Movie Review | Do You See What I See (2024)

Saturday, 5 October 2024


Pengarah: Awi Suryadi 
Penulis Skrip: Lele Laila
Pelakon: Shenina Cinnamon, Diandra Agatha, Sonia Alyssa, Yesaya Abraham 
Syarikat Produksi:  MD Pictures, Pichouse Films
Pengedar: Netflix  
Genre: Seram
Durasi Tayangan: 109 minit
Tarikh Tayangan: 16 Mei 2024 (Indonesia)
Trailer:


Berlatarkan tahun 1996, seorang mahasiswi bernama Mawar (Diandra Agatha) pergi ke kubur orang tuanya yang terletak jauh di dalam hutan. Perginya waktu hampir senja kerana baru saja selesai menyambut ulang tahun bersama teman akrabnya – Vey (Shenina Cinnamon) dan Kartika (Sonia Alyssa) di kampus. 

Ketika melawat kubur tersebut, Mawar merasa seperti diekori oleh sesuatu namun tiada apa yang kelihatan di situ. Di sana, Mawar meminta kebenaran orang tuanya untuk mempunyai kekasih kerana umurnya yang sudah menginjak 20 tahun. 

Sejak pulang dari kubur, perangai Mawar terlihat aneh. Dia banyak mendiamkan diri dan ponteng kuliah. Dia juga sering bersendirian kerana sudah mempunyai teman lelaki bernama Restu (Noval Tubagus). Setiap malam Restu datang ke rumah sewa mereka namun tiada sesiapa yang pernah melihat susuk lelaki tersebut kecuali Mawar. 

Bila ditanya tentang Restu, Mawar sering mengatakan Restu adalah seorang lelaki yang baik. Vey mula tak sedap hati dan minta bantuan Lina (Sarah Felicia) yang mempunyai ilmu psikik. Kerana ilmu Lina, mereka mendapat petunjuk siapakah Restu sebenarnya. 

Filem Do You See What I See arahan Awi Suryadi merupakan adptasi dari kisah podcast Do You See What I See: Episod 64 – First Love yang diceritakan oleh Mizter Popo. Kalau tak silap, naskhah seram ini adalah naskhah yang pertama diambil dari podcaster tersebut. 

Tak pasti kenapa MD Pictures pilih Episod 64 sebagai pemula dan bukan dari episod yang pertama memandangkan tajuk filem adalah nama podcast itu sendiri. Mungkin sebab kisah First Love ni lebih menarik berbanding kisah yang lainnya ataupun kisah First Love ni rarest of the rare. Mana ada orang bercinta dengan pocong kan?

Pace penceritaan tersangatlah perlahan walaupun dah ubah speed kepada 1.5x dan tak banyak pun babak seram yang dimasukkan kerana first half adalah babak Mawar angau dengan Restu. Ada beberapa gangguan tapi semuanya tanpa kemunculan entiti tersebut. Macam gangguan bunyi atau objek bergerak sahaja. Masuk second half baru pengarah tunjuk siapa Restu setelah Vey dan Kartika sudi melihat siapa pujaan hati Mawar. 

Sinematografi naskhah Do You See What I See dibikin kelam supaya menghidupkan suasana seram tapi rimas juga bila kita tertanya-tanya apa yang berlaku dalam beberapa babak sebab terlampau gelap. Kalau ikutkan, filem ni tersangat lemah bila terpaksa bergantung kepada suasana kelam supaya penonton takut dengan Restu. 

Sembang pasal logik, memang tak jumpa logiknya sebab watak utama, si Mawar yang cantik boleh bercinta dengan pocong akibat tertekan bila diasak dengan Vey untuk mempunyai pacar. Moral of the story, kalau kawan tu single, jangan lah paksa dia bercinta. Tapi bila pengarah tunjuk buku-buku yang ada di atas meja solek Mawar, tak hairan lah kalau dia ambil jalan macam tu sebab dia sakit. Dan mungkin juga kerana sumpahan Restu terhadap keluarga tersebut. 

Sayangnya filem Do You See What I See tak ditulis dengan bagus oleh Lele Laila yang pernah popular dengan filem Ivanna (2022) dan KKN Di Desa Penari (2022). Podcast berdurasi 30 minit mungkin tak ada banyak input untuk dijadikan sebuah filem selama 109 minit tapi di sini juga kelebihan pada penulis untuk kembangkan lagi beberapa plot. 

Tak diceritakan langsung macam mana Mawar boleh berjumpa dengan Restu setelah pulang dari kubur orang tuanya. Kita tahu ada sesuatu yang mistik pada reben merah yang dipakai Mawar tapi bila dan bagaimana Mawar dapat reben tersebut, tak diketahui. Tak banyak pun babak percintaan Mawar dan Restu walhal Restu adalah cinta pertama Mawar. 

Sama juga dengan cinta tiga segi antara Alex (Yesaya Abraham), Vey dan Lina yang berlaku secara tiba-tiba. Kita tahu dari Mawar tentang Alex curang tapi sampai ke hujung cerita, Alex masih panggil Vey sayang walaupun di hadapan Lina. Kita tak tahu apa yang Alex cuba untuk jelaskan setiap kali Vey terserempak bila dia berdua dengan Lina. Ada ketegangan dan drama dekat situ tapi penulis abaikan. 

Tak banyak babak Mawar bercerita dengan Vey dan Kartika sedangkan banyak girl moments yang boleh penulis masukkan. Sayang lah produser tak jaga idea yang segar dan unik untuk genre seram ni sebab lakonan dah bagus terutamanya Diandra sebagai Mawar. Seram sangat bila tengok dia senyum dan bercerita tentang Restu. 

1. Team Production +0.6, 2. Visual +0.5, 3. Audio +0.7, 4. Storyline +0.3, 5. Casting +1, 6. Genre +0.4, 7. Themes +0.6, 8. Editing +0.4, 9. Social Message +0.3, 10. Personal Thought +0.4 = 5.2/10

Astro Mulakan Hari Anda dengan Topik Terhangat di ‘Borak SeeNI’

Friday, 4 October 2024

Astro Mulakan Hari Anda dengan Topik Terhangat di ‘Borak SeeNI’ | Program bual bicara baharu ini memaparkan perbincangan menarik dan inspirasi setiap pagi di Astro Prima

Astro dan Nu Ideaktiv dengan bangganya membawakan isu hangat dan terkini ke kaca televisyen anda menerusi program bual bicara baharu, ‘Borak SeeNI’ yang mula bersiaran pada hari ini. Program bual bicara yang moden dan interaktif ini membincangkan pelbagai topik menarik dan bersiaran secara langsung pada setiap hari Selasa hingga Jumaat, jam 11 pagi di Astro Prima (saluran 105).

‘Borak SeeNI’ merangkumi pelbagai topik menarik seperti isu keluarga, segmen gaya hidup dan kesihatan bersama barisan pakar. Selain itu, program ini juga akan menampilkan individu-individu yang boleh memberi inspirasi dan teladan kepada para penonton melalui kisah dan pencapaian mereka yang membanggakan dalam pelbagai bidang.

Dengan penggunaan teknologi studio Extended Reality (XR) yang moden, ‘Borak SeeNI’ menawarkan visual yang lebih menarik dan terkini. Keupayaan Realiti Tambahan (AR) yang diterapkan memberi kelebihan kepada peniaga terutamanya kepada Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dalam mengetengahkan produk dan perkhidmatan mereka secara dinamik.

‘Borak SeeNI’ turut menekankan penyesuaian kandungan yang fleksibel serta ciri interaktif dengan melibatkan penyertaan penonton secara langsung dan memenuhi keperluan jenama dalam menawarkan perkhidmatan yang berkualiti tinggi dan meluas.

Menurut Naib Presiden, Pembangunan Pengiklanan (Nu Ideaktiv & SME), Datin Norashikin Habibur Rahman, “Program bual bicara secara langsung ‘Borak SeeNI’ adalah program yang memfokuskan isu semasa dan gaya hidup terkini, dipersembahkan dalam bentuk yang lebih canggih daripada segi visual iaitu penggunaan reka bentuk Extended Reality (XR) di dalam studiodan Augmented Reality (AR). Selain itu, program ini juga ingin membantu warga SME dalam mempromosikan produk mereka”.

Nu Ideaktiv, selaku rakan penghasil kandungan, melalui applikasi SeeNI yang melahirkan program bual bicara ‘Borak SeeNI’ mengambil 17 kandungan digital Nu Ideaktiv yang sesuai dengan format program bual bicara untuk menyampaikan maklumat meliputi semua aspek kehidupan.

“Saya amat teruja dengan kolaborasi program bual bicara secara langsung antara Astro dan Nu Ideaktiv ini. Saya percaya hasil kerjasama yang memberangsangkan daripada kedua-dua pihak dapat memastikan program ini berjalan lancar dengan jayanya. Selain itu, ia diharap dapat memperkasa landskap digital bagi SME untuk lebih memperkukuhkan jenama mereka”, kata Encik Syamil Fahim, Ketua Pegawai Eksekutif, Nu Ideaktiv mengenai penghasilan program ini.

‘Borak SeeNI’ memaparkan gandingan pengacara yang berpengalaman dan relevan kepada pelbagai lapisan masyarakat seperti Erra Fazira, Faizal Ismail, Haziq Hussni, Nana Mahazan, Hunny Madu, Dahlia Shazwan dan Keanu Azman. Pemilihan mereka sebagai wajah ‘Borak SeeNI’ selaras dengan objektif kami untuk menyasar semua lapisan masyarakat sebagai penonton utama. Kongsikan cerita anda dan ‘Borak SeeNI’ dengan tanyaseeni@astro.com.my.

‘Borak SeeNI’ turut boleh ditonton menerusi On Demand di Astro Ultra/Ulti Box serta aplikasi SeeNI, Astro Gempak, Astro GO dan sooka untuk pilihan yang fleksibel. Daftar sekarang untuk tawaran masa terhad Astro Baharu, JUALAN JIMAT BESAR dengan harga serendah RM41.99/sebulan serta pemasangan percuma*. Nikmati hiburan terbaik, dalam satu tempat!

Layari astro.com.my bagi info lanjut untuk melanggan.

*Tertakluk pada terma dan syarat.

Klinik Sukan Anjuran Jenama Biskut Tiger Menginspirasikan Atlet Muda di SK Bukit Lanjan (Asli)

Thursday, 3 October 2024

Klinik Sukan Anjuran Jenama Biskut Tiger Menginspirasikan Atlet Muda di SK Bukit Lanjan (Asli) | Hampir 200 Kanak-kanak Orang Asli Terlibat dalam Program Pembangunan Sukan Teras tersebut dengan Sokongan Tiger yang Memberi Kekuatan Dalaman dan Khasiat

Jenama Tiger di bawah Mondelēz International (Malaysia) telah berjaya menganjurkan klinik sukan di SK Bukit Lanjan (Asli), yang menyatukan hampir 200 kanak-kanak dari prasekolah hingga darjah 6 dalam satu hari yang penuh dengan latihan olahraga.

Sesi tersebut merangkumi sukan teras seperti ragbi, bola baling, bola sepak dan badminton, bertujuan memupuk minat kanak-kanak terhadap sukan dan menyerlahkan komitmen Tiger untuk membina kekuatan dalaman serta menggalakkan perkembangan melalui pemakanan sihat.

Kerjasama antara Tiger dan SK Bukit Lanjan bukan hanya untuk meningkatkan kemahiran pelajar dalam empat sukan teras tersebut, tetapi juga memupuk minat terhadap aktiviti fizikal dan mencungkil bakat Baharu yang berpotensi mewakili Malaysia di pentas kebangsaan. Melalui inisiatif ini, Tiger mengukuhkan kepercayaannya dalam menyemai kebaikan dari dalam, dengan menyediakan nutrisi yang diperlukan oleh pelajar untuk berkembang dari segi fizikal dan mental.

“Di Tiger, kami percaya setiap kanak-kanak memiliki potensi tanpa had yang terpendam dan boleh dikembangkan secara konsisten. Oleh itu, klinik sukan ini mencerminkan komitmen kami bagi membantu kanak-kanak menjadi lebih kuat melalui sukan, sementara biskut kami mengandungi bahan-bahan sihat seperti gandum, susu, pelbagai vitamin dan mineral untuk menyokong pertumbuhan itu,” kata Ketua Pemasaran Malaysia dan Singapura di MondelÄ“z International, See Mei Sin.

Klinik sukan ini juga adalah langkah penting dalam mengekalkan visi SK Bukit Lanjan untuk mewujudkan budaya kesukanan yang rancak di sekolah. Acara ini bertujuan bukan sahaja untuk meningkatkan minat pelajar dalam sukan teras, tetapi juga untuk mencari bakat baharu dan memupuk perkembangan sahsiah pelajar di luar bilik darjah.

“Matlamat kami tidak pernah berubah, iaitu menyemai semangat cintakan sukan dalam kalangan pelajar sambil mencungkil bakat yang mampu menyerlah di peringkat kebangsaan suatu hari nanti. Dengan sokongan Tiger, kami dapat merealisasikan visi tersebut dengan menyatukan latihan sukan dengan nilai kesihatan dan khasiat,” kata Guru Besar SK Bukit Lanjan (Asli), Puan Fazilawati Abu Bakar.

Klinik sukan tersebut berakhir dengan penuh semangat, di mana atlet-atlet muda yang terlibat telah mengalami manfaat aktiviti fizikal dan kebaikan nutrisi yang ditawarkan oleh Tiger. Kerjasama ini bukan hanya mengukuhkan matlamat pembangunan sukan sekolah tetapi juga menyerlahkan peranan Tiger dalam menyokong generasi atlet pelapis di Malaysia.

Kerjasama Tiger dengan SK Bukit Lanjan (Asli) ini juga merupakan lanjutan daripada kempen #MDLZPrihatin, sebuah perkongsian jangka panjang antara Mondelēz International (Malaysia) dengan Yayasan MyKasih bagi menyokong masyarakat setempat. Dilancarkan pada 2024, inisiatif ini menumpukan fokus pada penyediaan bantuan bersasar dalam pelbagai aspek seperti bantuan makanan, pendidikan, pembangunan kemahiran, pemerkasaan wanita dan keusahawanan. Menerusi #MDLZPrihatin, Mondelēz International (Malaysia) komited untuk memperkasakan keluarga dan masyarakat yang kurang mendapat perkhidmatan.

Untuk maklumat lanjut tentang Mondelēz International (Malaysia) dan rangkaian jenamanya yang popular, layari https://www.mondelezinternational.com/malaysia/


******************************************

About Tiger

Tiger is one of the local jewel brands in MondelÄ“z International (Malaysia). Tiger leads the creation of the next generation of Tigers in Malaysia as the modern & innovative brand for parents (and their kids). Tiger is highly trusted brand by parents to build their kids’ inner strength and the first choice in delivering their Kids’ Daily Nourishment. Tiger is made from wheat and milk with twice the amount of calcium and Vitamin D, a creamier taste, and is available in two flavors: original and chocolate. Its portfolio of healthy and tasty products with wholesome ingredients is loved by parents (wholesome snack) with a taste that their kids love.

About Mondelēz International (Malaysia)

Mondelēz International (Malaysia) is part of the Mondelēz International group of companies which empowers people to snack right in over 150 countries around the world, with a strong presence in Southeast Asia. With 2023 net revenues of approximately $36 billion, Mondelēz International is a member of the Standard and Poor's 500, Nasdaq 100 and Dow Jones Sustainability Index.

MondelÄ“z International is leading the future of snacking with iconic global and local brands such as Cadbury Dairy Milk chocolate, Cadbury Zip chocolate wafer, Toblerone chocolate, OREO cookies, Chipsmore cookies, Jacob's crackers, Tiger biscuits, Philadelphia cheese, Chacho’s chips, Chipster chips, Twisties snacks and many more. We've been part of Southeast Asia for more than 70 years, with operations in Malaysia, Indonesia, the Philippines, Singapore, Thailand and Vietnam. Our +7,000 colleagues work across our ten manufacturing locations (including plants in Shah Alam and Prai), two research and development technical centers and our sales and marketing network to create products that people can truly love and feel good about. From wholesome treats to indulgent bites, consumers can enjoy the right snack, for the right moment, made the right way.

Minggu kedua ‘Muzikal Lawak Superstar 4’ diungguli oleh kumpulan Sarkas selepas mendapat tempat ketiga pada minggu lepas dengan markah keseluruhan sebanyak 65.12%, sekaligus dipilih untuk Anugerah Gempak Superstar Of The Week. Ini diikuti oleh kumpulan Bravo (63.08%) dan kumpulan Putehh (62.07%), di mana ketiga-tiga kumpulan mara ke minggu seterusnya. 













Minggu berlokasikan ‘Mercu Tanda’ dengan pilihan lagu bebas ini turut membawa selebriti-selebriti tanah air sebagai tetamu jemputan di dalam sketsa muzikal mereka. Tiada penyingkiran dilakukan buat minggu ini apabila setiap kumpulan berjaya menarik perhatian barisan juri dan para penonton dengan persembahan mereka sehingga dewan dipenuhi dengan gelak tawa. Saksikan episod baharu ‘Muzikal Lawak Superstar 4’ pada setiap hari Ahad, jam 9 malam di Astro Warna (Saluran 107), On Demand, Astro GO dan sooka.

Senarai Markah Penuh Minggu 1 ‘Muzikal Lawak Superstar 4’

Sarkas – 65.12%

Bravo – 63.08%

Putehh – 62.07%

Deroyan – 57.80%

Soda – 57.02%

Gebu – 52.77%

Padie – 52.46%

Zuara – 49.79%

Gahai – 48.26%

Kilo – 39.28%

Blog Performance September 2024

Wednesday, 2 October 2024

 

Last quarter of 2024! Hari ni berazam nak produktif tapi kelaut juga bila masuk office. Curi masa untuk update report card yang tak seberapa ni. 

1. PV


Compared to previous month, bulan ni menjunam jatuhnya. Kalau tengok dekat awal bulan tu pun dah boleh agak perjalanan berliku pageviews bulan September. Untuk bulan Oktober ni tak nampak movie atau drama best yang akan keluar kecuali Stree 2 so redho je lah mengharapkan entri-entri lama jadi sumber rujukan. 


2. Posts

Bila pageviews jatuh, haruslah Popular Post pun terbabas juga tapi lagi teruk dari bulan Mei 2024 sebab tak ada entri yang naik tinggi pun tapi cecah ala kadar je. Bulan Oktober ni kalau sempat, nak update Fashion Files sebab banyak award show. Kalau malas kita update siapa pemenang untuk award event sekian sekian.

3. Bilangan Entri


Bulan September gigih update entry yang terperam lama sebab nak clearkan storage handphone dan pc jugak. Berjaya lah juga keluar dari kepompong 30+ tapi tak berjaya pun cecah 60 entry macam tahun lepas. Mungkin I patut jadikan azam tahun 2025 lah kot. 

Terima kasih berkunjung ke sini. Take care di musim tengkujuh ni ye :)

Gonna Miss You Tasya

Saturday, 28 September 2024

'Ana, I habis hujung bulan 8 nanti tau.'
'Seriouslah Tasya?!'
'You diam-diam je tau, I bagitahu you je.'
'Alaaaaa kenapa nak berhenti?'
'Dapat better offer. Lagipun kat office baru tu buat insurance.'
'Jiwa you memang dengan insurance eh.'

Selalunya kalau yang resign sebab better offer ni memang tak boleh nak cakap apa lah. Before Tasya masuk Ram Reza & Muhammad pun memang buat insurance so bila dapat better offer untuk buat benda yang dia suka, lagi lah tak perlu dipujuk. Kitorang mampu buat potluck untuk Tasya, kebetulan last day Tasya jatuh hari Jumaat. 

Team Koktel

Untuk planning menu apa masa potluck nanti, kitorang buat Whatsapp group. Masing-masing pilih sendiri menu apa nak bawa. I ambil yang terpaling mudah iaitu nasi hahaha. Nasib baik ada beli beras 1kg dekat Lotus sebelum ni. Boleh lah guna untuk potluck. Nasib baik jugak bawa 2 pek sebab spaghetti Aufa sampai lambat. 

I start masak nasi jam 10.30 pagi dekat pantry guna periuk nasi I bawa dari rumah. Dekat office ada je periuk nasi tapi Kak Ida dah cop awal untuk serawa durian. Semerbak bau serawa durian dekat office sebelah, bau nasi dekat office Oasis. Periuk nasi I tak besar, saiz medium je so kena masak 2 kali untuk memastikan semua perut kenyang. Selalunya I masak nasi lembik sebab suka makan macam tu tapi untuk office kita masak ikut sop kedai makan lah. 


Pukul 11.30 pagi masak tomyam paprik dah sampai. Makin semerbak bau dekat training room ni. Ada kek batik Ain bawa, brownies dengan kuih coklat manis dari Ms Liyana. 










Sebelum makan ada ucapan penghargaan dan ucapan terakhir dari Tasya. Kitorang dah agak dah Tasya mesti akan menangis masa ni so semua orang buat-buat tengok phone. 

'Berat hati nak tinggalkan RRM sebab environment dekat sini best, semua pun baik-baik dan ramah tapi terpaksa juga buat keputusan ni.' - Tasya



Selesai potluck, kitorang layan cerita seram haha aktiviti wajib bila ada potluck. Kali ni layan filem Alas Pati: Hutan Mati sebab Rina kata tengah trending dekat TikTok. 

Ni sesi bagi hadiah tapi entah kenapa muka ketat memasing


Sebelum balik Tasya agihkan hadiah dekat semua warga RRM sebagai appreciation token sepanjang dia bekerja di Ram Reza & Muhammad. Hadiah dia comel dan function teruk sebab Tasya bagi hand pillow. Penat buat submission boleh lah tidur kejap beralaskan hadiah Tasya. 


Thank you so much Tasya selalu ringan tulang and tak lokek ilmu sepanjang bekerja dekat RRM. Insya-allah ada rezeki kita jumpa lagi, take care and all the best for your future :)

Minggu kedua ‘The Chosen One 2024’ bertemakan Dear Me, lagu-lagu yang mempunyai maksud tersirat dan tersurat kepada bintang-bintang program nyanyian ini. Dimeriahkan dengan kehadiran Dato’ Jalaluddin Hassan sebagai juri jemputan, minggu ini menyaksikan Atikah Rose, Baiq Balqis dan Azry Sabri di kedudukan tiga teratas. Atikah Rose juga telah dinobatkan sebagai pemenang persembahan terbaik minggu pertama Gempak ERA The Chosen One of The Week. 

Walaupun mendapat kedudukan terendah pada minggu ini, Elofa Reza berjaya mara ke minggu hadapan bersama bintang yang lain. Saksikan episode baharu ‘The Chosen One 2024’ pada setiap hari Jumaat, jam 9 malam di Astro Ceria (saluran 611), On Demand, Astro GO dan sooka.

SENARAI LAGU

INFO ‘THE CHOSEN ONE 2024’

• ‘The Chosen One 2024’, program nyanyian realiti kegemaran ramai kembali, bermula pada 20 September ini, setiap hari Jumaat, jam 9 Malam di Astro Ceria (saluran 611). Program ini turut akan bersiaran secara serentak di Astro Ria (saluran104).

• Mengekalkan format lalu, musim kedua turut menggandingkan kanak-kanak yang berbakat dalam nyanyian dengan penyanyi-penyanyi popular tanah air yang menggalas tugas sebagai coach mereka.

• Musim kedua ini mengekalkan figura legenda rock Malaysia, Dato’ Awie sebagai juri tetap, bersama dengan penyanyi bersuara ‘emas’ yang telah menggenggam banyak anugerah, Jaclyn Victor. Setiap episod turut diterajui oleh gandingan hos baharu, pelawak dan pelakon popular, Jihan Muse sebagai pengacara program, serta personaliti radio ERA, Haziq Hussni.

• Program ini turut membariskan penyanyi-penyanyi ternama Malaysia sebagai coach dan pasangan setiap peserta termasuk Tomok, Aepul Roza, Amir Jahari, Sufian Suhaimi, Suki Low, Adira Suhaimi, Wany Hasrita dan kembar berbakat Firdaus Rahmat & Fahimi Rahmat.

• Setiap persembahan diadili berdasarkan teknik vokal (50%), kreativiti & feel (30%), serta watak dan pembawaan persembahan mereka (20%).

• Persembahan setiap peserta bersama dengan pasangan selebriti mereka akan diadili 100% daripada pemarkahan pihak juri sejurus selepas persembahan mereka tamat. 

Akhil Mikhail ft Tomok - Sudahku Tahu (Projector Band)

Elofa Reza ft Suki Low - Believer (Imagine Dragons)

Atikah Rose ft Adira - Bawa Dia Kembali (Mahalini) 

Azry Sabri ft Firdaus Rahmat & Fahimi Rahmat - Mencari Konklusi (Hujan)

Baiq Balqis ft Amir Jahari - Semalam (Aina Abdul)

Eriq Fikri ft Sufian Suhaimi - Jampi (Hael Husaini)

Kiki Fateha ft Aepul Roza - Firework (Katy Perry)

Qall Daienish ft Wany Hasrita - Gelora (Usop)

• Juara ‘The Chosen One’ musim kedua akan membawa pulang wang tunai bernilai RM 30,000 beserta trofi sumbangan Astro. Tempat kedua, ketiga dan keempat akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM 20,000, RM 10,000 dan RM 5,000 beserta dengan trofi sumbangan Astro.

• Penganjuran edisi kedua ini dimeriahkan dengan kolaborasi bersama Gempak selaku Rakan Digital, ERA sebagai Rakan Radio Rasmi, serta Pa&Ma, Keluarga dan Bintang Kecil sebagai Rakan Media.