Book Review | Belantara (2019)

Wednesday 16 October 2024

Penulis: Simon Malik
Penerbit: FIXI
Helaian: mukasurat / bab
Genre: Aksi / Thriller
Tarikh Cetakan: Cetakan Pertama – 01 November 2019
Harga: RM (Semenanjung Malaysia), RM (Sabah & Sarawak)

Sinopsis:


DuBois Berhad, nampak macam syarikat konglomerat biasa. Hakikatnya, ia melindungi kumpulan-kumpulan bayang yang menyelia kegiatan jenayah mereka.

Rooks dengan perniagaan dadah. Leo dengan pelacuran. Ursa dengan penggubahan wang haram.

Tugas Aisar sebagai ketua akauntan adalah untuk menutup jejak kewangan agar tidak dihidu oleh pihak berkuasa. Malangnya dia dihukum gantung kerja dan dibuang daerah akibat sebuah pergaduhan yang dia sendiri tidak ingat. Dan pergaduhan ini menyebabkan penimbang tara dunia jenayah, White Wolves untuk aktif semula di Bandar Klang.

Aisar yang hidup dalam buangan telah mula selesa. Lebih-lebih lagi dengan kehadiran Lynn di kampung. Tidak dia sedari, pergaduhannya tempoh hari merupakan titik mula pendedahan sebuah plot sinis terhadap DuBois. Dia dipanggil bekerja semula tapi hatinya memberontak keluar dari dunia jenayah.

Aisar mahu keluar atas nama cinta. Walau terpaksa menempuh sebuah perang saudara.

Review:

Sebelum ni I pernah baca novel karya nukilan Simon Malik and I wasn’t impressed at all with his storytelling. Tapi lepas 5 tahun, I pun dah lupa tentang novel Parcel (2017) tu dan tarik novel Belantara dari mini library adik. Cover dia mencuri tumpuan juga sebab tajuk dia belantara tapi ada satu saja pokok yang berakar dengan slogan ‘Corde Radicati’. Baca sinopsis pun menarik dengan genre thriller. 

Dunia Aisar bukanlah dunia yang baik pun sebab bergelumang dengan duit haram, penjualan dadah, senjata api dan dadah. Pekerjaan Aisar sebagai ketua akauntan mengimbangi kegiatan sah dan juga haram dalam satu masa. Kalau ikutkan Aisar cuma seorang lelaki biasa yang berasal dari Pahang dan pergi ke kotaraya untuk mencari kerja seperti orang lain. 

Disebabkan otak yang geliga sebagai akauntan, dia dapat jejak duit haram syarikatnya. Dek kerana tahu dosa syarikat, dia cuma ada dua pilihan, sama ada bekerja sebagai ketua akauntan ataupun mati. Siapa nak pilih mati? 

Latar masa Belantara sekitar tahun 2005 sebab ada tayangan filem Gol dan Gincu 1 di pawagam. I tahu latar masa pun dah dekat hujung cerita dah sebab masa tu Aisar dengan Zikri tengah kejar someone dekat Klang. Mungkin ada reference lain tapi I tak kenal Bandar Klang mahupun Pahang sebab tak pernah pergi sana. 

Selain Aisar atau nama gelarannya Ice dalam DuBois, kisah Zikri sebagai White Wolves pun menarik perhatian juga sebab dia sendiri tak tahu siapa ahli White Wolves yang lain. Kalau rahsia atau identiti terbongkar, ahli tersebut perlu dibunuh walaupun terbongkar oleh ahli White Wolves sendiri. Tak pasti lah kenapa prinsip organisasi ni pelik padahal ahli dia bagus belaka. 


I nak tahu juga macam mana Zikri atau ahli lain kena recruit dengan White Wolves. Sama macam Aisar yang tak sengaja tahu rahsia ataupun dapat tawaran dari ahli White Wolves sendiri sebab karakter Zikri lebih kepada berani dan reckless. Masa dia pergi jumpa Leo untuk confront pasal kes parking lot pun berani teruk. 

Tak ambil masa yang lama pun untuk habiskan Belantara sebab penceritaan dia jelas walaupun ada banyak watak sampingan dengan pelbagai organisasi. Senang sangat nak kenal semua watak di sekeliling Aisar kecuali penulis berteka-teki tentang identiti Lynn. Love angle antara Aisar dengan Lynn pun tak lah kuat sangat tapi moment diorang berdua sweet juga untuk dibaca. Masa Aisar terpaksa dating dengan Red tu rasa macam not bad juga equation Aisar dengan Red sebab dalam dunia yang sama dan lebih memahami tapi tak mungkin lah both have chance together sebab Red adalah perempuan simpanan Leo. We don’t want that kind of conflict. 

Penulis gunakan genre thriller dan aksi dengan bagus untuk pastikan penceritaan Belantara kekal menarik sehingga ke hujung buku. Walaupun I penat nak imagine pertarungan tu tapi boleh nampak vision penulis yang letak Ice dan Zikri sebagai orang kuat DuBois. Selain mereka berdua, watak Kay pun mantap dengan karakter dia yang tegas dan mysterious. Jenis buat kerja secara diam tapi selesai. 

Kalau ikutkan pada ending, high chance akan ada sekuel sebab terbongkar lagi satu misteri tentang DuBois. Ending White Wolves sendiri dibiarkan tergantung so I hope Simon Malik tengah mencari idea untuk kembangkan lagi dunia organisasi haram ni. 

1. Author +1, 2. Plot +1, 3. Genre +1, 4. Social Message +0.6, 5. Personal Thought +0.7 = 4.3/5

ASTRO ORIGINALS ‘PROJECT; EXIT’ MENGUPAS ISU KESIHATAN MENTAL & KONFLIK KELUARGA MENERUSI KISAH PERSAHABATAN YANG PENUH EMOSI | Siri Terbaharu Astro Originals, ‘Project; Exit’ Selami Kisah Penuh Harapan, Trauma & Perjuangan Hidup

Selepas mencipta fenomena pada tahun lepas, Astro kini kembali melangkaui sempadan penceritaan industri hiburan tempatan dengan mempersembahkan kisah yang berani dan taboo menerusi siri premium Astro Originals terbaharunya, ‘Project; Exit’. Siri terbitan Astro Shaw bersama Telltale Studios Sdn Bhd ini mengisahkan perjalanan empat orang remaja yang berkomplot untuk mencari jalan keluar daripada pusat pemulihan akhlak. Siri ini bakal bersiaran pada 1 November 2024, jam 9 malam di Astro Premier (saluran 110) dan Astro Citra (saluran 108). 

‘Project; Exit’ membawa topik remaja di pusat pemulihan akhlak yang berhadapan dengan pelbagai isu termasuk isu kesihatan mental yang semakin membimbangkan di Malaysia. Menurut laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) tahun 2023, 1 daripada 4 remaja Malaysia bergelut dengan kemurungan dan 1 daripada 10 pernah berdepan dengan percubaan membunuh diri, dengan majoritinya adalah remaja perempuan.

‘Project; Exit’ yang merupakan daripada “Project Universe”, mengisahkan tentang empat remaja merancang untuk melarikan diri dari tempat yang menyeksa mereka secara mental. Walaupun berhadapan dengan trauma masing-masing dalam kehidupan, watak-watak ini tetap berpegang pada harapan, menghadapi ketakutan dalaman, membentuk pakatan yang tidak dijangka dengan rakan-rakan banduan dan menghadapi pelbagai cabaran dalam usaha mencari kebebasan. 

Dalam persekitaran yang mencabar dan kawalan yang ketat, perjalanan mereka memiliki momen-momen yang menyentuh hati, serta pengkhianatan sepanjang siri ini yang menjadi sorotan utama naratifnya.

Siri 6 episod ini mengikuti perjalanan Jannah, seorang perempuan yang dihantar ke pusat pemulihan akhlak dipanggil INSAN selepas gagal dalam percubaan untuk membunuh dirinya. Di INSAN, dia menemui diari arwah bapanya yang membongkar segala rahsia mengenai tempat tersebut, serta rancangan untuk melarikan diri daripada kakitangan yang menjaga dan kawalan ketat yang ada. Dia bertemu Hadi, seorang lelaki dengan Fibrosis sista, dan dua rakan lain bernama Ucop dan Amy yang berkomplot untuk bersama-sama melarikan diri berdasarkan diari arwah bapanya yang dulu juga pernah merancang untuk melarikan diri di tempat yang sama. 

Idea asal siri premium ini dicetuskan oleh Zulaikha Zakaria, juga merupakan showrunner dan pengarah, yang menyambung karyanya daripada kejayaan siri premium ‘Projek: Anchor SPM’ dan ‘Projek: High Council’. Siri penuh saspens ini dibintangi oleh Shasha Abedul (Jannah), Mierul Aiman (Hadi), Naim Daniel (Ucop), Kimberly Chuah (Amy), Nabila Huda (Ibu Zan), Tengku Nur Kamalia (Izzah), Farah Ahmad (Salina) dan ramai lagi. 

Penerbit Eksekutif ‘Project; Exit’ juga merangkap Naib Presiden, Ketua Astro Shaw & Perniagaan Melayu Nusantara, Astro, Raja Jastina Raja Arshad,  berkata, "Project: High Council dan Project: Anchor SPM adalah sebahagian daripada ‘Project Universe’, dan ia telah mencapai kejayaan luar biasa, sekali gus mengukuhkan genre 'coming-of-age' dalam karya tempatan sebagai salah satu genre yang digemari oleh penonton. Project; Exit meneruskan legasi ‘Project Universe’, dan kali ini menumpukan pada kisah pelajar dengan mengetengahkan isu kesihatan mental. Kami memilih untuk mengangkat  isu sosial ini kerana kita semua dapat melihat peningkatan masalah kesihatan mental dalam kalangan generasi muda. Siri premium ini adalah usaha kami, bukan sahaja untuk menghiburkan, tetapi juga untuk membangkitkan perbincangan dalam kalangan penonton. Kami mengharapkan Project; Exit mampu menjadi pemangkin perubahan dan mendorong penonton untuk berdiri bersama menyokong generasi muda kita.”

Mengulas tentang peranannya dalam menyambung francais popular ini, pengarah ‘Project: EXIT’, Zulaikha Zakaria berkata, “Seiring dengan pandemik COVID-19, saya terinspirasi untuk mencipta Project; Exit sebagai respons terhadap cabaran mental yang dihadapi oleh ramai di sekitar saya. Walaupun perbincangan mengenai isu kesihatan mental semakin meningkat, ia masih merupakan topik sensitif di Malaysia. Matlamat saya adalah untuk meneroka isu ini dengan cara yang memberi makna tanpa menimbulkan ketakutan dalam kalangan penonton. Perjalanan mengarahkan projek ini mempunyai banyak cabaran, terutamanya dalam menyampaikan tema yang berat sambil mengambil kira emosi dan pengalaman lalu pelakon saya. Saya berharap Project; Exit dapat menggalakkan penonton untuk mendalami topik kesihatan mental, sekaligus membina pemahaman dan empati terhadap mereka yang berjuang dengan isu serupa. Bersama-sama, kita boleh belajar untuk menyokong satu sama lain dengan lebih baik.”

‘Project; Exit’  turut disokong dengan inisiatif promosi Astro dalam memanfaatkan penggunaan teknologi AI dengan memberikan peranan kepada barisan pelakon utama ‘Project; Exit’ untuk mengambil alih platform media sosial X rasmi Astro Gempak dengan menawarkan sokongan dan dorongan yang diperibadikan kepada pengguna. Inisiatif ini bertujuan mewujudkan hubungan yang lebih erat dan memberi ketenangan, sekaligus membina suasana dalam talian yang lebih positif dan berempati kepada semua. Selain itu, penonton boleh melayari www.gempak.com/project sebagai rujukan berkenaan siri ini atau jika memerlukan bantuan yang berkaitan dengan kesihatan mental. 


Eksklusif bagi penggemar siri premium Astro Originals, Bahagian 1 siri ‘Project; Exit’  yang merangkumi episod 1 hingga 4 akan mula bersiaran pada 1 November 2024 secara sekaligus menerusi On Demand di Astro Ultra/Ulti box, Astro GO dan sooka. Manakala Bahagian 2 yang merangkumi episod 5 dan 6 akan bersiaran pada 15 November 2024 di platform yang sama. Ikuti info dan klip-klip menarik menerusi akaun Instagram, TikTok, Facebook, X, Astro Gempak dan Astro Shaw dengan menggunakan tanda pagar #ProjectEXIT dan #AstroOriginals. 

Daftar sekarang untuk tawaran masa terhad Astro Baharu, JUALAN JIMAT BESAR dengan harga serendah RM41.99/sebulan serta pemasangan percuma*. Nikmati hiburan terbaik, dalam satu tempat! Layari astro.com.my bagi info lanjut untuk melanggan

*Tertakluk pada terma dan syarat.

Suria KLCC Melancarkan Kempen #BeKindOnline untuk Menangani Buli Siber

Tuesday 15 October 2024

Meneruskan komitmennya dalam menyokong kesihatan mental, Suria KLCC, destinasi beli-belah ikonik di Malaysia, telah melancarkan kempen #BeKindOnline bagi menangani isu buli siber. Berlangsung dari 10 hingga 20 Oktober, kempen ini bertujuan mengatasi masalah buli siber yang semakin meningkat serta kesannya terhadap kesihatan mental, di samping mempromosikan ruang digital yang selamat dan positif.

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil telah merasmikan pelancaran kempen dengan menyertai sesi podcast pertama hari ini, di mana beliau membincangkan peraturan kerajaan dan dasar media sosial dalam menangani buli siber.

Kerjasama dan Sokongan Kesihatan Mental

Kempen tahun ini meneruskan kerjasama dengan organisasi kesihatan mental utama seperti Malaysian Mental Health Association (MMHA), Befrienders KL, Mental Illness Awareness Support Association (MIASA), dan Nyawa. Menyertai inisiatif ini tahun ini adalah Taylor’s University’s Mental Health dan Well-being Impact Lab, yang menyumbang kepakaran mereka melalui sesi podcast dan konsultasi.

Penjualan Suria Ribbon Pin akan diteruskan, di mana hasil jualan akan disalurkan kepada NGO terpilih. Pin tersebut dijual pada harga RM10 setiap satu di Concierge.

Pendekatan Digital Pertama untuk Meningkatkan Kesedaran

Dengan fokus kuat terhadap penggunaan ruang digital, kempen #BeKindOnline akan menampilkan inisiatif berasaskan kandungan yang diterajui oleh influencer dan personaliti utama. Mereka akan berinteraksi dengan orang ramai di media sosial, berkongsi kisah peribadi, pandangan pakar, serta strategi untuk menangani buli siber.

Kandungan kempen akan disebarkan dengan meluas di pelbagai platform untuk memaksimumkan jangkauan, menggunakan video pendek, petikan podcast, dan perbincangan dalam talian yang meningkatkan kesedaran terhadap fenomena sosial yang semakin berkembang ini.

Pengalaman Interaktif di Suria KLCC

Walaupun sebahagian besar kempen berlangsung dalam talian, tarikan fizikal utama boleh ditemui di pintu masuk Park Mall di Suria KLCC. Sebaik sahaja pengunjung melangkah masuk, mereka akan disambut oleh sorotan kempen—Ruang Selamat Pelbagai Fungsi yang unik. Ruang interaktif ini menjadi tempat rakaman podcast langsung dan juga berfungsi sebagai ruang konsultasi dengan pakar kesihatan mental, menawarkan pengunjung alat praktikal dan nasihat pakar untuk menghadapi cabaran buli siber.

• Perbualan: Rakaman podcast langsung menampilkan perbincangan bersama pakar dari NGO, influencer, dan mangsa buli siber. Sesi ini, termasuk perbincangan Fahmi mengenai peraturan, akan disiarkan di media sosial, mencapai audiens yang luas dengan kandungan berbentuk ringkas.

• Konsultasi: Ruang ini juga berfungsi sebagai bilik konsultasi di mana pakar kesihatan mental dari NGO rakan kongsi menawarkan klinik percuma, bengkel, dan nasihat pakar mengenai pelbagai aspek buli siber. Pengunjung akan mendapat alat dan strategi praktikal untuk menguruskan gangguan dalam talian dan kesannya terhadap kesihatan mental.

Pengunjung juga boleh berinteraksi secara online di mana mereka boleh memilih mesej positif. Kata-kata afirmasi yang dikurasi ini akan membantu memastikan kandungan yang selamat dan menyokong dikongsi, mempromosikan kempen anti-buli siber. Pada akhir interaksi, pengunjung digalakkan untuk mengambil gambar kata-kata pilihan mereka dan berkongsi di Instagram, menyertai gerakan #BeKindOnline.

Francis Tan, Ketua Pegawai Eksekutif Suria KLCC Sdn Bhd, menekankan kepentingan menangani buli siber: “Dalam era digital ini, kata-kata kita mempunyai kuasa yang luar biasa. Ia boleh mengangkat seseorang, atau ia juga boleh meninggalkan kesan luka yang mendalam.

#BeKindOnline melangkaui sekadar meningkatkan kesedaran; Suria KLCC bertujuan untuk menawarkan penyelesaian dan sokongan nyata kepada mereka yang terkesan oleh buli siber, memastikan tiada siapa yang menghadapi cabaran ini bersendirian.”

Suria KLCC juga dengan bangga mengumumkan pengiktirafannya sebagai Pemenang Platinum Anugerah PPK Malaysia 'Best Experiential Marketing' 2023-2024. Pengiktirafan berprestij ini mengiktiraf kejayaan kempen kesedaran kesihatan mental yang kami bawa kan, yang juga sebelum ini pernah memenangi emas pada 2020-2022. Mencapai Platinum kini menekankan komitmen Suria KLCC untuk terus meningkatkan usahanya dan dedikasinya untuk memberikan impak berkekalan kepada komuniti.

Projek SMILE Mesra Mall

Mesra Mall, dengan kerjasama Jabatan Psikiatri Hospital Kemaman dan MENTARI Balok, menjalankan kempen kesedaran kesihatan mental dari 8 hingga 12 Oktober.

Diadakan di Centre Court, kempen ini menawarkan ruang selamat untuk meningkatkan kesedaran serta menyediakan alat praktikal untuk meningkatkan kesejahteraan mental. 60 peserta pertama yang menyelesaikan semua aktiviti yang dianjurkan oleh MENTARI dan pasukan hospital akan menerima Green Ribbon Pin, simbol solidariti kepada mereka yang menghadapi cabaran kesihatan mental. Aktiviti yang diadakan termasuk:

• Bengkel dan Sesi Pembangunan Kemahiran

Sesi ini memberi tumpuan kepada pengurusan tekanan, penjagaan diri, kesedaran minda, dan pembangunan daya tahan.

• Bengkel Terapi Seni atau Ekspresi Kreatif

Peserta boleh meneroka emosi mereka melalui terapi seni dan ekspresi kreatif, menyediakan saluran terapeutik untuk individu yang berhadapan dengan isu kesihatan mental.

• Bengkel Kesedaran dan Meditasi

Bengkel mengenai kesedaran minda dan teknik relaksasi membantu peserta mengurangkan kebimbangan dan meningkatkan kesedaran diri untuk kesihatan mental yang lebih baik.

Mesra Mall turut menganjurkan pesta kesejahteraan komuniti dengan gerai-gerai dan aktiviti yang mempromosikan gaya hidup sihat dan kesejahteraan mental, serta menyediakan sumber mengenai pengurusan tekanan, amalan kesedaran, dan akses kepada perkhidmatan kesihatan mental.

Sebagai usaha menyebarkan kegembiraan, terdapat bengkel di mana peserta boleh melukis dan menghias batu dengan wajah senyuman untuk diletakkan di tempat awam. Aktiviti ini mempromosikan kreativiti, rasa kebersamaan dalam komuniti, dan tujuan bersama dalam membawa kegembiraan kepada orang lain.

Untuk info lanjut, layari:

i. Suria KLCC - www.suriaklcc.com.my / www.facebook.com/SuriaKLCCMall

ii. Mesra Mall - www.mesramall.com / www.facebook.com/MyMesraMall

**********************************

Mengenai Suria KLCC

Suria KLCC, destinasi membeli-belah pengalaman ikonik Kuala Lumpur, merangkumi intipati kecemerlangan runcit. Dengan slogan ‘Always Something New’, Suria KLCC menjemput pengunjung di kompleksnya seluas 1 juta kaki persegi, menempatkan lebih 360 kedai terpilih yang menampilkan jenama eksklusif dan trend terkini.

Di sebalik tawaran runcitnya yang pelbagai, Suria KLCC menawarkan pemandangan kulinari yang meriah, menjemput tetamu untuk menerokai pelbagai pilihan tempat makan berlatar belakangkan taman yang tenang dan air pancut simfoni. Daripada kafe bergaya kepada pelbagai restoran dan medan selera yang menawarkan pelbagai masakan, destinasi ini memastikan pengalaman kulinari yang menarik untuk semua.

Suria KLCC mewujudkan suasana kecanggihan dan ketenangan, menggabungkan beli belah, makan dan bersantai dengan lancar. Ia berfungsi sebagai bukti pengalaman indah, di mana setiap lawatan menjanjikan detik-detik yang tidak dapat dilupakan.

Mengenai Mesra Mall

Terletak di Kemasik, Terengganu, Mesra Mall menarik pengunjung untuk mendalami kehidupan yang unik di Pantai Timur Malaysia. Merangkumi lebih dari 310,000 kaki persegi, pusat beli-belah ini menawarkan pelbagai jenama tempatan dan antarabangsa, dan telah dikenal pasti sebagai salah satu destinasi utama untuk membeli-belah dan rekreasi, dan hiburan di Kertih dan kawasan sekitarnya, termasuk Paka, Dungun, dan Kemaman.

Selain daripada aktiviti membeli-belah, Mesra Mall juga menawarkan kemudahan riadah untuk seisi keluarga seperti pusat boling 24 lorong, pusat futsal, padang badminton, dan sebuah dewan serba guna seluas 16,000 kaki persegi, yang boleh mengisi lebih 800 tetamu bagi memastikan pengalaman 'Membeli-belah yang Mudah dan Mesra' untuk semua.

Minggu keempat ‘Muzikal Lawak Superstar’ diungguli oleh Sarkas dengan markah keseluruhan sebanyak 61.63%, sekaligus mendapat kelebihan untuk memilih komen juri pada cabaran minggu hadapan. Ini diikuti oleh Zuara (60.43%) dan Deroyan (57.06%) di tempat kedua dan ketiga. Selain Sarkas, Deroyan turut menjadi antara kumpulan yang telah mendapat kesemua tiga bintang daripada barisan juri dengan persembahan sketsa muzikal mereka. 

Minggu berlokasikan tempat “Hiburan” dan bergenre “Balada & Reggae” ini turut menyaksikan kumpulan Soda tersingkir apabila sketsanya kurang mendapat sambutan daripada barisan juri dan para penonton. 








Senarai Markah Penuh Minggu 4 ‘Muzikal Lawak Superstar 4’

Sarkas – 61.63%

Zuara – 60.43%

Deroyan - 57.06%

Gebu – 54.75%

Padie – 53.77%

Putehh – 53.54%

Bravo – 50.17%

Soda – 44.33%

Saksikan episod baharu ‘Muzikal Lawak Superstar 4’ pada setiap hari Ahad, jam 9 malam di Astro Warna (Saluran 107), On Demand, Astro GO dan sooka.

Minggu 5 Kilauan Emas 2024 | Vokal Gie Curi Tumpuan Juri, Maria & Balqis Tersingkir

Monday 14 October 2024

Minggu kelima ‘Kilauan Emas 2024’ menyaksikan peserta Gie melonjak, mendahului di tempat pertama dengan markah keseluruhan sebanyak (77.73%), diikuti oleh pencabar Budin (73.57%), dan juga yang bangkit memberikan cabaran baru kepada peserta lain Ron (72.92%) telah berjaya menawan kedudukan tiga teratas. 

Membawakan lagu I Have Nothing oleh Whitney Houston, Maria sekali lagi telah dipilih sebagai pemenang Anugerah Emas Berkilau Of The Week di segmen terakhir. Minggu Tiba-Tiba Rindu, Lagu-Lagu Lama Yang Mengingatkan Kita Kepada Penyanyi Yang Telah Meninggalkan Kita ini juga telah menyaksikan Maria & Balqis telah tersingkir dan gagal untuk mara ke minggu seterusnya. Saksikan episod baharu Kilauan Emas 2024 pada setiap hari Sabtu, jam 9 malam di Astro Prima (Saluran 105), On Demand, Astro GO dan sooka.

SENARAI LAGU

INFO ‘KILAUAN EMAS 2024’

• ‘Kilauan Emas 2024’ akan bersiaran secara langsung dari Royal Theater Shah Alam selama lapan minggu bermula 14 September 2024, setiap Sabtu, jam 9 malam menerusi Astro Prima (saluran 105). Program ini turut boleh distrim menerusi On Demand di Astro Ultra/Ulti Box, aplikasi Astro GO dan sooka.

• Persiapan persembahan setiap peserta akan dipaparkan menerusi Diari Kilauan Emas 2024 selama 30 minit setiap jumaat bermula 13 September 2024 dan segala telatah dibalik tabir, perbincangan, latihan di pentas utama dapat disaksikan menerusi Kapsul Kilauan Emas 2024 selama 5 minit setiap minggu dari Selasa hingga Khamis, dibawakan istimewa kepada para penonton dan peminat.

Ina - Tari Silat Melayu (Saloma)

Atie - Darah Muda (Saloma)

Sidi - Dekat Padamu (Yusry)

Balqis - Lagu Rindu Merindu (Fauziah Idris)

Wan - Malam Pasar Ria Version M. Shariff (M. Said)

Ron - L.O.V.E. (Nat King Cole)

Sue - Matahari (Maya)

Maria - I Have Nothing (Whitney Houston)

Budin - Kerana (Alleycats)

Gie - Yayadan (Sharifah Aini)

• Persembahan setiap peserta menerusi ‘Kilauan Emas 2024’ akan diadili secara 70% daripada pemarkahan oleh barisan panel juri professional, 20% daripada juri awam yang merangkumi markah para penonton undangan dan juga 10% daripada undian para penonton di rumah.

• Bangku juri buat musim terbaharu ini mengekalkan figura legenda, Erra Fazira dan Dato’ Hattan, bersama pelawak terkenal iaitu Roy Azman yang bakal menyerikan lagi episod-episodnya.


• Juara ‘Kilauan Emas’ akan membawa pulang wang tunai bernilai RM30,000 beserta trofi sumbangan Astro.

• Para penonton dan peminat boleh mengundi peserta kegemaran mereka bagi menentukan pemenang mingguan pada setiap minggu secara dalam talian menerusi laman web Astro Gempak.

Membawa bintang-bintang Gegar Vaganza ke pentas ‘The Chosen One 2024’, minggu keempat kali ini menyaksikan para peserta berduet untuk melayakkan diri ke pusingan seterusnya. Tema ‘Surprise Duet’ yang dibawa kali ini sekali lagi diungguli oleh Kiki Fateeha yang berduet bersama penyanyi Ezad Lazim dengan lagu yang berjudul Dua Insan. Ini diikuti oleh peserta Atikah Rose & Naqiu dan Eriq Fikri & Lan Solo di tempat kedua dan ketiga. Manakala, perjalanan terhenti buat peserta Qal Daienish apabila gagal menarik perhatian barisan juri dengan persembahan duetnya. 

Minggu ‘TCO X GV’ ini turut dimeriahkan dengan kehadiran pengacara tetap rancangan Gegar Vaganza, Nabil Ahmad sebagai juri jemputan di samping Dato’ Awie dan Jaclyn Victor. Pada masa yang sama, peserta Azry Sabri masih menjuarai ERA The Chosen One of The Week. Saksikan episod baharu ‘The Chosen One 2024’ pada setiap hari Jumaat, jam 9 malam di Astro Ceria (saluran 611), On Demand, Astro GO dan sooka.

SENARAI LAGU



INFO ‘THE CHOSEN ONE 2024’

• ‘The Chosen One 2024’, program nyanyian realiti kegemaran ramai kembali, bermula pada 20 September ini, setiap hari Jumaat, jam 9 Malam di Astro Ceria (saluran 611). Program ini turut akan bersiaran secara serentak di Astro Ria (saluran104).

• Mengekalkan format lalu, musim kedua turut menggandingkan kanak-kanak yang berbakat dalam nyanyian dengan penyanyi-penyanyi popular tanah air yang menggalas tugas sebagai coach mereka.

• Musim kedua ini mengekalkan figura legenda rock Malaysia, Dato’ Awie sebagai juri tetap, bersama dengan penyanyi bersuara ‘emas’ yang telah menggenggam banyak anugerah, Jaclyn Victor. Setiap episod turut diterajui oleh gandingan hos baharu, pelawak dan pelakon popular, Jihan Muse sebagai pengacara program, serta personaliti radio ERA, Haziq Hussni.

• Program ini turut membariskan penyanyi-penyanyi ternama Malaysia sebagai coach dan pasangan setiap peserta termasuk Tomok, Aepul Roza, Amir Jahari, Sufian Suhaimi, Suki Low, Adira Suhaimi, Wany Hasrita dan kembar berbakat Firdaus Rahmat & Fahimi Rahmat.

• Setiap persembahan diadili berdasarkan teknik vokal (50%), kreativiti & feel (30%), serta watak dan pembawaan persembahan mereka (20%).

Qall Daienish & NINE - Kisah Cinta Kita (Hafiz Suip)

Eriq Fikri & Lan Solo - Hutang (Floor 88)

Atikah Rose & Naqiu - Boneka (Ernie Zakri)

Azry Sabri & Ameer Forteen - Di Hujung Waktu (Azhael)

Akhil Mikhail & Faradhiya - Janji Manismu (Aisyah)

Kiki Fateha & Ezad Lazim - Dua Insan (IVA ft Ezad Exist)

Baiq Balqis & Zamani - Tak Mungkin Berpaling (Slam)

• Persembahan setiap peserta bersama dengan pasangan selebriti mereka akan diadili 100% daripada pemarkahan pihak juri sejurus selepas persembahan mereka tamat. 2

• Juara ‘The Chosen One’ musim kedua akan membawa pulang wang tunai bernilai RM 30,000 beserta trofi sumbangan Astro. Tempat kedua, ketiga dan keempat akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM 20,000, RM 10,000 dan RM 5,000 beserta dengan trofi sumbangan Astro.

• Penganjuran edisi kedua ini dimeriahkan dengan kolaborasi bersama Gempak selaku Rakan Digital, ERA sebagai Rakan Radio Rasmi, serta Pa&Ma, Keluarga dan Bintang Kecil sebagai Rakan Media.