Movie Review | Sekawan Limo (2024)

Sunday, 24 November 2024


Pengarah: Bayu Skak 
Penulis Skrip: Nona Ica
Pelakon: Bayu Skak, Nadya Arina, Keisya Levronka, Dono Pradana, Benidictus Siregar, Indra Pramujito, Firza Valaza
Syarikat Produksi: Starvision, Skak Studios
Pengedar: Antenna Entertainments (Malaysia), Netflix
Genre: Seram / Komedi
Durasi Tayangan: 112 minit
Tarikh Tayangan: 4 Julai 2024 (Indonesia), 8 Ogos 2024 (Brunei, Malaysia & Singapura)
Trailer:


‘Jangan menoleh ke belakang. Nanti ada yang mengikuti. Nah, ini mitos nombor satu di Gunung Madyopuro.’ – Bagas (Bayu Skak)

Bagas dijemput ke Medeni Pol Podcast dengan dua podcaster utama – Dyny (Keisya Levronka) dan Deri (Dono Pradana) untuk menceritakan pengalaman seramnya ketika mendaki Gunung Madyopuro bersama rakan-rakannya Lenni (Nadya Arina), Dicky (Firza Valaza), Juna (Benidictus Siregar) dan Andrew (Indra Pramujito). 


Rencana awal pendakian gunung tersebut hanya selama 1 hari 1 malam saja sebab Lenni nak tengok sunset di puncak dan Bagas hanya menemani saja. Pengawal pos Gunung Madyopuro sudah berpesan supaya jangan mendaki dalam kumpulan nombor ganjil kerana akan ada yang menemani. Bagas dan Lenni tak ambil peduli sangat kerana mereka mendaki berdua tapi bilangan mereka menjadi ganjil kerana terjumpa Dicky (Firza Valaza) di pintu gerbang. 

Baru saja ingin memulakan pendakian, mereka disapa oleh Juna (Benidictus Siregar) yang juga ingin turut serta ke puncak. Juna ditinggalkan oleh rakan-rakan sekuliahnya ketika dia membuang air besar. Mereka setuju untuk mengikut petunjuk dari Dicky kerana dia sudah berpengalaman dan arif selok-belok gunung tersebut.


Ketika sampai di checkpoint pertama, Bagas mula mengalami kejadian aneh. Di sana juga mereka bertemu dengan Andrew yang sesat. Awalnya risau dengan identiti Andrew tapi setelah disiasat, dia adalah Putera bongsu kepada business tycoon yang terkenal di bandar tersebut. Namun sejak ahli kumpulan mereka menjadi ganjil, semakin kerap mereka semua diganggu oleh makhluk halus. 

‘Sekawan itukan persahabatan. Sekawan ada dua makna, mengikut bahasa Jawa, sekawan maknanya empat. Limo maknanya lima.’ – Bagas


Naskhah seram komedi hasil sutradara Youtuber terkenal, Bayu Skak mengangkat kisah seram berdasarkan mitos Jawa ketika mendaki gunung. Selalu kalau masuk ke hutan atau naik ke gunung, pesan yang selalu didengar oleh orang tua ialah jaga percakapan. Dari filem Sekawan Limo ni baru tahu ada pantang larang jangan mendaki dengan nombor ganjil. Tapi tak hairan juga kalau tak pernah dengar sebab itu pantang larang untuk Gunung Madyopuro sahaja. Jangan pandang belakang tu ada juga dekat Malaysia tapi tak lah ditegaskan sangat. 

Memandangkan genre filem Sekawan Limo ni seram komedi, I tak expect jumpscares dia seram. Tak memasal menjerit bila ternampak hantu pocong muncul untuk kacau Lenni dekat atas gunung. Kesian juga lah jadi Lenni sebab dia seorang saja ahli perempuan dalam kumpulan mendaki tersebut. Kalau ikut plan asal, tak ambil masa yang lama pun di Gunung Madyopuro tu tapi sebab dah terlanggar pantang larang, dari sehari jadi berhari-hari. Tambahan pula kumpulan mendaki tu ada ahli yang pelbagai ragamnya.


Pace filem Sekawan Limo terbitan Starvision dan Skak Studios bergerak laju dan berjaya mengimbangi elemen seram dan komedi dengan cemerlang. Bukan saja penulis kembangkan perjalanan mereka berlima di Gunung Madyopuro malah masukkan juga sub-plot yang mengukuhkan lagi perkembangan watak yang terlibat. Banyak juga mesej yang dimasukkan secara santai sambil mengangkat budaya masyarakat Jawa. Personally, I agak rimas dengan flashback yang repetitive untuk menguatkan lagi emosi di babak klimaks.

Berdekah teruk bila mereka berlima berjumpa dengan penjual bakso (Cak Ukil) yang natural dan bersahaja padahal dialog dia ulang ayat yang sama. Ekspresi muka dia yang mainkan peranan. Mungkin ada yang dapat agak siapa hantu antara mereka berlima tapi tak jadi penghalang untuk terus tengok sampai pengarah dedahkan di penghujung cerita.  


Sinematografi dari Adrian Sugiono mengukuhkan lagi penceritaan Sekawan Limo dengan menggunakan landskap gunung untuk mewujudkan suasana seram dan mengerikan. Musik latar juga menjadi peneman yang bagus sepanjang penceritaan. 

Walaupun ada babak yang draggy macam kisah cinta Bagas dan Lenni tapi okay lah sebab tak banyak sangat. Mungkin lepas ni Bayu Skak boleh jadi pengarah untuk filem-filem seram yang viral di social media sebab olahan dia menarik dan menghiburkan. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +0.7, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.7 = 8.8/10

Movie Review | Chinatown Chacha (2024)


Director: Jaturong Mokjok
Writers: Prueksa Amaruji, Golf Sakon Wongsinwiset, Noolek Sureechay Kaewses, M Rittikrai Kanjanawiphu
Cast: Teeradetch Metawarayut, Ranchrawee Uakoolwarawat, Nopdol Songsaeng, Chukiat Eiamsook, Katchathathep Iamsiri, Chutavuth Pattarakampol
Production Company: Vela Entertainment Co., Ltd
Distributor: 
Genre: Action / Comedy
Running Time: 120 minutes
Release Date: 18 January 2024 (Thailand)
Trailer:


Filem komedi arahan Jaturong Mokjok menggunakan tema time travel di mana watak utama, Kie (Ranchrawee Uakoolwarawat), seorang gadis muda berpatah kembali ke masa silam untuk mengubah nasib keturunanya yang disumpah menjadi malang oleh penduduk kampung. Penting untuk dia ubah nasib hidup bila ayah (Jaturong Mokjok) dan ibunya sentiasa ditimpa malang, sama juga seperti dia yang sentiasa bernasib malang sejak lahir.


Moyang datuknya bernama Khung (Teeradetch Metawarayut) merupakan ketua mafia yang digeruni di kawasan tersebut kerana dia adalah lagenda yang membunuh mangsa dengan hanya sebilah gunting. Kie dapat peluang untuk mengubah masa silam apabila masuk ke dalam badan Tai (Chutavuth Pattarakampol), kawan baik kepada Khung tapi mati dibunuh oleh pembunuh upahan yang diupah oleh pihak lawan. 


Kerana Kie, Tai hidup semula ketika upacara berkabung. Berita tersebut sampai ke pihak musuh apabila rancangan mereka gagal. Kie mula kenal karakter Khung yang sebenar rupanya jauh berbeza dengan cerita yang dia dengar dari tok sami. Moyang dia lebih gemar menjahit daripada jalankan perniagaan haram dan hidup sebagai mafia. 

Moyang neneknya, Miss Ji Jung (Ranchrawee Uakoolwarawat), juga merupakan ketua mafia di kawasan lain dan merupakan pihak lawan kepada Khung. Mereka sering bergaduh tapi makin lama Khung mula tertarik dengan Ji Jung. Tanpa mereka sedar ada musuh dalam selimut antara mereka dan mengambil upah dari pegawai British bernama Captain John. 


Komedi yang digunakan dalam filem Chinatown ChaCha adalah slapstick comedy di mana pengarah sengaja exaggerate hampir kesemua babak dalam filem ni macam babak ayah Kie ditikam oleh ah long dan kedai juga rumah meletup gara-gara sebatang rokok terjatuh dalam kotak mercun. Kalau ikutkan ibu dia dah meninggal ataupun terbakar tapi dia cuma melecur sikit di bahagian muka dan kaki. 

Ada juga komedi yang miang bila Khung dengan Tai pergi ke rumah pelacur tapi Tai lari sebab Tai adalah Kie. Sama juga dengan Khung yang tanpa segan sentuh private parts watak perempuan. Komedi yang berulang macam Lao yang terlanggar tiang sampai dua kali sebab nak buat kelakar ataupun komedi yang ketawakan kekurangan orang pun bersepah. 


Jalan cerita Chinatown ChaCha tak lah teruk sangat cuma predictable lah siapa pembelot antara kumpulan Khung dan Ji Jung tapi sebab try hard sangat nak buat kelakar sampai tak bagi perhatian sangat pada perkembangan plot. Ada beberapa watak yang ada potensi untuk dikembangkan lagi macam watak Ji Jung dengan kisah cinta Kie dan Dr. Porames (Bank Artit Tangwiboonpanit). 

Lakonan Ranchrawee Uakoolwarawat dan Chutavuth Pattarakampol menjadi betul bila mereka berdua kena sync with each other. Tai yang dirasuk roh Kie lebih lembut dan banyak membebel, walaupun kita tak kenal karakter Tai sebelum dia mati tapi boleh nampak orang sekeliling pelik dengan Tai yang hidup semula. 


Ada babak Tai guna fighting skills dia tapi tak banyak pun, dekat situ Kie boleh guna kelebihan badan Tai tapi penulis lebih suka bergantung pada takdir semata sampaikan tujuan Kie balik ke zaman silam tampak dangkal. Bila tengok sampai habis, tak nampak pun perubahan yang Kie buat selain bagi semangat pada Khung untuk berubah padahal jiwa Khung memang ke arah tu pun. Perubahan dia cuma bagi confirmation yang Kie memang kembali ke zaman silam dan berjumpa dengan Khung. 


Anyway, sinematografi filem Chinatown ChaCha menarik juga lah bila berlatarkan zaman penjajahan British dengan setup era penjajahan, beberapa bangunan dan latar tempat yang mengikut senibina pada zaman tersebut dan juga kostum pakaian. Suka tengok wardrobe Ji Jung yang terpengaruh dengan budaya masyarakat China. 

1. Team Production +0.5, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +0.7, 6. Genre +0.4, 7. Themes +1, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +0.7, 10. Personal Thought +0.4 = 6.8/10

Movie Review | The Buckingham Murders (2024)

Saturday, 23 November 2024


Director: Hansal Mehta
Writers: Aseem Arrora, Raghav Raj Kakker, Kashyap Kapoor
Cast: Kareena Kapoor Khan, Keith Allen, Ranveer Brar 
Production Companies: Balaji Motion Pictures, Mahana Films
Distributors: Pen Marudhar Entertainment, Netflix
Genre: Crime / Thriller
Running Time: 107 minutes
Release Date: 14 October 2023 (London), 13 September 2024 (India) 
Trailer:


Selepas kehilangan anak lelakinya, Detektif Jasmeet Bhamra a.k.a Jass (Kareena Kapoor Khan) berpindah ke Buckinghamshire, United Kingdom untuk jawatan yang lebih rendah dari sebelumnya. Dia tak kisah dengan jawatan dan kawasan baru asalkan dia dapat sibukkan diri supaya dapat hilangkan rindu pada anaknya yang dibunuh oleh penagih dadah. 

Sebaik saja sampai ke sana, dia diarahkan oleh Miller (Keith Allen) untuk bantu siasatan kehilangan Ishpreet (Sartaaj Kakkar) yang terakhir kali berada di kawasan taman. Selepas pencarian dilakukan seharian di kawasan tersebut, DI Hardik Patel (Ash Tandon) laporkan mayat Ishpreet dijumpai dalam sebuah kereta. Dari laporan DNA, badan Ishpreet dipenuhi dengan cap jari Saquib Chaudhary (Kapil Redekar), remaja lelaki yang ketagih dengan dadah. 

Bukan hanya Saquib seorang yang melakukan jenayah tersebut kerana Naved juga ada bersama di tempat dan pada waktu kejadian. Naved (Rahul Sidhu) buat pengakuan Saquib bunuh Ishpreet secara sengaja dan tinggalkan di dalam kereta. Jass berasa ragu-ragu dengan pengakuan tersebut kerana keadaan mayat Ishpreet yang dijumpai di dalam kereta tak masuk akal sebab kunci kereta Saquib hilang masa tu. Bila Jass bincang dengan Patel dan Miller tentang perkara tersebut, keadaan berubah tegang lalu Jass dibuang dari siasatan kes. 

Naskhah jenayah thriller yang mendapat tayangan secara perdana di BFI London Film Festival berlatarkan riot yang berlaku antara British Hindu dan British Muslim di Leicester, London. Sama seperti latarnya, penulis Aseem Arora mewujudkan lagi ketegangan dengan perbalahan antara dua keluarga yang berbeza agama di kawasan tersebut. 

Walaupun mempunyai perbezaan yang ketara, satu persamaan yang juga sengaja diserlahkan oleh penulis ialah kedua-dua komuniti mempunyai masalah ketagihan dadah. Dari usia awal lagi anak-anak mereka terdedah dan terjebak dengan dadah. Dalam siasatan Jass, dia nampak pakcik Ishpreet pernah menjadi tokan dadah sementara suspek pembunuhan juga terkenal dengan masalah ketagihan. Anak Jass sendiri dibunuh oleh tahi dadah. 

Dari tajuk filem The Buckingham Murders pun kita dah sedia maklum dengan nasib Ishpreet bila keluarga dia laporkan pada pihak polis tapi perjalanan cerita bukanlah fokus pada mangsa tapi Detektif Jass yang terpaksa bergelut dengan kerjaya dan emosi kehilangan anaknya. Diskriminasi Patel terhadap Jass kerana dia seorang perempuan dan juga orang luar. I wish Hansal Mehta tambah lebih banyak lagi memori Jass dengan anak dia supaya emosi melankolik yang dia paparkan tu lebih kuat. Babak dia jerit dekat belakang rumah tu terasa dipaksa. 

Walaupun Kareena Kapoor Khan bagus dengan watak Detektif Jass tapi sebagai produser, filem arahan Hansal Mehta ada banyak kekurangan dari segi jalan cerita yang longgar. Idea dan perkembangan watak tak ada masalah tapi cara setiap watak selesaikan masalah agak extreme. Kalau filem ni berlatarkan India mungkin I faham kenapa direction dia macam tu tapi sebab berlatarkan masyarakat British, I rasa ada beberapa babak yang tak perlu. 

Lakonan Ranveer Brar sebagai Daljeet dan Prabhleen sebagai Preeti juga mengukuhkan lagi plot utama misteri pembunuhan sebab personaliti dan karakter mereka yang membentuk perjalanan Detektif Jass. 
Sinematografi dan visual dari Emma Dalesman bekerjasama dengan landskap taman yang sunyi dan lengang untuk mewujudkan suasana misteri yang diperlukan pada filem The Buckingham Murders. Beberapa babak dan transisi menguatkan lagi emosi pada watak yang berkabung dengan kehilangan dan kesedihan. 

Kalau diikutkan filem The Buckingham Murders ialah sebuah kisah dan idea yang bagus untuk diketengahkan sebab kesan dan natijah pengaruh dadah dalam sesebuah masyarakat tapi olahan pengarah tampak canggung. Mungkin sebab latar budaya yang berbeza buatkan production team tak mampu nak berkarya lebih. Vibe dia sama macam filem The Girl on the Train (2021), dia boleh pergi jauh tapi stuck. 

1. Team Production +0.7, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +0.8, 6. Genre +0.7, 7. Themes +0.8, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +0.6, 10. Personal Thought +0.6 = 7.3/10

Director: Karan Johar
Writer: N/A 
Cast: Neelam Kothari, Maheep Kapoor, Bhavna Pandey, Seema Khan, Riddhima Kapoor Sahni, Shalini Passi, Kalyani Saha, Gauri Khan, Sohail Khan, Sanjay Kapoor, Chunky Pandey, Samir Soni, 
Production Companies: Dharma Productions
Distributor: Netflix 
Genre: Reality Show / Comedy 
Running Episodes: 8 episodes (60 minutes per episode)
Release Date: 
Trailer :


Fabulous Wives of Bollywood Wives tampil berbeza untuk musim ketiga dengan bawa geng Delhi Wives. Riddhima Kapoor Sahni adalah kakak kepada Ranbir Kapoor, kakak ipar Alia Bhatt dan anak sulung kepada Rishi Kapoor dan Neetu Singh. Kakak sepupu juga kepada Kareena Kapoor Khan dan Karishma Kapoor. Dua orang lagi dari geng Delhi ialah Shalini Passi, seorang art collector dan isteri kepada taikun di Delhi sementara Kalyani Saha adalah bekas timbalan presiden butik terkenal, Dior India. 

Teruja bila tengok ada nama Riddhima sebab dia jarang involve dengan industry filem, selalu nampak dia pun bila Kapoor Khandan buat Christmas party ataupun any events yang dia join. For me, dia macam Ranbir, jenis yang private and reserved tapi bila tengok dia join show ni, dah boleh agak yang dia cuba buat networking untuk anak-anak dia. And I was right sebab anak perempuan dia nak jadi pelakon dan suka dengan Ananya Panday. Dalam show ni boleh tengok dia menyembang dengan Bhavna dan Chunky. 

Expectation I meleset tentang Riddhima bila karakter sebenar dia terserlah teruk dalam musim ketiga. Tak hairan lah kalau Babita, Bebo dengan Lolo tak rapat dengan Neetu dan Riddhima, so toxic yaar. Privileged, check. Annoying, check. Bully, check. Attention seeker, check. Nampak sangat dia cemburu dengan Bollywood Wives yang suka kacau Shalini. I mean, kalau I jadi geng Bollywood Wives pun I akan kacau Shalini, tanya macam-macam sebab banyak benda Shalini buat yang menarik perhatian. Riddhima? Membosankan. 

Dia boleh pulak bitter Bollywood Wives tak tanya apa langsung pasal dia padahal dia tak pernah cerita pun pasal dia. Masa pajama party tu tak perlu pun dia nak marah Shalini. Merepek sangat bila dia organize safari tour tapi dia takut nak join. Dah la pakai dress pergi safari. Masa main basikal tu pun sama. Memang patut lah Maheep menyampah dengan dia. 

Aneh juga lah bila KJo bawa masuk Kalyani sebab dia bukannya isteri kepada sesiapa pun tapi fabulous, yupp dia memang fab tapi dalam dunia dia je lah. Cara dia bercakap scary dengan ekspresi muka dia yang garang. Dari awal episod I terpesona dengan Shalini Passi sebab dia cantik, extra from head to toe, unik dan menarik untuk ditonton. Kalau geng Bollywood Wives suka tengok Shalini dari awal jumpa dekat Episod 1, I pun suka tengok Shalini. Banyak juga iconic quotes dia dalam musim ni. 

Tapi tak setuju bila dia cakap Bollywood Wives suka melaram setiap masa padahal tak ada yang tengok pun. Sama je lah dengan dia, setiap hari pakai couture dress untuk apa? Bukan ada orang kisah pasal dia pun sebelum ni. At least the Bollywood Wives setiap hari build networking. Dekat depan kamera mungkin tak nampak tapi bukan senang-senang boleh rapat dengan KJo dan Gauri atau designers lain. Macam Parineeti cakap, siang sampai malam kena jumpa ramai orang supaya stay relevant di Bollywood.

Kalau dalam Season 1, Gauri buat parti untuk Bollywood stars, Season 2 pula promote furniture baru dia, dalam Season 3 pula Gauri Khan promote restoran baru dia. Dia memang tak boleh duduk diam dekat Mumbai eh, no wonder net worth dia maintain tinggi sama level dengan Shah Rukh Khan. Musim ketiga ni Gauri nakal sikit lah sebab bagi kejutan dekat Bollywood Wives. Worth to watch. 

Musim 3 ni tak berapa syok compared to previous season for me sebab nampak Bollywood Wives tak boleh geng dengan Delhi bila  culture dan lifestyle tak sama. Lepastu tak banyak cameo dari Bollywood stars macam dua musim lepas. Nasib baik ada juga penampilan khas dari Ranbir Kapoor, Neetu Singh, Ananya Panday, Shanaya Kapoor, Khushi Kapoor, Manish Malhotra, Orry, Ekta Kapoor dan Saif Ali Khan. Berdekah teruk masa editor letak klip Maheep teka nama penulis buku sebelah klip Saif Ali Khan. 

My favourite Bollywood Wife remain the same, it’s Maheep. Personaliti dan karakter kitorang sama dan dia ada solid reason untuk marah dan terasa hati dengan Seema. Tak patut lah Seema paksa Maheep untuk rapat dengan dia macam dulu sebab apa yang dia buat tu memang melampau. Memang Seema patut asingkan diri dari semua orang tapi bila dah buat plan dengan orang bukannya ditch macam tu je. Semua orang pun dah tahu perangai Seema macam tu. Hopefully dalam Season 4 nanti Maheep dengan Seema makin okay, naturally tanpa perlu dipaksa. 

I always love when Seema discussing things with Nirvaan. Cara Nirvaan berbincang dan bagitahu Seema kena buat sekian sekian tu matang sangat, sama macam dalam Season 2. I selalu menyampah tengok Sohail tapi Nirvaan ni a better version of Sohail walaupun muka diorang lebih kurang. Masa Maheep Kapoor jumpa Shanaya dengan Jahaan masa lunch pun comel bila Jahaan panggil mama dia yang tengah sibuk menyembang. Walaupun Maheep jenis loud tapi anak-anak dia semua ikut perangai Sanjay Kapoor, sopan je bila bercakap. Masa Karva Chauth comel tengok Bollywood Wives sweet dengan suami masing-masing.

Sembang pasal wardrobe, Bollywood Wives makin cantik makin fabulous, mungkin sebab dah dapat banyak attention dari paps. Bhavna makin cantik musim ni. Riddhima dengan Kalyani kadang hit kadang miss walaupun bff dengan Manish Malhotra. Shalini is the queen. Outfit dia, jewelleries dia letops. Hairstyle dia pun on point. I suka ye semua dalam ni tak stuck dengan bun hairstyle macam Bollywood actress yang baru kahwin. Anyway, I had fun but please no more Delhi. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +0.7, 6. Genre +0.6, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +0.7, 10. Personal Thought +0.6 = 8.2/10

Movie Review | Speak No Evil (2024)


Director: James Watkins
Writer: James Watkins
Cast: James McAvoy, Mackenzie Davis, Aisling Franciosi, Alix West Lefler, Dan Hough, Scoot McNairy
Production Company: Blumhouse Productions
Distributor: Universal Pictures, Prime Video, AppleTV, VUDU
Genre: Horror / Thriller
Running Time: 110 minutes
Release Date: 9 September 2024 (DGA Theater), 13 September 2024 (United States)
Trailer:


Kisah bermula dengan percutian Louise (Mackenzie Davis) dan Ben Dalton (Scoot McNairy) di Itali bersama anak perempuan tunggal mereka, Agnes (Alix West Lefler). Di sana mereka berkenalan dengan Paddy (James McAvoy), isterinya, Ciara (Aisling Franciosi) dan anak lelaki mereka, Ant (Dan Hough). 

Tak ambil masa yang lama untuk kedua-dua keluarga berkenalan lebih rapat dan mesra sehingga percutian mereka berakhir dan Paddy menjemput Ben sekeluarga ke rumah mereka di kawasan terpencil di Amerika. Ben pujuk Louise dan Agnes ke sana untuk hilangkan tekanan sebelum Krismas. Mereka sekeluarga disambut baik oleh Paddy dan Ciara. 


Paddy pernah bekerja sebagai doktor kemudiannya berhenti dan habiskan masa di farmhouse. Dia sudah berkahwin dengan Ciara sejak 17 tahun lepas dan membesarkan Ant yang mempunyai penyakit di mana lidahnya kecil dan tak mampu bercakap. Ant sentiasa menyendiri kerana keadaan dia yang berbeza. 

‘Technology's advanced incredibly, but emotionally speaking, we're all still just cave dwellers. it's all this perfect life, Instagram, Facebook bullshit. Everybody talking but nobody honest. It's left us impatient and stressy.’ - Paddy


Semasa Ben buang sampah di belakang rumah, Ant mendekatinya dan tunjukkan lidahnya kepada Ben. Terasa canggung dengan situasi tersebut, Ben cuba pujuk Ant tapi Paddy memanggil mereka berdua masuk ke dalam rumah. Louise ajak Ben untuk pulang ke rumah keesokan harinya tapi Ben mula selesa berada di situ. Louise tahu ada sesuatu yang tidak kena dengan cara Paddy dan Ciara melayan Ant. 

Naskhah Speak No Evil arahan James Watkins adalah remake kepada filem Danish yang diarahkan Christian Tafdrup dengan tajuk yang sama dan diterbitkan pada tahun 2022. Masa tengok Ben dengan mudah percaya dengan kata-kata Paddy, terfikir macam mana dia jerat kesemua mangsa dia. Bila tengok Paddy menyembang dengan Ciara tentang hidup mewah dalam teknologi masa makan malam di rumah Mike, dah boleh nampak yang Paddy dah jumpa pattern mangsa dia. 


Lakonan James McAvoy antara kekuatan filem terbitan Blumhouse Production sebagai seorang yang dominan dan alpha male. Dia tahu macam mana nak pujuk Ben supaya tinggal dengan dia lebih lama dan selesa tinggal di situ sampai Ben terjerat dalam perangkap. Kalau watak Ciara lebih mengikut kata-kata Paddy, Louise pula mengatur dan menjaga suami dan anaknya, mungkin sebab tu juga dia lebih cepat tangka pada sesuatu yang tak kena dengan keluarga tersebut. 

Dekat first half lebih kepada mengenali keluarga Ben dan keluarga Paddy kemudian bila cerita bergerak ke second half, momentum bertukar kepada fast paced sebab Agnes cuba selamatkan keluarga dia dari menjadi mengsa Paddy dan Ciara. Geram juga lah bila tengok Agnes tak faham apa yang Ant bagitahu dia tapi logik lah juga sebab Agnes duduk dalam environment yang terjaga. Tengok TV pun jarang sebab fokus belajar je. 


Makin saspens bila tengok Ben dan Louis selamatkan diri dari Paddy sebab apa yang diorang rasa tu real, masing-masing cuma orang biasa dan pertama kali berjumpa dengan psiko. Tak ada satu pun kelebihan yang berpihak pada pasangan tu. Bertarung pun di kawasan Paddy, dalam rumah Paddy yang dia tahu serba-serbi. 

Walaupun Speak No Evil berjaya stay true pada genre dia tapi Ben dengan Louise ni memang merepek juga lah sebab Ant tu pakai baju yang sama dari awal diorang jumpa tapi sekali pun diorang tak pernah pelik. Bilik Ant dekat loteng, kecil tanpa gambar Ant langsung, tak ada gambar sekolah pulak tu, langsung tak ada yang bertanya. Memang patut lah dengan mudah Paddy tipu mereka sekeluarga. Worth to watch anyway. 

1. Team Production +0.8, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.7 = 8.8/10

AMIR AHNAF MENYANYIKAN ‘KUDETA’ , LAGU TEMA FILEM KAHAR : KAPLA HIGH COUNCIL

Friday, 22 November 2024


Bagi menambahkan keterujaan peminat terhadap Kahar: Kapla High Council, Amir Ahnaf muncul sebagai penyanyi lagu tema filem yang paling dinanti-nantikan tahun ini. 

Video lirik lagu yang berjudul ‘KUDETA’ itu, dilancarkan hari ini di semua platform penstriman digital serta media sosial Astro Shaw dan Astro Gempak. Lebih menarik, lagu tema ini dinyanyikan bersama bekas vokalis Sekumpulan Orang Gila, Riko Agus dan band Eleven Tonight. 


Lagu berentak ‘post hardcore’ ini dihasilkan oleh Izmal Che Ahmad dan Eleven Tonight dan lirik oleh Zoul Zaaba, Izzy Farhanah. Lirik lagu ini menterjemahkan naratif filem dengan berkisarkan tentang transisi dan bangkit daripada penderitaan kepada kemenangan serta membawakan mesej keganasan bukan jalan penyelesaian.  

Kahar : Kapla High Council adalah filem prekuel kepada siri fenomena, Project : High Council dan masih mengekalkan pelakon utamanya iaitu Amir Ahnaf sebagai Kahar. Turut membintangi filem ini adalah pelakon Aedy Ashraf, Sky Iskandar, Fazziq Muqris, Fadhli Masoot, Thompson Goh, Khenobu, Husyairi Hussain, Hasnul Rahmat, serta penampilan istimewa Naim Daniel, Mierul Aiman, Nadhir Nasar, Sathisvaran Magesvaaran, Yusof Hashim (Ucop) dan Ameer Asyraf.

Filem ini diterbitkan oleh Astro Shaw dengan kerjasama GSC, HM Entertainment dan ZAK Capital.  Dalam pada itu, penonton dan peminat sudah mula boleh membeli tiket awal filem Kahar : Kapla High Council sekarang yang akan ditayangkan 28 November depan.  

Layari portal rasmi filem Kahar : Kapla High Council, www.highcouncil.com.my, yang akan memuat naik info, klip dan gambar eksklusif buat peminat. Gunakan #KaharKaplaHighCouncil #StopViolence #StopBully untuk berkongsi tentang filem ini di media sosial anda.

Astro Kembali Dengan ‘INNOVATHON’ Musim 2, Tawar Dana Sokongan Pembangunan Perniagaan Dengan Nilai Terkumpul Sehingga RM1,000,000 Untuk Inovasi Paling Kreatif’ | Musim 2 Tampil Dengan Idea Lebih Inovatif Dan Kreatif, Buka Pentas Inovator Pamer Bakat Pemikir’

Astro sekali lagi bekerjasama dengan Kementerian Ekonomi dan juga Kementerian Sains, Teknologi & Inovasi (MOSTI), melancarkan program ‘INNOVATHON’ Musim 2, sebuah program realiti tv berteraskan sains, teknologi dan inovasi sebagai platform untuk mengangkat Kemahiran dan idea inovatif dalam kalangan rakyat Malaysia bagi mencari penyelesaian dan juga penambahbaikkan terhadap isu sosioekonomi semasa. ‘INNOVATHON’ Musim 2 bakal bermula pada 30 November 2024, Sabtu, jam 9 malam, di Astro Ria (saluran 104) dan RTM saluran TV1 bermula 1 Disember 2024, Ahad. Dan INNOVATHON Musim 2 juga bakal bersiaran Astro Vaanavil (saluran 201), Astro AEC (saluran 306) dan Astro Showcase (saluran 413).

Lebih Istimewa, program ‘INNOVATHON’ pada musim ini turut membabit kerjasama dengan Kementerian Pendidikan Malaysia dan juga Kementerian Pengajian Tinggi sebagai usaha mempopularkan sains dan teknologi dalam kalangan pelajar di peringkat sekolah dan juga peringkat Universiti. Program ini juga turut menarik perhatian Asia School Of Business (ASB) untuk menjadi rakan strategik bagi musim kali ini. Seramai 56 orang peserta telah dipilih menerusi sesi ujibakat, dan bakal bersaing di pentas ‘INNOVATHON’ dengan memberikan persembahan idea-idea menarik berteraskan sains dan inovasi menerusi siaran selama 8 episod. Setiap episod bakal menyaksikan kesemua peserta memberikan pembentangan terbaik dalam usaha memenangi hati panel juri dan juga rakyat Malaysia. Idea terbaik dari setiap episod akan terpilih untuk mara ke peringkat akhir, dan mereka akan bersaing bagi memenangi Dana Sokongan Pembangunan Perniagaan dengan nilai terkumpul sehingga RM1 juta.

Astro teruja dapat menjalankan peranannya dalam menyediakan platform buat kesemua pemikir berbakat ini. Sebagai sebuah platform yang besar, ‘INNOVATHON’ memberikan ruang dan peluang kepada setiap lapisan masyarakat di negara ini untuk membentangkan inovasi kreatif mereka, dan juga dalam masa yang sama membantu menyokong inisiatif Kerajaan dalam mengkomersilkan lagi bidang Sains dan Teknologi.

Naib Presiden Strategi Pembangunan Kandungan Hiburan Melayu, Astro, Raqim Ahmad berkata Musim pertama program ‘INNOVATHON’ telah menarik ramai pemikir inovatif dari segenap lapisan umur, oleh itu untuk musim kali ini, selain dari bekerjasama dengan Kementerian Ekonomi dan Kementerian MOSTI, kita kini bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan dan juga Kementerian Pengajian Tinggi bagi meraikan dan menggalakkan golongan pemikir inovatif dari kalangan pelajar sekolah dan juga universiti. Ini sebagai menyahut inisiatif Kementerian-Kementerian dalam usaha mempopularkan budaya sains dan teknologi terutama dalam golongan generasi muda, memberi peluang kepada para pemikir kreatif ini menggunakan pentas ‘INNOVATHON’ untuk melontarkan idea kreatif mereka.” 

Menteri Ekonomi, YB Mohd Rafizi bin Ramli, berkata “INNOVATHON mampu merangsang perubahan berterusan, memperkasa kreativiti masyarakat dan membuktikan inovasi subur dalam kalangan rakyat Malaysia”.

Telah dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Content Asia 2024 dalam kategori program realiti original dan/atau Pertandingan Terbaik, ‘INNOVATHON’ musim 1 telah membuktikan bahawa program seumpama ini mendapat sambutan yang memberangsangkan. Pencapaian ini menggambarkan dedikasi Astro dalam menghasilkan program yang ilmiah dan pelbagai yang bukan sahaja menepati citarasa para penonton di Malaysia, tetapi juga di seluruh Asia.

‘INNOVATHON’ musim 2 menampilkan gandingan dua Menteri Kabinet Malaysia, Menteri Ekonomi, YB Mohd Rafizi Ramli dan juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, YB Chang Lih Kang sebagai juri tetap serta gandingan bersama juri selebriti Erra Fazira dan Zahirah MacWilson. Datuk Aznil Hj. Nawawi selaku Mentor Persembahan‘INNOVATHON’ sekali lagi akan membimbing dan memberi motivasi kepada semua peserta program ini, manakala Awal Ashaari pula akan bergandingan bersama Amelia Henderson sebagai hos.



Saksikan ‘INNOVATHON’ musim 2 bermula 30 November 2024, setiap Sabtu, jam 9 malam di Astro Ria (saluran 104) dan saluran TV1 RTM. Strim menerusi On Demand di Astro Ultra/Ulti Box serta aplikasi Astro GO dan sooka untuk pilihan yang fleksibel. Daftar sekarang untuk tawaran masa terhad Astro Baharu, JUALAN JIMAT BESAR dengan harga serendah RM41.99/sebulan serta pemasangan percuma*. Nikmati hiburan terbaik, dalam satu tempat! Layari astro.com.my bagi info lanjut untuk melanggan.

*Tertakluk pada terma dan syarat.

Mangkuk Seramik AEON

Tuesday, 19 November 2024


Masa pergi cari tumbler dekat AEON One Utama ternampak mangkuk seramik warna krim baru dijual dekat situ. Sebelum ni tak ada tapi bila famous dekat TikTok, tiba-tiba AEOn bawa masuk. 

Sebagai manusia yang FOMO, I pun beli jugak mangkuk ni. Satu mangkuk saiz sederhana ni RM15.00. Dia ada dua pilihan tak silap, satu saiz sedang-sedang, satu lagi besar tapi yang besar tu macam tak cantik sebab besar sangat. Tak nampak berlekuk sangat macam yang sederhana ni. 

Lepas bawa balik terus guna masa masak menu makan tengahari. Seronok eh memasak guna bekas cantik ni tapi tak dapat la vibe aesthetic Nara Smith tu sebab dapur pun apa ada je. Tengahari tu masak ketam masak lemak cili api dengan timun. Nak clearance timun dalam peti ais punya pasal. Semua dicampak masuk dalam masak lemak tu. Sedap!


Tebal jugak lah, padan dengan harga. Tapi tak try lagi letak dalam microwave, air fryer ataupun oven so tak boleh nak komen tahan lasak ataupun tidak. Seronok bila masuk dapur bila nampak mangkuk seramik ni, berbaloi lah duit yang keluar dengan kebahagiaan tu. 

Tak ingat dekat TikTok jual harga berapa mangkuk ni tapi kalau mencari, cari lah di AEON sementara stok masih ada. 

Meow Fiesta, the Curve Mutiara Damansara


Bila storage hp dah penuh mula lah teringat banyak entry tak update dan ini adalah salah satunya. Tak plan pun nak pergi ke Meow Fiesta ni tapi kebetulan ternampak booth dekat Centre Court the Curve. Saja singgah tengok segala jenis kucing yang masuk pertandingan. 





Kalau dah namanya kucing pertandingan, haruslah comel belaka yang datang ke Fiesta ni. Banyak habiskan masa tengok kecomelan diorang je. Ada yang melayan, ada yang tidur dekat dalam sangkar ataupun box diorang. 

Kalau kucing yang jenis jinak, owner dah letak toys dekat sangkar kucing dia supaya yang datang boleh main dengan kucing tu. 

Dekat bahagian lain ada binatang yang boleh dibeli macam sugar glider, ikan laga, hamster, arnab atau pets lain yang I tak perasan. Kitorang dah trauma nak bela hamster so bila nampak orang jual, kitorang pandang sebelah mata je. 







Ada kucing untuk adoption juga dekat sini tapi tak banyak pilihan. Cantik, besar dan dah neutered jugak. Nanti kalau ada Meow Fiesta lagi mungkin boleh consider untuk ambil seekor. Bosan jugak hidup ni bila tak ada kucing ni hshshs





Masa nak keluar tu ternampak Meow Yearbook ada jual dekat sini. Terkejut lah jugak sebab tak pernah lagi nampak kucing punya yearbook. Nak beli tapi mahal nokkk. Kalau bukan pet owner yang masuk bertanding, tak ada keperluan rasanya beli yearbook tu. 





Masa kitorang pergi ni tak start pertandingan lagi so tak boleh tengok kucing apa yang bertanding dalam apa-apa kategori. Nak tunggu tapi malas sebab ada urusan lain masa tu. Anyway, kucing yang tak buat benda pun ada achievement dalam hidup. I? Mereputtttttzzz!