Movie Review : Bhoomi

Tuesday, 14 November 2017

Image result for bhoomi

Director : Omung Kumar
Cast : Sanjay Dutt, Aditi Rao Hydari, 
Genre : Crime Triller/Drama
Trailer :


Movie Bhoomi antara salah satu movie yang dinantikan jugak la dekat Btown sebabnya ni comeback movie untuk Sanjay Dutt lepas keluar dari penjara tahun ni. Movie last dia pun tahun 2014, movie PK. So fans Baba Sanju memang rindu nak tengok dia onscreen after 3 years he's been missing. 

Bhoomi mengisahkan tentang Bhoomi (Aditi Rao Hydari) anak kepada pembuat kasut di Agra, Arun (Sanjay Dutt). Since Bhoomi dah nak berkahwin dengan cinta hati dia, dua beranak ni memang busy lah dengan majlis tu. At the same time, anak penjual manisan, Vishal dah lama syok dekat Bhoomi tapi kena reject banyak kali sampai satu tahap dia bagitau kawan dia and they come up with solution untuk gang rape Bhoomi dekat cinema malam sebelum hari perkahwinan Bhoomi. Bhoomi kena rogol, pengantin lelaki lari, satu kampung pulaukan Bhoomi lepas Bhoomi kalah dekat mahkamah sebab Vishal and the gang dapat lawyer bagus.And second half of the movie is all about Bhoomi & her father plotting revenge. The end.

Related image

Yes it is a typical rape movie but with horrible storyline and editing. Marah betul dengan Omung Kumar ni actually. Lepas movie women-centric dia hasilkan, he end up hancurkan feminism dalam movie Bhoomi. Like seriously? All Bhoomi did was cry cry cry, sob act like she's happy then cry cry cry. Lagi rasa nak marah bila tengok scene dekat mahkamah. Dah 2017 dah kot tapi Sanjay Dutt boleh buat drama ala hero dalam court. When in reality you cannot. Plus, ada minor rapist dalam movie ni untuk dia kembangkan plot tapi macam tu je lah. Hancur.

Image result for bhoomi

Belum masuk part revenge lagi, kira dah power sangat dah dua beranak ni tapi sudahnya kalah jugak bergaduh dengan geng jahat tu. First of all, Bhoomi tu perempuan, secondly ayah dia dah tua & a shoemaker. Nak berlawan dengan gangster dengan kudrat dia yang tersisa tu memang tak boleh nak imagine macam mana boleh menang. Tapi ni movie Sanjay Dutt kot. Hero kena menang.

Tu belum masuk scene lawak dalam movie ni. If you guys think being drunk and crack a racist joke is funny then you'll feel entertained with this movie. If its not then you'll be like me, wondering where this movie will lead to. What's the point of its existence though. 

Item song Sunny Leone pun hambar, lagu yang lain pun hambar. emotions not there. Oh God, this what happened when director busy flirting with all female cast and siapkan kerja cincai je. No wonder lah Sanju Baba sendiri pun tak suka movie ni. 

Kesian lah comeback movie teruk cenggini sedangkan biopic movie Sanjay Dutt dah nak keluar dah tahun depan. :(

1. Team Production +0, 2. Visual +0.5, 3. Audio +0, 4. Storyline +0.2, 5. Casting +1, 6. Genre +0, 7. Themes +1, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +0, 10. Personal Thought +0 = 3.2/10

Tahniah Shell - Brand Of The Year 2017!

Saturday, 11 November 2017

9 November lepas berlangsungnya Putra Brand Awards 2017 and for those yang tak familiar dengan majlis anugerah prestij ni, Putra Brand Awards diperkenalkan pada tahun 2010 oleh Accredited Advertising Agents Association (4As), ditaja oleh MATRADE dan disokong oleh Branding Association Malaysia (BAM). Untuk majlis anugerah ni ada 24 kategori & 4 anugerah khas untuk semua jenama produk yang dijual di Malaysia. 

Image result for putra brand awards

Antara kategori anugerah yang tersenarai dalam Putra Brands Award ni beserta dengan pemenang:


  • Apparel & Accessories  - Bata, Casio
  • Automotive - Honda, Perodua, Toyota
  • Automotive - Fuel & Lubricants - Petronas, Shell
  • Beverage - Alcoholic - Carlsberg, Heineken
  • Beverage - Non Alcoholic - 100 Plus, MILO, Spritzer
  • Beverage - Diary - Dutch Lady, Vitagen
  • Banking, Investment & Insurance - Maybank
  • Communication Devices - Samsung
  • Communication Networks - Maxis
  • Education & Learning - Taylor's University
  • Entertainment - Golden Screen Cinemas
  • Foodstuff - Gardenia, Maggi
  • Health - Dettol, Panadol
  • Household Products - Dynamo, Softlan
  • Home Improvement Products & Stores - Ikea
  • IT & Office & Business Equipments - Samsung
  • Media & Networks - Astro
  • Personal, Household & Outdoor Appliances - Panasonic
  • Personal Care - Colgate, Dettol
  • Photography - Canon
  • Property Development - Ecoworld, Sime Darby Property
  • Retail - Aeon
  • Restaurants & Fast Food - KFC, McDonalds
  • Transportation, Travel & Tourism - AirAsia, Malaysia Airlines
Meanwhile for another 4 special awards :

  • Putra Brand Of The Year : SHELL
  • Putra Enterprising Brand Of The Year : HURIXS
  • Putra Marketeer Of The Year : 100 PLUS MARKETING TEAM
  • Putra Personality Award : ECO WORLD CHAIRMAN TAN SRI LIEW KEE SIN

Semua pemenang ni dipilih berdasarkan pilihan pelanggan di pasaran. Antara kriteria yang dinilai ialah impression pelanggan terhadap sesuatu jenama, kenapa jenama tu jadi pilihan pelanggan dan sejauh mana jenama tu dipromosikan oleh pelanggan. Untuk tahun 2017, Shell jadi pilihan pengguna rakyat Malaysia. Congrats for that SHELL!


Dan untuk raikan kejayaan SHELL sebagai jenama no 1 Malaysia tahun 2017, Shell akan bagi 2x bonus point untuk setiap pembelian minyak di stesen minyak SHELL pada 12 November 2017 ni. Yang ada Bonuslink tu boleh lah swipe dekat sini. Bukan selalu nak dapat 2x bonus point ni. 


Tahniah jugak kepada team marketing setiap jenama yang menang dalam setiap kategori di Putra Brand Awards tahun ni. Their hardworks paid off and semoga lebih sukses & cemerlang throughout the years. 

Movie Review : Mom

Friday, 10 November 2017


Director : Ravi Udyawar
Writer : Ravi Udyawar, Girish Kohli, Kona Venkat
Cast : Sridevi, Nawazzudin Siddique, Akshaye Khanna, Sajal Ali, Adnan Siddiqui
Genre : Thriller/Drama
Production Company : MAD Films, Third Eye Pictures
Distributor : Zee Studios, BSK Film Network
Release Date : 7th July 2017
Duration : 146 minutes
Trailer :


Disebabkan tak puas tengok Happy Death Day, malam ni layan movie Mom genre thriller jugak yang mengisahkan tentang Devki (SriDevi) seorang cikgu sekolah yang ingin membalas dendam untuk anak perempuannya, Arya (Sajal Ali) selepas dirogol, dijerut separuh mati & dicampakkan ke dalam longkang selepas diculik oleh kawan sekelas dia, Mohit. 


Selepas dibuktikan tak bersalah oleh mahkamah, Devki upah seorang penyiasat, DK (Nawazzudin Siddique) untuk bantu dia balas dendam terhadap geng Mohit. Dalam masa yang sama, polis Francis Matthew (Akshaye Khanna) mengawasi Anand, suami Devki 24/7 sebab polis syak dia start balas dendam. 


Lepas lakonan Sridevi dalam English Vinglish tahun 2012 which is one of my fav movie, movie Mom also proved her talent and remind us why she's a superstar back then in her era. Sridevi did justice to her role from an innocent and obedient wife, a strict but lovable teacher to a protective and revengeful mother. 


Even action scene Devki dalam movie ni pun tak melampau macam tiba-tiba je entah dari mana datang superpower lawan 10 orang gangster. Nope, she's stick to the character of an innocent person and knows nothing about martial arts. Cuma otak dia je geliga atur plan macam mana nak balas dendam. 

Related image

Kalau Aishwarya gagal dengan movie Jazbaa ataupun Sanjay Dutt gagal dengan movie Bhoomi which are their comeback movies, Sridevi proved otherwise. That too on her 300th movies! She nailed that! Gara-gara lakonan Sridevi sebagai Devki, bukan setakat meninggalkan kesan dan emosi yang mendalam bahkan menang dalam kategori Best Actress di National Award yang ke-65.


Paling terkesan scene dia pergi ke ICU untuk tengok keadaan Arya. She's in shock tengok anak dia macamtu. & also thanks to Nawazudin as DK! Tak perasan pun at first yang tu Nawaz sebab berubah avatar. Walaupun watak & dialogue dia ringan je dalam movie ni tapi dia buktikan yang watak dia sama penting dengan watak Sridevi.

Related image

Tak sabar nak tengok watak Akshaye Khanna dalam Ittefaq lepas tengok movie ni since dia berlakon watak yang sama, genre yang sama. Kekuatan movie Mom ada pada 3 pelakon mantap ni walaupun dah boleh agak sangat jalan cerita tapi tetap  nak stay untuk tahu what's their next move. Not to mention lakonan Sajal Ali & Adnan pun sama bagus jugak dalam movie ni walaupun cuma pelakon tambahan. They conquered their role perfectly. 


To be honest I have the least expectation for this movie, nak pulak masa movie ni keluar ada clash dengan 2 lagi movie lain but wow oh wow looks who's conquering the box office collection, the critics and even the audiences. Even the director debut with this movie, nice work sir!

Image result for mom 2017 review

Big applause for their team for the great audio, thanks to A.R Rahman sebagai music director and congrats for winning Best Background Score di National Award yang ke-65. Visual, editing and even the dialogues antara faktor penguat MOM. This team really wants to proved to the audience yang movie Mom ni dihasilkan untuk buktikan kekuatan seorang ibu mempertahankan anaknya. 
God cannot be anywhere, that is why He created Mothers. 
Throughout the movie memang emosi sebab kes rogol memang setiap tahun jadi dekat India & lately dekat Malaysia pun makin banyak. Just because woman rejects their love or dislike their attitude so they reward us, women a traumatic experience to live by each day.


Sama lah dalam movie ni, Arya cuma tolak cinta lelaki yang dia tak suka je tapi dia kena tanggung malu seumur hidup dia lepas mahkamah buktikan perogol tu tak bersalah. Bila undang-undang pun tak mampu lindungi mangsa, cara apa lagi yang boleh kita guna untuk dapatkan keadilan? Redho?

'If you've to choose between right or wrong then what will you choose? But doing nothing is wrong either'
1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 9.5/10

Jualan Selamat Tinggal Terfaktab

Thursday, 9 November 2017

I am here since 2009 & tahun 2010 dah start the hype on Terfaktab. Dari blog penulisan karya indie membawa ke sebuah syarikat penerbitan buku with the same name, Terfaktab. Walaupun tak berapa gemar dengan sesetengah penulis Terfaktab but I do follow the progress of this squad. Dari blog kepada syarikat penerbitan & percetakan lepastu dapat liputan dari media masuk newspaper masuk TV. Masa tu rasa wow they're doing great. 

And yes of course kenal lah some of their writers macam Sis Zara, LensaRosak, Mr. K, Leplep, The BentPencil, Amoi, Elena Reeney, Hellioz, Nami, & Gory. Ada jugak some of them yang I follow dekat socmed. Haruslah dulu ada koleksi novel terbitan awal diorang ni macam Kitab Terfaktab, Nakal Tapi Halal and much more tapi dah tak ingat dah mana novel ni sebab ramai sangat yang pinjam. T.T


But this year, its such a sad news to read. Terfaktab dah nak tutup publishing company dia. But I'm not sure for blog & wattpad. Penutupan ni sebab faktor ekonomi negara kita, as you guys know we're not in a great state right now plus dah ramai yang tak berminat untuk baca buku lokal/indie/fixi. So untuk buat clearance, geng Terfaktab buat Jualan Selamat Tinggal & yes the price is wow sangat runtuh. You guys can check it HERE.




Kalau tak tahu nak order buku yang mana, here some suggestions based on customer's demands.

1. Evasion
2. The Boy Who Lost His Sight
3. Rentaka Sekalian Bijasura
4. Voice In My Head
5. Semoga Tuhan Merahmati Sains
6. The Knife's Got Reflections
7. Monokromatik
8. LVOE
9. November
10. September

Jualan Selamat Tinggal ni berlangsung dari 1 November sehingga 31 Disember. Masuk 2018, its all gone. But I hope Terfaktab will come back. Rest, lay low for a while, regain & reconquered!

Selamat tinggal Terfaktab, terima kasih sebab pernah hadir berikan cahaya dalam kehidupan satu ketika dulu. Gone but never forgotten.

Movie Review : Happy Death Day


Director : Christopher B. Landon
Cast : Jessica Rothe, Israel Broussard, Ruby Modine, Charles Aitken
Genre : Mystery/Thriller
Trailer : 


Last night rasa nak tengok movie genre thriller, scroll down nampak Happy Death Day tengok IMDB rating average plus dah siap ada subtitles so try lah layan. Haritu pun ada nampak someone buat review cakap movie ni best tu yang semangat nak tengok.


Tree (Jessica Rothe) wakes up every morning in Carter's room due to hangover from last night party. Sepanjang perjalanan Tree ke rumah sewa dia, dia jumpa petition girl, couple dating dekat park, budak junior kena buli, alarm kereta berbunyi, lelaki yang pernah keluar date dengan dia, kawan rumah sewa, bergaduh dengan ketua rumah, budak bilik dia bagi cupcakes untuk birthday dia, dia lambat pergi kelas lepastu datang hospital untuk hook up dengan lecturer/doctor, malam tu sembang dengan ketua rumah untuk party, terserempak dengan sports fans lepastu mati. So she keeps repeating her day for 17th times. Each day she try to find out siapa pembunuh dia. 

Image result for happy death day

For me movie ni biasa je even the genre thriller, pembunuh tu bunuh Tree tak kejam mana pun lah. Ada scene yang dia cut off terus. Its like you're watching one of movies at Diva channel. But even Diva lagi kejam cara bunuhnya. Macam movie Disney pun ye jugak sebab ajar kita untuk buat baik dengan semua orang lol. I don't think she needs to do that. Life in college is tough, she have to be mean in order to be on top. Plus she's the Kappa! 


Even you guys already know the plot but it still fun to watch sebab lakonan Jessica memang mantap. She's freak out, she's terrified, she's emotional, falling love, making jokes, her action scene I mean she's really fit into college girl caharcter. Kudos for that. And oh my Charles Aitken is so hot!


All in all movie ni enjoy lah bila tengok tapi agak huh jugak lah bila dia taknak orang tahu pun hari kejadian tu hari lahir dia tapi dia set ringtone lagu birthday???

Part dia putuskan hubungan dia dengan doctor/lecturer dia tu lagi lah terjongket kening. Amboi senangnya kau drop subject padahal in realiti nak dapat markah tu boleh buat nangis tau tak. Her action to hook up with Dr. Greg is justified lah. Memang bersepah lecturer gatal cenggitu. Nak lulus kena jadi kekasih gelap dia.

This movie can give something more but pffttt they blew it off. Boleh je kalau dia buat Tree nak buang Greg dari hidup dia & Greg meradang sampai nak bunuh Tree. Well, that can be a solid motive instead of you found out that alaaa tak boleh bagitau reason nanti jadi spoiler. 

Image result for happy death day

& out of all her enemies and orang yang dia benci, dia tak letak pun nama Lori sedangkan dia menyampah dengan roommate dia, selalu buli, treat her bad, dia tak terfikir ke Lori orang pertama yang akan bunuh dia since they're roommate? She's the one who knows her birthday.

Plus, kenapa suspect Danielle ketua rumah dia yang bunuh sedangkan pembunuh tu someone yang fit athletic stamina tinggi well she's supposedly look through the details bukannya random main teka je. That's why I said movie ni macam movie Disney because they focus on the social message rather than the genre itself and losing the storyline but somehow movie ni dapat PG13 lol.


Alang dah PG13 buat la kejam sikit cara pembunuhan tu. Baru la rasa seram sikit nak solve the mystery. Tapi tu lah, movie ni movie blonde kan, so tak payah letak harapan tinggi sangat lah kot for blonde lol.

The only blonde I adore is Caroline Forbes in The Vampire Diaries. Woot woot!!

But its good to watch sebab sampai habis director simpan mystery tu cuma motif pembunuhan tu lah rasa macam apa benda lah nak bunuh semata sebab tu je. 

 1. Team Production +0.5, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +1, 6. Genre 0, 7. Themes +1, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +0.5, 10. Personal Thought 0.4 = 6.4/10

Kotak Komen Hilang

Wednesday, 8 November 2017

Hari ni semangat nak blogwalking tapi terbantut bila kotak komen hilang. Tak pasti masalah dari laptop ni ataupun dari blog sendiri.


Tapi rasanya bukan masalah dari laptop sebab ada blog yang okay je kotak komen diorang. Cuma certain blog yang hilang mungkin dari satu template yang sama but I'm not sure which templates.

Minggu lepas kotak followers yang bermasalah. Error 502. Seminggu jugak lah sampai terbantut nak join any contest, bloglist or segmen. Join yang memang dah ada dalam friendlist je. Harap esok dah okay dah. Hihu

Ayam Spicy Korea Simple & Sedap!

Masa tengah buang masa dekat Twitter ternampak pulak kawan post resipi Ayam Spicy Korea. Bila belek bahan dengan cara nak buat tu ya tuhan senangnyaaaa! Masa shopping barang dapur terus beli bahan untuk resipi ni. Bila dah siap masak, menjadi pulak tu terus jatuh cinta sebab senang sangat nak masak.


Bahan-bahan :

A (Kalau tak ada tepung ala KFC)
- Tepung gandum 1 cawan
- Tepung beras 1 cawan
- Serbuk penaik 1 sudu
- Lada sulah 1 sudu
- Serbuk cili 1 sudu

B
- Bawang putih - ikut suka
- Gula Perang - 2 sudu
- Sos ABC Pedas - 2 sudu
- Cili kisar - 1 sudu
- Serbuk cili - 3 sudu (kalau nak lagi pedas, tambah lagi)
- Kicap soya - 4 sudu
- Tepung jagung - 1 sudu dibancuh
- Madu - 2 sudu

C
- Ayam (make sure tak basah berair sangat)
- Halia
- Bawang putih
- Garam 1 sudu kecil
- Lada hitam

D
-Telur 1 biji
- Bijan

Cara-cara

1. First of all, perap dulu Bahan C selama 5 minit. Lagi lama lagi sedap.


2. Dah settle perap, gaul ayam dengan Bahan A kemudian celup dengan telur then goreng macam biasa. Nak garing ke separa garing ke ikut kehendak perut masing-masing. 


3. Dah angkat ayam tadi letak dalam pinggan, sekarang buat sos pulak guna Bahan B. Tumis bawang putih dulu jangan sampai garing lepastu masukkan cili kisar dengan serbuk cili sampai naik minyak lepastu masukkan sos cili pedas ABC, madu, kicap dengan gula perang & tepung jagung yang dibancuh tadi. 


4. Dah dapat kuah macam yang diidamkan, masukkan ayam yang dah digoreng tadi. Gaul kuah dengan ayam, lumur sampai cantik. Make sure semua part ayam tu kena okay. 

5. Dah habis lumur, tabur lah bijan banyak mana yang korang suka. Dah siap! 

Senang je kan? Dah boleh makan ayam pedas Korea sepedas hati kau terbakar tengok SongSong couple kahwin. 

Movie Review : Bareilly Ki Barfi (2017)


Director : Ashwiny Iyer Tiwari

Writer : Nitesh Tiwari, Shreyas Jain

Cast : Ayushmann Khurrana, Kriti Sanon, Rajkumar Rao, Pankaj Tripathy, Swati Semwal, Naila Grewal, Seema Pahwa

Production Company : Junglee Pictures, B R Studios

Distributor : AA Films

Genre : Romance / Comedy

Running Time : 116 minutes

Release Date : 18 August 2017

Trailer :

Diadaptasikan dari novel The Ingredients of Love karya Nicolas Barreau yang diterbitkan pada tahun 2011, Ashwini Iyer Tiwari bersama penulis skrip Nitesh Tiwari dan Shreyas Jain mengolah Bareilly Ki Barfi mengikut selera masyarakat India dan berlatarbelakangkan pekan Bareilly yang terkenal dengan manisan.

Kisah bermula bila banyak lamaran perkahwinan Bitti Mishra (Kriti Sanon) ditolak sebab perangai dia yang agak tomboy. Sentap dengan kata-kata mak dia (Seema Pahwa) bila dianggap menyusahkan, Bitti lari dari rumah tanpa hala tuju. Bosan menunggu keretapi sampai, Bitti beli buku Bareilly Ki Barfi dan batalkan niat untuk lari lepas baca kisah Babli gara-gara watak utama dalam novel tu sama seperti Bitti.

Bitti bagitahu plan untuk cari penulis Pritam Vidrohi (Rajkumar Rao) sebab dia nak tahu macam mana Pritam boleh kenal kenal diri dia walaupun tak pernah berjumpa. Actually lebih kepada excited sebab ada lelaki yang suka dengan karakter Bitti apa adanya. Hakikatnya buku tersebut ditulis oleh Chirag Dubey (Ayushmann Khurrana), owner publishing store yang putus cinta dengan Babli (Naila Grewal) dan semadikan kisah mereka dalam buku Bareilly Ki Barfi.

Chirag jatuh cinta dengan Bitti tapi mak Bitti tak suka penulis buku tu so dia minta tolong Pritam menyamar tapi malangnya Bitti dan keluarga dia pula suka dengan Pritam. Keadaan makin kusut bila Chirag buat cerita tentang status Pritam supaya Bitti batalkan niat untuk berkahwin. Sakit hati sentiasa dibuli buatkan Pritam cabar Chirag untuk rampas Bitti. Berjaya atau tak plan Pritam tu kena tengok lah movie romantic comedy di bawah banner Junglee Pictures dan B R Studios ni.

Dari awal movie sampai habis momentum tak jatuh atau membosankan, semuanya terletak cantik dengan scene komedi yang fresh especially bila Rajkummar Rao muncul onscreen. Walaupun dia hero kedua tapi dia lebih menyerlah dari watak pemalu dan anak mak kepada watak pembuli, berlagak dan over- confidence. Ada masanya Ayushmann tenggelam dalam beberapa scene bersama Rajkummar. Nasib baik screentime dia lebih panjang supaya kita tak lupa yang watak Chirag adalah watak hero.

Dialog dari Nitesh Tiwari dan Shreyas Jain pun cantik dan mengangkat tema feminism melalui watak Bitti. Kalau sebelum ni Kriti cuma jadi cantik dalam movie tapi kali ni watak dia lebih mantap. Ditambah pula chemistry dia dengan Pankaj Tripathi sebagai duo anak beranak, menambah lagi impak pada lakonan dan watak Bitti. Favorite scene Bitti bila dia mengadu dengan ayah dia yang dunia dia lebih indah kalau dia adalah lelaki.

‘Everything would be much easier if I was a boy. No question asked. He smokes cigarette….but he a boy. Wanders out all night….but boys normally do, don’t they? He’s a loudmouth but has a heart of gold. So what if his engagement got cancelled twice….he didn’t like the girl, he just can’t marry anyone. Being a girl is a complete disaster.’

Lakonan Seema Pahwa pun apa kurangnya bila dia jadi mak tipikal yang risau akan jodoh anak perempuan tunggal. Scene dia marah Chirag tak nak minum air teh dia tu on point habis!

‘Why did you ask for tea if you didn’t want it? Don’t you know a litre of milk costs Rs 52?’

Visual dari Gavemic U Ary diambil dengan shot yang cantik ditambah pula dengan props dan costume yang sesuai dengan budaya setempat. Music score Bareilly Ki Barfi pun best especially lagu Nazm Nazm dan Bairaagi dengan lirik yang romantik. My pick is Bairaagi sebab nyanyian Arijit Singh dan muncul pada scene Chirag dah putus asa dan patah hati bila Bitti nak kahwin dengan Pritam. Dah terlambat untuk dia betulkan keadaan. Lirik lagu dan lakonan Ayushmann buat lagu tu jadi beremosi.

Untuk family entertainer dan movie bertemakan kisah cinta tiga segi, Bareilly Ki Barfi patut jadi pilihan. Lakonan, dialog, visual, music score, suntingan semuanya menjadi. Recommended!

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10

Gegar Vaganza Musim 4 : Minggu Kedua

Tuesday, 7 November 2017

Since minggu pertama tak ada penyingkiran, minggu ni 12 bintang perform lagu penyanyi lain & genre lain dari genre diorang selalu nyanyi. Ni list lagu 12 peserta GV untuk minggu kedua :

Image result for gv4

Peserta lelaki 
1. Aqasha - Aku (Jamal Abdillah)
2. Lan Kristal - Karam (Zabarjad)
3. Hazami - Setengah Mati Merindu (Judika)
4. Tia Jinbara - Cenderawasih (Kris)
5. Ferhad (Singapura) - Harus Terpisah (Cakra Khan)
6. Firman Siagian (Indonesia) - Rindu Serindu - Rindunya (Spoon)

Peserta wanita
1. Liza Hanim - Aku Hanya Pendatang (Fransisca Peter)
2. Aishah - Dingin (Ziana Zain)
3. Elyana - Masih Cinta (Kotak)
4. Syura - Ku Pendam Sebuah Duka (Khatijah Ibrahim)
5. Haida - Gubahan Rindu Puisi Syahdu (Fauziah Latiff)
6. Raja Azura - Apa Yang Ku Cari (Endang S. Taurina)

Untuk minggu kedua ni, dah boleh nampak lah kekurangan peserta macam Ferhad, Elyana, Syura & Firman. Honestly persembahan Elyana memang hambar tapi fans Elyana ramai betul sampai dia menang Likers Terbanyak. It just sad to watch lah sebab because she doesn't deserve that since ada ramai lagi yang lagi layak tapi dah nama pun menang sebab undian kan? 

Selain performance yang hambar, haruslah Vida dan Chef Wan yang try hard sangat nak buat lawak tapi hambarnya and last time I checked, GV is a singing competition bukannya menggatal competition. Sore to watch 2 old people giving bad examples to young generations? Money above everything? Nasib Tok Ram mention clearly, duit bukan boleh bawak mati pun. Kalau rasa takde duit sangat, pergi kerja dekat McDonald sana. Makan free pun dapat. Tok Ram the best! 

Kak Liza Hanim macam last week jugak, a standing ovation performance sampai Tok Ram berdiri at the end of performance. It just so powerful. Harap Kak Liza bertahan sampai final & jadi juara GV4! 

For those yang belum tengok lagi Minggu Ke2 GV4, klik SINI

& ini senarai lagu untuk Minggu Ketiga GV4 untuk tema Berani Ke Tidak?

1. Aishah - Terukir di Bintang (Yuna)
2. Aqasha - Cinta Tak Keruan (Amigos)
3. Elyana - Wulan Merindu (Cici Paramida)
4. Firman - Zalikha (Floor 88)
5. Haida - Kenangan Bersamamu
    (Lefthanded)
6. Hazami - Joget Kenangan Manis
    (Sudirman)
7. Lan Kristal - Sayang-sayang (Aliff Satar)
8. Liza Hanim - Lagu Untukmu (Meet Uncle
    Hussein)
9. Syura - Knock Knock (Elizabeth Tan)
10. Tia Jinbara - Bila Resah (Anuar Zain)
11. Raja Azura - Perhaps Perhaps Perhaps
      (The Pussycat Dolls) 

Can't wait to watch their performance! All the best Kak Liza :D

Total View October 2017

Tengok archive bulan lepas jauh beza dengan bulan lain sebab dah set nak naikkan traffic. Tapi contest tak banyak sangat bulan lepas. Walaupun penuh tragedi bulan lepas tapi not bad lah, ada juga berita happy antaranya iklan Cetaphil dekat Nuffnang ni haaa. Lepas dah berzaman bersawang ruang iklan Nuffnang, sekarang dah ada balik.


Untuk bulan Oktober, melonjak banyak jugak lah unique visitors dekat blog ni. Tak lah cecah ribu tapi ada improvement lah daripada dulu sendu sangat nak tengok pun sedih. 


Tak tahu lah post tentang apa yang naik banyak sangat 08/10/2017 dengan 29/10/2017. Rasanya sebab post 5 Tabiat Biasa Yang Membawa Mudarat dengan Movie Review Tombiruo Penunggu Rimba tu. Perasan lah jugak kalau movie review dengan tips berguna ni ramai betul yang menjengah sampai masuk ke Popular Post. Okay lah tu, ada jugak sumber tarikan blog ni walaupun tengah bertatih lagi. 

Untuk minggu pertama November ni, nampak cantik jugak lah unique visitor dengan total views minggu ni. Harap boleh lah cecah 500 views bulan ni. Dah siap buat list dah nak post tentang apa tapi takut mood je hilang entah pergi mana.



Terima kasih yang selalu datang melawat ke blog ni. Terima kasih followers baru. Terima kasih yang selalu komen. Terima kasih Nuffnang :)