Memburu Sticker Treasure Hunt
Wednesday, 20 March 2024
Sebelum puasa haritu cari barang office kejap dekat Lotus Mutiara Damansara sebab stok dekat Lotus Ara Damansara dah banyak habis. Dah settle dekat situ singgah kejap dekat Home Pro sebab nak cari baldi besar.
Masa masuk dekat main entrance terdengar announcement staff dekat situ bagitahu ada peraduan tengah berlangsung. Home Pro dah sembunyikan sticker Treasure Hunt jadi sesiapa yang terjumpa boleh menang hadiah lumayan.
Awal tu macam ignore je sebab nak singgah cari satu item je kan tiba-tiba rasa nak belek jugak kot-kot lah ada walaupun tahu tangan ni tak pernah ada ong. Masa buat pengumuman tu dia tak tunjuk pun bentuk atau rupa sticker Treasure Hunt tu macam mana. Bila tengok dekat semua shelf nampak lah sticker bear ni dekat beberapa tag harga barang dekat situ. Ada yang obvious macam ni, ada yang tersorok nampak kepala atau telinga maskot Home Pro je.
Hulur bantuan makanan, ringan beban keluarga kurang berkemampuan sempena Ramadan
Monday, 18 March 2024
Hulur bantuan makanan, ringan beban keluarga kurang berkemampuan sempena Ramadan | MyKasih, MYDIN dan Mondelēz International (Malaysia) jalin usahasama untuk membantu dan memperkasakan keluarga yang memerlukan
Bantuan makanan dan barangan keperluan asas disifatkan sebagai sumbangan yang bermakna ketika bulan Ramadan, lebih-lebih lagi dengan peningkatan kos sara hidup yang kian dirasai oleh keluarga-keluarga daripada komuniti kurang berkemampuan.
Suryana, 47 yang merupakan ibu tunggal dari Bachok, Kelantan berkongsi kesyukuran atas bantuan yang diterima. Katanya, “Untuk menampung empat orang anak, termasuk seorang yang berkeperluan khas, bukanlah tugas yang mudah. Saya berasa amat bertuah kerana mendapat dipilih untuk menerima bantuan pembelian barangan runcit yang dapat meringankan beban keluarga saya. Walaupun dalam saat-saat yang paling sukar, wujudnya sinar harapan dan belas ihsan orang lain yang menyemarakkan semangat kami.”
Suryana ialah salah seorang penerima bantuan daripada program penglibatan komuniti Mondelēz Prihatin (#MDLZPrihatin). Program ini merupakan usahasama antara pengeluar jenama snek global dan tempatan ikonik, Mondelēz International, Malaysia (Mondelēz) dan organisasi tidak berasaskan keuntungan, MyKasih Foundation dalam satu inisiatif jangka panjang bagi menyokong dan memperkasakan keluarga yang memerlukan.
Program ini bermula dengan pengagihan tunai bantuan makanan kepada 100 keluarga B40 di Kota Bharu, Kelantan, yang dikenalpasti oleh MyKasih. Setiap keluarga menerima sejumlah wang yang disalurkan ke dalam MyKad mereka untuk membeli bahan makanan asas menjelang musim Ramadan ini. Program itu dilancarkan menerusi satu sesi lawatan dan penglibatan komuniti di pasar raya besar MYDIN Kota Bharu, di mana waris dan ahli keluarga mereka dijemput untuk membeli barangan keperluan asas dengan bantuan yang disediakan.
“Kami melaksanakan matlamat syarikat iaitu ‘Snacking Made Right’ melalui pelbagai program jangkauan komuniti yang dianjurkan oleh syarikat dan jenama-jenama kami. Kami komited untuk menyumbang secara positif kepada komuniti di mana kami beroperasi, dan telah terlibat dalam pelbagai inisiatif amal untuk menjana impak ketara dalam kehidupan golongan yang memerlukan. #MDLZPrihatin mencerminkan dedikasi berterusan kami untuk menyokong dan memperkasakan komuniti tempatan,” kata Raja Zalina, Ketua Hal Ehwal Korporat dan Kerajaan untuk Malaysia dan Singapura, MondelÄ“z International.
Selain menawarkan snek yang betul pada detik yang sesuai, kami didorong prinsip kami untuk berbuat baik terhadap komuniti di mana kami tinggal, bekerja dan memberi impak. Bermula daripada bantuan sederhana ini, semoga tindakan kolektif kami bersama MyKasih dapat membawa perubahan bermakna kepada kehidupan keluarga-keluarga Malaysia yang kurang berkemampuan,” tambah beliau.
Turut melafazkan kesyukuran ialah Khairul, 42, seorang ayah dan penyara tunggal bagi dua cahaya mata. Ketika merenung cabaran hidupnya, beliau berkata, “Cabaran mengimbangi keperluan keluarga saya merupakan sesuatu yang berterusan. Bahkan kadang-kala, kami terpaksa mengorbankan makan untuk berjimat cermat. Jadi, bantuan yang diberikan ini telah menjadi talian hayat yang meringankan beban saya dan memastikan keluarga saya mempunyai makanan di atas meja. Saya amat menghargai MondelÄ“z Malaysia atas sokongan ini yang telah membawa kelegaan besar kepada kehidupan kami.”
Pengerusi dan Pengasas Bersama MyKasih Foundation, Tan Sri Dr Ngau Boon Keat, melahirkan penghargaan tinggi terhadap kerjasama itu. “Kami amat menghargai kemurahan hati dan komitmen MondelÄ“z Malaysia. Hari ini, kemiskinan kekal menjadi realiti bagi ramai keluarga dalam komuniti kami yang bergelut untuk meletakkan makanan di atas meja. Justeru, menerusi #MDLZPrihatin, kami berhasrat bukan hanya untuk menyalurkan bantuan segera tetapi juga menyemarakkan sinar harapan dan daya tahan dalam komuniti ini,” demikian kata beliau.
Sejak ditubuhkan pada 2009, MyKasih telah giat membantu keluarga berpendapatan rendah. Ia telah menghulurkan bantuan kepada lebih 750,000 keluarga di Malaysia melalui pelbagai inisiatif seperti bantuan makanan, sokongan pendidikan, dan latihan kemahiran.
Menerusi program itu, syarikat tersebut menyasarkan untuk membantu lebih 1,000 keluarga menjelang akhir tahun 2024. Ia termasuk rancangan untuk melebarkan bantuan bersasaran merentasi pelbagai keperluan seperti pendidikan, pembangunan kemahiran, pemerkasaan wanita dan keusahawanan. Inisiatif ini akan dijalankan secara berperingkat dengan memanfaatkan kepakaran dan bimbingan daripada MyKasih.
Sejak bertapak di Malaysia pada 1905, kami telah menghasilkan makanan ringan dan jenama-jenama yang digemari rakyat Malaysia sehingga hari ini. Mondelēz International (Malaysia) mempunyai dua kemudahan pengeluaran yang terletak di Shah Alam, Selangor, serta Prai, Pulau Pinang. Selama ini, Mondelēz telah melancarkan pelbagai program tanggungjawab sosial yang bertujuan memperkasa dan menaik taraf komuniti dengan pelbagai cara.
Semasa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan bagi membendung penularan COVID-19, MondelÄ“z telah melancarkan inisiatif ‘Flags of Generosity’ sebagai tindak balas kepada gerakan Bendera Putih. Menerusi kempen itu, bendera ungu telah diedarkan kepada rakyat Malaysia, yang boleh dikibar sebagai tanda keinginan mereka untuk menyumbangkan makanan dan bekalan berlebihan, yang kemudiannya dikumpul dan diserahkan kepada keluarga-keluarga memerlukan. Sejak menjalinkan kerjasama dengan National Food Aid Foundation pada 2018, MondelÄ“z telah menyumbangkan produk berjumlah lebih RM4 juta untuk diedarkan kepada komuniti yang memerlukan di seluruh negara.
Movie Review | Madame Web (2024)
Sunday, 17 March 2024
Movie Review | Merry Christmas (2024)
Monday, 11 March 2024
Movie Review | Migration (2023)
Sunday, 10 March 2024
Director: Lee Ching Jung
Writers: Zhu Yi, Shen Fei Xian
Cast: Zhao Lusi, Chen Zheyuan, Victor Ma, Zeng Li, Qiu Xinzhi, Wei Xiao, Qi Tianqing, Wang Yilan, Gu Shuqi,
Production company: Wajijiwa Entertainment
Distributor: Netflix, Youku
Genre: Romance / Drama
Running Episodes : 25 episodes (45 minutes per episode)
Release Date: 20 June – 6 July 2023
Trailer : N/A
Hidden Love mengisahkan tentang perasaan suka dan cinta Sang Zhi (Zhang Xi Wei) terhadap Duan Jiaxu (Chen Zheyuan) yang pertama kali muncul dalam hidupnya ketika di sekolah rendah. Duan Jiaxu adalah kawan baik abangnya, Sang Yan (Victor Ma) dan merupakan rakan sebilik di universiti.
Menginjak ke sekolah menengah, Sang Zhi semakin rapat dengan Duan Jiaxu kerana lelaki tersebut menjadi mentornya untuk subjek fizik. Kerana persahabatan mereka, Sang Zhi minta Duan Jiaxu berjanji supaya beritahu dia sekiranya sudah ada teman wanita kelak. Jiaxu pulang ke Yihe setelah tamat pengajian di Nanwu dan bekerja di sebuah syarikat sebagai game designer.
Kerana perasaan dia terhadap Jiaxu, Sang Zhi juga ingin melanjutkan pelajaran ke universiti di Yihe dalam major yang sama. Malangnya dia terdengar perbualan telefon abangnya bahawa Jiaxu sudah mempunyai teman wanita. Terkilan dengan berita tersebut, Sang Zhi patah hati dan berhenti berhubung dengan Jiaxu tapi masih mempunyai minat dan impian yang sama.
Di Yihe, mereka bertemu kembali setelah 2 tahun. Walaupun Sang Zhi cuba mengelak tapi ada saja yang buatkan mereka bertemu dan ketika itu juga Sang Zhi dapat tahu Jiaxu tidak pernah mempunyai teman wanita.
Naskhah romantik drama Hidden Love yang diadaptasikan dari novel Secretly, Secretly; But Unable to Hide It karya nukilan Zhu Yi tak mempunyai konflik yang kuat pun hanya bercerita tentang perjalanan Sang Zhi mendapatkan cinta pertama dan terakhirnya terhadap Duan Jiaxu. Tenang sangat bila layan drama Hidden Love ni sebab penceritaan dia santai, sesuai dengan elemen romantik yang disuntik. Jadi terbuai dengan drama sebanyak 25 episod ni sebab penulis masukkan POV bercinta dengan lelaki green forest.
Kekuatan Hidden Love terletak pada chemistry Zhao Lusi dan Chen Zheyuan yang bukan saja cantik dan sepadan malah mempunyai perwatakan yang sama. Sinematografi yang terikat dengan konsep romantik dan dreamy buatkan kita masuk ke dalam dunia mereka berdua tanpa sedar. Setiap episod tersengih tengok momen Duan Jiaxu dan Sang Zhi.
'If you think that only kids can get to cry, then you can always be a kid. I'll provide for you.' - Duan Jiaxu
Drama Hidden Love tak sebanyak drama China yang lain yang rata-ratanya mencecah hingga 40 episod. Mungkin terbatas sebab tayangan rasmi di Netflix dan bukannya di TV. Sesuatu yang seronok untuk ditonton juga sebab drama Hidden Love ni bersih dan bersifat family-oriented. Bahasa tak kasar, konflik tak teruk walaupun Duan Jiaxu hampir kemurungan kerana masalah keluarga. Olahan pengarah buatkan filem ni tak terlihat berat dengan masalah hidup tapi pandang dari sudut yang lainnya. Tahu Duan Jiaxu murung pun bila dia monolog tentang perasaan dia terhadap Sang Zhi dalam satu babak.
Seronok tengok drama Hidden Love sebab wardrobe fashionable sangat untuk watak Sang Zhi dan Sang Yan. Watak Duan Jiaxu cuma pakai biasa saja, sesuai dengan watak dia yang datang dari keluarga yang susah. But still looks good on him since he’s that handsome and rizz. Masa shooting drama Hidden Love ni ada masalah dari pihak produksi tapi Zhao Lusi pastikan yang drama ni tetap terhasil jadi kebanyakan outfit yang digunakan adalah dari personal wardrobe dia. No wonder lah Zhao Lusi selesa dengan watak Sang Zhi sebab terlahir dari personaliti asal dia juga.
Disebabkan kekangan dana untuk drama ni juga, ketiga-tiga pelakon utama sumbangkan suara untuk koleksi lagu yang dihimpunkan sebagai music album Hidden Love. My personal favorite, lagu Forever Star - Zhang Yi Hao dan Be Your Light nyanyian Victor Ma.
Drama Hidden Love antara naskhah yang menggunakan medium sebaiknya bila props yang dimasukkan menguatkan lagi penceritaan. Contoh macam babak Duan Jiaxu tersedar yang Sang Zhi salah faham dengan ayat dia. Dalam babak diorang reconcile, pengarah tunjuk ada buku yang Duan Jiaxu beli tentang kaedah komunikasi. Dalam babak lain pun boleh nampak macam mana hidup Duan Jiaxu berubah bila bercinta dengan Sang Zhi. Sebelum ni peti ais kosong tapi sejak bercinta dah mula ada strawberry dengan ice tea. Small action speaks volume. Eikksss!
Walaupun drama santai tapi lakonan semua pelakon sama ada utama ataupun sampingan deliver yang terbaik untuk watak masing-masing. Vibe dekat set mesti seronok juga sebab semuanya kenalan Zhao Lusi yang sudi bantu dia pastikan projek ni berjalan lancar. Pelakon kecil untuk watak Sang Zhi masa muda, Zhang Xi Wei pun pandai berlakon. Karakter dia sama macam Zhao Lusi, muka pun lebih kurang. Comel bila tengok sebab ada iras Chaeryeong ITZY.
Suka tengok siblings banter antara Sang Yan dan Sang Zhi sebab nampak natural sangat. Masa Sang Yan nak balik ke Nanwu tu, I pun join menangis sekali dengan Sang Zhi. Nak bagitahu kena buli, tak berani. Nak suruh stay, abang pula taknak stay sebab Yihe daerah kecil saja, tak banyak tempat menarik. Masa Sang Zhi menangis dekat airport tu pun sedih bila Sang Yan tak jadi nak marah. Punya lah terkesan bila adik dia patah hati sampai jadi overprotective dengan orang yang approach.
Selain moment Sang Zhi dengan Duan Jixu sebagai penggerak cerita, momen Sang Zhi dengan Sang Yan pun menghiburkan juga. Sayangnya, spin off Hidden Love berjudul First Frost nanti tak guna barisan pelakon yang sama sedangkan Victor Ma cemerlang sebagai Sang Yan.
Tak ambil masa yang lama pun nak habiskan drama Hidden Love ni tapi bila habis tu rasa kosong sebab dah habis dah rasa seronok tu. Lepastu repeat balik sebab berangan nak ada suami macam Duan Jiaxu. Lepastu ulang lagi dan lagi. The best C-drama ever!
1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10