Movie Review | Khufiya (2023)

Sunday, 19 November 2023


Director: Vishal Bhardwaj
Writers: Rohan Narula, Vishal Bhardwaj
Cast: Tabu, Ali Fazal, Wamiqa Gabbi, Azmeri Haque Badhon, Shataf Figar, Navindra Behl, Lalit Parimoo, Rahul Vohra, Disney James, Atul Kulkarni
Production Company: VB Films Production
Distributor: Netflix
Genre: Thriller
Running Time: 157 minutes
Release Date: 5 October 2023 
Trailer :


Filem terbaru arahan Vishal Bhardwaj mengangkat karya Escape to Nowhere, nukilan Amar Bhushan yang diterbitkan pada tahun 2012 berkisar tentang konflik antara India dan Pakistan yang berlaku pasca Perang Kargil pada tahun 2000. 

Krishna Mehra (Tabu) mengetuai operasi Research & Analysis Wing (R.A.W.) untuk mencari pembelot dalam institusi tersebut setelah kematian Heena Rehman (Azmeri Haque Badhon) ketika cuba untuk membunuh Brigadier Saqlain Mirza (Shataf Figar), Menteri Pertahanan Bangladesh. Operasi tersebut juga bersifat peribadi terhadap KM kerana Heena merupakan kekasihnya sepanjang menjadi pelatih perisik tersebut. 


KM dan ketuanya, Jeev (Ashish Vidhyarthi) syak Ravi (Ali Fazal) adalah dalang di sebalik kebocoran maklumat kepada pihak musuh kerana gaya hidupnya yang mewah bagi pekerja Kerajaan. Jeev syak isteri Ravi, Charu (Wamiqa Gabi) juga adalah rakan subahatnya kerana mudah untuk dia memperoleh atau bertukar maklumat kepada orang Mirza. 

Setelah kamera dipasang di rumah Ravi untuk mengintip pergerakan mereka, ternyata sangkaan mereka tepat dan juga membongkar beberapa rahsia yang lain. Bukan saja Ravi terlibat, malah Ketua Menteri Dalam Negeri juga dedahkan maklumat negara supaya CIA tidak batalkan perjanjian nuklear bersama India. 


Penulis novel, Amar Bhushan adalah bekas Ketua RAW dalam Unit Pengintip jadi tak hairan lah kalau apa yang diceritakan berdasarkan pengalaman peribadi. Macam mana ejen perisik RAW bekerja untuk mendapatkan maklumat boleh dilihat dalam filem Khufiya. Mungkin dalam novel lebih banyak diceritakan secara terperinci tentang operasi yang dijalankan oleh KM untuk konflik tersebut.

Kerana naskhah Khufiya (Rahsia) yang ditayangkan khas di Netflix lebih berkisar kepada kehidupan professional dan peribadi perisik hebat dalam RAW jadi kebanyakan babak mempunyai elemen drama walhal genre utama adalah thriller. Dekat first half lebih kepada kisah pertemuan KM dengan Heena sehingga jatuh cinta dan kegagalan KM sebagai ibu kepada anak lelakinya yang semakin membesar. 


Pengarah merangkap penulis, Vishal Bhardwaj tak kembangkan sangat watak KM walaupun niat dan olahan pada filem Khufiya lebih bersifat curhat dan sedih. Tak pasti kenapa KM perlu tertarik dengan Heena sebab tak beri impak mendalam pun pada penceritaan. Kenapa dia selalu kecewakan anak dia pun tak pasti. Entah apa yang susah untuk dia bagitahu yang dia kerja kerajaan. Sedangkan cikgu atau detektif pun selalu terlepas birthday anak. Yang pastinya, Shashank (Atul Kulkarni) sentiasa pertahankan KM dalam apa jua situasi atau malas nak cara sangat sebab stuck dalam watak yang pasif. Tak sepatutnya masukkan angle personal life KM kalau untuk cipta sub-plot yang buang masa dan lemah sampaikan operasi yang berjalan tak dikembangkan dengan lebih jelas. 

Bukan saja KM, malah motif Ravi juga tak diceritakan dengan lebih mendalam kenapa dia sanggup khianat negara untuk ganjaran dari pihak Pakistan. Bukannya lama sangat pun dia hidup dalam kemewahan tu. Orang yang hasut dia untuk jadi pembelot pun tak ada sebab kukuh sampai sanggup tunggu bertahun lamanya untuk capai motif dan personal revenge kepada RAW. 


Meskipun Khufiya tenggelam dalam aura dan mood melankolik yang dipersembahkan oleh pengarah namun lakonan barisan watak utama yang menjadi pendukung. Tabu sentiasa cemerlang dalam avatar yang dilaksanakan, sama juga Azmeri sebagai Heena. Sesuai sangat watak penggoda yang diberikan untuk dia. Mudah sangat untuk dia tawan hati KM atau Brigadier Mirza. 

Filem Khufiya adalah naskhah kedua dapat tengok bakat lakonan Wamiqa selepas kemunculan dia dalam drama Jubilee (2023). Dekat first half, watak dia tak dikembangkan banyak sangat sebagai isteri mithali yang menguruskan rumah tapi tetap mencuri perhatian. Second half diperkuatkan lagi dengan watak dia yang bergelut untuk pertahankan keluarga atau negara. 


Lakonan Navnidra Behl sebagai Lalita juga dilakonkan dengan tepat sebagai ibu mertua yang orthodox yang perlukan menantu sebagai orang gaji di rumah. Ali Fazal pula antara watak yang mengecewakan sebab kebanyakan masanya dia nampak keliru dengan keputusan yang dia buat. Mungkin dia pun tak mampu nak deliver sebab stuck kerana penulisan yang lemah. 

Mungkin I ada high expectation memandangkan Khufiya dipromosikan sebagai naskhah thriller atau mungkin definisi thriller Vishal berbeza. 

1. Team Production +0.7, 2. Visual +0.6, 3. Audio +0.7, 4. Storyline +0.4, 5. Casting +1, 6. Genre +0.3, 7. Themes +1, 8. Editing +0.4, 9. Social Message +0.6, 10. Personal Thought +0.3 = 6/10

Director: Yusuke Ishida 
Writer: Haro Aso (manga), Kotaro Takata (manga), Tatsuro Mishima
Cast: Eiji Akaso, Mai Shiraishi, Shuntaro Yanagi, Yui Ichikawa, Kazuki Kitamura, Mayo Kawasaki, Akari Hayami
Production Company: 
Distributor: Netflix
Genre: Comedy / Horror
Running Time: 129 minutes
Release Date: 3 August 2023
Trailer :


Live-action film tayangan Netflix diadaptasikan dari manga bersiri berjudul Zom 100: Bucket List of the Dead karya duo pelukis - Haro Aso dan Kotaro Takata yang diterbitkan pada tahun 2018. Mengisahkan Akira Tendo (Eiji Akaso) yang menghambakan diri sebagai pekerja di sebuah syarikat pemasaran sehingga lah Jepun diserang oleh wabak zombie.

Akira sedar dia ada banyak masa terluang kerana syarikatnya telah ditutup. Selama dia bekerja di sana, tak pernah sekali pun dia mengambil cuti tahunan jadi ini adalah peluang terbaik untuk dia cipta bucket list. 100 perkara yang ingin dia lakukan sebelum bertukar menjadi zombie seperti yang lain. 

‘With this going on, maybe…just maybe… I don’t have to go to work anymore.’ – Akira 


Bermula dengan buat confession kepada perempuan yang dia minat (Yui Ichikawa), mengemas bilik, berkhemah di rumah, berehat di kolam air panas, wine and dine dengan pramugari, menunggang motorsikal, masukkan barang dalam troli tanpa peduli dengan harga, warnakan rambut, melukis self-potrait dan nyalakan bunga api. 

Kesemua wishlist dia tersangatlah mudah untuk dilakukan sebelum ni tapi dek kerana kerja tanpa kenal siang dan malam, Akira langsung tak ada masa untuk buat semua perkara tersebut. Wishlist Akira semakin lama semakin bertambah sejak berjumpa dengan Shizuka Mikazuki (Mai Shiraishi) dan selamatkan rakan baiknya, Kenichiro Ryuzaki (Shuntaro Yanagi). 


I tak pernah tengok anime series walaupun ada dekat Netflix but maybe after watching this movie I will or maybe I won’t because the movie is already fun to watch. Watak Akira mempunyai karakter yang comel dan kelakar, comic timing dia perfect dengan screenplay jadi tak hairan lah kenapa dari awal senang sangat untuk terhibur dengan keletah dia. 

Chemistry trio watak utama juga membantu penceritaan tentang persahabatan yang sweet dan melankolik sesuai dengan situasi tegang yang dihadapi. Dah banyak naskhah zombie dibikin jadi mudah sangat untuk rasa jelak dengan tema ni tapi penulis Tatsuro Mishima come up dengan alur cerita yang sarat dengan vibe slice of life dan santai. 


Setiap watak utama diberikan ruang untuk menyerlah tanpa overshadow sesiapa. Kalau dekat first half, Akira dan Kencho ubah karakter Shizuka, dekat second half, Shizuka pula tarik Akira keluar dari anxiety sejak berjumpa kembali dengan Gonzo (Kazuki Kitamura), ketua jabatan di syarikat dia. Mai mungkin nampak kaku pada beberapa babak tapi tak banyak pun solo screentime untuk dia jadi kelemahan tu tersorok. 

Bila I cakap jelak dengan tema zombie, sama juga dengan filem Zom 100: Bucket List of the Dead ni sebab masing-masing tak tahu apa kelemahan zombie sedangkan diterbitkan pada tahun 2018 dan berlatarkan latar masa moden walhal filem zombie dah bermula sedekad yang lepas. Ada juga babak yang a bit draggy dan annoyed sebab pilihan dangkal yang dibuat oleh watak utama tapi I just brushed it off lah. 


Sinematografi dari Satoru Tanaka menggunakan visual language yang berasaskan warm tone, sesuai lah dengan genre filem arahan Yusuke Ishida. Babak Akira, Shizuka dan Kencho have fun sepanjang perjalanan bersama caravan antara babak menarik didukung pula dengan music score yang riang dalam genre pop anime Jepun. Of course, this film isn’t perfect bila ada penggunaan CGI untuk raksasa jerung tapi okay lah, tak lah nampak kartun sangat. 

Meskipun filem Zom 100: Bucket List of the Dead santai ditonton tapi tak sesuai untuk tontonan keluarga sebab ada babak nudity. 

1. Team Production +0.8, 2. Visual +0.7, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +0.6, 6. Genre +0.7, 7. Themes +0.5, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.7 = 7.2/10

Movie Review | Devils (2023)


Director: Kim Jae-hoon
Writer: Kim Jae-hoon
Cast: Choi Gwi-hwa, Dong-Yoon Jang, Jae-ho Jang
Production Company: N/A
Distributor: The Contents On
Genre: Action / Thriller
Running Time: 106 minutes
Release Date: 5 July 2023
Trailer :


Naskhah aksi thriller yang mendapat tayangan perdana di Fantasia 2023, Devils menggunakan tema pembunuh bersiri yang kejam di kotaraya Seoul. Detektif Jae-hwan (Oh Dae-hwan) ditugaskan untuk menangkap pembunuh muda, Jin-hyeok (Jang Dong-yoon). Dia mendapat intel Jin-hyeok berada di sebuah bangunan tinggal tapi malangnya rakan sekerjanya merangkap adik ipar terbunuh kerana cuba untuk awasi pergerakan pembunuh tersebut sebelum Jae-hwan tiba di lokasi. 

Detektif muda, Kim Min-seong (Jang Jae-ho) pula menjadi pengganti tempat kosong tersebut. Ketika memburu Jin-hyeok yang lari ke kawasan hutan, tanpa sengaja Jae-hwan dan Jin-hyeok jatuh ke dalam gaung. 6 bulan kemudian, mereka berdua muncul di hadapan balai polis Seoul dalam sebuah kereta yang terbabas di laluan masuk. 


Tersedar dari pengsan, Jae-hwan berasa aneh kerana tangannya digari. Terkejut bukan kepalang bila Jae-hwan berada dalam badan Jin-hyeok. Sementara di wad lainnya, Kim Min-seong pelik kerana Jae-hwan berubah menjadi pendiam, tak sama macam senior yang dia kenal. Semasa Min-seong melawat Jin-hyeok, dia dapat tahu roh mereka bertukar jasad. Susah untuk dia percaya tapi Jin-hyeok di depan mata lebih kenal dia berbanding Jae-hwan yang mendiamkan diri. 

‘Is such a thing medically possible like a surgery to change bodies between two individual person? Like exchange your brain?’ – Kim Min-seong


Walaupun ragu-ragu dengan apa yang diceritakan Jin-hyeok, Min-seong cuba bantu pembunuh tersebut supaya dapat lari dari pihak polis. Jae-hwan pula ugut Jin-hyeok akan mencederakan keluarganya sekiranya dia tidak cari siapa rakan subahat yang terlibat dalam kes-kes pembunuhan sebelum mereka berdua menghilangkan diri. 

Filem Devils menggunakan konsep body swap cuma konsep kali ni agak merbahaya kerana si pembunuh bertukar jasad dengan detektif. Bukan saja bahaya untuk detektif, keluarga dan rakan sekerja malah seluruh database pihak polis. Masa Jin-hyeok sedar dari pengsan tu terkejut lah juga tapi risau dengan apa yang akan bakal ditunjukkan oleh pengarah. 


Berdebar juga bila tengok babak Jae-hwan ugut Jin-hyeok untuk cari rakan subahat dia sebab seriau tengok pembunuh bersiri duduk dengan keluarga detektif. Susah nak jangka apa dia akan buat dengan keluarga tu. Watak Min-seong pun mencabar juga sebab berurusan dengan banduan. Kalau tolong, kerja dia jadi taruhan. Kalau tak tolong, keluarga Jae-hwan yang akan jadi mangsa. 

Sesuai dengan tajuk filem, Devils mempunyai babak-babak kejam dan brutal kerana Jin-hyeok merupakan pembunuh psiko. Beberapa lokasi yang dijadikan latar tempat pun bukan sesuatu yang selesa untuk ditonton. Dalam filem ni juga, sisi gelap Korea Selatan juga disajikan di mana gelandangan ditempatkan di satu kawasan supaya tidak mengganggu keindahan kota Seoul. 


Semakin filem bergerak, semakin banyak misteri terungkai mengenai kedua-dua watak utama. Pace Devils bergerak laju dan watak dikembangkan dengan baik jadi senang sangat untuk faham tahap emosi yang dibawa masuk dalam beberapa babak tegang. 

Pertama kali tengok lakonan Jang Dong-yoon walaupun dah banyak drama dan filem yang dia terlibat. Impressed dengan emotion range yang dia tonjolkan especially masa pertama kali dia sedar di hospital dan berjumpa dengan Jae-hwan yang minta semua data keluarga supaya rahsia mereka tak terbongkar. Baik sebagai pembunuh mahupun sebagai detektif yang terdesak, kedua-duanya dipaparkan dengan cemerlang dalam ruang yang diberikan. Dinamik antara Dong-yoon dengan Jang Jae-ho juga menjadikan cerita Devils semakin menarik. 


Kelemahan Devils terletak pada second half di mana rahsia sebenar terbongkar. Pelik kenapa Jae-hwan bertindak seorang diri sedangkan berhadapan dengan sesuatu yang bahaya. Tak sepatutnya dia ambil risiko sampai korbankan nyawa orang lain. Kreativiti yang diolah dari awal tampak dangkal. Kalau ending dia berbeza, mungkin filem Devils dapat sambutan lebih tinggi lantas jadi naskhah aksi thriller bagus untuk tahun 2023. 

1. Team Production +0.7, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +0.4, 10. Personal Thought +0.3 = 7.7/10

3 Minute Test dan Birthday Celebration

Saturday, 18 November 2023

Setiap hari Rabu akan diadakan meeting untuk track progress dan update isu semasa dalam RRM. Tapi untuk 25 Oktober lepas, managing partner minta I, Ms Debbie, Aiman dengan Ms Tasya untuk conduct test. Kenapa I terpilih sekali? Entah. Yang pastinya I pilih untuk conduct test untuk semua staff meanwhile Debbie untuk conveyancing, Aiman untuk Corporate dan Tasya untuk Litigation. 

Walaupun I conduct test untuk staff, I kena prepare set soalan untuk Company Secretary test juga under Corporate department. Tak lah susah mana pun nak buat set soalan tu sebab tak banyak pun yang kena ubah. 

Sebelum test bermula, kami bahagikan kepada dua group - Lawyers/TA dan staff sebab test ni kitorang buat serentak supaya jimat masa. Group Lawyers dan Trainee Associates berkumpul di lounge area untuk buat discussion dan jawab test sementara staff kena bergerak ke Training Room sebab dekat situ tempat simpan fail untuk semua department. 

Untuk 3-minute Test ni, staff kena cari fail yang I minta dalam masa 3 minit. Kalau gagal, bermakna labelling and arrangement system untuk department tu kena rombak semula. Semua fail disusun mengikut ref file tapi terpulang juga kepada cara susunan department tersebut. Sebab dalam satu department ada pecahan yang lebih spesifik macam Conveyancing department susun file ikut developer dan loan bank. 
 



Mudah untuk cari fail kalau ada label pada rak simpanan fail, tak ambil masa lama pun, dalam satu minit dah jumpa. Kalau tak ada label, boleh lebih dari 3 minit. Itu belum masuk kalau fail tu tak ada dekat rak. Dekat RRM, fail tak boleh ada dekat atas meja, semua kena simpan dekat rak supaya tak ada kes hilang atau tersalah letak. Kalau fail yang jenis beranak macam Litigation dengan Company Secretary, volume sebelumnya tu kena simpan betul-betul dalam rak. 

Lepas settle bab fail, ada test untuk issue bill, data storage, KIV system dengan open file. Semua ni perkara asas yang semua staff kena tahu. Masa test tu tak ada masalah pun untuk siapkan dalam masa 3 minit sebab semua pun dah biasa buat. Tepat jam 4 selesai semua test so I inform Council of Partners. 

Ingatkan COP nak sambung meeting rupanya ada pengumuman semua boleh balik jam 4.30pm hari tu sebab ada ammonia gas leaking dekat kawasan Lotus' Ara Damansara. Kilang ais dekat kawasan situ ada kebocoran paip. Boleh balik awal dan masuk office keesokannya jam 10 pagi. Seronok lah semua orang, bukan selalu dapat balik jam 4.30 kan?

Sebelum balik tu, kitorang celebrate birthday Debbie dengan Syaz sebab diorang lahir bulan Oktober. Ain order Russian Spartan Crepe Cake dari Aainaa Kitchen. Ada bihun goreng dan teh tarik juga untuk meeting petang tu. 







Happy belated birthday Syaz and Debbie, may Allah bless you guys. To many more memories together ðŸ’œðŸ’œðŸ’œ

ASTRO ORIGINALS MEMPERSEMBAHKAN ‘GAMERS MANGKUK’, SIRI TV PREMIUM BERLATARKAN E-SUKAN ‘MOBILE LEGENDS: BANG BANG’ PERTAMA MALAYSIA | Amir Ahnaf Kembali Dalam Siri Premium Terbaru Selepas High Council

Peminat e-sukan boleh menantikan tayangan perdana ‘Gamers Mangkuk’, siri premium e-sukan Astro Originals, terbitan Astro Shaw dengan kerjasama MOONTON Games. Siri baharu ini mengisahkan tentang Tam, Napi, Lee, Maya dan Theeban, lima pemain e-sukan yang berpadu keringat di dalam satu pertarungan e-sukan iaitu Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) untuk dinobatkan sebagai pelapis kepada pemain e-sukan profesional negara, menerusi Mobile Legends: Bang Bang Professional League Malaysia. ‘Gamers Mangkuk’ bakal ditayangkan pada 1 Disember, setiap Jumaat, 9 malam, di slot Astro Originals, menerusi Astro Premiere (Saluran 410) atau menyaksikan secara awal bermula 12 tengah malam menerusi platform On Demand dan Astro GO.

Diarahkan oleh Hyrul Anuar, pengarah muda yang berpengalaman dalam bidang filem dan video, serta penceritaannya pula ditulis oleh Sham Hashim, Bainun Waheeda dan Haris M. Nor. Siri e-sukan pertama Astro Shaw ini menampilkan barisan bakat-bakat majmuk baharu dan terkenal tempatan termasuk Amir Ahnaf (Napi), Taufik Izmir (Napi), Nick Davis (Lee), Sara Mack Lubis (Maya) dan Sathisvaran (Theeban), selaku teraju utama. Manakala penceritan di setiap episod pula dibarisi oleh Amelia Christie (Vie), Josiah Hogan (Slayer), Nadia Brian (Aleya), Taqim Zaki (Abang Long), Khatijah Tan (Hajah Munah), Louisa Chong (June) dan Puteri Qaseh (Madness).

Naib Presiden, Ketua Astro Shaw & Perniagaan Melayu Nusantara, Raja Jastina Raja Arshad, juga merangkap Penerbit Eksekutif Gamers Mangkuk, berkata, “Gamers Mangkuk adalah drama premium tempatan pertama yang mengetengahkan tema e-sukan sebagai latar penceritaan. Ini secara tidak langsung menunjukkan tanda sokongan kami kepada pertumbuhan industri e-sukan. Bukan sekadar menampilkan jalan cerita dengan elemen kompetitif semata-mata, tetapi memberi fokus kepada cabaran dalam mengejar impian serta konflik sosial yang wujud dalam masyarakat. Gamers Mangkuk boleh dinikmati oleh semua lapisan penonton, tidak kira peminat e-sukan mahupun tidak. Kami harap drama premium ini dapat memberi niai hiburan berbeza dan inspirasi kepada penonton, serta memberi persepsi yang lebih meluas terhadap potensi besar e-sukan.”

Pengarah Gamers Mangkuk, Hyrul Anuar, berkata, “Gamers Mangkuk memfokuskan generasi Z. Namun, saya cuba meletakkan elemen dan nilai hiburan yang dekat dengan penonton umum, dan tampilkan penceritaan dalam konsep komik. Antara cabaran utama menghasilkan naskhah ini adalah sudut teknikal agar visual permainan video yang dipersembahkan tampak sebenar dan kemas. Harapan saya agar Gamers Mangkuk dapat diterima dan menghiburkan penonton Malaysia menerusi penceritaan yang disampaikan.”

Fikri Rizal Mahruddin, Ketua Pemasaran dan Pembangunan Perniagaan, MPL Malaysia, berkata, “MLBB Esports telah berkembang menjadi tumpuan utama dalam penggunaan kandungan di Malaysia, menjadikan penonton terpesona dengan naratif dan watak yang menarik musim demi musim. Kami gembira dapat bekerjasama dengan salah satu studio terbesar dan paling menarik di Malaysia untuk menawarkan khalayak ramai dengan sesuatu yang menyegarkan, mengasyikkan dan mudah diakses untuk menikmati permainan e-sukan – tidak kira sama ada anda adalah peminat e-sukan, baru berjinak-jinak atau kedua-duanya sekali.”

Gamers Mangkuk, sebuah siri 8 episod, mempersembahkan satu konsep unik bagi siri rantaian terbaharu Astro Shaw, di mana siri ini meneroka perjalanan lima anak muda terdiri daripada Tam, Napi, Lee, Maya dan Theeban yang berjuang untuk melepasi pertarungan e-sukan terkemuka Mobile Legends: Bang Bang, dengan mendapat tajaan dari Mangkuk Hajah Munah. Setelah diperkenalkan dengan nama Gamers Mangkuk, lima anak muda ini berjaya menerima jemputan daripada Slayer, pemain e-sukan dan streamer handalan Malaysia untuk bertarung di dalam sebuah pertandingan besar dan dijanjikan habuan hebat untuk menyertai Team Perang, kumpulan pemain-pemain e-sukan profesional dan Juara e-sukan Kebangsaan.

Setelah Gamers Mangkuk berhempas pulas, ternyata pertarungan yang dijanjikan adalah tipu helah semata-mata serta dirancang oleh pihak penganjur untuk mendapat perhatian masyarakat dan penaja. Manakala juara pertandingan juga telahpun ditetapkan terlebih awal sebelum penglibatan Gamers Mangkuk. Akibat terkilan dengan keputusan pihak penganjur, Gamers Mangkuk mencabar Team Perang untuk pertempuran satu-lawan-satu dan perlu disiarkan secara langsung di khalayak umum. Mampukah Gamers Mangkuk menawan Team Perang untuk dinobatkan sebagai kumpulan e-sukan baharu? Segalanya bakal terjawab di penghujung episod.

Siri premium e-sukan ini menggambarkan hubungan persahabatan pemain-pemain e-sukan yang meningkat naik dan pengorbanan yang harus dilakukan bagi mencapai tujuan utama di dalam pertarungan besar. Selaras dengan slogan ‘Life Is A Game, Play It’, kelima-lima sabahat bertungkus-lumus mempersiapkan diri untuk mengharungi cabaran dan akhirnya membawa kepada kepuasan yang dicari sebagai pemain e-sukan.

‘Gamers Mangkuk’ ditaja oleh MOONTON Games, Mobile Legends: Bang Bang dan Mobile Legends: Bang Bang Professional League. Pelanggan Astro boleh menyaksikan episod-episod baharu Gamers Mangkuk pada 9 malam, setiap Jumaat di Astro Premiere (Saluran 410), On Demand dan Astro GO. Ikuti info dan klip-klip menarik menerusi akaun Instagram, TikTok, Facebook, X , Astro Gempak dan Astro Shaw.

*************************************

Mengenai Astro Shaw

Astro Shaw adalah sebuah syarikat penerbitan filem Malaysia untuk pasaran tempatan dan nusantara. Astro Shaw juga giat dalam memasar serta mengedar filem-filem tempatan dan serantau sekaligus mengukuhkan kedudukannya di pasaran global. Sejak ditubuhkan pada tahun 1996, kini Astro Shaw telah menerbitkan lebih 95 buah filem dalam pelbagai genre dan bahasa. Antara kejayaan besar Astro Shaw adalah menerusi filem Polis Evo 3, Hantu Kak Limah, Abang Long Fadil 3, Paskal, Dukun, The Garden of Evening Mists.

Mengenai MOONTON Games

Ditubuhkan pada 2014, Moonton adalah sebuah syarikat global permainan video yang berdedikasi untuk pembangunan, penerbitan dan juga e-sukan. Mempunyai lebih daripada 1,500 pekerja serata dunia, syarikat ini beroperasi di Indonesia, Malaysia Singapura, Hong Kong dan juga tanah besar Cina. Moonton telah berjaya melancarkan beberapa permainan mudah alih terkemuka di peringkat global dan telah menjalinkan hubungan jangka panjang dengan pihak kerajaan dan juga organisasi e-sukan di 30 buah negara serata dunia. Salah sebuah permainan video yang diterbitkan oleh Moonton, Mobile Legends: Bang Bang adalah permainan video mudah alih multiplayer online battle arena (MOBA) yang terkemuka di dunia.

Mengenai Mobile Legends: Bang Bang

Mobile Legends: Bang Bang adalah permainan mudah alih Multiplayer Online Battle Arena (MOBA) yang paling terkemuka di dunia. Dengan lebih dari 100 juta pemain yang aktif setiap bulan, Mobile Legends: Bang Bang menduduki carta Top 10 most-played games di 80 buah negara. Permainan mudah alih ini boleh didapati di seluruh 139 negara dan telah dilokalisasikan kepada 25 bahasa.

Mengenai Mobile Legends: Bang Bang Esports

Ditubuhkan pada 2017, Mobile Legends: Bang Bang esports bergerak sebagai satu platform supaya pemain dapat mengejar impian dan cita-cita untuk menjadi atlet e-sukan, mengembangkan potensi, dan berpeluang untuk bertanding di peringkat antarabangsa. MLBB Esports kini telah berkembang untuk beroperasi mengoperasikan pelbagai liga, termasuklah siri MPL yang dianjurkan di Asia Tenggara, Eropah, Timur Tengah dan juga Amerika Utara.

Bazaar MyTown

Lepas makan dekat restoran Dakchigo, on the way nak ke laluan MRT, terdengar busking dekat ruang luar MyTown. Bila menapak keluar, nampak ada bazaar penuh dengan pelbagai jenis booth. Seronok tengok tema bazaar MyTown ni sebab aesthetic. Semua booth yang turut serta menggunakan kayu dan tema warna pastel. 

I boleh tengok je lah bazaar ni sebab dah kenyang makan dekat Dakchigo sebelum tu. Semua peniaga yang ada dekat bazaar MyTown ni adalah peniaga Cina jadi ada makanan yang tak boleh dimakan sebab ada babi dan alkohol. 






Ruang untuk makan pun banyak disediakan di bazaar ni. Boleh pilih nak makan dekat ruang tengah yang penuh dengan meja kayu dan kerusi santai ataupun makan di ruangan tengah sambil layan busking. Walaupun tempat ni teduh dari sinaran matahari tapi tetap panas jugak sebab tak ada kipas. Angin pun tak ada so kalau stay tanpa kipas tangan memang cepat sangat kulit jadi merah. Well, my skin does hshshs





Selain makanan, di bazaar MyTown ni ada juga yang buka kelas untuk kraf. Sebagai tangan yang tak berseni, molek kalau I tengok dari jauh sambil menghargai seni buatan tangan orang lain. 







Bazaar yang jual pakaian, aksesori, lilin homemade, kraf tangan, lukisan dan pokok tanaman pun banyak juga. Sebelum ni I nampak bazaar dekat Pasar Seni dengan Lalaport, tak sangka dekat MyTown pun ada. Tak pasti kalau minggu tu untuk bazaar peniaga Cina kemudian minggu lain bertukar peniaga lain ikut tema macam dua mall tu. Tapi kalau fixed pun I don't have problems, poket I je bermasalah hshs

Lepas menang main game dekat event Disney+ Hotstar, kitorang makan malam dekat Kyochon sebab tarikh luput baucar tu hujung bulan Disember nanti. Kalau tak guna, nanti lupa lepastu burn macam tu je. 

I dah lama tak makan dekat Kyochon sebab pilihan dia tak banyak yang menarik nak dibandingkan dengan K-Fry so bila dapat baucar tu macam blur jugak nak makan apa. Masa tengok TikTok ternampak resipi so-tteok so-tteok tapi malas nak buat sendiri. Dah alang-alang ada dekat Kyochon, why not cuba kan? 
 

So-tteok So-tteok ni antara snek popular di Korea. Kalau tengok K-drama pun banyak sangat scene makan snek ni sampai terliur dibuatnya. Nak masak pun mudah tapi nak prep tu kena ada banyak bahan sebab rasa dia manis-manis pedas. Bahan utama pula guna tteokboki dan sosej yang digoreng. 

Ada dua pilihan So-tteok So-tteok di Kyochon sama ada nak pedas shinhwa ataupun perisa manis madu. Boleh juga order untuk mix kedua-dua perisa. Kitorang ambik mix sebab takut kalau pedas sangat. Rasa dia sedap sebab sos perapan tu cukup rasa. Makan panas-panas lepastu minum dengan air Sprite, effect dia sama macam kita tengok Korean makan dalam K-drama hahaha



Untuk main dish, ambil ayam goreng 12 pcs peris campur pedas dan original. Masa pergi tu, perut kenyang lagi jadi tak nak makan something yang heavy sangat. Sebab tu ambil So-tteok So-tteok dan ayam. Air pula ambil Iced Yuza Tea (Korean Citron Tea). Rasa dia lebih kurang je macam lemon cuma manis sikit. 



Happy ye makan guna gift voucher ni sebab keluar RM5 je untuk baki bayaran. Ada jugak nampak menu baru dekat Kyochon so lepas ni boleh try makan yang lain pulak sampai voucher habis.