Ingatkan lepas kluster tabligh habis, KKM boleh fokus dengan Masi Magan di Penang dan panic buying dengan balik kampung. Rupanya tak.
Ada jumlah yang lebih besar dari semua ni.
Awal bulan Mac masa cuti sekolah ada 8,000 staf kerajaan di bawah satu kementerian yang pergi bercuti keluar negara dengan family. So KKM dah anggarkan dalam 32,000 orang.
As for now, Kerajaan dah wartakan beberapa tempat sebagai pusat kuarantin covid-19 untuk gelombang ketiga ataupun tsunami covid-19.
Untuk Selangor, KKM tempatkan di MAEPS Serdang. 500 buah katil disediakan khas untuk pesakit covid-19.
KKM pun dah ambil sejumlah besar medical staff untuk bekerja dengan KKM sepanjang tempoh RMO supaya dapat handle tsunami ni. Terharu tengok ribuan nurse yang dah bersara datang berkhidmat untuk selamatkan negara. I'm so touched with their sacrifice sebab ikutkan usia yang dah bersara ni, antara berisiko tinggi untuk kena covid-19.
May Allah bless and ease their work for this matter.
Cast : Adar Beck, Gemma Chan, Nathalie Cox, John Lloyd Fillingham, Chuk Iwuji, Pollyanna McIntosh, Luke Mably, Jimi Mistry, Colin Salmon, Chris Carey
Production Company : Bedlam Productions, Hazeldine Films
Distributor : Indipendent
Genre : Psychological / Thriller
Running Time : 101 minutes
Release Date : June 2009 (EIFF), 8 January 2010 (United Kingdom)
Trailer :
8 orang rakyat warganegara British yang berbeza latar belakang, bangsa dan kaum terpilih untuk menduduki satu ujian kelayakan yang terakhir sebelum diambil bekerja oleh syarikat Biorg dalam sebuah bilik.
The Invigilator (Colin Salmon) menerangkan mengenai exam tersebut dan hanya satu soalan dan akan ada satu jawapan sahaja tanpa merosakkan kertas soalan yang diberikan selepas 80 minit berakhir. Sesiapa yang cuba berkomunikasi dengan pengawal (Chris Carey) ataupun The Invigilator, secara automatic akan dihalau keluar dan disqualified.
Sebaik sahaja timer start bergerak, seorang perempuan China (Gemma Chan) dihalau keluar bila dia melanggar peraturan dengan merosakkan kertas soalan untuk menulis jawapan. Tak lama kemudian, lelaki British yang melabel dirinya White (Luke Mably) bercakap dengan semua calon untuk bekerjasama mencari soalan dan jawapan sebelum 80 minit berakhir.
Dia melabelkan Brown (Jimi Mistry), Blonde (Nathalie Cox), Brunette (Pollyanna McIntosh), Dark (Adar Beck), Black (Chukwudi Iwuji) dan Deaf (John Lloyd Fillingham) sebagai nickname sepanjang peperiksaan berlangsung. Mereka cuba menggunakan teori soalan yang disembunyikan dan akan timbul menggunakan cahaya, cahaya infra ataupun cahaya tapi semuanya gagal.
Sementara semuanya bekerjasama mencari jawapan, Deaf masih kekal di tempat duduk dan seakan takut dengan hint yang dia jumpa. Deaf tak mampu bercakap dalam English dan converse sepenuhnya dalam bahasa French. Brunette terjemahkan ayat Deaf untuk bantu yang lain faham apa yang Deaf cuba sampaikan.
Masa makin berjalan dan White makin menyakitkan hati dengan perangai superior dan guna helah supaya calon yang lain terkeluar dari exam tersebut. Black yang menyampah mula guna kekerasan terhadap White dan biarkan dia tanpa ubat sampai mula sawan.
Brown pula ugut Dark supaya reveal siapa sebenarnya dia bila Dark tahu banyak tentang CEO dan company. Brown syak dia shareholders members yang sengaja menyamar untuk tegangkan keadaan antara semua calon. Siapa yang akan lulus ujian kelayakan dan terpilih bekerja di company terkenal ni kena la tengok sendiri.
Filem yang memenangi Independent Feature Award di Santa Barbara Film Fest dan Bronze Hitchcock di Dinard British Film Festival ni mempunyai jalan cerita yang cukup ringkas dengan plot dan tema yang menarik. Bagaimana 6 orang cuba cari jalan dengan hint yang sangat minimum dalam masa yang singkat. Masa tu baru nampak perangai dan kebijaksanaan masing-masing. Suka tengok Brown, sejenis yang cool dan penuh dengan teori psikologi.
Cuma untuk diklafikasikan dalam genre psychological thriller, movie ni agak ringan bagi penggemar genre ni. Dan ending dia agak tak memuaskan bila kita tahu apa sebenarnya soalan tu. Kalau soalan tu dijawab pada waktu ianya disuarakan, apa agaknya keputusan CEO dan The Invigilator? Disqualify terus yang menjawab sebab langgar rules?
Tak puas hati jugak bila yang ada kebolehan sebenarnya White and he carry himself throughout the whole exam tapi itulah namanya nasib. Kalau I jadi CEO memang ambil White bekerja. Skills and qualities dia bagus kot walaupun dia cunning and shady. Sama je lah dengan company tu pun.
Tapi betul la orang kata, soalan tu senang je tapi manusia suka buat teruk overthink yang penggubal soalan memang nak otak kita pecah fikir jawapan. Movie ni nampak hidup dengan lakonan Luke Mably dan Jimi Mistry. Did justice for their role, delivered with nuance. A good movie to watch.
1. Team Production +0.6, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +0.6, 6. Genre +0.3, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.8 = 8/10
Jam 3 petang ada Perutusan Khas Perdana Menteri tentang Pakej Ransangan Ekonomi Prihatin Rakyat. Sebanyak 29 jenis bantuan disalurkan kepada rakyat baik awam mahupun swata.
"We are not perfect, but we are doing the best we can to pull through this crisis together, as one nation. God willing, we will come out stronger when this crisis ends and the dust settles." - TS Muhyiddin Yassin
Pakej Ransangan Ekonomi Prihatin Rakyat ni merangkumi semua aspek and I have nothing to complaint for. I got my eyes on loans dan subsidi upah sebanyak RM600. Kalau khabar angin RMO dilanjutkan sehingga hujung April, then I feel safe and secure sebab majikan tak boleh buang pekerja dan duit akan cukup untuk bantuan makanan.
Disebabkan kes meningkat ke angka 2,031 dengan 23 kematian, maka kuarantin dilanjutkan dan kawalan pergerakan diperketatkan. Roadblock makin banyak, polis dan RELA berkawal. Askar dikerah untuk berkawal di dua kampung - Kampung Dato’ Ibrahim Majid dan Bandar Baharu Dato’ Ibrahim Majid di Simpang Renggam, Kluang, Johor.
Gara-gara seorang individu yang balik dari perhimpunan tabligh kemudian solat berjemaah dan hadir kenduri kahwin, habis nyawa dua buah kampung dalam bahaya. Selama 2 minggu ni tak boleh ada yang keluar atau masuk ke kawasan kampung ni. Semua premis wajib ditutup dan makanan akan diagihkan dari pihak yang berkawal. Semoga semuanya baik-baik saja. :(
Walaupun dah seminggu RMO tapi jangan ingat semua pandai bertenang ye.
Bila Gardenia bagitau diorang akan stop restock roti untuk bulan ni, ramai yang menggelupur pergi beli roti Gardenia. Seorang ambil 2 buku okay lagi tapi kalau dah borong sampai 8,9 buku ni dah kenapa? Jumbo size pulak tu. Roti bukannya tahan lama pun. Seminggu je untuk kau habiskan 9 buku tu haaa. Siap update dalam group roti Gardenia restock dekat mana sebab nak serbu.
Gardenia kabo berhenti untuk bulan ni sebab production dah cecah tahap maksima bukannya bagitahu nak stop terus production untuk selamanya. Kuarantin baru seminggu tapi otak lemau kemain.
Bila satu group panic buying, yang lain pun mula lah nak ikut sama padahal brand roti yang lain ada je. Massimo pun okay je kot. Kau nak makan je kan, bukannya untuk bermewah. Ingat la orang lain jugak.
For covid-19 case, dah mencecah 1,796 dengan 19 kematian. Baru je hari ke-7 ada yang happy sebab ikutkan prediction dia, jumlah sebenar dah menurun. Bila KKM release actual data untuk hari ke-8, angka melonjak lagi tinggi dari prediction dia. Hmmmm
Distributor : 20th Century Fox (United Kingdom), Reliance Entertainment (India)
Genre : Romance / Drama / History
Running Time : 1hour 46 minutes
Release Date : 12 February 2017 (67th Berlin International Film Festival), 3 March 2017 (United Kingdom), 18 August 2017 (India)
Trailer :
Movie Viceroy’s House diadaptasikan dari kisah benar dari sejarah keluarga pengarah dan penulis skrip, Gurinder Chadha sendiri yang melalui zaman perpisahan antara India dan Pakistan pada tahun 1947. Diadaptasikan juga dari novel Freedom at Midnight karya Larry Collins dan Dominique Lapierre serta novel The Shadow of the Great Game: The Untold Story of Partition karya nukilan Narendra Singh Sarila.
Lord Mountbatten (Hugh Bonneville) dan isterinya, Lady Edwina (Gillian Anderson) merupakan pegawai British yang terakhir memerintah India sebelum dianugerahkan kemerdekaan. Tapi kemelut melanda bila rakyat bergaduh sesama sendiri akibat perbezaan agama hingga terjadinya pemberontakan.
Lord Mountbatten perlu mencari kata sepakat bila ketua aktivis, Jawaharlal Nehru (Tanveer Ghani) nak India kekal sebagaimana sekarang sebagai satu negara manakala Muhammad Ali Jinnah (Denzil Smith) tegaskan yang Muslim di India selalu dibunuh sebab itu dia nak pisahkan India kepada dua dan wujudkan negara Pakistan. Mahatma Gandhi (Neeraj Kabi) pula cadangkan supaya India diperintah oleh Jinnah untuk elakkan perpecahan.
'We must rekindle the lamp of neighborliness between Hindus, Muslims and Sikhs. What we need is not reason. We need a greater force. A force that politicians seldom care to mention. Love.' - Mahatma Gandhi
Makin stress dibuatnya bila dia dapat tahu ada batu api yang menghasut beberapa pihak untuk berpecah. Untuk jangka masa pendek, perpecahan India akan bawa kebaikan tapi jangka masa panjang, banyak masalah akan timbul sekaligus memburukkan nama dia dan menggagalkan tugas dia sebagai Viceroy terakhir.
Dalam masa yang sama, di Viceroy’s House timbulnya bibit percintaan antara valet Lord Mountbatten, Jeet Kumar (Manish Dayal) dan Aalia (Huma Qureshi) yang bekerja sebagai tutor kepada anak Lord Mountbatten, Pamela (Lily Travers). Jeet kenal Alia sejak dia bekerja di penjara bila ramai tokoh terkenal dikurung akibat memberontak.
Sama juga dengan ayah Aalia, Ali Rahim Noor (Om Puri). Jeet yang bantu Aalia dan ayah dia daripada kebakaran sebab tu keluarga Aalia terhutang budi dengan Jeet.
Sayangnya cinta mereka berdua terhalang dek perbezaan agama. Aalia pula telah pun ditunangkan dengan Asif (Arunoday Singh). Lagi malang bila seluruh keluarga Jeet dibunuh di Punjab dan Aalia memilih untuk pindah ke Pakistan gara-gara takut dibunuh tapi keretapi yang dinaikinya dibom.
Walaupun movie Viceroy’s House genre sejarah dan pace yang agak perlahan tapi jalan cerita yang digarap cantik bersama beberapa konflik politik tiga negara – British, India dan Pakistan antara penguat cerita yang menarik untuk ditonton. Lakonan semua pelakon quite okayish cuma kurang emosi antara watak-watak pemimpin yang digambarkan sebagai berjiwa rakyat. Wardrobe team did their job great dengan keindahan costumes setiap watak.
Ikut movie Lord Mountbatten nampak baik ditambah pula lepas perpecahan India-Pakistan, diorang stay untuk bantu sampai keadaan reda. Ikut pakar sejarawan dan keluarga Churchill yang memerintah sebelum Mountbatten, novel yang dikarang disifatkan sebagai berat sebelah bila meletakkan sepenuhnya kesalahan pada keluarga Churchill dengan permainan politik mereka. Tapi semua pun sedia maklum dengan kekejaman keluarga Churchill masa pemerintahan di India. Novel tu pula dikarang oleh staff Lord Mountbatten that's why it's a hidden fact.
Untuk someone yang memang dah biasa dengan sejarah Partition 1947 ni, tak ada yang baru pun sebab jalan cerita lebih kurang je. Pergolakan dan kesan perpecahan negara dah memang sedia maklum dah cuma tertarik dengan kisah percintaan Jeet dengan Aalia.
1. Team Production +1, 2. Visual +0.7, 3. Audio +0.8, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +0.8, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.9, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.7 = 8.7/10