TV Show Review | Koffee With Karan Season 7 : Episode 2 (2022)
Saturday, 24 September 2022
KETAKSUBAN & PENYESATAN DALAM ‘TALBIS IBLIS’, FILEM SERAM ARAHAN KABIR BHATIA DI PAWAGAM 20 OKTOBER
Friday, 23 September 2022
Movie Review | Juang (2022)
Thursday, 22 September 2022
Drama Review | Big Mouth (2022)
Wednesday, 21 September 2022
Drama Big Mouth bertemakan korupsi yang berlaku di daerah Gucheon yang diketuai oleh Chairman Kang Sung-geun (Jeon Kuk-hwan). Setelah mengalami kegawatan ekonomi yang teruk, Chairman Kang bina semula kawasan tersebut dan mewujudkan beberapa sektor perindustrian untuk jana ekonomi tempatan. Namun di sebalik jasa yang besar, rahsia hitam dia dibongkarkan oleh Dr. Seo Jae-yong (Park Hoon).
Belum sempat rahsia tu tersebar, doktor tersebut mati dibunuh oleh Dr. Han, Prosecutor Jung Chae-Bong dan Lee Du-Geun. Mereka bertiga adalah ahli NR Forum dan mempunyai pengaruh yang kuat. Mayor Choi Doha (Kim Joo-hun) upah peguam Park Chang-ho (Lee Jeong-suk) untuk ambil kes mereka bertiga dengan syarat dia tak boleh pertikai apa pun keputusan dan hanya menurut perintah Mayor Choi Doha sahaja.
Tanpa dia sedar, keputusan dia mengakibatkan hal buruk berlaku bila Park Chang-ho mengalami kemalangan dan didakwa sebagai Big Mouse berdasarkan bukti yang dijumpai oleh pihak polis. Gong Jihoon (Yang Kyung-won) minta supaya Park Changho dijaga dengan baik di dalam penjara kerana hanya Big Mouse yang tahu 100 billion won milik dia dan ahli NR Forum yang lain.
Sementara ramai yang percaya Park Chang-ho adalah Big Mouse, isterinya Ko Mi-ho (Im Yoona) percaya siapa sebenarnya suami yang sudah hidup bersama sejak 16 tahun lalu. Selagi dia ada, Mi-ho akan pastikan Chang-ho selamat dari dibunuh oleh NR Forum mahupun Big Mouse.
Awalnya macam tak berminat nak tengok sebab both leading pair tak digemari tapi sebab jalan cerita dan genre dia menarik, layan je lah satu episod. Kalau tak best, kita pangkah je la kan? Dari satu episod membawa ke 16 episod, just like that. Terpikat dengan chemistry Yoona dan Jeong-suk sebab dua-dua nampak comel je berlakon sebagai pasangan suami isteri.
Dari episod pertama lagi dah nampak betapa kuatnya Mi-ho jadi tulang belakang Park Chang-ho sejak zaman belajar lagi. Sikit pun dia tak pernah ragu-ragu dengan keputusan suami dia. Menangis bila tengok Mi-ho kesian dengan nasib suami dia. Tak sangka betul boleh menangis gara-gara lakonan Yoona.
Penceritaan pada episod awal fokus pada mencari siapa Big Mouse yang sebenar supaya Park Chang-ho boleh bebas dari tuduhan dan hidup dia kembali jadi normal. Banyak watak yang disyaki sebagai Big Mouse dan tak banyak klu yang penulis atau pengarah dedahkan sampai Big Mouse sendiri willing untuk dedahkan identiti sebenar.
Dalam masa yang sama berdebar juga tengok Mi-ho mencari kertas kajian Dr. Seo Jae-yong dan juga misteri yang berlaku di Hospital Gucheon. Bukan kebetulan lah kalau diuruskan oleh isteri Mayor Choi Doha, Hyun Joo-Hee (Ok Ja-Yeon) dan setiap kali Mi-ho jumpa klu, dia akan datang menghalang. Tambah pula Joo-hee adalah cucu kesayangan Chairman Kang. Mesti ada rahsia yang dia tahu dan takut terbongkar.
Masuk pertengahan dah mula penat dengan permainan Big Mouse sebab ada banyak persoalan yang belum terjawab. Kenapa dia nak kacau Park Chang-ho sebab motif dia tak jelas. Kenapa dia pun kejar benda yang sama dengan Mayor Choi Doha dan bukannya duit bernilai 100 billion tu. Ada apa dalam makmal rahsia di Hospital Gucheon pun tak diberitahu padahal nampak ketua jururawat bagi ubat rahsia kepada banduan.
Makin ke hujung makin banyak persoalan yang belum terjawab walaupun pengarah dah dedahkan siapa Big Mouse dan pertalian dia dengan research paper Dr. Seo Jae-yong. Lepastu tak faham organisasi besar macam Big Mouse tu ditubuhkan untuk apa, perjuangan diorang apa dan kenapa semua taat setia dengan ketua. Sekurangnya ahli NR Forum dah nampak lah ditubuhkan untuk kekalkan kuasa dan harta di Gucheon.
Bertambah sakit hati bila penulis sengaja matikan watak untuk elemen drama. Menyampah betul dengan formula drama atau movie Korea macam ni sebab benda tu tak perlu pun. Jenis tak relaks betul sampai nak buang semua watak yang kuat. Semua watak perempuan pulak tu padahal dekat awal dah mantap perkembangan karakter masing-masing.
Masa tengok episod akhir tu tak lah rasa nak marah sangat sebab memikirkan kemungkinan ada musim kedua tapi bila baca respon dari pengarah katanya diorang nak fokus cerita yang ada skrip lagi bagus rasa macam nak marah tapi kena sabar. Nasib baik lah team production release banyak gambar HD Jeong-suk dengan Yoona dalam drama Big Mouth sebab itu je cara untuk redakan kemarahan penonton. Yihhh!
1. Team Production +0.6, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.4, 5. Casting +1, 6. Genre +0.6, 7. Themes +0.5, 8. Editing +0.3, 9. Social Message +0.7, 10. Personal Thought +0.2 = 6.3/10