Movie Review : The Gangster, The Cop, The Devil
Thursday, 24 October 2019
Director : Won-Tae Lee
Writer : Lee Won-tae
Cast : Ma Dong-seok, Kim Mu-yeol, Kim Sung-kyu
Production Company : B.A. Entertainment
Distributor : Kiwi Media Group
Genre : Action/Thriller
Running Time : 109 minutes
Release Date : May 15, 2019 (South Korea)
Trailer :
Movie The Gangster, The Cop, The Devil ni terpilih untuk ditayangkan di Cannes 2019 pada Mei lepas dalam category Midnight Screenings. Not only that, movie ni akan dibikin semula under production house, Balboa Productions milik Sylvester Stallone dekat US nanti. Congrats to Ma Dong-seok sebab akan melakonkan watak The Gangster dalam movie Hollywood remake tu nanti. Fuhhh dah pergi jauh lepas famous dalam movie Train To Busan!
Movie TGTCTD ni mengisahkan tentang Jang Dong-su (Ma Dong-seok, aka Don Lee) yang ditikam secara rambang oleh serial killer di kawasan tu tapi dalam semua mangsa K (Kim Sung-kyu), Don Lee yang berjaya hidup walaupun hilang banyak darah dan ditikam banyak kali.
Det. Jung Tae-seok (Kim Mu-yeol) ditugaskan untuk selesaikan kes pembunuhan dan dia syak yang ni kerja pembunuh bersiri dari daerah lain sebab modus operandi yang sama tapi boss dia tak percaya walaupun ada bukti bergambar. Bila Don Lee masuk hospital, dia tahu Dong-su ada jawapan untuk kes ni sebab Dong-su je yang dah tengok muka K walaupun samar-samar sebab gelap dan hujan.
Detektif Tae-seok dan Dong-su bekerjasama mencari K disebabkan dui dan manpower Dong-su bagus meanwhile Don Lee perlukan DNA dan data peribadi K. Cuma ada satu syarat dalam misi ni. Kalau Don Lee jumpa K dulu, dia akan bunuh K tanpa belas tapi kalau Detektif yang jumpa, K akan dihadapkan dan dibicarakan mengikut undng-undang Korea. Nak tahu siapa yang jumpa dulu kena tengok la movie ni.
Jalan cerita dah memang menarik dah even the ending pun unpredictable sebab Detektif Tae-seok dengan Dong-su sama power je. Yang bestnya kalau Korea buat genre thriller, dia punya suspense tu menjadi sangat sampai masa tengok movie ni rasa macam gangster tak scary macam psychopath.
Dalam movie ni memang expose life gangster ni hidup bersimbiosiskan polis. Bayar duit rasuah then berniaga haram secara aman. Dalam movie lain dan drama pun dah banyak ketengahkan isu rasuah dan korupsi ni.
Dalam movie ni memang expose life gangster ni hidup bersimbiosiskan polis. Bayar duit rasuah then berniaga haram secara aman. Dalam movie lain dan drama pun dah banyak ketengahkan isu rasuah dan korupsi ni.
You guys will have split emotion dengan karakter gangster Dong-su sebab dia agak scary bila dia tarik gigi dengan tangan dia je sebab marah but in another scene dia jadi hero untuk daerah tu sebab berjaya expose K to audience while another scene is emotional bila dia bagi payung sebab student tu basah kena hujan.
Ma Dong-seok memang dapat enough screentime untuk dia menyerlah in so many shades while Kim Mu-yeol remain as angry cop and Kim Sung-kyu being a creep psycho. No wonder lah Ma Dong-seok dapat invitation ke Hollywood walaupun tajuk movie ni setiap karakter stands alone tanpa kata hubung AND sebab 3 karakter ni agak kuat dalam movie ni.
For me this movie is entertaining as thriller and action genre, I have so much fun watching and got scared when K appeared also. Though ada certain scenes yang draggy tapi tak banyak pun cuma ada certain scene yang memualkan lah sebab I tengok time lunch. Recommended to thriller movie fans and thanks to team TGTCTD sebab dah keluar dari bubble slow pace untuk pergi ke Cannes!
1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.9, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 9.6/10