Lirik Lagu Dup Dup - Aizat Amdan ft Bunga

Saturday, 30 May 2020

Masa dengar Spotify ternampak lagu Dup Dup dekat album Aizat Amdan. Tak tahu pulak Aizat release single baru bulan lepas sebab tak ada recommendation dari Youtube. And I really thought it was Bunga Citra Lestari rupanya Bunga yang rap tu.  


Anyway tak kisah lah Bunga Indonesia atau Bunga Malaysia, yang penting single dari Aizat Amdan ni comel. Suka dengan story-telling dalam lagu ni. Soft tone Aizat buat lagu ni kedengaran comel. Tak sabar nak tunggu MV lagu ni sebab Aizat suka buat MV kreatif. Tapi lagu ni kalau buat MV nyanyi dekat rooftop tengok Aizat senyum sambil nyanyi pun dah melting dah. 

Siapa yang belum dengar lagi lagu ni boleh klik dekat video kat bawah



LIRIK LAGU DUP DUP 

Penyanyi : Aizat Amdan, Bunga
Komposer: Aizat Amdan, Mel Ramlan
Lirik: Aizat Amdan, Mel Ramlan, Bunga
Studio : WMG Studio


Dari Ampang
Singgah sebentar pergi Damansara
Kopi dulu di Taman Tun

Hujung minggu
Indah rasa berduaan dengan mu
Minta izin mama dahulu

Dari dahulu
Kau lah yang ku tunggu

Dup dup jantungku berdegup
Bila ku memandang cantiknya kamu
Saat pertama
Ooh ooh u say “I miss you”
Lidah ku kelu dan aku menunggu
Dup dup jantungku
Dup dup jantungku

Mencari cinta jangan dikejar
Jangan terburu-buru
Kenali hati dahulu

Hujung minggu
Tiada lagi rasa sepi
Kini ditemani ku happy kau kekasihku

Percayalah padaku
Kau slalu di mindaku
Kau bunga di hatiku




Dari dahulu
Kaulah yang ku tunggu

Dup dup jantungku berdegup
Bila ku memandang cantiknya kamu
Saat pertama
Ooh ooh u say “I miss you”
Lidah ku kelu dan aku menunggu
Dup dup jantungku

Semalam punya story sedang hirup nikmat kopi
Layan dengan roti disapa dengan emm sorry
I rasa ni barang you masa bayar bill tadi
Kenapa duduk sorang boleh kita chill sekali

Wooo tak kesah dia asal mana
Yang ku nampak dia sangat ada gaya
Siapa tak tertarik dengan rupawan yang gentleman
Nampak menarik rupanya melayu Netherland

Dup dup jantungku berdegup
Bila ku memandang cantiknya kamu
Saat pertama
Ooh ooh u say “I miss you”
Lidah ku kelu dan aku menunggu

Dup dup jantungku berdegup
Bila ku memandang cantiknya kamu
Saat pertama
Ooh ooh u say “I miss you”
Lidah ku kelu dan aku menunggu
Dup dup jantungku
Dup dup jantungku
Dup dup jantungku

Movie Review : Daddy You, Daughter Me


Director : Kim Hyeong-hyeop
Writer : Choi Yoon-mi, Kim Ji-sun, Jin Na-ri, Jo Sung-woo
Cast : Yoon Je-moon, Jung So-min, Lee Yoo-jin
Production Company : A Kimchi Movie Production
Distributor : Megabox Plus M
Genre : Comedy / Family / Drama
Running Time : 115 minutes
Release Date : 12 April, 2017
Trailer :


Diadaptasikan dari novel Jepun berjudul Papa to Musume no Nanokakan karya Takahisa Igarashi yang diterbitkan pada tahun 2007, movie Daddy You, Daughter Me mengisahkan tentang anak-beranak yang tak sebulu. Do-Yeon (Jung So-Min) stress bila ayah dia, Won Sang-tae (Yoon Je-Moon) selalu paksa dia fokus dengan pelajaran walhal dia dah cuba yang terbaik untuk subjek sekolah menengah dia. Semua pun tahu high school zaman millenials tak sama dengan zaman boomers. Syllabus makin susah. 


Sang-tae pula stress bila anak dia tak pernah nak hargai pengorbanan dia keluar bekerja mencari duit untuk sara hidup mereka sekeluarga. Dia dah bertahun kerja sebagai ketua pemasaran tapi tak pernah dapat kenaikan pangkat. 

Do-Yeon nak join talent show untuk impress crush dia, Kang Ji-oh (Lee Yoo-jin) tambah pula bila crush dia sendiri invite personally. Sang-tae pula ada presentation untuk perkenal produk baru dari team dia kepada top management company supaya team dia tak dibuang dan dia akan dinaikkan pangkat. 

Malangnya disebabkan pergaduhan mereka anak-beranak di bawah pokok gingko yang berusia ratusan tahun di rumah datuk Do-Yeon dan bapa mertua Sang-tae, (Shin Goo), impian mereka untuk bertukar badan supaya masing-masing faham struggle hidup masing-masing jadi kenyataan. Nasib baik hanya seminggu tapi masing-masing kena cari jalan untuk give the best for those important events dalam hidup mereka berdua. 


Jalan cerita dia for me personally tak perlu ada pun at the first place sebab keluarga diorang kecil je dan stress tu tak la besar mana bagi kedua-dua belah pihak. Boleh je masing-masing explain tapi dah dua-dua pun tak nak bercakap langsung terpaksa la gingko tree buat kerja. Typical Asian culture actually. 

Ada moment yang agak awkward bila cerita bertukar badan ni terjadi tambah pula bila berlainan jantina. Of course you know what I mean tambah pula bila director letak scene si ibu (Lee Il-Hwa) nak intercourse lepas makan malam. Ughhhh why bother to put it at the first place? Ada pula scene Sang-tae tertidur dan buat alasan dia ada chronic fatigue syndrome walhal roh sahaja bertukar bukan fizikal? Sepatutnya Do-Yeon yang mengadu sebab dia stuck dalam badan yang berusia 40 tahun.
 

Dalam movie ni tak ditunjukkan secara mendalam kelemahan atau kelebihan dalam fizikal yang berbeza which a great missed opportunity. Sebab bila dah menginjak usia, kita akan cepat penat dan stress dengan komitmen hidup. Dekat situ Do-Yeon kena faham sebagai anak bila ayah dia tekankan untuk belajar. Sakit pinggang, sakit kepala, sakit lutut are real struggle. 


Sebagai perempuan pula director dan 4 orang penulis tak tunjuk langsung struggle Do-Yeon except part naik tangga. PMS problem, peer pressure, depression, bully or even kurang kasih sayang sebab ayah dia selalu kerja sampai lewat malam dan kurang bagi perhatian pada dia tak macam dulu. Banyak krisis yang boleh diorang tekankan sepanjang 115 minit. 


Scene paling kelakar bila Do-yeon  setuju untuk keluar date dengan Ji-oh tapi Sang-tae kena butt in supaya dapat tengok crush dia dengan lebih dekat. Kelakar tengok Yoon Je Moon kena berlakon gedik dan buat gestures perempuan selalu buat. Facial expression dengan body gestures dia memang on point lah. Plot twist dia predictable lah cuma kalau nak sampaikan mesej untuk hargai ayah tu mungkin boleh la kot walaupun I rasa team production should come up dengan story yang lagi strong. Movie ni ada di Netflix.

1. Team Production +0.5, 2. Visual +1, 3. Audio +0.7, 4. Storyline +0.3, 5. Casting +1, 6. Genre +0.3, 7. Themes +0.5, 8. Editing +0.4, 9. Social Message +0.3, 10. Personal Thought +0 = 5/10

Lotus Biscoff Cheese Muffin


Lately kek Lotus Biscoff Cheesecake dah jadi kegilaan pula di social media. Tergerak jugak hati nak order tapi tak ramai lagi yang buat cake ni. Kalau ada pun ramai dekat area KL dengan postage charge mahal. 

Rezeki terpijak la Rabu lepas bila Ms Fisah bawak Lotus Biscoff Cheese ni dekat office tapi version ala muffin bukan kek yang tengah laku keras sekarang ni. Satu box ni dijual dengan harga RM60. Include or exclude postage tu tak pasti. Rasanya exclude. Dalam satu box ada 9 biji muffin. 


Lotus Biscoff Cheese Muffin ni sedap dimakan sejuk katanya. Masa dapat ni tak la sejuk sangat. Kalau sedap makan time sejuk ni selalunya no bake cake. Rasa Lotus Biscoff Cheese ni not bad lah, sedap bila makan cheese cream filling yang lembut dengan Lotus Biscoff spread. Base dari biskut Lotus Biscoff yang dihancurkan pun sedap. 


Cuma sayang lah taburan biskut Lotus Biscoff yang dihancurkan sebagai topping tak crunchy. Rasanya ditabur awal kemudian disejukkan dengan muffin. Kalau diletakkan asing, customer sendiri yang tabur mungkin lagi terasa kot crunchy tu sebab biskut mudah lembik. I tak pernah makan biskut dia so tak tahu kalau biskut dia memang jenis macam ni. Kalau memang macam tu then my bad lah. 


Lotus Biscoff Cheese Muffin ni best makan bila piece yang pertama je, masuk yang kedua dah mula muak dah sebab cream cheese filling dia agak mampat dengan cheese. So kalau nak beli dessert yang tengah viral ni better beli untuk dimakan beramai-ramai sebab bila simpan lama dan ulang makan mesti dah tak ummpphh macam awal-awal order. Anyway thanks Ms Fisah!

Movie Review : Oversize Cops

Friday, 29 May 2020


Director : Phuwanit Pholdee, Chanon Yingyong
Writer : Phuwanit Pholdee, Phuvarith Phuapairoch
Cast : Dan Chupong, Sarun Cinsuvapala, Nutjaree Horvejkul, Somyos Matures, Supavitch Nepremwattana
Production Company : TMoment
Distributor : TMoment
Genre : Action / Comedy
Running Time : 100 minutes
Release Date : 13 October 2017
Trailer :


Filem genre komedi Thailand arahan dua pengarah Phuwanit Pholdee dan  Chanon Yingyong ni mengisahkan tentang 4 orang polis yang gagal menangkap penjenayah gara-gara saiz badan yang gemuk sampai jip yang dinaiki mereka tak mampu nak bergerak. Perkara ni jadi besar bila ada yang merakam insiden ni dan upload ke Youtube . Akibatnya merosakkan nama baik jabatan polis di Thailand yang benarkan polis gemuk dalam operasi.


Sudahnya satu jabatan kena buat saringan kesihatan untuk check berat badan masing-masing. Kepada yang overweight dan obese perlu turunkan berat dalam masa 3 bulan atau akan dipindahkan ke kawasan pedalaman. Awalnya masing-masing bersemangat nak exercise lepas disuntik semangat oleh kapten kacak dan baik, Kapten Jhet (Supavitch Nepremwattana). Tambah pula bila dapat coach cantik seperti Meen (Nutjaree Horvejkul), makin bertambah semangat nak turunkan berat.


Tapi semangat tahi ayam je jadinya sebab ada yang tak mampu nak buat isteri dia sedih bila tak makan masakan isteri dia sedap belaka. Yoy (Pramote Pathan) pula asyik dibayangi dewa makan yang pujuk dia untuk makan makanan yang sedap-sedap. Kan (Sarun Cinsuvapala) tak mampu tolak rayuan domba peti ais yang penuh dengan makanan dan manisan kegemaran dia. Dah buang pagi tu sebelum pergi kerja pun, malam akan penuh juga. Pluem (Somyos Matures) cukup dengan alasan lapar untuk dia give up.


Kan kuatkan semangat untuk konsisten dengan azam untuk kurus sebab dia nak mengorat coach Meen. Dia taknak dihantar ke kawasan pedalaman. Memang kecewa sangat lah bila kawan-kawan yang lain dah putus asa untuk kuruskan badan malah sanggup je dihantar ke pedalaman ataupun dibuang kerja. Siapa je mampu hilangkan 20kg dalam saki baki masa 2 bulan?

First half movie masa plot fokus kepada misi kuruskan badan boleh tahan kelakar jugak la movie Oversize Cops tapi ada juga beberapa scenes yang try hard dengan scene kelakar especially scene masa mereka berempat soal siasat suspek. Tapi movie Thai memang culture dia begitu so boleh dimaafkan lah. Lagipun genre dia memang ringan dan santai.


Masuk second half bila team production dah fokus dengan kes rompakan ATM di hadapan restoran barbecue tu dah mula bosan sikit sebab dah masuk genre drama. Tak suka scene team polis ni pergi kawasan judi untuk tangkap Pong Double Pie alias Premsak Rakjingjai, suspek utama kes ni. Punya lah ramai kena angkut untuk tangkap seorang suspek sudah tu tak ada yang jaga pintu belakang. Semua masuk ikut depan sudahnya suspek lari dan scene kejar-mengejar jadi panjang dan draggy. Kalau ikutkan agak tak logik lah sebab yang oversize cops ni yang pergi kejar. Yang fit buat apa?


Dalam movie ni ada kemunculan Dan Chupong, Muay Thai fighter standing Tony Jaa sebagai Khem, salah seorang suspek dalam kes rompakan ni tapi sayang lah tak lama pun lepastu action scene dia nampak scripted. Tak sharp macam dalam movie-movie dia sebelum ni.


Walaupun movie ni budget rendah tapi visual dia cantik lah even music score pun membantu cuma sayangnya jalan cerita kurang menarik dengan mesej yang mengelirukan sama ada nak promote cara hidup yang sihat atau sayangi diri sendiri dan terima apa adanya kelemahan kita. Okay je kalau nak tonton secara santai sebab ada scene yang betul-betul kelakar dan plot twist yang menghiburkan.

1. Team Production +0.7, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +1, 6. Genre +0.6, 7. Themes +1, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +0.4, 10. Personal Thought +0.3 = 7.2/10

Sanitize Office Lepas PKP

Bila dah dapat approval dari MITI untuk kembali beroperasi, perkara pertama kena buat haruslah sanitize office sebab tak nak ada virus yang datang entah dari mana. Siapa je tak cuak dengan covid-19 kan? 

So malam sebelum masuk office tu dapat text dari pihak HR untuk assist team sanitize - Team Riz-Que #VirusTerminator ni. Awal tu hampir nak cancelkan service diorang sebab tak datang tepat pada waktu yang dijanjikan. 

Appointment pukul 10 tapi tak sampai lepas setengah jam tunggu. Rupanya van diorang rosak. Rezeki diorang la van dah okay sebelum Zohor since working hours tak lama pun sekarang ni. 

Spray sanitizer 

Dah datang tu terus diorang setup equipment untuk disinfection satu office. Awalnya sembur sanitizer lepastu baru buat nano fogging. Nak spray tu kena lapik atau simpan semua document sebab takut alcohol akan rosakkan kertas. Masa kita place order tu pihak Team Riz-Que ni dah bagi SOP proses sanitize office. Apa yang perlu kita buat semasa dan selepas sanitize. 


Masa nano fogging ni dah kena duduk luar office sebab asap fogging ni tebal lah, susah nak bernafas. Lagipun sanitizer tadi pun dah kuat bau alkohol dia. Lepas dah fogging ni tak boleh masuk dah dalam office dalam tempoh masa 6 jam. 




Dah settle sanitize baru la yakin nak masuk kerja kat office balik. Dapat pulak supply face mask, sanitize spray, hand sanitizer dengan temperature checker. Setiap pagi memang akan tembak suhu dulu sebelum masuk lepastu pakai mask kalau ada meeting atau discussion. Rimas tu memang rimas lah bila sepanjang hari kena pakai face mask tapi sebab covid ni terpaksa lah bertabah. 




JMB pun dah arahkan cleaner untuk sanitize lif, sediakan hand sanitizer dekat ground floor lepastu sediakan kotak dalam lif. Kalau sebelum ni boleh naik ramai-ramai dalam satu masa, sekarang ni 4 orang je dibenarkan.

Tak lama lepas branch PJ sanitize office, HQ pulak sanitize office. Lama sikit lah dekat sana sebab HQ besar.



'Bilik En Mail tak hilang lagi asap fogging'
'Bagus tu...itulah rupa saya berasap jer bila check kerja orang....'

Movie Review | Secretly, Greatly (2013)

Thursday, 28 May 2020


Director : Jang Cheol-soo
Writer : Yun Hong-Gi, Kim Bang-Hyeon
Cast : Kim Soo-Hyun, Park Ki-woong, Lee Hyun-woo
Production Company : 
Distributor : Showbox/Mediaplex
Genre : Action / Comedy / Thriller
Running Time : 123 minutes
Release Date : 5 June 2013
Trailer :


Masa tengok drama Crash Landing On You nampak Kim Soo-Hyun buat cameo dengan watak bodoh alang sebagai spy Korea Utara yang menyamar sebagai delivery boy di Korea Selatan. Sebab cameo dia kelakar terus godek balik movie Secretly, Greatly ni sebab nak tengok watak dia. For sure lah movie ni kelakar kan sebab watak dia pun kelakar. 


Movie yang bertemakan ejen rahsia Korea Utara ni diadaptasikan dari webtoon karya Hun yang bertajuk Covertness dan diterbitkan pada tahun 2010. Won Ryu-Hwan (Kim Soo-Hyun) antara askar terbaik Korea Utara yang menguasai 5 bahasa dengan nama samaran 5446 Corps. Dia dihantar ke Korea Selatan dan menyamar sebagai Dong-gu, lelaki yang hilang ingatan dan terencat akal sementara menunggu misi yang akan dihantar dari pihak atasan. 


Tapi setelah bertahun dia masih lagi tak dapat apa-apa berita dari Korea Utara. Askar senior, Seo Sang-Goo (Ko Chang-Seok)  yang dihantar lebih awal dari Ryu-Hwan pun dah putus asa tunggu misi rahsia bila dia dapat khabar berita ibunya dah pun meninggal dunia. Sebab patuh dengan arahan pihak atasan, Sang-goo tak dapat jumpa ibu dia buat kali terakhir. 


Kecewa hingga ambil keputusan untuk bunuh diri tapi dihalang oleh Ryu-Hwan. Rumours dari Korea Utara semua ahli keluarga askar yang dihantar ke Korea Selatan akan dikurung dalam satu kem dan akan dibunuh. Ryu-Hwan tetap dengan kesetiaan dia pada negara dan yakin pihak atasan akan jaga ibu dia dengan baik sebab itu sahaja permintaan dia sebelum dihantar ke Korea Selatan. 

Satu hari Ryu-Hwan jumpa askar junior, Lee Hae-jin (Lee Hyun-woo) yang menyamar sebagai budak sekolah. Walaupun baru dihantar beberapa hari ke Korea Selatan, Hae-jin dapat misi untuk bunuh semua askar Korea Utara yang menyamar di Korea Selatan. Mampu atau tak dia bunuh Ryu-Hwan yang dianggap sebagai idola terbaik dalam hidup dia? 


First half movie ni dipikul sepenuhnya oleh Kim Soo-Hyun dengan watak kelakar dia bila dia kena berpura bodoh depan semua dengan misi-misi bulanan supaya semua penduduk di kawasan tu kenal dengan watak samaran dia. Dari killing machine soldier kepada lelaki bodoh alang, siapa je mampu imagine perubahan drastic macam tu. Of course body gesture dan facial expression dia mainkan peranan yang besar untuk menghidupkan watak dan suasana. Memang layak lah dia menang Best Male Actor di beberapa award events untuk watak Dong-gu/Ryu-hwan. 


Bila Lee Hae-rang (Park Ki-Woong) datang sebagai ejen rahsia kedua di kawasan tu, kita tahu ada ketegangan akan berlaku dalam plot cerita tambah pula bila dua watak ni tak sebulu dari zaman training lagi. But here comes the plot twist bila masing-masing buat luahan perasaan stress dengan watak penyamaran masing-masing. Second half pun not bad cuma mood dah berubah dari kelakar kepada emosi. Scene dekat rooftop tu kalau dipendekkan mungkin lagi okay. Visual dan music score bagus. 


Bukan setakat menghiburkan tapi plot twist dia pun unpredictable buat kita enjoy layan cerita ni. Of course kecewa dengan ending tapi melihatkan gaya pemerintahan Korea Utara, boleh nampak lah kenapa director stick to reality. Cuma dekat credit scene ada surprise yang mungkin drop hints keadaan sebenar watak Dong-gu/Ryu-hwan. Mana tahu sebab cameo dalam Crash Landing On You, akan ada sequel pula lepasni. Who knows kan? 

Yang nak kan stress-reliever, do watch Secretly, Greatly dekat Netflix. Recommended! 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.8, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +0.6, 10. Personal Thought +1 = 9.4/10
 "AMBIL APA YANG ANDA PERLUKAN, TINGGALKAN APA YANG ANDA BOLEH"


Walaupun negara kini menghadapi situasi sukar akibat wabak Covid-19, semangat saling mambantu, murah hati dan saling percaya-mempercayai tetap utuh dalam kalangan rakyat. Kemudahan lama seperti pantri makanan untuk kegunaan ramai kini diberi wajah baru. 

Inisiatif pantri makanan #AyamWithYou oleh Ayam Brand™ dan 13 buah rumah kebajikan dari seluruh negara kini giat membantu pertubuhan amal dan memperkasakan mereka untuk membantu komuniti setempat yang memerlukan.

Sebagai contoh, di Selangor, Pusat Jagaan Kasih Nurul Hasanah di Ukay Heights membantu komuniti setempat ini dengan menguruskan pantri #AyamWithYou di sini.


“Kami bimbangkan kebajikan sesetengah keluarga di sini terutamanya ketika Ramadan dan Hari Raya. Kami sendiri tidaklah mewah, tetapi keperluan mereka lebih mendesak. Kami pernah menyertai kempen Ayam Brand™ Community Care pada masa lalu. Tahun ini, Ayam Brand™ sekali lagi memberikan kepada organisasi kami bekalan produk makanan mereka untuk tempoh dua bulan dan menyarankan pantri makanan atau gerobok rezeki sebagai satu penyelesaian untuk komuniti ini. Mereka telah menyediakan gerobok kalis cuaca ini dan satu bekalan produk berasingan yang boleh kami gunakan buat membantu komuniti kami,” kata pentadbir Pusat Jagaan Kasih Nurul Hasanah, Puan Shidah.

Pantri kalis cuaca ini dipasang di hadapan rumah kebajikan tersebut supaya penjarakkan sosial dapat dilaksanakan. Ia terbuka untuk kegunaan umum 24 jam. Penduduk menghantar maklumat mengenai pantri makanan ini menerusi kumpulan komuniti di media sosial dan aplikasi Whatsapp, manakala anak-anak yang tinggal di rumah kebajikan ini diberi tugas menambah produk Ayam Brand™ tersebut setiap hari. 


“Kami menghantar khidmat pesanan ringkas menerusi WhatsApp dan Facebook memberitahu semua penduduk bahawa bahan makanan di dalam pantri tersebut adalah percuma bagi yang memerlukan, manakala mereka yang ingin menyumbang boleh sumbangkan makanan kering, snek, alat tulis, produk pencuci dan barangan keperluan lain. Anak-anak ini gembira diberi tanggungjawab menguruskan pantri makanan ini dan memastikan bekalan sentiasa penuh kerana mereka berpeluang mengamalkan budi pekerti yang mulia dan sikap murah hati,” kata Puan Shidah.

Respon terhadap inisiatif ini amat menggalakkan dengan peruntukan harian produk Ayam Brand™ seperti tuna, kacang panggang, kacang pea, nanas dalam tin dan santan kelapa laku di kalangan penduduk, dan barang keperluan lain ditambah dengan sokongan padu daripada ahli komuniti. 

“Kami menemui beberapa item yang tidak disangka-sangka di dalam pantri termasuk sayuran segar, buah kurma, susu bayi, lampin dan biskut Raya! Kami dapat merasakan keakraban #KitaJagaKita itu. Projek pantri makanan #AyamWithYou telah menjadikan Ramadan dan Raya ini amat istimewa dengan membina ikatan antara kami berasaskan budi pekerti mulia, sikap saling mempercayai dan bantu-membantu sesama ahli komuniti. Ini membolehkan kami menyumbang secara aktif ke arah kesejahteraan semua,” tambah beliau. 


Menerusi program Tanggungjawab Sosial Korporatnya yang telah berjalan sekian lama, Ayam Brand™ telah menyumbangkan lebih 2 juta makanan berkhasiat kepada pertubuhan amal, seterusnya menyediakan makanan berkhasiat untuk lebih 21,800 orang dari 524 buah organisasi dan NGO amal sejak 12 tahun lalu. 

Tahun ini jenama tersebut membantu menyokong barisan hadapan Covid-19 di Hospital Sungai Buloh, 13 buah rumah kebajikan, inisiatif pantri makanan #AyamWithYou, dan pusat transit gelandangan Anjung Singgah Kuala Lumpur, dengan perancangan untuk membantu lebih banyak lagi organisasi dan komuniti.

Pantri makanan #AyamWithYou terletak di No 1, Jalan Pimping Kanan, Ukay Heights 68000 Ampang Selangor. Jadilah sebahagian daripada usaha murni memberi dan menerima barang keperluan ini.

Untuk maklumat lanjut mengenai inisiatif pantri makanan #AyamWithYou, layari https://www.ayambrand.com.my.


#ayambrandmy #ayambrandmy #AyamBersamaMu #AyamWithYou #kitajagakita


Mengenai Ayam Brand 

Ayam Brand, satu jenama isi rumah di Malaysia dan Asia selama 128 tahun memang terkenal dengan rangkaian luas makanan dalam tin yang sihat dan berkualiti, bebas bahan awet serta tidak mengandungi MSG tambahan. Produk Ayam Brand dikilangkan di kemudahan canggih yang mematuhi standard antarabangsa paling tinggi, persijilan (HACCP, ISO 9001) yang diiktiraf di seluruh dunia dan diakui halal. Selama empat tahun berturut-turut mulai 2013 hingga 2016, Ayam Brand dipilih sebagai Top 10 jenama FMCG pilihan di Malaysia, berdasarkan kepada Kaji Selidik Kesan Jenama oleh Kantar Worldpanel Brand Footprint Study.  

Untuk pertanyaan media:-
Retna Vijayan
About Communication Sdn Bhd
03.8075.6000/012.639.8443
retna.vijayan@aboutcom.com.my
Samuel Tan
About Communication Sdn Bhd
03.8075.6000/012.635.8443
samuel.tan@aboutcom.com.my



Director : Lee Eon-hee
Writer : Jung Han-jin, Lee Eon-hee
Cast : Kwon Sang-woo, Sung Dong-il, Seo Young-Hee, Lee Kwang-soo, Lee Il-hwa, Nam Myung-Ryul, Oh Hee-Joon
Production Company : Cree Pictures
Distributor : CJ Entertainment
Genre : Action / Comedy
Running Time : 116 minutes
Release Date : June 13, 2018
Trailer :


Sequel movie The Accidental Detective kali ni mengisahkan Kang Dae-Man (Kwon Sang-Woo) yang obsess dengan kes jenayah terutamanya pembunuhan team up dengan Detektif Noh (Sung Dong-Il) dengan membuka private investigation office bersama lepas Dae-Man dapat anugerah penghargaan sebagai citizen yang berani dan membantu pihak polis dalam kes pembunuhan yang lepas. 


Kali ni Dae-Man membebankan lagi isteri dia dengan menjual kedai bukunya tanpa pengetahuan isteri dia, Mi-Ok (Seo Young-Hee). Duit hasil jualan kedai buku tersebut dilaburkan kepada pejabat baru dia dan marketing strategy untuk orang awam tahu kewujudan karier baru dia. Hubungan Dae-Man dengan Detektif Noh makin rapat dan boleh dibawa bergurau tentang kehidupan masing-masing yang takut ditinggalkan isteri. 

Satu hari mereka berdua dapat offer dengan ganjaran sebanyak 50,000 dollar untuk siasat kematian Kim Jae-min (Oh Hee-Joon) yang mati digilis oleh keretapi semasa keluar membeli buah untuk tunang dia yang sarat mengandung. Walaupun mayat dia hancur tapi Director Woo Won-Il (Nam Myung-Ryul), pengetua rumah anak yatim dapat cam bila nampak parut kesan jahitan di bahagian kaki mayat. 


Dae-Man syak kes ni bukan kes kemalangan yang biasa bila mangsa tiada motif untuk ke stesen keretapi dan mungkin dibunuh oleh seseorang yang dikenali. Bertambah misteri kes tu bila darah yang melekat di wallet mangsa tak sepadan pun dengan darah empunya badan bila Dae-Man request DNA test. 


Dae-Man dan Detektif Noh minta bantuan Yeochi the "Grasshopper" (Lee Kwang-soo) yang pakar dalam bidang software dan boleh hack system untuk dapatkan klu dari smartphone si mangsa. Kes yang disangka biasa buka pekung lagi besar group rahsia The Venom. 

Movie sequel kali ni kekal dengan genre yang sama – action comedy tapi di bawah arahan team production berbeza. Kalau yang sebelum ni di bawah kelolaan dan perspektif Kim Joung-hoon, yang kedua di bawah tanggungjawab Lee Eon-hee sebagai director dan skrip ditulis oleh Jung Han-jin. Personally for me, I lagi suka dengan hasil kerja mereka berdua sebab dua watak ni nampak lebih menarik dengan kes pembunuhan misteri yang menimbulkan tanda tanya dengan lebih mendalam. 


Dalam previous installment memang menyampah dengan watak Dae-Man tapi terubat rasa menyampah tu bila ada kemunculan Kwang-soo sebagai penghibur sama ada scene bersendirian ataupun berkongsi dengan dua lagi watak utama. Bijak cari port untuk dia menyerlah walaupun ada beberapa moment dia try hard untuk nampak kelakar.  Nevertheless, director buat keputusan yang tepat dengan bawa Kwang-soo masuk ke dalam franchise detektif ni.


Tak susah pun untuk kita teka siapa dalang di sebalik pembunuhan bersiri bila team production dah drop hints walaupun watak-watak utama masih struggle mencari. But still kita curious nak tahu apa motif pembunuhan dan macam mana mereka bertiga nak buktikan kepada pihak polis yang teori mereka tepat. Ada risiko besar yang perlu diambil tapi mereka bertiga tahu pengorbanan ni berbaloi. 


Since movie yang pertama dapat sambutan dan gabungan watak Dae-Man dengan Detektif Noh ada fanbase tersendiri, ditambah pula dengan kehadiran Grasshopper sebagai penambah rencah, mungkin team production akan keluarkan movie ketiga dengan kes pembunuhan misteri yang lebih menarik. 


Mungkin ada bagusnya kalau buang terus scene keluarga Dae-Man dan wujudkan plot yang kelakar masa siasat kes untuk hidupkan elemen komedi since tema utama movie ni ialah penyiasat. I know they can do better. Franchise ni boleh layan dekat Netflix. 

1. Team Production +0.6, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +1, 6. Genre +0.5, 7. Themes +1, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +0.4, 10. Personal Thought +0.3 = 7/10

Movie Review : The Accidental Detective

Wednesday, 27 May 2020


Director : Kim Joung-hoon
Writer : Kim Joung-hoon, Lee Jung-Ho
Cast : Kwon Sang-woo, Sung Dong-il, Seo Young-Hee, Park Hae-Joon, Lee Il-hwa, Lee Seung-Joon, Jo Bok-Rae, Kwon-hyeok
Production Company : Cree Pictures
Distributor : CJ Entertainment
Genre : Action / Comedy
Running Time : 104 minutes
Release Date : September 24, 2015 (South Korea)
Trailer :


Diinspirasikan dari movie tahun 1951, Strangers on a Train arahan Alfred Hitchcock, movie bergenre komedi ni mengisahkan tentang Dae-Man (Kwon Sang-Woo) yang obsess dengan kes jenayah terutamanya pembunuhan and yes he loves Detective Conan. Dae-Man selalu habiskan masa dalam private club online tentang pembunuhan dan dia agak popular disebabkan teori dia tepat mengena. Dae-Man selalu tinggalkan kedai buku dia dan selinap masuk ke pejabat balai polis bila ada kes supaya dapat tahu details kes. 


Detektif Noh (Sung Dong-Il) yang dahulunya ketua department tapi ditukar ke bahagian jenayah menyampah dengan kehadiran Dae-Man tambah pula kalau Dae-Man come up dengan teori aneh yang dicedok dari movie atau drama pembunuhan. Bagi Detektif Noh, sesuatu teori tu perlu berpijak di dunia nyata dan relevan mengikut situasi. 


Nak dijadikan cerita, kawan baik Dae-Man yang juga merupakan pegawai polis, Joon-Soo (Park Hae-Joon) didakwa dan ditangkap atas tuduhan membunuh isteri Yong-gyu (Lee Seung-Joon). Dae-Man insist untuk cari tahu siapa dalang sebenar pembunuhan ni sebab dia kawan baik Joon-Soo. Tak mungkin kawan dia sanggup untuk membunuh. Tambah pula bila ada sesuatu yang tak match dengan analisa forensik dalam pembunuhan tu. 


Detektif Noh pula stress dengan campurtangan dari pihak atasan sampai jawatan dia bakal hilang kalau dia gagal selesaikan kes pembunuhan misteri ni. Dia ambil keputusan untuk bekerjasama dengan Dae-Man bila dia perlukan kebolehan Dae-Man meneliti sesuatu perkara. Gandingan Sung Dae-Man dan Detektif Noh ibarat api dan air tapi ada beberapa scene jadi draggy sebab watak Dae-Man terlebih mendominasi sampai rasa buang masa beri perhatian pada dia.  


Walaupun movie The Accidental Detective diklasifikasikan sebagai komedi tapi hiburan agak terhad dan try hard bila ketidakmatangan watak Dae-Man dijadikan ukuran penghibur. Mungkin ada yang suka but for me is a big no sebab watak dia sebagai suami yang menyusahkan isteri dan tak mampu jaga anak dengan baik. I feel sorry towards his wife, Mi-Ok (Seo Young-Hee) bila sepanjang masa risaukan kewangan keluarga sedangkan si suami buang masa. Tak kelakar pun lap tahi anak dekat jaket orang atau tinggalkan anak bersendirian di kedai buku. 


Tapi movie ni terselamat dengan keunikan kes pembunuhan yang bermotifkan kecurangan para isteri dan uniknya semua mangsa pembunuhan ni merupakan isteri kepada detektif polis. Tak banyak klu yang diberikan kepada dua watak detektif untuk selesaikan misteri pembunuhan yang berlaku di bandar mereka. I do love the plot twist walaupun director create moment klise watak yang tiba-tiba dapat jawapan pada sesuatu misteri. 


First half mungkin plot nampak cantik especially bila kita curious nak tahu modus operandi pembunuhan walaupun dah boleh agak siapa tapi bila masuk second half jadi caca marba juga sebenarnya bila plot twist tak berapa masuk akal. Lagi dramatik bila director buat pembunuhan bermotifkan curang yang hanya bersandarkan pada wild guess semata. Dari gaya semua watak lelaki dalam movie ni boleh digambarkan betapa loser si suami yang tak mampu nak provide kehidupan bagus pada keluarga. 


Untuk tontonan secara santai bagi peminat comedy thriller, movie ni mungkin jadi pilihan tapi ada pilihan yang lebih bagus dari movie yang kurang memuaskan dari jalan cerita yang menggunakan template klise, level komedi yang ada pasang surutnya dan kelemahan suntingan ni. Lakonan semua pelakon solid cuma tersia dek garapan yang lemah.

1. Team Production +0.6, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.4, 5. Casting +1, 6. Genre +0.3, 7. Themes +1, 8. Editing +0.4, 9. Social Message +0.2, 10. Personal Thought +0 = 5.9/10