TV Show Review | The Idol Ramyeonators (2022) Episode 5 🍜

Monday, 27 June 2022


Director : Na Young Seok
Writer : Na Young Seok
Cast : Choi Hyunsuk (Leader of Treasure), Park Jihoon (Leader of Treasure)
Production Company : tvN
Distributor : tvN, Channel Fullmoon Youtube account
Genre : Variety Show
Running Episodes : 11 episode& 2 bonus clip (25:08 minutes for episode 5)
Release Date : 15 April 2022 – 17 June 2022
Video : 


Seawal jam 7 pagi Jihoon dengan Hyunsuk dah sampai ke Pelabuhan Daecheon, Boryeong, Chungcheong Province untuk naik bot. Misi mereka berdua dalam episod ni ialah makan ramyeon dengan ketam biru yang segar ditangkap dari laut dalam. Nak pergi tangkap ketam pun bergaya betul outfit diorang berdua sebab pakai baju berjenama. Hyunsuk melaram dengan baju Louis Vuitton Jacquard Damier Fleece Blouson. 

Jihoon cakap dia tak pernah mabuk laut sebab dia ibarat orang laut padahal yang jadi tentera laut tu ayah dia. Bab nak jack diri sendiri tu laju je. 


Banyak-banyak episod Rakkidol, Episod 5 yang terpaling teruk sekali terliur tengok diorang makan ramyeon. Dalam rancangan The Idol Ramyeonators sebelum ni Kang Hodong dah naik bot untuk pergi tangkap snow crab tapi malang betul nasib dia bila cuaca hujan. Terpaksa lah kapten bot tu patah balik sebab berisiko dengan ombak besar. 


Hyunsuk : It’s pretty fast
Na PD : This isn’t full speed. It’s moving slow because the port is near. 

Dekat tengah laut tu boleh pulak ada sistem barter bila terjumpa bot lain. Dah boleh imagine dah betapa sedapnya ramyeon diorang nanti sebab ada sotong segar. Bosan duduk dekat bot tu Hyunsuk dengan Jihoon menjerit semua nama anak-anak diorang yang tengah sedap tidur dekat rumah bila eomma dengan appa keluar berkerja. 


Masa ni beria lah gelak padahal Hyunsuk dengan Jihoon jerit nama Mashiho dengan Yedam sebab dua member ni on hiatus lepas Trace. Mashiho ambil masa untuk berehat sebab masalah kesihatan sementara Yedam pergi sambung belajar. Bila tengok balik, rasa sedih part Sukhoon menjerit nama Mashidam ☹

Jealous tengok Hyunsuk dengan Jihoon dapat tangkap ketam biru sebesar tapak tangan dan disebabkan tengah musim jadi kebanyakan ketam ada telur. Na PD cakap yang ada telur tu yang mahal kalau beli dekat pasar sebab telur ketam sedap sangat. 


Sebelum makan blue crab ramyeon, kena lah buat kerja dulu buang ketam dari jarring. Lambat jugak lah Hyunsuk dengan Jihoon nak pick up work rhythm nelayan dekat situ. Lambat pun tetap bekerja, tetap dapat pengalaman berharga. Makan lepas penat buat kerja barulah terasa nikmatnya kan? 

Masa diorang asingkan ketam tu, enjin bot dah mati jadi bot berayun kuat lah bila terkena ombak. Baru lah Jihoon terasa mabuk laut tu. Hilang terus mulut bertih dengan energy dia sampai Na PD suruh dia tidur kejap sementara tunggu enjin hidup balik. Tak lama lepastu Hyunsuk pula kena mabuk laut. Comel betul muka diorang bila pening atas bot. 


Na PD : Jihoon wouldn’t go on a boat for a while. Not even a paddle duck boat. 
Jihoon : I’m not even going to Busan. 

Na PD bagitahu mabuk laut ni boleh hilang lepas diorang makan ramyeon nanti. Disebabkan Sukhoon dah bekerja keras asingkan ketam dari jaring, kapten bot tu cari ketam biru yang ada telur untuk masuk dalam ramyeon. Berapa banyak ketam yang Hyunsuk dengan Jihoon nak makan tu terpulang pada diorang. 


Bukan diorang je yang happy, yang tengok ni pun happy sekali sampai pergi ke NSK cari ketam nak masuk dalam maggi. Serious talk, kalau tengok The Idol Ramyeonators Episod 5 mesti terliur nak makan. Tak boleh nak pilih sama ada maggi ketam ataupun maggi kepah putih segar yang paling sedap. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10

TV Show Review | The Idol Ramyeonators (2022) Episode 4 🍜

Sunday, 26 June 2022


Director : Na Young Seok
Writer : Na Young Seok
Cast : Choi Hyunsuk (Leader of Treasure), Park Jihoon (Leader of Treasure)
Production Company : tvN
Distributor : tvN, Channel Fullmoon Youtube account
Genre : Variety Show
Running Episodes : 11 episode& 2 bonus clip (28:42 minutes for episode 4)
Release Date : 15 April 2022 – 17 June 2022
Video : 


‘We received ramyeon recipes for the live show. I heard we received over 40,000 recipes. We were grateful, and we didn’t want to waste them. So we’ll decide the best ramyeon through a tournament.’ – Hyunsuk

Kalau dalam Episod 3 team Rakkidol buat field trip, kali ni Hyunsuk dengan Jihoon kena masak ramyeon mengikut resipi yang diterima oleh penonton. Dari resipi tu mereka berdua kena tentukan resipi mana yang paling sedap. Resipi ciptaan Hyunsuk dengan Jihoon pun dipertandingkan juga tapi secara rahsia. Maknanya Hyunsuk takkan tahu apa resipi Jihoon and vice versa sebab semua pemberi resipi didafarkan sebagai anonymous. 


Semua resipi ramyeon dalam episod ni perlu mengikut tema penaja iaitu Jjajang (black bean sauce). Nongshim sediakan banyak stok ramyeon untuk pertandingan dalam rancangan The Idol Ramyeonators. Pemenang pertandingan ni akan menerima hadiah rahsia dari team Rakkidol. 

Kelakar tengok Hyunsuk masa pertandingan ni sebab dia asyik dapat resipi panjang gila dah serupa novel. Yang hantar resipi pun kemain spesifik sampai Hyunsuk dengan Jihoon jadi takut nak proceed kalau terlebih. Jihoon clumsy as always sampai Hyunsuk geram bila dia sepahkan dapur lepastu cari barang tak jumpa walhal depan mata je. Nasib baik dia masak dengan Hyunsuk, kalau dia memasak dengan Yunhyeong, sampai esok pagi pun tak habis dia membebel. 


Masa pusingan kedua Hyunsuk kena masak Simple Chapaghetti tapi resipi tu buat muka Hyunsuk dengan Jihoon berkerut seribu bila makan. Reaksi macam tu sama sangat dengan reaksi Hyunsuk masa dalam Episod 0 dulu. Na PD dah tergelak tengok muka diorang.

Masuk pusingan ketiga Hyunsuk dah fed-up dah asyik dapat resipi macam thesis so dia mintak tukar dengan Jihoon tapi menyesal jugak sebab resipi Jihoon ada favorite part dia. Dari Episod 0 lagi Hyunsuk berpegang dengan prinsip dia yang ramyeon akan jadi kenyal kalau bilas dengan air sejuk lepas rendam dalam air panas. 


Hyunsuk : Isn’t it complex?
Jihoon : Am I complicating it? Am I too worried about time?
Hyunsuk : I’ll take it slow.

Comel betul Hyunsuk dengan Jihoon walaupun tengah bertanding. Jihoon kalau dengan Hyunsuk memang senang sangat beralah. Kalau dengan anak-anak, keluar lah perangai agresif dia. Resipi untuk pusingan terakhir memang senang sangat. Walaupun senang Hyunsuk cakap kalau tersilap boleh jadi menu tu tak sedap ataupun jadi enak dimakan. 


Masa tengok Jihoon masak Chapaghetti tu teringat pulak dekat Nasi Lemak Strawberry sebab dalam resipi tu letak strawberry jam. Betul lah cakap Hyunsuk antara jadi teruk ataupun jadi bagus sebab chapaghetti tu rasa ada yang kurang bila jam sikit tapi rasa pelik pulak bila tambah banyak sikit bagi berasa dalam ramyeon tu. 

Lepas bincang secara serious dari segi rasa, presentation dan cara penyiapan, Hyunsuk dengan Jihoon capai kata sepakat untuk pilih menu yang terbaik antara semua resipi yang dipertandingkan. Nak tahu resipi mana yang berjaya menjadi juara, kena tengok sendiri lah episod ni. Thanks to team Rakkidol sebab guna lagu ciptaan Hyunsuk yang pertama, lagu 1,2 – Lee Hi ft Hyunsuk. Happy betul bila dengar walaupun perlahan je volume dia sebagai soundtrack episod ni. 


Happy betul tengok episod ni sebab kelakar, bangga Hyunsuk makin pandai memasak, Sukhoon moments dan plot twist yang comel! 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10

Director : Na Young Seok
Writer : Na Young Seok
Cast : Choi Hyunsuk (Leader of Treasure), Park Jihoon (Leader of Treasure)
Production Company : tvN
Distributor : tvN, Channel Fullmoon Youtube account
Genre : Variety Show
Running Episodes : 11 episode& 2 bonus clip (29:57 minutes for episode 3)
Release Date : 15 April 2022 – 17 June 2022
Video : 


Kali ni team Rakkidol bawa Hyunsuk dengan Jihoon pergi field trip di Seoul untuk mencari ramyeon terbaik. Disebabkan Wowmyeon Jihoon dalam Episode 2 tak memuaskan hati, Na PD nak bawa mereka berdua makan ramyeon dengan pelbagai resipi. 
 
Na PD : Before telling you what we’re doing today, it may not be a bad idea to change to more comfortable shoes. 
Hyunsuk : I’m fine with mine.
Jihoon : In Busan, I’m known as the Um Hong Gil of Nam-gu. Hiking is easy.


Untuk field trip ni team Rakkidol akan berjalan sejauh 16km bersama Hyunsuk dan Jihoon jadi mereka berdua kena pilih laluan secara bijak supaya semua tak penat atau pengsan. Jadi dua orang ketua idol group Treasure ni pilih untuk mulakan dengan Yukgaejang (spicy beef soup), Jeonju Supermarket dan Gwangjang Market. 



Field trip Rakkidol ni macam bagi peluang untuk eomma dengan appa Treasure keluar dating tanpa perlu risaukan anak-anak dekat rumah. Comel betul tengok moment HoonSuk dalam episod ni sebab banyak moment yang sweet. Jalan kaki pegang tangan, menyanyi sambil menari sama-sama dekat Hongje Stream siap jumpa fans dalam perjalanan. Cantik betul permandangan dekat Hongje Stream siap ada air terjun kecil lagi dekat situ. Ada itik dengan ikan kap. Tiba-tiba teringat Blue River hmm takpe lah.


Masa sampai dekat Jeonju Supermarket tu diorang kena tunggu kejap lah sebab nenek tu ada satu je periuk besi untuk masak ramyeon dengan telur. Resipi dia simple je tapi sedap. Nothing can go wrong for ramyeon with egg. Nenek tu bagi napa cabbage kimchi untuk dimakan dengan ramyeon. Kimchi tu fresh sebab napa cabbage tu dia tanam dekat kawasan rumah dia. Berbaloi lah 2 jam berjalan kaki ke kawasan tu.

Tempat terakhir di Gwangjang Market tapi diorang kena daki gunung untuk ke sana. Berapa jauh tu susah nak agak sebab trek dekat situ tak ada dalam peta. Boleh je nak guna laluan biasa tapi jauh dan ambil masa selama dua jam setengah lah berbanding daki gunung selama satu jam. 


Hyunsuk dengan Jihoon pilih untuk daki gunung sebab lebih cepat. Lagipun Treasure dah biasa mendaki dalam Treasure Map sebab diorang selalu dapat penalty panjat gunung. Kalau Junkyu yang diberi pilihan ni mungkin lah dia pilih jalan kaki sebab paru-paru dia berdarah masa kali terakhir dia daki gunung. 

Laluan Gunung Inwang tu agak curam lah sampai ada team production Rakkidol give up untuk join sekali. Producer bagi camera dekat Jihoon untuk rakam perjalanan diorang dekat situ. 


‘People were worried after watching the preview. ‘Are you really going to Ulleung Island? Are you really going climbing?’ However, we are TREASURE. Done deal.’ – Park Jihoon

Kalau appa Treasure dah kata TREASURE boleh buat semua benda then TREASURE boleh buat semua benda. Menangis lah Junkyu dengan Asahi dekat rumah tengok Rakkidol Episode 3 ni. Bukan takat daki gunung je, Jihoon siap flex dia boleh spin dekat bar atas puncak gunung tu. Man setting the bar so high for what leh? 


Lepas habis mendaki, diorang kena berjalan pula sepanjang Cheonggye Stream untuk sampai ke pasar tersebut. Kalau ada yang kata Hyunsuk dengan Jihoon shoot sikit je lepastu naik kereta, Jihoon dah tunjuk bukti diorang berjalan sepanjang hari bila device dia cecah 26,328 langkah untuk hari tu je. Jauh beza betul dengan hari biasa. 

Sampai je dekat Gwanjang Market, diorang terus order makanan sebab Hyunsuk dah lapar. Jihoon order sotong mentah, pajeon bawang dengan seafood ramyeon. Lepas penat berjalan dapat makan makanan sedap memang berbaloi sangat buat aktiviti extreme macam tu. 


Nak tahu ramyeon terbaik pilihan Hyunsuk dengan Jihoon sepanjang field trip ni kena tengok sendiri lah dekat Channel Fullmoon. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10

Director : Na Young Seok
Writer : Na Young Seok
Cast : Choi Hyunsuk (Leader of Treasure), Park Jihoon (Leader of Treasure)
Production Company : tvN
Distributor : tvN, Channel Fullmoon Youtube account
Genre : Variety Show
Running Episodes : 11 episode& 2 bonus clip (29:32 minutes for episode 1)
Release Date : 15 April 2022 – 17 June 2022
Video : 


Dalam Episod 0, Hyusnuk dengan Jihoon ada cakap yang ramyeon ni sedap dimakan bila badan penat bekerja. Memandangkan dalam Game Caterer YG Family, Hyunsuk bagitahu Treasure akan buat konsert pada bulan April jadi Rakkidol team pergi ke Trace sebagai tanda support. Happy bila tengok Trace muncul dekat national TV sebab benda tu dikira exposure lah untuk Treasure. Congrats Treasure!


Na PD : It was very cool. As you know, when you get home, you’re making ramyeon. 
Hyunsuk : We haven’t had anything all day. 
Na PD : Today, there’s nothing else. You just need to enjoy ramyeon. We will go and get everything ready.

Team Rakkidol setup kamera dengan semua bahan dan peralatan memasak di dorm Hyunsuk. Memandangkan shoot dekat dorm diam aka ahli dorm yang lain pun join sekali lah. Yoshi, Junkyu dengan Yedam. Comel sangat team Rakkidol hadiahkan bunga dengan kek yang cantik untuk ucap tahniah dan raikan konsert pertama Treasure, TRACE. Ada juga premium beef dengan champagne disediakan. 


‘To Hyunsuk and Jihoon. Hi. Your concert was very cool. Congratulations on your first concert. Well done, guys. We’re writing you a letter because today’s topic is ‘ramyeon after the concert’. You probably have a lot to talk about with your members. We thought we’d only make you feel uncomfortable, so we’re going home. You probably didn’t get to eat a lot because of the concert. We hope you have a great time with delicious ramyeon. p/s, we wrote a few requests. Please don’t forget to do them. From now you’re casts as well as PD, producers, directors, cameramen, audio directors and food stylists. Please feel responsible.’ – Rakkidol Team 


Happy bila tengok hadiah yang Rakkidol team sediakan untuk Treasure dekat pantry. My reaction was exactly the same with them! Nongshim, Nongshim, Nongshim! Teringat masa Treasure Map Season 1 Episode 1 bila Jihoon kata dia harap Treasure akan dapat product placement untuk ramyeon. Fast forward 2 years later they got it! Eikksss happy for Treasure! 

Disebabkan Rakkidol, I pun dah start makan mi segera jenama Nongshim tapi Maggi Kari paling terbaik lah dalam dunia. Mungkin sebab tekak dah hidup dengan Maggi sejak umur 7 tahun. I harap mak I tak baca lah entry ni sebab masa dia berpantang dekat kampung dulu, arwah abah I masakkan maggi lepas dia balik kerja hahaha


Comel sangat Junkyu ikut arahan staff Rakkidol untuk dapatkan close up shot sampai editor kena fast forward video dia sebab panjang sangat. A for effort, Kim Junkyu-ssi! Nora bagi 5 bintang~!

Sementara Jihoon dengan Hyunsuk sediakan Toowomba Ramyeon dengan Wowwmyeon untuk makan malam, Yedam, Junkyu dengan Yoshi setup camera dan prepare video untuk Episod 2. Yoshi ajak Hyunsuk menyembang pengalaman diorang makan ramyeon lepas surfing dalam Episod 1. Dia jealous tengok diorang dapat pengalaman macam tu. 

Yedam : But I can’t tell if it truly tastes good because everything taste good when I’m starving.
Hyunsuk : That’s why we’re testing. Junkyu already tried what I’m going to make. He said I could sell it. 


Penat nak gelak tengok episod ni sebab Jihoon dengan Hyunsuk spend time dengan Treasure member yang sengal dan kelakar. Dah la ada Junkyu sekali, kalau dalam Treasure Junkyu dengan Jihoon ibarat Tom and Jerry. Yedam pun boleh tahan jugak mulut dia. 

‘Hyunsuk, the light is behind you, you look like you starved for 3 days.’ – Kim Junkyu

Sementara nak tunggu Toowomba Ramyeon siap, diorang semua makan Wowmyeon dulu sebab resipi Wowmyeon tu tak susah pun. Dalam ramyeon tu letak taugeh dengan telur je. Simple tapi sedap. I tahu sedap sebab I suka taugeh kekeke


Toowomba Ramyeon I tak try buat lagi tapi resipi dia lebih kurang spaghetti carbonara and Hyunsuk did a great job in plating sebab dia letak udang dengan baguette sekali. Selain Toowomba, Hyunsuk goreng ayam sebagai side dish. 

Happy tengok diorang enjoy makan lepas konsert sebab Treasure start diet sejak tahun lepas, masa start shooting music video Jikjin. DK pun tegur Treasure kurus sangat sebab jaga makan. Syok tengok masa diorang sembang pasal konsert tu sebab banyak benda yang jadi walaupun dah practice banyak kali. Masa Junkyu cerita pasal Mashiho silap koreografi bila perform lagu Bang Bang Bang – Big Bang tu ada video Haruto mengadu dekat Junkyu dia buat silap. Kelakar bila tengok balik.


Treasure risau Treasure Maker kecewa tengok performance diorang sebab ada part suara diorang crack sebab nervous sangat. Ada tersalah koreografi tapi sebenarnya Teumes happy je dapat tengok Treasure depan mata. Tapi siapa tak nervous kot, Yang Hyunsuk founder YG Entertainment pergi konsert Treasure lepas lama menghilangkan diri. Anyway bak kata iKON, benda paling penting masa konsert ialah have fun interact dengan fans. Masa dekat konsert lah fans nak jumpa idol and vice versa. Jaraesseo Treasure, cheongmal jaraesseo! 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10

Director : Na Young Seok
Writer : Na Young Seok
Cast : Choi Hyunsuk (Leader of Treasure), Park Jihoon (Leader of Treasure)
Production Company : tvN
Distributor : tvN, Channel Fullmoon Youtube account
Genre : Variety Show
Running Episodes : 11 episode& 2 bonus clip (29:32 minutes for episode 1)
Release Date : 15 April 2022 – 17 June 2022
Video :


Selepas ramyeon test dalam Episod 0, team production contact Hyunsuk dengan Jihoon supaya practice untuk first shoot yang akan dibuat di Pantai Jukdo. Hyunsuk minta bantuan Yoshi untuk sediakan Bibim Men sebab anak sulung Treasure ni duduk satu dom dengan dia. Walaupun clumsy masa prepare menu dia tapi Yoshi approve Bibim Men sebab sedap. Sementara Jihoon pula prepare Jin Jjampong seorang diri di dorm dia. Bahan yang Jihoon guna kebanyakannya seafood yang segar. Dia yang masak, dia yang puji masakan dia sedap. 


Sampai je dekat Pantai Jukdo, Hyunsuk dengan Jihoon kena suruh tukar baju renang sebab diorang akan meluncur air. Aktiviti ni akan dikawal oleh peluncur terkenal, Jeonhoon Choi yang mempunyai pengalaman sejak 2014. Jihoon kata dia selalu meluncur air dekat Busan tapi angkat papan luncur pun dah gagal. Geleng kepala je Na PD tengok perangai dia. 


Jihoon : Why am I tired already? I’m done for the day. 
Na PD : Where did all your passion go? 
Jihoon : My passion dies pretty fast. 

Lepas dah berlatih selama 200 kali dengan instructor, diorang pergi dekat laut untuk meluncur. Kebetulan tengah hujan renyai masa tu jadi ombak besar sikit, sesuai lah untuk meluncur. Comel betul muka Hyunsuk bila berjaya seimbangkan badan atas papan luncur. Actually bukan pengalaman baru pun untuk Hyunsuk sebab Treasure pernah main luncur air masa diorang bercuti dekat Bali lepas shooting YG Treasure Box (2019). 


Na PD bagi cabaran memandangkan Hyunsuk dengan Jihoon dah boleh meluncur dengan bagus sebagai beginner. Mereka berdua perlu pergi ke rumah api dan patah balik ke pantai dalam masa 13 minit. Kalau berjaya, Na PD akan bagi daging mentah Korea masa BBQ nanti. Jihoon kata dia boleh buat dalam masa 10 minit je, lagi hebat dan pantas dari lifeguard. Berjaya ke tak diorang buat cabaran ni kena tengok sendiri lah dekat Channel Fullmoon Youtube account. 


Lepas selesai cabaran tersebut, Hyunsuk dengan Jihoon pergi ke khemah untuk masak ramyeon mengikut menu dan resipi mereka sendiri. Kesemua bahan mentah dah dibeli di pasar sebelum sampai ke Pantai Jukdo. 

Jihoon akan prepare ramyeon pedas dengan tofu lembut sementara Hyunsuk akan masak Kodolkodol, ramyeon dengan kerang dan juga beef brisket. Na PD sediakan dua Treasure box yang penuh dengan bahan masakan untuk mereka berdua. Kedua-dua resipi mereka berdua ada soju tapi Hyunsuk minta kebenaran Na PD untuk minum soju sebab muka masing-masing baby face walaupun dah cecah had umur. 

Jihoon : To proceed smoothly, remove the strings that are sticking out. Now is the next seafood. It’s Michael Tyson. Tyson’s shrimps.
Na PD : Tiger shrimps.


Antara kedua resipi ni, resipi Hyunsuk yang paling renyah walaupun bahan sikit sebab kekutan resipi Kodolkodol ni pada sos dia. I tak rasa I boleh prepare sos yang dia buat tu sebab ada bahan yang memang ada dekat Korea je. Tapi resipi dia lebih kurang maggi goreng lepastu gaul kerrang dengan sos dan daun kucai. Mungkin kalau perap kerang dengan sos Buldak lepastu perah limau Kasturi sikit dah jadi kot. 

Resipi Jihoon, Bbongto Ramyeon pula senang je sebab resipi dia lebih kurang Maggi Seafood ataupun Jjampong. Macam Jihoon cakap lah, resipi dia habiskan masa dekat part nak sediakan bahan je sebab nak siang semua bahan tapi bila masak tinggal campak je. I dah buat banyak kali resipi dia so dah boleh agak level sedap resipi tu macam mana. 


Sepanjang episod ni boleh dengar Na PD dengan crew lain tergelak tengok perangai Jihoon dengan Hyunsuk. Happy bila semua orang happy dengan diorang. Hyunsuk dengan Jihoon pun boleh spend time lebih banyak lepas penat jaga anak-anak since diorang eomma dengan appa Treasure. Kelakar bila Hyunsuk kata dia ambil masa 5 tahun nak faham perangai Jihoon. Cara dia membebel macam mak-mak sangat. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10

Director : Na Young Seok
Writer : Na Young Seok
Cast : Choi Hyunsuk (Leader of Treasure), Park Jihoon (Leader of Treasure)
Production Company : tvN
Distributor : tvN, Channel Fullmoon Youtube account
Genre : Variety Show
Running Episodes : 11 episode& 2 bonus clip (14:12 minutes for episode 0)
Release Date : 15 April 2022 – 17 June 2022
Video :


Gara-gara rancangan Game Caterer YG Family, Na PD tertarik dengan kelincahan dan karakter kelakar Choi Hyunsuk dan Park Jihoon dalam program tersebut. Jadi dia jemput kedua-dua orang ketua kumpulan idol group Treasure ke rancangan dia, The Idol Ramyeonators. 

“We notice you guys dont act like idols. You guys are weirdos" – Na PD


Kalau ikutkan pada preview Rakkidol, rancangan ni dah wujud sejak 2019. Sebelum ni tak pernah tahu pula tentang rancangan ni selain Journey To The West dan 2 Days 1 Night yang dah jadi variety show terkenal kelolaan Na PD. Happy lah bila dapat tahu Hyunsuk dengan Jihoon dapat peluang muncul dalam rancangan PD kegemaran diorang sejak zaman sekolah. 

Objektif rancangan The Idol Ramyeonators ni adalah untuk merakam pengembaraan penggemar baru ramyeon untuk mencari ramyeon kegemaran mereka. Dalam masa yang sama bina karakter yang baru terhadap ramyeon. Maksudnya Hyunsuk dan Jihoon bersama team Na PD mencari bahan apa yang sesuai dimasukkan dalam ramyeon supaya dapat hasilkan resipi atau kombinasi terbaik. 


Dalam group Treasure, Takata Mashiho yang pandai masak dan bagi makan semua member yang lain. Park Jihoon boleh memasak juga tapi limited lah. Hyunsuk selalunya makan ramyeon yang mak dia masak dekat rumah je. Hyunsuk dengan Jihoon dipanggil untuk test kepakaran memasak ramyeon mereka pada bulan Mac sebab tu rancangan ni bermula dengan Episod 0. 

Jihoon : My father adds a lot of stuff in his ramyeon. I don’t like that
Na PD : Then shall we cancel this show?


Hyunsuk dengan Jihoon punya lah excited dapat join program The Idol Ramyeonators sampai cakap diorang boleh naik bot di tengah lautan luas, pergi ke pulau terpencil dan buat unggun api untuk memasak, tidur dalam gua ataupun sesuatu yang tak dijangka. Jihoon berhajat untuk pergi meluncur dalam program ni sebab dia pandai berenang. Ramyeon paling sedap dimakan lepas habis berenang sebab badan dah penat jadi nak makan makanan yang sedap. 

Memandangkan Hyunsuk dengan Jihoon dipanggil untuk ujian memasak ramyeon, jadi Na PD sediakan pelbagai jenama mi segera untuk mereka berdua masak. Dalam peti ais pula ada beberapa bahan yang diorang boleh pilih untuk masukkan dalam ramyeon. Jihoon dengan Hyunsuk pilih ramyeon jenama Buldak, Jin Jajang dan Neoguri. 


‘Based on what I saw so far, Jihoon looks like a clean guy from his appearance, but he keeps making a mess. Hyunsuk is actually tidy. Jihoon has a problem. Everything he does is always for show.’ – Na PD

Tak ambil masa yang lama pun untuk Jihoon dengan Hyunsuk masak ramyeon sebab pilih resipi yang mudah. Jihoon guna sirloin sementara Hyunsuk guna fried dumpling. Lepas ramyeon dah siap masak, masing-masing boleh rasa ramyeon yang disediakan. Comel sangat masa Hyunsuk rasa ramyeon sirloin kepunyaan Jihoon. 


Baru tengok Episod 0 dah berdekah dengan ragam dua orang leader ni. Na PD dengan team dia pun gelak besar sepanjang ramyeon test ni. Boleh nampak lah kenapa diorang jemput Hyunsuk dengan Jihoon join program mencari ramyeon tersedap di Seoul, Korea. 

Poster dengan thumbnail pun comel dan kelakar, sesuai lah dengan genre variety show yang tak putus dengan hiburan. Tak sabar nak tengok Episode 1 sebab preview mengundang sangat. By the way masa Episod 0 ni keluar, Na PD bagitahu kalau view untuk episod ni mencecah 1.5 juta, setiap kali hujan Jihoon dengan Hyunsuk akan buat vlive makan ramyeon. Pulun lah stream dalam masa seminggu and we achieved it! Yeayyyy

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10

Misi Mencari LEGO Treasure di KLCC

Saturday, 25 June 2022

Bulan ni kecoh bila LEGO habis stok gara-gara Jaehyuk, Hyunsuk dengan Jihoon pergi ke Legoland Korea lepastu ukir nama dekat keychain Lego. Sebelum ni Jaehyuk Treasure update gambar dia dengan keychain ada ukiran nama TM which stands for Treasure Maker. 


Maka ramai lah yang pergi serbu LEGO Malaysia, Indonesia dengan Filipina untuk beli keychain supaya dapat ukir nama. Yang bukan Teumes pun join the trend sebab nak ukir nama sendiri ataupun nama bias diorang dari idol group lain. LEGO pun rajin update dekat socmed diorang dan buat pengumuman akan restock secepat mungkin untuk mana-mana stor yang kehabisan keychain. Dekat Indonesia pula ramai yang beratur panjang sampai kena tunggu selama 3 jam untuk siap. 


I terbaca komen dekat Twitter ramai yang kata keychain ni ada dekat LEGO KLCC maka minggu lepas berjalan lah ke sana. Kebetulan pula Kerajaan umumkan tambang percuma menggunakan pengangkutan awam. Kira langkah kanan lah kan? Dari Kwasa Sentral nak ke stesen KLCC, kena tukar tren dekat stesen Pasar Seni untuk naik LRT ke KLCC. 


Tapi disebabkan kitorang tersalah ambil laluan, terpaksa berjalan dari Avenue K ke KLCC padahal silap simpang je. But that's okay lah sebab boleh bergambar dekat sini. Dapat vitamin D sikit sementara berjalan tu hihu. Mood tengah happy nak pergi beli barang yang kita suka kan, jadi apa pun takpe, semua okay je haha

To be honest I tak pernah minat dengan LEGO pun sebab tak ada tempat pun nak display lepas dah siap bina lepastu mana ada masa nak cantum semua blocks. Ada satu design tu sampai 3,000 unit, kecil pulak tu. Hyunsuk yang suka main LEGO pun spend time sampai 3 jam lebih nak cantum semua. But who knows in future I nak spend time alone and destress dengan LEGO hihi


LEGO store dekat KLCC ni kecil je dan sedikit tersorok. Masa datang tu tak ramai orang lagi tapi yang sedihnya bila tanya staff dia kata keychain dengan engrave name tu dekat Lego store Pavillion. Hmmm terpaksa lah patah balik ke LRT lepastu tukar MRT menuju ke stesen Bukit Bintang. Nasib baik lah mencari hadiah untuk orang juga so tak kisah pun lah kena pergi Pavillion. Dah alang-alang keluar kan, takkan nak balik macam tu je. Lagipun tambang tengah free haha


Excited masa sampai dekat LEGO Pavillion Bukit Bintang ni sebab store dia besar sikit dari KLCC so I assume mesti ada lah keychain tu dekat sini. Masuk je terus dekat bahagian kiri store sebab ada nampak keychain section dekat situ. 3 kali jugak lah pusing dekat situ mencari tapi tak jumpa pun. 


Cari lagi, pusing lagi tetap juga tak jumpa maka ambil keputusan tanya staff LEGO pasal keychain LEGO siap tunjuk gambar yang stans post dekat Twitter. Staff tu buat muka penat nak jawab. Dia kata dah habis. Dalam minggu tu entah berapa kali dia kena jawab soalan yang sama. Haihhhhh kecewa lagiiiii.

Memandangkan yang dicari tak jumpa, rehat kejap dengan belek semua koleksi LEGO dekat sini lepastu bergambar untuk Instagram haha









Amazed tengok semua LEGO dalam bekas kaca ni sebab staff mesti ambil masa yang lama nak siapkan semua ni. Tak sure lah semua ni dari edition mana sebab lupa nak tengok tag nama dekat bawah tu. 


Excited tengok LEGO display yang ni sebab Jaehyuk beli edisi ni 







Masa dok belek semua edisi dan display dekat LEGO Pavillion ni baru perasan yang dinding dia penuh dengan blok LEGO. Kreatif betul sampai I rasa nak transform dinding rumah jadi macam tu jugak tapi kalau satu papan LEGO tu RM60 untuk saiz A5, hmmm elok lupakan je lah di waktu inflasi ni. Minyak masak naik harga, tarif elektrik naik, harga ayam, telur, ikan, daging dan sayur pun naik. Jadi kita bergambar je lah dekat dinding sebagai tanda Pana was here. 


Surprisingly tudung I on point masa tu so rasa kecewa tu hilang lah sikit bila tengok gambar hihu. Nasib baik jumpa jugak hadiah yang dicari dekat Parkson maka tak lah rasa tersia sangat masa tu. Kalau tak jumpa, dah satu hal nak kena menapak ke One Utama pulak. Done sunning, done 11,000 langkah sehari. Hari tu je lah, lagi 6 hari tu yillekkkkk