Iced Pecan Praline Latte, GIGI Coffee Diner Mutiara Damansara

Monday, 2 September 2024


Jarang pergi GIGI Coffee sebab tak ngam dengan biji kopi dia. Pernah jugak try few times but still a no. Lepas beli barang dekat IKEA, adik ajak pergi GIGI Coffee sebab dia teringin nak minum Iced Seasalt Butterscotch Latte. 

GIGI Coffee dekat The Curve ni cantik dan berbeza dari outlet yang lain sebab ada diner sekali pastu interior ala-ala diner dekat US sana. Nak order kena beratur dekat luar diner. Panas wei dekat luar ni. Tak pasti lah macam mana staff dia tahan bekerja dekat kaunter luar sebab I berdiri dekat situ sekejap je pun dah bebai. 






I dah bosan eh minum Iced Hazelnut Latte so kita tukar menu lain dan pilih Iced Pecan Praline Latte dengan OREO Cookiess sebagai topping. Letops I punya cheat day melantak gula sebanyak mungkin. Adik I kan nak Iced Seasalt Butterscotch Latte tapi malangnya tak ada menu tu dan barista tu pulak tak pandai nak buat custom drink so dia pilih je lah Iced Seasalt Caramel Machiato. 


Masa serve order kitorang barista tu lupa letak cup sleeve but that's okay lah sebab panas kan, I pun malas nak cara sangat kalau kena buat kerja masa bahang ni. Minta je lah dekat dia cup sleeve dengan tisu sebab sejuk nak pegang. 



I buat pilihan yang tepat lah order Iced Pecan Praline Latte dengan OREO cookies ni sebab sedap. Masa minum tu rasa crunchy biskut OREO. I tak tahu lah sebab panas sangat masa tu ataupun GIGI Coffee memang kedekut ais batu. Tapi okay je sebab I minum laju, know know finish already. 



Adik I memang dah expect minuman dia tak akan sama dan sedap macam yang dia teringin nak minum tu. Okay okay lah tapi sebelum whipping cream nak dissolve dalam air tu, paht kemain air dia. Tak rasa sangat pun seasalt tu. 

Lepas dah balik rumah baru tersedar yang kitorang dah plan nak minum ZUS COFFEE sebab ada Merdeka promo. Mungkin after this kena buat itinerary for the day trip sebab senang betul tersasar setiap kali keluar T.T 

Minggu Keenam ‘TikTok LIVE X Astro Gimme The Mic Malaysia’ menyaksikan peserta Shazreen Shaharum di tempat pertama dengan markah keseluruhan sebanyak 68.53%. Ini diikuti oleh lima peserta lain yang berjaya menawan ‘The Six’, termasuk Jelly Belly dengan markah peratusan sebanyak 68.14%, Farhan Mustapha sebanyak 66.57%, Junllyod Egano sebanyak 65.27%, Syaffiq Sahli sebanyak 60.10% dan Syamel Amzah sebanyak 58.61%. 

Selain itu, peserta Syaffiq Sahli turut mendapat anugerah Terpaling FYP Freedom Unleashed, serta Bulan Asyraff mendapat anugerah Gimme The mic Alha Alfa. Minggu ‘Pilihan Lockdown Alha Alfa’ juga menyaksikan kesemua peserta mara ke pusingan Separuh Akhir, dengan dua cabaran yang menanti termasuk pusingan Duet. Saksikan episod baharu Gimme The Mic Malaysia pada setiap hari Ahad, jam 9 malam di Astro Ria (Saluran 104), On Demand, Astro GO dan sooka.

SENARAI LAGU

INFO ‘TIKTOK LIVE X ASTRO GIMME THE MIC MALAYSIA’

• Edisi terbaharu ‘TikTok LIVE X Astro Gimme The Mic Malaysia’, program pertandingan nyanyian yang menerokai bakat muzik baharu di Malaysia bermula siaran pada 21 Julai 2024, bermula jam 9 malam, secara langsung di Astro Ria (saluran 104), On Demand, Astro GO dan sooka serta secara siaran langsung dari Pusat Konvensyen CIDB, Cheras, Kuala Lumpur.

• Seringkali dilakukan secara maya menerusi TikTok LIVE iaitu perkhidmatan penstriman secara langsung di platform TikTok, program utama edisi terbaharu ini akan bersiaran di saluran Astro Ria buat julung kalinya.

Epet - Bring Me to Life (Christ Daughtry)
Danhuangge - Gangnam Style (PSY)
Hanya Rindu - Andmesh Kamaleng
Syamel Amzah - Cinta Anak Kampung (Jamal Mirdad)
Farhan Mustapha - Revolusi (Bunkface)
Junlloyd Egano - Dinda (Masdo)

Jelly Belly - Kamelia (Sweet Charity)

Shazreen Shahrum - Jangan Khianati Aku (Azlan & The Typewriter)

Bulan Asyraff - Khayalan (V.E & Ruffedge)

Ameerais - Romancinta (Mojo)

Hazreen Amreena - Percayalah (Indah Ruhaila)

Syafiq Sahli - Mama Papa Larang (Judika)

• Daripada uji bakatnya yang dilakukan pada Mei lalu, seramai 30 peserta dipilih untuk bertanding dalam ‘TikTok LIVE X Astro Gimme The Mic Malaysia’, di mana mereka perlu mempamerkan kehebatan vokal masing-masing dan bersaing untuk meraih kedudukan teratas. Juara serta enam peserta teratas yang dipilih di pentas akhir bakal mewakili negara bertanding di peringkat antarabangsa.

• Sherry Alhadad bergandingan bersama pengacara dan pelakon terkenal, Sean Lee sebagai hos program ini. Manakala bangku juri pula disandang oleh barisan penyanyi, pelakon dan komposer terhebat yang telah lama berkecimpung di dalam industri muzik dan hiburan, termasuk Ajai, Yuna, Bunga Citra Lestari dan Hael Husaini.

• Persembahan setiap peserta menerusi ‘TikTok LIVE X Astro Gimme The Mic’ akan diadili oleh barisan panel juri profesional dan undian daripada penonton.

• Juara ‘TikTok LIVE X Astro Gimme The Mic Malaysia’ akan membawa pulang wang tunai bernilai RM10,000 daripada Astro, beserta $2,000 USD (dua ribu dolar AS) daripada TikTok, dan penerbitan sebuah album single tajaan Astro & Rocketfuel.

• Selain di kaca TV menerusi saluran Astro Ria, ‘TikTok LIVE X Astro Gimme The Mic Malaysia’ juga boleh ditonton di platform digital TikTok menerusi laman TikTok Gempak dan TikTok LIVE Malaysia.

• ‘TikTok LIVE X Astro Gimme The Mic Malaysia’ turut disokong oleh Telco Rasmi, CelcomDigi dan Alha Alfa Cosmetics.

Buat pertama kali dalam sejarah, dua karakter dari karya hiburan popular Malaysia iaitu Keluang Man dan Kahar dari siri fenomena Project High Council membuat penampilan istimewa dalam acara Sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia ke-67 dengan mengikuti perarakan Hari Kebangsaan.

Ini menyaksikan penampilan pertama watak Keluang Man lakonan Nas Muammar Zar untuk tatapan umum dengan sut rasmi di depan khalayak ramai, di samping Amir Ahnaf yang sinonim dengan karakter Kahar. Amir turut ditemani watak-watak lain dari filem yang bakal ditayangkan tidak lama lagi iaitu Kahar: Kapla High Council. 





Mereka ialah Aedy Ashraf yang memegang watak Beja, Sky Iskandar (Megat), Thompson Goh (Li), Khenobu (Jojo), Fazziq Muqris (Zahrin) dan Fadhli Masoot (Hakeem). Barisan bintang ini mengikuti perarakan Hari Kebangsaan dengan berada di atas bas KL Hop-On Hop-Off yang memaparkan karakter Keluang Man dan watak-watak dari Kahar: Kapla High Council di badan bas tersebut. 

Selain para pelakon, turut bersama di atas bas tersebut ialah 10 pemenang bertuah peraduan Lesen High Council dari gempak.com.  

Menurut Ketua Astro Shaw, Raja Jastina Raja Arshad berkata, “Ini merupakan satu langkah bersejarah bagi Astro Shaw apabila berpeluang menyertai salah satu acara terbesar negara buat pertama kali. Kami bawakan filem terbitan Astro Shaw iaitu Keluang Man dan Kahar: Kapla High Council menyertai perarakan ini. Usaha ini adalah lambang sokongan kepada industri kreatif tempatan, sekaligus memeriahkan sambutan Hari Merdeka. Harapan kami dengan kemunculan individu-individu ini dapat membawa semangat baharu kepada sambutan Hari Kebangsaan, di samping merapatkan lagi hubungan di antara seni, hiburan dan masyarakat”. 

Selepas tamat sesi perarakan, barisan pelakon meluangkan masa untuk bertemu peminat di ‘booth’ Astro Shaw yang berada di lokasi berhampiran. 

Ikuti perkembangan terbaru mengenai filem Keluang Man dan Kahar : Kapla High Council di media sosial Astro Shaw. Gunakan tanda pagar #KeluangMan #KaharKaplaHighCouncil untuk untuk berkongsi tentang filem ini di semua media sosial anda.

Blog Performance August 2024


Salam Merdeka guys! Another month has passed and now it's time to say goodbye to August tapi sebelum tu kena buat report card dulu. Boleh kata bulan Ogos bukan bulan favourite I lah walaupun ada few important dates to celebrate. 

1. PV


Pageviews bulan Ogos mendadak jatuh even dekat dalam graf tu boleh nampak berapa banyak dia menjunam macam sinkhole. Banyak benda nak kena siapkan bulan ni sampai tak sempat nak update. Weekend pula keluar tak pun rest je sebab penat bila aktif sangat. Kalau jatuh pun dah tak kisah sangat sebab malas dah. Income pun tak dapat banyak dari sini so tak rasa nak fokus beria. 

Tahun ni a bit gloomy lah sebab I've lost my clients, international job pun tak masuk sangat. Semua energy dah habis pergi dekat kerja hakiki je. Ada masa, kita update. Tak ada masa, kita ignore. Tapi tak ada lah ignore terus sebab I need my therapy jugak. I need to write something. So hopefully dapat lah naikkan balik pageview kepada ratus ribu supaya boleh cecah 6 juta. 

2. Posts


Antara punca kenapa views tak naik pun maybe sebab I tak update drama atau movie yang tengah trending. Kita tak ada masa nak tengok jadi tak ada lah update kan? Tengok movie pun masa lunch time itu pun dua hari baru habis. Kalau drama pulak ikut mood, kalau drama yang tak berapa best tu memang makan masa lah. 

But that's okay lah, I still berpegang dengan update hari ni dan naik views di kemudian hari. Bulan lepas keyword paling tinggi Movie Review Soldier (1998) yang I update bulan September 2020 dulu. Tapi kalau tengok pada Popular Post tu, views untuk setiap entry tak lah teruk sangat pun. 

3. Bilangan Entri


Bulan Ogos pun I cuma dapat update sampai 34 entri sahaja jadi dengan ini boleh lah disimpulkan yang target untuk entri bulanan ialah 30 entri. Tak mampu dah nak push sampai 60 entri macam dulu. 

Mungkin kena stabilkan dulu kerja dekat office baru boleh shoot 60 entri kot which is my goal for 2025. Awal kan buat azam dan matlamat, sebab I tak suka tengok entri sikit sangat macam ni. Itupun cecah 30 sebab ada press release. Bila tengok jadi tertanya-tanya kenapa rasa malas sangat nak update padahal ambil je gambar. Nak update 100 patah perkataan pun malas. 

Anyway, thank you so much untuk yang bertandang ke sini. Have a nice September everyone!

ASTRO FIRST RAIKAN SEMANGAT KONTINJEN NEGARA  KE SUKAN PARALIMPIK PARIS 2024 DENGAN MEMBAWAKAN  FILEM ‘GOLD’ KE PAWAGAM RUMAH ANDA | Boleh Dilanggan Di Astro First bermula 29 Ogos 

Bagi menyemarakkan lagi tanda sokongan kepada atlet paralimpik negara yang akan meneruskan misi memburu emas pada Sukan Paralimpik Paris 2024, Astro First membawakan filem ‘Gold’ ke pawagam rumah anda. Filem ini diinspirasikan daripada pemenang pingat emas pertama badminton paralimpik dunia dalam Sukan Paralimpik Tokyo 2020 iaitu Cheah Liek Hou. Filem ini boleh dilanggan menerusi platform Astro saluran 480 atau On Demand dan Astro GO serta peranti pilihan anda melalui sooka bermula 29 Ogos.


‘Gold’ dihasilkan pengarah box office, Paskal The Movie dan Malbatt Misi Bakara, Adrian Teh. Dengan melanggan filem ini pada satu harga iaitu RM16.20 di platform Astro, manakala RM 19.50 di platform penstriman sooka dalam tempoh 48 jam, penonton dapat menyaksikan nilai kesungguhan dan aksi sukan yang mendebarkan, di samping elemen kekeluargaan dan keharmonian masyarakat.

Menurut Penerbit Eksekutif Filem Gold, Raja Jastina Raja Arshad berkata, “Filem Gold adalah tanda penghargaan dan sokongan teguh kita semua kepada wira-wira atlet negara. Kami percaya, kini adalah masa yang tepat untuk mempersembahkan filem Gold di platform Astro First kerana platform ini mampu memberi akses yang lebih luas kepada rakyat Malaysia untuk merasai dan memahami perjuangan atlet, seterusnya menyuntik semangat dalam diri. Kami mendoakan kejayaan Cheah Liek Hou yang akan beraksi dalam acara badminton serta semua atlet yang mewakili Malaysia di pentas berprestij tersebut. Ayuh ‘Go For Gold’!”


‘Gold’ dibintangi oleh pelakon Jack Tan sebagai Cheah Liek Hou, Farid Kamil sebagai Rashid Sidek, Wan Raja sebagai Misbun Sidek, Fabian Loo sebagai Guan Ting, penyanyi popular sekitar 1990an Freddie Ng, Josiah Hogan, Daniel Cheah, Yasmin Hani, Lynn Lim, Meeki Ng, serta penampilan istimewa Tony Eusoff, Nafiez Zaidi dan Ikhram Juhari.  

‘Gold’ mengisahkan perjalanan hidup jaguh badminton para negara, Cheah Liek Hou sejak kecil. Ketika dia berusaha untuk menempatkan namanya dalam arena sukan nasional, beliau didapati menghidap penyakit saraf yang dikenali sebagai Erb’s Palsy. Kehilangan ayah sebagai penyokong kuatnya juga membuatkan Liek Hou hilang arah. Namun, apabila acara Paralimpik dunia mengiktiraf badminton sebagai sukan yang akan dipertandingkan di Tokyo, Liek Hou bangkit semula dengan bantuan jurulatih dan pemain legenda Malaysia, Rashid Sidek. 


Untuk maklumat lanjut dan cara-cara pembelian Astro First di Astro, layari www.support.astro.com.my. Manakala, muat turun sooka di Apple Store dan Google Play Store (untuk aplikasi mobil) dan Samsung,  LG, Xiaomi, & Google/Android TV (versi 8 dan keatas) untuk TV Pintar. Untuk maklumat lanjut mengenai sooka, layari sooka.my.

Ikuti perkembangan dan info terbaru mengenai Gold di akaun media sosial Astro First seperti Instagram dan TikTok. Gunakan #GoForGold #MYGoldMovie #KitaPastiBoleh #为自己赢一场 #为马来西亚赢一次 di media sosial.

Ikuti media sosial Astro First untuk maklumat lanjut,

Instagram : @astrofirst.official

TikTok : @astrofirstofficial

Facebook : Astro First 

Zus Coffee Sabak Bernam

Tuesday, 27 August 2024


Balik Sabak Bernam minggu ni adik bagitahu dekat Sabak dah ada Zus Coffee, sederet dengan Tealive. Sebelum balik ke Subang haruslah singgah kejap beli kopi supaya tak mengantuk masa drive hshshs ye ni alasan semata. Sebelum ni kalau nak minum Zus Coffee memang beli dekat Subang sebelum balik ke Sabak ataupun singgah Zus Coffee dekat Sungai Besar. Sekarang dah tak perlu dah sebab dah ada dekat sini. Yeay!


I plan nak beli Cham Latte Series dekat Zus Coffee sebab I suka Cham. Rasanya Zus Coffee je yang keluarkan menu Cham dekat Malaysia. Maybe because it is local kot. 

Anyway, interior Zus Coffee sama je dengan franchise lain cuma franchise yang ni kecil sikit lah jadi tak banyak meja untuk dine-in atau buat study group dekat dalam ni. 






Masa tengah berbaris untuk order tu I terdengar barista bagitahu untuk hari Ahad tu ada special offer sempena pembukaan Zus Coffee. Caranya order secawan kopi kemudian akan dapat secawan Spanish Latte percuma. Terhad kepada 100 order yang terawal untuk hari tersebut. Masa kitorang sampai tu baru ada berapa cup je so barista suruh order guna apps tapi make sure tukar location dekat Sabak Bernam. 


Memang wajib lah adik I order kopi guna apps sebab dia suka Iced Spanish Latte Zus Coffee. Kira rezeki terpijak lah datang masa tu sebab dapat kopi free. I order Iced Dark Oolong Cham Latte sebab sebelum ni dah try White Peach Oolong Cham Latte. 


Tak lama pun nak tunggu order kitorang siap sebab dekat Sabak Bernam ni tak ada Foodpanda atau Grab macam dekat Subang so jumlah yang datang dekat franchise, itu lah juga yang akan appear dekat waiting list. Tak tahu lah bila akan ada Grab dengan Foodpanda ni tapi tu lah, kalau ada pun takut tak ada demand je. 


Anyway, kitorang dah berjaya tebus Iced Spanish Latte dan besar kemungkinan lepas ni akan pergi lagi Zus Coffee bila balik Sabak sebab barista dia pandai bancuh kopi.