Filem terbitan Astro Shaw bersama Skop Productions dan TGV Pictures telah mula tayangan awal (‘sneak preview’) pada 24 Mei di pawagam seluruh negara dan berjaya meraih kutipan RM1.3 juta dan berada di tangga pertama di carta Top 10 GSC Malaysia bagi kutipan tertinggi pada 24 Mei, sekali gus mengetepi filem antarabangsa. 


Penerbit Eksekutif Polis Evo 3 merangkap Naib Presiden, Ketua Astro Shaw & Perniagaan Melayu Nusantara , Raja Jastina Raja Arshad berkata, “Alhamdulillah, kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua penonton Malaysia, Singapura dan Brunei yang telah menonton filem ini. Kami mengharapkan berita baik ini adalah satu permulaan yang baik untuk Polis Evo 3 serta membuktikan filem tempatan masih mampu menawan hati penonton dan memberi saingan sengit buat filem antarabangsa. Terima kasih juga kepada rakan penerbit Skop Productions dan TGV Pictures, barisan pelakon serta semua yang berusaha keras dalam meletakkan kejayaan Polis Evo 3.”

Filem arahan Syafiq Yusof ini menampilkan barisan pelakon seperti Zizan Razak, Shaheizy Sam, Sharnaaz Ahmad, Nora Danish, Syafiq Kyle, Farali Khan, Douglas Lim, Fauzi Nawawi, Fezrul Khan, Eyka Farhana dan ramai lagi. 

Polis Evo 3 mengisahkan tentang Inspektor Khai dan Inspektor Sani kembali dengan misi terbaru dan kali ini pasukan mereka disertai Inspektor Dani, Inspektor Julie dan Inspektor Dell yang mempunyai kepakaran berbeza. Keadaan bertambah rumit apabila sasaran seterusnya adalah Inspektor Khai. Persahabatan Inspektor Khai dan Inspektor Sani diuji apabila menyedari suspek yang diburu mempunyai kaitan dengan kisah silam Inspektor Khai. 

Terdahulu Polis Evo (2015) mencatat rekod sebagai filem tempatan pertama menembusi kutipan box office lebih RM18 juta dan Polis Evo 2 (2018) memungut jumlah box office RM23juta. 

Ikuti siri jelajah Polis Evo 3 pada 26, 27, 28 Mei di Terengganu, Pahang; 2 Jun di Seremban; 3, 4, 5 Jun di Kedah, Penang, Perak; dan 8, 9, 10, 11 di Singapura, Johor, Melaka. Untuk butiran lanjut boleh rujuk di akaun media sosial Astro Shaw. 

Saksikan filem aksi terhebat tahun ini, Polis Evo 3 yang kini berada di pawagam. Gunakan #PolisEvo #PolisEvo3 #PE3 bagi berkongsi pendapat mahupun keterujaan anda tentang filem ini. Ikuti perkembangan terbaru serta klip-klip menarik Polis Evo 3 di TikTok, Instagram, Twitter, Facebook Astro Shaw. 

Penghijrahan yang paling bererti apabila dua kalimah syahadah dilafazkan tatkala cabaran hidup kian melara. Begitulah naratif terkini slot Tiara yang memaparkan kisah seorang wanita, Jannah/ Janet yang memeluk Islam demi untuk bersama kekasihnya, Syawal Fitri. Namun pengorbanannya turut menyaksikan diri Jannah disisih oleh keluarganya sendiri, malah penerimaan ibu mertuanya bagaikan racun menyusuk perhubungan suami isteri antara Syawal dan Jannah. Walaupun mengharungi pelbagai dugaan termasuk dimadukan, Jannah tetap mendalami ilmu agama demi menjadi seorang isteri yang baik. Dalam usaha mencari ilmu, Jannah bertemu dengan Zakri, salah seorang fasilitator agama yang mula jatuh cinta dengannya.

‘Hijrah Jannah’ memaparkan polemik perkahwinan serta tugas dan tanggungjawab lelaki sebagai suami di dalam kerangka poligami. Drama kali ini turut memberi penekanan terhadap penerimaan golongan mualaf di kalangan keluarga dan masyarakat. 


Remy Ishak turut membuat penampilan pertamanya di slot Tiara sebagai Syawal, hero drama rantaian ini. Pertaruhan kali ini turut melihat Puteri Sarah memegang watak antagonis, Munirah yakni isteri kedua Syawal manakala pelakon jelita, Daniella Sya memegang watak utama, Jannah/Janet. ‘Hijrah Jannah’ turut didukung oleh pelakon-pelakon hebat seperti Ezaidi Aziz, Khalidah Atlibah, Daniel Fong, Angeline Tan, Kenji Sawahi dan ramai lagi.

‘Hijrah Jannah’ akan ditayangkan pada setiap hari Isnin hingga Jumaat bermula 5 Jun 2023, jam 6.00 petang secara eksklusif melalui saluran Astro Ria (104) serta turut boleh distrim menerusi On Demand di Astro Box dan aplikasi Astro GO untuk pilihan yang fleksibel. Dapatkan Pek Premium 1 untuk penjimatan hebat dengan hanya RM 99.99 sebulan untuk enam bulan pertama. Whatsapp “NAK ASTRO” ke 03-9543 3838 untuk menikmati drama ini di Astro.

Norzeha Mohd Salleh - Ketua Saluran Astro Ria

“Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Begitulah penceritaan ‘Hijrah Jannah’ yang memaparkan sisi-sisi liku perjalanan seorang mualaf dalam memulakan kehidupan baharunya, terutamanya apabila diri tertekan dengan ketidakterimaan keluarga serta tentangan yang diterima daripada keluarga mertua. 

Drama rantaian kali ini memaparkan Janet atau Jannah, sebagai protagonis utama drama yang mengharungi pelbagai dugaan dan tentangan yang diterima daripada pelbagai pihak, termasuklah keluarganya sendiri serta keluarga suaminya. 


Lakonan Daniella Sya amat berkesan serta efektif. Dia berjaya mendalami watak yang kompleks yang jarang sekali dipaparkan menerusi platform mainstream secara mendalam. Jarang sekali kita dipertontonkan drama yang penuh dengan titipan-titipan agama yang memerlukan penelitian dalam menjelaskan hukum-hukum yang ada. Kelainan seperti ini mampu mencabar pembikin-pembikin drama dalam memperluaskan penceritaan kepada elemen religi yang seharusnya menjadi antara kandungan utama dalam drama-drama rantaian di Malaysia. 

Kepelbagaian dalam gandingan pelakon turut melihatkan kesungguhan kami dalam memperkasakan kandungan yang ada. Kemajmukan negara kita membolehkan ‘cross vernacular’ berlaku dengan mudahnya. Kami percaya drama rantaian ‘Hijrah Jannah’ mampu menarik bukan sahaja para penonton berbahasa Melayu malah penonton-penonton yang bertutur dalam vernakular lain untuk menontonnya. Semoga slot Tiara sentiasa kukuh dalam menjadi antara slot drama terkuat di Malaysia menerusi ‘Hijrah Jannah’ dengan membawa naratif-naratif berbeza dan mencabar yang merupakan objektif utama kami di Astro.”

Feroz Kader - Pengarah Drama ‘Hijrah Jannah’

 “Gabungan pelakon dalam drama ini samada yang baru atau lama merupakan gandingan yang bagus, sangat positif. Kami memaparkan pelakon-pelakon pelapis. Kami juga kekalkan pelakon lama membawakan watak-watak yang berat dan tak lupa pelakon baharu yang berbakat besar. Selain itu, gabungan itu dapat memberi ilmu kepada pelakon baharu untuk menimba pengalaman. Sebagai pengarah, saya suka bekerja dengan orang baharu kerana saya nampak mereka sangat berusaha untuk buat sesuatu dan tahu bila digandingkan dengan pelakon lama, mereka teruja. Mereka rasa bertanggungjawab dan buat yang terbaik. 

Cabaran drama ‘Hijrah Jannah’ adalah lebih kepada karakter. Kami mahu warnakan setiap watak yang ada. Saya tahu Remy boleh membawa karakter dengan sangat berkesan dan baik. Saya pernah bekerja dengan Daniella menerusi kisah aksi, tetapi ini kali pertama dia melakonkan sesuatu yang sangat beremosi bersentimenkan keluarga, kasih sayang dan dia banyak menitis air mata. Jadi saya tahu dia boleh bawa dengan baik. Gandingan antara Daniella dan Remy sangat baik.  Saya banyak berbincang dengan Remy untuk warnakan karakter dia sebab nak lari daripada dikena stereotaip. Saya berharap agar para penonton teruja dengan kisah ‘Hijrah Jannah’ serta dinamik para pelakonnya.”


PECAHAN WATAK DRAMA ‘HIJRAH JANNAH’

Daniella Sya sbg Jannah/ Janet 
Remy Ishak sbg Syawal Fitri 
Puteri Sarah Liyana sbg Munirah 
Khalidah Atlibah sbg Puan Sri Rafidah 
Daniel Fong sbg Danial 
Ezaidi Aziz sbg Zakri
Hanna Halim sbg Zahra
Riz Amin sbg Azim
Erynn Abdullah sbg Medina
Rahim Jailani sbg Tan Sri Shaharudin
Angeline Tan sbg Puan Lian
Kenji Sawahi sbg Encik Kiat 

LOGLINE DRAMA ‘HIJRAH JANNAH’

Janet memeluk Islam sebaik berkahwin dengan kekasihnya, Syawal Fitri. Namun bahtera perkahwinan mereka diduga dengan tentangan daripada ibu Syawal, Puan Sri Rafidah yang juga memaksa Syawal untuk menerima menantu pilihannya, Munirah sebagai madu kepada Janet.


SINOPSIS DRAMA ‘HIJRAH JANNAH’

Setelah berkahwin dengan Syawal Fitri, Janet memeluk islam dan lantas dibuang keluarganya. Namun kesukaran hidupnya itu bertambah buruk apabila ibu syawal, Puan Sri Rafidah bertekad untuk menyeksa hidup menantunya itu. Setiap langkah Janet, kini Jannah tidak pernah betul, ada sahaja yang tidak kena. Kebenciannya terhadap Jannah membawa kepada dia memaksa anaknya untuk berkahwin lagi sekali, kini dengan wanita pilihannya, Munirah. Syawal akur dan menerima Munirah, tetapi dia tidak sama sekali menyangka isteri baharunya itu merupakan seorang yang berpura-pura baik sahaja. Pernikahannya dengan Munirah bakal membawa pergolakkan di antara Syawal dan Jannah. Demi mendalami agama baharunya, Jannah mengambil inisiatif untuk belajar dan dalam proses berkenaan, dia berkenalan dengan Zakri, salah seorang fasilitator di pusat pembelajarannya itu. Zakri simpati dengan nasib Jannah dan pada masa yang sama menyimpan perasaan terhadapnya. Munirah yang sedar tentang perasaan dan niat Zakri mengambil peluang ini untuk menyemai benih sangsi di dalam hati Syawal.

Go Shop, platform beli-belah barangan rumah dan e-dagangMalaysia memeriahkan sambutan perayaan Pesta Menuai dengan PENGHANTARAN PERCUMA untuk semua pesanan kepada pelanggan di Sabah dan Sarawak sehingga 7 Jun 2023 sempena sambutan Hari Gawai dan Tadau Kaamatan. Para pelanggan juga boleh menikmati diskaun sehingga RM60 untuk pembelian tanpa had dengan kod promosi Hari Ibu Bapa seperti LOVE12, LOVE35 atau LOVE60, menjadikan tempoh cuti ini musim yang sesuai untuk menghadiahkan orang tersayang.

Nantikan katalog produk yang pelbagai di Go Shop ketika anda ke kampung halaman untuk menyambut perayaan menuai yang akan digemari oleh semua ahli keluarga termasuk bagasi & aksesori, fesyen lelaki dan wanita, perkakas rumah, produk kesihatan & kesejahteraan, makanan & barangan runcit serta banyak lagi.

  • Serlahkan dapur anda dengan: Set Kuali Twinz Aurasia, Penggoreng Udara 3.8L Russel Taylors, Pengadun 4L La gourmet dan banyak lagi.
  • Tingkatkan rutin penjagaan diri anda dengan: Tonik Hati Livrin 300 Thomson, Diamond Kolagen Kinohimitsu, Sarang Burung FG Walet dan banyak lagi.
  • Warnai almari pakaian anda dengan: Beg tangan, baju polo dan dompet daripada Lancaster Polo, bagasi premium daripada Urbanlite dan banyak lagi.

Untuk mengetahui semua barangan terkini dan terhangat, para pelanggan boleh menonton Go Shop dalam Bahasa Malaysia di TV Sarawak (TVS) saluran 122, setiap Isnin hingga Jumaat dari jam 3:00 petang – 4:00 petang. Sebagai alternatif, untuk melihat lebih banyak tawaran menarik melalui Go Shop di Astro, anda juga boleh menonton saluran 118 dan saluran 111 dalam Bahasa Malaysia, dan saluran 303 dalam Bahasa Mandarin.

Untuk maklumat lanjut, layari www.goshop.com.my atau muat turun aplikasi Go Shop di Google Play dan App Store.

Dalam mempercepatkan strategi pengagretan platform OTT, Astro dengan berbesar hati membawa WeTV, perkhidmatan penstriman terbesar teknologi China oleh Tencent menerusi Ultra Box. WeTV menawarkan kandungan berkualiti tinggi termasuk siri dan filem Cina, Korea, Jepun, Asia Tenggara dan Malaysia kepada para peminat hiburan Asia merentasi serantau ini.

Mulai hari ini, para pelanggan Astro akan dapat mengakses semua hiburan hebat yang mereka inginkan dengan penambahan WeTV VIP ke langganan mereka melalui Astro dengan nilai terbaik hanya RM10.50/sebulan (RRP: RM11.90). Dengan menggunakan WeTV VIP, para pelanggan boleh menstrim pelbagai rancangan di Ultra Box, wetv.vip serta aplikasi mudah alih WeTV mereka. WeTV VIP memberi akses dengan lebih awal kepada para pelanggan untuk menikmati kandungan terhangat dan eksklusif, keupayaan untuk melangkau iklan bagi pengalaman penstriman yang lebih lancar serta menonton rancangan kegemaran anda pada dua peranti berbeza pada masa yang sama.

WeTV menawarkan pelbagai kandungan premium Asia yang boleh dinikmati para peminat seperti drama Cina Prosecution Elite (akan datang) dibintangi Dilraba Dilmurat, Tong Dawei, Gao Xin dan You Jingru, drama The Love You Give Me, sebuah adaptasi novel popular oleh Shi Ding Rou, siri aksi- romantik Love of Replica dan romantik fantasi Lost You Forever (akan datang); siri web indonesia Layangan Putus dan drama romantik Antares 1 & 2; serta banyak kandungan aksi fantasi Donghua (anime Cina) termasuk Soul Land, Swallowed Star, Perfect World dan Throne of Seal.

Kerjasama antara Astro dan WeTV menandakan inilah aplikasi penstriman premium yang ke-11 menyertai Astro termasuk BBC Player, beIN SPORTS CONNECT, Disney+ Hotstar, HBO GO, iQIYI, Netflix, TVBAnywhere+, Viu, WeTV dan ZEE5, selain daripada aplikasi Astro GO yang merupakan percuma kepada semua pelanggan. Dengan penyertaan lebih banyak perkhidmatan OTT, para pelanggan boleh mendapatkan pengalaman penstriman yang canggih dengan lebih banyak aplikasi yang bakal menjadi sebahagian daripada platform kami tidak lama lagi.

Kemas Kini Baharu untuk Pengalaman Astro yang Lancar

Astro juga telah melancarkan beberapa kemas kini baharu yang menakjubkan merentasi seluruh platformnya termasuk antara muka yang dikemas kini untuk memudahkan para pelanggan mengakses episod baharu serta mendapatkan maklumat tentang rancangan-rancangan kegemaran mereka. Selain itu, para pelanggan juga kini berupaya untuk menutup Skrin Pemilihan Profil mengikut kesukaan mereka serta melaraskan masa auto-standby di Ultra/Ulti Box. Mereka juga turut boleh mengakses aplikasi Astro GO dengan lancar melalui kod QR pada saluran 200 untuk menikmati Astro ketika dalam perjalanan.

Jaminan Wang Dikembalikan untuk Pelanggan Baharu Astro

Jadi salah seorang daripada 1,000 pelanggan baharu pertama yang mendaftar pek TV terpilih dengan Plug & Play Box terbaharu untuk melayakkan diri dalam Kempen Jaminan Wang Dikembalikan* yang menjamin bayaran balik deposit sepenuhnya dan tiada yuran penamatan awal jika anda mahu menamatkan perkhidmatan dalam masa 30 hari. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.astro.com.my/lovein30days.

Para pelanggan yang berminat boleh melanggan ke WeTV dengan melayari www.astro.com.my/WeTV untuk penjimatan yang lebih baik dan mengakses aplikasi pada Ultra Box mereka untuk menikmati kandungan-kandungan Asia di TV skrin mereka.

Movie Review | Jakarta vs Everybody (2020)

Tuesday, 23 May 2023


Pengarah: Ertanto Robby Soediskam
Penulis Skrip: Ertanto Robby Soediskam
Pelakon : Jefri Nichol, Wulan Guritno, Ganindra Bimo, Jajang C Noer, Dea Panendra
Syarikat Produksi: Pratama Pradana Picture
Pengedar: Netflix
Genre: Drama
Durasi Tayangan: 102 minit
Tarikh Tayangan: 26 November 2020 (Estonia), 19 Maret 2022 (Bioskop Online), 11 Mei 2023 (Netflix)
Trailer :


Mengisahkan tentang Dom (Jefri Nichol) yang ingin menjadi pelakon tetapi jalannya tidak semudah yang disangka. Diambil bekerja sebagai pelakon ekstra tapi bayaran tidak setimpal dengan kesakitan yang ditanggung. Datang ujibakat pula diambil kesempatan. 

Sehingga lah dia bertemu dengan Radit (Ganindra Bimo) dan Pinkan (Wulan Guritno) di sebuah mini market kemudiannya tinggal berdekatan dan bekerja sebagai drug dealer. Radit tahu Dom mampu melakukan kerja tersebut kerana bakat lakonan dan intuisi yang ada pada Dom. Pekerjaan ni berisiko tinggi sebab mudah sangat tertangkap oleh polis. 


“Lu bilang lu aktor, ‘kan? Gua butuh keaktoran lu di sini.” - Radit

Kerana pekerjaan tersebut juga Dom berjumpa dengan Khansa lalu berkencan. Baik Radit, Pinkan mahupun Khansa (Dea Panendra), kesemua watak ini membentuk perjalanan hidup Dom secara langsung atau tidak langsung. 
Jarang dapat tengok sisi gelap kehidupan kota Jakarta yang penuh dengan pekerjaan yang tak akan disebut oleh mana-mana individu. Bukan saja kerana haram dari segi undang-undang malah tak akan menjamin masa depan yang terjamin. Seperti Khansa, bekerja sebagai jurusolek mayat di rumah mayat.
 

"Kita gak boleh capek sama hidup, dalam hidup gausah bagus-bagus amat, bisa gila!"

Seperti India, Indonesia juga mempunyai masalah populasi yang ramai sehingga menyebabkan peluang pekerjaan yang terhad. Kerana peluang pekerjaan yang terhad, pendapatan juga terhad jadi wujud lah jenayah dan masalah sosial. Tapi kalau nak diikutkan negara kita juga mempunyai masalah yang sama sebab ketidakseimbangan penduduk. Ramai nak pergi ke ibu kota sebab ada jaminan pekerjaan dan kawasan luar bandar dibiarkan sendu. Walhal kalau kedua-duanya dibangunkan dengan seimbang, akan berkurang banyak masalah yang kita hadap sekarang. 

Filem Jakarta vs Everybody juga mengangkat masalah jenayah yang tak cuma terhad mengikut kelas sosial. Watak Dom bukan hanya menjual kepada golongan kelas bawahan malah kepada bos besar dalam sebuah perusahaan. Kalau tengok luaran, dia memiliki segalanya, kaya, cantik dan bijak tapi dia juga terjebak dengan masalah dadah. 


Jalan cerita Jakarta vs everybody yang dikarang dan diolah oleh Ertanto Robby Soediskam lebih terarah pada watak Dom yang mempunyai mimpi dalam dunia hiburan. Kenapa Dom datang ke Jakarta tidak pula diceritakan, mungkin kerana Chicco Jerikho kerana itu adalah idolanya. Watak Dom diekspresikan dengan cemerlang oleh Jefri Nichol melalui gaya badan dan ekspresinya. Boleh nampak walaupun dia pilih jalan untuk menjadi penghantar dadah tapi dia ada prinsipnya tersendiri. 

Watak Radit antara watak yang penting dalam hidup Dom sebab banyak benda dia belajar dari Radit. Semua tips yang diajar oleh Radit, Dom pegang sampai lah dia keluar dari dunia tersebut. Kelakar masa Radit cakap jangan kurangkan jumlah timbangan dadah sebab nanti timbangan dekat akhirat pun berkurang juga. 


‘Emang kamu percaya mimpi? Ibarat nyabu, mimpi itu cuma kaya asapnya doang, kalo lo bakarnya benar ya asapnya banyak, jadinya indah kaya mimpi-mimpi lo. Tapi kalo bakarnya lagi gak benar ya pahit aja rasanya. Hidup itu bukan tentang mimpi, tapi perjalaan ke suatu titik. Kita semua ini sebenarnya terjebak oleh konsep realita, konsep waktu, gak bisa maju ke depan, gak bisa mundur ke belakang, jadi hadapin aja semua yang ada di depan lo.’ - Radit

Kalau ikutkan watak Radit boleh dikembangkan dengan lebih banyak lagi sebab watak dia mampu bertahan lama di jalan tu. Tapi ruang untuk dia terhad sebab penulis masukkan love angle antara Pinkan dengan Dom padahal tak perlu pun. Boleh kata watak Dom terlampau enak di jalan tu, ada Khansa, ada Pinkan, ada juga duit yang dicari. 


Sinematografi Akhmad Khomaini jelas memaparkan sisi gelap Jakarta jadi tak boleh nak expect filem ni akan tampak cantik lah. Kawasan tempat tinggal Dom, Pinkan dengan Radit pun dah tak selera nak tengok. Sama juga dengan bilik berapa petak persegi kepunyaan Khansa tu. 

Pace penceritaan Jakarta vs Everybody dibikin perlahan mungkin sebab drama walhal boleh saja dibikin laju. Sayangnya filem ini terlampau banyak adegan seksual sampaikan penceritaanya tersasar dari tujuan asal. Nak juga tengok macam mana Dom guna kelebihan yang dia ada bila berdepan dengan polis macam watak Jerry yang guna muka suci dia untuk terlepas dari syak wasangka pihak polis dalam filem Good Luck Jerry (2022). 

1. Team Production +0.7, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +0.8, 6. Genre +0.6, 7. Themes +0.8, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +0.7, 10. Personal Thought +0.6 = 7.3/10

Movie Review | Polis Evo 3 (2023)

Monday, 22 May 2023


Pengarah: Syafiq Yusof
Penulis Skrip: Kyle Goonting, Joel Soh, Abhilash Chandra, Bernice Low, Anwari Asraf
Pelakon: Shaheizy Sam, Zizan Razak, Sharnaaz Ahmad, Syafiq Kyle, Fara Ali Khan, Douglas Lim, Nora Danish, Eyka Farhana, Fauzi Nawawi, Fezrul Khan, Michael Ang, Ben Amir, Wanna Ali, Zulin Aziz, Fauziah Gaos, Ezzaty Abdullah, Iman Corrine Adrienne, Danial Zaini, Radin ERA, Kamaliah Mat Dom, Datin Fadilah Mansor, Daniel Cheang, Isha Norsham ERA
Syarikat Produksi: BlackFlag
Pengedar: Astro Shaw, Skop Productions, TGV Pictures
Genre: Aksi / Drama / Komedi
Durasi Tayangan: N/A
Tarikh Tayangan: 25 Mei 2023
Trailer :



Instalment ketiga untuk franchise aksi komedi, Polis Evo membawa konflik yang baru di mana Inspektor Khai (Shaeizy Sam) berhadapan dengan masa silamnya dalam Ops Siong yang diketuai oleh ACP Farouk (Fauzi Nawawi). Sahabat baiknya, Inspektor Reza (Sharnaaz Ahmad) muncul Kembali selepas dikhabarkan meninggal dalam kebakaran di rumahnya 10 tahun lepas. 

Kes letupan di Pulau Pinang berpunca dari dendam Reza sejak Ops Siong dan target utamanya adalah Khai. Kerana Khai, isterinya, Farah (Ezzaty Abdullah) meninggal dunia. Disebabkan kes letupan tersebut ACP Farouk kumpulkan Inspektor Khai, Inspektor Sani (Zizan Razak), Inspektor Julie (Fara Ali Khan), Inspektor Dani (Syafiq Kyle) dan Inspektor Dell (Douglas Lim) untuk ambil burner phone dari Gaya, pembekal bom jenis Semtex dari Thailand. 


Operasi yang mudah iaitu masuk ambil burner phone dalam bilik kebal Gaya dan keluar tanpa sesiapa pun tahu. Dari burner phone yang digunakan Gaya, mereka akan dapat tahu keberadaan Reza. Malangnya, misi tersebut gagal dan tunang Khai, Anis (Nora Danish) berada di dalam bahaya kerana menjadi target Reza. 

Polis Evo 3 mendapat sentuhan baru dari pengarah terkenal untuk filem aksi, Syafiq Yusof sekaligus membawa masuk lebih ramai pelakon sampingan berbanding 2 filem sebelumnya. Sama seperti filem aksi yang dihasilkan sebelumnya, Syafiq juga mengangkat watak pelakon wanita dalam karyanya dan kali ini Fara Ali Khan dibawa masuk untuk watak Inspektor Julie sebagai sniper. 


Excited setiap kali Inspektor Julie muncul sebab Fara Ali Khan berjaya deliver watak tersebut dengan cemerlang. Dalam team yang penuh dengan alpha, Inspektor Julie boleh blend in dan menyerlah dalam ruang yang terhad. Sebelum ni Fara Ali Khan curi tumpuan menerusi watak Sofia dalam filem The Assistant (2022) walaupun watak dia tak dikembangkan dengan baik. Kali ni dia berjaya redeem balik dan muncul sebagai sniper yang tomboyish. Masa Fara pakai topi ke belakang tu nampak gaya dia macam Melissa Saila dalam program Cili Padi yang famous era 90-an dulu. Girl crush!

Bab lakonan dua watak utama, tak ada masalah langsung untuk wujudkan suasana yang kelakar ataupun situasi tegang. Terkesan juga bila Khai tak mampu tembak Reza bila Sani kena tangkap padahal duo ni dah rapat sampai nak jadi saudara dah pun. Sama macam Sani, bila Khai kata ‘Kita lain boh’, rasa menyampah sebab mulut cakap lain tapi tangan buat benda lain. Nampak lah macam mana Anis menyampah dengan Khai, macam tu lah juga Sani rasa berbulu nak tutup kes ni cepat. 


Kalau Polis Evo 1 (2015) banyak komedi dari aksi, Polis Evo 2 (2018) ada banyak aksi dan drama, Polis Evo 3 pula banyak drama dan komedi sebab penulis dari awal lagi dah tunjuk konflik persahabatan dan kekeluargaan. Aksi tu ada tapi tak sekuat genre drama yang dimasukkan. 

Penceritaan boleh kata lemah walaupun ketua penulis adalah orang yang sama, Joel Soh. Mungkin disebabkan banyak babak kena potong sebab filem ni diedit semula masa PKP. Tertanya juga kenapa dari awal Inspektor Khai gelar Reza sebagai ‘Ji’ tapi dekat hujung cerita jadi ‘Ja’. Masa Inspektor Dani cari bom dekat MRT Bukit Bintang tu questionable jugak lah sebab dia tengah undercover tapi pakai rantai tag polis. Sama juga bila orang sekitar di food truck tu tak perasan langsung Anis pakai ves yang penuh dengan bom padahal jarak meja tak jauh pun. Pandang je dah nampak. 


Ada juga babak yang draggy macam babak Zulin Aziz meghenyam bila tengok Inspektor Khai cuci kereta tak pakai baju. Personally for me, it is unnecessary lah sebab banyak lagi babak lain yang boleh dimasukkan especially flashback antara Inspektor Khai dan Reza masa bekerja bersama sebab diorang rapat sangat sampai Farah anggap Khai macam adik dia. Sharnaaz bagus sebagai watak antagonis cuma ambil masa lama untuk deliver dialogue dia. Ben Amir menggugat iman walaupun muncul sekejap saja, ada potential untuk muncul balik dalam next instalment Polis Evo.

Sinematografi dan stunt action untuk filem Polis Evo 3 terbitan Blackflag ni tak perlu dipertikaikan lah sebab menepati citarasa filem aksi. Lagu tema ‘Ayuh’ nyanyian Malique, Kmy Kmo, Aman Ra dan Ernie Zakri mencuri tumpuan dengan lirik dan gubahan lagu yang mantap. Kudos to MShaffuan dengan visual yang mantap untuk MV Ayuh. 


p/s: Ben Amir hot teruk 

1. Team Production +0.8, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +1, 6. Genre +0.6, 7. Themes +0.6, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +0.7, 10. Personal Thought +0.6 = 7.5/10

Movie Review | Birthday (2019)


Director : Lee Jong-un
Writer : Lee Jong-un
Cast : Sol Kyung-gu, Jeon Do-yeon, Kim Bo-min, Yoon Chan-young, Lee Bong-ryun
Production Companies: Nowfilm, Pinehouse Film, Redpeter Films
Distributor: Next Entertainment World
Genre: Drama
Running Time: 120 minutes
Release Date : 3 April 2019
Trailer :


Lepas 5 tahun bekerja di Vietnam, Jung-Il (Sol Kyung-Gu) pulang ke Korea untuk hidup bersama isterinya, Soon-Nam (Jeon Do-Yeon) dan anak perempuannya, Ye-Sol (Kim Bo-min). Namun tak semudah itu untuk isterinya terima kembali selepas bertahun Jung-Il berjauhan tanpa khabar berita. 

Bukan tak mahu berhubung tapi dia juga tak mampu bila dia dipenjarakan selama 3 tahun kerana protes dengan ketidakadilan syarikat tempat dia bekerja. Walau macam mana cara pun, Jung-Il perlu berbaik semula dengan isterinya demi membesarkan Ye-sol. Perlahan demi perlahan Ye-sol dapat terima kehadiran ayahnya tambahan pula bila dia sering diabaikan kerana Soon-Nam lebih tumpukan perhatian kepada anak sulungnya, Su-ho (Yoon Chan-young). 


Filem yang bertemakan tragedi Sewol Ferry Accident dengan tagline ‘A Birthday Without You’ memaparkan keperitan setiap keluarga yang terkesan dengan kemalangan tersebut. Apatah lagi buat keluarga yang mempunyai anak seperti Su-ho, baik, aktif dalam bersukan, ringan tulang, bijak dan bertanggungjawab. Tak ada siapa pun mampu terima hakikat dalam sekelip mata plan untuk spend time dengan rakan sekelas bertukar tragedi. 

Sama seperti Soon-Nam yang tak mampu terima kenyataan Su-ho telah pun pergi meninggalkan mereka semua. Kerana insiden tersebut, Soon-Nam kemurungan dan sentiasa menunggu Su-ho pulang. Lampu sensor di hadapan pintu menjadi rakan baiknya, sekiranya menyala tanpa sesiapa masuk ke dalam rumah, tandanya roh Su-ho datang melawat. 


Secara tak langsung, kemurungan Soon-Nam memberi kesan kepada Ye-Sol yang baru ingin membesar. Kebanyakan masanya dia diabaikan oleh Soon-Nam ataupun dijaga oleh adik ipar atau jiran sebelah rumah. 

Dalam filem Birthday arahan dan penulisan Lee Jong-un tak menceritakan langsung babak insiden Sewol Ferry tapi lebih fokus kepada keluarga kecil ini. Ada juga beberapa babak di mana mereka dijemput untuk gathering bersama keluarga mangsa yang lain tapi cara orang lain berbeza dan perbezaan tu yang membuatkan Soon-Nam menjauhkan diri. Dia tak mampu nak bergurau macam keluarga lain untuk tutup rasa sedih tu. 


Kalau first half menyampah tengok watak Soon-Nam sebab dia rasa dia saja yang terpaling sedih sampai tak nak ambil tahu langsung sakit orang lain. Sebelum ni tengok Jeon Do-yeon dalam drama Crash Course in Romance (2023) dan rasa menyampah lepastu tengok pulak filem ni, makin senang rasa menyampah tu datang. Nasib baik dekat second half pengarah fokus dekat watak Jung-Il. Menangis tengok dia merayu dekat pegawai imigresen untuk cop passport Su-ho. Rasa geram sangat sebab pegawai tu tak nak cop sedangkan Su-ho dah tak ada dah pun. Apa salahnya tunaikan hajat si mati? Passport tu pun tunggu masa nak expired. 

Masa majlis hari jadi Su-ho tu paling rabak dibuatnya. Setiap video, setiap ucapan dan poem yang dibaca oleh kawan baik Su-ho, semuanya bikin sebak. Tak mampu nak bayangkan macam mana keluarga mangsa jalani hidup setiap hari. Bukan saja keluarga mangsa malah pelajar yang terselamat pun tak mampu nak hidup tenang sebab trauma, rasa bersalah tak dapat nak bantu kawan yang lain dan perasaan sedih kehilangan kawan. 


Filem Birthday ni terlampau perlahan pace dia sampai I cepatkan 2.0x tambah pula pada first half bila pengarah baru nak ceritakan kisah keluarga kecil dan beberapa watak sampingan yang berkaitan dengan mereka. Rasanya ada banyak lagi babak yang boleh ditambah macam flashback kehidupan Su-ho sebagai anak sulung yang terpaksa berjauhan dengan ayah sebab dalam diari Su-ho, dia macam nak lari keluar dari rumah untuk berjumpa dengan ayah dia. Tengok cara Soon-Nam rasa bersalah dengan Su-ho, mesti ada something yang Soon-Nam buat sampai dia murung tak sempat minta maaf dengan mendiang. 

1. Team Production +0.7, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.6 = 8.6/10

Cannes 2023 Fashion Files | Aishwarya Rai Bachchan

Sunday, 21 May 2023

Kalau sembang pasal Aishwarya dekat Cannes ni tak lah macam tertunggu sangat pun dengan penampilan dia sebab fashion style dia makin lama makin mengecewakan. Baru-baru ni pun dia tak ada effort langsung untuk bergaya, sekadar penuhi jemputan pihak penganjur saja. 


Sama seperti sebelumnya, Aishwarya Rai Bachchan memang akan datang ke Cannes sebagai duta kepada jenama L'oreal. Kalau sebelum ni Aish akan stay dalam 3 atau 4 hari tapi kali ni sekejap sangat, satu hari saja itupun dengan dua penampilan. Tak pasti kenapa, mungkin sebab Aaradhya nak sekolah kot. 

1. Christmas Tree


Penampilan pertama Aishwarya adalah dalam persalinan serba hijau berkilau kalah M. Daud Kilau. Cape dress dari butik Valentino koleksi Musim Bunga 2023 menggunakan ribuan manik berwarna hijau untuk menimbulkan kesan kilauan. 

I ambik gambar dekat ruang bertutup, kalau tengok gambar dia pakai dekat luar bangunan memang horror, dah serupa pembalut metalik tu pun ye jugak. Hairstyle maintain macam tu je lah dari tahun lepas. Nasib baik makeup dia subtle je dengan eyeshadow warna hijau. Kalau dia guna lipstick hijau, tak tahu lah macam mana Anupama Chopra tahan gelak masa interview. 

Heels bertutup lutsinar tu pun menambahkan lagi kengerian pada overall look sebab kalau zoom in, boleh nampak lah jari jemari kaki Aish sukar bernafas. Baik dia pakai boot hitam ataupun pointed heels berwarna kecuali hijau dan lutsinar. 

2. Aluminium Foil


Ingatkan first look dah cukup ngeri, Aish muncul lagi teruk dari sebelumnya dengan gaun dari Sophia Couture. Gaun ni ada hoodie sebab trend hoodie dah muncul balik tapi kenapa kejung serupa itu? Jadoo pakai hoodie lagi comel. Kalau tengok dari belakang dah serupa sangat kena wrap dengan aluminium foil ikat reben hitam. 

Masa tengok ilustrasi untuk rekaan gaun tu cantik je, mungkin sebab dia lukis dengan gaya hoodie yang lembut tapi bila guna besi dan kristal memang lah keras macam tu. Badan Aishwarya pula besar jadi tak sesuai lah kena ikat dengan reben besar macam tu. Nasib baik tak ada lipstick warna silver, takut nak bayangkan. 


I dah mentioned sebelum ni dan nak mention lagi sekali, Aishwarya tolonglah cari stylist baru. Teruk sangat dah ni, nampak sangat pemalasnya. Sayang lah Ratu Cantik Dunia makin lama makin tenggelam sebab benda yang boleh diubah macam ni. 

Cannes 2023 Fashion Files | Sara Ali Khan

Seperti tahun sebelumnya, bulan Mei akan penuh lah dengan red carpet Cannes Film Festival dan banyak lagi event yang dihadiri oleh pelakon Bollywood. Entry pertama Cannes tahun 2023 akan dirasmikan oleh Sara Ali Khan, anak sulung kepada Saif Ali Khan dan Amrita Singh. 


Tak tahu pun Sara dapat jemputan untuk ke Cannes tup tup penuh gambar dia dekat Twitter sebab seleksi pakaian dia di Cannes mencuri perhatian ramai. Sara dijemput untuk merasmikan India Pavillion di Cannes 2023. India Pavillion ni memang diwujudkan khas untuk warga industri filem membincangkan tentang filem India sebab setiap tahun akan ada filem atau filem pendek yang emnjadi pilihan para juri untuk ditayangkan secara perdana di Cannes Film Festival. 

Berbalik kepada Fashion Files Sara Ali Khan, jom tengok wardrobe Sara sepanjang di Cannes. Share with me your favorite pick at the comment section ;)

1. Bridal Lehenga


Lehenga berwarna coklat tanah yang sarat dengan seni corak India dan bertatahkan kristal juga mutiara pada bahagian choli menjadi pilihan pertama Sara untuk berjalan di karpet merah Cannes. Kata Sara dia pilih lehenga dari koleksi pengantin oleh Abu Jani Sandeep Khosla untuk mempamerkan budaya seni India kepada semua. Lehenga tenunan tangan semestinya pilihan yang tepat untuk mempamerkan seni rekaan tradisi. 

Pakaian etnik yang digayakan Sara lengkap bersama dupatta dan veil panjang untuk menambahkan drama pada si pemakai. Makeup yang digunakan juga melengkapkan gaya Sara dan tidak jauh beza dengan warna kulit. I'm not a fan of those earrings but still it makes a good pair with the main outfit. 


Baik di karpet merah untuk tayangan perdana filem Jeanne Du Barry, lakonan Johnny Depp ataupun outdoor photoshoot, Sara tampak memukau dengan lehenga tradisional tersebut. Ramai juga yang bash Sara sebab pakai lehenga dekat Cannes tapi kalau ramai yang puji Zendaya pakai sari then why not puji Sara juga? Lagipun Sonam Kapoor pernah pakai lehenga putih gading rekaan Ralph & Russo di Cannes. It's nothing new. 

2. Gold Hearts


Gaun mengikut tubuh badan ramping berwarna hitam dari koleksi Moschino menjadi pilihan Sara untuk after party Cannes. Walaupun serba ringkas tapi stylist Sara menggayakan rambut dengan gaya yang lebih elegan dan glam, sesuai dengan mood dan suasana majlis. 

Off shoulder gown hitam tu juga mempunyai corak printed berbentuk hati berwarna emas di bahagian dada jadi tak hairan lah kalau Sara padankan dengan heels bertumit tinggi berwarna emas juga sebagai padanan bersama. Tengok gambar dekat parti tu, tas tangan Sara guna tu cantik sebab design dia berbentuk hati dan mempunyai details tambahan tapi tenggelam pula dengan baju sebab warna yang sama. 

Love her smokey eyes and bold makeup. Anting-anting yang Sara pakai pun kena dengan tema pakaian dia untuk malam tu. 

3.Pristine White Formal


Hari kedua dimulakan dengan majlis perasmian India Pavillion untuk tahun 2023. Sara tak share pun berkenaan outfit dia jadi tak banyak maklumat yang boleh korek. Gambar ni je boleh dapat untuk full attire pada majlis tersebut. Ada lagi gambar lain tapi masa tu Sara dah keluar dari majlis. 

Sara tampil serba ringkas dengan satu set pakaian berwarna putih. Jumpsuit berwarna putih susu dipadankan dengan cape putih labuh paras paha bersama hiasan manik berwarna silver melengkapkan gaya formal Sara. Wedges dia pun ikut warna yang sama dengan hiasan pada cape, just nice lah gabungan warna yang dia guna. 

Makeup berona merah jambu dan ponytail untuk hairstyle di musim panas menaikkan lagi seri Sara di majlis tersebut. 

4. Retro Assemble


I really love this look! Sara mengenakan sari dari butik Abu Jani Sandeep Khosla. Uniknya sari ni menggunakan padanan dua warna iaitu hitam dan putih. Bralette halter neck mempunyai manik berwarna hitam dan putih yang membentuk corak bunga dalam pattern melintang senget dan berulang. Rantai leher sarat dengan manik berwarna hitam dan putih juga mengikut tema yang sama. 

Untuk bahagian skirt pula, sepenuhnya berwarna putih susu dengan border yang diperbuat dari manik berwarna hitam dan putih. Cara lipatan kain di bahagian pinggul juga menarik dan kreatif bila lebihan kain diletakkan hanya di bahagian siku untuk sentuhan moden yang glam. Skirt dari material satin ini mempunyai lebihan kain di bahagian belakang sebagai penambah gaya dan stail pada si pemakai. 


Jatuh cinta dengan hairstyle Sara disebabkan sanggul ketat dan juga juntaian dua helai rambut. Bila close up, winged eyeliner dan hairstyle tu nampak sama sangat dengan style Sharmila Tagore masa zaman muda dulu. Muka Sara pun lebih kurang sama dengan nenek dia, jadi excited bila tengok persamaan tu. 

5. Silver Swam


Penampilan terakhir Sara di Cannes menggunakan Dante Gown dari butik Rachel Gilbert untuk party Vanity Fair yang membicarakan tentang wanita di dalam industri perfileman. High-neck sleeveless evening gown menggunakan juntaian manik berwarna silver malap dengan beberapa corak berbeza sebagai hiasan. 


Sara mengenakan bold makeup pada bahagian mata dan rambut disanggul kemas di bahagian belakang kepala. Aksesori juga minimal dengan hanya sepasang anting-anting berwarna silver dan juga bangle untuk melengkapkan gaya terakhir pada malam tersebut. 

Overall I boleh kata Cannes debut Sara meninggalkan impak lah dan mencuri tumpuan ramai dengan pemilihan pakaian dia. Ada yang pertikaikan dan ada juga yang puji tapi yang pastinya Sara ada stylist yang bagus. Tak sia-sia angkut pergi Cannes sekali. 

PAMER AKSI DAN KOMEDI TANPA HENTI, ‘POLIS EVO 3’ BERBALOI DITONTON DENGAN JALAN CERITA PADAT DAN BARISAN PELAKON HEBAT | “Kita Lagi Kuat Boh”

Filem francais blockbuster dengan penampilan gandingan duo nombor 1 Malaysia, Polis Evo kini bersedia menemui penonton menerusi sekuel terbaru, Polis Evo 3 di 165 buah pawagam seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei bermula 25 Mei ini. Kemunculan filem terbitan Astro Shaw bersama Skop Productions dan TGV Pictures ini disambut positif oleh penonton selepas treler rasmi dilancarkan pada bulan lalu. 


Selain menjadi filem pecah panggung ikonik yang mengangkat kredibiliti pasukan polis negara, Polis Evo 3 masih mengekalkan DNA dan elemen daripada Polis Evo pertama (2015) iaitu aksi komedi dan Polis Evo 2 (2018) yang sarat dengan aksi mendebarkan. Dengan pengalaman dan ‘forte’ pengarah terkenal Syafiq Yusof, Polis Evo 3 menjanjikan kualiti filem setanding karya antarabangsa serta mampu memberikan pengalaman dan kepuasan berbeza kepada penonton.  

Antara lain yang menjadi kekuatan Polis Evo 3 adalah gandingan barisan pelakon hebat yang menggerakkan setiap watak. Jika terdahulu watak Inspektor Sani (Zizan Razak) dan Inspektor Khai (Shaheizy Sam) hanya berdua, kali ini skuad Polis Evo dibesarkan lagi dengan watak-watak baru yang mempunyai kepakaran masing-masing.

Watak Inspektor Dani (Syafiq Kyle) pakar bahan letupan; Inspektor Julie (Fara Ali Khan) pakar penembak tepat;  Inspektor Dell (Douglas Lim) fokus dalam mengakses data teknologi;  ACP Farouk (Fauzi Nawawi) ketua skuad; dan Inspektor Faizal (Fezrul Khan) menjadi perisik khas. Sementara itu pelakon terkenal Sharnaaz Ahmad membawakan watak antagonis, Reza yang digeruni. 

Istimewa Polis Evo 3 turut mengembalikan watak-watak daripada francais terdahulu seperti pelakon Nora Danish, Eyka Farhana, Kamaliah Mat Dom, Datin Fadilah Mansor. Filem ini turut menampilkan nama-nama besar seperti Michael Ang, Ben Amir, Wanna Ali, Zulin Aziz, Fauziah Gaos, Ezzaty Abdullah, Iman Corrine Adrienne, Danial Zaini, Radin ERA, Daniel Cheang, pempengaruh media sosial Zukieeeee serta penampilan istimewa Dato’ Afdlin Shauki. 

Mewakili pihak penerbit Polis Evo 3, Penerbit Eksekutif Polis Evo 3 merangkap Naib Presiden, Ketua Astro Shaw & Perniagaan Melayu Nusantara , Raja Jastina Raja Arshad berkata, “Jenama Polis Evo semakin kukuh sebagai francais aksi no 1 negara. Tentunya sebagai penerbit, kami berusaha meningkatkan taraf filem ini ke tahap lebih tinggi. Kami yakin kualiti produksi, jalan cerita serta lakonan adalah yang terbaik pernah kami hasilkan. Ia bukan saja mampu menepati cita rasa penonton semua lapisan umur, latar dan bangsa, malah kami mensasarkan ia untuk tontonan seluruh rakyat Malaysia. Diharapkan juga naskhah ini dapat mengangkat wajah filem tempatan apabila ia dipersembahkan kepada penonton negara luar. Dengan kisah yang universal, Polis Evo 3 membawa penonton merasai ‘emotional roller coaster’ melalui mood yang mendebarkan dan komedi dalam tema persahabatan, kekeluargaan dan percintaan. Kami harap kehadiran Polis Evo 3 dapat menjadikan ia sebagai filem francais aksi terbaik Malaysia serta mampu memberi kejutan terbaru dalam industri perfileman tempatan.”

Pengarah Polis Evo 3, Syafiq Yusof berkongsi rasa gembira namun dalam pada itu turut berdebar menantikan reaksi penonton. “Saya meminati filem-filem Polis Evo dan apabila diberi peluang untuk mengarahkan sekuel seterusnya, tentunya saya sangat teruja, namun masih ada  rasa bimbang kerana francais sebelum ini telah mencipta kejayaan luar biasa. Saya perlu memastikan Polis Evo 3 juga mempunyai keunikan tersendiri yang mampu memenuhi jangkaan peminat serta dapat memikat penonton baru untuk mengenali Polis Evo. Pihak produksi, penerbit, barisan pelakon dan semua yang menjayakan filem ini telah melakukan yang terbaik dan kini tiba masanya untuk Polis Evo 3 dipersembahkan kepada penonton. Saya harap penonton dapat menerima hasil sentuhan saya dan terhibur menyaksikan filem ini. ”

Polis Evo 3 mengisahkan tentang Inspektor Khai dan Inspektor Sani kembali dengan misi terbaru dan kali ini pasukan mereka disertai Inspektor Dani, Inspektor Julie dan Inspektor Dell yang mempunyai kepakaran berbeza. Keadaan bertambah rumit apabila sasaran seterusnya adalah Inspektor Khai. Persahabatan Inspektor Khai dan Inspektor Sani diuji apabila menyedari suspek yang diburu mempunyai kaitan dengan kisah silam Inspektor Khai. 

Terdahulu Polis Evo (2015) mencatat rekod sebagai filem tempatan pertama menembusi kutipan box office lebih RM18 juta dan Polis Evo 2 (2018) memungut jumlah box office RM23juta. Kesemua francais merupakan hasil di bawah rumah produksi BlackFlag.

Tiket filem Polis Evo 3 sudah boleh dibeli sejak 11 Mei 2023 di pawagam seluruh negara. Penonton juga boleh menjadi penonton terawal menyaksikan filem ini melalui ‘sneak preview’ pada 24 Mei 2023, iaitu satu hari awal sebelum tarikh tayangan rasmi filem.  

Lagu tema utama bertajuk AYUH merupakan ciptaan komposer legenda rap terkenal, Malique bersama Adeep Nahar dan lirik oleh Malique, Kmy Kmo, Aman Ra. ‘Ayuh’ dinyanyikan oleh gabungan hebat Malique, Kmy Kmo, Aman Ra dan vokal terbaik, Ernie Zakri. 


Polis Evo 3 memperlihatkan kerjasama bersama permainan mudah alih popular PUBG MOBILE melancarkan acara rentas jenama dalam permainan, PUBG MOBILE x Polis Evo 3. Pemain akan ditawarkan pek suara khas Inspektor Khai dan Inspektor Sani berdasarkan dialog-dialog dari filem Polis Evo 3. Menariknya, kesemua dialog berkenaan disumbangkan sendiri oleh pelakonnya, Shaheizy Sam dan Zizan Razak. Selain itu lagu pemain boleh muat turun OST Ayuh dan lagu tersebut akan muncul di ‘lobi’ – permulaan permainan. Penonton boleh saksikan treler PUBG MOBILE X Polis Evo 3 di semua platform media sosial PUBG MOBILE.

Ikuti siri jelajah Polis Evo 3 pada 26, 27, 28 Mei di Terengganu, Pahang; 2 Jun di Seremban; 3, 4, 5 Jun di Kedah, Penang, Perak; dan 8, 9, 10, 11 di Singapura, Johor, Melaka. Untuk butiran lanjut boleh rujuk di akaun media sosial Astro Shaw. 

Saksikan filem aksi terhebat tahun ini, Polis Evo 3 yang akan berada di pawagam bermula 25 Mei 2023. Gunakan #PolisEvo #PolisEvo3 #PE3 bagi berkongsi pendapat mahupun keterujaan anda tentang filem ini. Ikuti perkembangan terbaru serta klip-klip menarik Polis Evo 3 di TikTok, Instagram, Twitter, Facebook Astro Shaw. 


*********************************


Tajuk: Polis Evo 3
Genre: Aksi / Komedi
Dipersembahkan oleh: Astro Shaw, Skop Productions, TGV Pictures
Penerbit Eksekutif: Raja Jastina Raja Arshad, Datuk Yusof Haslam, Tan Lay Han , Shaheizy Sam, Zizan Razak
Penerbit Penyelia: Kyle Goonting
Syarikat Produksi: BlackFlag 
Penerbit: Joel Soh, Andre Chiew
Pengarah: Syafiq Yusof
Tarikh Tayangan: 25 Mei 2023
Klasifikasi: 13 Rating


INFO FILEM

Bahasa: Bahasa Melayu  
Jumlah Hari Penggambaran: 8 Minggu 
Lokasi Penggambaran: Lembah Klang, Terengganu


BARISAN PELAKON
Shaheizy Sam sbg Inspektor Khai
Zizan Razak sbg Inspektor Sani
Sharnaaz Ahmad sbg Reza
Syafiq Kyle sbg Inspektor Dani
Fara Ali Khan sbg Inspektor Julie
Douglas Lim sbg Inspektor Dell
Nora Danish sbg Anis
Eyka Farhana sbg Yati
Fauzi Nawawi sbg ACP Farouk
Fezrul Khan sbg Inspektor Faizal



TENAGA PRODUKSI   

Pengarah: Syafiq Yusof
Skrip: Kyle Goonting, Joel Soh, Abhilash Chandra, Bernice Low, Anwari Asraf
Pengarah Fotografi: Jordam Chiam
Penyunting: Pai Seang & Nazim Shah
Pereka Busana: Nazirah Ramlan
Solekan Kesan Khas: Eds Arippin
Pereka Produksi: Nazrul Asraff
Penerbit Penyelaras: Nana Azmi


SINOPSIS 

Sebuah letupan di Pulau Pinang yang telah membunuh ratusan mangsa termasuk seorang anggota polis kini dalam siasatan Inspektor Sani dan Khai. Keadaan bertambah rumit apabila mereka menyedari bahawa sasaran seterusnya ialah Khai sendiri! Persahabatan mereka bakal teruji apabila siasatan mereka mendedahkan bahawa suspek letupan tersebut mempunyai kaitan dengan masa silam Khai yang dirahsiakannya selama ini.