Astro Kembali Dengan ‘From KL to PL’ Musim Kedua

Monday, 20 January 2025

Astro Kembali Dengan ‘From KL to PL’ Musim Kedua | Kembali Dengan Lebih Cabaran, Aksi Menghiburkan Untuk Peminat

Astro, peneraju destinasi hiburan Malaysia, dengan bangga membawakan From KL to PL musim 2, sebuah rancangan travelog sukan hasil kerjasama dengan Liga Perdana Inggeris. Musim terbaru ini akan membawakan barisan selebriti tempatan dalam misi mereka menjelajah England dalam menyahut cabaran baru dari Liga Perdana Inggeris. 

‘From KL to PL’ musim 2 akan bersiaran setiap Khamis, jam 11.00pm bermula 23 Januari 2025 di Astro Ria (saluran 104), Astro GO dan sooka. Musim 2 ‘From KL to PL’ kembali membawakan selebriti dan juga hos popular Nabil Ahmad, serta pemain bola sepak wanita Malaysia dan juga bintang futsal, Intan Serah dalam meneruskan jelajah bola sepak mereka. 

Turut menemani mereka untuk jelajah kali ini adalah wartawan sukan Astro Arena, Abang Med, dan juga pelakon popular yang kian meningkat naik dari siri ‘Project: High Council’, Mierul Aiman. Perjalanan mereka bermula apabila mereka mendapat satu undangan misteri: cabaran untuk menyempurnakan sepakan penalti menentang seorang pemain bola professional misteri di England. Setibanya mereka di London, mereka telah menerima satu tawaran menarik: peluang untuk menyaksikan perlawanan terhebat Liga Perdana Inggeris sekiranya berjaya memenangi cabaran yang diberikan.

Angnes Rozario, Pengarah, Kandungan, Astro, berkata, Kami sangat teruja dengan prestasi musim pertama KL to PL yang mana ia telah menyumbang kepada peningkatan jumlah tontonan dan perbualan mengenai Liga Perdana Inggeris dan membawakan musim 2 adalah pilihan yang tepat. Kerjasama strategik dengan Liga Perdana Inggeris memberikan kami ruang untuk menggabungkan kesemua sudut kreatif terbaik Astro termasuklah bakat popular tempatan, dengan kelab terbaik Liga Perdana Inggeris, para pemain dan juga tradisi untuk memberikan hiburan terbaik di KL to PL. Kami juga sangat bangga memperkenalkan mainan warisan Malaysia- Bola Tepuk- bermain bersama bintang muda Chelsea menentang Nabil, Intan, Bang Med dan Mierul dan berjaya memperoleh kemenangan!

Ketua Pegawai Media Liga Perdana Inggeris, Paul Molnar, berkata Kami sangat gembira dapat bekerjasama dengan Astro untuk musim kedua ‘From KL To PL’. Kerjasama ini mempamerkan daya tarikan global Liga Perdana Inggeris dan memberi peluang kepada para peminat untuk menikmati pertandingan bola sepak dengan cara yang baharu. Kejayaan musim pertama menunjukkan bagaimana program ini membawa keterujaan Liga Perdana Inggeris kepada penonton baharu di Malaysia melalui bintang hiburan terkemuka Astro, dan kami berharap penonton akan terus menikmati musim kedua."

Di musim 2 From KL to PL, para penonton akan dibawa untuk menjelajah kelab terkemuka Liga Perdana Inggeris, mendalami sejarah setiap kelab ini dan melihat pertemuan seleberiti bersama pemain bola professional. Bagi meraikan pelancaran musim terbaru, para peminat akan berpeluang untuk berjumpa dan beramah mesra dengan lagenda bola sepak Manchaster City, Joe Hart, dan juga selebriti ‘From KL to PL’, Nabil Ahmad, Intan Serah, Abang Med dan juga Mierul Aiman di Pavilion Bukit Bintang pada 18 Januari 2025.

From KL to PL musim 2 dikuasakan oleh U Mobile.

Tonton musim 2 ‘From KL to PL’ di Astro Ria (saluran 104), Astro GO dan sooka bermula 23 Januari 2025, setiap Khamis, jam 11.00pm dan ulangan setiap Sabtu jam 9.00pm. Pakej Astro One boleh dilanggani sekarang bermula RM49.99/sebulan. Strim Senang Hati, Hiburan Tanpa Henti Untuk Seisi Keluarga. Untuk info lanjut, layari www.astro.com.my atau WhatsApp ke 03 9543 3838.

TAMAN ORIENTAL MEKAR DI SURIA KLCC SEMPENA TAHUN BARU CINA

Sunday, 19 January 2025

TAMAN ORIENTAL MEKAR DI SURIA KLCC SEMPENA TAHUN BARU CINA | Hayati gabungan tradisi dan inovasi dalam sambutan meriah yang tiada tandingan!

Suria KLCC, destinasi beli-belah ikonik Malaysia melancarkan kempen Tahun Baru Cina 2025 yang menjanjikan pengalaman perayaan unik dan meriah dari 3 Januari hingga 9 Februari.

Dengan tema Taman Oriental Kontemporari, sambutan tahun ini menampilkan hiasan menakjubkan, ganjaran beli-belah, dan persembahan budaya yang mencerminkan semangat warisan dan tradisi.

Melangkah ke dalam Taman Oriental berwarna merah dan emas yang memukau di Centre Court, dihiasi motif halus potongan kertas Cina. Sorotan utama termasuk gerbang besar, pagoda Cina yang menarik, dan dua belas zodiak Cina.

Jambatan yang indah merentasi kolam digital koi interaktif, di mana pengunjung boleh memilih harapan mereka dan melihatnya dipaparkan dengan indah di kolam tersebut. Menambahkan suasana mempesona, ‘Gold Blossoming Tree of Prosperity’ tersergam megah di taman itu, melambangkan kemakmuran dan kesejahteraan untuk semua.

Di Esplanade KLCC, para pengunjung dapat melihat sebuah gerbang besar Cina yang megah disertai dengan menara yang mengagumkan. Struktur ini dihiasi dengan tanglung merah yang membawa tuah, mencipta pemandangan menyerupai terowong, sesuai untuk gambar perayaan yang sempurna.

Sepanjang tempoh kempen, pengunjung boleh menikmati pelbagai persembahan budaya dan aktiviti menarik, termasuk: 

Tarian Singa: Saksikan kehebatan tarian tradisional ini pada 19, 26 Januari, 2, 9 Februari, dan dua hari pertama Tahun Baru Cina (29, 30 Januari).

Persembahan Muzik Tradisional Cina: Persembahan oleh alat muzik tradisional seperti erhu dan guzheng pada 18, 25 Januari, serta Hari Pertama Tahun Baru Cina (29 Januari).

Bengkel Perhiasan Barang Kemas: Pengunjung boleh menyertai sesi pembuatan barang kemas dengan kerjasama Luna Jewellery pada Hari Pertama dan Kedua Tahun Baru Cina (29, 30 Januari), dengan aktiviti tambahan pada 19 dan 26 Januari.

Pembeli yang berbelanja RM2,500 atau lebih dalam dua resit layak menebus e-Baucar Beli-Belah Suria KLCC bernilai RM100 dan sekotak Angpau Suria KLCC. Bagi pembelian RM10,000 ke atas, ganjaran adalah e-Baucar RM300 bersama set Angpau. Selain itu, pelanggan yang membeli e-Baucar bernilai RM1,000 akan menerima e-Baucar bonus RM100, sesuai sebagai ‘e-AngPow’ untuk yang tersayang. Bonus ini terhad kepada 50 pelanggan pertama sepanjang kempen.

Selaras dengan komitmen Suria KLCC terhadap kesejahteraan komuniti, kempen tahun ini turut menyokong kesedaran kesihatan mental. Pengunjung boleh membeli ‘Suria Ribbon Pin’ pada harga RM10, yang membolehkan mereka memilih ucapan bermakna untuk dipamer di ‘Gold Blossoming Tree of Prosperity’.

"Tema Taman Oriental Kontemporari kami tahun ini membawa sentuhan moden kepada nilai tradisi yang abadi. Kami juga berbesar hati menyokong kesedaran kesihatan mental melalui inisiatif ‘Gold Blossoming Tree of Prosperity’, membolehkan pembeli-belah menyumbang dengan bermakna sambil menikmati suasana perayaan,” kata Francis Tan, Ketua Pegawai Eksekutif Suria KLCC Sdn Bhd.

Pusat Beli Belah Alamanda

Alamanda Putrajaya turut mengetengahkan tema Taman Oriental Kontemporari sempena Tahun Baru Cina ini, dari 17 Januari hingga 2 Februari. Pengunjung akan terpesona dengan hiasan di Centre Court yang menampilkan struktur tradisional Cina seperti gerbang besar, jambatan, dan pagoda.

Untuk meningkatkan lagi pengalaman, persembahan menarik seperti Tarian Singa Akrobatik di atas tiang, Tarian Pita Cina, dan persembahan Chinese Opera Mask-Changing akan menghiburkan pengunjung sepanjang tempoh tersebut.

Bagi pengunjung muda, program VIKids Alamanda menawarkan aktiviti budaya yang menyeronokkan sempena Tahun Baru Cina. Pada 25, 26, 29, dan 30 Januari, kanak-kanak boleh mencipta tanglung mereka sendiri di sesi Kraf Kertas Tanglung dan membawa pulang hasil karya mereka.

Sebagai sebahagian daripada komitmen kumpulan Suria KLCC terhadap kesedaran kesihatan mental, jualan ‘Green Ribbon Pin’ akan diadakan sepanjang kempen. Hasil jualan akan disalurkan kepada NGO kesihatan mental, dan pembeli ‘Green Ribbon Pin’ akan menerima buah limau mandarin sebagai tanda penghargaan.

Pengunjung juga berpeluang menikmati ganjaran melalui Program Ganjaran Pembeli. Berbelanja RM600 atau lebih dalam dua resit untuk menerima e-Baucar Alamanda bernilai RM30, atau RM1,500 untuk e-Baucar RM80.

Pusat Beli Belah Mesra Mall

Di Mesra Mall, Kemaman, Terengganu, kempen Tahun Baru Cina akan berlangsung dari 17 Januari hingga 6 Februari. Hiasan pusat beli-belah ini mengetengahkan palet warna merah monokrom yang menawan dengan motif potongan kertas Cina.


Pengunjung boleh menikmati persembahan memukau seperti Tarian Kipas, Tarian Singa tradisional, dan Persembahan Gendang yang bertenaga, menjanjikan sambutan penuh irama dan budaya.

Kempen ini juga menawarkan bengkel menarik untuk kanak-kanak, termasuk kaligrafi Cina, pembuatan tanglung kertas, dan seni potongan kertas. Selain itu, satu pertandingan mewarna akan diadakan dengan hadiah menarik menanti para pemenang.

Pembeli yang berbelanja RM350 atau lebih di mana-mana kedai khas layak untuk menebus beg tangan sulaman eksklusif berbentuk simpul.

Untuk info lanjut, layari:

i. Suria KLCC - www.suriaklcc.com.my / www.facebook.com/SuriaKLCCMall

ii. Alamanda - www.alamanda.com.my / www.facebook.com/AlamandaShoppingCentre

iii. Mesra Mall - www.mesramall.com / www.facebook.com/MyMesraMall


Pengarah: Guntur Soeharjanto
Penulis Skrip: Evelyn Afnilia 
Pelakon: Egy Fedly, Endy Arfian, Rayn Wijaya, Ersya Aurelia, Annette Edoarda, Makayla Rose Hilli, Anyun Cadel 
Syarikat Produksi: Dee Company
Pengedar: Cinema 21 (Indonesia), TGV Cinemas (Malaysia), Netflix
Genre: Seram / Thriller / Drama 
Durasi Tayangan:  minit
Tarikh Tayangan: 15 Ogos 2024 (Indonesia), 23 Disember 2024 (Netflix)
Trailer:


Filem bermula dengan babak Nisa (Makayla Rose) yang meninggal setelah jatuh dari balkoni rumah lalu tertusuk besi keluli. Kejadian ngeri tersebut menjadikan karakter Pak Bakti (Egi Fedly) tampak buruk di mata para mahasiswa. Pendiam tapi tidak disenangi oleh rakan sekerja mahupun pelajar di universiti tersebut. 

Empat mahasiswa yang bernama Amelia (Ersya Aurelia), Emir (Rayn Wijaya), Maya (Annette Edoarda), dan Fattah (Endy Arfian) telah gagal dalam peperiksaan akhir semester. Maka mereka berempat terpaksa menjalani kelas tambahan sementara pelajar-pelajar lain berehat sebelum masuk ke semester baru. 


Sepanjang 20 tahun mengajar di universiti tersebut, belum pernah ada lagi pelajarnya sangkut dalam subjek psikologi yang diajar oleh Pak Bakti. Pensyarah tersebut tidak marah sebaliknya kecewa tapi tetap bersemangat untuk mengajar sampai mereka berempat lulus. Malangnya dalam perjalanan pulang ke rumah, Pak Bakti terlibat dalam satu kemalangan ngeri lalu meninggal dunia di tempat kejadian. 

Amelia, Emir, Maya dan Fattah yang hadir ke kelas intensif tersebut mula merasa aneh dengan kelakuan Pak Bakti dalam kelas. Bila dapat tahu melalui Whatsapp tentang kemalangan Pak Bakti, mereka semua lari keluar dari kelas. Akibatnya roh Pak Bakti mengganggu mereka setiap masa kerana mahu mereka berempat habiskan pelajaran yang tertunggak. 


Naskhah Dosen Ghaib: Sudah Malam atau Sudah Tahu arahan Guntur Soeharjanto diangkat dari thread yang pernah tular di Twitter pada tahun 2016. Penulis Evelyn Afnilia mengembangkan lagi kisah seram tersebut dengan menambah backstory kepada watak Pak Bakti dan juga empat mahasiswa yang terlibat. 

Idea yang mengangkat kisah seram tentang guru yang mempunyai pengalaman hidup yang gelap terlihat menarik dan padu sebagai roh yang kejam dan mempunyai urusan yang belum selesai di dunia. Menguatkan juga rasa takut kepada empat pelajar yang menjadi mangsa keadaan. 


Tapi disebabkan penulis tak kembangkan dengan bagus watak-watak yang terlibat, buatkan penceritaan Dosen Ghaib: Sudah Tahu atau Sudah Malam tampak dangkal. Bila watak Pak Bakti meninggal terlalu awal, dah risau penceritaan yang selebihnya akan lemah. Ternyata betul sebab gangguan dia tak lah merepek. Roh Pak Bakti cuma nak mereka berempat belajar tapi masing-masing gagal tunaikan kemahuan roh tersebut sebaliknya pecah masuk ke rumah Pak Bakti untuk tahu tentang Nisa. 

Susah nak rasa kesian dengan watak-watak mangsa sebab pekat sangat bodohnya. Pensyarah mana yang tak kecewa kalau 20 tahun mengajar tak pernah ada yang gagal tapi tiba-tiba ada yang gagal. Subjek dia subjek asas untuk bidang Psikologi, memang lah dia kecewa bila 4 orang ni gagal. 


Menarik bila penulis  masukkan psychology angle dalam filem Dosen Ghaib untuk wujudkan konflik dan false belief antara mainan minda atau alam angker dalam naskhah seram ni. Pengarah masukkan babak Maya kena serangan anxiety sampai nampak roh Pak Bakti walaupun di siang hari, sama juga dengan babak Bu Gita (Oce Permatasari) diganggu oleh roh Pak Bakti. 

Tak faham juga kenapa watak Pak Syarief (Joseph Kara) tak nak buat bacaan yasin besar-besaran untuk roh Pak Bakti sedangkan dalam budaya masyarakat beragama Islam, memang itu antara majlis wajib untuk mana-mana institusi. Kalau panggil bomoh datang ke kampus tu barulah orang buat tanggapan liar. 


Memandangkan filem Dosen Ghaib terbitan Dee Company menggunakan genre seram jadi pengarah masukkan banyak babak seram. Sayangnya tak lah seram sangat sebab guna khidmat CGI but still ada lah momen yang bikin kaget. Kelakar masa tengok roh Pak Bakti kejar Maya dekat kampus ataupun masa Fattah kena kacau dekat dorm. 

Boleh sangat skip layan filem Dosen Ghaib: Sudah Tahu atau Sudah Malam ni sebab mehhhhh. 

1. Team Production +0.6, 2. Visual +0.7, 3. Audio +0.6, 4. Storyline +0.4, 5. Casting +0.5, 6. Genre +0.4, 7. Themes +0.4, 8. Editing +0.3, 9. Social Message +0.5, 10. Personal Thought +0.2 = 4.6/10

Movie Review | Takluk Lahad Datu (2024)


Pengarah: Zulkarnain Azhar
Penulis Skrip:  Zulkarnain Azhar, Peter Toyat
Pelakon: Syafiq Kyle, Kamal Adli, Fikry Ibrahim, Anding Indrawani, Eman Manan, Riezman Khuzaimi 
Syarikat Produksi: Multimedia Entertainment, Golden Screen Cinemas, Astro, SixFun Media 
Pengedar: GSC Movies, Netflix
Genre: Aksi
Durasi Tayangan: 120 minit
Tarikh Tayangan: 22 Ogos 2024
Trailer:


Naskhah Takluk: Lahad Datu diinspirasikan dari insiden sebenar yang berlaku ketika Ops Daulat pada Februari 2013 di Sabah, Malaysia. Kumpulan pengganas Sulu telah menceroboh Kampung Tanduo di Lahad Datu, Sabah sebab ingin membalas dendam juga menuntut tanah yang kononnya milik mereka. Jenayah dari pihak pengganas bukan sesuatu yang baru terhadap pihak polis Bukit Jugar juga Bukit Aman sebab kumpulan pengganas ni dah wujud sejak tahun 1950 lagi. Yang buatkan operasi ni rumit bila Raja Iskandar (Eman Manan) mempunyai ilmu hitam dan para pengikut yang ganas. 


Sebagaimana yang diceritakan dalam filem arahan Zulkarnain Azhar, pihak Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) cuba membuat rundingan beberapa kali bersama ketua Gerakan Militan Nusantara (GMN) sebelum Vat 69 serang pengganas untuk menyelamatkan orang awam. 

Dalam filem Takluk: Lahad Datu ada banyak pihak antaranya Gerakan Militan Nusantara (GMN) yang diketuai oleh Raja Iskandar bersama orang kanannya Raja Imran (Nasir Jani) sebagai antagonis manakala Vat 69 mempunyai Team Alpha, Bravo, Charlie, Delta dan Echo. 


Watak Inspektor Saiful Zaini (Fikry Ibrahim) Pegawai Perisikan IPD Batu Jugar mengetuai pasukan polis tempatan bersama konflik dan drama yang dibawa masuk oleh ibunya, Zainab (Azizah Mahzan). Dato' Mizan (Riezman Khuzaimi), Timbalan Pengarah KDNKA dan SAC Kamal (Josiah Hogan) dari Cawangan Khas ditugaskan membuat rundingan bersama pengganas. Selain itu, beberapa watak dimasukkan untuk berada di markas dan pejabat Bukit Aman. 

Kalau ikutkan memang banyak watak yang dimasukkan untuk memenuhi semua babak yang terbabit dalam filem Takluk: Lahad Datu. Setiap babak yang dimasukkan agak penting untuk menceritakan tempoh kecemasan di daerah tersebut walaupun ada beberapa sub-plot untuk kuatkan elemen drama since filem ni juga bertindak sebagai menghargai pengorbanan dan jasa pihak polis yang terlibat. Jadi babak aksi memang dah dijaga oleh pihak PDRM sendiri malah ada beberapa anggota polis sebenar yang join berlakon sebagai anggota VAT 69. 


Boleh kata perjalanan filem Takluk: Lahad Datu sama macam naskhah operasi yang lain, masih menggunakan format yang sama di mana perlu adanya aksi dan drama untuk hook emosi penonton. Personally, for me tak perlu pun sub-plot keluarga sebab tak memberi impak pun. Tak kisah lah apa pun latar belakang watak tu, bila dia berbakti kepada negara, emosi yang dia bawa tu sendiri dah cukup kuat dah. 

Bila penulis masukkan watak Zainab, kita dah boleh nampak hala tuju filem ni ke mana, sama juga dengan keluarga DSP Maznan (Anding Indrawani). Kejutan dan emosi tu dah hilang. Second half is better than the first half sebab dua pihak dah bertindak. Apa yang Inspektor Saiful nampak dekat bawah jambatan tu dah cukup ngeri dan menyayat hati. Emosi dekat babak tu lagi kuat dari emosi keluarga. It’s not a bad thing cumanya kalau tak ada pasal keluarga pun tak apa. 


Babak untuk VAT 69 bertempur dengan GMN boleh dikembangkan lagi sebab genre utama filem ni aksi. Kalau betul nak masukkan emosi yang kuat, patutnya ada babak dari penduduk Batu Jugar sendiri. Ada la pengarah dan penulis masukkan tapi sepintas lalu sahaja supaya nampak kegiatan pihak polis semasa operasi. 

Sinematografi dari Tan Teck Zee antara kekuatan filem Takluk: Lahad Datu dengan drone shot untuk menggambarkan suasana dalam beberapa babak, close-up shot ketika pertempuran VAT 69 dan GMN. Visual mengukuhkan lagi emosi penceritaan dan ketegangan filem. Tan dah pernah bekerjasama dengan pengarah Zulkarnain Azhar dalam filem Air Force The Movie: Selagi Bernyawa (2022), jadi tak hairan lah kalau dia berjaya paparkan visi pengarah dengan bagus. 


Sama macam orang lain kenapa production team tak masukkan pelakon dari Pulau Borneo kalau latar tempat adalah Lahad Datu. Watak Inspektor Saiful patutnya polis tempatan tapi baik dia ataupun ibu dia, kedua-duanya dilakonkan oleh pelakon Semenanjung. Faham lah tentang restriction penggunaan fakta sebenar tapi kalau dah tajuk filem guna latar tempat asal, kenapa details berbeza pula? Unless penulis bagitahu yang satu family posting ke situ ikut mendiang ayah tapi skrip pun tak dikembangkan sangat. 

Dalam filem ni dah diberitahu di awal filem tentang ilmu hitam yang digunakan oleh GMN tapi sampai ke hujung filem, tak ada apa yang istimewa pun tentang keunikan pihak musuh. Kena tembak dengan peluru juga sudahnya. Babak rundingan pun terlihat biasa walaupun kita tahu rundingan antara babak genting dari pihak protagonis dalam filem Takluk: Lahad Datu. 


Percubaan untuk menggambarkan keadaan serangan pengganas di Lahad Datu adalah sesuatu yang bagus sebab ramai yang tak tahu tentang situasi keamanan negara tambahan pula untuk generasi baru. Mungkin filem ni tak berjaya capai expectation ramai tapi kalau tak buat, tak tahu akan ke mana. Filem ni dah masuk Netflix so give it a try sebelum sekuel muncul nanti. 

1. Team Production +0.7, 2. Visual +0.8, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +0.7, 6. Genre +0.6, 7. Themes +0.6, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.6 = 7/10

Drama Review | XO, Kitty Season 2 (2025)

Saturday, 18 January 2025

Director: Anna Mastro
Writer: Nina Kim, Jenny Han
Cast: Anna Cathcart, Choi Min-young, Anthony Keyvan, Gia Kim, Sang Heon Lee, Peter Thurnwald, Regan Aliya, Audrey Huynh, Hojo Shin
Production Companies: Awesomeness, ACE Entertainment
Distributor: Netflix 
Genre: Teen / Romantic / Comedy
Running Episodes: 8 episodes (25–34 minutes per episode)
Release Date: 16 January 2025
Trailer:


Semester baru bermula untuk pelajar Korean Independent School of Seoul (KISS), dan sama juga dengan Katherine Song Covey a.k.a Kitty (Anna Cathcart) yang berazam nak fokus mencari lebih banyak tentang mendiang ibunya di Korea. Kitty tak nak buang masa dengan kisah cinta tiga segi dan segala drama yang berlaku pada semester lepas setelah putuskan hubungan cinta bersama Dae (Choi Min-young). 

Azam tinggal azam saja lah bila permintaan Kitty untuk tinggal dalam dorm single diabaikan oleh pengurusan sekolah. Kitty terpaksa tinggal bersama Yuri (Gia Kim) dan Juliana (Regan Aliyah) yang tengah hangat bercinta. Pengalaman yang akan memberi trauma kepada Kitty sebab dia jatuh cinta dengan Yuri sejak camping bersama di semester lepas. Pelajar baru bernama Stella Cho (Audrey Huynh) yang berasal dari Ohio jadi rakan sebilik Kitty.


Stella minta bantuan Kitty untuk kenalkan dia pada Min-ho (Sang Heon-lee) pada hari pertama mereka berbual. Tak ada masalah pun untuk Kitty share dengan Stella lepas apa yang berlaku dalam kapal terbang pada semester lepas. Min-ho juga sering mengelak untuk berjumpa dengan Kitty lepas kejadian tu atau mendiamkan diri bila Dae menyembang pasal Kitty. 

Dae masih lagi susah untuk move on dari Kitty sementara Kitty menggunakan Praveena Bhakti (Sasha Bhasin) sebagai rebound dari perasaan dia terhadap Yuri. Q (Anthony Keyvan) pula bertemu dengan cinta baru selepas putus dengan Florian (Théo Augier Bonaventure). 


Penantian selama 2 tahun berakhir bila XO, Kitty Musim 2 muncul di Netflix dan penantian tu tak mengecewakan sebab momentum drama masih lagi menggunakan vibe yang sama dengan premis sebelum ni. Pengarah bertukar tangan tapi hasil masih lagi menarik dalam naskhah yang lebih pendek durasinya. Emosi juga lah bila tengok 8 episod je sedangkan Sang Heon-lee semakin hot. Bonus teruk bila Min-ho muncul depan screen bunga berkembang mekar. He is sooooo K-drama main lead coded. 

Bila makin bertambah pelakon, makin banyak juga lah outfit dalam drama XO, Kitty yang mencuri perhatian. Wardrobe Yuri dengan Min-ho A+ tapi Kitty macam tone down sikit musim ni. Tak faham kenapa Kitty pakai strap gown biasa je dekat prom padahal musim lepas outfit dia letops. Takkan sebab nak Stella steal the moment sampai main lead kena pakai biasa je? 


Dekat episod awal macam geram lah juga bila kisah cinta Yuri dengan Juliana dapat screentime lebih but that’s my emotional opinion lah sebab I tak gemar lgbtq angle. Patutnya tak perlu pun buat Kitty jatuh cinta dengan Yuri sebab connection tu lemah sangat and feel forced. Relationship Kitty dengan Yuri sama macam Kitty dengan Q. 

It would be best kalau Kitty dengan Yuri jadi kawan baik semata. I’m afraid pengarah nak explore perasaan Kitty terhadap Yuri dengan lebih mendalam dekat Musim 3 nanti semata nak penuhi hasrat dan impian shipper dua watak ni. Yet again, that was merely my emotional point of view sebab kalau Kitty tak embrace that feeling, dia akan hidup dalam kekeliruan sama ada dia bi ataupun straight. But I still stand with my opinion, perasaan Kitty terhadap Yuri cuma a fling.  


Ada banyak isu yang diwujudkan untuk kesemua watak dan beri tekanan besar pada watak Kitty sampai kita rasa stress sekali. Happy teruk bila watak Peter Kavinsky (Noah Centineo) muncul dekat KISS sebab ada Lacrosse tournament di Tokyo. The build-up was sooooo good sampai babak cameo dari Peter jadi healing scene untuk Kitty dan juga drama XO, Kitty Season 2. Walaupun Lara Jean Song Covey (Lana Condor) tak muncul sekali tapi dah excited bila Kitty dengan Peter menyembang pasal hadiah untuk LJ. Tak pasti kalau Lara Jean akan muncul dekat Musim 3 nanti but I’m excitedddd!


Dari XO, Kitty Season 1 (2023) lagi dah nampak potential Kitty dan Min-ho sebagai the endgame tapi baran pula bila muncul watak Stella. Min-ho pula terima Stella sebab sentiasa ada dan support decision Min-ho tentang ayah dia. Dalam semester lepas Min-ho memang terang-terangan menyampah dengan Mr. Moon (Philippe Lee) tapi Min-ho bagi peluang untuk berbaik dengan ayah dia. Mak dia tak muncul langsung dalam musim ni. 

Konflik keluarga Moon menarik lah juga sebagai sub-plot, ditambah dengan kemunculan istimewa sebagai abang Min-ho dan anak emas Mr. Moon. Kalau musim 2 lebih panjang, rasanya banyak lagi yang boleh dimasukkan. Sama juga dengan konflik keluarga Kitty dan Jiwon (Hojo Shin) yang tak disulitkan sangat jalannya. Dalam musim ni Yuri semakin rapat dengan abang tiri dia, Alex (Peter Thurnwald) dan mungkin akan dikembangkan lagi pada musim baru. 


Walaupun harapan dalam musim lepas tak juga tercapai dalam musim kedua, tapi parallel dan easter eggs yang pengarah masukkan adalah sesuatu kepastian yang pasti. Dalam musim ni perubahan ketara untuk Min-ho bila dia panggil Kitty sebagai Covey, sama macam Peter panggil Lara Jean dalam trilogi To All the Boys I've Loved Before (2018). Babak Min-ho terkejut Kitty pengsan dekat trek untuk tolong Q yang lambat datang dan babak hot tub Min-ho dengan Kitty antara jawapan kepada shipper MoonCovey. 

Memang tak puas langsung tengok XO, Kitty Season 2 tapi ada banyak moment antara Kitty dan Min-ho yang dulunya musuh mula berubah kepada cinta. Sweet gila bila Min-ho tenangkan Kitty setiap kali dia break down, sama macam Peter tenangkan Kitty dalam Episod 7. Masa Min-ho mentioned pasal confession dia tu memang intense tahap K-drama dah. Kena lah dengan tagline musim 2 bila Kitty nak buat soul searching selain dari mencari saudara di Korea. Kalau dia tak confront perasaan dia terhadap Yuri, mungkin tak akan nampak yang Min-ho setia dengan dia sepanjang masa. 


Of course, chemistry dia dengan Yuri kuat sampai terbawa-bawa tapi Yuri dengan Praveena tak sama langsung macam Min-ho. Masa dekat stadium je Min-ho lashed out sebab dia dah selesa dengan Stella bila Kitty mula menjauh. Min-ho tak pernah judge Kitty even dia yang jadi saksi utama, in fact dia bagi ruang dan affirmation kepada Kitty. Kinda slowburn but their relationship is strong and solid. 


Ada yang kata Kitty dah macam Lara Jean 2.0 tapi tak pun sebab LJ dengan Peter ada banyak ruang dan moment bersama tapi sentiasa shaky since relationship diorang start dengan fake relationship. MoonCovey pula sentiasa bereksperimen dengan setiap keadaan walaupun presence masing-masing tak banyak tapi small gesture yang konsisten kukuhkan hubungan diorang. Selain dari act of service Min-ho, pandangan dia dekat Kitty tak berubah pun. Sama juga macam dalam previous season. Like he is soft, just for Kitty.

The moment Kitty mengaku dia rindu Min-ho brings A LOT of tension and longing. Kudos to Nina Kim yang hadirkan Stella untuk curi moment penting MoonCovey supaya ending ada impak yang besar. Semua hugs yang hadir untuk Kitty dalam musim ni bermakna sangat even in the last scene. Carry so much weight and depth. 


Entah berapa lama pula nak tunggu untuk musim 3 tapi yang pastinya penulis dan pengarah ada banyak plot untuk dikembangkan. Possible tak untuk Netflix invest dalam series ni sampai 10 season? Did they even consider it? If not, please do. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.8, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.8 = 9.3/10

Drama Review | SeOfis (2024)


Pengarah: Faizul Jais
Penulis Skrip: Nadia Khan, Mamu Vies
Pelakon: Siti Saleha, Nadiya Nisaa, Nadia Aqilah, Fahrin Ahmad, Hafizul Kamal, Munir Kharuddin, Akmal Azwar, Syahir Shafien, Anas Ridzuan, Malia, Ikhwan Lein, Kimberly Chuah, Aeril Izz, Hafidzuddin Fazil
Syarikat Produksi: Parallax Pictures
Penyiaran: Tonton, TV3 (Slot Samarinda), Netflix
Genre: Drama / Komedi
Jumlah Episod: 12 Episod (42 minit setiap episod)
Tarikh Tayangan: 18 Januari 2024 – 22 Februari 2024
Trailer : 


Masa kecoh Siti Saleha menang anugerah Outstanding Asian Star di Seoul International Drama Awards 2024 untuk lakonan dia dalam drama SeOfis terus rasa nak tengok drama ni. Dapat tahu pula penulis untuk drama SeOfis adalah Nadia Khan, lagi semangat nak layan dekat Netflix. 

Kisah bermula dengan Samirah a.k.a Sam (Siti Saleha), seorang arkitek muda yang berbakat besar dalam bidang tersebut mempunyai cita-cita untuk tersenarai dalam senarai Kayangan 40. Untuk capai impian tersebut, dia perlu mencari projek yang besar jadi muncul lah idea untuk team up dengan Yana (Nadia Aqilah), ejen hartanah yang popular dan juga business manager untuk perabot kayu bernama Aini (Nadiya Nissa). 

Dari awal lagi Faris (Fahrin Ahmad) mencari jalan untuk sailang projek mereka bertiga. Yana dan Aini tak suka dengan cara Faris memanipulasi Sam dan secara terbuka menegur Sam. Malangnya Sam dah lama simpan hati terhadap senior dia yang kacak dan bijak sejak zaman kuliah lagi. Bila Sam diganggu oleh Dato’ Ashburn (Ikhwan Lein) pun Faris dari awal lagi dah nasihat supaya berhati-hati. 

Sementara Sam bergelut dengan konfliknya, Yana pula menghadapi masalah dengan bekas suaminya, Norman (Syahir Shafie). Mereka sudahpun bercerai dan Norman juga sudah mempunyai isteri baru juga anak-anak tapi susah untuk Yana move on kerana mereka masih lagi ada perasaan sayang. Yana menunggu Norman untuk buat pilihan sama ada kekal bersama keluarga baru atau mulakan kehidupan baru bersama Yana. Aini pula ragu-ragu memilih sama ada cinta Hadi (Hafizul Kamal) atau Shaihan (Munir Kharuddin) dan Haikal (Akmal Azwar). 

Awalnya I ada expectation yang tinggi dengan drama SeOfis tapi semakin cerita bergerak, semakin kecewa dengan perkembangan trio utama. Mungkin sebab I salah faham yang naskhah SeOfis akan lebih banyak ketengahkan konflik di pejabat sedangkan berat kepada masalah cinta je. 

Dekat episod pertama nampak macam drama SeOfis ada plot yang segar dengan kerjaya yang dibawakan setiap watak tapi sudahnya bincangkan hal cinta. Bukan nak pandang rendah untuk drama cinta sebab I tak ada masalah pun dengan genre romantik tapi execution tu tak seronok. 

Konflik untuk Sam dengan Faris dah cantik dah sebab solid. Dekat awal-awal drama SeOfis pun I terjerat macam Sam juga bila tengok watak Faris caring dan prihatin. Nak pula bila dia bagitahu Dato’ Ashburn bukan calang-calang orang lepastu Sam terjumpa Faris dalam keadaan kusut masai dekat parking lot. Kalau penulis masukkan input lebih sikit tentang arkitek mungkin lebih menarik lah dan nampak realistik. 

Masa Sam stress dengan permintaan Dato Suffian pasal meja makan bentuk S tu, I tak faham kenapa dia tak boleh deliver. Kalau ada babak yang explain kenapa permintaan tu susah untuk dilaksanakan, mungkin boleh rasa emo yang sama level dengan Sam. Tapi apa yang susah dengan meja bentuk S, it is not that hard pun sebab kalau Google, banyak je contoh yang cantik. Memang meja makan kena petak dan bulat je ke dalam dunia arkitek? Kalau Aini yang stress I faham lah sebab dia yang kena buat perabot tu. In real life, banyak je rekaan unik dari arkitek sampai orang yang bertukang dan membina tu stress nak execute. 

Bila tengok trio ni jarang sentuh bab kerja dan hasil pun tak muncul dalam drama, rasa kena scam la juga. Kabinet kayu dengan sentuhan peribadi untuk mengingatkan pada arwah ayah klien tu sampai ke sudah tak tahu rupa dia macam mana. Masa diorang pergi healing tu macam tiba-tiba sangat masuk dalam cerita sebab stress dari kerja tu tak nampak sangat so healing scene tu macam tak perlu. Better letak dekat hujung drama lepas ketiga-tiga watak dah resolve semua masalah yang ada. 

Sebelum ni memang dah tahu Nadia Aqilah boleh menyanyi jadi bila pengarah masukkan lagu Nadia dan watak Yana ada cita-cita untuk jadi penyanyi tu rasa happy lah bila tengok. Personally, I suka tengok babak Yana dengan Arman (Josiah Hogan) dan pengarah patut bagi screentime yang panjang lagi untuk kedua-dua watak. Kurangkan watak Aini dan Hadi sebab bosan. Meleret betul sub-plot tisu berdarah sebab tak ada impak apa pun pada cerita. 

Chemistry Nadiya dengan Hafizul pun tak menjadi, mungkin sebab tu lah kot bosan setiap kali babak diorang muncul. Surprisingly chemistry Nadiya dengan Munir looks strong onscreen sampai I pun rasa kecewa bila dapat tahu hal sebenar. 

Isu benching untuk watak Aini antara benda yang selalu jadi pun dekat office, nak pula bila umur dah masuk 30-an. Benda ni untuk millennials mungkin dianggap biasa tapi untuk Gen Z, sesuatu yang besar juga lah so I tak faham kenapa watak Yana dengan Sam tak faham position Aini. It happened to me as well so I faham je perasaan kecewa Aini tu. Sama juga bila isu Sam kecewa dengan pencapaian Yana, apa dia rasa tu legit tapi approach dari circle dia merepek.  

Overall SeOfis is nice to watch. Betul lah cakap Siti Saleha, industri kita perlu lebih banyak terbitkan naskhah yang menggunakan watak wanita berusia 30-an sebab ada banyak isu kehidupan boleh diketengahkan. 

1. Team Production +0.7, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +0.6, 6. Genre +0.6, 7. Themes +0.5, 8. Editing +0.4, 9. Social Message +0.6, 10. Personal Thought +0.3 = 6.2/10

‘Gempak Most Wanted Awards 2024’ Umum Top 5, Nama-Nama Popular Dunia Digital Dicalonkan

Thursday, 16 January 2025

‘Gempak Most Wanted Awards 2024’ Umum Top 5, Nama-Nama Popular Dunia Digital Dicalonkan | Malam anugerah pada 23 Februari ini membawakan tema ‘Flex Your Art’

Astro kembali mengangkat pilihan pengguna media sosial menerusi penganjuran Gempak Most Wanted Awards (GMWA) 2024 dengan pengumuman calon Top 5 pada sidang media eksklusif yang berlangsung di DADI Cinema, Pavilion Kuala Lumpur.

Anugerah berprestij di bawah jenama Astro Gempak ini merangkumi 11 kategori termasuk Selebriti Tergempak, Program Digital Tergempak, Digital Creator (Lifestyle) Tergempak, Digital Creator (Foodie) Tergempak dan Digital Creator (Motivation & Education) Tergempak.

Edisi tahun 2024 turut memperkenalkan anugerah khas Keluang Man of the Year yang mengiktiraf individu yang memberi impak positif dalam komuniti, juga anugerah utama Gempak Most Wanted 2024 untuk calon individu yang mendapat undian tertinggi secara keseluruhan.

Antara yang tercalon dalam senarai Top 5 GMWA 2024 termasuk penyanyi popular Aina Abdul yang kembali mendominasi persaingan kali ini dalam tiga kategori iaitu ‘Lagu/Audio Tergempak’ (Cinta Tak Pernah Tepat Waktu, bersama Fabio Asher), ‘Program Digital Tergempak’ (Confession Bilik Gelap), dan juga menerusi lagunya Puas Sudah dalam ‘Video Muzik Tergempak’.

Pemenang anugerah utama edisi 2023, pelakon Anna Jobling, turut kembali tercalon dalam kategori ‘Selebriti Digital Tergempak’ bersama-sama pelakon pecah panggung Amir Ahnaf, Meerqeen, Erysha Emyra dan Scha Elinnea.

Manakala kategori ‘Digital Creator (Beauty & Fashion) Tergempak’ yakni antara pecahan terbaharu dalam senarai kategori GMWA 2024 menampilkan personaliti media sosial kegemaran ramai seperti Sofea Shra, Hawa Johanis, Malia Baby, Agy dan Yana Hassan sebagai calonnya.

*Sila rujuk senarai penuh kategori dan calon GMWA 2024 di bawah

Meneruskan tradisi meraikan pencapaian individu yang mencetuskan fenomena di media sosial, GMWA 2024 juga menampilkan lagu tema baharu bertajuk ‘Gempak Most Wanted’, hasil nyanyian duet penyanyi terkenal Hael Husaini dan Nadeera Zaini. 

GMWA 2024 turut mencatat sejarah baharu menerusi undian fasa pertama, yang berlangsung dari 28 November hingga 28 Disember 2024. Jumlah undian merekodkan pencapaian luar biasa sebanyak 9.5 juta, iaitu lapan kali lebih tinggi berbanding edisi sebelumnya iaitu1.3 juta undian.

Mengulas kejayaan ini, Syazwan Zakariah, Ketua Content Studio, Astro, berkata, “Peningkatan undian yang luar biasa tahun ini mencerminkan sokongan serta minat mendalam rakyat Malaysia terhadap GMWA. Rekod ini bukan sahaja mengukuhkan kedudukan GMWA sebagai platform utama meraikan bakat dan personaliti digital, tetapi juga menjadi inspirasi buat kami untuk membawa edisi 2024 ke tahap yang lebih gemilang. Kami amat berbesar hati dan teruja untuk terus meraikan kejayaan ini bersama para peminat dan komuniti digital.Setinggi-tinggi terima kasih kepada Fritilldea, selaku pereka seni GMWA pada kali ini kerana membawa idea-idea kami menjadi nyata menerusi visual yang diterbitkan olehnya.”

GMWA 2024 bakal menyinari pentas dengan tema ‘Flex Your Art’, menyeru setiap pencipta kandungan digital untuk meneroka dan menonjolkan keunikan karya menerusi pelbagai medium. Tema ini menjadi platform untuk meraikan nilai dan keistimewaan setiap ciptaan, memupuk rasa bangga secara positif, serta menginspirasi keberanian berkongsi karya di pentas dunia tanpa batasan. Acara ini mengekalkan hos tetap program, Amelia Henderson dan Sean Lee, di samping Sherry Alhadad sebagai pengacara.

Malam anugerah berprestij ini akan dimeriahkan dengan persembahan daripada artis-artis terkenal seperti Zizan Razak, Ernie Zakri, Hael Husaini, Amir Masdi, Ara Johari, Nadeera Zaini, Mimi Fly, Insomniacks, serta wajah-wajah baharu seperti 53 Universe, Naki dan Najmi Niery. Bakal membuat kejutan adalah persembahan seorang diva terkemuka, sebuah band popular dan bintang dari seberang.

Undian fasa kedua, atau pemenang utama bagi setiap kategori boleh dilakukan di laman rasmi www.gempakmostwantedawards.com bermula 15 Januari 2025, jam 6 petang sehingga 23 Februari 2025, jam 12 tengah hari. Mengekalkan format yang sama, pemenang setiap kategori akan diumumkan pada malam anugerah GMWA 2024 kelak.

GMWA 2024 bakal berlangsung secara LIVE pada 23 Februari 2025 dari Auditorium MBSA, Shah Alam, eksklusif di saluran Astro Ria (104), On Demand, Astro GO, sooka dan semua platform digital Astro Gempak. Pakej Astro One kini tersedia dari RM49.99. Tingkatkan pengalaman penstriman anda dengan menambah Astro Fibre 500Mbps bersama Pakej Entertainment hanya dengan RM139.99/bulan.

Untuk melanggan atau menaik taraf ke Astro One, layari www.astro.com.my atau WhatsApp ke 03 9543 3838.

*****************************

SENARAI CALON Gempak Most Wanted Awards 2024

Lagu/Audio Tergempak 2024

1. “Sabar, nape tak sabar ni?” - Pipija

2.Alahai- Ezra Kairo

3. Angau - Fahimi Rahmat

4. Cinta Tak Pernah Tepat Waktu - Aina Abdul & Fabio Asher

5. Sangkar Derita - Haqiem Rusli


Program Digital Tergempak 2024

1. Confession Bilik Gelap - Aina Abdul

2. Dol’s Podcast - EP05 (Part 3)

3. PodcaSTERK- Keputusan SPM 7G

4. Sembang Seram - Janna Nick

5. Seram Selebriti - Fadhli Masoot


Drama Tergempak 2024


1. Cinta Untuk Sekali Lagi - Astro Ria

2. Dedaun Hijau Di Angin Lalu - Astro Ria

3. Nuh & Nayla - TV3 Malaysia

4. Syurga Itu Bukan Mudah - Astro Ria

5. Uncle Boss Mama - Astro Ria


Video Muzik Tergempak 2024

1. Belum Mulai - Insomniacks & Nabila Taqiyyah

2. Classic - DOLLA

3. Masing-Masing - Ernie Zakri & Ade Govinda

4. OMK - Zubir Khan ft Ezra Kairo

5. Puas Sudah - Aina Abdul


Digital Creator (e-sports) Tergempak 2024

1. Kambing Golek

2. King Yonnyz

3. Pok Ro

4. Thanuk Nukk

5. Zulfikar Obot


Digital Creator (Motivation & Education) Tergempak 2024

1. Adzrin Adzhar

2. Dr Say Shazril

3. Fathi Hussein

4. Muhammad Noor

5. Tun Laila


Digital Creator (Lifestyle) Tergempak 2024

1. Afie

2 .Amin Abid

3. Fikri Zamri

4. Nor Padilah

5. Rasyidinneedyou


Digital Creator (Entertainment) Tergempak 2024

1. Acap S

2. Kasih Iris Leona

3. Ryan Bakery

4. Shah Zakaria

5. Steph Beauty


Digital Creator (Beauty & Fashion) Tergempak 2024

1. Agy

2. Hawa Johanis

3. Malia

4. Sofea Shra

5. Yana Hassan


Digital Creator (Foodie) Tergempak 2024

1. Capikkkkkk

2. Che Sayang Kitchen

3. Hazwan Ramli

4. Khairul Aming

5. Syiqin Azrin


Selebriti Tergempak 2024

1. Amir Ahnaf

2. Anna Jobling

3. Erysha Emyra

4. Meerqeen

5. Scha Elinnea


Keluang Man Of The Year

1. Aleeya Zailan

2. Yayan

3. Kapten Zahiruddin

4. Abbe Hae

5. Team LKP

6. Leeroy Wong

7. Abang Nobady

8. Staf Sarjan Nor Khalid