5 Artis Wanita Bollywood Berperangai Buruk
Thursday, 26 July 2018
Kita selalu tertipu dengan
perilaku selebriti di depan kamera, hakikatnya tak semua yang kita nampak di
skrin tu benar. Salah satunya perangai diva sesetengah selebriti bila berjauhan
dari lensa kamera. Masa promosi movie kemain nampak baik sebab taknak movie
hambar di panggung tapi tak selamanya boleh berlakon kan?
Check lah list ni, mana tahu ada
selebriti pojaan hati ada tersenarai boleh la kita berhuhuhu bersama.
1) Twinkle Khanna
Twinkle terkenal dengan perangai
kedekut dan agak famous di Btown tentang perangainya yang satu ni. Dia pernah
pergi ke café untuk hi-tea kemudian bila waiter datang tunjukkan bil, dia melenting
sebab dia rasa dia tak perlu bayar pun untuk kek yang dia makan bila paparazzi
sentiasa ada untuk inform fans aktiviti dia. Secara tak langsung dia dah tolong
promote café tu.
Pernah juga anak dia berlari masuk
dalam toy store untuk cari bubble maker gun kemudian tunjukkan pada dia untuk
belikan. Twinkle melenting dengan staff di situ sebab tunjukkan mainan tersebut
pada anaknya padahal anak dia yang cari sendiri. Tak puas hati dengan staff
tersebut, Twinkle marah anak dia ‘Do you know how hard it is to get money?!’.
Padahal tak susah mana pun sebagai selebriti kaya duit sendiri dan duit parents
nak dapat duit.
2) Katrina Kaif
Dilahirkan dengan rupa paras yang
cantik membuatkan Katrina habiskan sejumlah duit yang agak besar untuk menjaga
setiap inci tubuhnya. Kejadian berlaku di mana Katrina tertidur dan stewardess
kejutkan dia untuk ketatkan seatbelt sebelum landing. Tepuk bahu, tak bangun.
Tepuk di siku, tiba-tiba Kat melenting ‘Did you know how expensive my skin? Don’t
you dare to touch it!’.
Stewardess tu agak bertuah sebab
dapat sentuh kulit mahal Katrina, dan juga dengar suara dia offscreen sebab
stewardess lain perlu berhubung dengan manager Katrina untuk tanya apa miuman
atau makanan dia nak walaupun jarak cuma beberapa inci je.
Lagi satu insiden bila peminat
cilik Katrina tunggu di luar gym selama beberapa jam untuk selfie dengan
Katrina. Bila dapat peluang untuk bergambar bersama, Kat simply said ‘No!’
kemudian keluar dari gym dengan rakannya. Selfie je kot.
Bukan setakat peminat je tapi
dengan yang pernah berkerja dengan Kat pun terseksa dengan perangai dia. Masa
dekat set Baar Baar Dekho, ada 56 orang penari yang kerja sehingga lewat malam
untuk pastikan scene Katrina cantik. Sementara menunggu Kat selesai shooting,
semua penari berehat di satu sudut yang terlindung. Tiba-tiba ada yang datang menegur
dan sampaikan pesan supaya berdiri sebab Katrina tak boleh focus tengok orang
lain berehat sedangkan dia berkerja. Belum hilang penat berkerja sehingga lewat
malam, terpaksa berdiri berjam lamanya supaya perasaan Kat terjaga.
Pernah juga semua crew yang
terlibat dalam movie tu terpaksa berkerja keras dapatkan perfect shot Katrina nampak
cantik bila bangun dari tidur. Asalnya sinaran matahari dari tingkap menyinari
muka Katrina tapi disebabkan dia silau dan muka dia nampak tak cantik, dia
suruh pengarah dan semua crew buat sinaran matahari keluar dari dinding.
3) Kajol Devgn
Terkenal dengan mulut lancangnya
dan beberapa siri mengutuk selebriti lain, Kajol antara muka yang malas
wartawan nak interview. Thank God dia dah jarang berlakon lepas berkahwin
dengan Ajay Devgn. Pernah ada peminat berumur 8 tahun yang ambil gambar Kajol
sebab excited jumpa dengan selebriti pujaan tapi Kajol melenting dan ambil
kamera kemudian campak ke lantai sampai hancur. Kajol rosakkan sekali negatif
supaya gambar rosak.
Pernah juga ada fans tunggu dia
habis shooting untuk minta autograph tapi Kajol tak layan langsung peminat yang
datang untuk dia. Bukan setakat tak layan, pengawal yang pergi minta autograph untuk
peminat dekat Kajol pun kena tengking siap baling pen ke muka lagi sebab berani
datang kacau waktu dia berehat.
Masa promosi movie Tamil, mood
Kajol hilang entah kenapa. Dia layan fans pun kasar tapi bila dia tahu salah
seorang peminat dia tu VIP, terus elok mood dia. Heh
4) Jaya Bachchan
Isteri kepada pelakon megastar Bollywood, Big B terkenal dengan panas barannya dan mood swing. Pernah dia berjalan dengan Aishwarya kemudian
datang seorang wartawan bertanya soalan, ‘Aish…’ tiba-tiba kena jerkah dengan
Jaya ‘Why did you call her Aish? Is she your friend or something?’ Padahal nama
mesra Aishwarya ialah Aish di India. Banyak lagi video Jaya Bachchan bad mood
di event walaupun Big B dah cuba cover tapi takkan dapat cover muka tak puas
hati Jaya.
Bukan orang luar je rasa rimas
dengan perangai Jaya, even Aishwarya pun tak suka bila dia meroyan dekat set geram
dengan beberapa staff yang buat kerja tak betul dan buat dia stress sampai
terkeluar ayat mertua dia merimaskan di rumah.
Banyak kali juga Jaya mengamuk untuk hal kecil seperti peminatnya datang untuk bergambar tapi dimaki oleh Jaya. She even called him stupid. Tengah berucap pun dia boleh melenting bila peminat ambil gambar padahal tu perkara biasa. Bersyukur lah orang masih minat dia walaupun movie dia kebanyakannya suam kuku je.
5) Anushka Sharma
Mungkin murung dengan trolls yang
dia terima sebab pembedahan bibir yang gagal, dia lepaskan marah kepada orang
lain. Anushka pergi ke butik untuk beli dress sebagai hadiah kepada kawan tapi
dress yang dia pilih dah habis stok. Disebabkan geram, dia melenting suruh
panggil manager dan minta semua staff ambil dress yang dia nak.
Walaupun ramai
yang pujuk Anushka untuk beli dress yang ada di store masa tu, Anushka tetap
berkeras ingin dress yang dia pilih awalnya. Balik lambat semua orang sebab nak
layan kerenah Anushka. Tak cukup dengan tu, staff yang layan dia kena buang
kerja dan gaji sebulan dipotong sebab gagal puaskan hati dia
Wedding Anushka antara yang
meriah di Btown dan ramai juga yang terima hadiah dari Anushka sebagai warm
gesture menjemput ke majlis resepsi. Hadiah yang dia bagi agak grand tapi
kepada semua yang terlibat dalam menjayakan majlis resepsinya, cuma dapat
chocolate bar sebagai hadiah.
Ada lagi beberapa actress yang tak ada dalam list ni but next time lah since this one already longer than it should be. Ciao!