Shopee Live Membolehkan Penjual Keropok Lekor dari Terengganu Memiliki Rumah Sendiri

Friday, 29 December 2023

Shopee Live Membolehkan Penjual Keropok Lekor dari Terengganu Memiliki Rumah Sendiri  | Keropok Mfaizz Mempopularkan ‘Packing Secara Live’

Muhammad Faizz bin Pausan Arif dari Terengganu, pemilik dan pengusaha Keropok Mfaizz, adalah salah seorang penjual terbaik Shopee Live luar bandar yang telah memecah rekod dengan lebih RM500,000 keropok lekor terjual dalam masa tiga bulan. Setiap jam 8 pagi di Shopee Live, beliau merupakan penjual yang ditunggu-tunggu penonton untuk mereka menyaksikan Muhammad Faizz membungkus keropok untuk penghantaran segera dalam siri ‘Packing Secara Live’ beliau. 

“Saya amat gembira kerana Shopee Live telah mengubah hidup saya - sebelum ini, saya tinggal bersama ibu saya dan jualan saya terhad dengan pelanggan yang boleh datang ke kedai luar talian saya. Dengan Shopee Live, saya berjaya membina rumah sendiri, memiliki aset sendiri, dan sekarang saya mampu untuk menanggung keluarga saya,” kata Muhammad Faizz yang kini memiliki kilang sendiri dan memproses 1 tan daging ikan setiap hari. Terkini, beliau sedang merancang untuk menambah kapasiti pengeluaran tambahan untuk memenuhi permintaan pelanggan strim langsung.   

Pengajaran terbesar beliau: isi kandungan adalah amat penting. “Berdasarkan pengalaman saya, penonton mudah bosan dengan jenis isi kandungan yang sama, jadi saya selalu mencuba cara baharu untuk meningkatkan keterlibatan mereka. Saya pernah buat isi kandungan secara langsung tentang bagaimana untuk membuat keropok, dan saya menerima sambutan yang sangat memberangsangkan… sebelum jumlah tonton menurun. Kemudian, saya buat promo beli lima bungkusan keropok lekor dan dapatkan sos cili buatan sendiri percuma, tetapi jualan masih kurang memberangsangkan. Apabila saya cuma buat kandungan dengan hanya menunjuk produk yang saya ada, saya kehilangan penonton dan jualan. Setelah saya membuat kandungan ‘Packing secara Live’ saya memecah rekod jualan ketika 11.11 baru-baru ini kerana pelanggan suka melihat produk mereka dibungkus secara langsung dan bersedia untuk dihantar. Saya sentiasa mencari idea baharu untuk membuat isi kandungan baharu.’

Muhammad Faizz menjelaskan beliau lebih menonjol daripada penjual strim langsung yang lain dengan memilih slot 8 pagi di Shopee Live: “Rakyat Malaysia suka makan keropok lekor yang segar, jadi saya tunjuk penonton di waktu pagi bagaimana saya campur 20kg daging ikan selayang tanpa tulang dengan 10kg tepung sagu, kemudian goreng dengan ramuan sedap lain secara langsung sehingga ianya separuh masak, dan kemudian saya pek vakum bungkusan untuk kurier mengambilnya pada waktu tengah hari. Apabila pelanggan menerima bungkusan dalam masa dua hari, mereka boleh menggorengnya sekali lagi untuk makan.” 

Kebanyakan pesaing Muhammad Faizz di Terengganu merupakan penjual keropok luar talian yang terpaksa menunggu sehingga waktu cuti sekolah untuk melihat hasil jualan yang lebih memberangsangkan. Tetapi Muhammad Faizz memilih untuk jual dalam talian dan telah menjual lebih 18,000 pesanan kepada pelanggan seluruh negara, kebanyakannya dari Selangor dan Johor sejak menyertai Shopee Live pada Mac 2023. Yakin dengan platform dalam talian, Muhammad Faizz beraspirasi untuk pergi lebih jauh dan menjadi peniaga keropok dalam talian terbaik di Malaysia. 

“Dengan jumlah trafik yang pesat dan kadar pertukaran aktiviti pembelian yang tinggi, saya boleh jimat kos pemasaran di Shopee Live. Rancangan saya adalah untuk tambah sesi Shopee Live, tambah kapasiti pengeluaran dan mesin jadi saya boleh berstrim langsung dengan lebih lama, dan mengambil hos yang boleh mengganti saya bila perlu.” 

Kejayaan Muhammad Faizz terbukti memberi manfaat kepada komuniti tempatan. Beliau mendapat bekalan daging ikan dari nelayan di Terengganu untuk membuat keropok lekor, keropok ikan putih dan keropok segera. Terkini, beliau telah mengambil 25 pekerja dari komuniti beliau untuk membantu proses pengeluaran dan pembungkusan, dan turut motivasi empat adik-beradiknya (yang juga penjual keropok) untuk meniaga dalam talian. 

****************************************

Mengenai Shopee

Shopee ialah platform e-dagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan. Shopee menggalakkan sebuah ekosistem digital yang inklusif dan mampan dengan membolehkan pendigitalan perniagaan, membantu para peniaga mengembangkan kehadiran dalam talian mereka, membantu lebih ramai orang mengakses dan memperoleh manfaat daripada perkhidmatan digital, serta membangkitkan komuniti tempatan.
 
Shopee menawarkan pengalaman yang mudah, selamat, dan menarik yang dinikmati oleh berjuta-juta pengguna setiap hari. Shopee juga merupakan penyumbang utama kepada ekonomi digital di rantau ini dengan komitmen teguh untuk membantu jenama dan usahawan tempatan berjaya dalam e-dagang.
 
Shopee adalah sebahagian daripada Sea Limited (NYSE: SE), sebuah syarikat internet pengguna global yang terkemuka. Misi Sea adalah untuk menaiktaraf kehidupan para pengguna dan perniagaan kecil menerusi teknologi melalui tiga perniagaan terasnya: Shopee, Garena dan SeaMoney.

Minggu 2 TMSM4 : Cili Padi, Duo Pertama di TMSM Tersingkir di Minggu ke-2!

Thursday, 28 December 2023

Maskot duo pertama dalam The Masked Singer Malaysia, Cili Padi menjadi peserta seterusnya yang meninggalkan rancangan musim ke-4 ini pada minggu kedua dengan markah keseluruhan terendah iaitu 59.44%. Mempersembahkan lagu Pening  nyanyian asal Datuk M.Daud Kilau dan juga Ezlynn, peserta disebalik maskot ini merupakan adik-beradik Amira Othman & Irfan Haris

Kesemua tekaan para juri tidak tepat termasuk Fattah Amin yang hadir sebagai juri jemputan buat minggu kedua. Selain itu, maskot Roti John berjaya meraih tempat pertama dengan markah keseluruhan tertinggi iaitu 74.71%. 

Saksikan episod baharu The Masked Singer Malaysia Musim ke-4 pada setiap hari Ahad, jam 9.00 malam secara langsung di Astro Warna (Saluran 107), dan juga boleh distrim secara eksklusif menerusi On Demand dan aplikasi Astro GO.

SENARAI LAGU & INFO PENYINGKIRAN


Teratai

Ikan Emas

Bunga Matahari

Pom Pom Kin

Abang Jagung

Bawang Putih

Biskut Aiskrm

Musang

Putera Katak

Roti John

Sang Kancil

Mat Helang

INFO THE MASKED SINGER MALAYSIA MUSIM KE-4

• ‘The Masked Singer Malaysia’ musim keempat bermula dengan kehadiran 15 orang barisan selebriti terkemuka negara secara LANGSUNG di CIDB Convention Centre Kuala Lumpur buat pertama kalinya, pada setiap hari Ahad, mulai 17 Disember 2023, jam 9.00 malam di Astro Warna (Saluran 107 HD), dan juga boleh distrim secara eksklusif menerusi On Demand dan aplikasi Astro GO.

• Musim keempat ini bakal menyaksikan penglibatan seramai sembilan orang personaliti daripada pelbagai cabang industri hiburan untuk menduduki kerusi Juri Tetap termasuk Datuk Aznil Hj Nawawi, Erra Fazira, Elly Mazlein, Nabila Huda, Rozita Che Wan, Sherry Alhadad, Zizan Razak, Michael Ang dan Angah (SINAR). Manakala pengacara tersohor, Datuk AC Mizal menggalas tugas sebagai hos sekali lagi.

• Penjurian di musim keempat mengambil kira undian daripada Juri Tetap sebanyak 80% dan undian daripada penonton sebanyak 20% untuk setiap minggu.

• Kapsul The Masked Singer Malaysia Musim ke-4 juga ditayangkan pada setiap hari Sabtu & Ahad, 12.00 tengah hari di saluran Astro Warna.

• Undi Masked-terful Of The Week di www.gempak.com/themaskedsingermalaysia

• Untuk maklumat lanjut, layari www.gempak.com.

Baby Doll Raha Kapoor

Tuesday, 26 December 2023


Lepas berteka-teki bayangan muka Raha Kapoor, anak sulung kepada Ranbir Kapoor dan Alia Bhatt Kapoor, semalam kedua-dua pelakon terkenal Bollywood ni buat public appearance pertama pada Hari Krismas. 

Setiap tahun Kapoor Khandaan akan berkumpul untuk makan tengahari bersama-sama jadi setiap tahun boleh nampak lah siapa yang datang. Special guest yang join Christmast lunch tahun ni ialah Raha Kapoor. 


Raha baru je celebrate first birthday dia 6 November lepas di rumah Ranbir dan Alia di Vastu, Mumbai. Tapi masa birthday party tu tak ada sesiapa pun yang reveal muka Raha. Tak lama kemudian keluar fake video claim baby tu adalah Raha Kapoor. Sebelum ni pulak ada paparazi yang curi-curi ambil gambar dekat apartment Ranbir-Alia. Daripada ramai yang buat benda merepek, baik expose je kan? 


Geram tengok muka baby Raha sebab comel terukkkkk! First time tengok muka dia teringat Bebo dengan Shammi Kapoor. Mata biru turun dari datuk dia, Rishi Kapoor. So dah boleh imagine lah kalau Bebo ada anak perempuan muka dia macam mana. Gene keturunan Kapoor ni cantik benar. 


Tapi bila tengok gambar dekat bawah ni boleh nampak lah Raha Kapoor ikut muka Alia Bhatt masa kecik. Pipi tembam tu sama even bentuk muka pun sama. 


No wonder lah Ranbir Kapoor dah tak banyak terima tawaran berlakon sebab dia nak sentiasa ada untuk Raha. I mean, considering the fact dia terabai masa membesar, boleh faham lah kenapa dia nak ubah situasi tu untuk Raha. Masa tengok video Raha melekat dengan Ranbir tak nak lepas langsung, teringat video Ranbir masa kecik manja dengan datuk dia, Raj Kapoor. 

'I think now.. anything you do or anything I do will always be is to make her proud. And to make her happy.  Even when I was coming here, I would dress up and I was going to say bye at her and she was looking at me and I was like going away as I want, everybody's at home be like see how's nice mama is looking. I'm waiting for her to he give me that smile so I could go leave the home. So it's all for a little approval from her and that smile.' - Alia Bhatt

Anyway, semoga makin banyak gambar Raha lepas ni. Nak tengok interaction Raha dengan Taimur dan Jeh pulak. 

Movie Review | The Great Indian Family (2023)

Monday, 25 December 2023


Director: Vijay Krishna Acharya 
Writer: Vijay Krishna Acharya 
Cast: Vicky Kaushal, Manushi Chhillar, Manoj Pahwa, Kumud Mishra, Alka Amin, Sadiya Siddiqui, Shrishti Dixit, Vedant Sinha, Bhuvan Arora, Aasif Khan
Production Company: Yash Raj Films
Distributor: Yash Raj Films, Amazon Prime Video
Genre: Comedy / Drama
Running Time: 112 minutes
Release Date : 22 September 2023
Trailer :


The Great Indian Family membuka kisah tentang Ved Vyas Tripathi a.k.a Billu (Vicky Kaushal) yang menggunakan nama Bhajan Kumar sebagai stage name ketika menyanyikan lagu-lagu keagamaan di kota Balrampur. Billu dilahirkan dalam keluarga sami yang terkenal di kawasan tersebut. Kebanyakan acara keagamaan akan menjemput ayahnya, Pandit Siyaram Tripathi (Kumud Mishra) kerana ilmu agamanya yang tinggi. 

Setiap tahun Pandit Siyaram akan pergi menunaikan haji di Kedarnath dan sama seperti tahun tersebut, dia berangkat selama 2 minggu ke sana dan melepaskan tanggungjawab sebagai ketua keluarga kepada adiknya, Balakram Tripathi (Manoj Pahwa). Sangka Balakram tak akan ada apa yang terjadi, sama seperti tahun-tahun sebelumnya. 


Malangnya, sepucuk surat sampai ke rumah dan mengejutkan seisi rumah kerana dalam surat tersebut, Billu merupakan anak angkat dan lahir dari keluarga Muslim. Billu terasa hati dengan keluarganya lalu bawa diri ke komuniti Muslim yang berada tak jauh dari rumahnya untuk menetap di rumah rakannya, Abdul (Hitesh Arora). 

Selepas kegagalan filem Thugs of Hindustan (2018), pengarah dan penulis Vijay Krishna Acharya muncul kembali dengan naskhah yang lebih ringan dalam template komedi drama menyentuh isu perbezaan dua agama yang besar di India. 


Idea untuk membincangkan tentang agama atau diskriminasi yang dihadapi oleh penganut agama Islam terlihat menarik namun kekangan pada dialog dan plot membataskan naskhah The Great Indian Family untuk muncul sebagai naskhah yang baik. Isu yang dibawa masuk juga terlampau cetek untuk filem ni ditayangkan pada tahun 2023. Macam Billu sebut Allahu Akbar setiap kali berjumpa dengan Muslim sebab tersilap dengan Assalamualaikum. Babak Billu pelik tengok cara Muslim makan nasi dengan tangan, sama saja dengan orang Hindu makan. 

Masa Billu nak convert ke agama Islam tu pak imam pula menggeletar sebab dia kawan baik dengan Pandit Siyaram padahal boleh sangat masa tu ada dialog antara pak imam dengan Billu. Patutnya penulis letak dialog terangkan kenapa Billu tak perlu peluk agama Islam sebab dalam Islam tak ada paksaan pun. Kenapa agama Islam pun hormat dengan pegangan agama lain sebab sama-sama buat kebaikan. Sayangnya, dalam filem ni agama Islam tak dapat spotlight yang sama dengan Hindu yang terlihat superior. I know, this come from an Indian filmmaker but please don’t pick a subject you have no knowledge about. To be honest, what’s so great with the Indian family in this movie?  


Lakonan Vicky bagus tapi kalau skrip dah memang bermasalah, dia pun tak mampu nak buat banyak sangat. Babak Billu berceramah pasal konflik tu tibehhhh sangat. Tapi dalam ramai pelakon tu, I amazed dengan performance Kumud Mishra sebagai Pandit Siyaram. Kumud Mishra dapat deliver watak Pandit dengan confident dan cemerlang dalam beberapa babak. Masa Billu merajuk tu tertunggu-tunggu juga bila watak Pandit akan balik dari haji sebab nak tahu reaksi dia. Happy bila dia pimpin tangan Billu bawa balik rumah sebab itu sebenarnya yang Billu nak. Dia sesat, sedih tapi Balakram tak mampu nak comfort Billu walhal jaga dari kecik. Seeds of doubt bila dibiarkan memang senang sangat nak merebak. 


‘This is my son! His name is Ved Vyas Tripathi. His lineage….his values, his upbringing and his father will never change.’ – Pandit Siyaram

Selain konflik agama dalam hidup Billu, pengarah masukkan juga love angle di mana Billu bercinta dengan Jasmeet Singh (Manushi Chillar) yang berketurunan Sikh. But that’s just that. Bukannya ada masalah sangat pun sebab penulis tak kupas lebih pun untuk isu Hindu-Sikh ni. Manushi memang masuk untuk jadi pasu bunga je dalam filem ni. Sebagai Miss World 2017, yes, dia memang cantik sepanjang masa. I love her smile but that’s just it. 


Sinematografi dari Ayananka Bose menggunakan latar masyarakat dua agama dan budaya setempat dengan baik untuk mengukuhkan screenplay. Music album The Great Indian Family juga sederhana, tak banyak lagu yang dimasukkan malah tak ada yang meninggalkkan impak. My personal favorite is Sahibaa. 



Overall, The Great Indian Family juga menerima nasib yang sama dengan filem-filem Vijay Krishna Acharya yang sebelumnya. Mungkin Vijay bagus sebagai pengarah tapi tidak pada penulisan skrip. 

1. Team Production +0.5, 2. Visual +1, 3. Audio +0.4, 4. Storyline +0.3, 5. Casting +1, 6. Genre +0.4, 7. Themes +0.4, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +0.3, 10. Personal Thought +0.2 = 5/10

Pengarah:  Key Mangunsong
Penulis Skrip: Titien Wattimena, Ummu Amalia Misbah, Muthi'ah Khairunnisa, Key Mangunsong  
Pelakon: Titi Kamal, Jenny Rachman, Fedi Nuril, Citra Kirana 
Syarikat Produksi:  Beehave Pictures, Multi Buana Kreasindo Productions
Pengedar: GSC Movies  
Genre: Drama 
Durasi Tayangan: 105 minit
Tarikh Tayangan:  
Trailer:


Filem Air Mata Di Ujung Sajadah mengisahkan tentang Aqilla (Titi Kamal) yang terpaksa berpisah dengan anak kandungnya sebaik saja melahirkan. Anaknya diserahkan kepada Arif (Fedi Nuril) dan isterinya, Yumna (Citra Kirana) untuk dibesarkan di luar kota Jakarta. 

Hal ini dilakukan oleh Bu Halimah (Tutie Kirana) yang ingin anak tunggalnya fokus pada pelajaran lalu mengambil alih perniagaan keluarga. Tak sepatutnya Aqilla berkahwin secara terburu-buru bersama kekasihnya, Arfan (Krisjiana Baharudin) sedangkan masih belajar di universiti. Arfan pula cuma bekerja di fast food restaurant untuk menyara mereka berdua. 


7 tahun kemudian, ketika Bu Halimah sedang nazak, dia membuka rahsia bahawa anak Aqilla masih hidup dan tinggal di Solo. Aqilla segera menjejak Arif untuk bertemu dengan anaknya, Baskara. Puas Arif mengelak namun Aqilla masih teguh dengan keputusan untuk berjumpa dengan Baskara. Yumna minta Arif menjaga keluarga kerana sekiranya Aqilla mengambil Baskara, bukan saja Arif dan Yumna terluka malah Eyang Murni (Jenny Rachman) juga akan berduka. 

Naskhah drama arahan Key Mangunsong membawakan tema kasih sayang terhadap si anak. Baik Aqilla mahupun Arif juga Yumna, kedua-dua pihak adalah mangsa keadaan. Kita yang tengok pun susah nak pilih pihak yang mana sampai berserah pada keputusan yang diambil pada hujungnya. 


Walaupun jalan cerita Air Mata Di Ujung Sajadah mudah ditebak bila kita tahu benar Aqilla akan tuntut hak dia sebagai ibu kandung Baskara tapi tetap nak tahu macam mana kesudahan kemelut yang membelenggu kedua-dua pihak. 

Risau juga kalau tiba-tiba Arif tu berkahwin dengan Aqilla sebab Fedi Nuril yang berlakon, hero Indonesia yang selalu berlakon filem poligami. Tapi penulis tak terlalu fokus pada watak Arif dan babak Arif-Aqilla juga paling sedikit sebab watak-watak wanita lebih menyerlah. 


‘Mbak, tolong jangan bersikap seolah-olah saya ini penjahat yang ingin menculik Baskara, mbak.’ – Aqilla

Ada banyak momen dalam Air Mata Di Ujung Sajadah yang boleh bagi impak dan goyahkan perasaan kita sebagai naskhah drama tapi sayangnya penulis siakan peluang tersebut. Sepatutnya Aqillah boleh tarik perhatian Baskara dengan cepat dan kelebihan berada di tangan dia kerana datang dari keluarga yang kaya. Bukan saja mampu belikan LEGO, naik kereta mewah, bercuti dan banyak lagi tapi kecewa betul bila tengok dia belikan LEGO yang kecil untuk Baskara. Pergi jalan-jalan pun dekat zoo je. 

Babak Baskara memilih pihak yang mana pun tak banyak padahal dia adalah fokus utama dan lakonan Faqih Alaydrus juga cemerlang walaupun masih baru. Tak banyak babak dia bersama Yumna sebaliknya pengarah tunjuk menerusi gambar-gambar dan cerita mulut saja. 


Pacing filem ni terlampau perlahan sampaikan banyak plot tak dapat dikembangkan dengan banyak. Babak Yumna marah bila Aqilla dapat tahu tentang Baskara tu nampak terpaksa dan tiba-tiba padahal watak dia tengah resah, gelisah dan sedih bila anak yang dia jaga dari lahir akan diambil. Masa Yumna kata jangan tanya dari mana dia dapat kekuatan tu antara my fav scenes dalam filem ni sebab Citra deliver perasaan Yumna dengan tepat. 

Menangis masa tengok babak Yumna menangis jerit panggil Baskara sebab perasan Yumna masa tu pasrah bukannya redho. Penulis buat keputusan yang tepat lah untuk ending sebab tujuan filem ni pun untuk paparkan perjalanan cinta posesif kepada cinta yang membebaskan. Macam mana si ibu boleh berkorban untuk kebahagiaan anak. It’s a beautiful message in an average execution. 

1. Team Production +0.6, 2. Visual +0.7, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +1, 6. Genre +0.5, 7. Themes +1, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.6 = 7.5/10

Drama Review | Class (2023)

Sunday, 24 December 2023


Directors: Ashim Ahluwalia, Gul Dharmani, Kabir Mehta
Writers: Ashim Ahluwalia, Bhaskar Hazarika, Indra Bisht, Kashyap Kapoor, Raghav Kakkar
Cast: Anjali Sivaraman, Gurfateh Pirzada, Piyush Khati, Madhyama Segal, Cwaayal Singh, Zeyn Shaw, Chintan Rachchh, Ayesha Kanga, Moses Koul, Chayan Chopra 
Production Companies: Bodhi Tree Multimedia, Future East Film
Distributor: Netflix
Genre: Thriller
Running Episodes: 8 episodes (44-59 minutes per episode)
Release Date: 3 February 2023
Trailer:


Setelah sekolah mereka, Nurpur Khatola High School hangus terbakar, Dheeraj Kumar Valmiki (Piyush Khati), Saba Manzoor (Madhyama Segal) dan Balram Patwal a.k.a Balli (Cwaayal Singh) dibawa masuk ke sekolah elit – Hampton International School menerusi kuota khas dan mendapat biasiswa penuh. Kehadiran mereka bertiga menjengkelkan kesemua anak orang kaya di situ kerana perbezaan kelas dan kasta yang ketara. 

Namun tidak pada Suhani Ahuja (Anjali Sivaraman) yang sentiasa ingin lari dari keluarganya. Persahabatan Suhani disambut baik oleh Dheeraj dan semakin rapat apabila mereka berdua suka sama suka. Dalam masa yang sama, Suhani semakin rapat dengan abang Dheeraj, Neeraj (Gurfateh Pirzada) yang lantang bersuara dalam protes menentang penindasan Suraj Ahuja (Chandan Anand). 

Adik Suhani, Veer Ahuja (Zeyn Shaw) setuju untuk bantu Yashika Mehta (Ayesha Kanga) jatuhkan Saba kerana kehadiran pelajar Muslim tersebut menggugat kedudukannya sebagai pelajar cemerlang di Hampton. Kalau Yashika gagal dapat pingat untuk tahun tersebut, dia tak dapat sambung pelajaran di Yale dengan merit yang bagus. Asalnya Veer malas nak masuk campur sebab dia tak suka bergaul dengan orang miskin tapi makin lama dia makin tertarik dengan Saba. 

Berbeza dengan dua orang rakannya, Balli dapat masuk ke Hampton kerana dia berjaya godam sistem sekolah tersebut. Pelajaran bukan fokus utama tapi cuba untuk cari jalan kuatkan networking supaya dapat menjual dadah dan juga menjadi model. Pucuk dicita, ulam mendatang bila Koel Kalra (Naina Bhan) bagi tawaran untuk jadi sex toy dan sebagai balasan dapat bekerja dengan ibunya sebagai model.
 
Class adalah Indian adaptation dari series Elite yang juga ditayangkan di Netflix (2018) dengan sentuhan oleh 5 orang penulis dan juga 3 orang pengarah - Ashim Ahluwalia, Gul Dharmani, Kabir Mehta. I tak pernah tengok series Elite yang sekarang dah ada 7 musim tapi baca review Elite, jalan cerita untuk kedua-dua series tak jauh beza. 

Musim pertama Class mempunyai naratif yang diceritakan semula dari pelbagai perspektif dari kesemua watak utama. Boleh kata kesemuanya menceritakan dengan baik sebab setiap watak mempunyai banyak ruang untuk kenalkan diri baik personaliti, gaya hidup dan juga preference masing-masing. 

‘Say it with pride, “I’m from the lowest caste! Do what you can!” We’ve cleaned their sewers, we’ve raised their children. We are the real natives of this country! We’ve given them enough respect.” – Neeraj  

Walaupun Dheeraj, Neeraj dan Suhani mendapat screentime yang banyak namun watak yang lain tak lah tenggelam sebab masing-masing saling terkait bersama konflik yang mewujudkan mood saspen dan thriller. Selain isu sosial yang berunsurkan perbezaan kasta, Islamophobia, buli dan dadah, The Class juga membawa masuk masalah rasuah dan penyelewengan menerusi Ahuja dan Kalra yang berlaku di Delhi, seiring latar tempat yang mempunyai kes jenayah yang tinggi. Walaupun masalah-masalah sosial yang dibawakan dalam The Class dah sering dipaparkan dalam ratusan naskhah lain tapi olahan pengarah buatkan kita invested dengan kesemua watak pelajar dalam series ni. Well, at least me. 

Pembunuhan yang berlaku antara punca I berjaya habiskan dalam masa satu malam saja sebab tak boleh nak jangka langsung siapa yang bunuh watak tersebut. Semua pun ada motif yang kuat dan fishy. To be honest, I happy juga watak tu dibunuh sebab tak ada beza pun dengan watak-watak yang bermasalah dalam series ni. Cara dia manipulasi keadaan, pandang rendah dengan kelas bawah, tak jauh beza pun dengan ayah dia. Mana tumpah kuah kalau tak ke nasi. 

Bila tengok series The Class ni teringat pula dengan franchise Student of the Year (2012) (2021) sebab uniform sekolah hampir sama. Kalau ramai yang persoalkan pelajar SOTY tak belajar tapi sibuk bercinta, wait until you guys watch The Class. At least dalam SOTY, ada juga terselit harapan semua pelajar dalam tu akan gapai cita-cita masing-masing sebab nampak juga cenderung watak-watak utama. Dalam The Class, watak Saba je yang ambil serius dengan pelajaran sementara yang lain mengharapkan keluarga sediakan jalan. 

Series The Class ada LGBT angle di mana watak Dhruv (Chayan Chopra) bercinta dengan Faruq (Chintan Rachchh) dan dalam masa yang sama mengukuhkan masalah sosial di mana kaum LGBT dibunuh dengan kejam sekiranya bercinta secara terbuka. Makin kuat konflik tersebut bila watak Faruq datang dari keluarga Muslim so to put this angle quite vital though I don’t really like it. Nevertheless, Chayan and Chintan did their best in creating their own world. I end up rooting for them at the end of this season? 

I tak pasti apa akan jadi untuk musim kedua nanti tapi buat masa sekarang I lega para penulis tak kacau identiti Saba sebab yang melakonkan tu adalah Indian. Risau juga watak dia akan keluar dari budaya Muslim yang dibawa dari awal gara-gara kes buli dan juga jatuh cinta dengan Veer. Walaupun dekat tengah series tu Saba ada juga buka tudung tapi dia terpaksa. I also rooting her relationship with Veer padahal masa awal Saba syok dengan Veer, I tssskk considering how cliché the story would be. 

I don’t have any intention to watch Elite, the original series since I love Hindi version more. Budaya yang lebih familiar dan meriah. Seronok tengok parti eksklusif yang dianjurkan oleh Ahuja Properties sebab banyak outfit cantik-cantik tapi vibe dia more to English party. Kalau pengarah masukkan party anthem song mesti lagi seronok.  

I wish produser akan bawa masuk pelakon-pelakon Bollywood untuk watak-watak akan datang dalam musim mendatang memandangkan beberapa pelakon dalam musim pertama tak mampu nak carry watak tersebut. Tak lah menjejaskan tapi impak tu kurang sedangkan boleh pergi lebih jauh. Watak Dheeraj, Saba, Veer dan Yashika antara watak yang I nak tengok perkembangan diorang dalam musim kedua nanti. Looking forward for that!  

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +0.6, 4. Storyline +1, 5. Casting +0.7, 6. Genre +0.8, 7. Themes +0.6, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.8 = 8.2/10

Drama Review | A Time Called You (2023)


Director: Kim Jin-won
Writer : Choi Hyo-bi
Cast : Ahn Hyo-seop, Jeon Yeo-been, Kang Hoon 
Production Companies: Npio Entertainment, Lian Contents, Studio Flow
Distributor : Netflix
Genre: Romance / Drama / Mystery 
Running Episodes : 12 episodes (45-76 minutes per episode)
Release Date : 08th September 2023
Trailer :


Bertemakan time travel, naskhah A Time Called You membuka kisah tentang Han Jun-hee (Jeon Yeo-been) yang mendapat peluang pergi ke tahun 1998 pada hari ulang tahunnya. Anehnya, Jun-hee terjaga dalam badan Kwon Min-ju lalu berjumpa dengan Nam Si-heon (Ahn Hyo-seop) dan Jung In-gyu (Kang Hoon). Kedua-dua remaja lelaki tersebut merupakan kawan baik Min-ju. 

Sebelum merentas masa, Jun-hee hidup dalam kemurungan setelah tunangnya, Koo Yeon-jun (Ahn Hyo-seop) merupakan mangsa nahas kapal terbang ketika dalam penerbangan ke New York untuk bertemu dengannya. Walaupun sudah setahun berlalu namun Jun-hee masih belum dapat terima kenyataan Yeon-jun meninggal dunia kerana tiada mayat Yeon-jun dijumpai di tempat kejadian. Pada ulang tahun kelahirannya, Jun-hee menerima sebakul bunga peoni, bunga kegemarannya dan sebuah pemain kaset. Lagu "Gather My Tears" oleh Seo Ji-won bawa Jun-hee merentas masa dan berjumpa semula dengan Nam Si-heon yang disangka Yeon-jun. 


‘It seems like everyone is ready to forget him and move on with our lives, you know? Why is it hard for me to let go of him?’ – Han Jun-hee

Di tahun 1998, Jun-hee mendapat tahu Min-ju bukan dilanggar oleh teksi tetapi dihentak oleh sesuatu yang kuat. Pihak polis masih menyiasat kejadian tersebut sementara Jun-hee tak ada langsung ingatan tentang kejadian tersebut. Bila kembali semula ke tahun 2023, Jun-hee cuba mencari tahu tentang kejadian bunuh yang berlaku dengan berjumpa owner 27 Café, pakcik Min-ju (Park Hyuk-kwon). 

Drama Korea terbaru Netflix arahan Kim Ji-won merupakan remake kepada drama Taiwan, Someday or One Day (2019) arahan Huang Tien-jen. Which one is better or does both dramas are equally good? I don’t know. Tergerak hati nak tengok drama ni pun sebab ada dekat Netflix dan asyik muncul dekat suggestion. 


I suka genre time travel ditambah pula dengan elemen misteri pembunuhan yang berlaku tanpa banyak hint didedahkan oleh penulis buatkan 12 episod terasa singkat. Satu hari dah boleh habis tengok. Lagipun drama A Time Called You bergerak perlahan dan banyak flashbacks. Dah ubah speed kepada 1.5x, ada babak yang I skip forward. 

Pemilihan lagu "Gather My Tears" oleh Seo Ji-won adalah pilihan yang tepat sebab bait lirik yang digunakan berkait rapat dengan situasi yang dialami oleh Jun-hee dan Si-heon. Sinematografi membantu dua latar masa berbeza dipaparkan dengan cemerlang lantas mengampuhkan penceritaan dalam mood romantis. 



Amazed dengan lakonan Jeon Yeo-been sama ada sebagai Min-ju ataupun Jun-hee, setiap kali dua watak muncul memang nampak dua watak yang berbeza. Min-ju lebih banyak diamkan diri dengan pandangan redup sementara Jun-hee seorang yang aktif, mudah mesra dan berani. Cara berjalan paling ketara sebab Min-ju suka genggam tangan memandangkan dia seorang yang anxious dan takut dengan pandangan orang lain. 

Walaupun kedua-dua watak dilakonkan oleh orang yang sama tapi tak suka dengan watak Min-ju. Maybe personaliti dia terlahir dari keadaan keluarga yang banyak mengabaikan dia tapi tengok cara dia layan In-gyu pun dah nampak dia sendiri yang pilih jalan macam tu. Dekat episod awal, Min-ju tulis dalam diari yang semua rakan kelas tak suka dengan dia tapi bila dekat episod hujung, rakan kelas dia bagitahu yang Min-ju sebenarnya yang tak suka bergaul. Dekat pertengahan episod, penulis ada bagi hint yang manusia ada pilihan. 



Kekuatan A Time Called You juga terletak pada chemistry Jeon Yeo-been dan Ahn Hyo-seop walaupun kebanyakan masanya Yeo-been yang banyak put effort dalam kebanyakan momen. Mungkin Ahn Hyo-seop tersekat dalam watak Si-heon yang terpaksa walk on eggshells sebab nak jaga hati In-gyu. Watak Yeon-jun lebih daring dan sweet terhadap Jun-hee. 

Memandangkan A Time Called You menggunakan konsep time travel, ambil masa yang lama juga lah untuk hadam alur penceritaan. I jadi keliru dengan ending sebab salah faham dengan penulis sebab stuck dengan perspektif Jun-hee padahal kena tengok dari perspektif Nam Si-heon atau Koo Yeon-jun. Kalau suka tema time travel, A Time Called You is a treat for you guys. Rasa macam nak tengok Someday or One Day jugak lepas tengok drama ni. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.8, 5. Casting +0.7, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.7 = 7.8/10

Pengarah: Shamyl Othman
Penulis Skrip: Rafidah Abdullah, Suzanne Ong, Khairi Anwar, Anwar Hadi 
Pelakon: Mia Sara Shauki, Nelissa Nizam, Tami Anadan, Aniq Durar, Nia Atasha, Rashidi Ishak, Iedil Dzuhrie Alaudin, Amanda Ang, Sue Tan, Nasir Alaydrus, Megat Adli, Sarimah Ibrahim, Uyaina Arshad, Rahim Omar, Dee Dee A’iene
Syarikat Produksi:  Red Communications, Astro Shaw
Penyiaran: Astro Premier, Astro Ria (Episod 1 sahaja)
Genre: Drama 
Jumlah Episod: 10 Episod (40 minit setiap episod)
Tarikh Tayangan: 22 September 2023 – 24 November 2023
Trailer : 


Langkah Mayat, band indie yang dianggotai oleh vokalis Sal (Nelissa Nizam), guitarist Feeqi (Mia Sara Shauki), bassist Kristy (Tami Anadan) dan drummer Wid (Aniq Durar) mempunyai matlamat untuk menuarakan keadilan terhadap mangsa-mangsa ketidakadilan di kampus mereka. Kebanyakan lagu mereka ditulis liriknya oleh Sal sendiri kerana dia telah banyak hasilkan puisi berkisar perasaan dan kisah hidupnya sendiri. 

Sal sendiri juga merupakan mangsa gangguan seksual oleh pensyarah bernama Prof Hamzah (Rashidi Ishak) dan menjadi mangsa buli secara fizikal dan juga di alam maya. Tanpa band member Langkah Mayat yang sentiasa memberi sokongan, Sal mungkin dah hilang punca untuk hidup. Pn. Lydia, ibu Feeqi (Sarimah Ibrahim) pula memberi bantuan guaman kepada Sal dan juga Langkah Mayat. 


Kerana bakat dan kontroversi mereka, Suzy (Amanda Ang) beri tawaran supaya Langkah Mayat sertai program Next Up di mana band baru akan digilap bakat mereka oleh 3 orang mentor – Altimet, Suki dan juga JL (Iedil Dzuhrie Alaudin). Feeqi awalnya semangat untuk join Next Up tapi lemah semangat bila nampak barisan juri kerana ada sejarah hitam dengan JL.

Dalam perjuangan ahli Langkah Mayat mencari keadilan, mereka berhadapan dengan pelbagai kejutan dan rahsia gelap yang menguji bukan hanya persahabatan mereka, tetapi juga diri mereka yang sebenar.
Naskhah terbaru Astro Premier! arahan Shamyl Othman menggunakan kumpulan muzik remaja yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dengan masalah seksual. Kesemua kes yang dimasukkan oleh barisan penulis adalah kes-kes sebenar yang pernah berlaku dalam masyarakat kita. Sama seperti drama Projek: Anchor SPM (2021) dan Projek: High Council (2023) yang pernah diterbitkan di platform yang sama. Drama Riot! turut mengutarakan isu buli yang mengakibatkan terjejasnya kesihatan mental. 


Uniknya drama Riot! mempunyai music album yang dihasilkan oleh Khairil Ridzwan Anuar atau LoQue, dan dinyanyikan sendiri oleh Nelissa Nizam dan Mia Sara Shauki. Turut menyumbangkan suara adalah pelakon Iedil Dzuhrie Alaudin untuk lagu Sandiwara. 

Memandangkan drama Riot! ditayangkan di OTT platform dan diterbitkan oleh Astro Shaw maka tak hairanlah kalau mempunyai visual berkualiti tinggi. Sinematografi dari Zulkefli Zain yang berlatarkan dunia remaja yang minat dengan muzik menghidupkan lagi suasana tersebut dengan mewujudkan studio kecil di rumah Feeqi, underground gig dengan penampilan dari band Couple dan banyak lagi. 


Babak pihak plaintif berjumpa dengan defendan untuk gugurkan kes juga dipaparkan dengan menarik melalui fakta perundangan tanpa nampak janggal dan seolah menghafal skrip. I wish ada lebih banyak babak Sarimah Ibrahim sebagai peguambela Sal dalam Riot! sebab karakter dia sendiri menyerlah. Babak Pn. Lydia dan Feeqi pun terhad sedangkan anak-beranak yang ada pertalian dan kepercayaan yang kuat. The chemistry is there. 


Kalau ikutkan, drama Riot! adalah naskhah ketiga lakonan Mia Sara Shauki selepas Histeri The Series (2022) dan Ceroboh (2022). Boleh nampak Mia dah makin confident depan camera nak bandingkan dengan dua naskhah sebelumnya sedangkan screentime dia lebih sedikit sebab watak Feeqi bukan watak utama. Super love Feeqi’s wardrobe in Riot!

Pacing untuk drama Riot! agak perlahan sedangkan ada banyak ruang untuk kembangkan beberapa sub-plot yang lain. Semua watak pun ambil masa untuk habiskan satu sentence dialog. Kalau tayang dekat TV faham lah kenapa cakap slow tapi drama ni dekat OTT platform dengan subtitles disediakan jadi tak seronok lah bila cakap lambat. 


Mungkin sebab terikat dengan genre drama tapi ironinya, drama dalam Riot! tak cukup kuat untuk kita connect dengan emosi kempat-empat watak. Boleh jadi sebab ada ruang yang kita boleh pertikai setiap tindakan mereka berempat. Elemen supernatural yang dimasukkan melalui watak Tita (Nia Atasha) melemahkan lagi connection dengan empat watak tu. It’s fun to watch but something is missing. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +0.7, 6. Genre +0.6, 7. Themes +1, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.8 = 8.4/10

Pencarian Bloglist 2024 Mamapipie.com

Saturday, 23 December 2023


Syarat penyertaan:
1. Terbuka lepada semua blogger yang ada blog.
2. Buat blog post bertajuk "Pencarian Bloglist 2024 Mamapipie.com". Tepek banner di atas beserta link ke post ini.
3. Wajib letak blog http://www.mamapipie.com dalam bloglist korang
4. Dijemput follow media social mama (tak wajib) || Instagram | Youtube | Twitter | FB Page| |
5. Tinggalkan link pernyertaan korang di post ini..