TV Show Review | Single’s Inferno Season 3 (2023)

Saturday, 17 February 2024


Director : Kim Jae-won, Kim Na-hyun
Writer : Ji Hyun-suk, Lee Jung-hwa
Cast : Kim Gyu-ri, Choi Hye-seon, Choi Min-woo, Lee Jin-seok, An Min-young, Lee Gwan-hee, Son Won-ik, Yun Ha-bin, Yun Ha-jeong, Park Min-kyu, yu Si-eun, Cho Min-ji, Hong Jin-kyung (Panelist), Lee Da-hee (Panelist), Kyuhyun (Panelist), Hanhae (Panelist), Dex (Panelist)
Production Company: Sijak Company
Distributor: Netflix
Genre: Variety Show
Running Episodes: 11 episodes (56–82 minutes for 1 episode)
Release Date: 12 December 2023 – 09 January 2024
Trailer:


Mngekalkan format yang sama di mana semua peserta perlu tinggal di sebuah pulau yang terpencil untuk berkenalan dan pilih sesiapa yang disukai ke Paradise. Di Inferno mereka tidak dibenarkan sama sekali mendedahkan latar belakang, umur atau kerjaya. Hanya di Paradise sahaja maklumat tersebut boleh didedahkan. 

Walaupun format Single’s Inferno musim ketiga sama seperti dua musim sebelumnya tapi pulau Inferno pula berbeza. Kali ni ada dua buah pulau dan peserta dibahagikan kepada dua kumpulan. Props untuk musim ketiga ni pula makin sedikit, fasiliti pun tak banyak. Dah la duduk dekat pulau yang panas, tidur dalam kontena besi tanpa air-cond. Bahan untuk memasak pun tak banyak disediakan. Mungkin sebab tukar syarikat produksi jadi bajet jauh lagi rendah? Kesian juga la tengok semua peserta kena dera macam tu. Won-ik yang baby face masa datang Inferno jadi muka bapak budak terus bila duduk dekat situ. Perasan juga muka peserta naik jerawat sebab muka kering. 

Peliknya, makin panas dekat Inferno tu makin agresif pula drama dekat musim ketiga ni. Kalau dua musim Single’s Inferno sebelum ni ramai peserta lelaki berebutkan seorang peserta wanita, dalam musim ni terbalik pula. Ramai peserta wanita berminat dengan Gwan-hee. Tinggi dan maskulin. Macam tak percaya juga lah Park Min-kyu yang tall, dark and handsome tu tak jadi rebutan pada awalnya tapi bila tengok dia tak banyak screentime, boleh faham lah yang dia tak pandai menyembang macam Gwan-hee. 

Dari episod pertama lagi dah invested dengan pasangan Gwan-hee dan Hye-seon sebab serasi bersama. Bertambah excited bila Gwan-hee mula suka dengan Ha-jeong dan Min-ji sebab makin banyak lah drama antara 4 orang peserta ni. Dekat teaser untuk next episode ada klip atau narration tentang peserta lain tapi bila masuk actual episode tak ada pula klip tu. Kenapa Netflix tak tambah jadi 12 episod je sebab ada banyak klip yang tak dimasukkan padahal seronok je tengok. Ataupun letak special episode untuk klip yang disunting keluar.  

Selain Gwang-hee dan Hye-seon, happy juga tengok kisah cinta Min-woo dengan Si-eun sebab masing-masing jatuh cinta pandang pertama. Makin kenal makin seronok tengok perbualan diorang berdua padahal tak perlu pergi ke Paradise pun untuk tahu latar belakang. Selain Min-woo, Won-ik pun suka dengan Si-eun tapi boleh nampak perwatakan Si-eun bila kena luangkan masa dengan lelaki yang dia anggap sebagai kawan. Kalau Min-woo berbunga tengok special treatment dari Si-eun, yang tengok apatah lagi. Min-woo dengan Si-eun cipta sejarah dalam Single’s Inferno sebagai pasangan pertama yang bercinta tanpa jejak kaki ke Paradise. 

Masa tengok babak si-eun menangis mengadu dekat Hye-Seon tu kesian sangat dekat dia. Bak kata orang, love is about timing dan timing dia pula tak mengena bila Min-woo terpaksa pergi Paradise and vice versa. Tapi kalau dah namanya jodoh, cepat atau lambat tetap berjumpa jugak. 

Seronok juga tengok keletah Ha-jeong dengan pandangan unik dia setiap kali dengar peserta lelaki bercakap. Momen Ha-jeong dengan Jin-seok antara highlight dalam Single’s Inferno Musim ke-3 sebab ada sibling’s vibe. Tapi tu lah, tak banyak momen diorang bersama dekat Inferno. 

Banyak perkara yang berbeza dalam Single’s Inferno Musim ke-3 ni dan perubahan terjadi kepada barisan panelis juga bila Dex atau nama penuhnya, Kim Jin-young, peserta Single’s Inferno musim 2 jadi panelis lelaki. 

Awalnya seronok lah tengok Dex bagi komen sebab dia brutally honest tapi lama-kelamaan nampak lah yang Dex ni bias dan ada peserta pilihan. He’s like typical Korean man yang rasa tergugat kalau dapat pasangan yang lebih bagus dari dia. Ideal type dia pun memang taste lelaki Korea, suka yang kulit putih melepak, seksi dan cantik. I don’t have problem with his ideal type tapi bila dia tak habis mempersoalkan pilihan Gwang-hee, rasa macam annoyed dengar dia bercakap. No wonder lah dia tak pilih Nadine dalam musim 2 dulu. 

Musim ketiga adalah musim yang paling seronok dalam Single’s Inferno setakat ni. Thanks to Gwan-hee and his antics, I truly have fun watching this show. Betul lah cakap Gwan-hee dalam trailer yang musim ni akan jadi lebih seronok dari dua musim sebelumnya gara-gara dia. 

Lepas habis dating show ni pun ramai yang still ambik port dengan daily life semua peserta sebab diorang selalu hang out together. Berbeza dengan dua sebelumnya bila kebanyakan peserta lebih suka buat hal sendiri. Epik lah bila semua peserta perempuan mengumpat peserta lelaki dalam kabin. Most of them memang real lah, bukan jenis cover cantik semata nak jadikan Single’s Inferno ni platform untuk debut dalam industri seni. 

Tak sabar nak tengok Single’s Inferno musim 4 nanti sebab Ha-jeong pula dijemput jadi panelis ganti tempat Dex. Hwaiting Ha-jeong~!!

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10

‘THE EXPERTS’, ‘PROJEK : KAHAR’ DAN ‘SYERIF’ ANTARA FILEM DARI ASTRO SHAW TAHUN INI

Tuesday, 13 February 2024

‘THE EXPERTS’, ‘PROJEK : KAHAR’ DAN ‘SYERIF’ ANTARA FILEM DARI ASTRO SHAW TAHUN INI | 'Aksi Rompakan Adik-Beradik, Prekuel Francais Projek: High Council, Filem Aksi Terbaru Daripada Syafiq Yusof’ 

Astro Shaw kini bersedia untuk satu lagi tahun yang mengujakan! Untuk 2024, Shaw membariskan filem-filem hebat berbeza genre seperti aksi blockbuster, seram, muzikal komedi dan drama. Malah, kami juga sedang dalam perancangan untuk menerbitkan prekuel daripada sebuah francais popular. Filem yang menanti penonton di pawagam tahun ini adalah  Syerif, The Experts, Baik Punya Ah Long, Gold, Khawarij dan Projek: Kahar. 

Naib Presiden, Ketua Astro Shaw dan Perniagaan Melayu Nusantara, Raja Jastina Raja Arshad berkata, “Alhamdulillah, tahun lalu filem-filem terbitan kami menerima sambutan positif dan antaranya adalah  kejayaan Polis Evo 3 yang meraih RM54 juta. Justeru ia menjadi pemangkin untuk kami terus melangkah. Tahun ini bakal menjadi satu lagi tahun yang agresif buat Astro Shaw dengan mempersembahkan variasi filem menarik yang dibarisi para pelakon hebat tanah air serta membabitkan pengarah terkemuka.” 

“Memahami cita rasa penonton adalah berbeza, kami meletakkan fokus kepada enam filem yang mampu mensasarkan peningkatan pengalaman luar biasa dengan idea cerita yang segar, sekali gus memacu ke arah objektif kami untuk memperhebatkan filem tempatan setanding karya luar negara.”

“Selaras dengan usaha tersebut, Astro Shaw mengukuhkan kerjasama strategik bersama penerbit dan produksi seperti Skop Productions, Act 2 Pictures, Pasal Productions, BlackFlag dan rakan kerjasama baru seperti President Productions dan Petra Vision Works. Kolaborasi ini mewujudkan gabungan idea kreatif dalam penghasilan karya berkualiti.”

Syerif



Filem pertama dari Astro Shaw yang akan menemui penonton tahun ini adalah filem aksi arahan pengarah pecah panggung, Syafiq Yusof yang dibintangi oleh Zul Ariffin, Syafiq Kyle, Azira Shafinaz, Dato’ Aaron Aziz dan Elizabeth Tan iaitu ‘Syerif’. Bekerjasama dengan Skop Productions, filem kepolisian ini akan membawa penonton untuk membongkar sisi gelap pasukan beruniform. Pengarah Syafiq Yusof yang terkenal dengan gelaran ‘King of Plot Twist’ pasti tidak akan mengecewakan dengan babak-babak yang mampu menaikkan adrenalin penonton.

The Experts

Pada Mei nanti pula, sebuah filem aksi bertemakan rompakan (heist) iaitu ‘The Experts’, hasil arahan pengarah Polis Evo 2, Andre Chiew bersama Nizam Shah bakal ditayangkan. Membariskan Dato’ Aaron Aziz, Syafiq Kyle, Remy Ishak, Mimi Lana dan Ray Dap Dap, mereka muncul sebagai lima adik-beradik yang mempunyai skil dan kepakaran berbeza dalam merancang sebuah rompakan terbesar. 

Baik Punya Ah Long

Suku ketiga tahun 2024 pula memperlihatkan duo popular Jozan iaitu Zizan Razak dan Johan kembali menerusi ‘Baik Punya Ah Long’. Filem muzikal komedi arahan Datuk Afdlin Shauki ini mengisahkan dua Ah Long yang bersikap pemurah, berdepan dengan situasi hura-hara oleh kerana sikap mereka. 

Turut bakal menjadi tumpuan ialah filem seram, ‘Khawarij’ arahan pengarah hebat Syamsul Yusof. Terdahulu Syamsul Yusof pernah menghasilkan filem bergenre Islamik seram seperti Khurafat, Munafik dan Munafik 2. 

Gold

Turut tersenarai ialah filem biopik adaptasi daripada kisah sebenar atlet tempatan, jaguh Sukan Paralimpik Tokyo 2020, Cheah Like Hou berjudul ‘Gold’. Naskhah ini merupakan sentuhan pengarah Malbatt : Misi Bakara, iaitu Adrian Teh dan membariskan para pelakon dari pelbagai latar seperti Jack Tan, Farid Kamil, Fabian Loo, Wan Raja, Yasmin Hani dan ramai lagi. 

Projek : Kahar

Seterusnya, prekuel daripada francais premium popular, Projek : High Council iaitu ‘Projek: Kahar’,  turut dijadualkan menemui penonton di pawagam tahun ini. Filem Projek: Kahar ditulis oleh penulis francais Projek: Anchor SPM dan Projek: High Council, Anwari Ashraf dan diarahkan oleh Razaisyam Rashid. Mempertaruhkan pelakon asal watak Kahar iaitu Amir Ahnaf, filem ini membawa penonton menyaksikan transisi Kahar daripada seorang pelajar biasa berubah menjadi Kapla High Council.  

Ikuti perkembangan terbaharu filem-filem terbitan Astro Shaw dan info lanjut di platform TikTok, Instagram, X, Facebook Astro Shaw dan Astro Gempak. 

Drama Review | More Than Friends (2020)

Monday, 12 February 2024


Director: Choi Sung-bum
Writer: Jo Seung-hee
Cast: Ong Seong-wu, Shin Ye-eun, Kim Dong-jun
Production Companies: JTBC Studios, Zium Contents 
Distributor: JTBC, Netflix, VIU
Genre: Romantic / Drama 
Running Episodes : 16 episodes (70 minutes per episode)
Release Date: 25 September – 28 November 2020
Trailer :


Gyung Woo Yeon (Shin Ye-eun) mula jatuh cinta pada Lee Su (Ong Seong-wu) sejak zaman sekolah menengah. Bila Woo Yeon confess perasaan dia pada lelaki tersebut, Lee Su tolak dan minta mereka berkawan saja lalu pergi sambung belajar di Amerika Syarikat. Ketika pulang semasa cuti semester, Lee Su berjumpa dengan Woo Yeon dan bersiar-siar di kota Seoul dan sekali lagi Woo Yeon luahkan perasaannya. Dan sekali lagi juga Lee Su tolak perasaan tersebut dan ingin kekal sebagai kawan baik sahaja. 

Sejak dari pertemuan tersebut, Woo Yeon tutup hatinya untuk bercinta. Walaupun dia jalinkan hubungan dengan mana-mana lelaki, dia akan segera putuskan hubungan tersebut sebaik saja kekasihnya ucapkan ‘I Love You’. 


Setiap kali mabuk, Woo Yeon akan drunk call Lee Su dan luahkan isi hati sebab nombor telefon sudah lama tak diguna pakai. Tiada siapa juga akan jawab panggilan tersebut sehinggalah setahun kemudian, CEO On Joon-soo (Kim Dong-jun) beli nombor tersebut. Dengan tenang dia mendengar semua luahan hati Woo Yeon sehingga lah dia bertemu Woo Yeon tanpa sengaja. 

Dalam masa yang sama juga Lee Su mendapat tawaran dari CEO On Joon-soo untuk bekerjasama dengan Woo Yeon hasilkan sebuah photo book di bawah terbitan syarikat Metaphor Publishing House. Semakin banyak masa mereka luangkan bersama, semakin Lee Su sedar yang dia jatuh hati pada Woo Yeon. 


Naskhah romantik drama More Than Friends arahan Choi Sung-bum memberi fokus kepada tema mental health di mana trauma akan memberi kesan kepada relationship. Bukan saja hubungan cinta malah terhadap persahabatan juga. Trauma yang digunakan jelas dipaparkan melalui watak Lee Su dan Kim Young-hee (Ahn Eun-jin). 

Lee Su membesar dalam keluarga yang berantakan di mana ibu bapanya sentiasa bergaduh hampir setiap malam hingga menganggu tumbesarannya. Semasa sekolah Lee Su lebih banyak mendiamkan diri walaupun dia agak popular di sekolah dan jarang bercerita dengan rakan-rakannya. Bila menginjak dewasa pula Lee Su perlu menggunakan pil tidur supaya memori ketika kecil tak menghantui. 


Sementara itu, Kim Young-hee sentiasa rasa insecure walaupun sudah bercinta dengan kekasihnya, Shin Hyun-jae (Choi Chan-ho) selama 10 tahun. Dia tak pernah bercerita tentang masalah diri, keluarga lebih-lebih lagi tentang kewangan. Young-hee juga mengelak setiap kali Hyun-jae menyebut tentang kahwin. Dia sentiasa bagi alasan yang duit belum cukup untuk kahwin kerana dia datang dari keluarga miskin. Jangankan dengan Hyun-jae, dengan Woo Yeon atau Han Jin-joo (Baek Soo-min) juga tak pernah diluahkan perihal masalah hidupnya. 

Konflik yang diketengahkan dalam drama More Than Friends agak solid untuk sebuah naskhah drama bila dialog sarat dengan nasihat dan keluhan tentang kehidupan. Namun olahan adalah musuh utama untuk naskhah terbitan JTBC Studios. Dari awal lagi dah boleh agak yang Woo Yeon akan bercinta juga dengan Lee Su sebab screentime Ong Seong-wu dengan Kim Dong-jun jauh ketara perbezaannya. Tapi okay lah sebab penulis tunjuk juga plot di mana Woo Yeon bercinta dengan CEO On Joon-soo yang baik peribadi dan tenang dalam apa jua situasi. 


Sakit sebenarnya nak habiskan drama More Than Friends ni sebab semua watak-watak wanita toksik sangat terutamanya Woo Yeon. Tak faham kenapa dia nak meroyan bila Lee Su tolak cinta dia padahal tolak dengan cara baik. Lepas dah confess tu, Lee Su okay je kalau diorang berkawan baik sebab dia selesa dengan Woo Yeon. Betul lah Lee Su kata walaupun diorang kawan dari sekolah tapi diorang tak ada lah rapat mana pun. Jadi kenapa Woo Yeon cinta mati sangat dengan Lee Su sampai tak boleh move on walaupun couple dengan 10 orang lelaki lain? 

Tak cukup dengan tu, Young-hee dengan Jin-joo benci dekat Lee Su sebab buat Woo Yeon menangis. Kalau dah dia tak suka, mana boleh paksa? Tak ada seorang pun yang cuba untuk tahu kenapa Lee Su tak suka open up walaupun watak Young-hee ada trauma yang sama. It just doesn’t add up. Even parents Woo Yeon pun salahkan Lee Su padahal dosa Lee Su cuma tolak cinta Woo Yeon in nicest way he can. 


Lepas tu, penulis tambah watak CEO On Joon-soo untuk menderita di tangan Woo Yeon. Bila dah banyak kali kecewa dengan Lee Su, dia bagi harapan dekat CEO lepastu minta putus bila dapat tahu Lee Su suka dengan dia. Bila CEO bagi dia ruang untuk bertenang, dia salahkan CEO sebab tak contact langsung padahal dia yang kata jangan contact. I was like????? I tahu lah code No means Yes tapi drama ni berlatarkan suasana cinta orang dewasa. Watak-watak yang wujud digambarkan sebagai matang. 

Sembang pasal watak Young-hee, I faham dia terbeban dengan kekurangan keluarga yang miskin dan sentiasa perlukan duit tapi tak faham kenapa dia perlu layan Hyun-jae macam orang asing. Dia tak pernah cerita pasal keluarga sebab takut Hyun-jae lari cari orang lain padahal bila Hyun-jae tahu pun, dia tak ada masalah pun untuk tolong sebab dia sayang. Dia bagi love, comfort, care and everything sudahnya Young-hee minta putus. I tahu lah dia rasa insecure tapi di mana konsep budi yang baik dikenang jua? Apa mesej sosial yang ingin disampaikan oleh penulis? 


Sama juga dengan Jin-joo yang desperate nak ada cinta tapi bila watak Jin Sang-hyeok (P.O), dia malu nak bagitahu orang. Tak tahu kenapa dia malu bercinta dengan chef, mungkin tak sama taraf dengan dia yang bekerja sebagai peguam dan produk keluaran Seoul National University. 

First half drama More Than Friends ni dengan second half dia tak ada beza pun sebab dok repeat konflik yang sama. Lagi rasa nak maki Woo Yeon bila dia minta putus dengan Lee Su gara-gara sunyi tak dapat video call selalu padahal sedia maklum Lee Su bekerja di luar negara sampai kena masuk kawasan kampung yang tak ada line. Kenapa entah perempuan macam Woo Yeon ni boleh dapat lelaki-lelaki baik dalam hidup dia padahal toksik teruk. Boleh pula watak Lee Su tu tahan dengan Woo Yeon padahal dera mental dia setiap masa. Penat tau duduk dalam relationship yang insecure, macam hidup dekat ladang periuk api pun ye jugak. Silap langkah, meletup.


Masa pilih drama ni dengan harapan boleh healing rupanya makin stress! Chemistry Ong Seong-wu, dengan Shin Ye-eun pun tak kuat sangat untuk tumpang rasa bahagia bila masuk babak romantik. Positive points yang I kutip dari drama ni dekat career angle Woo Yeon sebagai kaligrafer. Tak tahu pula peluang kerjaya meluas sampai macam tu. Nice to watch that part. 

1. Team Production +0.4, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.2, 5. Casting +0.4, 6. Genre +0.3, 7. Themes +0.4, 8. Editing +0.2, 9. Social Message +0, 10. Personal Thought +0 = 3.9/10

Pengarah: Lakonde  
Penulis Skrip: Alim Sudio 
Pelakon: Karina Suwandi, Teddy Syah, Maisha Kanna, Lania Fira, Emiliano Fernando Cortizo, Emyrrazan, Dinda Mahira, Barbie Arzetta
Syarikat Produksi: Starvision Plus 
Pengedar: Netflix
Genre: Seram
Durasi Tayangan: 86 minit
Tarikh Tayangan: 5 Oktober 2023 (Indonesia)
Trailer:


Filem Bangku Kosong: Ujian Terakhir mengisahkan tentang pelajar sekolah SMA Bintang Bangsa mengalami pengalaman menakutkan di dalam dewan ujian di mana mereka kerasukan apabila ujian tamat. Bukan saja dirasuk malah ada pelajar yang membunuh diri atau menyerang pelajar lain yang cuba keluar dari kawasan dewan atau sekolah. Tidak ada pelajar yang dibenarkan keluar dari kawasan tersebut kerana ada kuasa yang menghalang. 

Puan Amanda Kartanegara (Karina Suwandi) segera meminta bantuan Pak Ayub (Teddy Syach) yang pakar dalam ilmu angker. Puan Amanda diminta berdoa sehingga dia dan pembantunya, Nakila (Lania Fira) sampai ke sekolah tersebut. 

Sementara kekecohan di dewan ujian berlaku, empat lagi orang pelajar yang kantoi meniru ditempatkan di ruangan lain. Nala (Maisha Kanna), Inka (Dinda Mahira), Pasha (Emyrrazan) dan Ariel (Emiliano Fernando Cortizo) perlu menjawab set soalan ujian yang baru kerana perbuatan mereka sambil diawasi oleh Pak Yudhi (Haydar Salizh). 

Naskhah seram Bangku Kosong: Ujian Terakhir arahan Lakonde merupakan naskhah reboot kepada Bangku Kosong (2006) arahan Helfi Kardit. Bila baca sinopsis Bangku Kosong, nampak ada perbezaan pada jalan cerita sebab filem asal guna bangku kosong yang ada sejarah hitam sampai pihak sekolah terpaksa simpan berbanding reboot version yang tak fokus pun dengan bangku kosong. 

Patutnya tak perlu pun production team ambil nama Bangku Kosong tapi proceed dengan tajuk Ujian Terakhir. Kalau tak sembang pasal bangku kosong, kenapa nak letak pasal objek tersebut dekat tajuk kan? Mungkin nak tarik perhatian dari segi marketing? Whatever the reason is, this movie fail to deliver. 

Dari awal plot dia mengelirukan bila ada juga pelajar yang cuba meniru sedangkan ada guru pengawas dan juga CCTV kualiti tinggi untuk Puan Amanda monitor semua pelajar. Bila tengok beberapa pelajar melolong kepanasan apabila dirasuk, dah boleh teka karakter roh jahat yang merasuk. Individu yang mati dibakar. Jadi bila pengarah bagitahu si Karina (Barbie Arzetta) adalah punca kekecohan tersebut berlaku, plot twist yang disimpan dan tak berjaya bagi elemen kejutan. 

Kalau first half rasa kesian dengan nasib semua pelajar di SMA Bintang Bangsa sebab jadi mangsa dendam Karina, dekat separuh masa kedua keliru dengan mesej filem Bangku Kosong: Ujian Terakhir terbitan Starvision Plus. Tak diceritakan kenapa Karina bertindak untuk bunuh diri bila kantoi meniru semasa ujian sebab tindakan tu melampau sangat. Tak faham juga kenapa watak Puan Amanda yang perlu bertanggungjawab atas kisah silam dia bersama Karina dan juga watak Ujang Pegat (Andy/rif). Mesej apa yang penulis nak tonjolkan? Dah elok dah bila Puan Amanda offer diri untuk selamatkan sekolah tapi kenapa pula dia yang perlu merasa bersalah? 

Watak antagonis Ujang Pegat dah cukup kuat dengan kisah jenayah yang dipaparkan tapi tak diberikan ruang banyak pun dalam filem ni. Lebih baik kalau watak Karina seru antagonis gara-gara sakit hati dengan Puan Amanda sampai kekecohan berlaku di sekolah. 

Sinematografi Bangku Kosong: Ujian Terakhir dari Jimmy Fajar terikat dengan latar masa yang menggunakan waktu malam untuk timbulkan rasa seram. Babak seram kerana diganggu hantu tak lah banyak jadi tak banyak jump scare. Pelajar yang dirasuk pun ada masanya kelihatan seperti zombie. Babak slasher yang banyak dalam filem ni dengan adegan pelajar yang cederakan diri sendiri ataupun pelajar lain. 

Filem Bangku Kosong: Ujian Terakhir menampilkan barisan pelakon muda dan baru untuk watak-watak pelajar sekolah jadi tak boleh letak expectation tinggi lah bila layan filem ni. Yang deliver watak dengan baik pun Karina Suwandi dengan Andy/rif sebab memang dah senior dalam acting industry. 

1. Team Production +0.4, 2. Visual +0.6, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +0.4, 6. Genre +0.4, 7. Themes +0.5, 8. Editing +0.3, 9. Social Message +0.2, 10. Personal Thought +0 = 4.3/10

Drama Review | Death’s Game (2023)


Director: Ha Byung-hoon
Writer: Ha Byung-hoon
Cast: Seo In-guk, Park So-dam, Go Youn-jung, Yoo In-soo 
Production Companies: SLL, Studio N, Saram Entertainment
Distributor: Amazon Prime Video
Genre: Thriller / Action / Drama 
Running Episodes: 8 episodes (38-64 minutes per episode)
Release Date: 15 December 2023 – 05 January 2024 
Trailer :


Selepas 7 tahun berusaha untuk mendapatkan kerja di Taekang Group, Choi Yi-jae (Seo In-guk) mengambil keputusan untuk bunuh diri. Bukan saja kecewa dengan karier stabil yang tak kunjung tiba, dia juga patah hati selepas putuskan hubungan dengan Lee Ji-su (Go Youn-jung). Perlakuan membunuh diri dibenci oleh Death (Park So-dam) apatah lagi Tuhan. Dek perbuatan yang pentingkan diri ni, Yi-jae mendapat hukuman dengan perlu melalui 12 kematian yang ngeri. 

Kematian tersebut akan dialami oleh roh Yi-jae dalam badan manusia yang bakal mati. Sekiranya Yi-jae berjaya selamatkan badan tersebut dari ajal, dia dapat hidup dalam badan tersebut dan mati dengan tenang. Jika dia gagal, neraka adalah tempat dia untuk terima hukuman. Peraturannya mudah, Yi-jae cuma perlu bermain tanpa membunuh manusia lain. 


Badan pertama yang dipilih oleh Death ialah Park Jin-tae (Choi Si-won), bakal CEO Taekang Group. Beliau berada di dalam sebuah pesawat peribadi yang bakal terjunam kerana kerosakan enjin. Tak mungkin lah Yi-jae berjaya selamatkan diri dari keadaan tersebut. Badan kedua pula adalah Song Jae-seop (Sung Hoon) yang gemarkan sukan lasak. Dia menerima tawaran untuk mendarat tanpa payung terjun dengan ganjaran sebanyak 300 billion won. Percubaan dia untuk mengelak kematian juga gagal. 

Seterusnya Death menghantar Yi-jae untuk masuk ke dalam badan Kwon Hyeok-su yang akan membunuh diri kerana dibuli teruk oleh rakan sekelas. Yi-jae berjaya gagalkan cubaan remaja 17 tahun tersebut dari membunuh diri malangnya dia dibunuh. Berjayakah Yi-jae menggunakan lagi 9 peluang untuk hidup di dunia? 


Drama Death’s Game hasil sutradara kreatif Ha Byung-hoon diadaptasikan dari webtoon karya ilustrasi Lee Won-sik dan Ggulchan yang diterbitkan pada tahun 2019. Naskhah Death’s Game mempunyai dua bahagian di mana watak Yi-jae mula bermain permainan dan ingin membalas dendam pada bahagian kedua.  

Plot dikembangkan dengan baik bersama emosi yang kuat menerusi manusia-manusia yang dirasuki Yi-jae. Elemen dramatik juga hadir bila watak Yi-jae mula sedar ibu dan teman wanita yang dia tinggalkan hidup dalam kesedihan. Bukan makin berkurang beban yang ditanggung malah semakin bertambah. Tak diceritakan pula kenapa Yi-jae obsess dengan jawatan dalam Taekang Group sampai dia bertindak untuk bunuh diri bila gagal dalam interview.


Dekat awal episod macam geram juga dengan Death sebab permainkan emosi Yi-jae tapi semakin cerita bergerak, semakin kita sedar yang manusia terlalu ambil mudah dengan nikmat Tuhan. Bunuh diri bagi kesan kepada keluarga dan kenalan sekeliling juga. Dekat Episod 8 memang sedih teruk. Sub-plot diceritakan dengan baik cuma ada masanya sub-plot lebih mendominasi sampai tersasar dari plot utama. 

Sinematografi Death's Game berlatarkan bandaraya Seoul yang sentiasa sibuk tanpa dan bersilih ganti dengan neraka. Beberapa babak menggunakan CGI terutamanya babak Yi-jae dengan Death kurang meyakinkan. Entah kenapa pengarah gambarkan neraka macam tu sebab tak menakutkan pun. But apart from these scenes, visual untuk babak kejar-mengejar di jalanraya, babak café Jang Geon-u (Lee Do-hyun) dan beberapa babak aksi dipaparkan dengan cantik menggunakan teknik kamera yang bersesuai dan juga drone. 


Babak aksi yang digunakan untuk watak Lee Ju-hun (Jang Seung-jo), seorang fixer yang bekerja dengan organisasi rahsia antara kekuatan dalam Death's Game. Seronok tengok Yi-jae guna kebolehan Ju-hun untuk lari dari musuh. Sama juga dengan babak Jeong gyu-cheol (Kim Jae-wook) berlawan dengan Park Tae-woo (Kim Ji-hoon). 

Bijak lah casting director cari pelakon sebab semuanya berkarisma dan maskulin, sesuai dengan persona Yi-jae kecuali beberapa watak. Pengarah bagi Kim Jae-wook conquer screentime sebab dah tahu audience akan terikat dengan watak tu. Tak ada langsung peralihan antara Seo In-guk dengan Jae-wook macam watak lain sepanjang episod tersebut. 


One of a great thing bila layan drama yang memang khas ditayangkan dekat streaming platform sebab pelakon dapat peluang menyerlah dalam ruang yang diberi oleh penulis dan pengarah. Walaupun kebanyakan pelakon dapat ruang yang singkat tapi impak tu mempengaruhi mood penceritaan dan kukuhkan lagi screenplay. 

Boleh kata naskhah Death's Game adalah medium untuk menyampaikan mesej sosial kepada penduduk Korea kerana masalah bunuh diri yang semakin tinggi. Sama macam drama Tomorrow (2022). Cuma curious dengan ending sebab nak tahu macam mana Yi-jae nak halang Park Tae-woo dari buat kerja gila. Death’s Game deserves a sequel!

1. Team Production +1, 2. Visual +0.7, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.8, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 9.5/10

‘I.D’ TAMPILKAN SISI GELAP MEDIA SOSIAL & KECURIAN DATA

Thursday, 8 February 2024

ASTRO ORIGINALS ‘I.D’ TAMPILKAN SISI GELAP MEDIA SOSIAL & KECURIAN DATA LAKONAN NAIM DANIEL, AMELIA HENDERSON, AEDY ASHRAF | Sebuah karya arahan & idea asal oleh Pengarah Projek: Anchor SPM, Razaisyam Rashid

Drama siri premium terbaharu daripada Astro Originals, ‘I.D’ mendedahkan tentang insiden serta isu-isu yang berlaku di media sosial, terutamanya berkaitan keselamatan data dan jenayah siber akibat salah laku penggunaan data peribadi.

‘I.D’ merupakan siri drama premium terbitan Astro Shaw dengan kerjasama Alpha47 bakal bersiaran pada 23 Februari, 9 malam, menerusi Astro Premier (Saluran 410) atau boleh menyaksikan episod awal di setiap minggu bermula 12 tengah malam menerusi platform On Demand dan Astro GO.

Siri drama premium penuh debaran I.D, diarahkan oleh Razaisyam Rashid, seorang pengarah, penerbit dan penyunting filem berpengalaman, manakala skrip pula ditulis oleh Ashraf Modee Zain. Drama premium 8 episod ini menampilkan barisan bakat berpengaruh tempatan termasuk Naim Daniel (Aidi Zabran), Amelia Henderson (Anggun Zahara), Aedy Ashraf (Jazman Rahim), Datuk Rosyam Nor (Rahim Abadi), Ellyza Azizi (Alia Mukhriz), Shantini Venugopal (Patti Shanti), Joyce Harn (Jo), Jo Kukathas (Dato Kumari Lakshmi) dan ramai lagi.

Naib Presiden, Ketua Astro Shaw & Perniagaan Melayu Nusantara, Raja Jastina Raja Arshad, juga merangkap Penerbit Eksekutif I.D, berkata, “I.D sebuah naskhah segar yang membawakan isu terkini iaitu media sosial serta jenayah siber yang wujud dalam masyarakat kita dan dipersembahkan dalam bentuk hiburan dengan gabungan aksi, romantik dan persahabatan. Tambah menarik, I.D digarap oleh pengarah kreatif iaitu Razaisyam Rashid yang amat terkenal dengan sentuhan visual tersendiri, di samping membariskan para pelakon hebat tanah air dalam menjayakan watak. Kami mengharapkan subjek yang diketengahkan menerusi I.D dapat menarik perhatian ramai, seterusnya menjadi topik yang boleh dibincangkan di luar sana.”

Pengarah dan Idea Asal I.D, Razaisyam Rashid, berkata, “Idea I.D tercetus apabila melihat persekitaran saya, di mana orang muda sekarang kebanyakkannya hidup dalam dunia digital. Jadi saya cuba salurkan suara orang muda dan cabaran zaman sekarang menerusi sebuah karya, maka terhasillah I.D. Cabaran terbesar menghasilkan I.D adalah ketika sesi penggambaran, di mana beberapa pelakon utama ketika itu mengalami kecederaan jadi dari sudut kamera dan visual, saya harus memastikan mereka dapat menyampaikan babak dengan baik tanpa menjejaskan keadaan mereka. Saya mengharapkan masyarakat dapat menerima I.D. Walaupun ia membawa suara golongan orang muda, tetapi saya juga mengharapkan naskhah ini dekat dengan semua lapisan penonton kerana cerita ini memfokuskan apa yang sedang berlaku di luar sana dan mampu memberi kesadaran kepada penonton kita.”

I.D, mengisahkan Aidi, seorang pereka aplikasi yang telah mencipta BEBAS App, aplikasi penting yang digunakan sewaktu penularan wabak dengan menempatkan maklumat-maklumat pengguna bagi tujuan pemakluman info semasa. Jazman, seorang pengurus syarikat di mana tempat Aidi bekerja telah memecat Aidi tanpa sebarang alasan yang munasabah. Dendam Aidi terhadap Jazman terus memuncak, ditambah pula apabila melihat kemesraan Anggun, gadis idaman Aidi, sering bersama Jazman. Akibat dendam, Aidi telah mencuri 27.7 juta maklumat pengguna daripada BEBAS App dan mencipta watak baharu iaitu Tengku Remy di alam maya untuk berkenalan dengan Anggun.

Data yang digodam oleh Aidi juga telah dijual kepada pihak yang tidak bertanggungjawab demi mendapat keuntungan yang berlipat ganda. Namun tanpa disedari, aktiviti haram yang dilakukan ini telah menjerumus kepada masalah besar yang bakal menimpa Aidi.

Siri premium I.D memberi pendedahan kepada masyakat tentang penceritaan sebenar di media sosial dan natijah daripada ketirisan maklumat akibat aktiviti tidak bermoral daripada pihak yang hanya memikirkan kepentingan sendiri.

Para pelanggan Astro boleh menyaksikan episod-episod baharu I.D pada 9 malam, setiap Jumaat di Astro Premier (Saluran 410) menerusi On Demand dan Astro GO. Ikuti info dan klip-klip menarik menerusi akaun Instagram, TikTok, Facebook, X, Astro Gempak dan Astro Shaw dengan menggunakan hashtag #IDTIPU, #IDTHESERIES dan #ASTROORIGINALS.

********************************


Mengenai Astro Shaw

Astro Shaw adalah sebuah syarikat penerbitan filem Malaysia untuk pasaran tempatan dan nusantara. Astro Shaw juga giat dalam memasar serta mengedar filem-filem tempatan dan serantau sekaligus mengukuhkan kedudukannya di pasaran global. Sejak ditubuhkan pada tahun 1996, kini Astro Shaw telah menerbitkan lebih 95 buah filem dalam pelbagai genre dan bahasa. Antara kejayaan besar Astro Shaw adalah menerusi filem Polis Evo 3, Hantu Kak Limah, Abang Long Fadil 3, Paskal, Dukun, The Garden of Evening Mists.

Dari Minggu Pertama Menarik Perhatian Juri, Musang ialah Datuk Yusry Abdul Halim!

Tuesday, 6 February 2024

Minggu suku akhir The Masked Singer Malaysia Musim ke-4 menyaksikan maskot Musang tersingkir dengan persembahan lagu Warisan Wanita Terakhir nyanyian asal Teacher’s Pet. Dengan jumlah markah sebanyak 59.10%, Musang disingkirkan sekaligus merungkai identitinya iaitu penyanyi, pelakon dan pengarah filem Malaysia – Datuk Yusry Abdul Halim. 

Manakala, maskot Bunga Matahari masih kekal di tempat pertama dengan jumlah markah tertinggi 77.34%, diikuti dengan Sang Kancil dan Biskut Aiskrim. Saksikan episod baharu The Masked Singer Malaysia Musim ke-4 pada setiap hari Ahad, jam 9.00 malam secara langsung di Astro Warna (Saluran 107), dan juga boleh distrim secara eksklusif menerusi On Demand dan aplikasi Astro GO.

SENARAI LAGU & INFO PENYINGKIRAN


INFO THE MASKED SINGER MALAYSIA MUSIM KE-4

• ‘The Masked Singer Malaysia’ musim keempat bermula dengan kehadiran 15 orang barisan selebriti terkemuka negara secara LANGSUNG di CIDB Convention Centre Kuala Lumpur buat pertama kalinya, pada setiap hari Ahad, mulai 17 Disember 2023, jam 9.00 malam di Astro Warna (Saluran 107 HD), dan juga boleh distrim secara eksklusif menerusi On Demand dan aplikasi Astro GO.







• Musim keempat ini bakal menyaksikan penglibatan seramai sembilan orang personaliti daripada pelbagai cabang industri hiburan untuk menduduki kerusi Juri Tetap termasuk Datuk Aznil Hj Nawawi, Erra Fazira, Elly Mazlein, Nabila Huda, Rozita Che Wan, Sherry Alhadad, Zizan Razak, Michael Ang dan Angah (SINAR). Manakala pengacara tersohor, Datuk AC Mizal menggalas tugas sebagai hos sekali lagi.

• Penjurian di musim keempat mengambil kira undian daripada Juri Tetap sebanyak 80% dan undian daripada penonton sebanyak 20% untuk setiap minggu.

• Kapsul The Masked Singer Malaysia Musim ke-4 juga ditayangkan pada setiap hari Sabtu & Ahad, 12.00 tengah hari di saluran Astro Warna.

• Undi Masked-terful Of The Week di www.gempak.com/themaskedsingermalaysia

• Untuk maklumat lanjut, layari www.gempak.com.

TV Show Review | Treasure Map Season 3 Episod 70 & 71: Hot Sauna 🌊

Monday, 5 February 2024


Director : N/A
Writer : N/A
Cast : Choi Hyunsuk (Leader), Park Jihoon (Leader), Kim Junkyu, Kanemoto Yoshinori, Hamada Asahi, Watanabe Haruto, Park Jeongwoo, Yoon Jaehyuk, Kim Doyoung, So Junghwan
Production Company: YG Entertainment
Distributor: TREASURE Youtube account
Genre: Variety Show
Running Episodes: 16 episodes (22:11 minutes for episode 68)
Release Date : 01 September 2023 – 04 January 2024
Video : 


TREASURE MAP musim ketiga ni banyak betul episod healing kalau dibandingkan dengan dua lagi musim sebelumnya. Kali ni TREASURE luangkan masa selama satu hari di sauna. Episod 70 adalah episod kegemaran Jaehyuk sebab dia suka pergi sauna. Sementara ahli TREASURE yang berasal dari Jepun – Asahi, Yoshi dan Haruto baru pertama kali pergi ke sauna. 

Sauna yang dipilih oleh staff YG Entertainment tak sama macam sauna yang kita selalu tengok dalam K-drama sebab lebih eksklusif dengan pelbagai fasiliti disediakan untuk keselesaan pengunjung. Dekat sauna ni ada photobooth, café, playground kanak-kanak, kerusi urut automatik, ruang meditasi, bilik loker, panggung wayang mini, permainan berbayar dan banyak lagi. YG Entertainment sewa selama satu hari untuk TREASURE beraktivit dekat dalam sauna tu. 


Bilik sauna dia pun ada banyak pilihan – bilik arang (63 darjah celcius), bilik tanah liat merah (67 darjah celcius), bilik garam (56 darjah celcius), BULGAMA (80 darjah celcius), bilik media (25 darjah celcius), bilik pokok cemara (25 darjah celcius) dan lain-lain. Setiap bilik berbeza tahap kepanasan dalam ruang tersebut tapi tak pasti kalau pelanggan boleh tukar suhu bilik. 

Staff bagitahu TREASURE perlu bertahan selama yang boleh untuk menang ganjaran. Ganjaran tersebut dalam bentuk wang tunai supaya mereka boleh makan di kafe di situ. Jihoon dengan Jaehyuk antara calon yang bakal tersingkir awal sebab masing-masing tak tahan panas. Baru masuk sekejap dah boleh nampak Jihoon berpeluh sakan sampai dye rambut dia luntur sikit. 


‘If I cannot handle this heat, how can I handle the future?’ – Park Jeongwoo

Lepas selesai buat cabaran dalam bilik tanah liat merah, TREASURE dapat makan dan berehat sebentar sementara tunggu staff panggil untuk permainan dan cabaran yang lain. Ada yang enjoy guna fasiliti di sauna tu, ada yang berjalan cuci mata tengok kawasan sebab sauna tu cantik dan bersih sangat. 

TREASURE dipanggil berkumpul di ruang kolam untuk main permainan ‘I AM GROUND’. Dalam permainan ni semua ahli TREASURE perlu pilih mana-mana binatang dan buat motion yang berkaitan. Selama permainan tersebut berlangsung, TREASURE tak dibenarkan ketawa atau tidak, mereka akan ditembak menggunakan pistol air oleh staff. 


Masa tengah seronok main permainan tu tiba-tiba ada satu bekas berwarna putih terapung di dalam kolam. Rupa-rupanya ada cabaran lain yang mereka perlu lakukan untuk dapat ganjaran besar. TREASURE perlu buang air dalam kolam mandi menggunakan besen kecil secara bergilir. Sekiranya TREASURE dapat kalahkan sistem pembuangan air yang digunakan oleh pihak sauna, mereka akan dapat ganjaran rahsia. Cabaran ni bukan membazir air tapi memang protokol di situ untuk buang air yang dah digunakan sebelum air baru yang bersih diisi semula. 

Hyunsuk dan Jihoon cadangkan supaya yang kuat fizikalnya cedok lebih banyak air sementara yang tak berapa nak kuat boleh bersorak di belakang untuk bagi sokongan moral. Jaehyuk pula cadangkan supaya cedok air di tepi kolam sebab lebih dekat dengan saliran air sekaligus lebih kurang tenaga yang digunakan. Junkyu pula tak kisah tentang strategi tapi lebih kepada mencari screentime untuk menjadi lucu. Rasanya dalam setiap cabaran pun dia aim macam tu. 


Pengadil dah pesan supaya jangan berlagak pandai atau kreatif sebab cedok air cuma guna kekuatan fizikal. Setiap pemain boleh tukar giliran sekiranya sudah penat. Masa awal-awal main air memang seronok tapi bila dah hujung, dah hilang tenaga sebab cedok air tu penat. 

Kalau dalam Episod 70 dah kelakar tengok perangai masing-masing tak tahan panas, dalam Episod 71 pula bertambah kelakar bila TREASURE main game dan buat challenge. Bukan TREASURE je healing, yang tengok pun healing sekali sebab seronok. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10

Director : N/A
Writer : N/A
Cast : Choi Hyunsuk (Leader), Park Jihoon (Leader), Kim Junkyu, Kanemoto Yoshinori, Hamada Asahi, Watanabe Haruto, Park Jeongwoo, Yoon Jaehyuk, Kim Doyoung, So Junghwan
Production Company: YG Entertainment
Distributor: TREASURE Youtube account
Genre: Variety Show
Running Episodes: 16 episodes (19:44 minutes for episode 69)
Release Date : 01 September 2023 – 04 January 2024
Video : 


Dalam Episod 60 dan Episod 61 TREASURE MAP musim ketiga, Junghwan dan Haruto berjaya menang duit tunai sebanyak $2,500 dalam permainan 007 Money Bag. Menggunakan duit ganjaran tersebut, mereka berdua cipta RuJung Tour untuk ahli TREASURE healing di kawasan Busan. 

TREASURE: Wahhh, thank you!!
So Junghwan: You don’t have to be thankful. 
Hyunsuk: Why? 
So Junghwan: Something else is planned too. 


Sebelum healing trip TREASURE, semua ahli kena buat talent show dalam game Show Me The Allowance. Sekiranya persembahan tersebut menarik dan menambat hati Haruto dan Junghwan, elaun akan diberikan mengikut jumlah yang sesuai mengikut citarasa mereka berdua. Sebarang duit kepunyaan peribadi tidak dibenarkan sama sekali sepanjang trip tersebut. Kalau guna jugak, smartphone akan disekat penggunaan sepanjang trip sebagai penalti. 

Banyak lah persembahan kelakar untuk pikat hati juri supaya dapat makan besar dekat R&R sebelum sampai ke Busan. Talent Junkyu terpaksa dipotong oleh editor sebab terlampau merepek. Asahi pula buat persembahan pelik tapi kelakar. Jihoon seorang saja yang tak prepare persembahan tapi bagitahu permintaan instimewa supaya juri berbesar hati tunaikan. 


Selesai bab pembahagian elaun dari Haruto dan Junghwan, semua turun dari First Class Limousine dan pergi makan di R&R. Terkejut semua orang bila harga makanan lagi tinggi dari jumlah elaun yang diorang dapat. Haruto dengan Junghwan pun terkejut sebab tak sangka makanan dekat situ mahal. First time makan dekat R&R guna duit sendiri kan, selama ni staff yang belikan. 

Yang dapat jumlah elaun tinggi boleh lah nak makan apa yang diorang nak, yang dapat elaun rendah, lagi rendah dari harga snek memang kena tagih simpati dari pihak juri lah. Asahi dengan Jaehyuk tahan diri dari guna Samsung Pay untuk makan dekat situ. 


Selesai makan tengahari, TREASURE bergerak ke destinasi utama mereka, pool villa tiga tingkat. Nampak macam kosong dari luar tapi dekat dalam ada ruang tamu yang luas, bilik tidur yang banyak untuk rehat, kolam mandi, pelbagai pilihan snek dan makanan, ruang dan peralatan BBQ, balkoni menghadap panorama laut, ruang makan dan set karaoke. 

Jaehyuk dah bahagia tengok jajan atas meja tapi belum sempat dia ambil makan, Hyunsuk perasan ada papan tanda harga untuk setiap aktiviti di pool villa tu. Semua harga mahal belaka. Nak nyanyi satu lagu dekat mesin karaoke pun 1,000 won. Nasib baik lah juri bagi lagi satu sampul elaun tapi masing-masing kena pilih sampul yang mana diorang nak. Kalau nasib tak baik, dapat lah sampul yang ringan. 

Dalam Episod 69 ni banyak meme yang terhasil tapi yang paling popular sekali meme Junkyu terbaring mengeluh nasib hidup. Dah la tak dapat banyak elaun, kena curi pulak tu. Member dah nak menangis tengok sampul kosong. 


Kalau layan TREASURE MAP tak pernah lah tak terhibur dengan perangai TREASURE tapi yang paling power buat kerja haruslah staff YG Entertainment sebab editor sama ada being savage ataupun jadi kelakar dengan caption menarik. 

Thanks to RuJung Tour, everyone is happy with the trip. Teumes yang tengok pun rasa happy sebab diorang happy. Asahi nampak bahagia betul spend time vacation dengan TREASURE. Tak pasti sama ada TREASURE pilih style sendiri ataupun staff YG yang tetapkan outfit masing-masing tapi outfit Jaehyuk dengan Junkyu nampak comel sangat. Haruto pun segak kemain walaupun outfit dia simple tapi classy teruk. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10