Warm-Up Main Boling di Wangsa Bowl, One Utama

Sunday, 29 January 2023


Minggu lepas, masa Raya Cina  jalan-jalan dekat One Utama sebab nak main boling. Nak pergi jalan-jalan tempat lain memang tak dapat lah sebab minggu tu dari pagi sampai ke malam semedang hujan. Masuk mall je lah bertapa luangkan masa dengan family maksu. 

Boling dekat Wangsa Bowl ni ikut jam. Kalau main setengah jam, RM30. Untuk satu jam pula, RM60 lepastu wajib sewa kasut sementara stokin optional. Yang tak bestnya, kalau nak sewa kasut, terhad kepada 2 saja untuk setengah jam. Tempat boling lain tak la renyah macam ni. Lepastu kalau pakai kasut sukan atau sneakers boleh je terus main tak payah sewa kasut. Dekat Wangsa Bowl ni kena pakai kasut dia je. 


Sebab renyah, kitorang book untuk setengah jam je sebab takut sakit tangan satu hal sebab dah lama tak main. Last main sebelum pandemik. Boleh kata lebih kurang dalam 5 tahun fuhhh berkarat siot. Lagi satu hal, sebab semua nak main suka-suka je. Maksu kata dia tak pandai main, adik pulak kata tak pandai main. 

I nak main as warm up je sebab office nak buat bowling match naaaanti. Tarikh pun tak jumpa lagi katanya. Dari 10 orang dekat office dah tinggal 5 orang pun boling belum settle lagi. 

Lepas dah buat payment dan pilih kasut, kitorang bergerak ke lane 34, hujung sebelah kanan Wangsa Bowl. Ingatkan cuti panjang tak ramai lah dekat One Utama ni rupanya ada yang beraya dekat sini jugak. Pakai cheongsam cantik-cantik bergambar dekat OU. Lane sebelah pun Chinese family spend time main boling. 


Equipment dekat Wangsa Bowl ni sedih jugak lah kiranya walaupun ramai yang datang. Nak taip nama dekat scoreboard pun tak bergerak. Entah hidup entah tidak. Tekan sampai jari merah pun tak bergerak mende sudahnya kitorang main dengan nama A, B dan C je. Siapa nak jalan tu jalan je sebab main suka-suka je pun. 

Disebabkan dah berkarat, campak bola semuanya ke longkang sampai lah dekat hujung tu dapat spare. Itu pun sekali je. Kalau dulu setiap kali main mesti bersepah spare dengan strike. 


Masa kitorang start main tu mesin bola ni ada masalah sebab semua bola tersangkut dekat bawah, tak mampu nak naik atas. Buang masa 10 minit dekat situ. Boleh la nak ambik bola lain lepastu baling tapi kalau staff dia injured sebab bola melantun keluar macam mana? Lain cerita lah kalau dia off dulu kejap, kasi settle repair lepastu on balik. 


Dah settle part mesin tu, ajar adik baling bola boling sampai kena pin dekat hujung sana. Nasib baik jumpa bola saiz 7 untuk dia main. Tak la berat sangat nak campak. Untung dekat kitorang jugak lah sebab lane sebelah tak ada orang. Family tu balik awal sebelum tamat tempoh masa diorang. Boleh la kitorang main dua lane sampai puas. Yang peliknya lane 33 dengan 35 ada penghadang sepanjang laluan bola tu so tak akan wujud isu masuk longkang. Adik yang awalnya muncung taknak main tiba-tiba semangat membara pulak sebab campak je kena pin. 


Maksu yang tak pernah main pun boleh dapat spare jugak tapi sekejap je dia main sebab tak larat nak angkat bola dah. Habis setengah jam, masing-masing dah sakit pinggang, brgambar la sebagai kenangan dekat pintu depan Wangsa Bowl. 

Movie Review | Double XL (2022)

Saturday, 28 January 2023


Director : Satramm Ramani
Writer :  Mudassar Aziz, Sasha Singh(screenplay)
Cast : Sonakshi Sinha, Huma Qureshi, Zaheer Iqbal, Mahat Raghavendra, Kanwaljeet Singh, Sachin Shroff, Dolly Singh, Niki Aneja Walia
Production Companies :  T-Series Films, Wakaoo Films, Elemen3 Entertainment, Reclining Seats Cinema
Distributors : AA Films, Netflix
Genre : Romantic / Comedy
Running Time : 128 minutes
Release Date : 4 November 2022 
Trailer :


Double XL mengisahkan tentang dua orang gadis bersaiz Double XL yang mempunyai impian besar dalam hidup mereka. Rajshree Trivedi (Huma Qureshi) mempunyai impian untuk menjadi sports presenter dan kerana impiannya, dia belajar banyak perkara tentaang kriket sejak kecil lagi. Rahshree mempunyai followers yang ramai di media sosial kepunyaannya. Malangnya bila dia pergi ke temu duga di Delhi, permohonannya ditolak kerana saiz badannya yang besar. 

Sementara Saira Khanna (Sonakshi Sinha) pula ingin mempunyai fashion label kepunyaannya namun kerana kekasihnya curang, dia kehilangan pengarah dan model untuk bekerja dalam travelogue fashion di London. Semasa menangis di tandas, Saira terjumpa dengan Rajshree yang juga menangis kerana kecewa.


Siapa sangka pertemuan mereka di dalam tandas, jalin persahabatan baru dan juga bekerja bersama. Walaupun Rajshree tak tahu menahu langsung tentang fesyen, kerana semangat yang membara, Saira selesa bekerja bersama. Abang Saira (Sachin Shroff) perkenalkan Sreekanth (Mahat Raghavendra) yang berpengalaman sebagai cameraman dan juga Zorawar (Zaheer Iqbal) yang akan membantu semua kerja mereka di London nanti. 

First half filem Double XL arahan Satramm Ramani paparkan kisah Saira dan Rajshree juga perjalanan mereka ke London. Ikutkan genre utama naskhah ni adalah komedi tapi tak ada banyak pun komedi yang diketengahkan atau mungkin boleh kata kebanyakan komedinya tak menjadi. Menyampah tengok watak Zorawar yang suka sangat sebut ‘Zo Za Zu…. What ever you like’. 


Rasanya kalau penulis buat genre romantik pun dah cukup dan lebih kemas olahannya sebab chemistry kedua-dua pasangan utama antara kekuatan dalam Double XL. Menariknya, Sonakshi Sinha dan Zaheer Iqbal pertama kali bekerja bersama sejak bercinta in real life. 

Penulis tak bagitahu pun kenapa Zorawar boleh suka dengan Saira padahal boleh develop banyak dekat situ. Watak Sreekanth pun annoying juga bila tak sudah nak hisap weed tapi kalau penulis bagitahu dia cuba cope dengan kehilangan ayah dia, mungkin kita jadi faham kenapa. Bukan nak justify salah laku dia, tapi ada masanya manusia faktab juga dan perlukan sesuatu untuk teruskan hidup. 


Tema yang dibawakan bukanlah sesuatu yang unik ataupun segar pun tapi menarik bila tengok gandingan dua pelakon wanita utama yang memang mempunyai masalah berat badan sejak debut lagi. Kedua-duanya dikecam teruk dan selalu diketepikan kerana saiz mereka. Mungkin lebih menarik kalau penulis sembang tentang obesity yang datang dari stress, anxiety atau depression seperti yang dibualkan oleh Rajshree dan Saira di hadapan sekolah daripada sembang tentang makan sampai overweight dan tak berusaha untuk turunkan berat pun. 

It’s a taboo subject. Bila tersalah olah, dia jadi masalah sebab deliver wrong message to society. Kita tak nak menggalakkan obesity tapi ada orang yang berbadan besar sebab masalah kesihatan sama ada nampak atau tak nampak. Dekat situ baru sesuai bila Saira cakap tolong terima keadaan mereka. 


Dalam filem Double XL ni ketengahkan watak Saira sebagai pereka fesyen tapi Saira patut jadi stylist sebab apa yang dia pakai nampak cantik sementara apa yang dia design nampak mehhh. Agak kecewa lah tengok fashion show dia sebab messy sedangkan Saira lebih elegan. Outfit Saira masa pergi rumah Zorawar tu cantik. 

Music album filem Double XL hasil kerjasama komposer Sohail Sen dan Kanishk Seth berjaya mencuri tumpuan dengan gabungan dua elemen music dari Hindi dan juga Tamil. Comel lagu romantik Tumse Mila Doon hasil karya Mudassar Aziz. 



Overall, ada momen dalam filem yang I suka dan rasa inspiring, ada momen yang menangis tengok kisah hidup Rajshree dan Saira. Ada masanya terkejut dengan cameo comel dari Kapil Dev dan juga Jimmy Shergill. Filem yang santai tapi lebih menarik kalau olahannya lebih kemas. 

1. Team Production +0.7, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +0.6, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +0.5, 10. Personal Thought +0.4 = 7.3/10

Movie Review | 6/45 (2022)


Director : Park Gyu-tae
Writer :  Park Gyu-tae
Cast : Go Kyung-pyo, Lee Yi-kyung, Eum Moon-suk, Park Se-wan, Kwak Dong-yeon, Lee Soon-won, Kim Min-ho  
Production Companies : TPS Company, Sidus
Distributors : Cinnamon HC, Sidus, iQiyi
Genre : Comedy
Running Time : 113 minutes
Release Date : 24 August 2022 
Trailer :


Kalau gadis tak sengaja masuk dalam sempadan Korea Utara kemudian jatuh cinta dengan askar negara tersebut jadi lah drama Crash Landing On You (2021) tapi kalau tiket loteri dari Korea Selatan masuk ke negara Korea Utara? 

Park Cheon-Woo (Go Kyung-pyo) bertugas di sempadan Korea Selatan dan juga Korea Utara kemudiannya terjumpa tiket loteri yang melekat di tayar jeep pegawai atasan. Terkejut bukan kepalang bila tiket tersebut menang tempat pertama yang bernilai sebanyak 5.7 bilion won. Malangnya kerana angin, tiket tersebut terbang masuk ke kawasan Korea Utara. 


Di sana, bagaikan takdir, tiket loteri tersebut terjumpa tuan barunya, Yong-ho (Lee Yi-kyung). Cheon-woo bertegas bahawa tiket tersebut miliknya sementara Yong-ho cuba mencapai kata sepakat untuk dapat bahagiannya juga. Persetujuan untuk mendapatkan ganjaran besar tersebut sudahnya melibatkan beberapa orang askar yang lain dari kedua-dua buah negara. 

‘Do you know the game called “645”? Out of 45 numbers, if you get 6 correct, you’ll get 1st place. I picked up a 645. This is a piece of paper for first place. So I’ll give you 10% if you bring the cash to me.’ – Lee Yong-ho


Bukan senang juga untuk mereka dapatkan wang sebanyak itu untuk diseludup masuk dengan selamat kerana mereka terpaksa melalui beberapa ujian baik fizikal mahupun mental. Dalam masa yang sama, Cheon-woo mula jatuh cinta dengan musuhnya, Yeon-hee (Park Se-wan) adik kepada Yong-ho. 

Naskhah arahan dan penulisan Park Gyu-tae yang diterbitkan oleh TPS Company dan Sidus ini diolah dalam template komedi jadi tak hairanlah kalau mudah sangat terhibur dengan keletah semua watak. Pemilihan pelakon yang menggunakan Go Kyung-pyo dan Lee Yi-kyung juga tepat kerana riak muka pun sudah kelakar apatah lagi bila masuk babak kelakar. 


Masa Cheon-woo bergaduh dengan Yong-ho berebut tiket tu patutnya Cheon-woo beralah je supaya tiket tu dapat dekat dia kemudian ambil je semua duit tu tapi dia nak juga bertegas tu dia punya. Dia pun jumpa tepi jalan je bukannya pergi beli pun. Tapi kalau dia beralah, awal lah filem ni habis. 

Tak kurang juga watak Kim Man-cheol (Kwak Dong-yeon) yang ditugaskan untuk tuntut wang di Seoul sampai imej bertukar buruk dalam perjalanan dia. Berdekah tengok cabaran yang dia perlu hadap padahal task senang je. Riak muka dia menjadi betul. 


Of course, jalan cerita yang diketengahkan nampak ringkas dan tak mungkin akan berlaku antara kedua-dua buah negara tapi nama pun hiburan, layan sambil berhibur dengan apa yang dihidangkan. Kalau semudah itu kedua-dua negara berdamai, tak mungkin lah wujud peperangan yang lama bukan saja dua negara ni tapi banyak lagi negara-negara lain yang dalam situasi tegang. 

Sinematografi yang digunakan biasa saja sebab shoot dekat kawasan hutan kebanyakannya. Cuma penggunaan vfx untuk babi betina tu nampak betul lemah suntingannya. Patutnya tak perlu ada pun tak apa sebab draggy. Kalau penulis lebihkan pada struggle antara Yong-ho di kem Korea Selatan lebih menarik dan kelakar. 


Babak Cheon-woo menyembang dengan binatang patut ditambah lagi, comel masa dia tanya jarak pegawai dekat anjing di kem tu. Boleh je kalau dia guna kelebihan berbual untuk tahu apa masalah binatang dekat Korea Utara selain masalah membiak. 

Kalau you guys enjoy tengok Welcome To Waikiki so for sure lah akan enjoy juga layan filem 6/45 Lottery Landing On You ni. Don’t miss out Rolling – Brave Girls performance! 

1. Team Production +1, 2. Visual +0.8, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.8, 5. Casting +1, 6. Genre +0.7, 7. Themes +1, 8. Editing +0.8, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.6 = 8.7/10

Pengarah : Sabrina Rochelle Kalangie
Penulis Skrip : Titien Wattimena, Sabrina Rochelle Kalangie 
Pelakon : Marsha Timothy, Oka Antara, Sheila Dara Aisha, Ayu Azhari  
Syarikat Produksi : Rapi Films 
Pengedar : Netflix 
Genre : Drama / Romantik
Durasi Tayangan : 119 minit
Tarikh Tayangan : 15 September 2022
Trailer :


Sinetron Noktah Merah Perkahwinan hasil sutradara Buce Malawau yang dahulunya pernah ditayangkan pada tahun 1996 dibikin semula mengikut format filem yang berkisarkan rumah tangga Ambar (Marsha Timothy) dan Gilang (Oka Antara). 

Sementara Gilang menjauhkan diri dan fokus dengan kerjayanya sebagai arkitek landskap, Ambar pula menghabiskan masa di bengkel seramik. Ada masanya Ambar minta Yuli (Sheila Dara Aisha) uruskan anak-anaknya lantas membuatkan Gilang semakin kenal dengan gadis tersebut. Makin lama berkenalan Gilang semakin mesra dengan Yuli dan senang dengan kehadirannya. Tambah pula perspektif mereka sama, minat juga sama. 


Ambar perasan kemesraan tersebut dan semakin terasa hati dengan sikap Gilang. Usaha dia untuk perbaiki hubungan mereka temui jalan buntu walaupun mereka mendapatkan khidmat nasihat dari pakar kaunseling rumah tangga terbaik di kota tersebut. Yuli juga perasan sikap dingin Ambar terhadapnya, tahu perasaan dia terhadap Gilang itu salah tapi dia selesa dalam situasi tersebut.
 
‘Nggak semua pasangan yang datang ke sini masih punya harapan untuk pertahankan hubungan pernikahan mereka. Bahkan sebahagian, hanya butuhkan validasi akan keputusan mereka untuk bercerai. Keberadaan saya di sini bukan untuk menyelamatkan rumah tangga kalian tapi hanya membantu masing-masing kalian, kebahagiaan yang dibutuhkan. Apakah terus bersama atau berpisah, terserah keputusan kalian.’ – Bu Kartika (Ayu Azhari)


Sebak tengok naskhah drama olahan Sabrina Rochelle Kalangie kerana paparkan reality dalam perkahwinan. Masalah kecil yang kerap berulang sampai pasangan mula pilih untuk bercerai. Sedih bila dengar soalan Ambar, kenapa manusia perlu berkahwin? 11 tahun berkahwin, rosak begitu sahaja berpunca dari perangai suami. 

Walaupun pace movie agak perlahan tapi banyak masalah yang dipaparkan oleh penulis hinggakan klimaks terasa impaknya. Kita pun jadi penat setiap kali Ambar tertekan dan penat dengan perangai Gilang. Memang suami dia baik tapi tak peka dengan orang sekitar. Lupa sapu ubat dekat belakang Bagas (Jaden Ocean) walaupun dah pesan, cerita masalah keluarga dekat ibu sendiri, berdiam diri bila ibu dia marah isteri depan anak-anak, lari setiap kali isteri ajak berbincang dan banyak lagi. Semua benda remeh je tapi bila kumpul boleh membukit juga rasa sakit hati tu. 


Comel tengok watak anak sulung Ambar dengan Gilang yang empati dengan orang tua. Masa Ambar terasa hati dengan ibu mertua tu Bagas alihkan satay dari pinggan mak dia. Bila Ambar geram Gilang lupa letak krim, Bagas tenangkan supaya mak dia tak risau atau bergaduh lebih panjang dengan Gilang. Dalam kepincangan Ambar dan Gilang sebagai suami dan isteri, bab parenting mantap terjaga. Boleh nampak Gilang belajar dari ayah dia yang tenang bila Gilang pujuk supaya Bagas tak terlampau tekan diri asalkan hidup sihat, cukup makan dan terjaga. 

Naskhah Noktah Merah Perkawinan jelas paparkan realiti kehidupan sebab gambarkan kisah manusia yang tak sempurna. Tak kisah lah dari aspek mana pun, sebagai suami-isteri, sebagai anak, sebagai pekerja ataupun sebagai ibu-bapa tetap ada kelemahan dan kelebihan masing-masing. Tua atau muda tak menjamin pun keputusan yang diambil tu tepat. Tak semestinya watak Ambar tu sempurna ataupun Gilang sepenuhnya berdosa. Watak Yuli pun tak lah jahat seperti tipikal orang ketiga, dia cuma ada pada waktu Gilang perlukan seseorang. 


Dialog antara kekuatan naskhah yang bertemakan kepincangan rumah tangga, bila menegur terasa masuk ke dalam hati, bila masuk suasana dramatik juga beri impak pada situasi. Lakonan Marsha juga highlight utama sebab dari gaya pun dah nampak perasaan dia macam mana. Suami dia je lah yang buta. Sinematografi dan music score menguatkan lagi penceritaan sedia ada. Recommended!

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.8, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.7 = 9.2/10

Movie Review | Seperti Dendam, Rindu Harus Dibayar Tuntas (2021)

Friday, 27 January 2023


Pengarah : Edwin
Penulis Skrip : Edwin, Eka Kurniawan 
Pelakon : Marthino Lio, Ladya Cheryl, Sal Priadi, Reza Rahadian, Ratu Felisha 
Syarikat Produksi : Palari Films, Phoenix Films, E&W Films, Match Factory Productions, Bombero International, Kaninga Pictures 
Pengedar : Match Factory Productions
Genre : Drama / Aksi  
Durasi Tayangan : 114 minit
Tarikh Tayangan : 8 Ogos 2021 (Locarno Film Festival), 2 Disember 2021 (Indonesia), 1 April 2022 (Netflix)
Trailer :


Diadaptasikan dari novel dengan tajuk sama, yang diterbitkan pada tahun 2014, Eka Kurniawan bekerjasama dengan Edwin untuk menghasilkan naskhah aksi drama. Berkisarkan kehidupan jagoan Ajo Kawir (Marthino Lio) yang tak gentar dengan kematian kerana hidupnya tak punya apa kerana masalah mati pucuk. 

Semasa Ajo ingin berjumpa dengan Pak Lebe yang menganiaya isterinya, dia berjumpa dengan pengawal peribadi bernama Iteung (Ladya Cheryl). Awalnya Ajo tak nak layan kerana dia tak nak bergaduh dengan perempuan tapi sangkaan dia meleset kerana Iteung setanding dengannya hingga Ajo jatuh cinta. 


Tapi apa lah guna jatuh cinta kalau mati pucuk? Iteung tetap dengan keputusan untuk berkahwin walaupun selepas tahu keadaan Ajo. Budi (Reza Rahadian) yang kecewa cinta tak berbalas, mula mengganggu Ajo kerana dia tahu dia lebih layak sebagai suami berbanding lelaki yang mati pucuk dan tak punya harta. 

Punca utama layan naskhah terbaru di Netflix ni tak lain tak bukan kerana Reza Rahadian lah. Naskhah yang bertemakan mati pucuk adalah tema yang segar bila mana masalah yang satu ni agak sensitif untuk dibicarakan. Nak pula bila kisah Ajo berlatarkan zaman 80-an di mana kaum lelaki masih lagi mendominasi. 


Seperti Dendam, Rindu Harus Dibayar Tuntas menghidupkan sepenuhnya suasana 80-an bukan saja dari segi pakaian, gaya berpakaian malah dari tona warna juga kualiti visual yang dibikin seolah filem gred B untuk zaman tersebut. Lenggok bahasa yang digunakan juga terikat pada latar masa cerita. Aksi yang dipaparkan pun banyak, menarik tengok fighting scene antara Ajo dengan Iteung. Gaya diorang tu ada vibe filem Hong Kong zaman 80-an dulu. Masa tu kan besar pengaruh filem aksi dari negara tersebut. 

Bab teknikal memang menarik lah tapi kalau dari segi jalan cerita, ada beberapa benda yang lompong atau sebenarnya watak Iteung agak toksik. Dia yang bagi harapan untuk berkahwin dengan Ajo sebab tak kisah dengan status mati pucuk tapi dia juga yang hancurkan hati Ajo.  


Sama juga dengan apa yang dia buat pada Budi. Tak diceritakan pun kenapa Iteung tolak cinta Budi sedangkan mereka ada sejarah bersama. Kalau jadi Budi pun memang wajarlah dia sakit hati sampai belasah Ajo sebab awek kena sailang kot. Kalau watak Budi tu jahat, faham lah kenapa Iteung tak suka. Tak nampak kenapa dia suka Ajo dan tak faham kenapa dia kena kecewakan Budi. Tak pasti lah kedua-dua watak dah berumur berapa sebab semua keputusan yang dilakukan jenis tak fikir panjang. Filem ni memang tak ada mesej malah tak juga menghiburkan maka tak pasti hala tujunya ke mana sebenarnya.

Dalam filem Seperti Dendam, Rindu Harus Dibayar Tuntas ada ramai watak tambahan sampaikan yang muncul pun tak kenal siapa. Mungkin kalau baca novel jadi faham la kot. Watak Jelita (Ratu Felisha) tak dapat dikenalpasti sebagai makhluk apa. Tengok gaya macam hantu tapi apa kaitan watak dia dalam kisah hidup Ajo dengan Iteung pun tak pasti. 


Baca review orang lain, tengok filem ni dapat banyak anugerah sampai dinobatkan filem terbaik rasa macam tak boleh nak hadam sebab tak faham. Nak tengok sampai faham pun dah tak sanggup. Mungkin penulis nak cerita tentang trauma yang boleh sebabkan mati pucuk tapi olahan tak menarik langsung. Well at least for me lah. Siapa yang dah tengok and mind to explain this and that, feel free to use the comment box. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.4, 5. Casting +1, 6. Genre +0.4, 7. Themes +1, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +0, 10. Personal Thought +0.2 = 6.5/10

FILEM COAST GUARD ANGKAT PERJUANGAN MARITIM MENERUSI ‘OPS HELANG’

Wednesday, 25 January 2023

TIMBALAN MENTERI DALAM NEGERI, DATUK SERI DR SHAMSUL BIN NASARAH, hadir bagi meraikan majlis Malam Gala Tayangan Perdana FILEM AKSI COAST GUARD MALAYSIA: “OPS HELANG” yang dihasilkan khusus bagi memberi sokongan kepada Pasukan Maritim Malaysia dalam perjuangan mempertahankan sempadan lautan tanah air. 

Filem yang mendapat kerjasama daripada AGENSI PENGUATKUASAAN MARITIM MALAYSIA (APMM) ini telah berjaya dihasilkan dengan mengangkat operasi “OPS HELANG” buat pertama kali dalam sejarah perfileman industri seni negara. 

Filem yang diterbitkan oleh FLYING DEALS SDN. BHD dan ARIE ZAHARI PRODUCTION serta penerbit bersekutu dan edaran METROWEALTH INTERNATIONAL GROUP (MIG) telah menzahirkan setinggi ucapan terima kasih kerana amat menghargai sokongan penuh yang diberikan oleh KEMENTERIAN KOMUNIKASI DAN DIGITAL (KKD) serta pihak FINAS yang telah memberi sokongan DANA KANDUNGAN DIGITAL (DKD) dan DANA KANDUNGAN MARKETING kepada filem ini demi memastikan filem Coast Guard Malaysia dapat menemui penonton di pawagam dengan jayanya.

Coast Guard telah mempertaruhkan SAHARUL RIDZWAN, ADLIN AMAN RAMLIE, JULIA FARHANA serta pelakon lagenda Malaysia, SABRI YUNUS sebagai barisan utama. Selain itu, HAZAMA, AZIZ M. OSMAN, JAJA ILLIYES, AKMAL AHMAD, KODI RASHEED, AMAN NASIM, HAFIZ RAFIAH dan JOE AZIZ turut sama membarisi filem ini.


Filem aksi hebat ini merupakan karya terakhir pengarah terkemuka iaitu ALLAHYARHAM PITT HANIF yang turut terlibat dalam penghasilan filem Lelaki Harapan Dunia dan One Two Jaga sebagai pembantu pengarah. Anak kepada seniwati negara Fauziah Nawi ini juga telah merangkul Anugerah Cerita Asal Terbaik menerusi filem One Two Jaga di Festival Filem Malaysia yang ke-30. 

COAST GUARD MALAYSIA : “OPS HELANG” mengisahkan tentang Leftenan Maritim Hafiz, seorang PEGAWAI PASUKAN TINDAKAN KHAS dan PENYELAMAT (STAR Team) dari AGENSI PENGUATKUASAAN MARITIM MALAYSIA (APMM) yang terpaksa berdepan dengan sekumpulan penjenayah di perairan negara apabila ahli keluarganya diculik dan dijadikan tebusan.

Melalui filem ini, penonton dapat melihat liku cabaran sebenar Pasukan Maritim Malaysia dalam menggalas tanggungjawab, amanah serta perjuangan yang berisiko hingga menggadai nyawa semata-mata demi memelihara dan mempertahankan perairan lautan negara.

Fenomena baharu industri perfileman Malaysia dijangka bakal tercetus apabila aset milik AGENSI PENGUATKUASAAN MARITIM MALAYSIA (APMM) didedahkan secara eksklusif dalam filem ini yang juga telah menelan perbelanjaan sebanyak RM 6 JUTA RINGGIT dan tidak termasuk nilai aset milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) yang digunakan.

COAST GUARD MALAYSIA : “OPS HELANG” bakal membelah lautan pawagam di seluruh MALAYSIA, BRUNEI dan SINGAPURA pada 2 FEBRUARI 2023 ini!

**********************************

MOVIE INFO

Tajuk Filem : COAST GUARD

Durasi : 85 minit

Bahasa : Bahasa Melayu

Genre : Drama, Aksi

Klasifikasi : P13

Pengarah : Allahyarham Pitt Hanif

Pelakon : Saharul Ridzwan, Julia Farhana, Adlin Aman Ramli, Hazama,

Aziz M. Osman, Jaja Iliyes, Akmal Ahmad, Kodi Rasheed, Aman

Nasim, Hafiz Rafiah, Joe Aziz dan ramai lagi.

Penerbit : Flying Deals Sdn.Bhd & Arie Zaharie Production

Edaran : Metrowealth International Group (MIG)

SINOPSIS

Filem Coast Guard ini memaparkan kisah kehidupan seorang Pegawai Pasukan Tindakan Khas dan Penyelamat (STAR Team) Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) iaitu Leftenan Maritim Hafiz (Saharul Ridzwan) yang ingin memulakan kehidupan baharu di sebuah pulau setelah mengalami Gangguan Stress Pasca Trauma (PTSD) akibat kehilangan rakan setugasnya dalam sebuah misi operasi. 

Hafiz juga membawa tunangnya Nurul untuk tinggal bersama setelah mereka memutuskan untuk berkahwin. Namun, ketika Majlis Sambutan Pertunangan Hafiz dan Nurul, sekumpulan penjenayah yang tidak dikenali telah menyerang mereka dan menculik Hafiz, Nurul dan ibu-bapanya serta beberapa lagi tetamu lain termasuk beberapa Anggota APMM untuk dijadikan tebusan. 

Leftenan Maritim Melati (Julia Farhana), seorang Pegawai Penyiasat APMM daripada Bahagian Siasatan Jenayah Maritim yang ditugaskan untuk menyiasat kes itu berjaya menemui dan menyelamatkan Hafiz, Nurul dan bapanya. Krisis terus meruncing apabila kumpulan penjenayah itu berterusan mencabar komitmen Hafiz dan APMM lalu menyebabkan satu operasi besar- besaran diaktifkan sehingga kumpulan penjenayah terbabit tumpas.

MA, I LOVE YOU BERJAYA RAIH KUTIPAN RM1.2 JUTA DALAM TEMPOH 3 HARI | Ma, I Love You buat penonton menitiskan air mata di pawagam

Sutradara tersohor, Chiu Keng Guan yang terkenal dengan kemampuannya menghasilkan naskhah menyentuh perasaan serta pecah panggung seperti The Journey, Olabola, dan kini mengulangi menerusi filem terbarunya Ma, I Love You telah berjaya meraih kutipan RM1.2juta hanya dalam tempoh 3 hari tayangan. Ma, I Love You terbitan Astro Shaw dan Multimedia Entertainment selaku penerbit bersama telah ditayangkan di pawagam mulai 22 Januari lalu.

Pengarah Ma, I Love You, Chiu Keng Guan berkata, “Saya bersyukur filem ini mendapat sambutan memberangsangkan daripada penonton. Niat saya menghasilkan filem ini bukan sahaja memberi hiburan semata-mata, tetapi turut memberi pengajaran serta mampu mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan kepada penonton tercapai. Saya merasa sangat terharu apabila melihat reaksi penonton selepas menonton filem ini, ada yang berpelukan sesama keluarga dan ada yang memberitahu saya, mereka mula tersedar kasih saying itu perlu diluahkan atau ditunjukkan supaya menampakkan ia lebih menghargai. Saya berharap kepada sesiapa yang belum sempat menonton filem ini dapat meluangkan masa menonton filem ini bersama keluarga. Saya percaya momen bersama menonton dengan yang tersayang akan menjadi satu kenangan yang sangat manis buat anda sekeluarga “

Sejak ditayangkan di pawagam, rata-rata penonton berkongsi komen positif di media sosial. Bukan itu sahaja malah film ini turut dilihat berjaya menjentik emosi penonton. Antara komen penonton adalah seperti berikut:

1) MAMA, I LOVE YOU! Is a good story well told. And in Chiu Keng Guan’s unique style with a subtext of how we can all learn from each other & experience life through our mistakes without pointing fingers at anyone. Great start to the new year! - Hassan Muthalib

2) I highly recommend Ma I Love you for the holidays in the cinema. Good and watchable movie. Suitable for family outing. - @ahmadyazid

3) Still cannot move on with movie Ma, I Love You. It's not our mom who can't live without us, but it's us who can't live without our mom. - @ehsankam

4) I break the queue. Filem Ma, I Love You ni memang sebuah filem yang cukup rencah sebagai filem Malaysia yang berpijak di bumi nyata. Siyes. Sangat brilliant. – Fariszuan Azhar

5) “Ma, I Love You”《真爱好妈》is an emotionally resonant film about a mother and her daughter. Fantastic film to celebrate the Chinese New Year with! Highly recommended! - Jack Chan Wah Loong

Filem bertemakan kekeluargaan ini mengisahkan Bee Ling, seorang ibu tunggal dan anak perempuannya, Qi Qi. Bagi Bee Ling, kehidupannya sangat bahagia. Qi Qi adalah segala-gala buatnya sehinggalah Bee Ling mengetahui rancangan rahsia Qi Qi untuk menyambung pengajian di Perancis. Bee Ling terasa dikhianati oleh anaknya sendiri dan nekad untuk menghalang hasrat Qi Qi. Apakah yang akan dilakukan oleh Bee Ling dan berjayakah Qi Qi meneruskan impiannya? Saksikan ‘Ma I Love You’ yang kini ditayang di pawagam seluruh Malaysia.

‘Ma, I Love You’ dibintangi oleh Ong Ai Leng, Siow Li Xuan, Loh Lai Kan, Felina Cheah dan Phei Yong. Lebih menarik lagi, penampilan istimewa daripada selebriti popular Malaysia seperti Hwang Yifei, Siow Hui Mei , Michie Lam, Klay Heng, OkokokMou, Ho YuHang dan Lalala Endy.

Apakah cara yang lebih baik untuk meraikan bersama orang yang tersayang sempena Tahun Baru Cina ini?

‘Ma, I Love You!’ sebuah filem universal yang sangat dekat di hati kita semua, telah dihasilkan oleh Pengarah terkemuka Malaysia, Chiu Keng Guan, yang menerajui filem box office The Journey dan Ola Bola di mana berjaya mencipta fenomena luar biasa dan sehingga kini masih tersemat di hati semua rakyat Malaysia. Filem terbaru beliau ini pasti menyentuh perasaan, mencuit hati dan akan membuat anda tersenyum apabila selesai menontonnya. ‘Ma, I Love You!’ terbitan Astro Shaw dan Multimedia Entertainment selaku penerbit bersama bakal ditayangkan pada 22 Januari 2023 di pawagam seluruh Malaysia.


Istimewa buat rakyat Malaysia, banyak elemen tempatan digarapkan dalam filem ini. Walaupun sebuah filem sempena Tahun Baru Cina, pelbagai bahasa yang dituturkan dalam filem ini seperti Mandarin, Kantonis, Melayu, dan Inggeris. Bukan itu sahaja, kehidupan dan situasi yang dekat dengan masyarakat tempatan juga dipaparkan. Jadi tidak hairanlah Chiu Keng Guan dikenali sebagai ‘The King of Malaysian Movies’, seperti yang dipetik media South East Asian Globe.

Benar kata orang, menjadi seorang ibu memang rumit. Namun, apa yang lebih rumit adalah menjadi seorang anak perempuan. Filem bertemakan kekeluargaan ini mengisahkan Bee Ling, seorang ibu tunggal dan anak perempuannya, Qi Qi. Bagi Bee Ling, kehidupannya sangat bahagia. Qi Qi adalah segala-gala buatnya sehinggalah Bee Ling mengetahui rancangan rahsia Qi Qi untuk menyambung pengajian di Perancis. Bee Ling terasa dikhianati oleh anaknya sendiri dan nekad untuk menghalang hasrat Qi Qi. Apakah yang akan dilakukan oleh Bee Ling dan berjayakah Qi Qi meneruskan impiannya? Saksikan ‘Ma I Love You’ yang bakal berada di pawagam pada Tahun Baru Cina ini.

‘Ma I Love You!’ menampilkan dua lagu tema iaitu ‘How Do We Say Goodbye?’ yang dinyanyikan oleh Jess Lee dan sebuah lagu berbahasa Perancis bertajuk ‘Bonjour’ yang digubah oleh Froya.

Berkongsi pengalamannya mengarahkan filem tersebut, Chiu yang mengambil masa 1 bulan penggambaran, mengakui ini adalah sesuatu yang bermakna untuknya kerana dia berpeluang meneroka hubungan ibu bapa dan anak remaja. Dia berkata, "Setiap orang mempunyai cara yang berbeza untuk mencintai seseorang, dan makna 'pengorbanan' juga berbeza-beza bergantung kepada individu tersebut. Saya merasakan bahawa filem ini menggambarkan pelbagai bentuk cinta dan pengorbanan. Saya percaya tidak semua keluarga mudah untuk mengucapkan "saya sayangkan awak" atau meluahkan rasa sayang antara mereka. Gunakan peluang pada tahun baru ini, berhibur bersama orang tersayang dengan menonton filem ini di pawagam. Saya berharap ia dapat menyedarkan kita tentang erti kekeluargaan sebenar”.

Sementara itu Naib Presiden, Ketua Astro Shaw & Perniagaan Melayu Nusantara, Raja Jastina Raja Arshad menyatakan, “Astro Shaw berasa sangat gembira sempena tahun baru ini, dapat menghidangkan sebuah filem yang bertemakan kekeluargaan yang sangat menyentuh perasaan, yang bukan sahaja boleh dinikmati bagi kaum berbangsa cina tetapi khas buat rakyat Malaysia. Chiu sentiasa memastikan setiap filem yang dihasilkannya sangat dekat dengan masyarakat dan bersifat universal yang cukup indah, penuh dengan makna tentang kekeluargaan, kehidupan, impian, cabaran yang dekat dengan kita semua. Kami merasakan ‘Ma, I Love You!’ juga merupakan antara karya terbaik yang pernah dihasilkan oleh pengarah profilik Chiu Keng Guan yang menerapkan nilai murni yang mampu dijadikan pengajaran dan tauladan. Harapan kami agar filem ini dapat menghiburkan penonton serta mampu mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan”.

‘Ma, I Love You!’ dibintangi oleh Ong Ai Leng, Siow Li Xuan, Loh Lai Kan, Felina Cheah dan Phei Yong. Lebih menarik lagi, penampilan istimewa daripada selebriti popular Malaysia seperti Hwang Yifei, Siow Hui Mei , Michie Lam, Klay Heng, OkokokMou, Ho YuHang dan Lalala Endy. Chiu mengajak anda semua untuk “Tunjukkan kasih sayang anda, Saya sayang Ibu dan Ayah!”. 

Kempen ini merupakan salah satu usaha bagi mempromosikan filem ini bersesuaian dengan mesej yang ingin disampaikan. Salah satu aktiviti yang dijalankan di lokasi pawagam GSC yang terpilih adalah peraduan istimewa “Shout Out Loud Ma, I Love You Contest’ bermula 21 Jan 2023, di mana penonton hanya perlu ke pawagam GSC dan merakam video luahan rasa sayang anda di tempat yang telah disediakan. Maklumat lanjut boleh ditemui menerusi akaun Instagram, Facebook, Twitter GSC dan Astro Shaw.

Filem ‘Ma, I Love You!’ mendapat kerjasama dan sokongan daripada beberapa pihak. Coway sebagai Penaja Utama, McDonald’s dan Seasons merupakan penaja bersama untuk filem ini. Penaja lain adalah seperti Singapore Airline, Scoot Air dan Alliance Francaise Kuala Lumpur.

Ikuti informasi dan klip terkini filem ‘Ma, I Love You!’ menerusi akaun Instagram, Facebook, Twitter Astro Shaw dan Astro Gempak.

**********************************

Tajuk 电影 : Ma, I Love You 真爱好妈

Genre 类型 : Family Drama

Dipersembahkan oleh 出品 : Astro Shaw Sdn Bhd, Multimedia Entertainment Sdn Bhd

Syarikat Produksi 制作 : Woohoo Pictures Sdn Bhd 无乎电影

Penerbit Eksekutif 出品人 : Raja Jastina Raja Arshad

Penerbit Eksekutif Bersama : Datuk Steven Lim Boon Siong

Penerbit Bersekutu 监制 : Angela Chua An Qi 蔡安琪, KC Chuan 马全, KC Cheong 王章

Penerbit 制片 : KC Chuan 马全 & Chu Yew Miin 周尤敏

Pengarah 导演 : Chiu Keng Guan 周青元

Penerbit 制片 : KC Chuan 马全 & Chu Yew Miin 周尤敏

Bahasa 语言 : Chinese

Durasi Filem 电影时长 : 110min

Jumlah Hari Penggambaran : 27 Days

Lokasi Penggambaran 拍摄地点: Kuala Lumpur, Selangor dan Pulau Pangkor

Tarikh Tayangan di Pawagam : 22 Januari 2023


BARISAN PELAKON 演员表

Siow Li Xuan 萧莉璇 sbg Qi Qi

Ong Ai Leng 王爱玲 sbg Bee Ling

Loh Lai Kan 罗励勤 sbg Grandma

Felina Cheah 谢德容 sbg Li Yan

Phei Yong 培 永 sbg Zi Hao


Tenaga Produksi

Pengarah 导演 : Chiu Keng Guan 周青元

Screenplay 编剧 : Lyu Lihua 吕里华

Lakon Layar Ling Tang 邓壹龄, Sabrina Tan 陈彩慧, Alison Khor 艾立森

Cerita Asal 原创故事 : Chiu Keng Guan 周青元

Pengurus Produksi 制作统筹 : Kwek Khai Weng 郭继荣

Pengarah Fotografi 摄影指导 : Jordan Chiam Wei Meng 詹伟明

Penyunting 剪接 : Soo Mun Thye 苏文泰

Kesan Visual 影像特效设计 : Bak Chee Hong 麦志康

Muzik Skor 音乐总监 : Froya 李秋仪

Penata Bunyi 音效指导 : Tu Duu-Chih 杜笃之 &Wu Shu-Yao 吴书瑶

Pengarah Seni 美术指导 : Soon Yong Chow 孙詠钊

Pereka Busana 造型指导 : Elaine Ng Keok Cheng 黄菊清

Jurugambar 剧照师 : Pow Lai Xiang 傅来祥


OFFICIAL SOUNDTRACK 电影原声

Lagu 歌曲 : How do we say goodbye?《离别,怎么写》

Artis 主唱 : Jess Lee 李佳薇

Durasi 时长 : 3 min 26 sec

Komposer 作曲 : SooYung 杨书荣

Penerbit/Lirik 制作/作词 : Ruiye 瑞业


Sinopsis

Filem ini mengisahkan tentang seorang ibu tunggal Ling dan anaknya Qiqi. Pelbagai konflik dan dugaan berlaku apabila rahsia Qiqi untuk melanjutkan pelajarannya di Perancis telah terbongkar. Niat Qiqi ingin menjauhkan diri daripada ibunya kerana inginkan kebebasan. Adakah perkara ini akan merenggangkan hubungan mereka? Kisah mereka menjadi sebuah teladan tentang kematangan, kemaafan, kerestuan, dan lebih penting tentang kasih sayang.

Movie Review | Mission Majnu (2023)


Director :  Shantanu Bagchi
Writer : Aseem Arrora, Sumit Batheja, Parveez Shaikh
Cast : Sidharth Malhotra, Rashmika Mandanna, Parmeet Sethi, Kumud Mishra, Zakir Hussain, Sharib Hashmi, Ashwath Bhatt, Avantika A
Production Companies :  RSVP Movies, Guilty By Association Media LLP
Distributors : Netflix
Genre : Action / Thriller
Running Time : 129 minutes
Release Date : 20 January 2023 
Trailer :


Berlatarkan tahun 1970-an di mana India telah berjaya menghasilkan bom nuklear, Pakistan pula ambil langkah yang sama dengan membina bom nuklear dengan panggil pakar saintis, A.Q. Khan ke Quetta, Pakistan. 

Sebagai ejen RAW, Aman Ajitpal Singh atau Tariq Hussain (Sid Malhotra) mula mendapat arahan untuk mencari tahu lokasi rahsia di mana Kerajaan Pakistan membina fasiliti nuklear tersebut. Tariq bekerja sebagai tukang jahit uniform tentera dan berkahwin dengan Nasreen (Rahmika Mandanna) yang buta sejak kecil lagi. 




Tariq bekerjasama dengan Aslam Usmaniya (Sharib Hashmi) dan Maulvi (Kumud Mishra) untuk mencari info penting supaya dapat menghentikan serangan pihak Israel terhadap Quetta. Kalahnya Indira Gandhi dalam pilihanraya kemudiannya digantikan oleh Morarji Desai (Avijit Dutt) menyukarkan lagi misi rahsia tersebut kerana PM Morarji tidak percaya dengan fungsi RAW kepada negara dan potong dana sebanyak 50%. 

Walaupun misi untuk menyiasat keberadaan kilang nuklear tersebut, Tariq ingin berbakti kepada negara dengan mencari bukti kewujudan dan lokasi tersebut. Mengenali Pakistan dengan mengambil langkah berisiko untuk membalas dendam terhadap India, Tariq yakin negaranya dalam ancaman bahaya. 


Lepas filem Shershaah (2021) yang membanggakan, Sid berlakon sebagai ejen perisik di negara Pakistan. Kalau ikutkan filem Mission Majnu buat penggambaran pada tahun 2021 tapi produser minta untuk tangguhkan tayangan sehingga jumpa pembeli yang tepat iaitu Netflix. 

Action stunt bukan sesuatu yang sukar untuk Sid selepas beberapa kali terlibat dengan filem aksi. Naskhah Mission Majnu arahan Shantanu Bagchi juga tidak lah mempunyai action stunt yang banyak kerana misi Tariq sendiri adalah untuk mengetahui di mana lokasi kilang nuklear. Di awal filem lagi Mr. Kao (Parmeet Sethi) dah bagitahu PM Indira Gandhi (Avantika A) bahawa ejen terbaiknya adalah seseorang yang well-blended in crowd. Cara Tariq peroleh maklumat menarik dan kelakar, berbeza dengan perisik dalam filem thriller yang lain. 


Mission Majnu juga merupakan filem debut kepada Rashmika Mandanna namun filem Goodbye (2022) yang terlebih dahulu bertemu penonton. Menariknya watak Nasreen lebih menjadi dalam filem Mission Majnu berbanding lakonannya sebagai Tara dalam Goodbye. Tak kekok langsung Rashmika lakonkan watak gadis buta dan isteri yang setia menyokong suami walaupun ayah dia syak ada sesuatu yang tak kena. Chemistry antara Sid dan Rashmika tentu saja menghidupkan suasana romantik lantas membuatkan kita tak senang duduk setiap kali Tariq berjauhan dengan Nasreen. 



Dalam naskhah Mission Majnu dapat dilihat perbezaan pemerintahan PM Indira Gandhi dan juga PM Morarji Desai. Kalau ikutkan PM Morarji Desai lebih rapat dengan General Muhammad Zia-ul-Haq (Ashwath Bhatt) berbanding apa yang digambarkan oleh pengarah. Kerana dia menganggap RAW adalah ejen upahan Indira Gandhi yang tak mampu terima kekalahan. Kerana Morarji juga lah kebanyakan ejen RAW menjadi mangsa. 

Malangnya kelemahan Mission Majnu membuatkan naskhah bertemakan perang dan ejen perisik sukar untuk diselamatkan. Streotaip yang digambarkan oleh pengarah buatkan filem Mission Majnu tampak dangkal. Pakai kurta, kopiah dengan celak tebal sedangkan daerah Rawalpindi mempunyai masyarakat berketurunan Punjab dan beragama Sikh. Dekat stesen keretapi boleh nampak ramai yang pakai turban dan salwar kameez. Dalam filem tak nampak langsung budaya atau signature Rawalpindi tapi lebih kepada replika bandar Islamabad. 


Tariq pula sentiasa bernasib baik sepanjang melakukan misi rahsianya walaupun sentiasa buat kacau berdekatan dengan kawasan tentera. Dialog juga try hard untuk tonjolkan Tariq berada di Pakistan. Ibarat macam orang Semenanjung masukkan bah selepas setiap perkataan untuk blend in di Sabah, macam tu la juga watak Tariq.

Sinematografi yang bergantung dengan penggunaan CGI juga menambahkan kelemahan tersebut terutamanya ketika Tariq melarikan diri dari tentera Pakistan. Babak tentera Israel ingin mengebom Quetta juga jelas kelihatan VFX yang lemah. Music album pun tak menarik bila komposer masukkan lagu romantik balada dan juga lagu patriotik balada untuk menghidupkan suasana dramatis. 


Memandangkan filem Mission Majnu adalah kisah fiksyen dan hanya menggunakan latar masa bersejarah antara kedua-dua negara, I tak suka dengan pengakhiran cerita yang sengaja dibikin sebegitu rupa supaya penonton kasihan dengan nasib pejuang negara. Kalau kena tembak dengan jarak dekat pun tak kena, macam mana pula dekat hujung cerita, nasib tak menyebelahi dia langsung? 

1. Team Production +0.5, 2. Visual +0.6, 3. Audio +0.3, 4. Storyline +0.4, 5. Casting +1, 6. Genre +0.4, 7. Themes +0.4, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +0.7, 10. Personal Thought +0.4 = 5.2/10