Movie Review | The Architecture of Love (2024)

Sunday, 12 January 2025


Pengarah: Teddy Soeriaatmadja
Penulis Skrip: Alim Sudio
Pelakon: Putri Marino, Nicholas Saputra
Syarikat Produksi:  Starvision, Karuna Pictures, Legacy Pictures
Pengedar: Netflix
Genre: Romantik / Drama
Durasi Tayangan: 110 minit
Tarikh Tayangan: 30 April 2024
Trailer:


The Architecture of Love adalah novel keempat karya Ika Natassa yang dibikin filem selepas Antologi Rasa (2019), Twivortiare (2019) dan Heartbreak Motel (2024). Kali ni membuka kisah seorang penulis terkenal bernama Raia Risjad (Putri Marino) yang ‘melarikan diri’ ke kota New York selepas menyaksikan sendiri kecurangan suaminya, Alam (Arifin Putra) bersama perempuan lain di rumah mereka. 

Di sebuah parti Raia bertemu dengan River Jusuf (Nicholas Saputra), seorang arkitek yang tenang dan pendiam. Di parti itu juga Aga (Jerome Kurnia) cuba menarik perhatian Raia dengan bantuan Erin (Jihane Almira Chedid). Dari perkenalan di parti tersebut, Raia dan River meneroka kota New York dari perspektif arkitek. Banyak perkara dan material yang boleh dimasukkan dalam novel terbarunya selepas lama diserang writer’s block. 


Mereka berdua serasi bersama dan masa berlalu dengan pantas bila Raia luangkan masa bersama River tapi semakin dia kenal semakin dia tahu yang River bukan seorang yang tenang. River bergelut dengan kemurungan akibat insiden masa lalu. Bila Raia cuba membantu River akan menjauh kemudian menghilangkan diri tanpa khabar. Tiba-tiba muncul dalam mood yang baik sampai lah sesuatu trigger River untuk hilang lagi. 

Kesian sangat tengok Raia terkejut dan perlu berhati-hati setiap kali keluar dengan River. Tapi kalau ikutkan, bukan salah Raia pun since benda yang trigger River tu bukan sesuatu yang aneh. Dia pergi ke tempat yang River suggest sudahnya dia kena hadap emosi River. Sampai I rasa baik Raia settle down dengan Aga yang lebih baik, sweet dan memahami. Tapi jodoh Raia bukan dengan Aga, Alam atau orang lain. Jodoh dia dengan River jadi both of them kena confront masalah masing-masing sebelum pergi ke next level. 


First time I happy dengan adaptasi dari novel Ika Natassa sampai emotionally invested sepanjang layan perjalanan kisah Raia dan River. Heartbreak Motel is good too tapi naskhah The Architecture of Love arahan Teddy Soeriaatmadja ni mampu wujudkan emosi dan cipta suasana yang selayaknya selama 110 minit. 

Kudos to casting director yang berjaya cari pelakon utama dengan chemistry yang kuat. Bukan dengan Nicholas Saputra tapi dengan Jerome Kurnia juga. Kalau jadi Raia pun bingung nak pilih siapa antara dua watak ni tapi pengarah cuba terhadkan kemunculan watak Aga supaya tak mengganggu main focus filem. 


Sebelum ni tengok lakonan Putri Marino dalam The Big 4 (2022) tapi watak dia ganas. Tak sangka Putri berjaya hidupkan watak Raia dengan cemerlang sampai I lupa terus karakter tomboyish dia dalam tu. Raia yang totally berbeza sangat dan banyak kali menangis dengan ujian dalam hidup dia. Boleh faham juga kenapa ramai yang jatuh suka dengan Raia, cantik sangat bila dia senyum. 

Dialog dalam filem The Architecture of Love tak lah puitis sangat untuk menyokong genre drama tapi not bad lah. Untuk elemen romantik ada beberapa cheesy line yang cringe tapi I senyum sebab sweet do'oh. I suka tengok babak Raia heart to heart session dengan Erin tentang River. Good to know penulis masukkan dialog yang menyanggah persepsi patah hati. Banyak kali patah hati pun tetap tak kuat nak terima rejection. It’s a painful experience tak kisah lah untuk siapa pun.


Latar tempat di kota New York menguatkan lagi suasana romantik antara Raia dan River walaupun tak lah banyak tempat yang pengarah masukkan. Seronok tengok The Whispering Gallery tapi spoil lah sebab River trigger pula masa tu. Masa babak rumah api tu pun rasa nak tumbuk River sebab kenapa entah bagi fakta bangunan padahal orang tengah emosi. 

Filem The Architecture of Love ni tak ada formula dari bidang arkitek pun untuk membina cinta ataupun filem yang bagus tapi sebab kekuatan watak Raia dan chemistry pelakon utama yang buatkan flow cerita terasa manis. Masa Raia suap popcorn dalam mulut River tu I pun tersenyum simpul macam River. Smooth teruk. 


Nasib baik pengarah letak Nicholas Saputra sebagai River, kalau dia letak kayu mungkin orang akan baran tengok perangai dia. Sinematografi dan audio okayish, sayang lah dah shooting ke negara orang dan bercerita tentang perspektif yang keluar dari norma tapi banyak babak dipersembahkan dengan close up shot. 

1. Team Production +1, 2. Visual +0.7, 3. Audio +0.6, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +0.7, 7. Themes +1, 8. Editing +0.8, 9. Social Message +0.7, 10. Personal Thought +1 = 8.5/10

Drama Review | The Heavenly Idol (2023)


Directors: Lee So-yoon, Park So-yeon
Writer: Lee Cheon-geum 
Cast: Kim Min-kyu, Go Bo-gyeol, Lee Jang-woo
Production Companies: Pitapaet Studio, Hi Ground
Network: tvN 
Genre: romantic / Comedy 
Running Episodes: 12 episodes (70 minutes per episode)
Release Date: 15 February – 23 March 2023
Trailer:


Di sebuah dunia yang bergantung harap pada Pontifex untuk mengawal keamanan negara dari The Evil One, Rembrary (Kim Min-kyu) mempunyai kuasa yang kuat untuk menjaga dan menyembuhkan manusia biasa. Ketika bertarung dengan The Evil One (Shin Jo-woon), dia berpindah ke Bumi dan masuk ke dalam badan Woo Yeon-woo (Kim Min-kyu), salah seorang ahli idol group Wild Animal. 

Rembrary cuba berhubung dengan Woo Yeon-woo asal di dunia sana dan buat perjanjian badan mereka bertukar kepada asal setelah Wild Animal menang Artist of the Year. Sesuatu yang mustahil bagi nugu group. Kim Dal (Go Bo-gyeol) pelik dengan perubahan bias dia lalu ambil keputusan untuk menjadi manager Wild Animal. 


Kerana position dia sebagai pengurus, dia yakin Woo Yeon-woo mengalami symptom awal masalah mental. Dia cuba sebaik mungkin untuk menaikkan populariti Wild Animal tapi jalan dia mudah juga sebab Rembrary semakin popular selepas menyertai program realiti Sing Survival. Penyertaan awal Woo Yeon-woo dalam program tersebut cuma untuk menaikkan rating sahaja tapi bakat dia semakin diketahui ramai dan mempunyai peminat baru. 

Hidup sebagai idol agak sulit untuk Woo Yeon-woo sebab dia hanya boleh makan salad dan dada ayam sedangkan Rembrary perlukan makanan yang banyak untuk hasilkan kuasa dia. Dalam Rembrary cuba menyesuaikan diri sebagai K-pop idol, The Evil One memerhati tindak-tanduk Rembrary sebagai CEO RU E&M, Shin Jo-woon.  


Naskhah komedi The Heavenly Idol diadaptasikan dari webtoon hasil ilustrasi Mythology Jin (Shin Hwa-jin) yang menggabungkan dua dunia dalam masa yang sama. Konflik yang diketengahkan dalam drama ni pun unik dan segar sebab menggunakan konsep identiti yang bertukar sepenuhnya. Sebab perubahan ni lah naturally menguatkan lagi elemen komedi.

Watak Rembrary selain dari menyembuhkan manusia dan menjaga rakyat dari serangan black magic, dia juga adalah paderi. Bila jadi Kpop idol banyak benda yang dilarang terpaksa dia buat macam pakai baju seksi untuk tarik perhatian fans. Terkejut dia idol jadikan Evil sebagai idola dan bukannya paderi. 


Drama The Heavenly Idol ni tak dapat rating yang tinggi pun. In fact, tak ramai yang tahu kewujudan drama ni. Bukan salah penonton lah sebab momentum drama yang fun dan menghiburkan di awal drama berubah hambar bila Rembrary berjumpa dengan The Reaper (Park Sang-nam) dan masuk ke alam Akhirat. Mengelirukan lah kenapa Lord Redrin (Cha Joo-Young) ada kuasa yang kuat tapi perlukan kuasa Rembrary pula. Personaliti The Evil One pula berubah-ubah sebab cinta mati dengan Lord Redrin. 

Patutnya penulis tak perlu pun masukkan Lord Redrin sebagai Mastermind sebab lemah sangat watak dia. Biar The Evil One je yang jadi antagonis dan gunakan pengaruh Evil Boys yang sanggup gadaikan nyawa demi populariti untuk sebarkan black magic kepada fans dan pihak lain. Terlampau banyak sub-plot sampai love angle antara Rembrary dengan Dal jadi terganggu padahal chemistry diorang strong juga dalam drama ni. 


I layan drama The Heavenly Idol sebab nak tengok Kim Min-kyu lepas terpesona dengan kekacakan wajah dia sebagai Secretary Cha dalam Business Proposal (2022) dan Bok-nam dalam Because This Is My First Life (2017). Dalam tu kan sekejap sangat watak dia jadi sambung lah cuci mata dekat dalam drama ni. Ya Allah handsome teruk masa dia jadi idol, dari setiap sisi bersinar macam bintang. Hairstyle dia sebagai Rembrary pun cool teruk. 

Kalau layan secara santai tak lah teruk sangat pun drama ni sebab ada babak komedi yang menghiburkan walaupun some scenes macam try hard. Tapi lawak drama Korea sekarang memang over kan? 

1. Team Production +0.7, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +1, 6. Genre +0.7, 7. Themes +1, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +0.6, 10. Personal Thought +0.5 = 7.5/10

Director: Dheeraj Sarna
Writers: Arjun Bhandegaonkar, Avinash Singh Tomar, Vipin Agnihotri, Dheeraj Sarna (Dialogues)
Cast: Vikrant Massey, Raashii Khanna, Riddhi Dogra
Production Companies: Balaji Motion Pictures, Vikir Films Production Vipin Agnihotri Films
Distributor: Zee Studios
Genre: Drama
Running Time: 123 minutes
Release Date: 
Trailer:


Walaupun mendapat ancaman dari beberapa pihak, filem The Sabarmati Report berjaya diterbitkan walaupun diboikot semasa tayangannya. Filem yang menceritakan fakta dari kes kebakaran Sabarmati Express, sebuah keretapi yang membawa penumpang dari Ahmedabad mengorbankan 59 orang mangsa yang dikenalpasti dan sampai kini masih belum diketahui identitinya. 


Naskhah The Sabarmati Report bermula dengan babak dalam kamar mahkamah di mana pihak plaintif, EBT News menuduh Samar Kumar (Vikrant Massey) memburukkan imej news channel dengan menipu dan mereka cerita. Defendan pertahankan diri di hadapan Hakim lalu menceritakan semula apa yang terjadi di Godhra pada 07 Februari 2002. 


Walaupun keretapi Sabarmati Express mempunyai 22 unit gerabak namun hanya dua gerabak yang terbakar rentung hingga 59 orang terkorban dijilat api marak iaitu S-6 dan S-7. Gerabak selebihnya dibenarkan bergerak oleh polis yang mengawal keadaan di situ. Perkara tersebut menimbulkan tanda tanya kepada Samar dan juga news anchor, Manika Rajpurohit (Riddhi Dogra). 

Manika minta Samar rakam klip untuk dihantar ke EBT News kerana dia perlu pergi ke daerah lain. Terkesima dengan tindakan Manika yang cuba menyalahkan Kerajaan kerana tidak mengawal jumlah penumpang dalam keretapi tersebut, Samar soal siasat semua mangsa yang terselamat di hospital. Bila pulang ke Mumbai, Ketua EBT News, Rajeev (Digvijay Purohit) minta Samar hanya diamkan perkara tersebut dan ikut arahan senior. 


Sebaliknya Samar mengamuk lalu diberhentikan kerja. 5 tahun kemudian, Amrita Gill (Raashii Khanna) berjumpa dengan Samar untuk bantu dia sediakan laporan tentang kejadian negri Sabarmati Express. Kalau ingin tahu kebenaran tentang tragedi tersebut, Samar minta Amrita berhenti idolakan Manika kerana dia tak akan keluar dari kekeliruan untuk berpihak antara Manika atau kebenaran. 

Bila dah tengok full movie The Sabarmati Express, boleh faham lah kenapa Vikrant Massey bagitahu dia dapat threat calls dari beberapa pihak untuk tidak berlakon dalam filem tersebut. Selain The Sabarmati Report yang diterbitkan oleh Balaji Motion Pictures dan Vikir Films Production Vipin Agnihotri Films, filem Accident or Conspiracy: Godhra (2024) juga diterbitkan menceritakan perkara yang sama selepas laporan dari Nanavati-Mehta Commission diterbitkan. 


Filem The Sabarmati Reports tidak berpihak kepada mana-mana agama yang terlibat dalam rusuhan tersebut sebaliknya cuma menceritakan fakta asal yang terjadi. Kalau tak ada orang macam Samar Kumar, Amrita Gill atau Mehrunisa (Nazneen Patni) rasanya sampai bila-bila fakta tentang insiden ni akan didiamkan. 

Tapi macam yang Samar cakap lah kalau dia berusaha bawa kes ni 5 tahun kemudiannya ke mahkamah, mungkin 5 tahun lagi ada suara lain yang akan bawa kebenaran ke platform lain. Makan masa 10 tahun, 15 tahun atau 20 tahun, kebenaran tetap akan muncul supaya keadilan terbela. Sifat kebenaran memang macam tu, walaupun didiamkan dia tetap akan muncul juga. 


Pace penceritaan The Sabarmati Express bergerak pantas walaupun menggunakan genre drama sebab ada banyak teori yang dikupas tentang insiden tersebut. Macam babak Samar dan Amrita persoalkan punca kebakaran menggunakan logik dan fakta forensik dalam koc S-6 dan S-7. Sama juga dengan babak interview dengan penduduk lokal di Godhra. Invested untuk tengok proses soal siasat tu sebab kita involved sekali, watak Samar dengan Amrita pun sama level clueless dengan audience. 

Lakonan Raashii Khanna sebagai wartawan muda di EBT News antara watak yang kuat dalam filem The Sabarmati Express walaupun banyak berkongsi screen dengan watak-watak utama yang lain. Berbeza lah lakonan dia dalam Yodha (2024) yang nampak clueless dan awkward walaupun pegang jawatan besar. Dalam ni watak Amrita terlihat hidup dan menjadi dinamik yang kuat di samping Samar.
 

Kelemahan filem The Sabarmati Express terletak pada editing yang beri ruang untuk watak Samar yang hidup sebagai kaki mabuk. Daripada panjangkan babak tu baik wujudkan babak Manika atau EBT News yang sentiasa memilih pihak untuk hidup selesa. Dari awal lagi dah nampak Manika berpegang dengan prinsip ‘berita adalah fakta yang dipilih untuk diterbitkan/diceritakan’. Kalau ada angle tu makin bertambah kuat rasa menyampah dengan news channel yang sentiasa mengejar rating. 

1. Team Production +0.8, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 9.5/10

Dalam entry Filem Bollywood Akan Datang Untuk Tahun 2024, I ada update filem yang akan keluar untuk tahun lepas tapi ada juga yang ditunda tayangannya sebab ada isu Kerajaan India nak revise balik actors fee yang boleh mencecah amaun terlampau tinggi sampai produser jatuh muflis. 

Selain dari isu tu, tahun 2025 mungkin akan menyaksikan beberapa franchise berkembang lebih besar lagi dari sebelumnya macam YRF Spy Universe, Welcome, Baaghi ataupun Maddock Supernatural Universe. Mungkin ada juga filem popular lain yang akan buat sekuel. So we'll see the entire list untuk tahun 2025 macam mana okiessss?

1. Fateh


Director: Sonu Sood

Writers: Sonu Sood, Ankur Pajni

Cast: Sonu Sood, Jacqueline Fernandez, Vijay Raaz, Naseeruddin Shah

Production Companies: Shakti Sagar Productions, Zee Studios

Genre: Action

Release Date: 10 January 2025

Trailer:

Fateh (Sonu Sood) merupakan bekas special agent dan tinggal di Punjab. Dia kemudiannya cuba menyelamatkan seorang penduduk kampung yang terjebak dengan sindiket siber. Untuk menyelesaikan masalah tersebut dia bergabung tenaga dengan Khushi (Jacqueline Fernandez), seorang hacker. 

2. Santosh


Director: Sandhya Suri

Writer: Sandhya Suri

Cast: Shahana Goswami, Sunita Rajwar, Sanjay Bishnoi, Kushal Dubey

Production Companies: Good Chaos, Haut et Court, BBC Film, ZDF / Arte, Suitable Pictures, Razor Films Produktion, BFI

Genre: Drama / Crime

Release Dates: 20 May 2024 (Cannes), 10 January 2025 (India)

 Trailer:


Balu muda yang berusia 28 tahun mengambil alih tugas mendiang suaminya lalu menyiasat kes jenayah melibatkan seorang kanak-kanak perempuan. 

3. Emergency 

Director: Kangana Ranaut
Writer: Kangana Ranaut
Cast: Kangana Ranaut, Anupam Kher, Shreyas Talpade, Mahima Chaudhry, Milind Soman, Satish Kaushik
Production Companies: Manikarnika Films, Zee Studios
Genre: Biography / Action / Drama
Release Dates: 17 January 2025
 Trailer:


Mengangkat strategi dan percaturan Perdana Menteri India, Indira Ghandi pada Darurat yang berlaku di tahun 1975 hingga tahun 1977. 

4. Azaad


Director: Abhishek Kapoor
Writers: Krishnan Hariharan, Abhishek Kapoor, Suresh Nair
Cast: Aaman Devgan, Rasha Thadani, Ajay Devgn, Diana Penty, Mohit Malik, Piyush Mishra
Production Companies: Guy In The Sky Pictures, RSVP Movies
Genre: Action / Drama
Release Dates: 17 January 2025
 Trailer:


Berlatarkan zaman penjajahan British di India, Azaad mengisahkan tentang pemuda biasa bernama Govinda (Aaman Devgan) jatuh cinta dengan gadis kaya yang cantik rupawan. Untuk berkenalan dengan gadis tersebut, Govinda cuba menunggang kuda kepunyaan Vikram Singh (Ajay Devgn), ketua pemberontak yang digeruni oleh tentera British. 

Filem Azaad antara filem yang dinantikan tayangannya pada 2025 sebab lauching platform untuk anak saudara Ajay Devgn iaitu Aaman Devgan juga debut platform kepada Rasha Thadani, anak perempuan Raveena Tandon. 

5. Mission Grey House


Director: Naushad Siddiqui
Writers: Zeba K, Naushad Siddiqui
Cast: Abeer Khan, Rajesh Sharma, Nikhat Khan, Kamlesh Sawant, Kiran Kumar, Puja Sharma
Production Companies: Reliance Entertainment, Rafat Films Entertainment
Genre: Thriller
Release Dates: 17 January 2025
 Trailer:


Kabeer Rathod (Abeer Khan) mempunyai minat dan cita-cita yang tinggi untuk menjadi seorang polis. Dia curi-curi menggunakan uniform polis dan menyerang gangster di kawasan rumahnya. Akibatnya dia terperangkap dalam Grey House dan perlu selamatkan diri dari musibah tersebut. 

6. Sky Force


Director: Sandeep Kewlani, Abhishek Anil Kapur
Writers: Sandeep Kewlani, Aamil Keeyan Khan, Carl Austin, Niren Bhatt
Cast: Akshay Kumar, Veer Pahariya, Sara Ali Khan, Nimrat Kaur 
Production Companies: Jio Studios, Maddock Films, Leo Films UK Production
Genre: Action / Drama
Release Dates: 24 January 2025
 Trailer:



Diadaptasikan dari kisah benar ketika perang antara negara India dan Pakistan pada tahun 1965, di mana Tentera Udara India membuat serangan balas kepada Pakistan dengan menyerang markas tentera udara di  Sargodha. 

Filem Sky Force adalah debut platform kepada pelakon lelaki terbaru, Veer Pahariya. Asalnya dijadualkan tayangan pada 02 Oktober 2024 kemudiannya dianjak ke tahun 2025.

7. Lahore 1947


Director: Rajkumar Santoshi
Cast: Sunny Deol, Preity Zinta, Aamir Khan 
Production Company: Aamir Khan Productions
Genre: Action / Drama
Release Dates: 26 January 2025
 Trailer:

Berlatarkan perpecahan antara negara India dan Pakistan pada tahun 1947, sebuah keluarga dari Lucknow ke Lahore menetap sementara di sebuah istana lama yang telah dikosongkan oleh sebuah keluarga India. Konflik terjadi apabila seorang wanita India masih lagi berada di dalam istana tersebut. 

8. Deva


Director: Rosshan Andrrews
Writer: Bobby–Sanjay
Cast: Shahid Kapoor, Pooja Hegde, Pavail Gulati
Production Companies: Roy Kapur Films, Zee Studios
Genre: Action / Thriller
Release Dates: 31 January 2025
 Trailer:

Mengisahkan tentang Deva (Shahid Kapoor), seorang pegawai polis yang bijak tetapi keras kepala  menyelesaikan kes jenayah berprofil tinggi. Jurnalis wanita (Pooja Hedge) bekerjasama dalam kes tersebut.

Filem Deva asalnya dijadualkan tayangan pada 02 October 2024, sama tarikh dengan filem Sky Force tapi ditunda atas sebab-sebab tertentu. 

9. Loveyapa


Director: Advait Chandan
Writer: Bobby–Sanjay
Cast: Junaid Khan, Khushi Kapoor
Production Companies: Phantom Studios, Zee Studios, AGS Entertainment
Genre: Romantic / Comedy
Release Dates: 07 February 2025
 Trailer:


Remake dari filem Tamil, Love Today yang mengisahkan tentang sepasang kekasih setuju untuk tukar handphone mereka sebelum berkahwin. Hubungan mereka mula goyah lepas mengetahui rahsia masing-masing. 

Filem Loveyapa merupakan filem kedua Junaid Khan selepas filem Maharaj (2024) yang ditayangkan di Netflix. Sama juga kepada Khushi Kapoor selepas filem The Archies (2024) yang diterbitkan secara rasmi oleh Netflix. 

10. Badass Ravi Kumar


Director:  Keith Gomes
Writer: Kushal Ved Bakshi, Himesh Reshammiya
Cast: Himesh Reshammiya, Prabhu Deva, Kirti Kulhari, Johnny Lever, Sanjay Mishra, Sunny Leone
Production Companies: Phantom Studios, Zee Studios, AGS Entertainment
Genre: Musical / Action
Release Dates: 07 February 2025
 Trailer:


Filem yang menggabungkan genre aksi dan musikal mengisahkan tentang Ravi Kumar, seorang yang badass dan cool. Berlatarkan tahun 1980-an menggunakan konsep penceritaan zaman retro dan vintage sebagai hiburan. Filem ni sepatutnya release tahun lepas tapi ditunda ke Februari tahun 2025 dan akan bertemu dengan filem Loveyapa di pawagam. 

11. Chhaava


Director: Laxman Utekar
Writers: Rishi Virmani, Laxman Utekar
Cast: Vicky Kaushal, Rashmika Mandanna, Anil Kapoor
Production Company: Maddock Films
Genre: Period Drama
Release Date: 14 February 2025
Trailer:



Naskhah yang berlatarkan zaman pemerintahan lampau dengan mengetengahkan watak Chhatrapati Sambhaji Maharaj, anak kepada Chhatrapati Shivaji Maharaj, yang dikenali sebagai Chhaava. Senasib dengan filem yang lain, filem Chhaava dari Disember 2024 beranjak ke Februari 2025.

12. Sanki


Directors: Yasir Jah, Adnan A. Shaikh
Writers: Rajat Arora, Sajid Nadiadwala
Cast: Ahaan Shetty, Pooja Hedge
Production Company: Nadiadwala Grandson Entertainment
Genre: Action / Thriller
Release Date: 14 February 2025
Trailer:

Filem kedua Ahaan Shetty membawakan kisah seorang pemuda yang mencari keadilan selepas terlibat dalam kes jenayah lalu terjumpa gadis misteri. Filem Sanki hampir dibatalkan penggambarannya kerana terlebih bajet dan perbelanjaan oleh Ahaan shetty sebagai pelakon utama. Sampai sekarang produser belum keluarkan poster, teaser ataupun official announcement selain dari filem Sanki akan ditayangkan pada Hari Valentine pada tahun 2025. 

13. Nakhrewaalii


Director: Rahul Shanklya
Writers: Divy Nidhi Sharma, Ssanjay Tripaathy
Cast: Ansh Duggal, Pragati Srivastava, 
Production Companies: Bright Man Films, Colour Yellow Productions
Genre: Romantic / Comedy
Release Date: 14 February 2025

Plot to be announced. Filem Nakhrewaali diterbitkan oleh Anand L. Rai dan membawakan dua pelakon baru - Ansh Duggal dan Pragati Srivastava sebagai watak utama. Filem ni mungkin mempunyai vibe yang sama dengan filem Tanu Weds Manu (2011) dan Tanu Weds Manu Returns (2015). 

14. Mere Husband Ki Biwi


Director: Mudassar Aziz
Writer: Vashu Bhagnani
Cast: Arjun Kapoor, Rakul Preet Singh, Bhumi Pednekar
Production Company: Pooja Entertainment
Genre: Romantic / Comedy
Release Date: 21 February 2025

Plot filem Mere Husband Ki Biwi belum diumumkan lagi tapi tengok pada poster, filem ni mengisahkan tentang bekas suami ada masalah dengan bekas isteri dan bakal isteri. 

15. Inn Galiyon Mein


Director: Avinash Das
Writer: Punarvasu
Cast: Jaaved Jaaferi, Avantika Dasani,Vivaan Shah
Production Company: Yadunath Films
Genre: Romantic / Drama
Release Date: 28 February 2025

Filem bergenre romantik drama yang mengupas tentang cinta berbeza kasta, tekanan dari masyarakat dan impak social media. Comeback movie untuk Vivaan Shah yang menghilang selepas filem Happy New Year (2014). 

16. Untitled Film


Director: Karan Singh Tyagi
Writers: Raghu Palat, Pushpa Palat
Cast: Akshay Kumar, R Madhavan, Ananya Panday
Production Companies: Dharma Productions, Cape Of Good Films, Leo Media Collective
Genre: History / Drama
Release Date: 14 March 2025

Filem yang mengangkat kes Jallianwala Bagh massacre yang berlaku pada tahun 1919 di Amritsar, India. Pegawai British menembak mati penduduk di kawasan tersebut yang membuat bantahan terhadap kekejaman pemerintahan mereka. Dijangka seramai 1500 orang dibunuh dalam kejadian tersebut. Ananya Panday mungkin memegang watak junior lawyer dan protege kepada Akshay Kumar. Watak R.Madhavan belum diketahui lagi setakat ni. 

17. Sikandar


Director: AR Murugadoss
Writer: AR Murugadoss, Rajat Arora, Hussain Dalal, Abbas Dalal
Cast: Salman Khan, Kajal Aggarwal, Rashmika Mandanna
Production Company: Nadiadwala Grandson Entertainment
Distributor: Pen Marudhar Entertainment
Genre: History / Drama
Release Date: 30 March 2025

Plot to be announced. 

18. Jolly LLB 3

Director: Subhash Kapoor
Writer: Subhash Kapoor
Cast: Akshay Kumar, Arshad Warsi, Huma Qureshi, Amrita Rao, Saurabh Shukla
Production Companies: Star Studios, Kangra Talkies, Cape of Good Films
Distributors: Star Studios (India), Walt Disney Studios Motion Pictures (Worldwide)
Genre: Legal / Drama / Comedy
Release Date: 11 April 2025

Plot to be announced. Antara movie yang dinanti-nantikan untuk tahun 2025 sebab pelakon asal Jolly LLB (2013), Arshad Warsi bertemu dengan pelakon Jolly LLB 2 - Akshay Kumar. Kebarangkalian akan berjumpa dengan hakim yang sama, dilakonkan oleh Saurabh Shukla. Kedua-dua isteri untuk dua peguam juga akan muncul semula dalam instalment ketiga ni. 

19. Phule


Director: Ananth Mahadevan
Writer: Ananth Mahadevan
Cast: Pratik Gandhi, Patralekhaa
Production Companies: Dancing Shiva Films, Kingsmen Productions, Zee Studios
Genre: Biopic / Drama
Release Date: 11 April 2025

Sepasang suami isteri yang berkhidmat sebagai aktivis sosial di era 1880-an di mana mereka berdua mendidik kaum wanita tentang hak dalam kehidupan bermasyarakat terutamanya isu perkahwinan bawah umur. Savitribai Phule merupakan guru wanita pertama di India dan membuka sebuah sekolah bersama suaminya, Jyotirao Phule.

20. Sunny Sanskari Ki Tulsi Kumari


Director: Shashank Khaitan
Writer: Shashank Khaitan
Cast: Varun Dhawan, Janhvi Kapoor, Sanya Malhotra, Rohit Saraf
Production Companies: Dharma Productions, Mentor Disciple Entertainment
Genre: Romantic / Comedy
Release Date: 18 April 2025
Announcement: 



Pengarah dan penulis untuk franchise romantik komedi - Humpty Sharma Ki Dulhania (2014) dan Badrinath Ki Dulhania (2017) kembali dengan filem romantik komedi terbaru. Masih lagi menggunakan Varun Dhawan sebagai pelakon utama cuma bertukar heroin dari Alia Bhatt kepada Janhvi Kapoor. I sedih sebab dah tak ada Varia tapi happy jugak sebab Varun-Janhvi yang jadi lead couple since chemistry diorang dalam Bawaal (2023) menjadi sangat. Fresh pairing juga untuk second couple, Rohit Saraf dan Sanya Malhotra. Looking forward for this!

21. Jaat


Director: Gopichandh Malineni
Writers: Gopichandh Malineni, Srinivas Gavireddy, Sai Madhav Burra, Saurabh Gupta
Cast: Sunny Deol, Randeep Hooda, Prashant Bajaj, Vineet Kumar Singh, Saiyami Kher, Regina Cassandra
Production Companies: Mythri Movie Makers, People Media Factory
Distributors: Pen Marudhar Entertainment, Yash Raj Films
Genre: Action / Thriller
Release Date: April 2025

Plot to be announced. Menariknya filem ni menandakan kerjasama semula antara Sunny Deol dengan Yash Raj Films lepas bergaduh semasa pembikinan filem Darr (1993). 

22. Raid 2


Director: Raj Kumar Gupta
Writers: Ritesh Shah, Raj Kumar Gupta, Karan Vyas, Jaideep Yadav
Cast: Ajay Devgn, Riteish Deshmukh, Vaani Kapoor
Production Companies: Panorama Studios, T-Series Films
Distributors: Panorama Studios, Yash Raj Films
Genre: Thriller / Drama
Release Date: 1 May 2025

Dari 15 November 2024 ke 21 February 2025 dan tarikh terbaharu, 01 May 2025. Plot masih lagi belum didedahkan oleh mana-mana pihak. Yang pastinya pegawai pengutip cukai, IPS Amay Patnaik kembali untuk memburu individu yang mengelak dari bayar cukai. Watak antagonis dilakonkan oleh Riteish Deshmukh sementara Vaani Kapoor menggantikan Ileana D'Cruz sebagai heroin. 

23. Housefull 5


Director: Tarun Mansukhani
Writer: Sajid Nadiadwala
Cast: Akshay Kumar, Riteish Deshmukh, Sanjay Dutt, Abhishek Bachchan, Nana Patekar, Fardeen Khan, Dino Morea, Chunky Pandey, Jackie Shroff, Nikitin Dheer, Shreyas Talpade, Ranjeet, Johnny Lever, Jacqueline Fernandez, Nargis Fakhri, Sonam Bajwa, Chitrangda Singh, Soundarya Sharma
Production Company: Nadiadwala Grandson Entertainment
Genre: Comedy
Release Date: 06 June 2025

Plot to be announced

24. Param Sundari


Director: Tushar Jalota
Cast: Sidharth Malhotra, Janhvi Kapoor
Production Company: Maddock Films
Genre: Romantic / Comedy
Release Date: 25 July 2025

Plot to be announced

25. War 2

Director: Ayan Mukerji
Cast: Hrithik Roshan, N. T. Rama Rao Jr., Kiara Advani, Anil Kapoor
Production Company: Yash Raj Films
Genre: Action / Thriller 
Release Date: 15 August 2025

Sekuel kepada WAR yang membawa ejen Kabir kepada watak-watak baharu setelah kematian Khalid. WAR 2 merupakan instalment keenam untuk YRF Spy Universe. Kehadiran Kiara Advani sebagai heroin akan menggantikan Vaani Kapoor sebagai love interest ejen Kabir. Plot to be announced. 

26. The Delhi Files


Director: Vivek Agnihotri
Cast: Mithun Chakraborty, Anupam Kher, Puneet Issar, Govind Namdev, Babbu Maan, Pallavi Joshi, Palomi Ghosh
Production Companies: Abhishek Agarwal Arts, I Am Buddha
Genre: Crime / Drama
Release Date: 15 August 2025

Instalment ketiga untuk filem yang mengangkat kisah jenayah yang berlaku di India. Sebelum ni The Kashmir Files (2022) menyingkap keganasan terhadap penduduk Kashmir beragama Hindu sehingga mereka berpindah keluar dari kawasan tersebut. Plot to be announced. 

27. Baaghi 4


Director: A. Harsha
Writer: Rajat Arora
Cast: Tiger Shroff, Sanjay Dutt, Sonam Bajwa, Harnaaz Sandhu
Production Company: Nadiadwala Grandson Entertainment
Distributor: Pen Marudhar Entertainment
Genre: Action / Thriller
Release Date: 5 September 2025 (India)

28. Hai Jawani Toh Ishq Hona Hai


Director: David Dhawan
Writer: Rajat Arora
Cast: Varun Dhawan, Mrunal Thakur, Sreeleela, Maniesh Paul, Kubbra Sait.
Production Company: TIP Entertainment
Genre: Comedy
Release Date: 02 October 2025

Plot to be announced

29. Thama


Director: Aditya Sarpotdar
Writers: Niren Bhatt, Arun Fulara, Suresh Mathew
Cast: Ayushmann Khurrana, Rashmika Mandanna, Paresh Rawal, Nawazuddin Siddiqui.
Production Company: Maddock Films
Genre: Horror / Comedy
Release Date: 17 October 2025 (India)
Announcement: 



Menyaksikan kejayaan filem Munjya (2024) dan Stree 2 (2024), Maddock Films terbitkan filem Thama, instalment kelima untuk Maddock Supernatural Universe selepas Stree (2018), Bhediya (2023), Munjya (2024 dan Stree 2 (2024). 

Mempunyai dua latar masa berbeza iaitu ketika Empayar Vijayanagara dan waktu sekarang. Thama membawakan makhluk supernatural vampire ke dalam franchise dan layar perak. Fresh pairing antara Ayushmann dan Rashmika. Excited nak layan Thama sebab lagu dalam announcement tu merdu sangat.

Plot to be announced.

30. VVAN: Force of the Forest


Director: Deepak Mishra
Cast: Sidharth Malhotra, Sara Ali Khan
Production Companies: Balaji Motion Pictures, The Viral Fever (TVF). 
Genre: Thriller
Release Date: 28 October 2025 

Plot to be announced.

31. De De Pyaar De 2

Director: Anshul Sharma
Writers: Niren Bhatt, Arun Fulara, Suresh Mathew
Cast: Ajay Devgn, R. Madhavan, Rakul Preet Singh
Production Companies: T-Series, Luv Films
Genre: Romantic / Comedy
Release Date: 14 November 2025 

Sekuel kepada De De Pyaar De di mana Ayesha Khurana (Rakul Preet Singh), gadis muda yang jatuh cinta dengan Ashish Kumar (Ajay Devgn), lelaki berusia 50-an. Sekuel akan menampilkan watak baru yang akan dilakonkan oleh R. Madhavan. High chance jatuh cinta dengan Ayesha sebab sebelum ni Ayesha cemburu dengan bekas isteri Ashish iaitu Manju (Tabu). 

Pengarah Anshul Sharma bagitahu Tabu tak akan join sekuel tapi ada penampilan istimewa dari pelakon yang akan menjadi kejutan nanti. Plot to be announced since shooting akan start pada September 2025 di beberapa lokasi terpilih. 

32. 120 Bahadur


Director: Razneesh ‘Razy’ Ghai
Writers: Niren Bhatt, Arun Fulara, Suresh Mathew
Cast: Farhan Akhtar
Production Companies: Excel Entertainment, Trigger Happy Studios
Genre: War / Biopic / Drama
Release Date: 21 November 2025 

Mengangkat kisah benar Param Vir Chakra dan batalion askar dalam Charlie Company, Rejimen 13 Kumaon ke layar perak. Sebuah perang yang tercetus antara China dan India pada tahun 1962. Filem 120 Bahadur mengangkat kisah pengorbanan dan keberanian tentera India untuk berbakti kepada negara. 

33. Arjun Ustara

Director: Vishal Bhardwaj
Cast: Shahid Kapoor, Randeep Hooda, Nana Patekar, Tripti Dimri
Production Company: Nadiadwala Grandson Entertainment
Genre: Action
Release Date: 5 December 2025

Shahid Kapoor bekerjasama semula dengan pengarah Vishal Bhardwaj selepas filem Kaminey (2009), Haider (2014) dan Rangoon (2017). Plot to be announced. 

34. Alpha


Director: Shiv Rawail
Cast: Alia Bhatt, Sharvari, Anil Kapoor, Bobby Deol
Production Company: Yash Raj Films
Genre: Action
Release Date: 25 December 2025
Announcement:



Sebuah lagi instalment untuk YRF Spy Universe dengan menampilkan watak-watak baharu dan besar kemungkinan women-centric movie menampilkan Alia Bhatt sebagai lead actor bersama Sharvari Wagh. Plot to be announced. 

35. Shakti Shalini

Director: N/A
Cast: Kiara Advani
Production Company: Maddock Films
Genre: Horror / Comedy
Release Date: 31 December 2025

Maddock Films bakal terbitkan sebuah lagi supernatural comedy dalam franchise Maddock Supernatural Universe. High chance this movie will be delayed to 2026. Plot to be announced. 

Boleh nampak produser Nadiadwala Grandsons Entertainment akan sibuk tahun ni sebab banyak filem akan diterbitkan sementara YRF bergantung harap kepada WAR 2 dan Alpha. Filem seram ada satu saja setakat ni but who knows filem mana akan tiba-tiba muncul dan announce tarikh sebab banyak lagi filem yang tengah shooting dan belum pasti nak letak tarikh bila macam filem Ranveer Singh - Dhurandar, comeback movie Esha Deol - Tumko Meri Kasam, debut movie Shanaya Kappor - Ankhon Ki Gustakhiyan dan banyak lagi. 

Lunch Terakhir 2024 Di Chili's Citta Mall

Saturday, 11 January 2025


Jumaat minggu terakhir 2024, Kak Ida ajak lunch dekat Chili's Citta Mall sebab Isnin dengan Selasa depan ramai yang dah bercuti panjang. Masa plan tu ramai yang cakap nak join tapi bila dah nak gerak, macam-macam hal jadi. Sudahnya dari yang ramai tu tinggal kitorang berempat je. 


I order margarita pizza sebagai entrees sementara tunggu main dishes kitorang sampai. Dah lana nak makan pizza ni lepas makan dekat Gino's dulu. Pizza ni simple je, tak ada toppings beria tapi dia la yang paling sedap.


Lama juga masing-masing nak pilih menu sebab tak nak makan apa yang dah makan before this. I nak makan burger tapi nampak pasta macam sedap pulakkkk 😩

Kak Ida pun confuse nak pilih yang mana sebab dia macam nak makan burger tapi Vegetarian Fajita macam sedap jugak. Dayan je yang dah tahu nak makan apa dari awal sampai Chili's. 


Dayan kata dia memang selalu order Country Fried Chicken lepastu bila tak habis dia buat menu dinner sekali sebab banyak. Mash potato pun banyak dia bagi. Dah ada fries, ada mash potato pulak. Memang kenyang sangat lepas makan half dari serving tu. 


Karimah order Skillet Jambalaya Rice, menu baru dekat Chili's. Dalam menu ni ada nasi, roasted veggies yang digoreng dengan sos Jambalaya. Rasa dia not bad lah macam nasi goreng tu tapi dia kata sedap lagi makan nasi goreng kampung 😅😂

Menu ni tak pedas pun, mungkin sebab lidah Asia tak sama dengan Mexico. Kalau pedas pun dekat hujung lidah je. Kalau tak suka cilantro, better avoid pilih yang ni. 


Tak sure I punya pasta apa tapi menu baru jugak dekat Chili's. Not bad lah sebab cheese dia tak muak sebab bukan selambak sampai banjir. Kalau pergi Chili's lagi, menu ni confirm jadi pilihan kalau tak tahu nak makan apa. Sedap pun sedap, kenyang apatah lagi. 


Menu Vegetarian Fajita pun not bad lah sebab sauted mushroom dia rasa macam ayam tapi rasa cendawan memang lebih kurang macam ayam pun. So kalau ambik menu ni tak lah rasa macam kosong sangat. Penat je lah nak habiskan sebab banyak. I tak rasa black bean soup tu tapi kalau suka makan makanan Mexican, not bad lah kot. Kalau tak, terbiar sepi lah dekat tepi meja. 

Sambil makan sambil bergosip pasal bonus ada bayang entah tidak lepas berhempas-pulas bekerja untuk tahun 2024. Bila dah sign memo tanda faham bonus adalah saguhati dari office, confirm lah semua akan bergosip benda yang tu je. Kalau takde bonus, kira first time lah kerja dekat RRM tak merasa bonus. Kalau dapat, tak mungkin juga banyak macam tahun sebelum ni. Anyway, we had fun trying new menus dekat Chili's. Makan sampai tersandaq.