Drama Review | Kampong Pisang Bersiri-Siri Episod 1 : Toyol Oh Toyol
Thursday, 28 January 2021
Pengarah : Mamat Khalid
Penulis Skrip : Mamat Khalid
Pelakon : Kazar Sairi, Bell Ngasri, Dewa Sapri, Aziz M. Osman, Mat London (Ahmad Ibrahim), Avaa Vanja, Nazeera Sardi, Datuk Awie, Hazama, Ellie Suriaty, Pekin, Delimawati, Ozlynn, Soffi Jikan, Joey Daud, Kamarool Hj Yusof, Imuda, TJ Isa, Adam AF, Azlan Komeng, Ayie Hushairi, Faizal Chal, Nasir Jani, Soya, Shuk Sahar, Sharwani, Mohd Rashid, Latiff Zami, Jasper Supayah, Reza Hasbi, Annie Mosha, Akmal Ahmad, Wan Raja
Genre : Komedi / Seram
Jumlah Episod : Episod
Tarikh Tayangan : 7 Disember 2020
Syarikat Produksi : Astro
Penyiaran : Astro Ria, Astro Citra HD, Astro GO, On Demand
Trailer :
Lepas kejayaan franchise Kampung Pisang, pengarah dan penulis Mamat Khalid tambah lagi drama Kampong Pisang Bersiri-Siri untuk hilangkan rindu peminat. Lepas Zombi Kampung Pisang (2007), Hantu Kak Limah Balik Rumah (2010), Husin, Mon & Jin Pakai Toncit (2013), Zombie Kilang Biskut (2014), dan Hantu Kak Limah (2018) kebanyakannya menggunakan pelakon yang sama tapi dalam drama ni ada beberapa watak yang digantikan pelakonnya kerana dah meninggal dunia seperti Man Kadir.
Untuk episod 1 ni, Kampung Pisang diserang oleh gangguan toyol (Souya). Kalau dah toyol ni memang mencuri harta orang lah tapi yang ni advance jugak sebab kacau paip air utama sampai penduduk kampung kena catu air setiap hari. Nasib baik ada si Khuda (TJ Isa) yang sanggup ke bukit untuk kumpul air dan jual kepada penduduk kampung. Dah letak ketam tergantung di dalam rumah pun tak menjadi petua orang dulu-dulu tu.
‘Semalam, rumah Pak Karim habih duit, emas Kak Som bergram-gram hilang!’ – MA Mok (Nizam Mokram)
Memang geram la si Bakobar (Bell Ngasri) sebab setiap bulan bayar bil air tapi air kena catu. Cik Purnama (Dewa Sapri) pun sokong kenyataan tu. Pak Din Pest Control (Kazar Sairi) tak bagi orang kampung ambil air dekat masjid sebab itu khas untuk air berwudhu’ sahaja. Dia pun minta bantuan pihak Lembaga Air Perak datang check. Yang peliknya tak ada masalah teknikal pun di paip utama tapi bila dibacakan ruqyah, elok pula air berjalan.
Bila jadi lagi perkara yang sama dek kerana toyol kepunyaan entah siapa, Cik Purnama panggil Bomoh Pak Salam Joko Anwar (Soffi Jikan) dari Banting datang untuk pulihkan kembali paip utama. Tapi untuk masalah kehilangan emas, Chomprak (Kamarool Hj Yusof) yang datang untuk selesaikan.
Kalau franchise Kampong Pisang ni mesti lah terkenal dengan dialek Perak tapi tak semua watak boleh menyembang dengan dialek tu. Dialog juga lebih terarah kepada dialog satira yang memerli masyarakat macam ayat MA Madi yang tak percayakan perkara-perkara tahyul. Tapi sudahnya dia juga yang ambil bomoh datang ke kampung.
Sinematografi dalam drama Kampong Pisang Bersiri-Siri diadun dengan signature Mamat Khalid yang suka dengan tona warna vintage. Puas hati sangat tengok drama ni sebab visual dia menarik sebab Mamat Khalid memang nak hasil drama ni sama dengan filem.Visual effects dari Lil Studio Sdn Bhd pun nampak kemas suntingannya macam effects masa Hantu Kak Limah hilangkan diri setelah salah diseru. Dalam episod 1 Mamat Khalid bagi hint je pasal Hantu Kak Limah. Tak sabar nak tengok Hantu Kak Limah kacau orang kampung. Kudos to props team yang berjaya menghidupkan suasana kampung.
Untuk background music dalam drama ni kebanyakannya lagu-lagu lama even lagu Hindustan dendangan MA Madi (Adi Afendi) pun lagu zaman 80-an – Chura Liya Hai Tumne, lagu famous movie Zeenat Aman. Ada tambahan watak baru Ahmad Yassin (Ahmad Yassin) yang buta tapi menghiburkan hati orang kampung dengan nyanyian dia di Warung Pak Jabit (Aziz M Osman).
Walaupun drama ni banyak strong point dia tapi ada satu watak Faguha Jabar (Rashid Othman) yang tak diketahui apa asal-usul dia. Ada satu scene dia buat gaya tangan persis seperti Usop Wilcha. Tapi watak dia tak ada dialog ataupun kepentingan. Even pelakon pun nampak kaku untuk deliver watak dia. Mungkin baru episod 1 so belum fokus dekat dia lagi so kena sambung episod 2 lah nampak gaya.
1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.8, 5. Casting +0.8, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.8, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 9.4/10