Movie Review | Oppenheimer (2023)

Saturday, 29 July 2023


Director: Christopher Nolan
Writer: Christopher Nolan
Cast: Cillian Murphy, Emily Blunt, Matt Damon, Robert Downey Jr., Florence Pugh, Josh Hartnett, Casey Affleck, Rami Malek, Kenneth Branagh
Production Companies: Syncopy Inc., Atlas Entertainment
Distributor: Universal Pictures
Genre: Biopic / Drama
Running Time: 180 minutes
Release Dates: 11 July 2023 (Le Grand Rex), 21 July 2023 (United States and United Kingdom)
Trailer :


J. Robert Oppenheimer (Cillian Murphy) adalah ahli fizik yang terkenal dengan kebijaksanaannya dalam kuantum fizik lantas memperoleh PhD dari Universiti Gottigen, Jerman. Sekembalinya dia ke Amerika Syarikat, Oppenheimer dibawa masuk untuk Projek Manhattan oleh Jeneral Leslie Groves (Matt Damon). 

Projek tersebut adalah projek yang mengumpulkan ahli fizik yang hebat di Amerika untuk mencipta senjata ampuh supaya dapat menumpaskan pihak Nazi. Oppenheimer memujuk Edward Teller (Benny Safdie), Isidor Isaac Rabi (David Krumholtz) dan ramai lagi supaya berpindah ke Los Alamos, Mexico selama 18 bulan atau mungkin lebih. Kerana mereka mengambil masa yang lama, target mereka berubah iaitu negara Jepun. 


‘Prometheus stole fire from the gods and gave it to man. For this he was chained to a rock and tortured for eternity.’

Filem terbaru Christopher Nolan adalah naskhah biografi drama yang agak berat untuk ditonton kerana durasinya sepanjang 3 jam, dialog yang menggunakan kosa kata tinggi dan juga subjek fizik yang dibicarakan dalam kebanyakan babak. Pendek kata, kalau tak minat sains, this movie is not for you. 

I tengok filem Oppenheimer ni lepas balik kerja, terus tepu kepala sebab banyak sangat ilmu fizik kena belajar dalam satu masa. Tapi tak lah teruk mana sebab dah pernah layan series The Big Bang Theory. Even karakter Oppenheimer mirip seperti Sheldon Cooper, cocky and annoying but in a good way. Banyak kali tergelak bila tengok babak Groover dengan Oppenheimer menyembang. 

Berbeza dengan Sheldon, watak Oppenheimer ni kaki perempuan jadi ada la beberapa babak yang dibawa masuk untuk personal life dia. Suka sangat tengok watak Kitty Oppenheimer (Emily Blunt) sebab walaupun dia tak lah bijak dalam fizik macam suami dia tapi Kitty tahu percaturan politik orang sekeliling yang cuba menjatuhkan Oppenheimer. Secara terang-terangan atau diam-diam, Kitty antara pertahanan kuat Oppenheimer sebelum atau selepas Projek Manhattan. 


‘You think because you let them tar and feather you that the world will forgive you? They won't.’ – Kitty Oppenheimer

Lakonan Cillian Murphy sebagai ahli fizik genius yang kompleks menjadi tumpuan utama filem Oppenheimer. Kagum dengan semangat dia untuk bangunkan anak bangsa supaya minat dengan fizik bermula dari seorang saja pelajar sampai lah berjaya tarik ramai orang. 

Walaupun dia bijak, Oppenheimer ni tak ada masalah pun nak terima pandangan orang lain. In fact, dia lagi teruja bila ada yang mampu bertukar pandangan dengan dia macam babak Lawrence (Josh Hartnett) bagitahu apa perbezaan teori dengan praktikal. Masa dia halang Teller dari berhenti dari projek tu dan bagi Teller ruang untuk jalankan projek Super pun boleh nampak karakter dia yang supportive. 

Pendirian dia pun jelas tentang kenapa dia setuju untuk ketuai Projek Manhattan. Bukan sebab nak jadi pembunuh untuk nyawa-nyawa yang tak berdosa tapi sebagai senjata untuk lindungi negara. Even pendirian dia untuk personal life pun dia tak teragak-agak untuk buat keputusan macam mana dia putuskan hubungan dengan Jean Tatlock (Florence Pugh) ataupun serahkan Peter pada kawan yang mampu jaga anak sulung supaya Kitty sembuh dari post-partum depression. 


Bercampur-baur lah perasaan masa tengok filem Oppenheimer ni sebab kita meraikan kejayaan salah satu sejarah terbesar dunia tapi dalam masa yang sama bersimpati dengan nyawa yang terkorban akibat letupan bom nuklear. Bukan penduduk Jepun saja malah Korea yang dipaksa masuk untuk bekerja sebagai buruh sepertimana yang digambarkan dalam filem Battleships Island. 

Macam mana Albert Einstein (Tom Conti) dan Ernest Lawrence mempunyai pandangan berbeza, macam tu jugak lah I rasa untuk Oppenheimer. Nasib baik kengerian kesan bom nuklear tu cuma diceritakan dari mulut Oppenheimer dan bukannya dipaparkan secara visual sebab tak mungkin tergamak nak tengok. Membayangkan saja pun dah cukup sebak. Semestinya filem Oppenheimer bukan nak glorify pembikinan bom nuklear tapi lebih kepada peribadi ahli fizik tersebut. Digelar Father of Atom Bomb tapi hidup dalam penyesalan yang tak sudah. Terjerat dalam kebijaksanaan sendiri. 


Personally, movie Oppenheimer ni patut berhenti lepas Trinity Test dan tak perlu pun masukkan tentang Strauss (Robert Downey Jr.,). Bila masuk plot perbicaraan tu dah jadi lenguh dah nak tunggu filem ni habis sebab perbicaraan tu lama dan momentum jatuh mendatar. 

Filem Oppenheimer ada banyak sangat watak sampingan sebab Projek Manhattan tu sendiri pun ada banyak nama yang terlibat jadi Nolan tak boleh nak kurangkan. Disebabkan durasi panjang, kebanyakan masa macam tak mampu nak ingat siapa. Albert Einstein je lah yang familiar bila dia muncul. Of course, I’ve learnt a lot from this movie but to watch Oppenheimer on big screen for 3 hours is just pffftttt…

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.7 = 9/10

Movie Review | Bawaal (2023)


Director: Nitesh Tiwari
Writers: Nitesh Tiwari, Piyush Gupta, Nikhil Mehrotra, Shreyas Jain
Cast: Varun Dhawan, Janhvi Kapoor, Anjuman Saxena, Manoj Pahwa, Mukesh Tiwari, Prateek Pachori, Vyas Hemang
Production Companies: Nadiadwala Grandson Entertainment, Earthsky Pictures
Distributor: Amazon Prime Video
Genre: Romantic / Drama
Running Time : 137 minutes
Release Date: 21 July 2023 
Trailer :


Bawaal (Kekecohan) mengisahkan tentang perkahwinan antara Ajay Dixit (Varun Dhawan) dan isterinya, Nisha Dixit (Janhvi Kapoor) yang bergolak setelah Nisha diserang sawan. Nisha mempunyai penyakit tersebut sejak lahir tapi sejak menginjak dewasa, Nisha tak pernah terkena serangan sawan kerana dia sentiasa mengambil pil seperti yang disarankan oleh doktor. 

Nisha mempunyai pendidikan tinggi, cantik dan pandai serba-serbi dalam segala hal namun tiada yang sanggup beristerikan penghidap epilepsi. Ajay yang tidak faham erti epilepsi setuju beristerikan Nisha. Sebaik saja dia nampak serangan sawan tersebut, Nisha dikurung di rumah supaya tidak menjatuhkan air mukanya di hadapan penduduk kampung. 


Kerana sikapnya, Ajay digantung tugas lantas mencari jalan untuk mendapatkan kerjanya semula. Disebabkan perkara tersebut, dia mencari alasan untuk bawa Nisha ke Paris, Normandy, Amsterdam, Berlin dan Auschwitz untuk mengajar sejarah Perang Dunia Kedua sambil berbulan madu. Tanpa disangka percutian mereka mengubah dan juga mengajar banyak perkara lantas menyelamatkan perkahwinan mereka berdua.

Naskhah terbaru Nitesh Tiwari merupakan idea asal dan sesuatu yang segar untuk genre romantic drama. Walaupun konsep penceritaan parallel latar masa sekarang dan latar bersejarah pernah dibikin seebelum ni seperti filem Rang De Basanti (2007) namun filem Bawaal masih mempunyai keunikannya yang tersendiri. 


Masa tengok intro filem Bawaal terbitan Nadiadwala Grandson Entertainment dan Earthsky Pictures rasa skeptikal sebab intro tipikal romantic films. Nak pula bila pelakon utamanya Varun Dhawan sebab sebelum ni, dalam filem pun paparkan babak yang sama. Tapi bila filem dah bergerak ceritakan tentang Nisha dah nampak vibe dan momentum tu berubah. 

Makin bertambah menarik bila Nisha dan Ajay explore tempat bersejarah kemudian ambil iktibar dari tempat-tempat tersebut. Seronok sebab bukan saja boleh tengok bibit manis pasangan suami isteri mud ani malah kita pun dapat belajar sekali tentang pengorbanan dan pentingnya bersyukur. Sebelum ni pernah baca novel The Diary of Young Girl – Anne Frank jadi senang lah nak relate kenapa Nisha dengan Ajay rasa sebak sangat tengok bingkisan kehidupan remaja tersebut. 


Kalau sebelum ni Varun Dhawan acap kali dipuji kerana chemistry dia dengan Alia Bhatt tapi kali ni chemistry Varun dengan Janhvi jadi tunggak utama filem Bawaal. Terpukau tengok babak Ajay dengan Nisha menari atau setiap kali Nisha pandang Ajay. Kes Nisha dan Ajay adalah kes ‘she fell first but he fell harder’. Filem ni adalah family film jadi tak ada langsung babak seksual walaupun kissing scene. 

Sembang bab lakonan memang tak ada masalah langsung untuk Varun Dhawan lakonkan watak Ajay sepertimana yang digambarkan oleh Nitesh. But personally for me, it was Janhvi Kapoor took away all the limelight. Mungkin sebab watak dia soft kot tapi I memang ada soft spot untuk Janhvi pun sejak Dhadak (2018) hshshs. Suka sangat tengok wardrobe Nisha dalam filem Bawaal ni especially bila dia pakai baju tidur. Nampak comel sangat sebab nampak macam baju kurung Kedah. 


Mungkin tak semua akan berpuas hati dengan olahan filem Bawaal sebab menyampah dengan karakter Ajay yang hampir keseluruhan filem menyakitkan hati tapi sebagaimana Ajay mula terima Nisha, macam tu lah juga kita akan suka dengan filem ni. 

Sinematografi adalah kelemahan utama filem Bawaal sebab penggunaan VFX yang ketara. Babak di kem pelarian Auschwitz nampak sangat shoot dalam studio. Tak pasti lah kenapa sedangkan team production memang shooting di beberapa tempat di Europe. Flashbacks pun tak berapa menjadi sebab kita boleh nampak perbezaannya cuma pada tona hitam putih. Music album dari Mithoon juga kurang menyengat untuk naskhah romantik drama. 



For a one-time watch, Bawaal looks great as weekend entertainer. 

1. Team Production +0.8, 2. Visual +0.4, 3. Audio +0.3, 4. Storyline +0.8, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.6 = 7.5/10

PENCARIAN PELAKON WATAK SUPERHERO  IKONIK MALAYSIA ‘KELUANG MAN’ | Sesi Uji Bakat Bermula 28 Julai – 13 Ogos 2023

Siri animasi legenda Malaysia yang amat popular dan menjadi fenomena sejak lebih dua dekad lalu, Keluang Man bakal diangkat ke layar perak. Filem Keluang Man versi ‘live action’ ini diterbitkan oleh Astro Shaw dan bakal diarahkan pengarah siri High Council dan juga penulis filem Polis Evo, Anwari Ashraf Hashim. 

Sedang memulakan fasa pra-produksi, kini filem Keluang Man sedang mencari bakat yang bersesuaian untuk watak utama. Sesi uji bakat fasa pertama dibuka bermula 28 Julai sehingga 13 Ogos depan. 

Pencarian bakat ini terbuka buat semua warganegara Malaysia, lelaki, berusia dalam lingkungan 21 hingga 40 tahun, fasih berbahasa Melayu, berperwatakan menarik dan berpersonaliti unik serta mempunyai fizikal yang tegap. Mempunyai kemahiran seni mempertahankan diri adalah satu kelebihan.

Bagi yang berminat, layari platform media sosial Instagram Astro Shaw atau Astro Gempak bagi mendapatkan imbasan kod QR untuk menghantar video tentang diri dan personaliti anda. Imbas kod QR, muat naik video berdurasi maksimum 3 minit tentang personaliti anda berserta gambar, dan tekan butang hantar. Video hendaklah dalam format mp4 sahaja (saiz fail tidak melebihi 300mb).

Calon yang terpilih dalam senarai pendek akan mendapat notifikasi dari pihak produksi. Mereka akan diberikan penerangan tentang ciri-ciri karakter untuk proses uji bakat fasa kedua secara fizikal di Kuala Lumpur/Selangor. 10 bakat yang terbaik akan dipilih untuk saringan fasa ketiga sebelum pihak produksi mendedahkan siapa yang berjaya membawa watak Keluang Man. 

Naib Presiden, Ketua Astro Shaw & Perniagaan Melayu Nusantara, Raja Jastina Raja Arshad berkata, “Watak ikonik ini amat dekat dengan penonton. Dalam usaha menghasilkan karya berkualiti, Astro Shaw mengambil langkah untuk meneroka inisiatif ini dengan membuka peluang kepada para selebriti tanah air serta masyarakat umum di luar sana untuk mempamerkan bakat terpendam. Kami berharap pencarian ini dapat menampilkan bakat yang menepati kriteria watak adiwira itu”. 

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.keluangman.com atau kunjungi media sosial Instagram, Twitter, TikTok Astro Shaw atau Astro Gempak. 

Imbas kod QR bagi pendaftaran sesi uji bakat.

FILEM PERSONAL SHOPPER, HURU-HARA ZOMBI MENCUIT HATI

Thursday, 27 July 2023

FILEM PERSONAL SHOPPER, HURU-HARA ZOMBI MENCUIT HATI | Gabungan Pelawak & Pelakon Popular Yassin, Adeline Tsen, Amir Raja Lawak, Man Raja Lawak, Azri Iskandar

Filem komedi Personal Shopper kini ditayangkan di Astro First dan dibintangi oleh Shatirah Amanda, Adeline Tsen, Azri Iskandar, Aleza Shadan, Yassin Senario, Kak Girl, Amir Raja Lawak, Ungku Hariz, Man Raja Lawak, Vanessa, dan ramai lagi. Personal Shopper merupakan filem hasil daripada Dana Program TV/OTT di bawah program Dana Kandungan Digital (DKD) agihan Finas dengan kerjasama Astro. 

Banyak babak-babak mencuit hati ditampilkan dalam Personal Shopper. Personal Shopper mengisahkan tentang seorang gadis bernama Felora yang telah mengambil vaksin yang salah di pasaran gelap. Vaksin tersebut adalah untuk kemurungan haiwan spesies homo sapien dan kesannya telah menyebabkan Felora bertukar menjadi zombi dalam tempoh 24 jam. Dengan bantuan Shah Rock, mereka cuba mencari Doktor Kasim untuk merawat Felora. Dalam perjalanan, pertemuan bersama Rabbani menyebabkan hormon zombi di dalam badan Felora sehingga menjadi ganas. Keadaan terus menjadi huru hara dan harapan Felora untuk kembali normal semakin nipis.


Filem yang ditayangkan di Astro First sejak 6 Julai lalu adalah merupakan terbitan Spectrum Century dan arahan oleh Khalid Nadzri.

Filem komedi Personal Shopper kini ditayangkan di Astro First dan dibintangi oleh Shatirah Amanda, Adeline Tsen, Azri Iskandar, Aleza Shadan, Yassin Senario, Kak Girl, Amir Raja Lawak, Ungku Hariz, Man Raja Lawak, Vanessa, dan ramai lagi. Personal Shopper merupakan filem hasil daripada Dana Program TV/OTT di bawah program Dana Kandungan Digital (DKD) agihan Finas dengan kerjasama Astro. 

Banyak babak-babak mencuit hati ditampilkan dalam Personal Shopper. Personal Shopper mengisahkan tentang seorang gadis bernama Felora yang telah mengambil vaksin yang salah di pasaran gelap. Vaksin tersebut adalah untuk kemurungan haiwan spesies homo sapien dan kesannya telah menyebabkan Felora bertukar menjadi zombi dalam tempoh 24 jam. Dengan bantuan Shah Rock, mereka cuba mencari Doktor Kasim untuk merawat Felora. Dalam perjalanan, pertemuan bersama Rabbani menyebabkan hormon zombi di dalam badan Felora sehingga menjadi ganas. Keadaan terus menjadi huru hara dan harapan Felora untuk kembali normal semakin nipis.


Filem yang ditayangkan di Astro First sejak 6 Julai lalu adalah merupakan terbitan Spectrum Century dan arahan oleh Khalid Nadzri.


*********************************

Tajuk: PERSONAL SHOPPER
Genre: Komedi
Pengarah: Khalid Nadzri
Penerbit: Suriani Mohamed
Terbitan: Spectrum Century Sdn Bhd
Syarikat Penerbitan: Spectrum Century Sdn Bhd
Bahasa: Melayu
Durasi Filem: 120 Minit
Jumlah Hari Penggambaran : 21 Hari
Lokasi Penggambaran: Kuala Lumpur, Selangor
Tarikh Tayangan di Astro First: 6 Julai 2023


Barisan Pelakon

Shatirah Amanda sbg Felora
Adeline  Tsen sbg Ana
Azri Iskandar sbg Papa Felora
Aleza Shadan sbg Mama Felora
Yassin Senario sbg Dr J
Kak Girl sbg Gegirl
Farez Ridzwan sbg Shah Rock
Amir Raja Lawak sbg Rabbani
Syeera Aziz sbg Alia
Ungku Hariz sbg Ali
Vanessa sbg Mek
Man Raja Lawak sbg Dr. Kassim
Natasha sbg Felora Kecil

Tunggak Utama 

Syarikat Penerbitan : Spectrum Century Sdn Bhd
Penerbit Eksekutif : Zetty Alia Ramly
Penerbit: Suriani Mohamed
Pengarah: Khalid Nadzri
Skrip: Sofea J Rayland & Khalid Nadzri
Penolong Pengarah: Mohd Nor Rafiuffin Abd Sani
Pengarah Fotografi: Mokhairul Syamnizar Mokhtar
Pereka Busana : Ena Pakwan
Penata Tatarias: Nanad Sharam

Sinopsis | Bukan Cinta Sempurna (2023)

Wednesday, 26 July 2023


‘Bukan Cinta Sempurna’ akan ditayangkan pada setiap Isnin hingga Jumaat bermula 31 Julai 2023, jam 6.00 petang secara eksklusif melalui saluran Astro Ria (104).

Pengarah: Azri Izhar & MP Roslin MD Sharif

Pelakon: Ayda Jebat, Fadlan Hazim, Amar Baharin, Dato’ Ziela Jalil, Emelda Rosemila, Husna Mustaffa, Dato’ Raja Shah Rezza, Shah Iskandar

Produksi: Global Station Sdn Bhd

Rangkaian: Astro Ria / Astro GO

Episod: 50 episod

Tarikh Tayangan: 31 Julai 2023

Waktu Tayangan: Isnin – Jumaat, 6 petang

Sinopsis:

Qistina, pekerja ladang yang berhadapan dengan pelbagai cabaran bersama ibunya setelah dia jatuh cinta dengan Luqman, anak kepada Tuan Budi, pemilik ladang tersebut. Namun percintaan mereka dipenuhi onak duri lantaran kematian Tuan Budi apabila hubungan mereka dihujani fitnah. Nasib Qistina menjadi lebih tragis apabila dia ditinggalkan dalam keadaan hamil oleh Luqman yang sudah terkesan dengan fitnah, memaksa Qistina untuk keluar dan membina kehidupan sendiri.

Pecahan Watak :

Ayda Jebat sbg Qistina

Fadlan Hazim sbg  Luqman

Amar Baharin sbg Zyan

Shah Iskandar sbg Aniq

‘Tanah Kubur’ musim ke-16 ini akan ditayangkan pada setiap hari Jumaat, bermula 11 Ogos 2023, jam 7.30 malam secara eksklusif di saluran Astro Oasis (106).

Pengarah : Rashid Sibir
Produksi: Opera Klasik Sdn Bhd Untuk Astro
Siaran: Astro Oasis
Episod: 15 episod
Tarikh Tayangan: 11 Ogos 2023
Waktu Tayangan: Jumaat, 7.30 malam


Sinopsis 

Tanah Kubur Siri 16 akan mengupas mengenai hal kematian yang akan menunjukkan balasan kepada mayat yang setimpal dengan amalan mereka ketika masih hidup. Jika seseorang itu baik, maka baiklah balasannya dan jika seseorang itu berbuat jahat maka balasannya juga jahat. 

Dalam Tanah Kubur Siri 16, para penonton dapat melihat pelbagai kes di mana Tok Adi, penggali kubur yang dimainkan oleh pelakon veteran, Nasir Bilal Khan mudah menguruskan mayat, wajah mereka bersih dan tersenyum, dan kubur mereka berbau wangi manakala ada juga kes di mana pengurusan mayat menjadi susah, wajah mayat bertukar menjadi gelap dan pembalasan azab di kubur sudah bermula. 

Tok Adi yang juga dianggap sebagai tunggak masyarakat di kalangan orang kampungnya akan menyelesaikan semua masalah berkenaan dengan kematian. Walaupun Tok Adi akan berhadapan dengan pelbagai cemuhan dan kutukan daripada orang yang tidak menyukainya, tetapi beliau tetap tabah menghadapi segala dugaan dan amanah dalam melaksanakan kerjanya.

Pecahan Watak :

Nasir Bilal Khan sbg Tok Adi
Aaron Aziz sbg Syamil
Nad Zainal sbg Yati
Fikry Ibrahim sbg Kamal
Naim Daniel sbg Kamil
Rosnah Mat Aris sbg Nenek kepada Kamil


‘Budak Hostel Otaknya Sewel’ akan ditayangkan pada setiap Isnin hingga Khamis bermula 31 Julai 2023, jam 10.00 malam secara eksklusif melalui saluran Astro Ria (104).

Pengarah: Norhanisham Muhamad (Labu)

Produksi: Radius One Sdn Bhd

Rangkaian: Astro Ria / Astro GO

Episod: 18

Tarikh Tayangan: 31 Julai 2023

Waktu Tayangan: Isnin - Khamis, 10:00 malam

Sinopsis 

Akhil telah dicabar oleh musuh ketatnya, Borhan untuk mencuri barang seorang pelajar perempuan yang paling popular iaitu Zakiah Merican. Jika Akhil berjaya memecah masuk asrama perempuan, Borhan akan memulangkan kembali surat rahsia milik Akhil yang dicurinya. 

Dengan bantuan rakan-rakannya, Akhil mula merancang strategi memecah masuk ke dalam asrama perempuan. Cabaran demi cabaran terpaksa mereka lalui untuk menjalankan rancangan nakal mereka termasuklah perlu berhadapan dengan warden mereka yang sangat garang iaitu Cikgu Marzuki. Cikgu Marzuki merupakan pesaing Cikgu Daniel dalam cubaan untuk memenangi hati Cikgu Murni.

Kesempatan ini diambil oleh Akhil untuk memasuki asrama perempuan ketika Cikgu Marzuki terleka. Namun tanpa mereka sedari, sesuatu perangkap sedang menanti mereka setelah mereka Berjaya memasuki asrama perempuan itu.

Pecahan Watak :

Tuah Adzmi sbg Akil

Baihaqi Majid sbg Mat Piah

Adam Eji sbg Widad

Izz Ilham sbg Cupin

Azhan Rani sbg Cikgu Marzooki

Syarnaaz Ahmad sbg Cikgu Daniel

Amelia Christie sbg Zakiah Merican

Zarul Iman sbg Borhan

Aya Amiruddin sbg Balkis Tonggek

Datin Natasha sbg Murni

Adzim Hariz sbg Ghani

Amsyar Aziz sbg Munawer

Flora Haron sbg Angah

Sebagai pelopor drama tempatan terbesar di negara, Astro mempersembahkan koleksi drama-drama terbaharu yang bakal menggegarkan landskap drama rantaian tempatan dengan kepelbagaian genre untuk kesemua golongan penonton di Malaysia.

Astro memperluaskan lagi karya drama rantaiannya kepada golongan muda dengan ‘Budak Hostel Otaknya Sewel’, manakala memperkuatkan lagi proposisi drama di Tiara menerusi ‘Bukan Cinta Sempurna’ lantas mengembalikan drama rantaian keagamaan, ‘Tanah Kubur’ yang senantiasa menjadi kegemaran di kalangan ramai penonton drama Astro yang tegar.

Dengan landskap hiburan yang kian kompetitif, Astro mempertaruhkan drama-dramanya yang menyelit pelbagai genre dan elemen penceritaan untuk menarik minat golongan tua mahupun muda yang sesuai untuk tontonan seisi keluarga. Selain daripada memupuk minat terhadap kandungan-kandungan tempatan yang hebat, karya-karya ini turut mengetengahkan bakat-bakat yang bakal menerajui dunia hiburan Malaysia.

Budak Hostel Otaknya Sewel

MegaDrama di Astro Ria bakal diperkenalkan dengan drama berkonsepkan coming-of-age yang memaparkan ramai muka baharu dalam industri lakonan tempatan iaitu ‘Budak Hostel Otaknya Sewel’.

Drama rantaian 16 episod ini mengisahkan empat orang pelajar yang mempunyai pertalian persahabatan yang kuat, menuntut di sebuah sekolah asrama. Mat Piah, Cupin, Akhil dan Widad mengharungi kisah suka duka zaman remaja termasuk tekanan rakan sebaya, jatuh cinta serta kenakalan yang sering membuatkan mereka ‘terkantoi’ dengan pihak berkuasa di sekolah. Dengan setiap kisah serta cabaran yang ada, kekuatan persahabatan mereka pasti mengatasi segalanya. 

Dibintangi muka-muka baharu termasuk alumni Big Stage 4, Tuah Adzmi, Adam Eji, Izz Ilham dan Baihaqi Majid sebagai tunggak utama. Manakala para pelakon A-List Malaysia seperti Sharnaaz Ahmad, Azhan Rani dan Didie Alias menguatkan casting drama ini. Diterbitkan oleh Radius One, drama berkonsepkan keremajaan ini diarahkan oleh Mr. Labu yang diadaptasi daripada novel nukilan Hasrul Rizwan yang sama judul.

‘Budak Hostel Otaknya Sewel’ memaparkan penceritaan berani yang akan menarik minat para penonton muda. Apa yang membuatkan drama rantaian ini lebih relevan adalah pelakon-pelakon muda yang diambil bakal dilihat oleh golongan penonton ini sebagai representasi realistik yang mencerminkan siapa diri mereka.

‘Budak Hostel Otaknya Sewel’ akan ditayangkan pada setiap Isnin hingga Khamis bermula 31 Julai 2023, jam 10.00 malam secara eksklusif melalui saluran Astro Ria (104).

Bukan Cinta Sempurna

‘Bukan Cinta Sempurna’ mendominasi slot Tiara pada kali ini dengan menampilkan Ayda Jebat sebagai Qistina, pekerja ladang yang berhadapan dengan pelbagai cabaran bersama ibunya setelah dia jatuh cinta dengan Luqman, anak kepada Tuan Budi, pemilik ladang tersebut. Namun percintaan mereka dipenuhi onak duri lantaran kematian Tuan Budi apabila hubungan mereka dihujani fitnah. Nasib Qistina menjadi lebih tragis apabila dia ditinggalkan dalam keadaan hamil oleh Luqman yang sudah terkesan dengan fitnah, memaksa Qistina untuk keluar dan membina kehidupan sendiri.


Ayda Jebat didampingi hero-hero hebat, Fadlan Hazim sebagai Luqman beserta Amar Baharin sebagai anak sulung Tuan Budi iaitu Zyan. Kisah yang turut menyelit pemerkasaan wanita ini diarahkan oleh sutradara Azri Izhar serta dibarisi barisan pelakon berpengalaman seperti Dato’ Ziela Jalil, Emelda Rosemila, Husna Mustaffa, Dato’ Raja Shah Rezza dan Shah Iskandar.

‘Bukan Cinta Sempurna’ akan ditayangkan pada setiap Isnin hingga Jumaat bermula 31 Julai 2023, jam 6.00 petang secara eksklusif melalui saluran Astro Ria (104).

Tanah Kubur Musim ke-16

Selepas penantian selama 7 tahun, para penggemar drama rantaian bersiri ‘Tanah Kubur’ kini kembali untuk musim ke-16 yang bakal bersiaran di Astro Oasis. Dengan penceritaan yang berpaksikan keagamaan dan moral, drama ini merupakan antara drama yang terlama bertakhta di Astro dengan meraih pujian serta minat ramai penonton.

‘Tanah Kubur’ musim terbaharu ini kekal memaparkan kisah hal kematian yang perlu dihadapi Tok Adi sebagai penggali kubur di kampungnya. Setiap kali menguruskan jenazah, dia sentiasa menghadapi pelbagai dugaan dan perkara aneh yang menjadikan kisahnya padat dengan elemen religi dan kemasyarakatan. Masih diterajui pelakon veteran Nasir Bilal Khan, musim baharu ini turut menampilkan wajah-wajah hebat sebagai pelakon jemputan seperti Naim Daniel, Nad Zainal, Dato’ Aaron Aziz dan ramai lagi.


Penggambaran drama ini dilakukan di Ijok, Sekinchan, Rawang dan Kuala Lumpur dengan hasil karya berkualiti arahan Rashid Sibir bersama kru produksi yang sama. Namun penceritaan kali ini dihiasi nafas baharu dengan pelbagai topik penuh iktibar dan pengajaran yang bermanfaat. ‘Tanah Kubur’ musim ke-16 ini akan ditayangkan pada setiap hari Jumaat, bermula 11 Ogos 2023, jam 7.30 malam secara eksklusif di saluran Astro Oasis (106).

Kesemua drama-drama terbaharu Astro ini turut boleh distrim menerusi On Demand di Astro Box dan  aplikasi Astro GO untuk pilihan yang fleksibel. Alami pengalaman Astro Baharu. Strim tanpa gangguan hujan dengan Astro Ultra Box. Untuk melanggan Pek Primary, WhatsApp “NAK ASTRO” ke 03-9543 3838.

Raqim Ahmad - Naib Presiden Strategi Pembangunan Kandungan Hiburan Melayu, Astro


“Genre drama kian berkembang dan sentiasa melalui proses transformasi untuk memastikan percambahan penonton dan minat ditampung. Kemunculan generasi baharu, muda malah ‘digital natives’ amat ketara dan kian mendadak. Cita rasa mereka berbeza dengan golongan matang dan mereka yang sudah bekerja. Dengan adanya segmen seperti ini, kami telah mengenal pasti wujudnya permintaan untuk drama berpandukan kehendak golongan muda seperti genre coming-of-age yang akan dipaparkan di slot MegaDrama iaitu Budak Hostel Otaknya Sewel.

Manakala Tiara kembali memperkukuhkan lagi dominasi drama di slot jam 6 petang. Dengan Ayda Jebat menjadi pertaruhan pada kali ini, kami menjangkakan peralihan ramai penonton muda ke slot Tiara untuk mengikuti Bukan Cinta Sempurna di saluran Astro Ria mahupun strim menerusi On Demand. Kami yakin kekuatan casting drama ini akan ungguli saingan yang ada dan bakal menjadi topik perbualan di laman media sosial di kalangan Netizen.

Bukan itu sahaja, kembalinya Tanah Kubur di platform kami menunjukkan betapa kompetitif drama-drama kami dengan kepelbagaian penceritaan dan genre. Tanah Kubur begitu sinonim dengan Astro. 

Dengan memasuki musim ke-16, gandingan Rashid Sibir dan Nasir Bilal Khan bakal menguatkan lagikedudukan Astro sebagai pembikin drama kandungan utama di negara. Ramai pasti akan menonton drama rantaian ini dan ramai penonton baharu pula akan mula menyaksikan drama yang telah banyak melakar sukses serta meninggalkan impak di kalangan para penonton.

Uniknya drama-drama kami adalah gandingan di antara yang lama dan baharu. Kami percaya kombinasi tenaga kerja serta barisan pelakon tanpa kira usia membolehkan karya-karya di Astro berkembang secara kreatif dan sentiasa mengubah trend tersedia ada dengan penceritaan yang berani dan lain. Inilah trademark Astro yang selalu membawa pembaharuan dalam apa jua kami lakukan.”

ZAYAN dan MyCARE teruskan misi ibadah korban di Nepal | Video dokumetari tersedia di YouTube ZAYAN

Kapsyen gambar: (dari kiri) Anas, personaliti ZAYAN bersama sukarelawan dari Malaysia untuk ‘Misi Qurban @ Nepal’

ZAYAN dan MyCARE teruskan misi ibadah korban di Nepal

ZAYAN dan Humanitarian Care Malaysia (MyCARE), pertubuhan kemanusiaan bukan kerajaan, diwakili oleh Anas Tahir, personaliti ZAYAN Pagi, bersama sukarelawan dari MyCARE telah menyalurkan 30 ekor kerbau menerusi ‘Misi Qurban @ Nepal’ kepada penduduk kampung di dua daerah termasuk Rajbiraj dan Zandaur, pada bulan Jun lalu. 

‘Misi Quban @ Nepal’ dilengkapi dengan sembilan hari perjalanan bersama Anas dan sukarelawan dari Malaysia ke Nepal, dimulakan dengan proses pencarian haiwan untuk penyembelihan, diikuti pelaksanaan menyembelih dan seterusnya proses memasak daging sembelihan yang merangkumi pelbagai menu serta pengagihan daging korban kepada masyarakat setempat. Misi yang dijalankan ini mendapat sokongan dan bantuan daripada 200 dermawan daripada Malaysia dan agensi-agensi setempat yang ingin meraikan sambutan Aidiladha bersama pendnduk di Nepal.

Selain berkongsi rezeki, ‘Misi Qurban @ Nepal’ berfungsi sebagai platform pertukaran budaya dan persefahaman. Interaksi antara sukarelawan dan masyarakat setempat dipupuk menerusi sikap hormat-menghormati sesama manusia. Melalui pengalaman, cerita dan perbualan yang dikongsi oleh masyarakat di Nepal, jambatan pertalian telah terbina dan mengukuhkan hubungan persaudaraan.

Peminat ZAYAN boleh turut menyaksikan dokumentari perjalanan Anas bersama sukarelawan yang memberi gambaran sebenar kehidupan di Nepal, serta pengalaman menjayakan ‘Misi Qurban @ Nepal’, menerusi video berdurasi 20 minit, disediakan di platform YouTube ZAYAN. 

Untuk maklumat lanjut, layari zayan.syok.my atau ikuti platform media sosial. 

Ulasan Anas Tahir, Personaliti ZAYAN

“ZAYAN dan MyCARE amat berbesar hati dapat merealisasikan Misi Qurban dengan menyalurkan sumbangan 30 ekor kerbau kepada masyarakat Islam di Nepal. Persiapan dan penyedian Qurban dilakukan sendiri oleh sukarelawan yang terlibat dengan bantuan daripada agensi setempat. Kami berterima kasih kepada dermawan-demawan yang terdiri daripada 200 rakyat Malaysia di atas sumbangan mereka untuk menjayakan misi ini. Banyak pengalaman dan perkongsian baharu yang diperoleh menerusi perjalanan kami di bumi Nepal, dan peminat dapat menyaksikannya menerusi sebuah dokumentari khas yang telah disediakan di YouTube ZAYAN.”


Drama Review | LIAR (2023)

Tuesday, 25 July 2023


Pengarah : Jason Chong, Imri Nasution, Lim Siu Min
Penulis Skrip: Mayang Al-Mohdar (Head writer), Chi-Ren Choong, Nik Naemah Nik Mahir, Amar Amir, Honey Ahmad
Pelakon : Tiz Zaqyah, Tony Eusoff, Ezzaty Abdullah, Dato’ Jalaluddin Hassan, Wan Raja, Nadiya Nisaa, Atilia Haron, Nazrief Nazri, Haridhass Selvaraju, Naz Rahman, Nas-T, Aniq Suhair, Farah Ahmad, Joyce Harn, Charles Roberts
Syarikat Produksi: Double Vision Sdn Bhd 
Penyiaran: Astro Shaw Sdn Bhd
Genre: Crime / Thriller
Jumlah Episod: 12 Episod (50 minit setiap episod)
Tarikh Tayangan: 25 Mac 2023 (Astro On Demand), 3 April 2023 (Astro Ria)
Trailer : 


Drama yang diadaptasi dari siri terkenal di UK berjudul Liar mengisahkan tentang Lara Sulaiman (Tiz Zaqyah) yang cuba mempertahankan diri setelah dirogol oleh Dr. Aiman (Tony Eusoff). Bukti yang ada telah terhapus kerana Lara baru berani membuat laporan polis selepas 3 hari. Itupun setelah dipujuk oleh kakaknya, Kathy (Ezzaty Abdullah). 

Kecewa dengan tindakan Detektif Nissa (Nadiya Nisaa) dan Detektif Kumar (Haridhass Selvaraju), Lara ambil keputusan untuk membuat posting di media sosial supaya wanita di luar sana lebih berjaga-jaga dengan Dr. Aiman. Ramai yang mengecam tindakan Lara kerana membuka aib diri sendiri dan menghantar komen bersifat victim blaming.  


Hidup Dr. Aiman pula berubah dari disanjung kepada dipandang serong oleh jiran tetangga, orang sekeliling dan juga di tempat kerja. Anaknya, Noah (Aniq Suhair) juga menerima nasib yang sama. Malah lebih teruk lagi kerana dibuli gara-gara posting Lara tersebut. 

Lara yakin dan pasti dia dirogol oleh Dr. Aiman, manakala Dr. Aiman bertegas Lara mendapa kesan sampingan oleh ubat depresi yang diambil pada ketika itu. Siapa yang sebenarnya yang menipu? Kena tengok sendiri lah dekat Astro Ria. 


Masa dijemput untuk tengok tayangan Episod 1 drama LIAR ni rasa buntu jugak dengan persoalan tu sebab pengarah tak bagi hint langsung. Tapi masa tu baru episod 1 jadi tak boleh nak judge banyak. Bila dah tengok sampai tengah baru penulis mula buka topeng sebenar si pelaku. 

Walaupun drama LIAR adalah remake dari naskhah luar tapi pujian patut diberikan kepada penulis sebab berjaya olah mengikut selera tempatan. Banyak nilai murni yang diterapkan sekaligus menjaga tema asal iaitu penipuan supaya tak lari tapi masih lagi relevan. Tak mustahil untuk remake jadi sampah sebab team production ambil mudah jadi usaha untuk mengekalkan mutu kualiti drama LIAR ni patut dipandang tinggi. 


Tak pasti lah kenapa Jason Chong pilih Tiz Zaqyah dan Tony Eusoff sebagai leading pair kemudiannya part ways sebab dalam drama Villa Kristal (2021) sebelum ni pun diorang jadi life partner tapi sekejap saja. Sembang pasal lakonan both of them did their best. Bukan saja Tiz dan Tony malah semua yang terlibat pun deliver watak dengan bagus.

To be honest momentum drama LIAR jatuh mendatar bila kita dah tahu kebenarannya tapi bila watak Inspektor Rita Samsuddin (Atilia Haron) muncul untuk siasat kes terus semangat balik nak tengok. Setiap kali dia buka mulut, setiap kali tu lah berdekah. Kecil je orangnya tapi mulut pedas melaser. Kagum dengan cara dia buat kerja, bila dia sembang tentang garis baik dan kejahatan tu tak nampak preachy pun. 


Dalam drama LIAR ni ada ramai watak sampai screentime beberapa watak jadi pendek. Watak Eddie Hassan (Nas-T) dan Noah sepatutnya diolah dan dikembangkan lagi tapi sayang cuma jadi penyeri. Tak berapa suka watak Noah sebab dosa dia dengan Sofia (Yuyun Hikmah) tak membantu jalan cerita pun. It was supposed to be crime thriller tapi jadi drama pulak. Lagi best kalau Noah dengan Sofia siasat kematian Yazmin sebab post-mortem dia shady. 

Bab soundtrack, sinematografi semuanya membantu penceritaan drama LIAR. Siapa tak tengok lagi boleh layan di Astro Ria. 

1. Team Production +0.7, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +0.7, 6. Genre +0.5, 7. Themes +1, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.4 = 7.6/10