Director : Shin Won-ho
Writer : Lee Woo-jung
Cast : Jo Jung-suk, Yoo Yeon-seok, Jung Kyung-ho, Kim Dae-myung, Jeon Mi-do, Shin Hyun-bin, Kwak Sun-young
Genre : Medical / Drama / Musical
Running Episodes : 12 episodes
Release Date : 12 March, 2020
Production Company : Egg is Coming, CJ ENM
Distributor : tvN, Netflix
Trailer :
Berkonsepkan musical drama, berbeza dengan drama bertemakan medical yang lain, Hospital Playlist menyingkap kisah persahabatan 5 orang doktor pakar berbeza department di Yulje Hospital, Seoul, Korea. Persahabatan mereka berlima dari zaman kolej tahun 1999 sehingga menginjak ke umur 40-an.
Lee Ik-joon (Jo Jung-suk) - general surgeon, Ahn Jung-won (Yoo Yeon-seok) – pediatric surgeon, Kim Joon-wan (Jung Kyung-ho) - cardiothoracic surgeon, Yang Seok-hyung (Kim Dae-myung) - obstetrics and gynaecology dan Chae Song-hwa (Jeon Mi-do) – neuro surgeon.
Disebabkan mereka berlima berbeza kepakaran, dapat la kita tengok macam mana setiap department handle pesakit dengan pelbagai jenis penyakit dan kecederaan ataupun masalah kesihatan. Yes of course banyak juga scene dalam bilik bedah cuma tak difokuskan sangat mungkin untuk jimatkan masa dan lebih beratkan masalah personal masing-masing dan band mereka berlima.
Band yang diwujudkan adalah cadangan dari Yang Seok-hyung bila dia nak mereka berlima spend time cipta kenangan yang bermakna memandangkan masing-masing banyak habiskan masa di hospital rawat pesakit sampai tak ada masa untuk berhibur. Walaupun mereka berlima ada hobi masing-masing antaranya camping, main golf, tengok movie dan lain-lain tapi Seok-hyung nak kenangan bersama.
Awalnya Ik-joon je yang setuju bila yang lain tak setuju dengan syarat Song-hwa nak jadi lead vocal walhal tone deaf. Tapi lepas dipujuk, masing-masing mula semangat dan cari lagu yang sesuai setiap kali jamming setiap hujung minggu. Kita memang tahu Jo Jung-suk boleh menyanyi dan ada single nyanyian dia jadi soundtrack drama ni but actually semua pelakon utama ada background theater. Sebab tu masing-masing cekap je main instrument dan menyanyi. Ada dua scene je director buat Song-Hwa nyanyi sumbang padahal scene lain elok je dia menyanyi bila tak jadi lead vocal.
Brownie points untuk drama ni bila team production kenalkan beberapa menu Korean yang jarang nampak. Mungkin some of you guys familiar dengan menu yang muncul dalam Hospital Playlist sebab dah banyak tengok drama but for me, kira benda baru lah sebab selama ni ayam goreng, jajangmyeon, ramyeon, samgyupsal dngan kimbap je.
Dekat awal drama camera shot okay je ditambah dengan visual dan lighting dan beberapa shot cantik dari ruang yang kecil tapi bila dekat hujung drama dah mula merepek especially episod 11 dengan 12. Ada scene Ahn Jung-won jumpa keluarga pesakit dan terangkan keadaan pesakit so camera shot bermula dari dalam bilik bedah dan ikut Jung-won keluar, diambil dari bahagian atas tiba-tiba terus cut jump ke bahagian hadapan keluarga. Nampak tak cantik flow shot scene tu lepastu tiba-tiba appear dari bahagian atas balik.
Lagi nampak tak kemas bila scene Ahn Jung-won muncul depan Dr. Jang Gyeo-wool (Shin Hyun-bin) tapi dipotong dan ditampal balik. You know what I’m talking about when you watch that scene. Sayang bila camera shot ada potential untuk tambahkan drama tapi buat penonton terganggu dengan hasil kerja tak kemas macam tu. Sama macam drone shot dalam scene Joon-wan dengan Ik Sun (Kwak Sun-young) kissing depan hospital, beria ambil 3 shot berbeza. Ingatkan ada plot twist tapi tak ada apa pun.
Masalah ni datang dekat hujung drama je lah, but for me I still enjoy layan Hospital Playlist sebab friendship diorang berlima comel ditambah dengan kisah kehidupan pesakit dan warga hospital tu sendiri. Suka bila director bermain dengan jalan cerita bila dia letak jawapan di episod-episod awal drama so bila beberapa konflik muncul, kita macam ooooohhh patutlah dia macam tu macamni. Fokus kita tak mudah hilang lah bila director buat macam tu sebab dia pun tahu jalan cerita dia pun quite cliché tambah pula lately makin banyak medical drama.
Dalam Hospital Playlist ada ramai sangat watak sampingan so agak susah untuk ingat semua watak kecuali watak sampingan yang rapat dengan watak utama. Ada yang tiba-tiba muncul dan tiba-tiba juga hilang. Mungkin akan dikembangkan lagi dalam Season 2 nanti ataupun Season 3. Hospital Playlist mungkin akan jadi competitor untuk Romantic Doctor, Teacher Kim terbitan SBS tapi dari segi penceritaan, dialog, konflik dan drama for me RDTK lagi best. No wonder la Yoo Yeon-seok tak ada dalam season 2 RDTK haha tiberr.
Anyway, all the best for Season 2!
1. Team Production +0.8, 2. Visual +0.6, 3. Audio +0.8, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +1, 6. Genre +0.7, 7. Themes +1, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.6 = 7.9/10