KECUT PERUT, PECAH PERUT DENGAN ‘DON DUKUN’; ZUL ARIFFIN TIDAK PERNAH MENGHAMPAKAN | 6 Tahun Selepas Hantu Kak Limah, Astro Shaw Kembali Pertaruhkan Filem Komedi Seram!
Filem Hantu Kak Limah menggegarkan industri perfileman tanah air pada tahun 2018 dengan mencipta kejayaan luar biasa dan terus kukuh memegang takhta sebagai filem komedi seram nombor 1 kutipan tertinggi di Malaysia sehingga kini. Menyusuli legasi komedi seram Hantu Kak Limah, Astro Shaw bersedia merancakkan lagi industri perfileman tempatan dengan Don Dukun yang akan menemui penonton di pawagam seluruh Malaysia mulai 31 Oktober ini.
Berbeza dengan filem lain yang membawa subjek ‘dukun’, Don Dukun tidak hanya bergantung pada kepercayaan tradisional, tetapi menggabungkannya dengan elemen-elemen kontemporari, termasuk teknologi moden dan pengaruh dunia luar. Naskhah ini menjanjikan pengalaman sinematik yang mendebarkan dan menghiburkan, penuh dengan adegan yang mampu membuatkan anda ‘kecut perut, pecah perut’ dalam satu masa!
Menariknya, Don Dukun menyaksikan pelakon filem box office Sheriff, iaitu Zul Ariffin mempertaruhkan sisi humor menerusi watak Don Arif, bergandingan bersama pelakon komedi popular Ropie. Selain mereka berdua, bintang yang turut membarisi filem ini adalah Douglas Lim, Sangeeta Krishnasamy, Marsha Milan, Datuk Yusof Haslam, Putri Qaseh serta penampilan istimewa Sharifah Aryana, Serra Kamal, Sharifah Husna, Rashidi Ishak, Aloy Paradok, Zarina Anjolie, Elly Arifin dan Lousia Chong.
Menurut Penerbit Eksekutif Don Dukun merangkap Ketua Astro Shaw, Raja Jastina Raja Arshad berkata, “Kali terakhir Astro Shaw mempersembahkan filem komedi seram di pawagam adalah enam tahun lalu melalui filem Hantu Kak Limah, sebuah karya yang bukan sahaja meletakkan penanda aras baharu dalam industri perfileman tempatan, malah turut mengubah landskap sinema Malaysia. Kini, menerusi Don Dukun, kami bersedia membawa penonton menikmati pengalaman hiburan yang lebih segar.
Don Dokun memperlihatkan kemampuan bakat luar biasa Zul Ariffin, yang diberi tanggungjawab membawa watak komedi utama, di samping gandingan mantap barisan pelakon lain. Jalan ceritanya digarap kemas dengan mengetengahkan kisah yang begitu dekat dengan masyarakat kita seperti peranan dukun dalam kehidupan. Bukan sekadar memaparkan watak dukun stereotaip, tetapi menghimpunkan dukun daripada berbeza kepercayaan, sekali gus mencerminkan kepelbagaian budaya yang wujud di negara kita, menjadikan filem ini bersifat Malaysia. Filem ini amat sesuai untuk ‘healing’ bersama seisi keluarga dan hasrat kami Don Dukun bukan sahaja akan menggeletek emosi penonton sehingga kecut perut dan pecah perut, malah mampu memberikan dimensi baharu kepada filem komedi seram tanah air.”
Don Dukun diarahkan oleh pengarah Waan Hafiz yang sebelum ini banyak mengarahkan telefilem dan siri komedi seperti Beriani Gam Aspalela, Scammer Geng Marhaban, Dendam Hantu Viral dan banyak lagi. Manakala skrip dihasilkan oleh dua penulis yang terkenal dengan kemahiran dalam filem-filem komedi iaitu Junad M Noor bersama Amin Shakib dan produksi Infinitus Productions.
Filem ini mengisahkan Don Arif, seorang 'dukun Instafamous' yang bercita-cita menjadi sehebat keturunannya, walaupun terpaksa menggunakan pelbagai gimik dan tipu daya untuk memikat pengikutnya di media sosial. Namun, impiannya dihalang oleh bapanya sendiri, seorang dukun terhormat, yang enggan mengajarnya ilmu keramat warisan keluarga. Keadaan berubah apabila seorang janda kaya muncul dengan tawaran lumayan untuk memulihkan anak tirinya yang diselubungi gangguan kuasa gelap. Don Arif mendapati dirinya terjebak dalam persaingan sengit dengan bomoh-bomoh lain yang juga memburu habuan tersebut.
Ikuti siri jelajah filem Don Dukun di sekitar Lembah Klang dan bahagian Utara bermula 1, 2 dan 3 November ini, dan maklumat lanjut boleh dapati dari platform media sosial Astro Shaw. Buat peminat yang tidak sabar untuk bergelak ketawa bersama Don Dukun, boleh dapatkan tiket bagi tayangan awal bermula 30 Oktober di seluruh pawagam.
Saksikan filem Don Dukun terbitan Astro Shaw dengan kerjasama Infinitus Productions dan GSC di pawagam berdekatan anda bermula 31 Oktober 2024. Gunakan #DonDukun #KecutPerutPecahPerut di media sosial untuk berkongsi pendapat dan respon tentang filem ini.
**********************************************
Tajuk: Don Dukun
Genre: Komedi
Terbitan: Astro Shaw
Penerbit Eksekutif: Raja Jastina Raja Arshad, Dato’ Seri Robin Tan, YK Tung
Penerbit Eksekutif Bersama: T.P Lim, Gayatri Su-Lin Pillai
Syarikat Produksi: Infinitus Productions Sdn Bhd
Penerbit: Gayatri Su-lin Pillai
Penerbit Penyelia: Siti Marzuliana Marzuki
Penerbit Bersekutu : Zulaikha Zakaria, Nas Addina
Pengarah : Waan Hafiz
Skrip: Junad M Noor, Amin Shakib
Cerita Asal: Zain Azrai, Reservoir World Sdn Bhd
Lakon Layar: Waan Hafiz, Amin Shakib
Pengarah Fotografi: Norhanisham Muhamad (Labu)
Penyunting: Nazim Shah
Pengarah Seni: Tam Khalid
Kesan Visual: Basecamp VFX Sdn Bhd
Muzik Skor: Onn San
Penata Bunyi: Supernova Media Sdn Bhd
Pereka Busana: Norzamri Mohd Ghazali
INFO FILEM
Bahasa: Melayu
Durasi Filem: 1 Jam 37 Minit
Jumlah Hari Penggambaran: 30 days
Lokasi Penggambaran: Kuala Lumpur, Selangor dan Kelantan
Tarikh Tayangan di Pawagam : 31 Oktober 2024
BARISAN PELAKON
Zul Ariffin sbg Don Arif
Ropie Cecupak sbg Jaafar
Douglas Lim sbg Aloysius
Sangeeta Krishnasamy sbg Dr Divya
Datuk Yusof Haslam sbg Pak Samad
Marsha Milan sbg Datin Azizah
Putri Qaseh Izwandy sbg Laila
Sharifah Aryana sbg Mia
Serra Kamal sbg Leona
Aloy Paradoks sbg Maarof
Cassia Iman sbg Alya
Sharifah Husna sbg Suraya
Rashidi Ishak sbg Datuk Zainal
Lousia Chong sbg Puan Chin
Elly Arifin sbg Halimah Hassan
Zarina Anjoulie sbg Bomoh Janda
SINOPSIS
Filem ini mengisahkan Don Arif, seorang 'dukun Instafamous' yang bercita-cita menjadi sehebat keturunannya, walaupun terpaksa menggunakan pelbagai gimik dan tipu daya untuk memikat pengikutnya di media sosial. Namun, impiannya dihalang oleh bapanya sendiri, seorang dukun terhormat, yang enggan mengajarnya ilmu keramat warisan keluarga. Keadaan berubah apabila seorang janda kaya muncul dengan tawaran lumayan untuk memulihkan anak tirinya yang diselubungi gangguan kuasa gelap. Don Arif mendapati dirinya terjebak dalam persaingan sengit dengan bomoh-bomoh lain yang juga memburu habuan tersebut.