Wild Thories of Divya Bharti’s Death
Saturday, 29 December 2018
Divya Bharti antara top actress pada awal zaman 90-an di
Btown. Divya debut dalam movie Tamil dan Telugu pada penghujung tahun 80-an
masa berumur 16 tahun kemudian debut dalam movie Hindi, Vishwatma tahun 1992.
Masa berlakon dengan Govinda dalam movie Shola Aur Shabnam, Sajid datang untuk jumpa Govinda tapi ternampak Divya & jatuh cinta. Sajid Nadiadwala dan Divya berkahwin dalam majlis tertutup kemudian Divya tukar nama kepada Sana Sajidwala lepas masuk Islam.
8
bulan selepas perkahwinan diorang pada 5 April 1993, Btown dikejutkan dengan
berita kematian Divya pada jam 11 malam dan diklasifikasikan sebagai kematian
bukan semulajadi oleh Inspektor J G Jadhav yang mengetuai kes dan koroner Cooper
Hospital.
Malam kejadian Divya ada discussion dengan Neeta Lulla,
kawan designer dan suami dia, Shyam Lulla untuk set kostum dalam movie baru di bawah
production Sajid Nadiadwala jam 10 malam. Sepatutnya esok pagi Divya pergi ke Hyderabad untuk shoot movie lain tapi dia minta tangguh sebab dia tak ada mood lepas bergaduh besar dengan Sajid pasal rumah yang dia baru beli untuk Kunal tapi peliknya rumah yang Divya beli tu tak didaftarkan di bawah nama Divya tapi Sajid.
Adik Divya, Kunal pun ada bagitahu yang Divya stress sangat masa tu. Mungkin dia sempat halang kalau dia tak tinggalkan kakak dia malam tu. Umur 19 & baru start nak naik dalam karier tapi lain pula yang jadi.
Orang gaji merangkap pengasuh Divya sejak kecil, si Amrita
pun ada di rumah malam tu sebab dia yang hidangkan arak dan snacks kepada
tetamu yang datang. Amrita kata dia baru je menyembang dengan Divya dari dapur
tapi sekelip mata je Divya dah jatuh dari tingkap rumah. Dia tak tahu macam
mana Divya boleh jatuh. Sebulan lepas kematian Divya, Amrita pun mati disebabkan
jantung gagal berfungsi bila kemurungan teruk. Walaupun Amrita saksi utama tapi dia tak jumpa polis untuk siasatan lanjut pun.
Sama macam Neeta dan Shyam, walaupun mereka berdua saksi
utama tapi dua-dua tak tahu macam mana Divya boleh jatuh dari tingkat 5
apartmen Tulsi di Mumbai tu sebab diorang tengah leka tengok TV. Diorang
tersedar bila terdengar bunyi hentakan kuat sangat. Rupanya Divya dah terlantar
di bawah penuh dengan darah. Divya disahkan mati dalam perjalanan ke hospital
disebabkan tengkorak kepala pecah, tulang pinggul kiri retak dan patah tulang
rusuk.
Malam kejadian memang tak ada saksi lain dekat area apartmen
tu selain mereka bertiga walaupun apartmen Divya di tengah bandar Mumbai yang
sibuk. Sepatutnya kawasan parking lot penuh dengan kereta tapi malam tu satu
kereta pun tak ada.
Kematian Divya antara yang mengejutkan tapi Btown tak rasa
kehilangan pun even co-star or bekas co-star Divya tak buat apa-apa statement
siap ada yang pergi berparti area berdekatan dengan rumah Divya. Tahun 1998 kes
Divya ditutup oleh polis sebab kekurangan bukti tapi tak ada pun statement
Divya mati disebabkan kemalangan, dibunuh ataupun bunuh diri.
Ada fans Divya yang tuduh Sajid yang bunuh sebab Divya tak
suka Sajid berkawan rapat dengan Dawood Ibrahim, don terkenal di India. Ada
yang kata Divya tahu Sajid terlibat dengan Mumbai Blast 1993 sama macam Sanjay
Dutt.
Misteri kematian Divya sampai sekarang tak ada yang boleh
jawab walaupun banyak perkara yang timbulkan persoalan nak pula bila Neeta
dengan husband dia datang rumah Divya tapi tengok TV sedangkan nak sembang
pasal kostum movie baru. Tak pelik ke Divya tak jerit langsung masa terjatuh
dari tingkap rumah dia tapi diorang perasan bila terdengar hentakan masa Divya
jatuh?
Bukan takat tu je, dekat hospital pun keluarga Sajid & keluarga Divya bertekak sebab tak tahu nak kebumi cara Islam ataupun bakar mayat Divya ikut upacara Hindu. Disebabkan Sajid ialah husband Divya, polis dan doktor tunggu keputusan dia & Sajid nak Divya dikebumi. Tapi tak lama lepastu dia ubah fikiran lepas berbincang dengan family dia dan bagitahu polis dan doktor yang dia tak kahwin pun dengan Divya even sijil nikah pun tak ada.
Kata ayah Sajid, perkahwinan diorang berdua tak sah pun tapi akan kahwin dalam masa 3 bulan lagi sepatutnya. Kecewa dengan perangai Sajid dan keluarga, parents Divya putuskan untuk bakar mayat Divya. Masa upacara terakhir, Divya dipakaikan pakaian pengantin dan juga mangalsutra. Sajid dan keluarga ataupun wakil dari Nadiadwala tak datang pun ke upacara terakhir Divya sudahnya Kunal yang nyalakan api.
Ada fans SRK kata SRK dengan Farah Khan teamed up buat movie
Om Shanti Om based on kisah Divya Bharti sebab kisah Shantipriya dengan Mukesh
sama sangat dengan kes Divya-Sajid. Siapa yang selalu layan OSO mesti boleh
teka.
Nama penuh Divya Bharti ialah Divya Om Prakash Bharti sama
dengan nama watak SRK dalam OSO = Om Prakash. Nama watak kelahiran semula SRK
ialah Om Kapoor sebab dia kata dia nak lahir dalam keturunan yang famous dan
kaya supaya boleh tidur atas katil bulat bla bla bla.
Surprisingly movie debut SRK ialah movie Deewana tahun 1992
bersama Divya Bharti & Rishi Kapoor. Kapoor Khandaan antara keluarga yang
penuh dengan film producer, actor, director dari generasi ke generasi sehingga
lah sekarang. Nama Sandhya/Sandy dalam
movie OSO pula sama dengan nama hair stylist Divya yang datang masa upacara
perkahwinan Divya dengan Sajid. Jeng!
Dalam movie OSO, Om pertama kali berlakon dengan Shanti
& nama Shanti masa tu tengah top. Sama dengan SRK bila dia dapat debut
dengan Divya masa Divya antara promising star di Btown. Dalam movie OSO Shanti
start berlakon pada usia 16 tahun which is exactly the same age of Divya. Lepas
kematian Shanti, Om antara nama besar di Btown macam SRK in real life – King
Khan of Bollywood. Divya pernah bagitahu SRK ‘You are an institution of
acting.’
Ada scene Om dapat tahu yang Shanti sebenarnya dah berkahwin dengan
Mukesh bila terdengar perbualan diorang dalam bilik. Sama macam Divya yang dah
kahwin senyap2 dengan Sajid dan convert ke Islam kemudian tukar nama kepada
Sana Nadiadwala. Bila dia dah meninggal baru orang tahu dia bini Sajid. Kalau
Shanti dalam OSO mengandungkan anak Mukesh, Divya pun mengandungkan anak Sajid
tapi Sajid tak ready lagi untuk ada anak.
Dalam movie OSO, Shanti nak berhenti berlakon tapi Mukesh
pujuk dia pastu bawa pergi ke set yang Mukesh buat untuk movie baru under
production dia. Well bukan ke Neeta dengan husband dia datang rumah Divya malam
tu nak discuss pasal costume Divya untuk movie Andolan bawah production house
Sajid?
Lepas kebakaran set tu Shanti belum mati pun tapi Mukesh
datang balik dan tanam dia, sama macam Divya yang tak mati pun lepas jatuh dari
tingkat 5 tapi mati dalam perjalanan ke hospital. But who knows what happened
sementara tunggu ambulans sampai kan? Malam Shanti kena bunuh pun studio tu
kosong tak ada orang, sama macam keadaan apartment Divya pada malam 5 April tu.
Movie last Shanti yang tak sempat habis shoot sebab Shanti
dah meninggal terbakar dalam set tu sudahnya Sandy di kelahiran semula yang
lakonkan balik. Sama dengan movie terakhir Divya bertajuk Laadla yang dah siap
shoot 80% sudahnya digantikan dengan SriDevi sebab muka diorang dua sama. Masa
tu ramai yang kata Divya akan replace tempat SriDevi dalam industry tapi Divya
pergi dulu.
Masa shoot movie Laadla, SriDevi pun terpaksa retake scene sebab
tergagap dekat line yang sama macam Divya. Raveena Tandon kata SriDevi kena kacau dengan roh Divya masa shooting movie Laadla sampai pengarah terpaksa panggil tok sami baca mantra supaya tak kena kacau. Lepas pecahkan kelapa di tempat shooting baru diorang boleh berlakon balik macam Om suruh Mukesh pecahkan kelapa dekat set dalam Om Shanti Om tu.
Kebetulan kisah hidup diorang pun
lebih kurang sama, disyaki dibunuh oleh suami sendiri – producer film. Even
cara kes ditutup pun sama bila upacara pengebumian sehari selepas tragedi pastu
terus bakar tanpa post-mortem. SriDevi meninggal pada 24 February 2018 kebetulan dekat dengan tarikh kelahiran Divya Bharti pada 25 February.
Dalam lagu Dastaan-E-OSO, Om setup set yang sama & cerita kejadian malam Shanti dibunuh untuk refresh ingatan Mukesh sebab dia tak ada bukti Mukesh bunuh Shanti. Sama macam jalan cerita movie OSO mungkin untuk refresh ingatan Sajid tentang tragedi Divya?
Kes Divya pun ditutup sebab tiada bukti kuat untuk kes pembunuhan ataupun bunuh diri. Lagipun SRK dah kata yang movie OSO remake dari movie Karz – kelahiran semula untuk balas dendam. A little update from SRK fans, dalam lagu Deewangi Deewangi tu kalau perasan guest star yang datang parti OK tu semua artis/co-star yang pernah berlakon dengan Divya era awal 90-an.
SRK/Om Kapoor ada persamaan juga bila diorang berdua yang jadi
producer dan berlakon dalam movie tu. Cuma bezanya Mike dalam movie tu cuma producer kedua tapi Red Chillies Entertainment sole producer untuk movie Om Shanti Om and boleh imagine lah berapa tinggi chances untuk SRK edit jalan cerita movie ni.
Fun fact, SRK banyak kali je kena kacau dengan underworld so mungkin dia tak berani even dia tahu something. Mungkin Amrita ada bagitahu dia apa yang jadi malam tu or maybe Farah Khan yang tahu since she’s quite close with Sajid.
Keluarga Divya dah terima hakikat Divya dah pergi dan hidup happy dengan anak-anak Kunal. Ayah Divya kata cucu perempuan dia ada iras muka Divya even perangai pun sama so rindu dia terubat bila layan cucu dia.
Isteri Sajid, Warda Nadiadwala pun selalu datang melawat keluarga Divya. Warda kata even sampai sekarang Sajid simpan gambar Divya dalam wallet dia. Entah betul entah tidak, Warda dengan Sajid je lah tahu.
Anyway, entri ni cuma my collection of wild theories yang dikutip dekat internet pastu tambah sikit bila korek lebih sikit dengan bantuan adik so nak percaya percaya, tak nak percaya just anggap seperti angin berlalu je. Thanks for reading.