PREMIER LEAGUE DAN ASTRO BEKERJASAMA PERANGI CETAK ROMPAK DIGITAL DI MALAYSIA | Bintang Premier League galakan kesedaran tentang bahaya penstriman haram menerusi kempen ‘Boot Out Piracy’.
Dengan bermulanya musim Liga Perdana Inggeris 2024/25, Premier League bekerjasama dengan rakan penyiar tempatan, Astro Malaysia Holdings, untuk terus mendidik pengguna perihal bahaya kandungan cetak rompak dalam usaha untuk membanteras jenayah penstriman haram di Malaysia.
Kempen ‘Boot Out Piracy’ kali ini menampilkan bintang bola sepak ternama seperti Alisson Becker (Liverpool FC), Alejandro Garnacho (Manchester United), Jean-Philippe Mateta (Crystal Palace), Hwang Hee-chan (Wolves), dan Bukayo Saka (Arsenal). Menerusi beberapa video yang disiarkan di platform digital, pemain-pemain ini menyampaikan mesej kepada peminat bola sepak Malaysia mengenai risiko serius menonton kandungan Liga Perdana Inggeris menerusi saluran tidak sah.
Kempen ini didahului satu kajian oleh pakar keselamatan siber, Professor Paul Watters yang membuktikan bahawa wujudnya bahaya dalam penstriman haram. Penjenayah siber sering mengeksploitasi laman web penstriman haram, mendedahkan pengguna kepada risiko kecurian identiti dan penipuan melalui penggodaman pelayar, perisian hasad (malware), dan iklan berbahaya.
Salah satu kebimbangan utama ialah jumlah iklan berisiko tinggi, di mana lebih daripada 78% iklan di laman penstriman haram diklasifikasikan sebagai berbahaya. Iklan-iklan ini sering mendorong pengguna ke laman perisian hasad atau laman scam, sekaligus meningkatkan lagi risiko keselamatan terhadap pengguna. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa 36% laman cetak rompak berpotensi mendedahkan pengguna kepada virus atau skim pancingan data (phishing).
Ketua Penasihat Undang-Undang Premier League, Kevin Plumb, berkata:“Kami tahu betapa bersemangatnya peminat bola sepak di Malaysia dan seluruh Asia yang sanggup bersengkang mata demi menyaksikan perlawanan Liga Perdana Inggeris. Namun, kami juga menyedari bahaya menonton menerusi penstriman haram. Kami ingin peminat menikmati aksi Liga Perdana Inggeris dalam kualiti terbaik dan dengan selamat menerusi saluran yang sahih.
“Selain menyampaikan mesej penting, kami juga mahu memperkukuhkan kerjasama dengan pihak berkuasa Malaysia dan rakan kongsi kami, Astro, bagi mengambil tindakan tegas terhadap cetak rompak digital. Ini termasuk kerjasama dalam mengenal pasti serta membanteras sindiket cetak rompak digital dan menangani pengedaran peranti penstriman haram.”
Beliau menambah, “Kami menggalakkan peminat untuk melindungi keselamatan dalam talian dan menikmati perlawanan Liga Perdana Inggeris menerusi platform sah, yang menawarkan pengalaman tontonan terbaik.”
Profesor Paul Watters pula menegaskan: “Hasil kajian ini seharusnya membuka mata pengguna di Malaysia. Mengakses laman cetak rompak dan penstriman haram bukan sahaja menyalahi undang-undang, tetapi juga mendedahkan mereka kepada risiko serangan siber dan kerugian kewangan. Kami menyeru orang ramai agar menggunakan platform sahih demi keselamatan digital mereka. Kempen ‘Boot Out Piracy’ ini membantu dalam menyedarkan peminat di Malaysia tentang bahaya ini.”
Sebagai penyiar eksklusif Liga Perdana Inggeris musim 2024/25 di Malaysia, Astro turut memainkan peranan penting dalam kempen ‘Boot Out Piracy’.
Pengarah Kawal-Selia dan Hal Ehwal Korporat Astro, Rita Irina Abd Wahab, berkata: “Cetak rompak mencuri nadi kehidupan industri disamping mendedahkan pengguna kepada risiko tanpa mereka sedari. Di Astro, kami mengambil langkah tegas melalui tindakan dan kerjasama, termasuk bersama pihak berkuasa dan Premier League, untuk membanteras penstriman haram demi melindungi penonton kami. Kempen ‘Boot Out Piracy’ ini bukan sekadar kempen kesedaran, tetapi satu usaha untuk mengubah tabiat, membina kepercayaan, dan memastikan peminat dapat menikmati kandungan dengan cara yang sah, selamat, dan berkualiti.”
Pada Ogos lalu, Thaqwa (Malaysia) Sdn Bhd, sebuah rangkaian restoran, telah bersetuju membayar RM221,773.20 kepada anak syarikat Astro kerana menyiarkan kandungan Astro secara haram di beberapa premis mereka.
Penyelesaian ini adalah sebahagian daripada usaha Astro untuk melindungi hak harta intelek dan membanteras penggunaan kandungan tanpa kebenaran. Beberapa kes cetak rompak lain juga telah diambil tindakan undang-undang, termasuk:
• Seorang lelaki berusia 22 tahun di Ipoh didenda RM10,000 kerana menjual kotak Android dengan kandungan Astro.
• Dua lelaki di Seremban juga menghadapi tuduhan serupa. Seorang daripadanya mengaku tidak bersalah dan dibebaskan dengan ikat jamin RM7,000, manakala seorang lagi mengaku bersalah dan didenda RM10,000.
Kempen ‘Boot Out Piracy’ ini akan dipaparkan di saluran penyiaran dan platform media sosial di Thailand, Indonesia, Singapura, Malaysia, Hong Kong, dan Vietnam dalam beberapa bulan akan datang.
Pelancaran Kempen Boot Out Piracy x BizOne Watch Party
Pada 26 Oktober, Astro secara rasmi melancarkan kempen ‘Boot Out Piracy’ di Malaysia dalam acara BizOne Watch Party, bertempat di sebuah restoran nasi kandar terkenal di KualaLumpur, bersempena perlawanan Liga Perdana Inggeris antara Manchester City dan Southampton.
Acara ini mengumpulkan 250 peminat bola sepak, pegawai penguatkuasa undang-undang dari Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Polis Diraja Malaysia, serta tetamu khas, termasuk Ahli Parlimen Wangsa Maju, YB Tuan Ts. Zahir bin Hassan dan Ahli Dewan Undangan Negeri Lembah Jaya, YB Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Al-Haddad yang menerajui kempen anti-cetak rompak digital #LayanOriJanganCuri.
Selain daripada meraikan sukan bola sepak, pelancaran ini turut menekankan isu kritikal perihal cetak rompak digital, para hadirin turut terlibat dalam perbincangan tentang risiko tersembunyi penstriman haram, termasuk ancaman keselamatan siber dan kewangan yang sering tidak disedari pengguna.
Dengan kehadiran pihak penguatkuasa undang-undang dan pihak berkuasa tempatan, acara ini menekankan kepentingan usaha bersama dalam memerangi cetak rompak digital demi melindungi ekosistem industry hiburan.
Melalui inisiatif ini, Astro menegaskan komitmennya untuk melindungi hak harta intelek, mendidik orang ramai, dan memastikan penonton menikmati kandungan sukan bertaraf dunia dengan selamat melalui platform yang sah.
**********************************************
Tentang Astro Malaysia Holdings Berhad
Astro Malaysia Holdings Berhad (Astro) ialah syarikat kandungan dan hiburan utama di Malaysia, berkhidmat untuk 5.3 juta rumah atau 65% isi rumah TV Malaysia, 8,600 perusahaan, 17.1 juta, pendengar mingguan di seluruh radio FM dan dalam talian, 14.2 juta pengguna unik digital bulanan di platform-platform digital kami. Astro menawarkan 3 perkhidmatan berbeza kepada rakyat Malaysia – Astro Pay-TV, NJOI Prabayar dan sooka, platform OTT untuk golongan milenium; dan Astro Fibre, perkhidmatan jalur lebar kami yang menawarkan nilai lebih tinggi dengan bundle kandungan dan jalur lebar kami. Sejuta rumah sudah pun menstrim hiburan terbaik melalui Hybrid 4K UHD Ultra Box dan HD Ulti Box kami yang boleh dipasang sendiri dan digunakan pada kedua-dua satelit dan jalur lebar. Pada hari ini, para pelanggan boleh strim kandungan signatures tempatan kami, Astro Originals, sukan secara langsung dan rancangan global terbaik daripada Netflix, Disney+ Hotstar, HBO GO, iQIYI, TVBAnywhere+, beIN SPORTS CONNECT, BBC Player, Viu, ZEE5, WeTV, Qalbox by MuslimPro dan aplikasi rakan TV kami, Astro GO. Astro Radio, rumah kepada jenama radio yang dinilai tertinggi di negara ini merentasi semua bahasa utama serta jenama digital kami termasuk AWANI, SYOK, Gempak, XUAN dan Astro Ulagam, menyatukan rakyat Malaysia dengan kandungan dan pengisian yang penting.
Mengenai Premier League
Premier League mencipta antara aksi bola sepak yang paling kompetitif dan menarik di dunia. Liga ini dan kelab-kelabnya menggunakan kekuatan dan populariti perlawanan bola sepak untuk memberi inspirasi kepada peminat, komuniti, dan rakan kerjasama di UK dan di seluruh dunia. Premier League menyatukan orang ramai daripada pelbagai latar belakang. Ia merupakan perlawanan untuk semua, di mana-mana sahaja, dan boleh ditonton di 900 juta rumah di 189 negara.
Program Anti Cetak Rompak Premier League
Premier League mempunyai program anti cetak rompak yang paling komprehensif di dunia, bekerjasama dengan rakan penyiar dan pihak berkuasa untuk menutup penstriman haram, menyiasat dan mendakwa pembekal perkhidmatan penstriman haram. Premier League merupakan ahli Coalition Against Piracy di bawah Persatuan Industri Video Asia, iaitu persatuan industri bagi pencipta dan pengedar kandungan video terkemuka di Asia, yang memfokuskan kepada usaha menangani ancaman cetak rompak di seluruh Asia. Premier League bekerjasama dan menyokong usaha anti cetak rompak oleh penyiar tempatan, Astro Malaysia Holdings Berhad, bersama dengan pihak penguatkuasaan undang-undang tempatan.
PEMBUKA ‘PROJECT UNIVERSE’,PERSIAPKAN DIRI UNTUK PENGALAMAN MENGUJAKAN! | Project Universe Menghimpunkan ‘Project: High Council’, ‘Project: Anchor SPM’ dan ‘Project; Exit’, ‘Kahar: Kapla High Council’
Selepas siri premium Project: High Council mencipta fenomena luar biasa, Astro Shaw mengambil langkah mengembangkan jenama ‘Project’ menerusi perancangan yang lebih besar dengan memperkenalkan ‘Project Universe’ - satu dunia sinematik yang menghimpunkan kesemua karya yang mengangkat kisah-kisah remaja dalam genre coming-of-age.
Project Universe terdiri daripada naskhah seperti Project: Anchor SPM, Project: High Council dan Project; Exit, termasuklah filem yang akan meneruskan legasi universe ini iaitu Kahar: Kapla High Council. Filem yang bakal ditayangkan pada November nanti merupakan prekuel kepada Project : High Council yang memfokuskan kepada watak Kahar.
Penerbit Eksekutif Kahar : Kapla High Council merangkap Ketua Astro Shaw, Raja Jastina Raja Arshad berkata, “Genre coming-of-age semakin mendapat tempat di hati penonton selepas kemunculan Project : High Council dan Project : Anchor SPM. Rentetan sambutan luar biasa tersebut, Astro Shaw berhasrat untuk terus mencipta sejarah dalam transformasi landskap seni hiburan tempatan dengan memperkenalkan ‘Project Universe’. Ini adalah satu langkah strategik untuk mempersembahkan jalan cerita yang melahirkan watak-watak ikonik ke dalam satu dunia yang lebih besar dan lebih mengujakan.
Menerusi Project Universe, kami mengangkat kisah remaja yang bukan sahaja menghadapi liku-liku kehidupan, tetapi realiti isu sosial yang berlaku di luar sana yang merentasi sempadan kreativiti. Lebih dari itu, ia bukan sekadar pengalaman tontonan biasa. Kami mahu penonton menjadi sebahagian daripada Project Universe menerusi pelbagai aktiviti interaktif dan eksklusif yang akan kami bawakan. Antaranya sesi beramah mesra bersama watak-watak kegemaran, mendapat koleksi ‘merchandise’ rasmi, malah berpeluang untuk muncul di dalam mana-mana produksi dan banyak lagi.”
Minggu ketujuh ‘Kilauan Emas 2024’ menyaksikan peserta Ina masih lagi mendahului di tempat pertama dengan markah keseluruhan sebanyak (79.40%), diikuti oleh pencabar terdekat Gie (78.16%), dan juga Sidi (73.52%) telah berjaya berada di kedudukan tiga teratas. Membawakan medley dengan lagu Cinta Antara Benua oleh Arni Nazira dan Mana Satu oleh Juliana Banos, Ina telah Berjaya menambat hati penonton dengan menjadi pemenang Anugerah Emas Berkilau Of The Week di segmen terakhir.
Minggu Pilihan Sinar, Pilihan Pendengar Sinar Menampilkal Seleksi Lagu-Lagu Malar Segar Dan Hits Klasik ini juga telah menyaksikan Atie telah tersingkir dan gagal untuk mara ke pentas akhir Kilauan Emas 2024. Saksikan episod baharu Kilauan Emas 2024 pada setiap hari Sabtu, jam 9 malam di Astro Prima (Saluran 105), On Demand, Astro GO dan sooka.
SENARAI LAGU
INFO ‘KILAUAN EMAS 2024’
• ‘Kilauan Emas 2024’ akan bersiaran secara langsung dari Royal Theater Shah Alam selama lapan minggu bermula 14 September 2024, setiap Sabtu, jam 9 malam menerusi Astro Prima (saluran 105). Program ini turut boleh distrim menerusi On Demand di Astro Ultra/Ulti Box, aplikasi Astro GO dan sooka.
• Persiapan persembahan setiap peserta akan dipaparkan menerusi Diari Kilauan Emas 2024 selama 30 minit setiap jumaat bermula 13 September 2024 dan segala telatah dibalik tabir, perbincangan, latihan di pentas utama dapat disaksikan menerusi Kapsul Kilauan Emas 2024 selama 5 minit setiap minggu dari Selasa hingga Khamis, dibawakan istimewa kepada para penonton dan peminat.
Wan - Rahsia Pohon Cemara (Exists) / Aku Penganggur (Sudirman) |
Gie - Semakin Rindu Semakin Asyik (Amelina) / Gelombang (Salmiah Hassan) |
Ina - Cinta Antara Benua (Arni Nazira) / Mana Satu (Juliana Banos) |
Ron - Flora Cinta (Min Malek) / Joget Kelantan Versi Nora (Normah Jan & Suara Kilat) |
Sidi - Bayangan Tarimu (Carefree) / Diambang Wati (Wings) |
Sue - Secangkir Madu Merah (Amelina & Sheeda) / Setia Kukorbankan (Fauziah Latif) |
Atie - How Do I live (Leanny Rimes) Asmara (Anneke Gronloh) | |
• Persembahan setiap peserta menerusi ‘Kilauan Emas 2024’ akan diadili secara 70% daripada pemarkahan oleh barisan panel juri professional, 20% daripada juri awam yang merangkumi markah para penonton undangan dan juga 10% daripada undian para penonton di rumah.
• Bangku juri buat musim terbaharu ini mengekalkan figura legenda, Erra Fazira dan Dato’ Hattan, bersama pelawak terkenal iaitu Roy Azman yang bakal menyerikan lagi episod-episodnya.
• Juara ‘Kilauan Emas’ akan membawa pulang wang tunai bernilai RM30,000 beserta trofi sumbangan Astro.
• Para penonton dan peminat boleh mengundi peserta kegemaran mereka bagi menentukan pemenang mingguan pada setiap minggu secara dalam talian menerusi laman web Astro Gempak.
Minggu suku akhir ‘The Chosen One 2024’ menyaksikan Akhil Mikhail berjaya merampas juara mingguan daripada Kiki Fateeha selepas beberapa minggu menguasai kedudukan pertama. Dengan bertemakan “Rock”, minggu kali ini menampilkan Datuk Rosyam Nor sebagai juri jemputan. Turut menarik perhatian para juri, Eriq Fikri yang membawa lagu bertajuk Seroja nyanyian Search berada di top three bersama Akhil dan Kiki.
Manakala, perjalanan terhenti buat peserta Baiq Balqis, sekaligus membawa lima peserta yang lain ke minggu separuh akhir. Pada masa yang sama, peserta Azry Sabri masih menjuarai Gempak ERA The Chosen One of The Week. Saksikan episod baharu ‘The Chosen One 2024’ pada setiap hari Jumaat, jam 9 malam di Astro Ceria (saluran 611), On Demand, Astro GO dan sooka.
SENARAI LAGU
INFO ‘THE CHOSEN ONE 2024’
• ‘The Chosen One 2024’, program nyanyian realiti kegemaran ramai kembali, bermula pada 20 September ini, setiap hari Jumaat, jam 9 Malam di Astro Ceria (saluran 611). Program ini turut akan bersiaran secara serentak di Astro Ria (saluran104).
• Mengekalkan format lalu, musim kedua turut menggandingkan kanak-kanak yang berbakat dalam nyanyian dengan penyanyi-penyanyi popular tanah air yang menggalas tugas sebagai coach mereka.
• Musim kedua ini mengekalkan figura legenda rock Malaysia, Dato’ Awie sebagai juri tetap, bersama dengan penyanyi bersuara ‘emas’ yang telah menggenggam banyak anugerah, Jaclyn Victor. Setiap episod turut diterajui oleh gandingan hos baharu, pelawak dan pelakon popular, Jihan Muse sebagai pengacara program, serta personaliti radio ERA, Haziq Hussni.
• Program ini turut membariskan penyanyi-penyanyi ternama Malaysia sebagai coach dan pasangan setiap peserta termasuk Tomok, Aepul Roza, Amir Jahari, Sufian Suhaimi, Suki Low, Adira Suhaimi, Wany Hasrita dan kembar berbakat Firdaus Rahmat & Fahimi Rahmat.
• Setiap persembahan diadili berdasarkan teknik vokal (50%), kreativiti & feel (30%), serta watak dan pembawaan persembahan mereka (20%).
• Persembahan setiap peserta bersama dengan pasangan selebriti mereka akan diadili 100% daripada pemarkahan pihak juri sejurus selepas persembahan mereka tamat.
Azry Sabri ft Fahimi & Firdaus Rahmat - Peronda Jaket Biru (WINGS) |
Eriq Fikri ft Sufian Suhaimi - Seroja (Search) |
Kiki Fateha ft Aepul Roza - Gemuruh (Search & Wings) |
Akhil Mikail ft Tomok - Akar & Bumi (Amuk) |
Baiq Balqis - Kesal (Ella) |
• Juara ‘The Chosen One’ musim kedua akan membawa pulang wang tunai bernilai RM 30,000 beserta trofi sumbangan Astro. Tempat kedua, ketiga dan keempat akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM 20,000, RM 10,000 dan RM 5,000 beserta dengan trofi sumbangan Astro.
• Penganjuran edisi kedua ini dimeriahkan dengan kolaborasi bersama Gempak selaku Rakan Digital, ERA sebagai Rakan Radio Rasmi, serta Pa&Ma, Keluarga dan Bintang Kecil sebagai Rakan Media.