sambil Maharaja tenang menunggu hasil siasatan pihak polis. Dalam masa yang sama pengarah membuka plot yang lain tentang sekumpulan perompak yang diketuai oleh Selvam (Anurag Kashyap). Bukan saja merompak bahkan membunuh seisi keluarga selepas merogol mangsa perempuannya. 

Penceritaan antara Maharaja dan Selvam bersilih ganti kerana mempunyai pertalian yang sama iaitu Lakshmi sampai lah pengarah putuskan untuk pertemukan kedua-dua watak tersebut. Pace penceritaan mungkin agak perlahan tapi pengarah bagi penonton masa untuk kenal dan ingat beberapa key point yang disorok pada first half untuk connect the dots di separuh masa kedua.

Sinematografi dari Dinesh Purushothaman menguatkan screenplay dengan menggunakan close-up dalam kebanyakan babak untuk tonjolkan emosi dari beberapa watak yang terlibat. Kelakar masa Inspektor S. Varadharajan cari siapa banduan yang sudi jadi kambing hitam untuk mengaku mencuri tong sampah milik Maharaja. Reaction and expression masing-masing on point sangat. 

Filem Maharaja merupakan filem ke-50 lakonan Vijay Sethupathi jadi tak hairanlah kenapa nama filem dan nama watak utama berjudul Maharaja, sesuai sangat lah dengan dia yang tonjolkan kekuatan lakonan dalam industri Kollywood. Anurag Kashyap not bad lah sebagai watak antagonis dan dapat hukuman atas perbuatan dia di hujung cerita. 

Konsep non-linear yang dipaparkan dalam filem Maharaja bukan sesuatu yang baru dan plot twist yang pengarah tunjuk pun dah boleh dijangka bila Selvam pergi ke Ramki Salon. But still I tetap layan untuk tahu apa yang penulis ingin ceritakan pada second half and it turns out good. Tak ada dull moment sampai lah takdir pertemukan Maharaja dengan perompak yang dicari. I tertarik dengan konsep takdir yang bergerak seiring dengan revenge road Maharaja. 

Memandangkan naskhah Maharaja adalah terbitan industri Kollywood, babak aksi dan stunt yang dimasukkan agak berlebihan. Sama juga dengan babak Maharaja suka grip something sampai roboh. Tak lah teruk pun sebab signature filem Kollywood memang macam tu so layan je lah. But overall, Maharaja memang layak ditonton untuk yang suka filem thriller. Some scenes a bit gory. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10

Movie Review | The Menu (2022)

Director: Mark Mylod
Writers: Seth Reiss, Will Tracy
Cast: Ralph Fiennes, Anya Taylor-Joy, Nicholas Hoult, Hong Chau, Janet McTeer, Judith Light, John Leguizamo
Production Companies: Hyperobject Industries, Gary Sanchez Productions
Distributor: Searchlight Pictures 
Genre: Black Comedy / Horror
Running Time: 107 minutes
Release Dates: 10 September 2022 (Toronto International Film Festival), 18 November 2022 (United States)
Trailer:


Filem The Menu bermula dengan babak Tyler Ledford (Nicholas Hoult) dan pasangan dia pada malam tersebut, Margot Mills (Anna Taylor-Joy) berbual di jeti sebelum dibawa ke sebuah pulau persendirian. Di pulau tersebut terletaknya sebuah restoran kepunyaan chef selebriti, Julian Slowik (Ralph Fiennes). Selain mereka berdua, food critic – Lilian Bloom (Janet McTeer) dan editornya, Ted; pelakon sendu George Diaz (John Leguizamo) bersama pembantu peribadinya, Felicity Lynn (Aimee Carrero); juga sekumpulan business partners – Soren, Dave dan Bryce.


Dari awal Tyler bercerita tentang minat dia terhadap makanan dan dunia kulinari yang mengagumkan dia. Kehadiran Lillian Bloom buatkan malam tersebut jadi lebih istimewa sebab Lilian adalah pengkritik makanan yang discover Chef Slowik. Margot hanya mendengar cerita Tyler sebab dia tak tahu langsung tentang kulinari selain menjadi peneman yang terpaksa gantikan date Tyler. 


Masa tengok filem ni, reaction I lebih kurang sama lah dengan reaction Margot sebab tak tahu-menahu pun tentang dunia kulinari. Nak pula jenis fine dining dengan teknologi yang dipaparkan dalam The Menu arahan Mark Mylod. Emosi pun ye juga sebab geram tengok makanan masing-masing besar tapak tangan. But Margot represent us, the audience sebab tu apa yang dia tak faham, Tyler akan terangkan. 


Ironi lah bila Tyler pandang rendah dengan orang yang idolakan pemusik, ahli sukan atau artis sebab bakat mereka cuma bergantung kepada sesebuah alat sedangkan watak dia pun merepek juga idolakan seorang chef. Watak Tyler dengan orang lain yang obsess dengan selebriti, tak ada bezanya pun. Sama level je merepeknya. Sanggup habiskan duit untuk makan scallop satu sudu atas batu ataupun satu gumpalan tembikai susu sedangkan dia boleh makan satu biji tembikai dengan harga yang jauh lebih murah. Tapi disebabkan makanan tu dihasilkan dari Chef Slowik, suddenly it turns out okay to consume. Rasa bangga bila makan. 


Sama lah dengan terpaling fashion yang meronta nak beli handbag atau pakaian dari LV atau Chanel sebab bangga dengan brand padahal kalau buang label tu, design biasa je. Lebih kurang sama dengan design yang local artist hasilkan. Filem The Menu bersifat satira tentang obsesi terhadap sesuatu sampai hilang nikmat penciptaan. 


‘Over the next few hours you will ingest fat, salt, sugar, protein, bacteria, fungi, various plants and animals, and, at times, entire ecosystems. But I have to beg of you one thing. It's just one. Do not eat. Taste. Savor. Relish. Consider every morsel that you place inside your mouth. Be mindful. But do not eat. Our menu is too precious for that. And look around you. Here we are on this island. Accept. Accept all of it. And forgive. And on that note... food!’ – Chef Slowik

Perjalanan filem The Menu cuma mengambil masa dalam satu malam di satu latar tempat yang sama iaitu di restoran ternama milik Chef Showik. Uniknya pulau tersebut mempunyai banyak hidupan laut yang akan digunakan sebagai bahan dalam masakan. Sama juga tanaman dan daging yang ditanam atau diternak dengan cara yang tersendiri. 


Jumlah tu tak banyak pun sebab menu fine dining kan sikit je tapi menarik lah sebab sedikit sebanyak babak tu influence pandangan dan imaginasi kita bila masuk ke babak semua watak diberi makan. Faham lah kenapa menu tu sedap sebab bahan yang digunakan segar dan bermutu tinggi. Faham juga kenapa Chef Slowik minta semua yang ada malam tu untuk merasa dan bukannya makan. 

Sinematografi dari Peter Deming mempunyai gaya yang tersendiri lantas menguatkan lagi penceritaan The Menu yang menggunakan genre thriller sebagai genre utama. Walaupun ada beberapa shot yang tak difahami sebab nature filem yang bersifat satira tapi babak tertentu berjaya menguatkan lagi suasana yang hening dan mengerikan. 




I just watch this movie for fun je sebab tak faham pun apa satira dan mesej yang cuba disampaikan dari team production but reading all reviews stating facts and hidden messages makes me understand the movie much better. Apa simboliknya setiap watak dan kenapa Chef Slowik terkesan dengan kehadiran Margot yang hanya bekerja sebagai escort. No wonder lah filem ni dapat banyak pencalonan termasuklah Best Film Writing dan Best Thriller Film. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10

1. Team Production +, 2. Visual +, 3. Audio +, 4. Storyline +, 5. Casting +, 6. Genre +, 7. Themes +, 8. Editing +, 9. Social Message +, 10. Personal Thought + = /10

LIRIK LAGU CALAR - AMIR MASDI


Isnin lepas Amir Masdi release satu lagi music video, sebuah single dari album berjudul AM:PM yang dihasilkan bersama Edry Abdul Halim di Manchester, UK. Since I dah dengar satu album, lagu Calar antara fav song dari album ni selain Nurcinta dan Take Me Home. 

Lagu lain pun best juga macam Luar Kotak dengan Langit Biru boleh jadi OST filem atau drama genre sukan. Kalau tak jadi OST pun, at least AJK team building ada lagu lain nak masuk dalam playlist selain Gemuruh dan Standing In The eyes hshshs



LIRIK LAGU CALAR - AMIR MASDI
Artis : Amir Masdi
Penulis lirik: Amir Masdi & Edry Abd. Halim
Komposer: Amir Masdi & Edry Abd. Halim
Studio: Nova Music Malaysia

Berlegar di taman hati
Untuk cuba mengenali
Seorang bernama kekasih

Sahut terpanggil namaku
Sangkanya dari jiwamu
Ku berani pertaruhkan diri

[Pre-Chorus]
Rupanya aku
Bukan setandingmu
Calar hatiku petanda

[Chorus]
Sayangnya aku memetik 
Sekuntum mawar tercantik
Mekar harum mewangi
Salahnya aku menggamit 
Ranting yang mencucuk duri
Tercalar luka hatiku ini

Sedihku hampa berharap
Cinta yang mampu ku dakap
Terlepas dari dimiliki

[Pre-Chorus]
Rupanya aku
Bukan setandingmu
Calar hatiku petanda

[Chorus]
Sayangnya aku memetik 
Sekuntum mawar tercantik
Mekar harum mewangi
Salahnya aku menggamit 
Ranting yang mencucuk duri
Tercalar luka hatiku ini

[Bridge]
Aku sedar pedih bisa
Setelah hati tercalar
Aku sedar pedih bisa
setelah hati tercalar luka

[Pre-Chorus]
Rupanya aku
Bukan setandingmu
Calar hatiku petanda

[Chorus]
Sayangnya aku memetik 
Sekuntum mawar tercantik
Mekar harum mewangi
Salahnya aku menggamit 
Ranting yang mencucuk duri
Tercalar luka hatiku ini

Bollywood Star Di Majlis Ulangtahun Ke-25 Sabyasachi

Monday, 27 January 2025

Mencecah ulangtahun ke-25 atau Jubli Perak layak diberi perhatian dan pesta keramaian dengan kehadiran beberapa pelakon terkenal di Bollywood. Sabyasachi mengadakan sambutan ulangtahun di Jio Hall dengan memperagakan 157 custom yang dimulakan dengan Deepika Padukone dalam persalinan serba putih. 


I tak pergi majlis ulangtahun ke-25 Sabyasachi so this entry bukan berkenaan majlis tersebut tapi nak tengok artis mana yang datang. Tak pasti apa tema majlis ni tapi tengok pada pakaian semua tetamu, I guess it's elegant black? 

1. Ananya Panday


Super love with Ananya's look for this event! Ananya mengenakan midi dress berwarna hitam dan padankan dengan outer layer dari material organza dengan hiasan polka dot. Halter neck dihiasi renda berwarna hitam dan ikatan reben yang besar di bahagian bahu menguatkan lagi elemen retro pada penampilan Ananya. 

Ananya memilih gaya rambut retro dan smokey eyes makeup untuk tampil elegan dan menarik. Sepasang anting-anting berjurai gabungan bentuk rama-rama dan gegelung berwarna emas dipadankan dengan tas mini Chanel berona sama. 

2. Sonam Kapoor


Sonam Kapoor memilih gaya fesyen yang ekstra dengan gabungan wide neck sinlet sebagai top dan padankan bersama skirt paras lutut . Since dua pakaian di dalam ni akan tenggelam, I guess dia tak bagi perhatian sangat pun sebab jaket berbulu dia yang akan mainkan peranan utama. Choker sarat dari koleksi perhiasan Sabyasachi memukau perhatian. Rambut lurus dibelah tengah dan bold makeup menjadi pelengkap gaya Sonam. 

3. Kalyani 


Debut dalam The Fabulous Life of Bollywood Wives Season 3, Kalyani dijemput untuk hadir ke Majlis Ulangtahun Ke-25 Sabyasachi. Kalyani nampak ringkas dalam persalinan strap dress dari Dior dengan skirt berenda dari pinggang ke hujung kain. Kalyani padankan outfit dengan iconic pouch berwarna hitam dari koleksi Sabyasachi. 

4. Bipasha Basu


Dah lama tak nampak Bipasha Basu muncul dekat mana-mana event sejak dah ada Devi. Surprise juga lah bila nampak Bips dalam persalinan sari Bengali berona hitam dengan border berwarna emas. Persalinan tradisional Bips dipadankan dengan iconic pouch Sabyasachi berwarna hitam. Pouch ni sama dengan pouch Kalyani. 

Selalunya I tak suka dengan hairstyle bun but this one okay lah sebab nak tonjolkan jhumka emas dia. Kalau buat hairstyle lepaskan rambut mungkin tenggelam aksesori tu. 

5. Aditi Rao Hydari


Aditi tampil ayu dalam persalinan anarkali berona hitam dengan hiasan manik berwarna emas yang sarat di bahagian hujung kain dan juga dupatta. 


6. Alia Bhatt



Alia tampil dalam persalinan sari sutera Murshidabad yang digabungkan bersama bralette sarat dengan manik pelbagai bentuk. Sari ni dari koleksi Sabyasachi juga cuma nampak terlampau ringkas untuk Alia. Ada masanya sari sutera ni menggelembung dan tenggelamkan Alia. Soft curve di bahagian hadapan dan bun menjadi pilihan untuk majlis ulangtahun Sabyasachi.  

7. Sobhita Dhulipala


Sobhita Dhulipala tampil menggoda dengan maxi dress bercorak jalur harimau dari koleksi Sabyasachi’s Autumn/Winter 2024 Couture. Dalam gambar memang nampak bold dan elegan tapi bila dekat majlis, nampak macam baju biasa. Tak pasti kenapa Sobhita boleh pakai warna coklat, berbeza dengan tetamu yang lain. 

8. Deepika Padukone 


Since Deepika Padukone jadi opening untuk Jubli Perak Sabyasachi, cuma dapat tengok apa yang dia pakai dekat atas pentas peragaan je. I have a mixed reaction on this outfit. The pantsuit looks good tapi cotton jacket yang buatkan Deepika nampak besar. Dari depan mungkin okay lah kot tapi dari tepi, ketara sangat material tu mengembang. Plus, corak dekat jaket tu cuma ada di bahagian dalam padahal lagi cantik kalau dekat belah luar jaket. 

Sarung tangan hitam berfungsi untuk tonjolkan gelang hiasan hasil karya Sabyasachi tapi kalau ikutkan tak sesuai langsung dimasukkan sekali dalam outfit ni sebab hiasan dekat leher dan dada tu dah sarat. The hair is giving Rekha. 

Gordon Ramsay Healing di Hay Day

Saturday, 25 January 2025


Sejak bertukar hp baru, I sambung balik main game Hay Day and it's been a year already since I'm being active in here. 

Masa awal masuk dulu kerap jugak bertukar neighbourhood sebab tak ngam. Masuk yang sekarang boleh click, stress pun tak sangat as long boleh contribute. Kejap turun naik championship tu perkara biasa lah sebab task bukannya ditentukan oleh players. 

Anyway, after a year, Hay Fay keeps improving and the latest surprise untuk tahun baru 2025, Gordon Ramsay buat kemunculan selama seminggu menggantikan Greg yang pergi memancing. 


Selama seminggu jugak lah nama farm tu berubah kepada Gordon Ramsay's Farm. Nasib baik la Gordon dalam ni baik dan tenang je. Not contribute much pun sebab dia cuma jual barang dekat market lepastu bagi hadiah dalam bakul croquettes dia. 


Dalam bakul ni ada la hadiah-hadiah best untuk players' farms. 


Seminggu pun berlalu dan Gordon terpaksa balik jaga restoran dia hshshs 

Small cameo dalam game pun boleh buat I happy main Hay Day ni. 

5 Perkembangan Jalan Cerita One Cent Thief Musim 2

Friday, 24 January 2025

Siri terbitan Astro Shaw bersama Independant Pictures Sdn Bhd ini menyambung perjuangan Iman Shah (Syafiq Kyle) dan Digital Karma yang diketuai oleh Chen (Fabian Loo) untuk menjatuhkan Ibu Zara (Sofia Jane), pemilik kartel dadah yang sangat berkuasa dan juga merupakan seorang ahli politik Parti Wirawan. 

Sementara Iman sembuh dari kecederaan ditembak oleh pengawal keselamatan, Intan (Azira Syafinaz) bawa kes menentang Ibu Zara ke Mahkamah. 

1. Iman Shah dan Digital Karma

Digital Karma melarikan Iman Shah selepas ditembak oleh pengawal (Nafis Zaidi) dalam Musim 1. Selepas sedar, Iman berjumpa dengan Ash atau nama sebenarnya Chen yang menyamar sebagai pegawai baru di Bintang Bank. Babak ni menjadi penutup pada One Cent Thief Musim 1

Misi Chen dan Digital Karma agak jelas dari episod pertama, trailer dan teaser untuk One Cent Thief Musim 2 iaitu menjatuhkan Ibu Zara dengan bantuan Iman Shah. Walaupun Digital Karma mempunyai ramai hackers tapi tak sebijak Iman yang menggunakan strategi mencuri 1 sen dari setiap akaun bank atau strategi-strategi lain. Kesemua akaun bank milik Ibu Zara berada di bawah Bintang Bank dan dijaga oleh Irene (Carmen Soo) dan Redza (Zain Hamid) akan menjadi sasaran Iman dan Digital Karma. 

Pengarah duo One Cent Thief Musim 2 - Ariff Zulkarnain dan juga Alfie Palermo bagitahu dalam musim 2 akan ada penambahan watak antagonis selain Ibu Zara. 

'Iman Shah dan Digital Karma akan bergabung untuk menjatuhkan Ibu Zara tapi bukan sekadar Ibu Zara sahaja, lebih dari tu. Maksudnya kalau dalam Season 1, Iman vs Bintang Bank, dalam Season 2 pula Iman vs something yang lagi besar iaitu Kerajaan.' - Ariff Zulkarnain

2. Penambahan Watak-Watak Baru

One Cent Thief 2 memperkenalkan Syarul Ezani sebagai Dzia, seorang polis undercover dari Unit Kegiatan Jenayah yang mengawasi rumah Intan untuk mengetahui keberadaan Iman Shah selepas menghilang dari Bank Bintang. Watak Dzia bekerja di bawah arahan ketuanya, Kapten Chandran (Shashi Taran). Watak D yang dilakonkan oleh Trisha Ooi merupakan orang kanan Digital Karma yang akan membantu Chen dan Iman. 

Selain tiga watak di atas, ada banyak lagi cameo disimpan sebagai kejutan untuk penonton One Cent Thief Musim 2. Ada beberapa pengarah terkenal akan muncul sebagai watak sampingan, pertambahan watak antagonis dan lain-lain lagi. 

3. Pairing Watak

Kalau sebelum ni dalam musim pertama Intan sentiasa bersama Ash (Fabian Loo) tapi dalam musim kedua, Intan bersama dengan Abah (Faizal Hussein). I pernah predict yang Ibu Zara akan cucuk Intan untuk lawan Iman rupanya tak. Intan dengan Abah akan berganding dan kukuhkan elemen drama dalam Musim 2. Bak kata Faizal Hussein dalam Sidang Media One Cent Thief 2, emosi dalam drama ni dua kali ganda dari musim sebelumnya. Azira juga bagitahu watak Intan mengalami kemurungan selepas tiga bulan Iman Shah menghilangkan diri. 

Iman Shah akan bergabung dengan Digital Karma iaitu Chen dan D walaupun awalnya dia nak cuci tangan. Gara-gara Ibu Zara bebas dari pendakwaan Mahkamah kerana tak cukup bukti, Iman setuju untuk bantu Digital Karma lalu curi 250 juta ringgit dari semua akaun milik Ibu Zara. 

Pihak UKJ Kapten Chandran dan Dzia pula memburu Iman untuk jenayah siber yang dilakukan. Dalam Episod 1, Dzia dapat konklusi Iman Shah berada dengan Digital Karma selepas berbulan mengawasi rumah Intan. Dalam musim 2 watak Dzia akan bergandingan juga dengan watak Intan. 

4. Lebih Banyak Aksi

One Cent Thief Musim 2 ada lebih banyak aksi dan stunt dari watak-watak utama. Walaupun Trisha Ooi berkecimpung dalam bidang stunt tapi watak D agak mencabar untuk dilakonkan. Perbezaan ketara dalam musim 2, setiap episod mempunyai stunt dan fighting scenes berbanding musim lalu cuma pada beberapa episod sahaja. 

'So far kita ada letupan dalam musim 2 sebab Astro Shaw minta kita up our game compared to Season 1 sebab ada limitasi pada bajet. Dalam Season 2 akan ada banyak aksi tembak-menembak, letupan dan muzzle flare.' - Pengarah One Cent Thief Musim 2, Ariff Zulkarnain 

5. Backstory

Dari segi jalan cerita, barisan penulis kembangkan dengan menambah backstory pada watak-watak utama. Penulis tekankan emotional journey pada beberapa watak antaranya Iman Shah dan Intan. Penulis juga kuatkan tema grey character dengan mewujudkan rasa empati terhadap watak Ibu Zara dengan paparkan 'luka' yang pernah terjadi dalam hidup watak antagonis utama. Grey area yang dipaparkan dalam musim 2 mempunyai persamaan dalam One Cent Thief Musim 1 supaya skrip terlihat berbeza dari kebiasaan yang memaparkan hitam dan putih. 

Siri ini bakal bersiaran bermula 31 Januari 2025 setiap Jumaat, di On Demand dan Asto GO bermula 12 tengah malam, manakala jam 9 malam di Astro Citra (saluran 108), setiap Isnin, jam 9 malam di Astro Ria (saluran 104), serta sooka.

SIAR PERLAWANAN EPL HARAM, KAFE POOL DIDENDA RM175K

Thursday, 23 January 2025

Astro mencatat kemenangan kedua dalam penganugerahan ganti rugi statutori oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur selepas sebuah kafe pool tempatan didapati bersalah melanggar hak cipta gara-gara menstrim perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) secara haram.

Dalam keputusan bertarikh 7 Januari, mahkamah memihak kepada Measat Broadcast Network Systems Sdn. Bhd., anak syarikat Astro Malaysia Holdings Berhad, dengan menganugerahkan ganti rugi statutori berjumlah RM175,000. Kes ini melibatkan Frenz Pool Café dan Tuwang 69 Sdn. Bhd., yang menstrim kandungan Astro tanpa kebenaran.

Tindakan undang-undang ini membabitkan tayangan awam tanpa kebenaran perlawanan EPL antara Manchester United dengan Brighton pada 16 September 2023, yang disiarkan menerusi Astro Supersport 3. Pelanggaran tersebut turut melibatkan penggunaan logo dan elemen penjenamaan Astro secara tidak sah, yang menjadi faktor penting dalam keputusan mahkamah.

Menyambut baik keputusan tersebut Pengarah Jualan dan Pemasaran Astro, Tai Kam Leong, berkata: “Kami amat berbangga menerajui usaha melindungi hak intelek, dan keputusan ini menegaskan komitmen kami untuk memastikan mereka yang mengaut keuntungan daripada kandungan cetak rompak dikenakan tindakan tegas. Perjuangan kami tidak terhenti di sini; kami akan terus bertindak melindungi kandungan bermutu kami bagi membina ekosistem digital yang lebih adil untuk semua.”

Selain ganti rugi, pihak mahkamah turut mengeluarkan injunksi kekal terhadap defendan, melarang mereka daripada menstrim kandungan hak cipta Astro secara tidak sah pada masa akan datang. Defendan juga diperintahkan membayar kos guaman sebanyak RM10,000. 

Kemenangan ini susulan kejayaan pertama Astro dalam penganugerahan ganti rugi statutori pada November 2024 yang melibatkan sebuah pub tempatan. Berbeza dengan ganti rugi pampasan yang memerlukan bukti kerugian sebenar, jumlah bagi ganti rugi berkanun tersedia maktub dalam undang-undang.

Astro menganggap kemenangan ini sebagai sebahagian daripada usaha berterusan untuk mempertahankan pencipta, bakat, dan inovasi yang menjadi teras industri hiburan.

***********************

Tentang Astro Malaysia Holdings Berhad

Astro Malaysia Holdings Berhad (Astro) ialah syarikat kandungan dan hiburan utama di Malaysia, berkhidmat untuk 5.3 juta rumah atau 65% isi rumah TV Malaysia, 8,900 perusahaan, 16.6 juta, pendengar mingguan di seluruh radio FM dan dalam talian, 15.6 juta pengguna unik digital bulanan di platform-platform digital kami. Astro menawarkan 3 perkhidmatan berbeza kepada rakyat Malaysia – Astro Pay-TV, NJOI Prabayar dan sooka, platform OTT untuk golongan milenium; dan Astro Fibre, perkhidmatan jalur lebar kami yang menawarkan nilai lebih tinggi dengan bundle kandungan dan jalur lebar kami. Sejuta rumah sudah pun menstrim hiburan terbaik melalui Hybrid 4K UHD Ultra Box dan HD Ulti Box kami yang boleh dipasang sendiri dan digunakan pada kedua-dua satelit dan jalur lebar. Pada hari ini, para pelanggan boleh strim kandungan signatures tempatan kami, Astro Originals, sukan secara langsung dan rancangan global terbaik daripada Netflix, Disney+ Hotstar, HBO GO, iQIYI, TVBAnywhere+, beIN SPORTS CONNECT, BBC Player, Viu, ZEE5, WeTV, Qalbox by MuslimPro dan aplikasi rakan TV kami, Astro GO. Astro Radio, rumah kepada jenama radio yang dinilai tertinggi di negara ini merentasi semua bahasa utama serta jenama digital kami termasuk AWANI, SYOK, Gempak, XUAN dan Astro Ulagam, menyatukan rakyat Malaysia dengan kandungan dan pengisian yang penting.