Movie Review | Mr. & Mrs. Mahi (2024)

Thursday, 5 September 2024


Director: Sharan Sharma
Writers: Nikhil Mehrotra, Sharan Sharma
Cast: Rajkumar Rao, Janhvi Kapoor, Rajesh Sharma, Kumud Mishra, Zarina Wahab
Production Companies: Dharma Productions, Zee Studios
Distributors: Zee Studios, Netflix
Genre: Sports / Romantic / Drama
Running Time: 139 minutes
Release Date: 31 May 2024
Trailer:


Mahendra ‘Mahi’ Agarwal (Rajkummar Rao) cenderung dalam sukan kriket sejak di usia muda dan mengabaikan pelajarannya kerana berharap akan pergi jauh dalam sukan tersebut. Malangnya Mahi gagal dalam pemilihan peringkat negeri dan terpaksa akur dengan kehendak bapanya (Kumud Mishra) untuk bekerja di kedai sukan milik keluarga. 

Setiap hari ada saja kesalahan yang dilakukan oleh Mahi sehingga kedai hampir mengalami kerugian. Setelah beberapa tempoh bekerja, Mahi mendapat pinangan dari keluarga Mahima ‘Mahi’ Agarwal (Janhvi Kapoor). Mahima bekerja sebagai doktor di sebuah hospital namun sering dibuli oleh doktor senior. 


Berkongsi minat dan jerih payah bersama, Mahima dan Mahendra semakin rapat dan jatuh cinta. Mahima pujuk suaminya supaya buat comeback dalam sukan kriket tapi nasib tidak menyebelahi Mahendra apabila sekali gagal dalam ujian kelayakan. Mahendra mendapat nasihat supaya menjadi jurulatih sukan kriket dan kerana saranan tersebut, Mahendra pujuk Mahima untuk berhenti kerja dan berlatih untuk pemilihan peringkat negeri. 

Tanpa disangka, Mahima layak dalam pemilihan dan dilatih di akademi namun perubahan tersebut tidak dapat diterima oleh Mahendra lantas hubungan mereka menjadi renggang akibat cemburu dan rasa kurang keyakinan diri. 


Naskhah sukan dan romantik drama hasil sutradara Sharan Sharma menggunakan idea yang segar dan kreatif apabila menggabungkan dua individu yang mempunyai minat mendalam terhadap kriket. Jarang nak jumpa atlet dilatih oleh pasangan hidup sendiri dan naskhah ini berjaya paparkan pros and cons hubungan tersebut. Macam mana Mahima boleh bersemangat berlatih dan berjaya dalam pemilihan hasil latihan Mahendra dan bagaimana juga Mahima boleh hilang keyakinan bila Mahendra bawa diri. 

Malangnya watak Mahendra nampak tersangatlah toxic dalam filem Mr & Mrs Mahi dan naskhah ni seolah-olah glorify toxic masculinity menerusi watak utama. Tak ada salah langsung bila Hardayal Aggarwal menyampah dengan jalan hidup Mahendra yang fokus pada kriket tapi tak membuahkan hasil. Pelajaran terbabas sampai tak boleh minta kerja di syarikat swasta atau Kerajaan, nak tolong keluarga pun jauh sekali. 


Kalau jadi majikan memang dah lama kena pecat si Mahendra ni. Sikit pun tak belajar dari kesilapan atau berdamai dengan takdir yang dia tak mampu jadi pemain kriket yang bagus. Daripada buat watak Mahendra sentiasa buat silap semasa bekerja, lebih elok kalau buat watak dia rasa kosong dan tak bermaya untuk kerja. Babak confrontation antara Mahendra dengan ibu dia (Zarina Wahab) tu dah cantik sebab ada mesej tentang kebahagiaan yang sebenar datang dari hati bila Mahendra compare life dia dengan adik sendiri.  


Masa dalam permainan pun tak boleh bermain dengan ahli pasukan lain sampai boleh kalah dengan pihak lawan gara-gara ego. Bila Jurulatih Benny Dayal Shukla (Rajesh Sharma) bagi nasihat pun ditolak mentah-mentah sebab rasa kerjaya jurulatih tu memalukan dan tak dipandang tinggi. Watak Mahima pun pendek akal juga bila buat keputusan. Nasib baik lah dia diterima masuk sebagai wakil negeri, kalau tak dapat? Jadi satu hal tergadai kerja sebagai doktor. 


Gandingan Rajkummar Rao dengan Janhvi Kapoor adalah fresh pairing dan sesuai digandingkan bersama cumanya kedua-dua watak dikarang secara ringan dan predictable. Untuk genre romantik, tak ada masalah ditambah dengan suasana romantik yang dipaparkan dalam lagu romantik Dekha Tenu nyanyian Mohammad Faiz. Tapi bila masuk babak dramatik dan beremosi, kedua-duanya tampak biasa saja. Klimaks scene pun tak memberi impak yang kuat. 



But still filem Mr & Mrs Mahi mempunyai tribute yang kuat kepada jurulatih bilamana kejayaan seseorang pemain negara selalu dikaitkan dengan individu sedangkan ada kerja keras dari jurulatih juga, sokongan dan dorongan dari orang sekeliling and that what’s make this movie work. 

1. Team Production +0.6, 2. Visual +1, 3. Audio +0.7, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +0.8, 6. Genre +0.5, 7. Themes +0.7, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.4 = 6.8/10

Drama Review | Nafsu (2024)

Wednesday, 4 September 2024


Pengarah: Sein Qudsi
Penulis Skrip: Hadi M. Nor, Amar Amir, Amin Shakib, Zuli Ismail, Azhar Amirulhisyam
Pelakon: Aqasha, Kamal Adli, Azira Shafinaz, Nia Atasha, Khayrisyah Kemal, Fahrin Ahmad, Ellie Suriaty, Vanidah Imran, Riezman Khuzaimi, Rosdeen Suboh, Zaidi Omar, Yusuf Bahrin, Gambit, Steve Yap, Fadhli Masoot
Syarikat Produksi: Infinitus Productions
Penyiaran: VIU
Genre: Seram / Aksi / Misteri
Jumlah Episod: 8 Episod (50-55 minit setiap episod)
Tarikh Tayangan: 27 Jun 2024 – 18 Julai 2024 
Trailer : 


Drama Nafsu mengisahkan tentang Sam (Kamal Adli) yang bekerja dengan Pak Atan (Rosdeen Suboh) dan Suria (Nia Atasha) sebagai bomoh penipu di Chow Kit. Barang milik mangsa dicuri kemudiannya mereka datang membantu sebagai bomoh dengan meminta wang pengeras yang tinggi. Sam sebenarnya mempunyai deria keenam dan memang mendalami ilmu agama kerana dibesarkan di madrasah namun hijabnya ditutup kerana pelajar di situ sering diganggu. 

Satu hari Sam terjumpa dengan Alia (Khayrisyah Kemal), adik kepada Dina, bekas kekasih Sam dalam keadaan yang serabai. Alia mencari ‘barang’ untuk hilangkan gangguan suara yang sering didengarinya. Alia cuba minta bantuan Dina di hospital tempat kakaknya bekerja namun pertengkaran pula yang berlaku gara-gara prescription dari Dr. Azlan (Fahrin Ahmad). Dina anggap Alia mengada-ngada sementara Alia terasa hati dengan keluarga yang sering memandang rendah.
 

Gangguan Alia semakin lama semakin teruk hingga dia dirasuk kemudiannya terbang di sebuah kelab malam di Kuala Lumpur. Sam berjanji akan membantu Dina mencari Alia dengan menggunakan kelebihan yang dia ada. Sam berjumpa dengan Ustaz Firdaus (Zaidi Omar) untuk buka kembali hijabnya. Dari pilihan tersebut, Sam kenal siapa dirinya yang sebenar dan kenapa Gusti (Aqasha) bersama ahli kumpulan ajaran sesat dari golongan elit menyerunya datang sebagai Penyelamat Umat. 

Naskhah Nafsu arahan Sein Qudsi mengangkat tema yang segar dan semakin menular iaitu kumpulan ajaran sesat. Bukan sesuatu yang baru pun di Malaysia tapi dalam industri seni, sesuatu yang jarang disentuh dengan jalan cerita yang dark dan intense. Semakin cerita bergerak, semakin mendalam rasa ngeri yang dipaparkan. 


Walaupun genre seram adalah genre utama tapi bukan rasa seram kepada hantu tapi dengan penipuan yang dibawa oleh Gusti. Gambaran ringan dan ringkas macam mana Dajjal datang dan menyesatkan manusia kecuali orang-orang yang beriman melalui ceramah Ustaz Norman (Syazuwan Hassan). Yang bijak macam watak Dr. Zac (Yusuf Bahrin) atau Dr. Azlan, kaya macam Kamariah (Ellie Suriaty) ataupun kuat macam Foo (Steve Yap) pun boleh terpedaya dengan tipu helah iblis. Watak Sam sendiri pun ada masanya jatuh dalam tipu helah Gusti walhal dah berguru dengan Ustaz Firdaus. Sedikit sebanyak drama Nafsu terbitan Infinitus Productions bagi pengajaran melalui mesej-mesej sosial yang dibawa. 

'Aku cuma memulangkan hak kau Syamsul. Itu anugerah Allah kepada kau. Cuma aku nak pesan dekat kau, jaga diri. Allah anugerahkan kau benda-benda ghaib, supaya kau ingat dengan dia selalu. Dekatkan diri kepada Allah s.w.t., berdoa pada dia. Doa orang yang diuji selalunya makbul. Jangan lupa solat.


Sembang pasal karya Sein Qudsi memang seronok sebab kreativiti yang dibawa tapi bila sembang bab sinematografi dari Izzat Emir, ada benda yang tak berapa syok lah. Kualiti visual Nafsu tak lari jauh dengan drama Black 2 (2021) sebab beberapa babak yang suka close-up padahal tak perlu pun. Beberapa episod awal drama Nafsu banyak close-up fizikal Kamal Adli yang baru sangat selesai shooting filem Takluk: Lahad Datu (2024). Masa babak Suria meninggal pun boleh nampak anak tekak dia bergerak. Babak aksi pun tak seronok nak layan bila camera shaky dan dekat sangat. 

I suka dengan lakonan Azira Shafinaz sebagai Dr. Dina ditambah dengan chemistry dia bersama Kamal sampaikan ada beberapa momen yang manifest supaya diorang bercinta balik. Berbeza lah dengan lakonan dia dalam filem Sherif (2024) sebab most of the time it feels forced. Dalam Nafsu dia memang faham dengan watak Dr. Dina dan menyerlah dalam babak emosi. 


Masa Dina jumpa Sam dekat kubur tu pun strong juga bila Azira hanya berekspresi dari renungan mata. I suka babak Dina kunci pintu supaya Sam tak perlu risaukan dia tapi dalam masa yang sama tak berganjak dari pintu sebab nak pastikan Sam selamat. Jarang nak jumpa babak heroin yang faham tugas hero sebab kebanyakannya suka bunuh diri demi cinta padahal tak perlu pun. 

Tapi disebabkan pace agak perlahan, relationship Dina dengan Alia tak dikembangkan sangat. Faham juga lah kenapa Alia terasa bila lukisan dia tak digantung sedangkan Alia keluar dari comfort zone dia yang hebat dalam lukisan abstrak untuk melukis realisme. Mungkin lebih menarik kalau ada confession scene watak Dina cerita kenangan dia dengan Alia. 


Watak Alia dalam drama Nafsu agak lemah sebab berapa kali tertipu dengan Gusti berbanding dengan watak Bella (Liyana Jasmay) yang desperate untuk comeback. Sekejap saja muncul tapi mencuri tumpuan dalam Episod 2 dan Episod 3. Kalaupun rahsia Alia tu terbongkar tapi Kamariah tak ada cacat cela pun sebagai ibu dia. Tak jelas sangat kenapa watak Alia ni rapuh sebab dekat awal episod dah nampak dia bukannya sakit mental pun seperti yang Dr. Azlan diagnos. Lakonan Khayrisyah Kemal bagus cuma watak dia tak kuat sangat.


Personally, I makin lama makin kurang gemar dengan drama yang tak boleh kembangkan atau bercerita dengan baik sebab penat nak baca gesture atau hidden language dalam beberapa babak. Tak dikembangkan kenapa ahli-ahli kumpulan ajaran sesat ni setia dengan Gusti dan yakin akan selamat bila Gerhana datang. I guess I’m old ataupun penat dengan kerja but this just me. Untuk yang suka naskhah seram dan misteri, this one is for you guys. 

1. Team Production +1, 2. Visual +0.6, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.8, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.7  = 8.8/10

Astro Kembali Dengan Program Nyanyian Realiti Kegemaran Ramai, ‘The Chosen One 2024’ Dengan Menampilkan Duo Yang Lebih Hebat! |  Musim baharu janjikan gandingan mantap, bermula 20 September ini di Astro Ceria & Astro Ria

Menggegarkan industri nyanyian sehingga menjadi program realiti baharu nombor satu di Malaysia pada tahun 2023 pada musim pertamanya, Astro kini kembali memperkenalkan bakat-bakat generasi baharu dalam ‘The Chosen One 2024’ yang akan bermula pada 20 September ini, setiap hari Jumaat, jam 9 Malam di Astro Ceria (saluran 611). Program ini turut akan bersiaran secara serentak di Astro Ria (saluran104).

Kejayaan musim pertamanya telah mencipta fenomena setelah menjangkau lebih dari 3.5 juta penonton di televisyen. Amir Sisi, seorang kanak-kanak berumur 12 tahun dari perkampungan orang asli di Gerik, Perak, telah dinobatkan juara musim lepas dan menjadi tular dengan lebih 235 juta tontonan di TikTok. Vokal hebatnya mendapat pujian termasuk daripada Timbalan Menteri Pendidikan di Parlimen Malaysia. Kini, Amir adalah bakat eksklusif Rocketfuel dan telah melancarkan single pertamanya berjudul Ayah Ibu.

Menurut Naib Presiden Strategi Kandungan GenNext, Putri Yasmin Megat Zaharuddin, “Selepas mendapat sambutan yang menggalakkan pada musim pertama, kami kini kembali dengan musim kedua yang lebih berprestij, hebat dan kompetitif daripada sebelumnya. Kami sedar bahawa terdapat ramai kanak-kanak yang berbakat dalam nyanyian. Lantas, kami cipta pentas ini untuk mereka bersinar. Juara musim pertama, Amir Sisi membuktikan bahawa mempunyai latar belakang yang berbeza tidak boleh menghalang sesiapa pun daripada mencapai impian mereka untuk bersinar di atas pentas, dan kami berharap mesej ini dapat disampaikan kepada seluruh Malaysia melalui program nyanyian ini, tidak kira muda atau pun tua.

Kami berharap para penonton terpukau dengan persembahan mereka bersama dengan selebriti-selebriti popular ini. Bukan mudah untuk melihat gabungan antara mereka, dan kami percaya peserta-peserta ini akan terus cemerlang dalam industri ini dengan bimbingan selebriti-selebriti atau pun coach masing-masing. Akhir kata, kami berharap musim terbaharu ini akan sekali lagi memperkenalkan bakat generasi baharu yang mampu menawan hiburan Malaysia sehingga ke peringkat antarabangsa,” tambah Putri Yasmin.

Sejajar dengan matlamat Astro, program ini bertujuan untuk memperkenalkan bakat-bakat generasi baharu yang mampu melonjakkan industri hiburan Malaysia. Mengekalkan format lalu, musim kedua turut menggandingkan kanak-kanak yang berbakat dalam nyanyian dengan penyanyi-penyanyi popular tanah air yang menggalas tugas sebagai coach mereka.

Seramai 16 peserta berumur daripada 11 tahun hingga 17 tahun dari seluruh Malaysia dipilih daripada uji bakat untuk berentap dalam ‘The Chosen One 2024’, termasuk juara pertandingan nyanyian peringkat kebangsaan, bakat yang pernah tular di media sosial, serta wajah-wajah baharu yang tidak mempunyai pengalaman bertanding dalam mana-mana pertandingan sebelum ini. 8 daripada mereka yang berjaya menarik perhatian para coach selebriti ini akan dipilih sebagai pasangan dengan selebriti tersebut. Kelapan-lapan duo ini akan bersaing di pentas utama program untuk merebut gelaran sebagai juara.

Musim kedua ini mengekalkan figura legenda rock Malaysia, Dato’ Awie sebagai juri tetap, bersama dengan penyanyi bersuara ‘emas’ yang telah menggenggam banyak anugerah, Jaclyn Victor. Setiap episod turut diterajui oleh gandingan hos baharu, pelawak dan pelakon popular, Jihan Muse sebagai pengacara program, serta personaliti radio ERA, Haziq Hussni.

Program ini turut membariskan penyanyi-penyanyi ternama Malaysia sebagai coach dan pasangan setiap peserta termasuk Tomok, Aepul Roza, Amir Jahari, Sufian Suhaimi, Suki Low, Adira Suhaimi, Wany Hasrita dan kembar berbakat Firdaus Rahmat & Fahimi Rahmat. ‘The Chosen One 2024’ kedua turut boleh distrim menerusi On Demand di Astro Ultra/Ulti Box serta aplikasi Astro GO dan sooka untuk pilihan yang fleksibel. Dapatkan Pek Astro sekarang dengan diskaun 30%* dan pemasangan percuma dari hanya RM41.99/sebulan. Raikan saat-saat bersama dengan #AstroBaharu – Hiburan kini lebih mantap untuk seisi keluarga. Layari astro.com.my untuk maklumat lanjut.

*Tertakluk pada terma dan syarat.

PENJURIAN & TRIVIA ‘THE CHOSEN ONE’ MUSIM KEDUA

• Untuk ‘The Chosen One 2024’, lebih daripada 300 peserta hadir ke uji bakatnya yang telah diadakan di AEON Shah Alam dan Shangri-La Tanjung Aru, Sabah.

• Penganjuran edisi kedua ini dimeriahkan dengan kolaborasi bersama Gempak selaku Rakan Digital, ERA sebagai Rakan Radio Rasmi, serta Pa&Ma, Keluarga dan Bintang Kecil sebagai Rakan Media.

• Setiap persembahan diadili berdasarkan teknik vokal (50%), kreativiti & feel (30%), serta watak dan pembawaan persembahan mereka (20%).

• Persembahan setiap peserta bersama dengan pasangan selebriti mereka akan diadili 100% daripada pemarkahan pihak juri sejurus selepas persembahan mereka tamat.

• Juara ‘The Chosen One’ musim kedua akan membawa pulang wang tunai bernilai RM 30,000 beserta trofi sumbangan Astro. Tempat kedua, ketiga dan keempat akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM 20,000, RM 10,000 dan RM 5,000 beserta dengan trofi sumbangan Astro.

• Pentas akhir program ini akan turut menobatkan anugerah Coach Terbaik dengan wang tunai bernilai RM 10,000, serta anugerah Persembahan Terbaik dengan wang tunai bernilai RM 5,000 yang akan ditentukan melalui undian para penonton melalui laman web www.thechosenone.com.my

• Para penonton boleh mengundi persembahan kegemaran mereka pada setiap minggu sejurus selepas program tamat menerusi www.thechosenone.com.my . Peserta dan ‘coach’ mereka yang mendapat undian tertinggi akan memenangi anugerah ‘Gempak ERA The Chosen One Of The Week’ yang akan diumumkan di platform media sosial Astro Gempak dan Astro Ceria.

PESERTA ‘THE CHOSEN ONE’ MUSIM KEDUA

1. Azry Sabri - 15, Sabah

• Sangat meminati band Sheila On 7.

• Boleh bermain gitar, violin dan drum.

• Mengikuti kelas muzik di Yamaha Tawau.

• Ada band busking di Sandakan.

2. Akhil Mikhail - 11 Skudai, Johor 

• Pernah viral kerana style nyanyian seakan-akan penyanyi Saleem.

• Suka genre rock dan bercita-cita mahu menjadi seorang penyanyi.

3. Kiki Fateeha - 13 Keningau, Sabah

• Juara Bintang Kecil 2023.

• Sering menyertai pertandingan nyanyian di Sabah.

• Belajar vokal.

• Meminati penyanyi legenda Ella.

4. Awangku Zaq - 15 Kuala Lumpur 

• Pernah membuat persembahan

• Showcase Sumbangsih P.Ramlee di

• Sekolah Seni Kuala Lumpur.

5. Wan Fahrin - 14, Keterek, Kelantan

• Tidak pernah menyertai mana-mana program TV.

• Suka penyanyi Saleem.

• Anak kepada tukang cat rumah

• Mahir dalam ilmu silat yang diturunkan oleh ayahnya

6. Auny Nabihah - 16, Jasin, Melaka 

• Meminati genre balada dan pop, aktif dalam aktiviti kebudayaan di sekolah.

• Merupakan pelajar Sekolah Seni Johor.

7. Elofa Reza - 13 Melaka 

• Aktif nyanyi di sekolah dan acara-acara di sekitar Melaka.

• Pernah sertai Bintang Kecil 2023.

8. Evanqa Shreya - 16, Subang Jaya 

• Sangat meminati Ella.

• Belajar vokal dengan cikgu Syafi

• Pertama kali sertai uji bakat.

• Evanqa seorang anak yang tampak garang, tapi lemah lembut.

9. Qal Daienish - 14, Selangor 

• Berkemahiran bermain gitar, kerap membuat persembahan di sekolah.

• Tidak pernah sertai mana-mana rancangan TV.

• Seorang eye candy .

10. Geng 3 Beradik (Ahmad Afnan Khudri (16), Ahmad Rifqi Rafie (13), Ahmad Nawfal Iman (9)) - Kota Bharu, Kelantan

• Kumpulan dikir barat muda dari Kota Bharu, aktif membuat persembahan dikir di expo sekitar Kelantan.

• Kesemua Geng Adik Beradik boleh bermain alat muzik tradisional - rebana ubi.

• Adik bongsu berbakat dalam rap.

11. Baiq Balqis - 15, Kuantan, Pahang

• Bapa yang menjadi penyokong tegar sudah meninggal dunia.

• Meminati muzik balada dan dangdut sejak berumur 5 tahun.

• Memiliki support system kuat daripada ibu dan abangnya.

• Sering mendapat jemputan sebagai penyanyi untuk majlis dan acara rasmi Jabatan Kebudayaan Pahang.

12. Alif Irhan - 11, Simpang Pertang, Negeri Sembilan

• Ayah bekerja sebagai pemetik buah sawit dan ibu adalah seorang cleaner.

• Tidak pernah meyertai mana-mana rancangan TV.

• Meminati genre rock dan balada.

13. Farah Aina - 17, Selangor 

• Mempunyai suara yang unik.

• Boleh bermain gitar.

• Bapa bekerja sebagai pelukis dan ibu adalah seorang guru.

• Pernah dibuli di sekolah.

• Terapi diri mendengar

14. Eriq Fikri - 13, Kuala Lumpur 

• Bersekolah di Sekolah Seni Johor.

• Sangat meminati muzik genre rock,

15. Atikah Rose - 17, Kundasang, Sabah

• Ayah sudah meninggal dunia, ibu bekerja sebagai petani.

• Aktif aktiviti kebudayaan di sekitar kampungnya.

• Viral di TikTok dan Instagram kerana nyanyiannya yang memukau.

16. El Elza - 15, Semporna, Sabah

• Mempunyai bakat nyanyian yang mantap.

• Aktif menyanyi dan kegiatan seni di sekolah / sekitar Semporna.

• Berkebolehan menyanyikan lagu Bahasa Inggeris dengan baik.

• Mula menyanyi sejak usia 6 tahun.

Pengalaman Jaga Pokok Calathea

Monday, 2 September 2024

Pergi IKEA minggu lepas terberhenti kejap dekat bahagian tanaman sebab teringat 2 tahun lepas I beli pokok Calathea dekat situ. Masa beli tu besar tapak tangan je pokok dia. Saja gatal tangan beli sebab dekat bahagian bawah pokok Calathea ni ada stripe cantik warna ungu. Pokok dia kembang cantik pulak tu walaupun tak ada bunga. 


Tak expect banyak pun masa beli pokok Calathea ni sebab kebanyakan pokok masa tu mati walaupun indoor tapi pokok ni sampai sekarang hidup bahagia dekat rumah. Sekarang dah besar sampai paras pinggang dah. Baru je bulan lepas tukar pasu sebab pasu lama dah tak muat. Itupun dah masuk kali kedua tukar pasu lepas beli dekat IKEA. 


I ambil gambar ni waktu malam jadi dia tengah tidur haha sebab masa siang dah penat menyerap sinaran matahari untuk hidup. Untung sangat beli pokok Calathea ni sebab cantik dengan dual colour lepastu nak jaga pun senang. Walaupun dia indoor plant, Calathea suka tengok matahari. I letak dalam bilik air sebab dia suka kawasan lembap tapi ada matahari. Tak direct pun takpe asalkan ada sky view. Bila siang dia akan kembang bertingkat so masa tu boleh lah nampak new babiessss. 

Jangan tanya apa tips daun dia boleh besar macam tu sebab I siram air seminggu sekali lepastu lap habuk yang melekat dekat daun. Boleh kata setiap sebulan akan keluar daun baru dan daun lama akan naik tinggi. Recommended teruk kalau ada yang tengah cari indoor plant tapi tak tahu nak start dengan pokok apa dan bosan dengan Ponthos atau Snake Plant. 

Antara aktiviti bulan Ogos lepas ialah Family Day Law Practice of Junny Erfisyahry di Chalet Pak Tam di Kemensah, Gombak, Selangor. I jadi plus one adik je sebab diorang buat dekat sungai. Boleh la kan nak back to nature buat healing bagai. 

Kitorang gerak pukul 7 pagi dari Subest (Subang Bestari) dan sampai dalam 7.40 pagi macam tu lah. Kereta tak banyak jadi trafik lancar je cuma slow down sikit depan area Zoo Negara sebab ada rombongan nak melawat panda. 

Jalan menuju ke Chalet Pak Tam ni berbukit dan sempit. Nasib baik lah pergi awal pagi jadi tak ada lah episod berselisih dengan kereta lain dalam perjalanan tu. Masa sampai dekat Chalet Pak Tam ni kitorang ingat kitorang lah yang pertama sampai rupanya geng bebudak intern dah sampai dulu. Semangat betul masing-masing padahal chalet pun tak buka lagi. 

Chalet buka jam 8 pagi jadi tak lah tunggu lama pun. Kalau waze Chalet Pak Tam, dia akan stop betul-betul depan chalet tapi untuk park kena drive depan sikit sampai nampak parking area kiri dan kanan. Ambil yang belah kanan sebab ada anak tangga turun terus ke kawasan mandi. Belah kiri tu parking area untuk chalet lain. 

Dah nak balik baru tahu ada anak tangga straight pergi ke kawasan parking sebab dekat pintu utama kena lalu titi batu menuju ke bilik. Masa pergi okay lah sebab nak main air tapi masa balik tu pishang lah sebab seluar basah. 

Bilik kitorang dapat yang paling hujung sekali dekat dengan kawasan kolam hujung bersempadan dengan chalet lain. Muram juga lah tengok air dia sebab keruh lepastu bukan sungai sangat tapi kawasan yang bertakung. Ragu-ragu jugak nak mandi kalau macam ni sebab takut ada kencing tikus. 

Bertambah sedih tengok bilik yang kitorang tempah sebab kecil sangat, muat untuk satu queen bed dan ruang untuk solat. Harga satu bilik mencecah seratus lebih so kitorang expect ada bilik air jugak dekat dalam tu. Tandas awam dia ada empat je dan kecil. Nak salin baju memang tak selesa lah cerita dia lepas mandi nanti.

Surau

Lepas buat tour dekat Chalet Pak Tam ni makin murung jadinya sebab kawasan dia kecil je. Ruang untuk mandi pun tak banyak. Walaupun ada 4 kawasan, better mandi dekat bahagian atas sebab air dari atas mengalir ke bawah. 

Family Day LPJE start jam 9 pagi dengan ucapan Managing Partner lepastu semua buat aktiviti bebas. Patutnya ada game tapi masing-masing dah mandi tak ingat dunia sampai penat nak main game dah. I tak join main air sebab murung tengok air keruh macam tu. Maka kita makan laksa untuk breakfast dan minum pagi. Rezeki pulak tu bila Cik Min bawa sebakul durian kampung, fresh dari Batu Kurau, Perak. 

Banyak juga lah makanan untuk Family Day ni - ada laksa, nasi lemak, macaroni goreng, sandwich tuna, sandwich telur, durian, brownies chocolate chip, marble cake, potato salad, makanan BBQ. Makanan BBQ pun banyak jugak - ayam, daging, kambing, sosej dengan fish ball. 

Bahagian BBQ ni dari awal lagi suami Mira, Firdaus yang bakar dari awal event. Tak berganjak langsung sampai habis semua bahan dia bakar. I pun tak berganjak langsung sampai perut dah sengkak. Sedar sedar dah 2 biji durian I makan sebab durian ada depan mata. Tahun ni rezeki durian melimpah-ruah ye. Tahun lepas makan dua ulas je. 

Lepas selesai makan I pergi jalan-jalan tengok kawasan luar chalet sebab nak bakar kalori yang masuk dalam badan tadi. Nak legakan sakit kepala jugak sebab bingit dengar orang karaoke dekat situ T.T





Seronok lah jugak tengok kawasan Fariha Waterfall ni walaupun air terjun dia saiz kanak-kanak tapi okay lah sebab air mengalir bukannya bertakung. Tak sure kenapa tak book dekat situ, mungkin sebab dah ada large group yang booking sebab masa tu ada family day jugak sampai penuh parking area dekat situ. 



Lepas jalan-jalan badan belengas pulak, baru lah rasa nak mandi tu datang tapi kejap je lah berendam. Main game monyet dengan diorang lepastu berenang sikit then naik. Tukar baju lepastu solat Zohor then kemas-kemas untuk balik. 

Disebabkan banyak makanan tak habis lagi, I tolong pack semua yang ada. Sebenarnya nak pack menu makan tengahari sebab Kak Siti masak kari kambing dengan rebung tapi dah alang-alang bungkus lauk dekat diri sendiri, I pack juga lah untuk orang lain. Very demure, very mindful gituhhhh. 

Lama juga lah nak bungkus semua lauk sebab banyak. Sejam lebih baru siap lepas tu minta diri untuk balik sebelum hujan. Selesai satu aktiviti tahunan LPJE. Thanks invite, insya-allah lepas ni join next activity pulak. 

p/s: Lepas balik dari sini, ramai yang sakit sebab kena virus dalam air T.T


Jarang pergi GIGI Coffee sebab tak ngam dengan biji kopi dia. Pernah jugak try few times but still a no. Lepas beli barang dekat IKEA, adik ajak pergi GIGI Coffee sebab dia teringin nak minum Iced Seasalt Butterscotch Latte. 

GIGI Coffee dekat The Curve ni cantik dan berbeza dari outlet yang lain sebab ada diner sekali pastu interior ala-ala diner dekat US sana. Nak order kena beratur dekat luar diner. Panas wei dekat luar ni. Tak pasti lah macam mana staff dia tahan bekerja dekat kaunter luar sebab I berdiri dekat situ sekejap je pun dah bebai. 






I dah bosan eh minum Iced Hazelnut Latte so kita tukar menu lain dan pilih Iced Pecan Praline Latte dengan OREO Cookiess sebagai topping. Letops I punya cheat day melantak gula sebanyak mungkin. Adik I kan nak Iced Seasalt Butterscotch Latte tapi malangnya tak ada menu tu dan barista tu pulak tak pandai nak buat custom drink so dia pilih je lah Iced Seasalt Caramel Machiato. 


Masa serve order kitorang barista tu lupa letak cup sleeve but that's okay lah sebab panas kan, I pun malas nak cara sangat kalau kena buat kerja masa bahang ni. Minta je lah dekat dia cup sleeve dengan tisu sebab sejuk nak pegang. 



I buat pilihan yang tepat lah order Iced Pecan Praline Latte dengan OREO cookies ni sebab sedap. Masa minum tu rasa crunchy biskut OREO. I tak tahu lah sebab panas sangat masa tu ataupun GIGI Coffee memang kedekut ais batu. Tapi okay je sebab I minum laju, know know finish already. 



Adik I memang dah expect minuman dia tak akan sama dan sedap macam yang dia teringin nak minum tu. Okay okay lah tapi sebelum whipping cream nak dissolve dalam air tu, paht kemain air dia. Tak rasa sangat pun seasalt tu. 

Lepas dah balik rumah baru tersedar yang kitorang dah plan nak minum ZUS COFFEE sebab ada Merdeka promo. Mungkin after this kena buat itinerary for the day trip sebab senang betul tersasar setiap kali keluar T.T