Movie Review | Kill (2024)

Sunday, 25 August 2024


Director: Nikhil Nagesh Bhat
Writers: Ayesha Syed, Nikhil Nagesh Bhat
Cast: Lakshya, Raghav Juyal, Ashish Vidyarthi, Harsh Chhaya, Tanya Maniktala, Abhishek Chauhan
Production Companies: Dharma Productions, Sikhya Entertainment
Distributors: AA Films, Paris Filmes (Brazil), Lionsgate (UK), Roadside Attractions (USA), Paradise Group (Russia)
Genre: Action / Drama
Running Time: 105 minutes
Release Date: 7 September 2023 (TIFF), 4 July 2024 (UK), 5 July 2024 (India, Argentina), 25 July 2024 (Russia), 19 September 2024 (Brazil)
Trailer:


Kill yang ditayangkan secara perdana di Toronto International Film Festival lantas memenangi tempat kedua untuk anugerah People’s Choice Award: Midnight Madness mengisahkan tentang Amrit Rathod (Lakshya Lalwani), seorang komando National Security Guard bertarung dengan sekumpulan pencuri di atas keretapi. 

Amrit pergi ke kawasan luar bandar untuk pujuk kekasih hatinya, Tulika Singh (Tanya Maniktala) supaya tidak berkahwin dengan pilihan keluarga kerana Amrit benar-benar serius dengan hubungan mereka. Amrit ditemani oleh rakan baiknya, Viresh Chatwal (Abhishek Chauhan). Dalam perjalanan pulang ke Delhi, kereta api yang dinaiki oleh mereka diserang oleh sekumpulan pencuri. 


Fani (Raghav Juyal) dapat tahu Tulika adalah anak perempuan kepada pemilik Shanti Transport bernama Baldev Singh Thakur (Harsh Chhaya). Rancangan asalnya hanya untuk mencuri barang berharga di atas kereta api tersebut tapi lain pula yang jadi bila salah seorang pencuri ditikam mati oleh Viresh. 

Plot utama naskhah aksi Kill diambil dari kisah benar yang berlaku pada tahun 1995 di mana hampir kesemua penduduk kampung tersebut adalah pencuri dan akan mencari mangsa dalam gerabak kereta api. Sama juga dalam filem Kill arahan dan penulisan Nikhil Nagesh Bhat di mana kesemua watak pencuri bersaudara. Bila salah seorang terbunuh, masing-masing naik minyak untuk balas dendam. 


Menyampah tengok watak-watak pencuri dalam filem Kill sebab letakkan diri masing-masing sebagai mangsa padahal awal-awal lagi dah buat jenayah terhadap orang lain. Nasib mereka malang sebab berjumpa dengan dua orang komando negara. Kalau setakat mencuri barang kemas atau wang mungkin tak ada yang hilang nyawa. Dekat first half seriau dengan lakonan Raghav, masuk second half makin ngeri bila watak ayah dia yang dilakonkan oleh Ashish Vidyarthi datang sebagai back-up. 

Filem Kill yang diterbitkan oleh produser Karan Johar merupakan debut platform untuk Lakshya di bawah talent agency – Dharma Cornerstone Agency. Sepatutnya Lakshya debut dalam filem Dostana 2 bersama Kartik Aryaan dan Janhvi Kapoor tapi sebab pandemik Covid-19, filem tu dibatalkan. Filem Bedhadak yang sepatutnya jadi launching pad untuk Lakshya dan Shanaya Kapoor, anak kepada Sanjay Kapoor pun dibatalkan juga. 


Bila Karan Johar bagi skrip Kill dekat Lakshya, memang all out lah dia perform sebab dah lama tunggu peluang untuk muncul dalam industri filem Bollywood. Untuk babak aksi, Lakshya dengan Abhishek Chauhan prep dengan latihan fizikal seperti MMA dan bertemu sendiri dengan komando NSG di ibu pejabat supaya lebih faham gerak kerja unit tersebut. Di awal filem pun ada beberapa babak Amrit dengan Viresh masuk bertugas di NSG. 

Sayangnya di pertengahan filem, penulis tak kembangkan sangat tentang protokol NSG semasa bertarung dengan penjenayah. Yang kita tahu prinsip Amrit dengan Viresh bercanggah sebab Viresh terus bunuh pencuri yang serang sementara Amrit lebih kepada lumpuhkan pergerakan pihak lawan. Antara punca juga kenapa filem ni terasa repetitive sebab bertarung dengan watak antagonis yang sama sedangkan boleh jimat masa kalau Amrit dengar cakap Viresh. Babak Tulika dengan Fani pun tipikal sebab watak heroin lemah sangat sebab nak highlight watak hero dan tambah elemen drama. 


Kebanyakan babak memang tertumpu di atas gerabak kereta api jadi kita tak kenal pun siapa Amrit dan Tulika untuk rasa kasihan dan terkesan dengan kisah cinta terhalang dek keluarga ni. Kalau ada backstory ataupun lagu mungkin menjadi lah drama sendu sebabak tu. Chemistry pun tak strong untuk backup babak romantik antara dua watak ni. I lagi curious dengan nasib Viresh yang kena tawan dengan Fani sebagai umpan untuk Amrit datang ke gerabak mereka. 

Kalau ada yang suka filem aksi, naskhah Kill memang patut jadi pilihan sebab ada beberapa gerakan yang menarik diberikan oleh watak Amrit dan Viresh. Tapi filem ni tak sesuai sebagai tontonan keluarga sebab keganasan yang melampau. Sinematografi dan music score menguatkan lagi penceritaan Kill. 



1. Team Production +0.7, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +0.8, 6. Genre +0.7, 7. Themes +1, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.5 = 8/10

Movie Review | Alas Pati: Hutan Mati (2018)

Saturday, 24 August 2024


Pengarah: Jose Poernomo
Penulis Skrip: Jose Poernomo, Aviv Elham
Pelakon: Nikita Willy, Jeff Smith, Stefhanie Zamora Husen, Roy Sungkono, Naomi Paulinda, Maura Inry Gabrielle
Syarikat Produksi: MD Pictures, Pichouse Films
Pengedar: MD Pictures
Genre: Seram
Durasi Tayangan: 82 minit
Tarikh Tayangan: 24 Mei 2018 (Indonesia), 24 Januari 2019 (Malaysia)
Trailer:


Filem seram Alas Pati: Hutan Mati arahan Jose Poernomo mengisahkan tentang sekumpulan pelajar kolej - Raya (Nikita Willy), Dito (Jeff Smith), Vega (Stefhanie Zamora Husen), Rendy (Roy Sungkono) dan Jessy (Naomi Paulinda) mencari idea untuk vlog terbaru mereka untuk dimuat naik ke laman sosial Facebook dan juga Youtube. Mereka mencari sesuatu yang unik dan seram supaya engagement content mereka tinggi. 

Pada suatu hari mereka telah mendapat idea untuk pergi ke sebuah lokasi berhantu yang ada di Indonesia yang dikenali sebagai Alas Pati. Kawasan tersebut dinamakan Alas Pati yang bermaksud Hutan Mati kerana menjadi kawasan perkuburan. Uniknya perkuburan tersebut tidak mengebumikan mayatnya akan tetapi disemadikan di atas binaan diperbuat dari buluh yang didirikan diatas tanah.

Demi engagement, mereka mengganggu mayat-mayat di situ, bergurau di luar batas malah mencuri barang kepunyaan mayat di situ. Sebelum mereka berlima meninggalkan Alas Pati, Jessy digesa supaya naik ke atas salah satu ‘kubur’ sebagai tanda pernah menjejakkan kaki ke tanah perkuburan tersebut. Baru saja naik, Jessy terjatuh lalu tercucuk buluh tajam lantas meninggal dunia dalam keadaan yang ngeri. 

Terkejut dengan keadaan yang berlaku secara pantas, mereka yang lain pergi meninggalkan mayat Jessy bersendirian di Alas Pati dan kembali ke kolej seolah-olah tiada apa yang berlaku. Sejak mereka pulang, ada yang mengekori dan mula mengganggu. Vega pula hilang entah ke mana sampaikan Pengetua Kolej soal siasat ke mana hilangnya Jessy dan Vega. 

Naskhah seram terbitan MD Pictures menggunakan latar yang menarik dan unik dengan mewujudkan kawasan perkuburan Alas Pati di mana mayat yang terasing dari bandar dan juga masyarakat lain. Mencuri perhatian juga bila tengok perjalanan 5 sekawan untuk ke kawasan Alas Pati menggunakan jalan air dan darat. Terserlah keindahan alam semulajadi di negara Indonesia. Tak pasti kalau penulis cuma wujudkan kawasan fiksyen ataupun terinspirasi dengan lokasi yang terletak di tengah hutan di kawasan Perhutani Regaloh, Kecamatan Tlogowungu Pati.

Sayangnya penulis tak kembangkan sangat pun tentang Alas Pati supaya kita lebih faham kenapa terletak di kawasan begitu. Kenapa dibikin binaan bambu yang sama tinggi dan sama rekaannya untuk setiap kubur tanpa nama. Tak ada tanda amaran supaya orang luar tak masuk ke kawasan tersebut. 

Kita tak boleh connect dengan watak-watak utama juga sebab tak dikembangkan dengan lebih mendalam. Masa tengok semua tinggalkan Jessy pun dah malas nak cara kalau semua tak selamat sebab perangai masing-masing merepek sangat. Tengok sampai habis pun sebab ada video TikTok kata filem ni seram sangat, jangan tengok seorang. 

Durasi filem Alas Pati: Hutan Mati cuma sepanjang 82 minit tapi dengan pace yang perlahan dan cerita mengelirukan. Dialog juga tak banyak sebab second half dah masuk plot hantu-hantu di Alas Pati mengganggu. 

Bila tengok semua gangguan tu rasa kelakar daripada rasa seram sebab bajet rendah. Nampak sangat bila handphone atau perabot kena tarik dengan tali. Transition Raya yang berada di rumah tapi berpindah jasad ke Alas Pati tu kelakar. Hantu yang mengganggu pun tak lah ganas mana sebab tak ada bajet untuk terbang atau jatuhkan mangsa. Tak boleh cederakan target juga sebab tak ada bajet untuk make-up kesan luka atau lebam. 

Kalau teringin nak tengok kawasan perkuburan Alas Pati: Hutan Mati tu macam mana, boleh lah layan filem seram ni tapi seeloknya tak payah lah sebab rugi masa layan filem tak best.

1. Team Production +0.6, 2. Visual +0.4, 3. Audio +0.5, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +0.4, 6. Genre +0.2, 7. Themes +0.6, 8. Editing +0.4, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.2 = 4.8/10

Movie Review | Abang Adik (2023)

Friday, 23 August 2024

Pengarah: Jin Ong
Penulis Skrip: Jin Ong
Pelakon: Wu Kang Ren, Jack Tan, Serene Lim, Tan Kim Wang, Bront Palarae
Syarikat Produksi: mm2 Entertainment, Cinema Inutile, JW SAB & Partners
Pengedar: Applause Entertainment Limited (Taiwan), Golden Scene Company Limited (Hong Kong, Makau), mm2 Entertainment (Malaysia, Singapura), Netflix
Genre: Drama
Durasi Tayangan: 115 minit
Tarikh Tayangan: 1 Disember 2023 (Taiwan), 7 Disember 2023 (Hong Kong, Makau), 14 Disember 2023 (Malaysia), 11 Januari 2024 (Singapura)
Trailer:


Filem yang berlatarkan bandar Pudu mengisahkan si Abang (Wu Kang Ren) yang tinggal bersama Adik (Jack Tan) tanpa dokumen sah negara seperti kad pengenalan. Mereka hidup tanpa identity sejak kecil setelah dibuang oleh keluarga. 

Kerana tiada status sah warganegara dan tiada dokumen rasmi, mereka berdua tidak boleh menerima sebarang kebajikan negara seperti pendidikan asas, bantuan kehidupan, tiada kad pengenalan atau passport malah tidak boleh bekerja juga mempunyai akaun bank. 


Abang dan Adik tinggal di rumah pangsa yang kebanyakannya disewakan kepada warga asing atau PATI. Setiap kali spot check dari pihak polis atau imigresen, Abang akan menyorok supaya tidak ditangkap. Nasib adik bertuah sedikit kerana dia mempunyai salinan surat beranak, berbeza dengan Abang yang sehelai sepinggang setelah rumahnya hangus dalam kebakaran. 

Abang yang cacat pendengaran dan bisu lebih selesa bekerja di pasar dan raih pendapatan dari sumber elok sementara Adik bergelumang dalam jenayah, bekerja dengan Kamarul (Bront Palarae) untuk pulangan yang lebih besar supaya lebih cepat dapat keluar dari tempat tersebut.


Jia En (Serene Lim), seorang pekerja sosial muda ingin mengubah nasib Abang dan Adik dengan membantu mengesan waris mereka berdua. Malangnya dalam satu pertengkaran, Jia En terlibat dalam kemalangan hingga menyebabkan Abang dan Adik sekali lagi terpalit dalam musibah. 

Naskhah drama hasil penulisan dan sutradara dari pengarah baru, Jin Ong menggunakan khidmat sinematografi Kartik Vijay yang berasal dari Mumbai. Suasana kehidupan pendatang dan imigran dijadikan latar kepada dua beradik untuk mengukuhkan lagi penceritaan mereka berdua. Kalau ikutkan dari filem ni, pihak berkuasa memang tak bagi muka dengan orang seperti Abang dan Adik sedangkan mereka membesar dalam keadaan yang tak menyebelahi mereka. 


Beberapa babak yang paparkan suasana rumah pangsa dengan hiruk-pikuk bandaraya dan keadaan yang kotor berada dalam satu bingkai yang sama dengan panorama mewah KLCC. Parallel di mana warganegara sibuk dengan urusan harian dalam kereta sedangkan di bawah flyover Adik berlari selamatkan diri dari dibelasah. Penggunaan cahaya dan beberapa warna juga digunakan secara agresif macam babak Abang terkenangkan Xiao-su (April Chan) sambil peluk Adik dengan chaya berwarna merah. Kamarul menyetan dalam keadaan gelap gelita.

Macam pihak polis yang layan Adik seperti sampah bila nampak salinan surat beranak ataupun staf Jabatan Pendaftaran Negara yang acuh tak acuh membantu Jia En. Dalam filem ni memang tak diceritakan pilihan Abang dan Adik ada untuk diiktiraf sebagai warganegara Malaysia sebab plot berubah ke arah yang lebih tegang untuk Abang dan Adik. 


Masa tengok filem ni memang kesian lah dekat Abang tapi sebab tak nampak apa usaha mereka berdua untuk hidup sebagai warganegara sah, rasa kesian tu slowly hilang. Faham lah bila Adik tak sengaja pukul Jia En tapi pilihan yang diambil lepas tu susah nak dihadam. I don’t want to sound like a privileged citizen tapi itu lah, jalan cerita Abang Adik pun lebih suka raih rasa simpati dengan paparkan sisi buruk Kerajaan. 

Pace penceritaan filem Abang Adik agak perlahan dengan dialog yang minima dan kebanyakan masanya berbahasa Cina. Walaupun watak Abang tak ada dialog tapi perasaan sayang, marah, kusut dan putus asa boleh nampak dengan jelas dari bahasa mata, ekspresi muka dan bahasa badan dia. Menangis juga bila tengok babak Abang mengadu dekat sami tentang nasib hidup dia. Tak jauh beza dengan persembahan Jack Tan sebagai adik yang bergantung sepenuhnya pada Abang sejak kecil. Comel bila Adik tanya Money Abang akan lupakan dia tak lepas kahwin nanti. 


Walaupun naskhah Abang Adik ada kekurangannya namun pengarah tetap letakkan mutu persembahan yang berkualiti yang berkisarkan kasih sayang Abang dan Adik. Tak perlukan sesuatu yang Istimewa pun untuk dua hati jadi kuat dan erat. Untuk Abang dan Adik, makan telur rebus setiap hari adalah ritual kasih sayang dalam hidup mereka berdua.  

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +1, 6. Genre +0.7, 7. Themes +1, 8. Editing +0.8, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.6 = 8.7/10

Drama Review | Daily Dose of Sunshine (2023)

Thursday, 22 August 2024


Director: Lee Jae-kyoo, Kim Nam-su
Writers: Lee Nam-gyu, Oh Bo-hyun, Kim Da-hee
Cast: Park Bo-young, Yeon Woo-jin, Jang Dong-yoon, Lee Jung-eun
Production Companies: Film Monster, Kim Jong-hak Production
Distributor: Netflix
Genre: Medical / Drama / Comedy 
Episodes: 12 episodes (52-72 minutes per episode)
Release Date: 03 November 2023
Trailer: 


Diadaptasikan dari webcomic berjudul Morning Comes to Psychiatric Wards karya ilustrasi Lee Ra-ha yang diterbitkan pada tahun 2020, mengisahkan tentang jururawat pelatih, Jung Da-eun (Park Bo-young) yang berpindah masuk ke jabatan neuro-psikatri. Jung Da-eun buat keputusan tersebut atas saranan Ketua Jururawat di wad biasa kerana sikapnya yang prihatin terhadap pesakit-pesakit di Myungshin University Hospital. 

Di jabatan baru, Jung Da-eun dibantu oleh rakan sekerja seperti Min Deul-re (Lee E-dam), Park Soo-yeon (Lee Sang-hee), Hong Jeong-ran (Park Ji-yeon) dan Yoon Man-cheon (Jeon Bae-su). Sama seperti wad biasa, jururawat di wad psikatri tak ambil peduli sangat dengan pesakit kerana kekurangan kakitangan tapi Ketua Jururawat, Song Hyo-jin (Lee Jung-eun) tak halang Da-eun untuk rapat dengan pesakit. 


Kerana sifat prihatin Da-eun juga mencuri perhatian Dr. Dong Go-yun (Yeon Woo-jin) yang bekerja di unit lain. Selalu terserempak dan semakin rapat berkenalan, mereka berdua jatuh cinta. 

Naskhah yang memenangi anugerah Best Drama di Blue Dragon Series Awards 2024 berlatarkan sesuatu yang taboo dan sensitif dalam masyarakat Asia iaitu masalah kesihatan mental. Dalam drama Daily Dose of Sunshine, penulis membincangkan tentang depression, PTSD, anxiety, self-harm, mania, bipolar disorder atau schizo dengan olahan yang bermutu dari pengarah.


Dalam beberapa babak ada digambarkan macam mana perasaan pesakit bila diserang kemurungan atau anxiety macam Song Yu-chan (Jang Dong-yoon) yang diserang panic attack dekat pejabat. Lakonan Dong-yoon nampak real sebab pengarah memang tenggelamkan set babak tu dalam air untuk nampak authentic. 

Daily Dose of Sunshine bukan saja paparkan sakit dari point of view pesakit yang mengalami malah mengajar macam mana orang sekeliling boleh bantu bila nampak simptom yang dialami. Cara terbaik ialah rujuk pada yang pakar. Macam babak Yu-chan halang diri dari jumpa Da-eun sebab tak nak ganggu proses pemulihan dia. Babak doktor tegur Jururawat Park untuk buat jurnal pun sama juga sebab pesakit takkan nampak tanda tu. 


Lakonan para pelakon semuanya bagus kecuali beberapa watak doktor dan jururawat yang bekerja di unit tu tapi tak jadi masalah pun sebab screentime tak banyak dan muncul dalam skrin yang sama dengan pelakon lain. Lakonan Roh Jae-won tinggalkan impak dan berkesan terutamanya lepas dia kembali semula ke dunia luar selepas discharge dari Myungshin University Hospital. Realiti yang berat terpaksa dia hadap lepas sembuh tapi itu lah, tak boleh salahkan pihak hospital juga sebab pilihan tu ada pada dia. Tak diceritakan pula kenapa dia nak juga teruskan dengan kerjaya tu sedangkan ada banyak lagi pilihan lain.  


Sama juga dengan episod yang fokus pada working mom yang diserang amnesia disebabkan rutin harian yang stressful. Stigma terhadap working moms tinggi bila rakan sekerja dan ahli keluarga tak selesa dengan komitmen yang ada. Disebabkan stigma tu, kebanyakan working moms ambil jalan untuk bekerja lebih dari kemampuan diri sampai kesihatan terabai. Nak pula bila dapat suami yang jenis lepas tangan dan kebanyakan suami Asia memang macam tu. Kesian sangat tengok episod ni sebab sekeliling kita pun ada golongan ni. 

I ambil masa untuk habiskan drama Daily Dose of Sunshine, bukan sebab jalan tapi sebab ada beberapa babak yang triggered my mental health especially bila masuk episod Kim Seo-wan (Roh Jae-won) dan Jung Da-eun disahkan mengalami kemurungan. Walaupun berat untuk ditonton tapi dua plot ni antara yang terbaik sebab jadi kunci utama. 


Macam mana jururawat yang merawat boleh sakit dan point of view dia berubah dari yang merawat kepada yang dirawat. Macam mana penjaga pesakit halang Da-eun dari bekerja sedangkan ahli keluarga sendiri pun ada sakit yang sama. Walaupun ada dalam situasi yang sama tapi tak semestinya orang akan faham. 

Naskhah Daily Dose of Sunshine ada kelemahannya juga bila penulis masukkan love angle antara Dr. Hwang Yeo-hwan (Chang Ryul) dan Jururawat Min Deul-re sebab kisah cinta tipikal dan meleret. Kisah cinta Jung Da-eun pun I tak berapa gemar lah sebab tak ada chemistry pun between female lead dengan male lead. I lagi suka Jung Da-eun bercinta dengan Yu-chan. Kalau tak nak bagi happy ending dekat watak Yu-chan buat apa masukkan? Patutnya biar je Da-eun dengan Yu-chan berkawan baik dari sekolah. 


Drama terbitan Film Monster dan Kim Jong-hak Production ni walaupun letak poster yang warm-toned dan bergenre komedi tapi jalan cerita dia agak depressing jadi kalau tak suka drama yang heavy, just skip this one. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +0.8, 6. Genre +0.6, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +0.7, 10. Personal Thought +0.4 = 8.2/10

Minggu keempat ‘TikTok LIVE X Astro Gimme The Mic Malaysia’ menyaksikan peserta Syaffiq Sahli di tempat pertama dengan markah keseluruhan sebanyak 73.20%, diikuti oleh Bulan Asyraff (68.14%), Junllyod Egano (64.52%), Ameerais (64.27%), Shazreen Shaharum (62.98%) dan Syamel Amzah (62.28%) yang berjaya menawan kedudukan enam teratas, ‘The Six’. 

Menarik perhatian barisan juri dan para penonton dengan persembahan nyanyian lagu Fantastic Baby oleh kumpulan Korean Pop Big Bang, Syaffiq Sahli turut membawa pulang RM 1,000.00 selepas dipilih sebagai pemenang Anugerah Terpaling FYP Freedom Unleashed di segmen terakhir. Minggu 360˚ ini juga menyaksikan peserta Mofanora tersingkir apabila mendapat markah keseluruhan terendah. Saksikan episod baharu Gimme The Mic Malaysia pada setiap hari Ahad, jam 9 malam di Astro Ria (Saluran 104), On Demand, Astro GO dan sooka.

SENARAI LAGU

INFO ‘TIKTOK LIVE X ASTRO GIMME THE MIC MALAYSIA’

• Edisi terbaharu ‘TikTok LIVE X Astro Gimme The Mic Malaysia’, program pertandingan nyanyian yang menerokai bakat muzik baharu di Malaysia bermula siaran pada 21 Julai 2024, bermula jam 9 malam, secara langsung di Astro Ria (saluran 104), On Demand, Astro GO dan sooka serta secara siaran langsung dari Pusat Konvensyen CIDB, Cheras, Kuala Lumpur.

• Seringkali dilakukan secara maya menerusi TikTok LIVE iaitu perkhidmatan penstriman secara langsung di platform TikTok, program utama edisi terbaharu ini akan bersiaran di saluran Astro Ria buat julung kalinya.


Syamel Amzah - Mantera Beradu (Malique ft M. Nasir)

Raes - Ladki Badi Anjani Hai (Kumar Sanu & Alka Yagnik)

Mofanora - Suci Dalam Debu (Iklim)

Farhan Mustapha - Sang Saka Biru (Joe Flizzow, Sona One, Altimet & Alypph) 

Junyllod Egano - Tango La Camisa Negra (Juanes)

Epet - Ayu (V.E)
Chong_han - Tari Tualang Tiga (Dayang Nurfaizah)
Jelly Belly - Dikir Putera (Saleem)
Ameerais - Careless Whisper (George Michael )  
Hazreen Emreena - Seksis (Anita Sarawak)
Bulan Asyraff - Melompat Lebih Tinggi (Sheila On 7)

Syaffiq Sahli - Fantastic Baby (Big Bang)

Shazreen Shaharum - Damelo (DOLLA)

Danhuangge - Yellow (Coldplay)

• Daripada uji bakatnya yang dilakukan pada Mei lalu, seramai 30 peserta dipilih untuk bertanding dalam ‘TikTok LIVE X Astro Gimme The Mic Malaysia’, di mana mereka perlu mempamerkan kehebatan vokal masing-masing dan bersaing untuk meraih kedudukan teratas. Juara serta enam peserta teratas yang dipilih di pentas akhir bakal mewakili negara bertanding di peringkat antarabangsa.

Sherry Alhadad bergandingan bersama pengacara dan pelakon terkenal, Sean Lee sebagai hos program ini. Manakala bangku juri pula disandang oleh barisan penyanyi, pelakon dan komposer terhebat yang telah lama berkecimpung di dalam industri muzik dan hiburan, termasuk Ajai, Yuna, Bunga Citra Lestari dan Hael Husaini.


• Persembahan setiap peserta menerusi ‘TikTok LIVE X Astro Gimme The Mic’ akan diadili oleh barisan panel juri profesional dan undian daripada penonton.

• Juara ‘TikTok LIVE X Astro Gimme The Mic Malaysia’ akan membawa pulang wang tunai bernilai RM10,000 daripada Astro, beserta $2,000 USD (dua ribu dolar AS) daripada TikTok, dan penerbitan sebuah album single tajaan Astro & Rocketfuel.

• Selain di kaca TV menerusi saluran Astro Ria, ‘TikTok LIVE X Astro Gimme The Mic Malaysia’ juga boleh ditonton di platform digital TikTok menerusi laman TikTok Gempak dan TikTok LIVE Malaysia.

• ‘TikTok LIVE X Astro Gimme The Mic Malaysia’ turut disokong oleh Telco Rasmi, CelcomDigi dan Alha Alfa Cosmetics.

Sebuah syarikat rangkaian restoran nasi kandar yang terkenal terpaksa menanggung padah berjumlah ratusan ribuan ringgit gara-gara menyiarkan kandungan dan pengisian Astro secara haram.

Dalam penyelesaian yang dibuat menerusi penghakiman persetujuan, Thaqwa (Malaysia) Sdn Bhd bersetuju untuk membayar RM221,773.20 kepada Measat Broadcast Systems Sdn Bhd — iaitu anak syarikat Astro Malaysia Holdings Berhad — kerana melanggar syarat langganan dengan menyiarkan siaran Astro secara tidak sah di beberapa cawangan restoran milik syarikat terbabit.

Thaqwa hanya mempunyai langganan sah untuk dua premis sahaja, namun begitu ia telah menyiarkan siaran Astro di lapan lagi restoran miliknya tanpa kebenaran dengan menggunakan peranti-peranti seperti kad pintar dan dekoder Astro bagi tujuan tersebut.

Selain daripada pembayaran pampasan, Thaqwa turut bersetuju untuk memastikan langganan Astro miliknya hanya digunakan di lokasi yang dibenarkan bagi menghormati hak cipta dan harta intelek Astro.

Ketua Jualan dan Pemasaran Astro, Tai Kam Leong berkata: "Astro sangat komited dalam usaha memerangi cetak rompak digital kerana kami tahu betapa besar kesannya kepada industri media dan kreatif. Dengan mengambil tindakan undang-undang yang tegas dan melindungi hak harta intelek, Astro membantu memastikan para pencipta dan artis mendapat ganjaran yang adil. Usaha ini penting untuk memastikan industri ini terus hidup dan berkembang, membuka ruang untuk idea dan pengisian baru."

Di Malaysia, adalah menjadi satu kesalahan kepada mana-mana premis komersial untuk menayangkan penyiaran kepada orang awam jika pengisian tersebut diambil secara tidak sah; ini termasuklah penyiaran rancangan Astro tanpa lesen komersial yang sahih.

Kes Thaqwa ini adalah salah satu daripada kebanyakan kes yang sedang dikendalikan oleh Astro bagi melindungi hak harta intelek miliknya.

Sebelum ini, di Ipoh, seorang individu berusia 22 tahun didenda RM10,000 pada Februari lalu selepas mengaku bersalah menjual kotak Android yang telah dimuatkan dengan pengisian Astro secara haram. Peranti itu ditemui dalam satu serbuan pada Oktober 2023.

Pada Julai tahun yang sama, dua individu di Seremban turut berdepan tuduhan yang serupa.

Seorang daripadanya ditahan kerana menjual kotak TV haram di sebuah kedai. Suspek mengaku tidak bersalah dan dibebaskan dengan jaminan RM7,000 sementara menunggu perbicaraan pada bulan September akan datang, manakala individu yang kedua mengaku bersalah dan dikenakan denda sebanyak RM10,000, dengan bayaran serta-merta.

Kes-kes ini mencerminkan usaha keras Astro dalam memerangi cetak rompak digital dan memastikan pematuhan syarat-syarat langganan pengisian Astro.

**************************************

Tentang Astro Malaysia Holdings Berhad

Astro Malaysia Holdings Berhad (Astro) ialah syarikat kandungan dan hiburan utama di Malaysia, berkhidmat untuk 5.3 juta rumah atau 66% isi rumah TV Malaysia, 8,400 perusahaan, 17.0 juta pendengar mingguan di seluruh radio FM dan dalam talian, 20 juta pengguna unik digital bulanan di platform-platform digital kami. Astro menawarkan 3 perkhidmatan berbeza kepada rakyat Malaysia –Astro Pay-TV, NJOI Prabayar dan sooka, platform OTT untuk golongan milenium; dan Astro Fibre, perkhidmatan jalur lebar kami yang menawarkan nilai lebih tinggi dengan bundle kandungan dan jalur lebar kami. Sejuta rumah sudah pun menstrim hiburan terbaik melalui Hybrid 4K UHD Ultra Box dan HD Ulti Box kami yang boleh dipasang sendiri dan digunakan pada kedua-dua satelit dan jalur lebar. Pada hari ini, para pelanggan boleh strim kandungan signatures tempatan kami, Astro Originals, sukan secara langsung dan rancangan global terbaik daripada Netflix, Disney+ Hotstar, HBO GO, iQIYI, TVBAnywhere+, beIN SPORTS CONNECT, BBC Player, Viu, ZEE5, WeTV, Qalbox by MuslimPro dan aplikasi rakan TV kami, Astro GO. Astro Radio, rumah kepada jenama radio yang dinilai tertinggi di negara ini merentasi semua bahasa utama serta jenama digital kami termasuk AWANI, SYOK, Gempak, XUAN dan Astro Ulagam, menyatukan rakyat Malaysia dengan kandungan dan pengisian yang penting.

Guna Mobi Pergi LRT Lembah Subang

Friday, 16 August 2024


Sebelum ni pernah dapat pamphlet Mobi dekat LRT Ara Damansara masa nak pergi event. Masa tu tak berani lagi nak cuba walaupun dapat promo code sebab selalunya gerak awal dari office. Lepas ternampak Mobi pickup passenger dekat bangunan Sime Darby Plantation, baru teringat pamphlet tu. Kebetulan juga ada ternampak post dekat Twitter pasal Mobi. 

Bila cari balik pamphlet Mobi terus scan QR untuk install apps dekat Android sebab nak dapat promo code. Dah install, register kemudian buat verification, set location untuk pick-up. Masa tu try compare dengan Grab untuk pergi ke LRT Lembah Subang tapi menangis ye tengok harga Grab sebab mencanak naik sampai RM17 per ride. Guna Mobi bayar RM2 je :')


Mobi ni inisiatif Kerajaan Selangor untuk sediakan pengangkutan awam yang lebih pantas dan selesa. Seronoknya guna Mobi ni sebab dia datang pickup dekat location kita instead of kena berlari melintas jalan untuk berkumpul dekat tempat menunggu bas. Checkpoint bas Rapid dekat kawasan Ara Damansara ni ngeri jadi sebagai seorang yang penakut, pilihan untuk naik bas tu memang ditolak mentah-mentah. 

Walaupun Mobi ni lebih cepat dari bas tapi kalau peak hour memang sangkut dalam jam jugak. So lepas ni kalau rushing kena book awal sikit lah. Masa ni event lepas Maghrib so I book lepas jam 6 petang. Lambat lah sikit sampai tapi I okay je. Sama macam bas, ada beberapa kali dia stop untuk pickup penumpang lain. 


Van Mobi ni baru lagi jadi seat dia empuk dan selesa. Air-cond pun sejuk lagi. Dekat bahagian atas boleh tengok permandangan luar. Kalau malam tak payah lah kot. 

Cara pembayaran boleh guna wang tunai ataupun QR code tapi kalau setakat RM2 tu, sediakan lah siap-siap wang tunai sebab masa naik haritu, ada penumpang lain bayar guna apps Shopeepay tapi bounce. Driver tu panggil tapi dia pakai headphone so driver tu redho je :(

Mobi ni masih baru lagi so tak semua tempat ada perkhidmatan dia. Buat masa sekarang dekat kawasan Petaling Jaya dan Sungai Buloh sahaja. 

Dip Kopi Tarik Kaw Mr Churros


Dekat tapak carboot sale Subang Bestari ni ada ramai yang meniaga dekat sini dan salah satunya, Mr Churros. Kebetulan ternampak Mr. Churros launch perisa pencicah baru untuk churros. Tak pasti lah kalau perisa Kopi Tarik Kaw ni bersempena Hari Merdeka ataupun kebetulan waktu launch tu sama bulan dengan Hari Merdeka. 

Tak berani beli banyak sebab nak cuba rasa dia macam mana. Warna dia tak lah sepekat warna kopi ais dalam gambar tu. Kalau tak tahu, boleh tertukar dengan perisa caramel sebab warna lebih kurang. Tekstur dip dia pekat tapi rasa dia manis sangat. Dah macam perisa gula kaw instead of kopi kaw. Macam cicah dalam perisa caramel tapi sebab ada bau kopi tu, yakin lah tak salah beli perisa. Kalau jenis suka manis, suka lah kot rasa pencicah perisa Kopi Tarik Kaw ni. Harga pencicah perisa Kopi Tarik Kaw sama macam dip yang lain - RM2 sebekas. 


Awal bulan lepas dapat jemputan ke Program Memasak Bubur Asyura Utara dan Selatan dengan AJK Surau Elmina. Ni pertama kali jejak kaki ke surau baru ni sebab lokasi dia agak jauh dari kediaman. Kalau tak dijemput, entah bila nak sampai agaknya. 

Nak join program memasak, mesti lah kena bawa perkakas wajib macam pisau dengan papan pemotong sebab bahan-bahan semuanya pihak surau dah sediakan. Program mula jam 9 pagi tapi terlajak sikit keluar rumah makanya sampai around jam 9.30 pagi macam tu. I park dekat sebelah Surau Elmina Greens sebab takut belah dalam tak ada ruang sebab kawasan surau ni tak luas sangat pun. 




Aktiviti memasak tu buat dekat sebelah kanan surau, dekat dengan kawasan dapur dan stor. Pihak surau pacak satu kanopi besar untuk kaum wanita memasak. Ada juga yang ajak suami untuk hidupkan api sebab masing-masing tak berani nak buat. 

Bila sampai tengok semua dah start memotong bahan dah. Bila bagitahu nak join masing-masing pandang sama sendiri sebab bahannya dah habis potong dah pun. Konon pergi nak buat kerja kan? Sudahnya kena suruh makan je makanan sarapan pagi. Ada laksam, puding roti, nasi lemak, kek pisang, kek coklat, marble cake dengan tteokbeoki. Meriah!





Sempat juga lah merasa tolong memasak sebab kena potong gula melaka lepastu tolong kacau tepung gandum untuk Bubur Asyura Utara. Bubur Asyura Selatan tak payah ambil pusing sangat sebab dari awal lagi pihak surau dah rebus daging lembu satu periuk besar. Tinggal nak masukkan beras je bila sup dah mendidih. 



I ambik turn kacau bancuhan tepung gandum dengan tepung beras sebab yang lain tengah sarapan dan rehat lepas aktiviti memotong bahan. Kacau bancuhan tepung ni nampak macam senang tapi kena laju mengacau supaya bancuhan tepung tak berketul. Bila dah start kering sikit, kita tapis buang kutu tepung.

Lepas dah ganti dengan next team, I pergi sarapan sambil dengar cerita penduduk Elmina Green ni. Ramai yang baru pindah masuk sebab fasa rumah diorang baru siap jadi banyak dengar cerita pack unpack barang lah. 

M1: Akak duduk mana? 
M2: Tu yang fasa xxx, yang rumah dua tingkat tu. 
M1: Ohh kat situuuu. Tak berapa ingat lagi fasa rumah dekat sini. Banyak sangat nama itupun ada yang tengah bina lagi. 
M3: Ha'ah sini nak senang ingat, tengok je bumbung dia macam mana. Sebab design bumbung tak sama. 
M1: Awak pulak duduk mana? 
Me: Eh saya duduk dekat dekat Subang Bestari

Segan pulak nak bagitahu duduk mana sebab kat situ semua orang Elmina. Terasa perbezaan darjat kat situ tapi diorang okay je. Masing-masing ramah menyembang. Sebagai orang yang berbeza kawasan perumahan, sepanjang masa jadi burung belatuk je, banyak angguk daripada bercakap. 



Kitorang jarang makan Bubur Asyura Utara sebab manis walaupun asal dari Kedah. Dalam Bubur Asyura Utara ada banyak ubi dan buah. Masa program memasak ni, ada mak cik bawa buah durian untuk masukkan dalam bubur asyura. Semerbak bau durian dekat situ. 

Tengok susu manis dengan kuantiti gula diorang masukkan pun dah cuak nak makan. Manis dari buah durian dengan pisang pun terngiang-ngiang dekat kepala. 


Sementara tunggu bubur masak, AJK Surau Elmina Green minta gambar semua yang join Program Memasak Bubur Asyura Utara dan Selatan ni untuk upload dekat social media. Tapi ni bukan semua masuk pun sebab ada yang tengah uruskan Bubur Asyura Selatan. 




Seronok tengok Bubur Asyura Selatan sebab masa study dekat Segamat dulu selalu dapat dari surau dekat area rumah sewa. Bau daging tu wangi sangat, bila tabur daun sup dengan bawang goreng, makin sedap aroma dia. 



AJK Surau Elmina Greens minta prepare 150 bekas untuk Bubur Asyura Utara dan 150 bekas lagi untuk Bubur Asyura Selatan. Lepas set-up dua buah meja di bahagian depan khemah, kitorang susun container ni sampai penuh meja. Tapi susun first layer dulu, bila dah isi bubur baru susun secara bertingkat sampai cukup 150 bekas. 



Syahin, QAQC Bubur Asyura Selatan

Fariha, Packaging Team




Selesai packing dalam plastik - satu Bubur Asyura Utara, satu lagi Bubur Asyura Selatan, ambil gambar dengan AJK Surau Elmina Green sebelum pulang ke rumah. Tak ambil masa lama pun nak memasak dua jenis bubur ni tapi seronok bila beramah mesra dengan komuniti sini. Insya-allah kalau ada rezeki nak join program anjuran Surau Elmina lagi.